Pages

Sunday, September 21, 2008

Malang tak sudah - inilah Jabatan Polis Negaraku

Oleh ZAINUDDIN ZAIN
zainuddin@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Mohd Ismail Sulaiman, 35, menyangka dia sudah melakukan perkara betul apabila menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang menyalahgunakan identiti dan maklumat peribadinya sebelum menyerahkan lelaki itu kepada polis pada 2001.

Bagaimanapun, anggapan Mohd Ismail meleset kerana tindakan itu menyebabkan dia dirundung masalah lebih besar berikutan lelaki terbabit didakwa di mahkamah dengan menggunakan identitinya sebelum didapati bersalah dan seterusnya, menerima hukuman.

Kesilapan teknikal itu menghadirkan mimpi ngeri dan mengubah sama sekali kehidupan Mohd Ismail apabila dia diisytiharkan muflis sejak 2005.

Semuanya disebabkan tindakan penjenayah terbabit yang membuat beberapa pinjaman peribadi, perumahan, kenderaan bernilai ratusan ribu ringgit namun tidak menjelaskan bayarannya.






Lebih malang lagi, Mohd Ismail sukar mencari pekerjaan apabila rujukan menunjukkan dia ada rekod jenayah dan pernah dihukum 24 bulan penjara serta tiga sebatan. Hakikatnya, rekod jenayah dan hukuman itu dijatuhi ke atas lelaki warga Bangladesh yang mencuri KPT dan menggunakan identitinya.




Pada masa ini, Mohd Ismail yang mempunyai dua isteri dan tujuh anak berusia antara lima bulan hingga 16 tahun, bekerja sebagai pembantu restoran dengan pendapatan antara RM30 hingga RM35 sehari.

“Saya cukup merana kerana menjadi mangsa, biarpun cukup berhati-hati dan tidak pernah kehilangan kad pengenalan sepanjang hidup saya. Semuanya akibat perbuatan penjenayah warga Bangladesh itu yang ‘mencuri’ identiti saya,” katanya.

Mengimbas kejadian itu, Mohd Ismail berkata, dia hanya mengetahui identitinya digunakan penjenayah terbabit apabila menerima notis tarik kereta daripada Maybank cawangan Pudu, Kuala Lumpur pada 2001.

“Di dalam surat itu tertera saya membuat pinjaman sejak 1999 bagi van Nissan Vanette bernombor pendaftaran WHA 2298 dan ansuran bulanannya tertunggak tiga bulan.

“Nasib baiklah pada 2000 saya membeli kereta Proton Saga melalui Maybank cawangan Pulau Pinang dan ini membolehkan notis mengenai van berkenaan dihantar ke alamat terbaru saya.

“Saya kemudian ke Kuala Lumpur (dari Pulau Pinang) pada 21 April 2001 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hal itu,” katanya kepada Metro Ahad.

Mohd Ismail berkata, dia berjumpa dengan Penolong Pengurus Maybank cawangan Pudu bernama Azman Thesaraie yang menunjukkan dokumen asal perjanjian jual beli berkenaan.

“Nyata tandatangan kami berbeza kerana warga Bangladesh itu menandatangani dengan hanya menulis perkataan ‘ABU’. Saya dan pegawai bank kemudian merancang usaha menjerat penjenayah terbabit. Dia dihubungi oleh pihak bank supaya datang ke bank dan menjelaskan sedikit ansuran bulanan jika tidak mahu vannya ditarik.

“Dia (lelaki warga Bangladesh) itu kemudian merayu untuk membayar RM200 atau RM300 dulu dan pihak bank berpura-pura bersetuju untuk memastikan dia datang,” kata Mohd Ismail.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian datang dengan menunggang motosikal Honda EX5 dan hanya berselipar. Sebaik tiba di bank, dia ditangkap.

“Dia kemudian mengaku membayar RM3,000 kepada seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membeli kad pengenalan sementara sebelum ‘dinaik taraf’ kepada kad pengenalan dan lesen memandu.

“Dia kemudian membawa kami ke tempat dia berurusan dengan pegawai ‘JPN’ berkenaan pada 1998 di Cheras (Kuala Lumpur) tetapi malangnya kawasan itu sudah dirobohkan untuk pembinaan projek baru,” katanya.

Mohd Ismail berkata, penjenayah itu kemudian diserahkan kepada Balai Polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur. Selepas itu, dia tidak tahu perkembangan kes berkenaan sehinggalah pada 2005 apabila usahanya untuk menunaikan cek yang diterimanya daripada tugas mengajar silat ke dalam akaun Maybank ditolak.

“Saya kemudian pergi ke Maybank Pulau Pinang dan diminta berurusan dengan cawangan asal di Butterworth dan di situlah, saya mendapat maklumat yang semua akaun saya disita kerana saya dalam proses diisytiharkan muflis.

“Saya kemudian menjalankan siasatan sendiri dan mendapati lelaki warga Bangladesh yang saya tahan pada 2001 itu sudah didakwa dan dijatuhi hukum pada 6 Jun tahun yang sama di Mahkamah Sesyen 2 Kuala Lumpur.

“Dia dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan tiga sebatan tetapi yang menimbulkan persoalan ialah mengapa dia didakwa di atas identiti saya,” katanya.

Mohd Ismail berkata, dia mungkin tidak berpelajaran tinggi tetapi pendakwa raya sepatutnya mendapatkan identiti sebenar penjenayah itu daripada Kedutaan Bangladesh, bukannya menggunakan kad pengenalannya.

“Saya cuba mendapatkan penjelasan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) punca saya tidak tahu pun mengenai perjalanan kes itu sedangkan saya sebagai saksi utama.

“Saya dimaklumkan oleh seorang pegawai polis yang kes itu tidak memerlukan kehadiran saya sebagai saksi kerana tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Beliau, bagaimanapun, mengaku berlakunya kesilapan teknikal menyebabkan tertuduh didakwa menggunakan identiti saya,” katanya.

Apabila ditanya di mana lelaki Bangladesh yang mencuri identitinya, Mohd Ismail berkata, dia sendiri tidak tahu tetapi yakin lelaki itu yang kini sudah bebas masih di Malaysia kerana dipercayai sudah berkahwin dengan wanita tempatan.

“Sekiranya dia diambil tindakan menggunakan identiti saya, pasti dia kini sudah bebas dan berkemungkinan mengulangi perbuatannya. Saya melantik peguam untuk membersihkan nama saya sejak 2005 lagi tetapi di sebalik berpuluh surat yang dihantar peguam saya kepada pihak bertanggungjawab, hanya satu atau dua berbalas.

“Itupun tidak menjawab persoalan sebaliknya sekadar memberikan maklumat yang kami sendiri sudah tahu seperti tarikh dan bentuk hukuman ke atas warga Bangaladesh berkenaan,” katanya.

Mohd Ismail sendiri mengambil inisiatif dengan berjumpa Ketua Polis Pulau Pinang pada 2006, Datuk Christopher Wan Soo Kee tetapi dimaklumkan yang polis negeri ini tidak dapat berbuat apa-apa kerana kes dikendalikan polis Kuala Lumpur.

“Saya cuba berjumpa dengan banyak pihak termasuk bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tetapi semua usaha menghadapi jalan buntu sehingga sekarang,” katanya.

Menurutnya, dia juga membuat lebih 10 laporan polis namun sehingga sekarang namanya masih belum berjaya dibersihkan.

Apakah kemampuan brother Anwar??

Kemampuan Anwar untuk 'mendamaikan' PAS dan DAP yang berlainan ideologi, kemampuan beliau mengajak kaum bumiputera dari kalangan pelbagai agama di Sabah dan Sarawak, sukar untuk dilakukan oleh lain-lain pemimpin dalam negara.


Soal sesiapa suka atau tidak kepada Anwar itu soal lain. Recognition seperti ini tidak mudah diterima lain-lain pemimpin politik, sama ada dari BN atau Pakatan Rakyat.




Dalam sidang akhbarnya semalam, Anwar turut mengumumkan bahawa lebih USD1 trillion pelaburan asing menanti untuk memasuki pasaran negara jika politik, kehakiman negara, media, polis, peraturan Bank Negara diperbaiki.

Sebelum ini Pakatan Rakyat juga komited untuk merombak pengurusan sumber ekonomi negara, menstruktur semula sistem cukai dan menurunkan harga minyak.

Jika Pakatan Rakyat memerintah, kemasukan USD1 trillion pelaburan asing akan menjana aktiviti ekonomi yang aktif dalam negara, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi negara yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat. Ini yang sebenarnya rakyat kehendaki.

Oleh itu Abdullah dan BN tidak boleh menuduh Anwar mensabotaj ekonomi negara. Jika mereka gagal menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai karisma untuk menarik pelabur asing, itu bukan salah Anwar.

Anwar sering dituduh proksi Amerika dan Barat. Kesempatan sebagai 'proksi' Barat ini boleh diambil Anwar untuk menarik pelabur dari blok Barat.

Tetapi jangan lupa, Anwar juga 'agen' negara-negara Arab! Sebahagian besar rakan-rakan beliau adalah PM dan Menteri yang menjaga ekonomi di Arab Saudi, Qatar, Kuwait, UAE, Bahrin dan sebagainya.

Sudah tentu hubungan persahabatan dan kepercayaan negara Arab yang sering menjemput Anwar sebagai penasihat ekonomi mereka, merupakan kesempatan terbaik Anwar untuk menarik pelabur-pelabur asing daripada negara Arab.



Manakala di blok Timur pula, Anwar sering diundang untuk berucap dalam forum-forum ekonomi anjuran negara China, sama ada di Shanghai atau Hong Kong, malah di Singapura juga.

Selain bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak ramai rakyat Malaysia, berketurunan Melayu yang mendapat kepercayaan kuasa besar ekonomi China. Setakat ini Abdullah dan Najib, belum termasuk dalam senarai pemidato ekonomi.

Justeru kesimpulan daripada dakwaan sebagai proksi Barat, hubungan erat dengan negara Arab, serta keyakinan kuasa ekonomi China terhadap Anwar, ianya akan dapat membantu memulihkan ekonomi negara, jika beliau diberi mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Hakikatnya Pakatan Rakyat sudah bersedia memerintah negara dengan jaminan keselamatan negara, perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan keadilan sosial. Mari kita membantu menyegerakan!

(Petikan Asal : HarakahDaily)

‘Kek Yang dibawa Mungkin Beracun’ – Pengawal Keselamatan HSNZ

Ditulis oleh NurBaiti
Saturday, 20 September 2008



Meskipun PAS tidak memerintah Negeri Terengganu, namun pendokong dan pimpinan PAS tetap meneruskan usaha dakwah dan memberikan khidmat kebajikan kepada rakyat Terengganu.

Masyarakat umumnya memberikan sokongan dan dapat menerima baik kehadiran PAS, namun usaha murni PAS sentiasa diragui malah digeruni oleh sesetengah penyokong UMNO yang agak tertutup dan fanatik.


Tidak cukup dengan sekatan media massa dan elektronik, sesetengah mereka yang tidak faham cuba menyekat usaha kebajikan PAS Terengganu yang turun kepada masyarakat menerusi program-program yang melibatkan institusi atau agensi kerajaan.


Pengalaman saya mengikuti program Lujnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu kelmarin memberikan satu kenyataan, betapa masih ada sesetengah petugas jabatan kerajaan yang masih berfikiran ‘dibawah tempurung’ dalam dunia ‘langit terbuka’ sekarang.


Usaha kebajikan tidak harus terhalang dengan sentimen politik kepartian, namun mungkin mereka yang memandang sinis dan berusaha pula untuk menyekat usaha Lajnah Kebajikan PAS Terengganu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), adalah mereka yang telah terkunci pemikirannya dan menganggap hanya UMNO sahaja yang segala-galanya.


Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Eidul Fitri yang bakal tiba, PAS Negeri Terengganu cuba menghidupkan budaya ‘memberi dan menerima’ dengan melaksanakan program ziarah pesakit yang terlantar di wad di HSNZ.


Program tahunan ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan duit dan kuih raya serta memberi semangat dan perangsang bagi pesakit-pesakit.


Antara pimpinan yang turut hadir bersama ialah YB Dato’ Tengku Hasan, ADUN Ladang, YB Dr . Alias Razak, ADUN Bukit Tunggal dan Ustaz Abu Bakar Abdullah, Pengerusi Lajnah Kebajikan serta Pengarah Program Dr. Muhammad Abdullah.


Manakala muslimat pula turut disertai Datin Seri Puan Hajjah Zainab, isteri YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang, Presiden PAS, isteri YB Dr . Alias dan isteri Ustaz Abu Bakar Abdullah.


Lawatan dan sumbangan kebajikan itu disambut dengan baik dan mesra oleh semua pesakit dan kakitangan HSNZ, namun terdapat seorang dua kakitangan yang berpandangan negatif terhadap program ziarah ini, cuba menyekat dengan pelbagai alasan.


Antara yang paling mengejutkan ialah ada kakitangan keselamatan yang menuduh rombongan ini datang untuk berkempen pilihanraya dan kek yang dibawa mungkin mengandungi “racun”.


Beberapa pelawat dan pesakit yang menyedari sikap petugas yang tidak professional itu hanya menggelengkan kepala tanda kesal dengan kekasaran sikap mereka.


Keadaan seperti itu pasti tidak berlaku sekiranya petugas Barisan Nasional pula yang turun untuk menyampaikan sumbangan.



Meskipun ruang dan peluang tidak dibuka sepenuhnya, PAS Terengganu tetap bersyukur dan gembira atas respon yang diberikan. Semua pesakit yang diziarahi menghargai kedatangan dan pemberian rombongan kebajikan ini.


Semoga selepas ini, PAS diberi peluang yang lebih luas bagi mendekati dan sama-sama berbakti pada rakyat tanpa prejudis untuk tujuan kepentingan politik semata-mata

Saturday, September 20, 2008

'Islam paling utama, yang lain perkara kedua' - Zulkifli Noordin

Azamin Amin
Sat | Sep 20, 08 | 9:12:21 am MYT
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Dalam mempertahankan tindakannya yang terlibat dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah Forum Anti Islam anjuran Bar Council, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin menegaskan bahawa 'Islam paling utama, yang lain perkara kedua' merupakan prinsip yang dipegang selama ini. Iklan



Zulkifli berkata demikian dalam hujah bela dirinya baru-baru ini di hadapan Jawatankuasa Disiplin KeADILan (JKD) yang dianggotai oleh panel terdiri daripada Timbalan Presiden KeADILan Syed Hussin Ali, Din Merican dan YB Hee berhubung insiden

Ahli Parlimen itu menjelaskan bahawa beliau mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya parti KeADILan semasa mengetuai himpunan aman tersebut.

"Saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu.

"Namun pada pandangan saya, Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi," katanya yang dipetik daripada laman blognya.

Beliau mengakui 'berkasar' dengan peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan namun adalah hasil tindakan provokatif terhadap himpunan aman tersebut.

"Kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf namun tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut.

"Malah jika Bar Council bercadang untuk mengulangi lagi sudah pasti mereka akan dapati saya akan berada di sana untuk mempertahan dan membela Islam. I'll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude," katanya menjelaskan kedudukan kepada JKD.

Biarpun beliau mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam, kata Zulkifli.

Katanya, ahli panel terbabit turut menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian beliau akan bercanggah dengan pendirian KeADILan, namun Zulkifli mengulangi pendirian dan prinsip bahawa Islam lebih diutamakan berbanding perkara lain yang 'jatuh' nombor dua dengan mengungkap 'for me, Islam come first, the rest are second'. - mks._

Friday, September 19, 2008

PM tolak desakan Anwar adakan sidang tergempar Dewan Rakyat

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim nak desak sangat diadakan satu sidang tergempar Parllimen pada 23 September ini beliau harus dengar jawapan spontan kalangan pimpinan utama UMNO ketika soalan mengenainya ditujukan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Khamis.

Belum sempat Perdana Menteri menjawabnya mereka beramai-ramai menyuarakan tidak setuju dengan bertanya balik, “ untuk apa? ”

Abdullah yang menjawabnya sejurus itu berkata beliau tidak nampak sebab perlunya diadakan sidang tergempar itu kerana Dewan Rakyat akan mula bersidang selepas Aidilfitri iaitu 13 Oktober.

Beliau secara sinis kata, Ketua Pembangkang itu boleh gunakan kesempatan sidang Dewan Rakyat waktu itu jika ada perkara yang hendak dibangkitkan.

Anwar dalam sidang akhbar pada tengahari Khamis mengulangi dakwaannya sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen BN yang mencukupi.

Katanya sidang tergempar berkenaan untuk membolehkan mereka membincangkan usul undi tidak percaya pada kerajaan BN.

Sementara itu kalangan pimpinan UMNO yang ditemui selepas mesyuarat itu meminta semua pihak tidak menghiraukan cakap Anwar itu.

Bagi mereka ia tidak lebih dari gimiknya setelah ternyata gagal menubuhkan kerajaan 16 September yang digembar gemburkan selama ini.

“ Apa perlu kita dengar cakap orang seperti itu lagi…biarlah dia terus buat bising sendiri,”kata Datuk Nazri Aziz.

Anwar dalam sidang akhbar itu kata beliau sudah hantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat selewat-lewatnya pada 23 September ini.



Katanya surat itu ditandatangani bersama oleh beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.- 18/9/2008

Lim minta Abdullah pertimbang semula sidang Parlimen tergempar

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB


PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertimbang semula keengganan beliau untuk mengadakan sidang Parlimen tergempar seperti yang diminta Pakatan Rakyat.


“Kenapa beliau tidak mahu? Jika Umno dan Barisan Nasioanl (BN) rasakan yang kami (Pakatan Rakyat) tidak ada senarai nama Ahli Parlimen BN (untuk lompat parti) itu, biarkan Parlimen bersidang (lebih awal),” katanya ketika hadir pada sidang media pembebasan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dari tahanan ISA, tengah hari tadi.


Beliau berkata, sidang Parlimen itu penting untuk mengumukakan usul tidak percaya kepada Abdullah dan jika ternyata usul itu gagal, Pakatan Rakyat sedia menerima kenyataan tersebut.


Lim berkata, ahli-ahli Umno sendiri tidak gembira dengan kepimpinan Abdullah dan mahu beliau berundur dari jawatannya lebih awal daripada masa yang ditetapkan iaitu Jun 2010.


Semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar segera mengadakan sesi Parlimen tergempar.


Menurut beliau, sesi Parlimen itu seharusnya diadakan tidak lewat dari Selasa 23 September ini untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah kerajaan pimpinannya.


Abdullah bagaimanapun menolak permintaan itu dan meminta Pakatan Rakyat menunggu sahaja sidang Parlimen yang akan bermula pada 13 Oktober depan.

Di Jamu Seperti Makanan Anjing


Exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok yang dibebaskan daripada penahanan
bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) menghabiskan tujuh hari dalam penjara
di balai- polis “antara Sentul dan Jalan Ipoh”.



Menjelang pesta kuih bulan Ahad lalu, dua hari selepas ditahan, wakil rakyat
Seputeh itu berkata  beliau sedih kerana pada waktu itu beliau sepatutnya berada
bersama ahli keluarga.



teresa kok released from isa 190908 12“Saya
sedih memikirkan perasaan mereka di luar tanpa kehadiran saya,” katanya dalam
sidang media di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya petang tadi - lebih dua jam
selepas dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur tengah hari tadi
(foto kanan).



Pesta kuih bulan merupakan sebuah perayaan yang penting bagi masyarakat Cina.
Pada hari itu, semua ahli keluarga berkumpul bersama-sama untuk makan besar.



Ahli parlimen Seputeh itu juga berkata beliau dijamu “seperti makanan anjing” -
dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari pada waktu makan tengah
hari dan makan malam.



Katanya, beliau ditempatkan dalam bilik kecil 6 x 8 meter dan dikehendaki
memakai baju lokap sepanjang ditahan bawah akta kontroversi itu.



Pada sebelah malam, tambahnya lagi, beliau tidur bertilamkan papan sahaja di
sebuah bilik berudara tidak segar.



Beliau hanya diberikan dua bantal apabila diminta, katanya. Bagaimanapun selimut
dibekalkan.



Teresa juga berkata, beliau pada mulanya tidak dibekalkan dengan sebarang bacaan
untuk mengisi masa lapangnya.



Apabila perkara itu diberitahu kepada polis di balai berkenaan, mereka bertanya
kepadanya sama ada beliau memerlukan Bible, al-Quran atau kitab agama Buddha.



“Kamu bagi Bible, Quran, kitab Buddha, kamu bagi apa-apa saja, saya baca. Lepas
itu, polis bawa saya sebuah Bible,” katanya yang beragama Kristian.



Atas permintaannya beliau dibekalkan dengan akhbar setelah beberapa hari “tidak
tahu-menahu apa yang berlaku”.



teresa kok dap hq isa release pc 190908 02Teresa
juga berjaya “mencuri” udara segar dan berhawa dingin apabila dibawa bertemu
dengan pegawai penyiasat setiap hari pada jam 5.30 petang.



Untuk dibawa ke situ, pada hari pertama sahaja beliau digari, selepas itu tidak
lagi selepas dibantah.



Menyatakan kekesalan atas penahanannya itu, Teresa berkata belaiu tidak boleh
faham bagaimana beliau dikatakan mengancam keselamatan negara sebagai alasan
untuk menangkapnya di bawah akta itu.



“Bila saya tanya mereka tidak boleh jawab. Mereka kata itu arahan daripada pihak
atasan,” katanya.



“Ini bulan Ramadan, bulan suci, ini dosa. Kenapa tangkap orang yang tidak
bersalah.”



Sepanjang tempoh penahanan itu, menurutnya, beliau memberikan kerjasama penuh
dengan menjawab semua soalan yang diajukan pegawai penyiasat kepadanya.



“Saya tulis jawapan untuk semua soalan. Semua yang ditulis sama seperti apa yang
dinyatakan dalam blog. Saya sangat telus,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Kinrara itu.



Penahanannya genap tujuh hari lalu juga disifatkan seperti sebuah penculikan.



“Polis sekat kereta saya, mengetuk cermin mengatakan ditahan di bawah ISA,”
katanya.



teresa kok dap hq isa release pc 190908 09Beliau
juga mempersoalkan polis yang tidak membenarkannya membuat panggilan telefon
sewaktu awal-awal ditangkap sedangkan, katanya, beliau layak mendapat satu
panggilan kepada keluarga dan peguamnya (foto kanan).



Beliau juga tidak dibenarkan pulang ke rumah untuk mandi dan menukar baju
terlebih dahulu.



Oleh itu, Teresa, memberikan nombor-nombor telefon penting kepada pemandunya
supaya penangkapannya itu dapat dimaklumkan.



Dalam sidang akhbar penuh ceria yang dihadiri beberapa pimpinan DAP dan PKR dan
kedua ibu-bapanya itu, beliau berkata akan terus bekerja sebagai exco dan wakil
rakyat kerana “ada banyak kerja untuk dibuat”.



Beliau berkata akan lebih sibuk daripada dulu.



Ditanya sama ada polis menyatakan sebab pembebasannya, beliau berkata tidak.






Pak Lah 'reject', Anwar tinggal satu pilihan menghadap Yang di-Pertuan Agong

buktikan beliau punya majoriti
19 Sep 2008 10:59AM
KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam menolak tuntutan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar Parlimen mengadakan sidang tergempar Selasa ini untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan.
'Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan,' kata Abdullah kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC semalam.

Parlimen dijadual bersidang semula pada 13 Oktober ini.

Abdullah juga berkata beliau tidak ada rancangan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 'terhadap Anwar atau sesiapa pun'.

Sebelum itu, Anwar berkata beliau telah menghantar surat kepada Abdullah supaya mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya, selewat-lewatnya 23 September ini.

Seorang peguam dan pakar perlembagaan berkata Anwar tidak boleh memaksa Parlimen bersidang.

'Itu kuasa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri,' kata Shad Saleem Faruqi kepada agensi berita Reuters.

Anwar kini mempunyai satu pilihan sahaja, yakni menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk membuktikan beliau mempunyai majoriti dalam Parlimen.

Faruqi berkata Yang di-Pertuan Agong 'boleh menggunakan pengaruhnya untuk memujuk Perdana Menteri mengadakan sidang Parlimen'.

Anwar berkata keputusan itu hanya akan dibuat selepas mesyuarat Pakatan Rakyat.

Abdullah semalam menegaskan bahawa sebarang perubahan pada pelan peralihan kuasa akan beliau bincangkan dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum dibawa kepada makluman Majlis Tertinggi. / Agensi


Anwar tidak boleh paksa Parlimen bersidang, itu kuasa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat PM

Menyentuh hidung



Foto ini saya cilok daripada http://www.sun2surf.com pagi ini 18/9/2008. Foto diambil semasa sidang media pengumuman pertukaran fortfolio diantara PM dan DPM dan juga semasa PM mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar menjadi ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.


Apakah yang anda dapat simpulkan daripada gambar ini? Menurut pengetahuan saya dan saya perkuatkan dengan carian di internet, seseorang yang berbohong biasanya akan secara tidak disedari melakukan aksi2 yang menunjukkan dia berbohong yang dipanggil "body language".

Di dalam website ini, http://www.sixwise.com/newsletters/05/06/29/the-top-seven-signs-that-someone-is-lying-to-you.htm ada menghuraikan 7 tanda2 yang menunjukkan seseorang itu berbohong. Di dalam point yang ke 3 ada menyatakan "brings their hand to their face (to touch their chin or nose, etc.) -- in other words, if they act nervous or uncomfortable -- it could mean they're telling a lie. "

Terjemahannya, membawa tangan mereka ke muka (menyentuh dagu, hidung atau lainnya) --dangan kata lain, jika mereka gementar atau tidak selesa -- ia mungkin menunjukkan bahawa mereka berbohong.

Adakah mereka berbohong atau sekadar kebetulan? Wallahualam.

Usul undi tidak percaya kepada PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Fri | Sep 19, 08 | 11:00:37 am MYT
Hari ini (18 September) pemimpin Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri meminta beliau untuk mengadakan satu persidangan khas Parlimen Malaysia bagi membincangkan usul "Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau" dan persidangan tersebut perlu dilaksanakan tidak lewat dari hari Selasa 23hb September 2008. Iklan



Gesaan untuk mengadakan persidangan tersebut selari dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ianya menuntut satu jawapan segera dari YAB Perdana Menteri disebabkan kedudukan genting politik semasa.

Sebarang kelengahan dari pihak YAB Perdana Menteri, akan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mensabotaj proses demokrasi dan dianggap sebagai satu penyalahgunaan Kuasa Eksekutif.

Tindakan YAB Perdana Menteri untuk bermain-main dengan istilah serta bahasa yang terkandung di dalam surat kami yang pertama, hanya memperlihatkan kepada rakyat jawapan yang tidak matang.

Hasrat pertemuan yang dinyatakan di dalam surat tersebut sangat jelas, iaitu untuk membincangkan hala tuju kepimpinan negara- dengan mengambil kira kedudukan dan posisi beliau, kami telah mengambil satu jalan yang berhemah.

Saya mendapati komen Perdana Menteri terhadap saya sewaktu sidang media semalam sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai terutamanya selepas penangkapan beberapa individu di bawah ISA pada hari Jumaat lepas.

Beliau telah mencampur-adukkan isu yang sebenar, iaitu isu demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang dengan isu keselamatan negara.

Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengganggu serta menahan ahli politik yang berseberangan dengan parti pemerintah merupakan satu pelanggaran undang-undang yang nyata.

Penggunaannya yang berterusan pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan memburukkan lagi suasana politik semasa.

Perdana Menteri ternyata mengabaikan kedaulatan undang-undang dan sanggup untuk melanggar batas-batas Kuasa Eksekutif yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini sangat menampakkan sikap seorang diktator yang degil untuk terus berkuasa dan menghampakan harapan rakyat.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang masih berada di tampuk kekuasaan dan sebagai bekas Menteri Kewangan, kami akan memastikan beliau bertanggungjawab terhadap situasi politik semasa dan salah urus ekonomi negara.

Tuduhan beliau bahawa saya yang menyebabkan kedudukan ekonomi negara tergugat sangat tidak berasas.

Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara.

Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. - mr_

Thursday, September 18, 2008

PM tolak gesaan Anwar sidang khas Parlimen bincang undi tidak percaya

Oeh ARIFUDDIN ISHAK


KUALA LUMPUR: Kira-kira empat jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa diadakan sidang khas Parlimen sebelum 23 September ini bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata: "Tidak perlu."


Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno berkata, sidang tergempar Parlimen tidak perlu diadakan memandangkan Dewan Rakyat akan bersidang tidak lama lagi.


Dewan Rakyat dijadual bersidang 13 Oktober ini.


Perdana Menteri berkata, beliau tidak nampak sebab perlunya diadakan sidang khas Parlimen kerana Dewan Rakyat akan mula bersidang selepas Aidilfitri.


Kata Abdullah, Anwar boleh membangkitkan apa jua perkara sebaik sahaja Parlimen bersidang kelak.


Pada sidang media pukul 2 petang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan susana politik termasuk dakwaan kepercayaan ke atas Abdullah sudah terhakis.


Kelmarin, Abdullah telah menolak permintaan pertama Ketua Umum Pakatan Rakyat itu untuk membincangkan soal peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru secara aman.


Anwar menjelaskan beliau tidak memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat kerana berdasarkan peraturan mesyuarat tersebut, ia hanya perlu dimaklum kepada Perdana Menteri yang akan memanjangkan kepada Speaker.


Kata Anwar, seandainya Perdana Menteri menolak permintaan tersebut beliau akan berbincang semula dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut.


Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi "bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya."


Ini kerana, menurut beliau, Peraturan Mesyuarat 11(3) yang memerlukan Parlimen untuk bersidang dengan segera kerana keadaan politik yang kritikal dan berlanjutan.


Ditanya mengapa tidak tunggu 13 Oktober ini iaitu tarikh Dewan Rakyat bersidang semula, beliau berkata, ia tidak boleh ditangguhkan kerajaan sebab majoriti di Dewan Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.


"Saya ada cukup jumlah Ahli Parlimen. Ini bermakna kami ada suara majoriti untuk mengadakan undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya," kata beliau.

Mustafa Ali akui faham teguran Mursyidul Am



Harakahdaily
Thu | Sep 18, 08 | 3:49:43 pm MYT
KOTA BHARU, 18 Sept (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali menjelaskan faham segala teguran Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadapnya baru-baru ini. Iklan



"Jadi apa sebab Tok Guru tegur saya itu saya fahamlah. Dan selepas itu saya ambil sikap tidak jawab Tok Guru. Saya sebagai anak, Tok Guru boleh panggil saya pada bila-bila masa sahaja.

"Jadi saya terus terang apabila keluar dalam Harakah kata Tok Guru tegur saya itu sebenarnya saya sudah menghantar mesej kepada Setiausaha Politiknya, Haji Annual Bakri Haron.

"Saya kata sampaikan terima kasih saya kepada Tok Guru. Jadi rasanya ada sesuatu yang Tok Guru tegur saya dan saya sendiri rasa tidak jelas. Jadi hari ini jelaslah," katanya kepada media selepas pertemuan dengan Menteri Kelantan di JKR 10, hari ini.

Baru-baru ini dalam wawancara ekslusif bersama Harakah, Mustafa yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa pertukaran kerajaan pada 16 September tidak menjadi kenyataan.

Ekoran itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur kenyataan tersebut kerana dianggap bertentangan dengan keputusan yang dicapai pada muktamar di Ipoh Ogos lalu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, beliau tidak boleh hendak cerita apa dimaksudkan jelas itu.

"Sebagai anak saya kena mari. Jadi apa yang diterangkan Tok Guru saya fahamlah. Bagi saya sekarang sudah tidak ada apalah.

"Dan InsyaAllah seterusnya tidak ada apa. Saya puas hati dan faham apa hasil pertemuan tadi," katanya.

Menurutnya beliau dan Tok Guru sebagai ayah dan anak dan hubungan di antara ayah dengan anak.

"Hubungan ayah dengan anak kadang-kadang ada benda-benda kecil, sebab ayah rasa dia hendak tegur dia tegur.

"Dan sebagai anak apabila kena kena tegur kadang-kadang ada rasa hendak cakap atau lagu mana ke... itu sudah menjadi perkara biasa," ujarnya.

Beliau menjelaskan isu itu bermula ada hubung kait interview khasnya yang disiarkan Harakah sebelum ini.

"Jadi tidak berbangkit dengan mana-mana isu lain dan ia hanya ada kaitan dengan interview saya dalam Harakah sahaja. Saya hormat Tok Guru macam ayah saya," katanya.

Oleh itu beliau menolak andaian yang menyebut PAS dilanda krisis.

"Bukan krisis sebagaimana diperkatakan. Kita akui ada perbezaan pendapat itu dan bukan krisis. Tok Guru akan tegur semua," katanya.

Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, isu itu seumpama kiambang bertaut bagi merapatkan hubungan kepemimpinan PAS. - mns_

PAS tahu senarai MP lompat

Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang (foto).

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC

Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

"Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

Manakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

Pakatan Rakyat desak adakan sidang tergempar parlimen

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang tergempar parlimen untuk membahaskan usul undi tidak percaya terhadap pentadbiran beliau.


Sidang tergempar itu perlu diadakan selewat-lewatnya pada Selasa depan (23 September 2008).

Desakan tersebut dibuat bersesuaian dengan Peraturan 11(3) Parlimen yang membolehkan sidang tergempar itu diadakan berdasarkan keadaan politik semasa.

Surat tersebut ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Perihal mengutuskan surat kepada Perdana Menteri itu disampaikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang diadakan dua hari selepas tarikh yang diuar-uarkan oleh beliau untuk mengambil alih kerajaan pusat.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan beberapa pemimpin lain. - mns_

Mubarak mahu peralihan kuasa sebelum Disember

Sep 18, 08 12:39am
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berpendapat proses peralihan kuasa perlu diadakan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum perhimpunan agung Umno pada 16 Disember ini bagi mengelakkan pergolakan dalam parti.

Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata keputusan tersebut dicapai sebulat selepas mendengar pandangan dan rumusan 34 daripada 36 anggota Majlis Tertingginya dalam mesyuarat yang diadakan hari ini. Dua lagi anggotanya tidak dapat hadir.

Keputusan itu berbeza dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peralihan kuasa yang dipersetujui kedua-dua mereka diadakan pada Jun 2010.

Menurut Bernama, Abdullah dan Najib hari ini mengulangi komitmen mereka dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Kedua-dua mereka juga akan mempertahankan jawatan masing-masing sebagai presiden dan timbalan presiden Umno Disember ini.

Abu Zahar berkata peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui itu adalah satu persefahaman tetapi ia perlu dirujuk kepada perhimpunan agung Umno Disember ini.

"Pemimpin mestilah patuh dan hormati perlembagaan parti Umno di mana semua hak ahli-ahli tidak boleh diketepikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibunegara hari ini.

Khalid Abdul Samad: Pakatan Rakyat Sudah Memenuhi Syarat PAS

Oleh: Aqil Fithri

Anwar Ibrahim khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya, sudah canangkan 16 September 2008 sebagai tarikh tumbangnya kerajaan Barisan Nasional. Namun, 16 September sudah berlalu, dan tiada apa-apa perubahan dalam struktur politik negara.

PAS adalah antara komponen penting dalam Pakatan Rakyat. Di dalam PAS, antara yang kental mendukung operasi 16 September ini ialah Haji Ir. Khalid Abdul Samad, ahli parlimen Shah Alam. Selepas sidang akhbar Anwar Ibrahim pada 16 September, Ummahonline.com berjaya mendapatkan rumusannya tentang perkembangan politik mutakhir. Mari kita tinjau beberapa fakta menarik dalam wawancara ini.

Hari ini 16 September—Hari Malaysia. Sebagai ahli politik, apa perasaan anda pada hari ini?

Perasaan saya begitu ghairahlah. Ini kerana, saya rasa kita sudah berada di ambang perubahan sepertimana yang diwar-warkan selama ini. Dari segi tarikh 16 September, itu hanya sebagai satu simbol untuk menzahirkan kepimpinan kepada perubahan Malaysia yang baru. Walaupun tarikh tersebut yang disasarkan pada asalnya, tetapi oleh kerana tindakan dari pihak lawan, maka ini telah menyebabkan mereka berjaya untuk melewatkan sikit. Selain daripada itu juga, kita mempertimbangkan tentang keselamatan serta kemungkinan adanya tindakan balas sekiranya kita bertindak terlalu cepat. Jadi, untuk mengelak perkara tersebut, maka adalah difikirkan lebih baik kita melakukan tindakan sepertimana yang dijelaskan oleh Anwar Ibrahim sewaktu sidang akhbar tadi (16 September).

Namun demikian, tindakan tersebut tidaklah mengubah hakikat bahawa tarikh 16 September bagi Malaysia adalah tarikh yang mengemparkan dari segi potensi serta janji perubahan yang akan berlaku.

Anwar dan Pakatan Rakyat telah memohon pertemuan dengan Perdana Menteri, Pak Lah supaya proses peralihan kerajaan dapat dilakukan dengan lebih lancar dan licin. Tapi bagaimana sekiranya Pak Lah tidak melayan permohonan tersebut. Apakah tindakan Anwar khususnya, atau Pakatan Rakyat (PR) amnya?

Pertama sekali, kita harus memberi peluang kepada Pak Lah untuknya menunjukkan diri sebagai seorang yang bermaruah dan bertanggungjawab. Ini penting supaya Pak Lah dapat mendengar apa yang ingin kita katakan dan kemudian mengambil-kira hakikat bahawa PR mempunyai majoriti yang bersama kita. Jadi, kita beri Pak Lah peluang dan melakukan perbincangan secara tersusun serta secara tertib tentang proses peralihan kuasa. Ini bagi memastikan segala penyerahan maklumat, perpindahan tugas, dan lain-lain yang sepatutnya dilakukan dari kerajaan lama kepada kerajaan baru dapat dilaksanakan dalam keadaan aman damai.

Sekiranya Pak Lah tidak setuju untuk bertemu dengan kita, maka kita tidak ada pilihan lain. Jadi, kita boleh membawa persoalan ini pula kepada pihak yang lebih wajar. Antaranya ialah memohon mengadap Yang DiPertuan Agong, melakukan hebahan kepada media massa, ataupun menerangkan kepada masyarakat umum bahawa pada hakikatnya Pak Lah sudah tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri kerana BN tidak mempunyai sokongan majoriti.

Tapi sehingga setakat ini media massa mahupun rakyat jelas tidak mengetahui maklumat terperinci mengenai siapa yang telah memberikan sokongan kepada PR? Jadi, bagaimana rakyat boleh bersikap untuk terus memberi kepercayaan kepada PR?

Pada hakikatnya, yang paling penting ialah kita telah punya majoriti serta jumlah yang minima. Jumlah yang tepatnya tidak perlu kita sebutkan, kerana kita khuatir akan ada tindakan yang tidak bertangggungjawab dari pihak BN nanti. Dan kalau kita sebutkan jumlahnya, maka BN akan kiralah dan nanti dia boleh buat agakan untuk tentukan siapa mereka yang bakal menyeberang. Sepertimana yang kita sedia ketahui, semua ahli parlimen kini sedang diawasi dan kemungkinan akan diambil apa-apa tindakan adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak.

Jadi, kita tidak mahulah menyebut. Biar ada sedikit tanda-tanya.

Atau, apakah ahli parlimen BN yang mahu menyeberang ini tidak cukup keberanian sehingga tidak mampu untuk buat kenyaatan secara terbuka?

Memang itulah hakikatnya. Ini kerana kita tidak begitu yakin apakah tindakan BN sekiranya dilakukan kenyataan secara terbuka. Maka, langkah kita ini adalah untuk melihat dulu sebarang tindakan BN. Jika dia beri jaminan peribadi bahawa BN takkan bertindak dan menerima keputusan ahli-ahli parlimen yang ingin menyeberang itu, maka kita sedia buktikan kepadanya bahawa kita memang sudah ada nama-nama tersebut dan kita minta supaya segera dibincangkan tentang proses peralihan.

Sehingga setakat ini, apakah halangan yang maseh lagi wujud untuk Anwar menjadi Perdana Menteri, serta seterusnya membentuk kerajaan PR?

Yang pertama, adalah mengenai jumlah ahli parlimen BN yang mahu menyertai kita. Itu telah selesai. Yang kedua, soal syarat PAS yang telah diterima dan dipersetujui—di mana semestinya majoriti ahli parlimen dalam PR maseh terdiri daripada orang Islam. Dan yang ketiga adalah tindakan daripada pihak kerajaan BN sendiri, sama ada mereka akan bertindak menghalang ataupun sebaliknya ekoran kehilangan kuasa mereka itu. Tapi itu tidaklah bererti mereka tidak akan bertindak. Mereka mungkin akan cuba menggunakan kuasa polis dan sebagainya.

Apakah Anwar dan Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan rentas parti politik? Maksudnya, apakah kerajaan PR yang bakal dibentuk ini akan merangkumi semua parti politik utama negara. Bahkan, apakah barangkali mereka yang mahu menyeberang ini, bukan atas nama parti, sebaleknya atas nama peribadi sahaja? Adakah juga ahli parlimen yang mahu menyokong Anwar ini sampai perlu bertindak untuk meninggalkan parti mereka yang sedia ada?

Jika mereka maseh kekal dalam Umno/BN, saya fikir itulah adalah cara yang sukar kerana sekiranya tindakan tersebut dipersetujui oleh Anwar sekalipun, itu tidaklah bererti displin BN tidak akan ambil tindakan. Mungkin mereka akan pecat juga akhirnya orang-orang ini, ataupun sebagainya.

Maknanya, pada akhirnya BN/Umno secara rasmi tidak akan bersama dengan PR. Kalau ada individu Umno yang bersama kita, dan mereka tidak keluar parti, pasti dia akan dipecat dari parti juga nanti.

Anwar ada menyebut bahawa ada di kalangan menteri juga terlibat dalam kerajaan Pakatan Rakyat nanti. Bagaimana penjelasan anda?

Saya rasa itu tidak mustahil. Ini semua bergantung kepada tahap perbincangan yang diadakan oleh Anwar dan mereka. Saya sendiri rasa di situlah kelebihan yang ada pada Anwar kerana sebagai mantan timbalan perdana menteri, maka tentunya ia dikenali oleh orang-orang ini yang kemudiannya sanggup berhubung dengannya dan menyatakan pandangan mereka secara ikhlas.

Apakah Anwar telah mengumpan pemberian kuasa dalam kerajaan PR nanti sebagai tawaran untuk mereka yang ingin menyeberang?

Semestinya orang yang mahu memberikan sokongan itu tentu ingin melihat mereka juga diberikan peranan di dalam kerajaan yang baru nanti. Tetapi saya rasa, selain daripada persoalan ini, orang-orang yang dilantik itu semestinya juga merupakan orang-orang yang mempunyai kemampuan. Kita boleh terima langkah itu sebagai kompromi politik di mana orang-orang di Sabah & Sarawak turut diberikan jawatan. Tetapi yang penting, bagi kita ialah mereka mempunyai kemampuan dan mampu menjalankan tugas sepertimana yang dikehendaki.

Pertanyaan yang paling dasar sekarang ini, dan barangkali juga yang paling popular di kalangan rakyat ialah, siapa yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan PR nanti?

Saya rasa benda itu akan dirunding bersama nanti. Tetapi saya rasa, ianya tidak akan menjadi satu masalah untuk kita menyelesaikannya setelah mempunyai kuasa nanti.

Apakah PAS meletakkan syarat bahawa Timbalan Perdana Menteri (TPM) mestilah Melayu?

Saya rasa kemungkinan itu adalah antara perkara-perkara yang kita bincangkan bersama. Tetapi ada juga kemungkinan yang lain, iaitu terdapat lebih dari satu TPM. Maknanya bila kita sudah duduk bersama, dan masing-masing dengan membawa kekuatan masing-masing, maka di situ kita putuskan secara yang adil dengan mengambil-kira kekuatan serta sokongan yang ada pada semua pihak. Mungkin satu formula yang kita ada ialah, satu TPM dari PAS, satu TPM dari DAP, dan satu lagi TPM dari Sabah & Sarawak. Itu satu formula yang berkemungkinan.

Tapi sebenarnya apa yang kita lihat, dalam PR merupakan satu keadaan yang berbeza dalam BN. Dalam BN ada parti yang terlalu dominan, iaitu Umno. Sebaleknya di dalam PR ini, kita akan melihat satu keadaan di mana semua parti saling memerlukan, dan tidak ada yang terlalu dominan yang menyebabkan suasana “semak & imbang” itu lebih berkesan sekiranya dibandingkan dengan kerajaan di bawah BN.

Mengapa sampai perlu tunggu 16 September untuk membuat peristiyaran tentang kerajaan baru. Walhal, PR sudah mendakwa akan mengambil-alih kerajaan semenjak Mac 2008 lagi. Bukankah lebih wajar 16 September ini diangkat sebagai hari perubahan kuasa politik negara secara struktur, bukannya hari untuk mengistiyarkan saja?

16 September ini kita kenang sebagai hari Malaysia, dan Anwar telah umumkan lebih awal tentang perkara tersebut. Hanya menunggu dari segi usaha untuk mendapatkan jumlah yang mencukupi sahaja sebelum kita boleh istiyarkan. Ini Anwar punya anggaranlah.

Manakala selepas 26 Ogos, mungkin maseh ada lagi usaha untuk mendapatkan orang yang barangkali belum mencukupi. Jadi, kemenangan Anwar pada pilihanraya raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos telah menambah keyakinan tersebut. Jadi, saya rasa sebelum 26 Ogos itu, mungkin ada yang ragu-ragu. Jadi, dari segi komitmen sepenuhnya itu memanglah tidak tercapai, sehinggalah Anwar mendapat sokongan rakyat yang bertambah kukuh pada 26 Ogos itu.

Justeru itu, antara 26 Ogos hingga 16 September ada banyak perundingan dan untuk membuat pengistiyaran yang lebih awal sudah terlalu dekat dengan tarikh 16 September. Maka itu yang menyebabkan Anwar menggunakan tarikh yang paling minimun 16 september, dan ini pula sedikit sebanyak dapat memenuhi kehendak dan harapan serta janjinya kepada rakyat. Saya kira mungkin Anwar mahu buat lebih awal juga, tetapi ada banyak halangan, termasuklah ahli-ahli parlimen BN yang terpaksa diangkut ke Taiwan pada saat-saat terakhir.

Jadi, kemungkinan asal yang dikehendaki memang pada 16 September. Tetapi kerana halangan-halangan tersebutlah, maka Anwar buat yang paling minima. Sekurang-kurangnya kita istiyarkan dulu. Jadi tidaklah 16 September itu berlalu tanpa apa-apa.

Saya fikir, kalau tidak ada halangan-halangan itu, sebelum 10 September lagi Anwar sudah boleh buat sepertimana yang dirancangkan. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Secara strukturnya, bila PR akan memerintah Malaysia?


Kalau harapan kita, kita mahu selesaikan dalam bulan Ramadhan ini supaya kita akan menemui Syawal dengan kerajaan yang baru.

Kami Akan Teruskan Tugas Mendengar Suara Rakyat, Kata Anggota Parlimen SAPP

KOTA KINABALU, 17 Sept (Bernama) -- Kedua-dua Anggota Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) berkata mereka akan terus menjalankan tugas untuk mengketengahkan suara rakyat walaupun parti mereka membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN) hari ini.

Mereka kini akan menukar posisi mereka sebagai pembangkang di Dewan Rakyat.

Anggota Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui berkata keputusannya untuk menyokong SAPP keluar dari BN juga berdasarkan kepada respons rakyat di kawasannya, yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan senario politik semasa.

"Mereka (rakyat di Tawau) merayu kepada saya, mereka mahu perubahan, ini adalah suara rakyat. Jadi kami akan terus jalankan tugas untuk mendengar keperluan rakyat. Kami akan memainkan peranan berkesan demi faedah rakyat di Sabah," katanya sebagai memberi reaksi kepada pengumuman SAPP keluar daripada BN.

Ditanya tentang tindakan beliau sekiranya diminta meletak jawatan, Chua berkata "saya adalah wakil yang dipilih, saya akan penuhi penggal saya."

Anggota Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun berkata parti dan rakyat memerlukan perubahan kerana apa yang disuarakan mereka selama ini seolah-olah masih tidak mendapat perhatian.

"Kita sudah duduk di BN. Apabila kita suarakan seolah-olah masih tidak dapat didengar, maka lebih baik mengikuti suara ramai," katanya.

Ditanya sama ada beliau dijemput menyertai Pakatan Rakyat, Eric berkata jika pun beliau ditawarkan sedemikian, beliau tidak akan menerimanya kerana ia tidak kena mengena dengan sebab sebenar SAPP keluar daripada BN.

"Itu bukan kami punya isu, memang ada dia orang tanya tapi saya rasa ketika ini, itu bukan jadi persoalan, isu sekarang ialah kita menuntut apa sebenarnya perjuangan kita," jelasnya.

-- BERNAMA

Wednesday, September 17, 2008

Umno, MCA, Gerakan diminta bersatu paksa PM bersara

Sudah tiba masanya bagi Umno, MCA dan Gerakan bersatu untuk memaksa Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad."Hanya dengan cara ini kita dapat pulihkan BN dan mungkin juga menyusunnya semula.

:Jika tidak hubungan kaum akan terus merosot dan negara akan jadi mangsa," tambahnya.Dr Mahathir berkata, Umno, MCA dan Gerakan mesti berusaha untuk memperbaiki keadaan ini dan memulihkan semula BN."Tetapi saya akui ianya adalah sukar jika Abdullah masih lagi memimpin BN dan kerajaan," kata Dr Mahathir dalam catatan terbarunya dalam blognya.

Penulis blog Kickdefella ditahan bawah Akta Hasutan

KOTA BAHARU: Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz, ditahan polis di rumahnya di Demit di sini mengikut Akta Hasutan.

Isteri Syed Azidi, Bariah Ishak berkata, polis yang datang ke rumah mereka dengan menaiki sebuah Pajero berwarna putih dan bercermin gelap, menahan suaminya 5.05 petang.
"Tiga lelaki, yang berpakaian preman, datang ke rumah kami dan memaklumkan bahawa mereka datang untuk menahan suami saya di bawah Akta Hasutan.

"Mereka datang dengan baik walaupun tidak mempunyai waran untuk menahan suami saya," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, salah seorang daripada pegawai polis itu memaklumkan suaminya akan dibawa ke Kuala Lumpur hari ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC II Amir Hamzah Ibrahim ketika dihubungi tidak dapat mengesahkan mengenai tangkapan itu kerana tiada maklumat yang diterima oleh polis Kelantan mengenainya.

"Kita akan periksa dahulu mengenai perkara itu," katanya.
Syed Azidi, 38, adalah Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Menerusi blog Kickdefella, beliau pernah pernah mencadangkan agar bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

Beliau juga pernah mengarahkan filem pendek bertajuk 'Lautan Biru di Waktu Subuh'.

NIZAR BERSEDIA MENERAJUI PFA OKTOBER

IPOH: Menteri Besar Perak Darul Ridzuan akhirnya menyahut cabaran untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) yang dilanda masalah kewangan, selepas enam bulan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini, mulai pertengahan Oktober ini.

Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin secara terbuka mengatakan kesediaannya itu pada media hari ini (10 Ogos) selepas membuat kajian teliti daripada segenap aspek dan atas semangat kesukanan untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu menguruskannya dengan lebih cemerlang.

Beliau berkata, selama ini beliau bukan berdiam diri tetapi sebaliknya telah beberapa kali menonton perlawanan pasukan Perak di Stadium Perak untuk mendapatkan gambaran dan memahami apa kah peranan yang dapat dilaksanakannya.

“Kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM300,000 untuk menyelesaikan masalah gaji para pemain dan jurulatih pada bulan lepas, dan menjelang hari raya aidilfitri ini akan menyalurkan sebanyak RM250,000 lagi untuk menjelaskan sebulan gaji pemain yang tertunggak dan urusan perbelanjaan pemain dan pegawai ke perlawanan AFC di Lebanon akhir Sept ini,” katanya.

Perak akan menentang Lebanon pada perlawanan sukuakhir pusingan pertama Kejohanan AFC di Stadium Perak pada 16 Sept ini dan bertolak ke tempat lawan pada 20 Sept.
Sebelum ini, kerajaan negeri bukan sengaja membiarkan para pemain atau pasukan Perak terumbang ambing tetapi terpaksa menumpukan pada usaha memperkemaskan hal ehwal pentadbiran dahulu, kata beliau.

Nizar berkata, peralihan pimpinan akan dibuat oleh barisan kepimpinan PFA yang beberapa kali telah menawarkan jawatan itu kepadanya, pada kongres PFA pertengahan Oktober dan pada masa ini saya bersetuju mengambil alih setelah segala hal ehwal kewangan persatuan itu diauditkan nanti.

Dalam tempoh terdekat ini, saya mewakilkan pada seorang pegawai saya untuk berurusan dengan pegawai PFA dan para pemain bagi mempercepatkan proses pengambilalihan itu.
Beliau berkata, oleh kerana pemain telahpun tamat kontrak pada akhir Ogos atau Sept ini, maka sebelum pengambilalihan itu berlaku, langkah perlu dibuat untuk mengenalpasti pemain yang akan dikekalkan, di samping jurulatih yang akan mengemudikan pasukan.

“Jika menunggu pengambilalihan rasmi, maka pemain ini akan berada dalam dilema dan waktu akan menjadi begitu kritikal untuk pemain membuat keputusan, yang akhirnya memungkinkan usaha membentuk sebuah pasukan kuat menjadi kabur.” end/anr

SAPP keluar BN, lepaskan kerusi kerajaan negeri

Sapp keluar BN, lepaskan jawatan kerajaan negeri
PETALING JAYA: Parti Maju Sabah (Sapp) yang menggerakkan usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri empat bulan lalu hari ini memutuskan untuk keluar Barisan Nasional.
Perkara itu diumumkan di Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.
Dengan pendirian itu, Sapp akan bertindak sebagai parti 'bebas' di dewan perundangan.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Sapp hari ini.

Ekoran keputusan itu, Timbalan Presiden Sapp, Datuk Raymond Tan berkata, beliau akan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam tempoh 24 jam.
Kata Tan, beliau belum memutuskan sama ada meninggalkan Sapp ataupun sebaliknya.
Tan merupakan antara pemimpin dalam Sapp yang tidak bersetuju dengan usul tidak percaya kepimpinan Abdullah yang dibawa parti itu.

Presiden Sapp, Datuk Yong Teck Lee pada Jun lepas berkata parti itu telah hilang keyakinan terhadap Abdullah dan dua anggota Parlimennya - Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau) - akan menyokong sebarang usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Keadaan itu menyebabkan Majlis Tertinggi BN mengeluarkan surat tunjuk sebab yang telah dijawab oleh SappP, tetapi BN masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Isu ISA punca kabinet Abdullah bertelagah sesama sendiri

Zuharman MN
Wed | Sep 17, 08 | 4:22:53 pm MYT
PASIR PUTEH, 17 Sept (Hrkh) � Imej kerajaan Barisan Nasional (BN) kini semakin menjunam apabila banyak tindakannya kebelakangan ini tersasar jauh sehingga menjadi medan amukkan sesama sendiri. Iklan



Isu ISA ternyata menyebabkan Umno dan BN mengelusur ke bawah sehingga membawa kepada perletakan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, kerajaan BN tidak mampu mempertahankan asas penahanan terhadap Editor Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin dan anggota Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

"Kerajaan BN menjadi lebih buruk selagi mempertahankan penahanan Raja Petra dan Teresa di bawah tahanan ISA kerana tindakan tersebut jelas tidak dipersetujui menteri kabinet sendiri.

"Dato' Seri Dr Rais Yatim dan Zaid tidak setuju. Zaid pula sanggup meletak jawatan. Ini satu pukulan berat kepada kerajaan," katanya selepas menyampaikan sumbangan cek kepada seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang mengidap sakit jantung.

Pada 12 September lalu Raja Petra, Teresa dan Tan Hoon ditahan di bawah tahanan ISA.

Bagaimana wartawan wanita akhbar berbahasa Cina itu dibebaskan selepas 18 jam kemudian .

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, ada pihak yang tidak bertanggungjawab memutar belit faktor penangkapan ke atas Teresa yang dikatakan cuba menghalang penggunaan alat pembesar suara ketika azan di sebuah masjid di Selangor baru-baru ini.

"Sedangkan ahli jawatankuasa masjid terbabit sudah buat kenyataan bertulis bahawa perkara ini tidak pernah berlaku, tetapi yang terjadi pada masa itu ialah kerosakan sistem pembesar suara sehingga suara azan tidak kedengaran," katanya.

Oleh itu kerajaan BN perlu membebaskan segera mereka sebelum situasi lebih buruk menimpa kerajaan yang ada sekarang. - mj _

ISA kejam, Islam bukan agama yang bacul - Mufti Perlis

17 Sep 2008 1:12PM
MUFTI Perlis, Dr Muhd Asri Zainul Abidin, kelmarin mengkritik penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sambil berkata orang yang tertuduh harus diberi peluang menjelaskan kesalahan mereka.
Beliau berkata Islam tidak memerlukan ISA untuk mempertahankan kemurnian agama itu, sambil menambah bahawa Al-Quran dan hadis harus digunakan sebagai panduan untuk menyiasat jika seseorang didakwa menghina Islam.

'Jadi tidak ada alasan menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu bersalah dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama,' kata Dr Asri.

'Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu.

Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis,' jelasnya lagi.

Menurutnya, Islam 'bukan agama yang bacul' tetapi tindakan ISA itu atas kesalahan yang berkaitan dengan agama tersebut 'seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang'.

Sambil mengingatkan bahayanya tindakan ISA itu, Dr Asri berkata adalah 'kejam' menahan seseorang selama dua tahun tanpa menjalani proses kehakiman terdahulu dan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memainkan peranan lebih aktif dalam memberi penjelasan mengenai Islam. / The Star

Tuesday, September 16, 2008

16 September 2008 - Tarikhnya Telah Tiba

16 September 2008 adalah tarikh yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk melihat perubahan besar dalam pucuk pimpinan negara.Itu yang dijanjikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ,Dato' Seri Anwar bin Ibrahim untuk menubuhkan satu Kerajaan Malaysia yang baru.

Naib Presiden Pas YB Dato' Haji Husam Musa pula berkata bahawa penantian tarikh 16 September 2008 untuk melihat kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Pakatan Rakyat adalah ibarat melihat anak bulan Syawal.Walaupun tidak berlaku seperti mana yang drancang ia adalah perkara biasa.

"Tarikh 16 September tidak semestinya berlaku seperti yang dirancang,begitu juga seperti kita menanti ketibaan bulan Ramadhan ataupun Syawal.Kita perlu melihat anak bulan dahulu untuk menentukan tarikh puasa ataupun hari raya,mungkin tarikhnya esok ataupun lusa.Tarikh puasa atau hari raya pun boleh berubah apatah lagi tarikh penubuhan Kerajaan Malaysia.Ini adalah perkara biasa,"hujah beliau.

Beliau berkata demikian di Pejabat Dun Salor sempena Majlis Penyampaian Bantuan Armalah,Anak Yatim & Orang Miskin.Dalam majlis tersebut,seramai lebih kurang 480 orang armalaf & anak yatim dan 210 orang fakir miskin dari 21 cawangan di seluruh DUN Salor.Sumbangan di berikan dalam bentuk kewangan.

Bantuan ini diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan.Majlis yang bermula dari awal pagi itu berakhir pada tengah hari.

PM minta Anwar tunjuk senarai MP

PM minta Anwar tunjuk senarai MP
Sep 16, 08 6:57pm
Perdana menteri berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti menunjukkan jika beliau benar-benar mempunyai senarai 31 ahli parlimen Barisan Nasional yang menyertai Pakatan Rakyat.

"Kalau dia (Anwar) ada (senarai 31 ahli Parlimen), dia boleh beritahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu apa yang telah dia lakukan kepada calon-calon mereka (pengundi)," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah berkata beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang kerana "kalau dia jumpa saya pun nanti, mungkin dia buat cerita yang lain."

"Nanti dia kata, saya telah setuju tentang itu, tentang ini. Itu adalah tujuan dia mempopularkan diri dia.

"Saya tidak perlu jumpa dia," kata dalam sidang akhbar di majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Kepala Batas hari ini.

Menurut perdana menteri, surat yang diterimanya dari Anwar yang juga ketua pembangkang semalam, bukannya berhubung peralihan kuasa, demikian menurut laporan Bernama.

Katanya, surat itu berkaitan dengan situasi dalam negara dan perkara-perkara umum.

"Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa. Dia (Anwar) hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara," katanya.

Di Kuala Lumpur, Anwar hari ini mendakwa telah menghantar surat kepada perdana menteri semalam untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan proses peralihan kuasa secara aman setelah Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Abdullah meminta semua pihak memberi perhatian kepada perkara yang berkaitan dengan urusan dan tanggungjawab seharian, dan bukannya sibuk dengan urusan yang memperlihatkan ketidakstabilan politik negara.

"Lebih baik beri perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan, perniagaan dan tanggungjawab kita yang dilaksanakan sama ada di sektor awam mahupun swasta," katanya.

Anwar ketika ditanya pemberita mengenai rancangannya untuk mengambil alih pentadbiran negara hari ini (16 September) seperti yang digembar-gemburkannya, beliau mendakwa kelewatan itu kerana beliau mahu berbincang dengan perdana menteri terlebih dahulu.

PM minta Anwar tunjuk senarai MP

Perdana menteri berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti menunjukkan jika beliau benar-benar mempunyai senarai 31 ahli parlimen Barisan Nasional yang menyertai Pakatan Rakyat.

"Kalau dia (Anwar) ada (senarai 31 ahli Parlimen), dia boleh beritahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu apa yang telah dia lakukan kepada calon-calon mereka (pengundi)," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah berkata beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang kerana "kalau dia jumpa saya pun nanti, mungkin dia buat cerita yang lain."

"Nanti dia kata, saya telah setuju tentang itu, tentang ini. Itu adalah tujuan dia mempopularkan diri dia.

"Saya tidak perlu jumpa dia," kata dalam sidang akhbar di majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Kepala Batas hari ini.

Menurut perdana menteri, surat yang diterimanya dari Anwar yang juga ketua pembangkang semalam, bukannya berhubung peralihan kuasa, demikian menurut laporan Bernama.

Katanya, surat itu berkaitan dengan situasi dalam negara dan perkara-perkara umum.

"Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa. Dia (Anwar) hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara," katanya.

Di Kuala Lumpur, Anwar hari ini mendakwa telah menghantar surat kepada perdana menteri semalam untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan proses peralihan kuasa secara aman setelah Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Abdullah meminta semua pihak memberi perhatian kepada perkara yang berkaitan dengan urusan dan tanggungjawab seharian, dan bukannya sibuk dengan urusan yang memperlihatkan ketidakstabilan politik negara.

"Lebih baik beri perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan, perniagaan dan tanggungjawab kita yang dilaksanakan sama ada di sektor awam mahupun swasta," katanya.

Anwar ketika ditanya pemberita mengenai rancangannya untuk mengambil alih pentadbiran negara hari ini (16 September) seperti yang digembar-gemburkannya, beliau mendakwa kelewatan itu kerana beliau mahu berbincang dengan perdana menteri terlebih dahulu.

PAS Berpecah??

Analisis Gara-gara projek pembentukan
kerajaan baru pada 16 September seperti diura-urakan penasihat PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim, PAS pula yang terpaksa bertelagah sesama sendiri khususnya antara
Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu
Datuk Mustafa Ali.



Susulan sikap kritikal Mustafa terhadap projek Anwar dalam wawancaranya dengan
Harakah dan Utusan Malaysia minggu lalu, Nik Aziz menyifatkan
pengarah pilihanraya parti itu "sudah menjadi lidah Umno" dan "betul-betul
serupa dengan nada presiden Umno".



nik aziz and mustafa ali and pasDalam
kenyataannya sebagai reaksi terhadap pandangan Mustafa, Nik Aziz turut
menyifatkan PAS Terengganu "telah tersalah memilih seorang pesuruhjaya" dengan
membandingkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang
menganggap tersilap memilih penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.



Tokoh besar PAS itu turut membayangkan Mustafa kemungkinan akan meninggalkan PAS
dan menyertai Umno.



Bagaimanapun beberapa bahagian panas kenyataan panjang Nik Aziz ini, yang
dikirimkan kepada Harakah, tidak dimuatkan dalam akhbar rasmi parti itu
dalam edisi terbarunya.



Tidak cukup dengan serangan itu, Nik Aziz mengulangi kritikannya kepada Mustafa
dalam ceramah di Markaz Tarbiah PAS di Gombak, Ahad lepas, dua hari selepas
kenyataan kontroversi itu diterbitkan.



Dihubungi Malaysiakini semalam, pesuruhjaya itu enggan mengulas
kenyataan Nik Aziz.



Mustafa dalam kedua-dua akhbar itu berpendapat perubahan kerajaan yang cuba
diusahakan Anwar hari ini "tidak mungkin berlaku" dengan dua alasan.



Pertama, pada tarikh itu, Dewan Rakyat tidak bersidang, maka undi tidak percaya
terhadap perdana menteri tidak boleh dibawa walaupun majoriti ahli parlimen
menyebelahi Pakatan Rakyat.



Beliau juga dilaporkan berkata, secara politiknya, tidak pernah berlaku wakil
rakyat kerajaan melompat parti untuk menyertai pembangkang.



djz convention 101205 ahmad lutfiBeberapa
jam sebelum serangan sinis Nik Aziz kelmarin, seorang wartawan Harakah
terpaksa menarik balik kenyataan penuh menteri besar Kelantan itu daripada
blognya atas arahan ketua pengarang eksekutif akhbar itu Ahmad Lutfi Othman
(foto kanan)
.



"Beberapa alasan telah diberi, namun saya pasti sebenarnya beliau tersepit.



"Malangnya oleh kerana kebimbangan saya di atas beberapa sebab, saya dengan itu
menarik kembali artikel tersebut dengan rasa berat hati dan merasai kebebasan
bersuara telah disekat," catat Wan Nordin Wan Yaakob di blognya Politik Suku
Sakat
(wannordinwanyaakob.blogspot.com).



Tambahnya, seorang lagi wartawan akhbar rasmi PAS itu "turut menerima tamparan
apabila seorang pemimpin menghubunginya dan meminta isu itu jangan dihebahkan,
malah kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) itu katanya (pemimpin itu) melampau."



"Saya hanya penulis picisan yang terhimpit dengan ideologi politik suku-sakat,
dan inilah yang dikatakan 'Politik Suku Sakat', akhirnya saya juga yang terkena
penahan mereka," kata wartawan itu lagi.



Wan Nordin, yang menulis berita 'Mursyidul am mahu Pakatan Rakyat diperkukuh:
Mustafa ditegur', bagaimanapun tidak mendedahkan pemimpin-pemimpin PAS yang
mengganggu beliau dan wartawan wanita itu.



Usaha Malaysiakini menghubunginya hari ini gagal.



Dalam kenyataan yang sama, kini beredar lebih meluas dalam kalangan penyokong
PAS yang pro-kerjasama dengan Pakatan Rakyat, Nik Aziz turut melahirkan
kebimbangannya apabila Harakah sendiri terlibat menyiarkan pandangan
Mustafa yang meragui usaha menumbangkan kerajaan BN gaya Anwar itu.



"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Harakah boleh memainkan peranan
sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu (Mustafa)
yang merupakan pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi
keputusan Muktamar," kata Nik Aziz.



"Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan
analisis yang dibuat.



"Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia
boleh merosakkan imej Harakah. Pada logiknya, pembaca Harakah
akan berkurangan.



"Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini."



Bagaimanapun ada pihak yang menganggap kenyataan mursyidul am PAS dikarang oleh
"kumpulan Erdogan", pemimpin-pemimpin muda beraliran moderat yang dikatakan
diketuai oleh naib presiden PAS Datuk Husam Musa - beliau bagaimanapun
menafikannya.



anti husam musa blog 280808"Saya
tidak percaya (kenyataan) itu adalah tulisan Tuan Guru Nik Aziz ataupun
kenyataan yang keluar dari isi hati dan lidah beliau.



"Nik Aziz yang kita semua kenal tidak pernah menyerang peribadi seseorang secara
terbuka, lebih-lebih lagi sesama pimpinan PAS," kata blog Anti Husam,
yang pertama kali memperkenalkan ungkapan "kumpulan Erdogan", bersempena perdana
menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.



"Saya percaya Husam dan/atau kumpulan Erdogannya berperanan besar untuk
mengeluarkan kenyataan tersebut... sama ada disedari oleh Nik Aziz ataupun tidak.




"Mana mungkin Nik Aziz menyebut perkataan 'standing ovation' (tepukan
hormat sambil berdiri) dalam kenyataannya.



"Lebih-lebih lagi fakta yang kononnya muktamar memutuskan untuk mengukuhkan
Pakatan Rakyat secara standing ovation tidak tepat sama sekali."



Pertembungan kali ini mengesahkan wujudnya dua puak, atau setidak-tidaknya dua
aliran, dalam PAS yang saling berbeza pandangan berhubung isu pertukaran
kerajaan pada 16 September, muqabalah dengan Umno dan kerjasama dengan Pakatan
Rakyat.



Namun, kenyataan senada dengan Mustafa itu bukan pertama kali dikeluarkan oleh
pemimpin atasan parti itu.



Naib presidennya Mohamad Sabu baru-baru ini pernah menyatakan keraguannya pada
projek Anwar tersebut.



Bagaimanapun, oleh kerana beliau dilihat tidak cenderung kepada kumpulan
tertentu, pandangan bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu tidak menimbulkan
pertikaian besar seperti Mustafa.



Lagipun, Mohamad dikatakan pro-kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan tidak selesa
dengan rundingan PAS-Umno.



Berbeza dengan Mustafa yang dilihat sebagai seorang arkitek dalam projek
muqabalah dengan sokongan penuh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang -
kedua-duanya tokoh berpengaruh dari Terengganu.



Dua aliran ini turut mempengaruhi beberapa pihak lagi dalam PAS. Badan
perhubungan PAS Johor menyokong Mustafa, sementara Kelab Penyokong PAS
menyebelahi Nik Aziz.



Apakah kita akan menyaksikan keretakan yang lebih besar dalam PAS susulan
kemenangan besar parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu yang mulai ketara
menjelang dan sewaktu muktamar ke-54 di Ipoh?

Pakatan Jumpa Agong

Anwar mahu jumpa PM, mengadap YDP Agong untuk bentuk kerajaan

PETALING JAYA, 16 Sept (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menunggu jawapan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk diadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat secepat mungkin bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan demokratik.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau akan mengemukakan senarai nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telahpun memberikan komitmen untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tegasnya, selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Pakatan Rakyat akan memohon untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat mandat penubuhan kerajaan baru.

Semua proses ini katanya, walaupun melepasi 16 September, namun ianya harus dilakukan secara teratur, aman dan demokratik menurut lunas-lunas Perlembagaan Negara.

Katanya, beliau memberikan masa kepada PM beberapa hari ini untuk membuat keputusan bertemu dengan Pakatan Rakyat seberapa segera.

"Saya fikir PM tiada sebab untuk tidak bertemu dengan kami (Pakatan Rakyat)," katanya.

Anwar menegaskan demikian dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat dekat sini. Antara pemimpin yang hadir ialah, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, AJK DAP Pusat, Tan Kok Wai.

Menurut Anwar setakat ini jumlah Ahli Parlimen yang diperlukan melebihi 31 orang dan jumlah yang memberikan komitmen mereka bertambah dari masa ke semasa.

"Ini bukan omong kosong. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita sudah bersedia untuk melakukannya," kata beliau.

Selain itu beliau turut menegaskan jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya.

Menjawab soalan wartawan, Anwar tidak menafikan antaranya adalah yang berjawatan Menteri, Timbalan Menteri serta lain-lain pemegang jawatan utama dari pelbagai parti.

Walaupun diasak pelbagai desakan wartawan meminta beliau mengemukakan senarai tersebut, Anwar bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana bimbang ahli-ahli parlimen tersebut akan diugut.

Katanya, apa yang penting Perdana Menteri harus memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan ISA dan sebarang bentuk sekatan kepada perubahan kerajaan.

Semalam, wakil dari Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Abdullah untuk mengadakan pertemuan.

Anwar berkata, mereka memberi masa kepada perdana menteri untuk berbincang dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menerima kehendak rakyat.

"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," kata Anwar

Anwar turut berkata masa yang cukup perlu diberikan kepada Abdullah kerana Presiden Umno itu kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.

"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya. - mks.

Tukar kerajaan bukan angan-angan Mat Jenin - Nik Aziz

KOTA BHARU, 16 Sept (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kata kerajaan baru karut. Manakala ada pemimpin parti lain pula sebut jangan jadi angan-angan Mat Jenin.

Mengulas perkembangan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertukaran kerajaan bukan sekadar gimik politik.

"Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti Keadilan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin.

"Ini kerana istilah angan-angan Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian sambutan ulang ke-18 Tabung Serambi Mekah di sini, hari ini.

Perdana Menteri hari ini dilaporkan berkata, rancangan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan baru 16 September sebagai karut dan ia seumpama cerita kosong.

Manakala ada pemimpin lain pula menyebut jangan jadi macam Mat Jenin jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemerintahan diterajui Umno dan BN sekarang tidak menunjukkan matlamat yang jelas sama ada menuju pemerintahan Islam atau mengamalkan demokrasi.

"Kerja-kerja Umno dan rekod buruknya menjadikan parti itu Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," katanya.

Oleh itu beliau berkata, mengapa Umno tidak menukar dasarnya seperti dilakukan PAS di Kelantan melaksanakan polisi pentadbiran mengikut kehendak Islam sejak lebih 18 tahun lalu. - mj

Anwar mahu jumpa PM, mengadap YDP Agong untuk bentuk kerajaan

PETALING JAYA, 16 Sept (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menunggu jawapan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk diadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat secepat mungkin bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan demokratik.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau akan mengemukakan senarai nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telahpun memberikan komitmen untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tegasnya, selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Pakatan Rakyat akan memohon untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat mandat penubuhan kerajaan baru.
Semua proses ini katanya, walaupun melepasi 16 September, namun ianya harus dilakukan secara teratur, aman dan demokratik menurut lunas-lunas Perlembagaan Negara.

Katanya, beliau memberikan masa kepada PM beberapa hari ini untuk membuat keputusan bertemu dengan Pakatan Rakyat seberapa segera.

"Saya fikir PM tiada sebab untuk tidak bertemu dengan kami (Pakatan Rakyat)," katanya.
Anwar menegaskan demikian dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat dekat sini. Antara pemimpin yang hadir ialah, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, AJK DAP Pusat, Tan Kok Wai.

Menurut Anwar setakat ini jumlah Ahli Parlimen yang diperlukan melebihi 31 orang dan jumlah yang memberikan komitmen mereka bertambah dari masa ke semasa.

Menjawab soalan wartawan, Anwar tidak menafikan antaranya adalah yang berjawatan Menteri, Timbalan Menteri serta lain-lain pemegang jawatan utama dari pelbagai parti.

Walaupun diasak pelbagai desakan wartawan meminta beliau mengemukakan senarai tersebut, Anwar bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana bimbang ahli-ahli parlimen tersebut akan diugut.

Katanya, apa yang penting Perdana Menteri harus memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan ISA dan sebarang bentuk sekatan kepada perubahan kerajaan.

(Berita lanjut menyusul) _

23 fakir maut rebut wang zakat RM16


JAKARTA 15 Sept. – Seramai 23 orang fakir miskin mati, manakala lapan
yang lain berada dalam keadaan kritikal
akibat sesak nafas kerana terhimpit semasa
berasak-asak untuk mendapatkan wang zakat
daripada seorang ahli peniagaan di Purworejo,
Pasuruan, Jawa Timur, 800 kilometer ke timur
Jakarta, hari ini.


Kebanyakan mangsa adalah wanita.


Kejadian itu berlaku tengah hari ini
semasa lebih 5,000 penduduk sekitar Pasuruan
berbaris di halaman rumah ahli perniagaan
itu untuk mendapatkan wang zakat bernilai
40,000 rupiah (RM16).


Ketua Polis daerah, Harry Sitompul
berkata, pengagihan wang zakat itu merupakan
acara tradisi oleh keluarga kaya itu,
sempena bulan Ramadan.


Penduduk miskin itu dilaporkan
mengunjungi rumah peniaga berkenaan yang
menjalankan perniagaan jual beli kenderaan
sejak pukul 4 pagi, setelah mendapat khabar
tentang pemberian wang zakat berkenaan.


“Setakat ini 23 telah mati dan polis
masih menyiasat,” kata jurucakap Hospital
Soedarsno.


Ramai yang cedera dan pengsan akibat
dihimpit dan dipijak ketika berebut-rebut
untuk mendapatkan bantuan zakat tersebut.


Polis telah menahan ahli perniagaan itu
untuk siasatan kerana gagal mengawal orang
ramai semasa hendak memberikan zakat
tersebut.


Dalam kejadian lain, enam remaja mati
lemas setelah terperangkap di dalam danau
berlumpur di Pamulang, dekat Jakarta, pagi
semalam.


Remaja itu terdiri daripada anak-anak
polis yang nekad terjun ke dalam danau
setelah sepasukan polis datang untuk
menyuraikan pergaduhan dua kumpulan remaja
berkenaan.


– Utusan

Majoriti cukup untuk tubuh kerajaan - Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Hrkh) -Pakatan Rakyat memiliki jumlah Ahli
Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.


Menurut Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, majoriti yang ada
ketika ini sudah dapat menubuhkan kerajaan baru.


Tambahnya, semalam pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah
Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
Image


Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 15,000 penyokong di
majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya,
di Kelana Jaya di sini semalam, tidak memberitahu nama-nama mereka yang terlibat.


Menurut Bernama, Anwar mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana
Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai
peralihan kuasa.
Image


Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa
Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.


"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang
zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan
dan tahanan politik dibebaskan," katanya.


Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris
dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa
tersebut.


Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng;
Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit
Siang; Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamaruddin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta
Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali. - mks.

Dun Sanglang Milik PAS

Mahkamah Persekutuan isytihar kerusi DUN Sanglang dimenangi oleh Hashim Jasin dari Pas

PUTRAJAYA 16 Sept. - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang di Perlis dimenangi oleh Pesuruhjaya Pas negeri itu Hashim Jasin.

Pada 18 Jun lepas, Mahkamah Pilihan Raya negeri itu mengisytiharkan kerusi DUN Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional Abdullah Hassan pada pilihan raya umum 8 Mac lepas dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan oleh Hashim. - Bernama

Zaid Lebih Bermaruah Daripada Ibrahim Ali

BARANGKALI ada yang beranggapan tindakan Zaid Ibrahim (foto) melepaskan jawatan menteri kabinet selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kerana beliau kecewa. Bukan sangat kerana pandangan beliau disanggah oleh Syed Hamid Albar dan beberapa menteri ekoran sikapnya mengenai tidak setuju dengan tindakan kerajaan menggunakan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan individu tertentu di bawah ISA, tetapi kerana hal lain.


Mungkin ada beranggapan beliau kecewa dan hilang kepercayaan kepada Umno apabila beliau tidak cukup pencalonan untuk mengekalkan ketua bahagian Umno Kota Bharu yang pernah dimenanginya.

Apapun tanggapan dan apa hakikat sebenar disebalik tindakan beliau itu kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Zaid. Kerana ternyata beliau lebih baik dan bermaruah berbanding Ibrahim Ali.


Beliau berjaya menunjukkan rasa tanggungjawabnya. Dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di Putrajaya pagi ini Zaid kekal dengan keputusannya, melepaskan jawatan yang menjadi kegilaan ahli politik itu.
Maknanya beliau tidak menghiraukan kepada rayuan dan permintaan Abdulah Ahmad Badawi agar beliau berfikir. Tikit percutian dua minggu tidak diambil dan dilayan oleh Zaid.


Keputusan itu dibuat mungkin setelah rayuan dan permintaannya kepada Abdullah ketika berjumpa semalam tidak dilayan.
Mungkin Zaid mendesak agar Abdullah membebaskan Teresa Kok dan Raja Peutra Kamaruddin. Ataupun juga beliau meluahkan apa yang berlaku dan sedang dilakukan oleh seseorang di Kota Bharu yang menyebabkan beliau tidak cukup pencalonan.


Apabila desakan dan rayuan atau rintihan itu tidak didengar oleh Abdullah, jadi untuk apa beliau tunggu lagi. Jelas beliau sudah tidak sehaluan dan sejalan dengan Abdullah. Maka jalan baru perlu diambil.


Keputusan dan tindakan Zaid itu lebih bermaruah dan bertanggunjawab daripada Muhyiddin Yaasin yang berani mengkritik Abdullah tetapi masih kekal berada di bawah dagu perdana menteri.


Mungkin juga beliau berbuat begitu ingin menguji sejauh mana moral dan maruah politik Muhyiddin. Muhyiddin tidak boleh menerima Abdullah sebagai ketua lagi apabila beliau meminta peralihan kuasa disegerakan. Sepatutnya Muhyiddin lebih awal berundur dari kabinet Abdullah berbanding dengan Zaid.


Keputusan Zaid itu menyusahkan Abdullah yang dalam susah dan pening kini. Tetapi sebagai rakyat marhaen yang merindui keadilan, kerajaan bermaruah kita angkat tabik 44 kali kepada Zaid atas keputusan itu. Dan tabik itu boleh ditambah sebanyak 44 kali lagi sekiranya beliau mengambil jalan benar dengan menyertai Pakatan Rakyat.


Sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu ketika beliau berdelima dengan masalahnya samada diberi kerusi untuk bertanding atau tidak di Kota Bharu saya sudah mencadangkan kepadanya agar menyertai PKR dan bertanding di Kota Bharu. Ketika itu beliau masih berat untuk berbuat demikian kerana masih ada hati kepada Umno.


Apakah setelah apa yang berlaku sudah berlaku hati beliau yang sebelum ini memiliki sisa Umno atau sudah jadi kering garing?


Pada saya tidak mengapa kalau pun beliau tidak menyertai PKR, apa yang beliau lakukan itu sudah membantu PKR yang kini dalam bersiap sedia untuk membentuk kerajaan. Seburuk-buruk Zaid Ibrahim dari kaca mata Pas Kelantan, lebih buruk lagi Ibrahim Ali yang kini sedang hanyut dalam lautan tidak berombak dan beralun.

Anwar Dakwa Cukup Anggota Parlimen Untuk Bentuk Kerajaan

PETALING JAYA, 16 Sept (Bernama)-- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Beliau mendakwa pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin tengah hari untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 12,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini Isnin malam, tidak mengenal pasti nama-nama mereka yang terlibat.

Anwar juga mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.

Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.

"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

-- BERNAMA

Anwar Dakwa Cukup Anggota Parlimen Untuk Bentuk Kerajaan

PETALING JAYA, 16 Sept (Bernama)-- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Beliau mendakwa pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin tengah hari untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 12,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini Isnin malam, tidak mengenal pasti nama-nama mereka yang terlibat.

Anwar juga mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.

Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.

"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

-- BERNAMA

Sambutan Perdana Hari Malaysia

Sasaran 16 Sept: Anwar dakwa cukup sokongan MP BN, Pak Lah sifatkan 'perkara karut'
16-09-2008 01:14:35 AM
Oleh G. MANIMARAN, ARIFFUDDIN ISHAK, SA'ODAH ELIAS dan LEE YAN XIU

ANWAR Ibrahim berucap di hadapan lebih 10,000 penyokongnya pada sambutan Hari Malaysian anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti hari ini?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan rancangan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru hari ini sebagai sesuatu perkara yang karut.
Sambil menempelak tentang hasrat Pakatan Rakyat (PR) itu, beliau berkata, pertukaran kerajaan baru seperti yang dicanangkan oleh Anwar tidak akan berlaku.

Ketika berucap pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam tadi. Anwar berkata, pihaknya mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan sebagaimana dijanjikan - ketika BN dan pemerhati politik meragui sasaran ikatan pembangkang itu.

Kata Anwar, tindakan beliau ini bukan untuk merampas kerajaan semasa tetapi mahu mengikut kehendak rakyat yang inginkan perubahan.

"Rakyat Malaysia sudah sedia dan matang untuk membuat keputusan," kata beliau di Stadium MPPJ, Kelana Jaya yang dibanjiri kira-kira 12,000 orang penyokongnya.

Terdahulu petang semalam, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika dihubungi mStar Online mengesahkan bahawa Anwar akan mengumumkan butiran lanjut mengenai pelan mereka hari ini.

Masa sidang media khas terus dirahsiakan sehingga malam tadi.

Difahamkan sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat PKR sama ada pukul 11 pagi ataupun 3 petang ini.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution ketika dihubungi juga berkata, pihaknya sudah mempunyai bilangan wakil yang mencukupi untuk tujuan pembentukan kerajaan.

Difahamkan pihaknya sudah memujuk dan mendapatkan sokongan 40 hingga 45 Ahli Parlimen termasuk anggota Kabinet.

"Anwar akan mengumumkan modus operadi dan mekanisme untuk membentuk kerajaan pada sidang media (hari ini)," katanya.

Kata beliau, kerajaan persekutuan yang baru tidak akan dibentuk secara rasmi hari ini tetapi ia akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat.

Kata beliau, antara pukul 1.30 dan 1.45 tengah hari semalam seorang Ahli Parlimen bertaraf menteri telah menemui Anwar.

Saifuddin mengakui bahawa pembentukan kerajaan persekutuan yang baru memerlukan kehadiran wakil-wakil rakyat secara fizikal.

Malangnya dalam keadaan semasa, kata beliau, tidak semua Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan mampu hadir kerana sesetengahnya masih berada di luar negara termasuk di Hong Kong dan China.

"(Tarikh) 16 September jadi... semua perancangan sudah siap. Esok (hari ini) Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas," kata Tian yang semalam pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara itu, yang mengadakan lawatan sambil belajar.

Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.

"Kita semua sedang membuat persediaan akhir hari ini (semalam). Semua jentera sedang bergerak untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya yang akan ke Sarawak malam ini bagi mengadakan perbincangan akhir dengan wakil di negeri itu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata, beliau yakin satu kejutan akan berlaku di Sabah mengenai beberapa orang Ahli Parlimen BN yanag akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya sudah terima panggilan dari mereka (Ahli Parlimen BN) minggu lalu untuk berbincang mengenai perkara ini.

"Sudah pasti mereka dari Sabah. Namun saya tak tahu berapa orang yang cakap dan berapa orang yang akan buat (lompat parti)," katanya.

Bagaimanapun beliau terus berkeyakinan bahawa akan berlaku perubahan sama ada pada esok ataupun luasa.

Ditanya mengapa Pakatan Rakyat seolah-olah menangguhkan tarikh pembentukan kerajaan baru hingga ke tarikh lain selain 16 September, beliau berkata: "Perkara penting begini perlu berhati-hati, jadi mungkin ambil masa."