Pages

Friday, August 24, 2007

Pelatih PLKN wanita lumpuh selepas latihan

Pelatih PLKN lumpuh selepas senaman tekan tubi
Berita Harian 2 Mac 2007. IPOH: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) lumpuh separuh badan selepas tulang belakangnya membengkak akibat menjalani senaman tekan tubi di Kem Latihan Teluk Rubiah, di Lumut, dekat sini, minggu lalu.

Asila Latin Husna Abdul Basir, 17, berasal dari Kelantan berkata, beliau kini hilang semua rangsangan deria dari bahagian pinggang ke bawah, termasuk tidak mengetahui sekiranya ingin membuang air kecil atau besar.

Katanya, beliau mengalami cedera itu kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu ketika menjalani senaman tekan tubi yang menjadi rutin setiap pagi bagi pelatih PLKN di kem itu.

Beliau yang kini terpaksa menggunakan lampin dewasa sepanjang hari berkata, semua pelatih dikehendaki melakukan tekan tubi antara 20 dan 30 kali setiap hari sejak mengikuti kem itu, 1 Januari lalu.

"Saya tidak ingat jumlah tekan tubi yang saya lakukan pada pagi itu apabila tiba-tiba saya dengar bunyi seperti tulang patah di belakang badan. Serentak itu, saya tidak dapat bangun, walaupun berdiri seketika.

"Sakitnya sukar saya bayangkan sehingga saya dipapah rakan lain untuk kembali ke bilik,” katanya ketika ditemui di Hospital Ipoh (HI), di sini, semalam.

Asila pada awalnya dibawa di Hospital Manjung sebelum dipindahkan ke HI untuk rawatan lanjut dan kini ditempatkan di Unit Kebergantungan Tinggi (HDU) hospital berkenaan.

Mengenai rawatannya, beliau berharap keadaannya akan kembali normal, tetapi pada masa sama bimbang mengenai masa depannya jika kekal lumpuh separuh badan.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Nasional/20070302093042/Article/

.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com