Pages

Saturday, January 31, 2009

Wira Islam :Isu Gaza: Erdogan tinggalkan sidang Davos

Isu Gaza: Erdogan ‘naik angin’ tinggalkan sidang Davos












 


BENGANG... Recep Tayyip Erdogan berjalan keluar melintasi Peres,
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dan
Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa (kanan sekali) selepas
bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres mengenai isu
keganasan rejim Zionis pada Forum Ekonomi Dunia di Davos,
Switzerland, semalam. – AFP





 

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan Forum Ekonomi
Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden
Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.


Dalam detik paling dramatik yang jarang berlaku pada forum dunia itu, Erdogan
berjalan keluar melintasi Peres dan Setiausaha Agung PBB,


Ban Ki-moon selepas dia ‘dipaksa’ memendekkan ucapannya mengenai isu
keganasan Israel itu.


Erdogan sedih kerana hadirin yang terdiri daripada elit politik dan tokoh
perniagaan memberi tepukan menyokong ucapan Peres mengenai kewajaran serangan ke
atas Gaza yang mengorbankan lebih 1,300 penduduk..


Sekembalinya dari Davos, Erdogan semalam diberi sambutan sebagai wira oleh
ribuan rakyatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul.

Monday, January 26, 2009

MB Perak dakwa lagi ADUN BN mahu keluar parti

26/01/2009 6:13pm


IPOH 26 Jan. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata perbincangan dengan ketiga-tiga Adun terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.

“Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di sini hari ini. - Bernama

Sunday, January 25, 2009

ADUN Bota dari Umno sertai Pakatan Rakyat

http://www1.mstar.com.my/archives/2009/1/25/mstar_mutakhir/pkr_nasa_new.jpg">

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.


Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.


Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.


Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.


Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.


Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.


Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.


"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.


Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.


Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.


Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.


Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.


Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.


"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.


Anwar berkata, hal itu merupakan satu anjakan perubahan memandangkan salah satu sebab Nasarudin menyertai PKR adalah atas kehendak rakyat di kawasannya.


"Saya melihat ini sebagai satu permulaan baru dan anjakan perubahan dalam Pakatan Rakyat," katanya.


Ketika ditanya berhubung PKR Pulau Pinang yang mendakwa kerajaan negeri yang dikuasai DAP tidak mengadakan perbincangan dengan parti itu sebelum membuat sesuatu keputusan, Anwar berkata, beliau telah menerima laporan berhubung perkara itu daripada kerajaan negeri pagi tadi.


"Itu adalah isu di peringkat kerajaan negeri. Kita akan adakan perbincangan di peringkat Pakatan Rakyat di Pulau Pinang," katanya.


Nasarudin maklum MB Perak sertai PKR tahun lalu
Pakatan Perak mahu tarik ramai lagi ADUN BN


Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB


PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin berharap lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan mengikut jejak wakil rakyat Bota, Datuk Nasarudin Hashim untuk menyertai Pakatan Rakyat.


Mohd. Nizar berkata, beliau amat mengalu-alukan kemasukan Nasarudin yang juga bekas Pengerusi Felcra Berhad ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen parti dalam Pakatan Rakyat, berkuat kuasa hari ini.


"Kita alu-alukan kemasukan beliau memandangkan beliau adalah orang yang hebat dan bijak.


"Kita minta ADUN yang lain mengikut jejak langkah beliau," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman yang dibuat Nasarudin untuk menyertai PKR pada sidang media yang turut dihadiri Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira pukul 2.30 petang tadi di ibu pejabat PKR, di sini.


Nasarudin, 58, berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan DUN Bota dan amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.


Mohd. Nizar berkata, Nasarudin telah memberitahu hasrat beliau untuk menyertai PKR beberapa minggu yang lalu.


"Saya telah mengetahuinya sebelum ini dan beliau lebih nekad untuk mengambil keputusan itu setelah keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini yang berpihak kepada PAS," katanya.


Ditanya sama ada kerajaan negeri akan menawarkan sebarang jawatan kepada Nasarudin berikutan penyertaannya ke dalam Pakatan Rakyat, Nizar berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara tersebut.


"Setakat ini, jawatan beliau adalah ADUN Bota. Kita tidak menyatakan tidak ada sebarang kemungkinan beliau ditawarkan jawatan... kita akan bincangkan," katanya.


Katanya, pihaknya kini sedang dalam usaha menarik lebih ramai ADUN dan ahli BN untuk menyertai Pakatan Rakyat.


"Kita sedang berusaha ke arah itu dan kini sedang merangka strategi untuk melaksanakannya," katanya.


Bernama melaporkan bahawa desas-desus mengenai kemungkinan Nasarudin meninggalkan Umno bertiup kencang selepas beliau tewas dalam pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian Parit pada pemilihan dua bulan lepas.


Nasaruddin adalah bekas timbalan ketua bahagian berkenaan.


ADUN Bota dari Umno sertai Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.


Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.


Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.


Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.


Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.


Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.


Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.


"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.


Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.


Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.


Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.


Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.


Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.


"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.


Anwar berkata, hal itu merupakan satu anjakan perubahan memandangkan salah satu sebab Nasarudin menyertai PKR adalah atas kehendak rakyat di kawasannya.


"Saya melihat ini sebagai satu permulaan baru dan anjakan perubahan dalam Pakatan Rakyat," katanya.


Ketika ditanya berhubung PKR Pulau Pinang yang mendakwa kerajaan negeri yang dikuasai DAP tidak mengadakan perbincangan dengan parti itu sebelum membuat sesuatu keputusan, Anwar berkata, beliau telah menerima laporan berhubung perkara itu daripada kerajaan negeri pagi tadi.


"Itu adalah isu di peringkat kerajaan negeri. Kita akan adakan perbincangan di peringkat Pakatan Rakyat di Pulau Pinang," katanya.


Nasarudin maklum MB Perak sertai PKR tahun lalu
Pakatan Perak mahu tarik ramai lagi ADUN BN


Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB


PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin berharap lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan mengikut jejak wakil rakyat Bota, Datuk Nasarudin Hashim untuk menyertai Pakatan Rakyat.


Mohd. Nizar berkata, beliau amat mengalu-alukan kemasukan Nasarudin yang juga bekas Pengerusi Felcra Berhad ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen parti dalam Pakatan Rakyat, berkuat kuasa hari ini.


"Kita alu-alukan kemasukan beliau memandangkan beliau adalah orang yang hebat dan bijak.


"Kita minta ADUN yang lain mengikut jejak langkah beliau," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman yang dibuat Nasarudin untuk menyertai PKR pada sidang media yang turut dihadiri Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira pukul 2.30 petang tadi di ibu pejabat PKR, di sini.


Nasarudin, 58, berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan DUN Bota dan amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.


Mohd. Nizar berkata, Nasarudin telah memberitahu hasrat beliau untuk menyertai PKR beberapa minggu yang lalu.


"Saya telah mengetahuinya sebelum ini dan beliau lebih nekad untuk mengambil keputusan itu setelah keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini yang berpihak kepada PAS," katanya.


Ditanya sama ada kerajaan negeri akan menawarkan sebarang jawatan kepada Nasarudin berikutan penyertaannya ke dalam Pakatan Rakyat, Nizar berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara tersebut.


"Setakat ini, jawatan beliau adalah ADUN Bota. Kita tidak menyatakan tidak ada sebarang kemungkinan beliau ditawarkan jawatan... kita akan bincangkan," katanya.


Katanya, pihaknya kini sedang dalam usaha menarik lebih ramai ADUN dan ahli BN untuk menyertai Pakatan Rakyat.


"Kita sedang berusaha ke arah itu dan kini sedang merangka strategi untuk melaksanakannya," katanya.


Bernama melaporkan bahawa desas-desus mengenai kemungkinan Nasarudin meninggalkan Umno bertiup kencang selepas beliau tewas dalam pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian Parit pada pemilihan dua bulan lepas.


Nasaruddin adalah bekas timbalan ketua bahagian berkenaan.

Tuesday, January 20, 2009

Ahli Parlimen Pokok Di Anugerah Dato

Anakanda Sultan Kedah dahului senarai penerima


62 terima darjah, bintang kebesaran ulang tahun keputeraan

ALOR STAR: Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim mendahului senarai 62 penerima darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ke-81, hari ini.

Tunku Puteri Intan Safinaz yang juga anakanda bongsu Sultan Kedah dianugerahkan darjah Orang Besar Empat membawa gelaran Tunku Panglima Besar.



Koperal Mohd Zamri Md Scoot dari Batalion ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Bukit Pinang, Kepala Batas, di sini menjadi penerima tunggal Bintang Keberanian Kedah (BKK).

Lima penerima anugerah Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) membawa gelaran Datuk Wira ialah Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Nordin Ali dan Panglima Medan Markas Medan Tentera Darat Kem Sungai Besi, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamad Affandi Raja Mohammed Noor.

Tiga lagi, Leftenan Jeneral (B) Datuk Masood Zainal Abidin; Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Dr Nordin Kardi dan Presiden Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Prof Datuk Mohd Shukri Ab Yajid.

Penerima tunggal darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) membawa gelaran Datuk ialah Panglima Markas Empat Divisyen Kem Wardieburn Kuala Lumpur, Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim.

Seramai 38 individu dikurniakan Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang juga membawa gelaran Datuk, iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr Abd Isa Ismail; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar serta Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Bioteknologi, Pembangunan Usahawan dan Sains Inovasi negeri, Amiruddin Hamzah.

Pegawai Daerah Kubang Pasu, Datin Che Barni Mohd Noor; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pinang, Md Rohsidi Osman; Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Azemi Kasim; Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Cawangan Penyakit Bawaan Rektor Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Azmi Hashim.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengairan dan Saliran, K John Abraham; Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, Abdullah Kassim; Pengarah Audit Persekutuan Jabatan Audit Negara, Mustafa Saman; Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara, Othman Ahmad.

Timbalan Ketua Pengarah II Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (Mida), Wahab Hamid; pensyarah, Tunku Mohani Tunku Mohtar; Dekan Universiti Teknologi Mara (UTM) Kampus Jalan Semarak Kuala Lumpur, Prof Dr Azhari Md Salleh; Brig Jeneral (B) Abd Hamid Md Zain; Brig Jeneral Adnan Abu Bakar; Brig Jeneral Mohd Dalib Basir.

Pengerusi Eksekutif, Abdul Latif Mohd Som; Panglima Wilayah Laut Tiga, Laksamana Pertama Abdul Ghani Othman; Timbalan Pengarah (Perlucut Hakan/ Harta/Tahan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner I Ismail Yatim; Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner I Shatar Abdul Jalil.

Ketua Jabatan Perubatan Respiratori, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr George Kutty Simon; Pengarah Perubatan dan Perunding Physician Kedah Medical Centre, Dr Ismail Yaacob; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Syeikh Fadzil Awang dan Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, Mohd Azhari Ghazali.

Sementara itu, Presiden First Solar Malaysia Sdn Bhd, Heiner J Eichermueller adalah penerima tunggal darjah kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK Kehormat) yang juga membawa gelaran Datuk, manakala Tunku Shazuddin Arif Tunku Sallehuddin dan Syed Nasir Syed Abdullah dikurniakan pingat Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (SMS).

Ahli Dewan Negara, Senator Zamri Yusuf dan Timbalan Speaker DUN Kedah, Abd Ghani Ahmad dikurniakan pingat Setia Mahkota Kedah (SMK).

Sebelas penerima pingat Jaksa Pendamai (JP) ialah Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim; dan Pengarah Urusan Pasaraya Borong Sakan, Che Umar Yatim.

Jurucakap Bahagian Protokol Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, berkata senarai penuh nama penerima bintang kebesaran lain akan diumumkan Rabu ini.

Saturday, January 17, 2009

Calon PAS menang pilihan raya kecil Kuala Terengganu



MENANG... Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat tangan calon partinya, Mohd Abdul Wahid Endut (kiri) selepas diumumkan pemenang Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Stadium Negeri di sini, hari ini.

[DIKEMAS KINI, 10 MALAM] KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut hari ini telah memenangi kerusi pilihan raya kecil Kuala Terengganu dengan majoriti yang lebih besar.


Mohd Abdul Wahid,52, memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,252 undi.


Beliau menang dengan majoriti 2,631 undi.


Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.


Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan di Stadium Negeri di sini, pada pukul 9.30 malam tadi.


Hanya Mohd Abdul Wahid yang berada di dewan ketika keputusan tersebut diumumkan tanpa kehadiran dua lagi calon yang bertanding.


Selepas keputusan diumumkan, beliau disambut oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa.


Abdul Hadi ketika ditemui wartawan berkata, pihaknya telah menjangka majoriti yang lebih besar kali ini.


Ketika ditanya mengenai undi daripada pengundi Cina yang tidak memuaskan pada hari ini, Abdul Hadi berkata, perkara itu tidak benar.


Mohd Abdul Wahid yang kemudiannya mencelah berkata, bilangan undi yang diterima daripada kaum Cina pada kali ini adalah lebih tinggi daripada pilihan raya umum 8 Mac lalu.


"Kami akan membuat post-mortem untuk melihat arah aliran penyokong Cina," katanya.


Mengenai isu yang hendak dibawa ke Parlimen, Mohd Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam selama lima penggal berkata, beliau akan menumpukan kepada isu royalti minyak kepada Terengganu dan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


"Ini (isu) yang saya akan tumpukan dan akan dijelaskan kemudian," katanya.


Sementara itu, di luar tempat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini, kira-kira 2,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul untuk meraikan kejayaan pemimpin mereka.


Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam amalan demokrasi, BN menghormati keputusan rakyat.


"Sudah tentu ia merupakan satu kekecewaan kepada BN, kami akan terus berkhidmat dan tidak akan melemahkan semangat kami," kata beliau kepada media di kediama Menteri Besar di sini, sebentar tadi.


Ketika ditanya sama ada kekalahan itu akan memberi impak kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang, Najib berkata: "Tidak ada impak."


Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 Oktober lalu ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.


Pada pilihan raya umum lalu, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.


Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Mohamad (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Pas menang Parlimen Kuala Terengganu

Calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan memperolehi 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang meraih 30,252 undi selepas kesemua 144 peti undi dikira.

Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam memperolehi 193 undi. - Bernama

Muktamat: PAS Menang DI K.TRG

8.32 Malam. Syukur Pakatan Rakyat Menang di Parlimen K.Terengganu dengan kelebihan 2769 undi.

TAKBIR.............

PAS Sedang Mendahului

Sehingga Jam 7.04 PM PAS 14,802 dan BN 14,644. PAS dahului disemua DUN kecuali DUN Ladang

Thursday, January 15, 2009

'Hendak ke mana dari mana' tanya polis

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Hrkh) - Awas, apabila melintasi sempadan ke Terengganu anda terpaksa melalui sekatan jalan raya di beberapa tempat.

Soalan pertama yang akan ditanya anggota polis yang berada di sekatan itu 'encik hendak ke mana, dari mana dan kenapa'.

Bagi mereka yang datang dari Kota Bharu akan berdepan dengan sekatan jalan raya di sempadan Pasir Puteh - Besut dan satu lagi di Bari, Penarik.

Anggota polis yang bertugas di Besut lebih nampak sopan biar pun menanyakan soalan yang sama. Lebih mengejutkan di Bari apabila gaya soalan yang diajukan agak keras.

Seorang pegawai kerajaan dari Kelantan yang enggan dikenali tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis tersebut seolah-olah sudah diarah membaca skrip soalan yang sama.

"Tidak sepatutnya polis menanyakan kita hendak ke mana dan apa tujuan. Cara itu menambahkan lagi kecurigaan orang ramai terhadap kehadiran begitu ramai anggota polis di Kuala Terengganu sekarang.

"Kalau nak tanya pun biarlah sopan sikit. Tidakkah slogan polis 'Tegas, Adil, Berhemah' sudah elok kalau dipraktikkan secara jujur," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya dengan perlakuan demikian anggota polis terbabit seolah-olah mengenepikan slogan berhemah yang cuba diterapkan kerajaan.

Isu membabitkan polis menjadi fokus utama pada pilihan raya kecil parlimen KUala Terengganu apabila kehadiran mereka agak luar biasa.

Ramai berpendapat tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil begitu ramai sekali anggota polis yang dikerah bertugas.

Orang ramai yang pertama kali datang ke Kuala Terengganu tidak sukar untuk melihat penempatan-penempatan sementara yang dibina lengkap dengan sistem penghawa dingin.

Deretan kenderaan polis sama ada motosikal, kereta peronda, van, dan lori boleh dilihat di kiri kanan jalan berhampiran khemah tersebut.

Penjelasan yang cuba diberi Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Albar kehadiran ramai polis hanya bagi menjaga keselamatan agak sukar diterima orang ramai. - mj _

Jasa BN Perintah Terengganu....



Kuala Terengganu: Antara persepsi, emosi dan realiti

Oleh: ROSLAN BIAN

Menjelang tarikh pengundian pilihan raya kecil P 036 atau parlimen Kuala Terengganu yang semakin hampir, belum ada parti sama ada Barisan Nasional (BN) ataupun PAS, berani mendabik dada mengaku sudah berjaya menambat hati 80,299 pengundi.

Jentera kempen kedua-dua parti semakin gigih bersaing. Apa yang pasti calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut jauh meninggalkan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Cuaca lembab berterusan dan hujan hampir sepanjang hari sejak Jumaat lalu yang dijangka berterusan sehingga hari pengundian Sabtu ini sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada aktiviti kempen selain ada poster, bendera dan sepanduk yang rosak.

Sepintas lalu, sejak penamaan calon dan permulaan kempen, tiada isu besar diketengahkan parti-parti yang bertanding.

Sama ada isu tempatan atau nasional, PAS dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP seolah-olah ketandusan idea apabila ceramah dan kempen masih memperkatakan soal pemimpin BN rasuah, salah guna kuasa dan isu-isu kecil lain yang tidak relevan.

Di atas faktor itu, tidak hairanlah isu peribadi calon yang bertanding mendominasi kempen pembangkang walaupun Wan Ahmad Farid dan Abdul Wahid sudah berjanji bahawa mereka tidak akan melakukan serangan peribadi ketika berkempen.

Namun itu hanyalah janji antara mereka berdua. Realitinya, calon BN terus digasak dengan persepsi kononnya beliau seorang yang sombong, sukar didekati dan tidak mesra rakyat.

Apabila “BN Mesra Rakyat’ dijadikan asas kempen parti itu dalam pilihan raya kecil ini, ianya seakan mengiyakan persepsi sesetengah pihak terhadap karektor Wan Ahmad Farid.

Lebih malang lagi ada antara jentera kempen BN turut membawa persepsi serupa apabila bercakap sesama sendiri mengenai calon BN itu.

Ini sekaligus mengambarkan Wan Ahmad Farid berada di laluan sukar untuk mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi arwah Datuk Razali Ismail pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Mahu ataupun tidak, persepsi mengenai perwatakan Wan Ahmad Farid terus menghantui jentera kempen BN malah calon sendiri sudah melakukan pelbagai usaha bagi menepis gambaran imej buruk terhadapnya.

Ini sekaligus memberi banyak ruang kepada pemimpin parti pembangkang yang membantu calon PAS memainkan isu Wan Ahmaf Farid yang bukan sahaja dilihat tidak mesra tetapi tidak mendapat sokongan di kalangan pemimpin UMNO khususnya di Terengganu.

Bagi calon PAS pula, kehebatannya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam selepas beberapa penggal, dikhabarkan sebagai wakil rakyat yang mesra dan sanggup turun ke kubur menyambut jenazah.

Kelebihan Abdul Wahid adalah kerana sudah lama menjadi wakil rakyat dan tidak mustahil beliau dikenali orang ramai berbanding Wan Ahmad Farid yang belum pernah bertanding dalam pilihan raya ataupun dipilih sebagai wakil rakyat.

Persepsi pengundi terhadap calon BN dan calon PAS jelas berbeza. Ada antara mereka mengibaratkan kemesraan Abdul Wahid berbanding Wan Ahmad Farid ibarat ‘ langit dan bumi’.

Namun pertimbangan dan penilaian sedemikian hanya mainan emosi. Baik bagi calon BN mahupun PAS, masing-masing ada keistimewaan kerana Allah s.w.t memang menjadikan makhluk ini berbeza paras rupa, tingkah laku dan sebagainya.

Acap kali manusia melakukan kesilapan dengan menilai seseorang itu tanpa perkiraan waras sebaliknya membenarkan emosi membuat keputusan.

Mereka jarang mengambil kira pepatah, ‘ jangan menilai buku berdasarkan kulitnya.

Jelaslah, dalam pilihan raya kecil ini, persepsi dan emosi masih menguasai pemikiran pengundi dalam membuat keputusan tanpa mahu memikirkan realiti sebenarnya.

Sebab itulah juga satu kajiselidik pendapat umum mendapati pengundi mengutamakan kualiti calon daripada lain-lain faktor seperti isu dan parti-parti yang bertanding.

Kajiselidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre for Opinion Research, mendapat 77 peratus pengundi menyatakan kualiti calon 'amat penting, berbanding dengan 55 peratus bagi isu semasa dan 67 peratus bagi kemampuan parti.

Bagaimanpun hendak menilai kualiti Wan Ahmad Farid jika beliau tidak diberikan peluang menunjukkan dirinya yang sebenar?

Tidak adil jika pengundi-pengundi di Kuala Terengganu menghukum Wan Ahmad Farid semata-mata kerana persepsi dan emosi mereka tanpa menilai realiti sebenarnya.

Memang mudah memberikan pujian kepada Abdul Wahid yang dikatakan pandai mengambil hati pengundi di DUN Wakaf Mempelam. Tanyalah penyokong PAS, pasti cerita Abdul Wahid yang kerap muncul solat subuh di surau mahupun masjid dan sanggup masuk ke kubur menyambut jemazah diceritakan penuh bangga.

Namun, antara cerita menarik yang menjadi bahan kempen adalah kisah bagaimana Abdul Wahid dikatakan turun ke kubur menyambut jenazah seorang penduduk di kawasannya yang meninggal setelah lama sakit.

Si mati yang uzur adalah seorang penerima bantuan kebajikan selama 10 tahun tetapi kerana Abdul Wahid sanggup turun ke kubur, penduduk menganggap beliau wakil rakyat yang prihatin sedangkan si mati ketika hidupnya menerima bantuan kerajaan.

Kerana rakyat terlalu mudah bermain emosi, sikap calon PAS itu dianggap hebat, tetapi ini tak ubah seperti peribahasa, ‘lembu punya susu sapi dapat nama,’.

Jasa kerajaan membantu si mata ketika hayatnya dilupa dalam sekelip mata.

Mengulangi kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawab kebajikan sejak seseorang itu mula lahir hingga ke liang lahad tanpa menguar-uarkannya.

Katanya, negara tidak perlu menggunakan label ‘negara berkebajikan’ kerana sesuatu itu dilaksanakan atas dasar tanggungjawab kepada rakyat oleh kerajaan yang memerintah.

Kini, dengan berbaki beberapa hari lagi sebelum pengundi membuat pilihan, mereka perlu sedar realiti bahawa mereka sebenarnya bukan memilih calon tetapi parti yang boleh memberikan khidmat kepada mereka.

Baik Wan Ahmad Farid mahupun Abdul Wahid, mereka mewakili parti yang sudah memberi janji-janji untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada penduduk Parlimen Kuala Terengganu selepas diisytihar menang pada malam Sabtu ini.

Selepas 50 tahun merdeka, kerajaan BN sudah membuktikan keupayaan menyediakan segala keperluan asas kepada rakyat negara ini.

Walaupun parti pembangkang menjanjikan tawaran lebih menarik jika menang dan dapat memerintah negara, rakyat tidak boleh ‘membuang air di tempayan’ semata-mata mendengar guruh di langit.

Sebelum ini, PAS, PKR dan DAP memukul canang mengatakan mereka hebat, sebenarnya Tuhan sedang menguji mereka dengan kemenangan pada pilihan raya umum lalu.

PAS dapat mentadbir Kedah dan Perak, DAP di Pulau Pinang manakala PKR di Selangor selain Kelantan kekal di tangan PAS. Selepas 10 bulan, rakyat sendiri mendengar dan melihat bagaimana parti-parti tersebut mentadbir negeri-negeri berkenaan dengan pelbagai isu serta masalah.

Kegagalan menunaikan janji pilihan raya di Selangor, pemberiaan hak milik tanah 999 tahun di Perak, cadangan pembalakan di hutan simpan di Kedah dan macam-macam kestimewaan yang diberikan kepada penduduk Cina di Pulau Pinang memperlihatkan realiti betapa pembangkang mentadbir negeri sesuka hati mereka.

Realitinya rakyat negara ini berdepan situasi di mana PAS yang dulu menuduh UMNO kafir kerana berjuang bersama bukan Islam kini mereka ‘tidur sebantal’ dengan DAP serta pemimpin bukan Melayu dalam PKR.

Mereka juga menerima pemimpin yang berbohong sebagai ketua dan parti yang menolak hudud sebagai rakan.

Inilah realiti yang perlu difikirkan oleh pengundi-pengundi di Kuala Terengganu sebelum membuat keputusan sebelum mengundi PAS.

Dengan mengundi PAS, mereka sebenarnya mempercepatkan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Lim Kit Siang sebagai timbalannya.

Bagi BN dan UMNO pula, pilihan raya kecil ini adalah medan maruah yang perlu dipertahankan kerana di depan dan di belakang ada api yang perlu dihadapi.

Ibarat kata, adat kampung, kampung di pertahankan, adat negeri, negeri dipertahankan dan adat parti, parti dipertahankan.

Sudah sampai masanya pengundi Melayu menyedari mengenai ancaman terhadap kuasa politik Melayu yang sudah mula terhakis selepas pilihan raya umum lalu.

Selepas Mac 2008, kuasa politik orang Melayu menjadi lemah kerana diancam oleh orang bukan Melayu.

Justru itu lupakan persepsi mengenai karektor Wan Ahmad Farid, jangan emosi kerana memburu pahala yang dijanjikan PAS jika mengundi parti itu tetapi berdepanlah realiti, hanya BN mampu menjanjikan masa depan lebih baik kepada generasi kita akan datang.- 13/1/2009

Wednesday, January 14, 2009

RO nafi raih undi, PAS kemuka petisyen mahkamah esok



[DIKEMAS KINI] KUALA TERENGGANU: Pengurus Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengundi Barisan Nasional (BN) Sabtu ini.


Ketika dihubungi mStar Online lewat petang tadi, Mat Razali berkata, selaku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi.


"Tanggungjawab sebagai Datuk Bandar, saya selalu mengadakan pertemuan dengan kakitangan saya... majlis mingguan, majlis bulanan, esok pun ada taklimat juga.


"Misalnya semalam ada majlis Hari Kualiti yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri. Dalam pertemuan hari ini, saya menjelaskan kepada mereka (kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) tentang dasar-dasar kerajaan sebagai majikan," katanya beliau.


Bagaimanapun tegas Mat Razali, beliau sama sekali tidak meminta kakitangannya "memangkah" BN.


"Semuanya tak betul... itu hak mereka ," katanya.


"Saya menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan terserah kepada mereka sama ada mahu mengundi calon BN atau calon PAS," katanya.


Mat Razali juga berkata, kemungkinan apa yang dinyatakan oleh beliau telah disalahertikan oleh kakitangannya yang terdiri daripada peringkat bawahan.


Difahamkan taklimat pagi ini dihadiri oleh kakitangan peringkat sokongan.


Pagi tadi, PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkan Mat Razali daripada terus mengepalai urusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan Pengurus Pilihan Raya itu telah 'menyalahgunakan' kedudukan beliau untuk mempengaruhi kakitangannya supaya mengundi BN.


Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong pada sidang media di Markas PAS Kuala Terengganu di sini.


Wan. Abd. Muttalib berkata, pihaknya telah menerima maklumat bahawa Mat Razali telah meminta kakitangan pihak berkuasa tempatan itu mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pagi ini.


Setakat pukul 8 malam ini, PAS belum membuat laporan polis dan aduan kepada SPR.


Laporan berhubung perkara itu dibuat oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pukul 4.25 petang.


Timbalan Ketuanya, Fariz Musa berkata, selaku anggota Pakatan Rakyat pihaknya membuat aduan dan menyerahkan kepada PAS untuk mengambil tindakan susulan.


Wan Abd. Muttalib ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu, pihaknya akan mengemukakan petisyen di mahkamah pagi esok untuk meminta agar Mat Razali digugurkan sebagai Pengurus Pilihan Raya.


"Peguam-peguam kami sedang menyediakan dokumen dan petisyen akan difailkan esok," katanya.


Kawasan Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 orang merupakan kakitangan awam.

Tuesday, January 13, 2009

Culaan awal: Bulan dijangka mengambang penuh 17 Januari

Oleh Mohd Sayuti Omar

SELEPAS lebih separuh perjalanan kempen pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu berjalan gambaran awal atau momentum sudah mula kelihatan tanda-tanda fizikal parti mana yang kuat dan parti mana yang ‘dak rok cetong’.

Malam tadi saya sempat membuat tinjauan ke hampir seluruh bandaraya Kuala Terengganu Darul Imam melihat perang poster kedua belah pihak. Suasana biasa yang berlaku dalam pilihan raya sudah menguasai bandaraya Kuala Terengganu.

Semua simpang dan sudut dipasang dengan poster calon, poster pemimpin masing-masing, papan tanda, kain rentang dan sepanduk kedua-dua pihak. Walaupun Pas bukan parti kerajaan yang dikaitkan mendapat kemudahan kewangan dan menggunakan jentera kerajaan namun apa yang ditonjolkan menunjukkan Pas tidak terkalah.

Semangat melawan masih ada dan kuat pada Pas. Nampaknya Pas menanti retak Umno dan BN saja untuk diikuti.

Ini menunjukkan kejatian perjuangan penyokong Pas yang datang untuk membantu dan berkorban dan bukan datang untuk memperdagangkan ‘barangan’ lain ataupun datang untuk mencari rezeki tersepak di sepanjang pilihan raya berkenaan.

Berbeza dengan 'pelancong' pilihan raya di pihak BN mereka datang selain untuk meninjau pilihan raya tetapi turut sama mahu mempromosikan barangan dagangan mereka, yakni calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan agung Umno Mac depan.

Sehingga jam 2:30 malam tadi masih ada pekerja jentera pilihan raya Pas memasang poster dan mendirikan papan iklan di sekitar bandar raya Kuala Terengganu.

Dalam saat penyokong Pas masih galak bekerja, jentera Umno sudah lenyap atau suda lena tidur diulik mimpi, mungkin memimpin kemenangan! Inilah perbezaan yang ketara dari segi semangat dan gerak kerja antara kedua parti itu.

Rata-rata penyokong Pas yang ditemui atau terdengar perbiacraan mereka mengakui mereka mempunyai kelebihan berbanding dengan Umno. Secara rendah diri mereka mengatakan mula mendapat kekuatan apabila berlaku swing atau peralihan angin pengundi Cina di kawasan bandar.

“Mulanya kita bimbang kepada pengundi Cina, tetapi alhamdulilah sambutan terhadap ceramah yang kita anjurkan mendapat sambutan mengejutkan, dan ini sangat melegakan kita,” begitulah komen seorang penyokong Pas yang datang khusus untuk membantu Pas sejak hari penamaan calon lagi.

Malam semalam katanya satu gelombang besar berlaku di kalangan pengundi Cina di tengah bandaraya Kuala Terengganu. Ceramah anjuran DAP dan PKR di Kampung Tiong mendapat sambutan luar biasa. Perkembangan mengkagumkan, bila mana ada anak muda Cina membawa 'jabil' (bekas plastik) berlambangkan bulan untuk mengutip derma.

Seorang wartawan kanan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melihat fenomena itu memberi komen mengenai hal ini katanya kalau orang Cina sudah mencari wang untuk Pas ini sudah menjadi masalah besar kepada Umno.

“Jarang berlaku orang Cina secara terbuka membantu calon Pas dan apa yang ditunjukkan ini satu kebenaran yang luar biasa,” tambahnya.

Sememangnya kegelabahan BN mengenai perubahan masyarakat Cina ini sesuatu yang tidak dapat disembunyikan. Misalnya pagi ini ada maklumat mengatakan ada arahan dilakukan oleh pihak tertentu agar menutup bilik gerakan DAP. Arahan itu khabarnya dari pejabat MB Terengganu?

Dalam pada itu jentera perang saraf Umno juga telah mengugut pengundi Cina terutamanya di kalangan pengundi muda yang memberi ingatan supaya tidak mengundi Pas dan disamping mengugut kononnya kalau mereka undi BN tahu perbuatan itu. Hal ini didedahkan oleh pengundi muda Cina yang bimbang dengan ugutan itu dan bertanya soal kerashaian undi.

Ugutan dan psywar ini menunjukkan BN mulai takut dengan perkembangan di kalangan pengundi Cina. Dalam pada itu kenapa masyarakat Cina mengubah pendirian mereka kerana tertarik dengan dasar pemerintahan Pakatan Rakyat yang ditunjukkan di Kelantan, Perak dan Selangor di mana dasar Pakatan Rakyat lebih terbuka dan adil kepada mereka.

Selain itu pengundi Cina juga dikatakan lebih rasional di mana mereka tidak pedulikan apa yang hendak dibawa oleh Pas dan BN. Yang penting bagi mereka parti mana yang boleh memberi sesuatu yang dapat mereka lihat dan rasakan segera.

Faktor inilah menyebabkan pengundi Cina Kuala Terengganu berubah angin. Ia juga ditambah dengan sikap pemimpin MCA dan Gerakan atau tokoh Cina lain yang dikatakan tidak serius dalam kempen dan seolah mereka mengambil sikap melepas batuk ditangga saja mengenai pilihan raya berkenaan.

Hakikat kelemahan BN ini diakui sendiri oleh beberapa pembantu jentera pilihan rayanya yang datang dari luar. Seorang Ketua Umno Umno bahagian di Kelantan menyatakan kekecewaan mereka terhadap kelembapan jentera wanita Umno pada pilihan raya itu.

Katanya wanita Umno semacam tidak mahu menerima khidmat dan bantuan luar bila mereka memandang dingin pada kedatangan rombongan wanita bahagiannya untuk membantu BN.
Keadaan itu menurutnya membayangkan Umno Kuala Terengganu ada masalah di mana semua pihak nampaknya tidak sepadu antara satu sama lain.

Mungkin perebutan jawatan antara Ketuanya, Rafidah Aziz dan naibnya, Shahrizat Abdul Jalil menyumbangkan ke arah kelembapan itu. Rafidah khabarnya hanya menjelma seketika saja di Kuala Terengganu. Manakala Shahrizat pula tidak dapat berbuat lebih kerana tidak mendapat mandat daripada Rafidah.

Mengambil kira perbualan dan mendengar luahan itu semua, maka jelas dari segi semangat dan keazamannya Pas berada di atas berbanding dengan Umno. Wahid Endut berada di nombor wahid dan bulan kelihatan terang.

Bagaimana pun ini tidak boleh diambil kira sangat kerana ada yang mengatakan sikap menunjukkan kelemahan ini merupakan tektik BN untuk membunuh Pas dalam diam dan mereka akan mengeluarkan buah kilas di saat-saat akhir! Bersambung..

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang


Jarang berlaku orang Cina secara terbuka bantu calon Pas

Sunday, January 11, 2009

Kempen Baikot Barang Yahudi dan Sekutu

SETAKAT ini, masuk minggu kedua tahun baru 2009/1430, lebih 900 orang Islam – termasuk kanak-kanak dan warga emas – di bumi Palestin telah terkorban dibelasah dengan kejam oleh Yahudi. Dengan peluru berpandu, roket, bom dan peluru senapang Israel terus meletup mencari sasaran, jumlah nyawa Islam yang akan dikorbankan pasti akan meningkat.Berada jauh beribu kilometer, tanpa senjata – usahkan bom atau peluru berpandu, parang kontot pun kita tidak ada! – apa yang boleh kita lakukan untuk membantu saudara seagama kita di sana? Apakah kita rela darah saudara kita melimpah setiap hari dikerjakan kafir musibat itu?

Percayalah, sekiranya kita bersatu, kita boleh menyertai peperangan ini, walaupun tanpa sebarang senjata. Kita boleh membantu rakyat Palestin – sekurang-kurangnya secara moral dan semangat – tanpa menggunakan walaupun sebutir peluru.Boikot barang Amerika! Ini sumbangan kita, dan kita boleh lakukan sekarang. Selalu ingatkan ini di dalam hati kita dan anak-anak kita: Setiap kali kita membeli produk atau perkhidmatan Amerika, kita sebenarnya memberi keuntungan (duit) kepada syarikat-syarikat gergasi negara Bush/Obama itu. Duit itulah yang digunakan membeli senjata canggih Israel untuk membunuh warga Palestin.Boikot?

Tentu sekali tidak semudah yang dikata atau ditulis. Hakikatnya ialah sejak sekian lama hidup seharian kita – khasnya orang KL – telah diwarnai oleh produk dan perkhidmatan Amerika. Tubuh kita, darah kita sudah terbiasa dengan jenama negara besar itu.Sekiranya kita ambil barang Amerika sahaja pun sebahagian besar tubuh kita – juga perut kita – sudah terasa lain. Sebab rambut kita dicuci oleh syampu jenama negara Bush nyaris kena kasut itu, demikian juga gigi, perut, pinggang, kaki, hatta kuku kita semua sudah terbiasa dengan produk negara penyokong kuat Yahudi itu.Itu baru Amerika.

Belilah barangan halal buatan Malaysia


Sekiranya kita memboikot juga produk negara-negara geng ‘gedebe’ Amerika, Britain dan Perancis umpamanya, lagi banyak yang kita rasa tubuh kita tidak selesa. Tidak sahaja kepala dan kaki, seluruh tubuh kita, termasuk bahagian dan sudut paling sulit, semuanya telah mesra dengan produk-produk keluaran kafir itu. Maaf cakap, sesetengah kita berasa tidak selesa sekiranya tidak memakai seluar dalam buatan Amerika atau British, cehhh!Sebenarnya minda kita yang tidak selesa, sebab sudah terlalu terbiasa sehingga terikat dengan gaya dan selera orang putih.


Sebahagian barangan keluaran Yahudi yang bersepah di negara kita



Minda itulah yang perlu diubah sekarang. Tekadkan di hati kita bahawa kita boleh hidup seperti biasa – malah, mungkin lebih baik – tanpa menggunakan satu pun jenama dari geng penyokong Israel.Saya ambil contoh di hadapan mata, mengenai ayam goreng. Rangkaian restoran ayam goreng segera Amerika di seluruh pelosok tanah air mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pengguna Islam. Malah, rangkaian restoran tersebut di sebuah pusat membeli belah di KL beberapa tahun mencatat rekod jualan tertinggi di seluruh dunia.

Bayangkan sekiranya mulai hari ini semua pengguna Islam negara ini memboikot ayam goreng tersebut, pasti laba berjuta-juta ringgit pungutan dari Malaysia yang dihantar ke Amerika susut sekurang-kurangnya 50 peratus. Orang Islam di negara ini mempunyai kuasa beli yang tinggi, mengalahkan bukan Islam.

Dengan kuasa beli itu kita boleh menjadikan ayam goreng rangup itu dingin tidak bersentuh!Percayalah kita tidak akan mati sekiranya tidak makan ayam goreng Amerika itu. Ayam goreng resipi turun-temurun kita pun tidak kurang hebatnya. Gantikan ayam rangup Bush itu dengan ayam goreng bercili, ayam goreng daun pandan. Ayam panggang berempah kita tidak kurang sedapnya. Kita ada ayam percik, ayam golek, sate ayam dan beraneka resipi ayam yang lain.

Dan, siapa kata dahaga tidak akan hilang selagi tidak meneguk minuman berkola dari negara Bush dibaling kasut itu? Sekali lagi, ini bukan soal selera, ini soal minda. Minda kita yang selama ini mengagungkan minuman botol atau tin yang berbuih tinggi itu. Mulai sekarang, tidak kira betapa panas dan dahaga, beralihlah kepada minuman lain. Ingat jenama Bush, ingat darah warga Palestin yang dibedil Israel.Kita ada sirap bandung, air limau nipis, teh tarik, kopi Tongkat Ali, teh herba – ada seribu satu minuman lagi – semua ini pun boleh menghilangkan dahaga.

Mula-mula kita boikot makanan dan minuman, kemudian kita boikot yang lain-lain. Akhir sekali kita pakai seluar dalam jenama lain. Ingat: membeli sehelai sahaja seluar dalam buatan Amerika, mendekatkan lagi peluang Israel membunuh orang Islam. Mulakan gerakan kita dari sekarang, saat ini juga!

Saturday, January 10, 2009

Jentera BN Berpecah

KUALA TERENGGANU, 10 Jan (Hrkh)
- Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendakwa,
kehadiran tergesa-gesa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah
Badawi bertemu jentera Barisan Nasional di sini berikutan
adanya perpecahan berlaku.


ImageMenjawab
soalan yang ditimbulkan wartawan dalam sidang medianya di
Pusat Media PAS, Kuala Ibai dekat sini, Nasharudin tidak
menafikan kemungkinan tersebut.


Malah beliau menyatakan sememangnya berlaku perpecahan di
kalangan jentera BN di sini dalam beberapa isu termasuk yang
membabitkan calon itu sendiri.


Mengikut rekod bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad yang juga biasanya selaku Pengerusi BN sebelum
Abdullah tidak pernah turun berkempen bagi pilihan raya
kecil.



ImageBiasanya
hanya timbalannya sahaja yang akan mengemudi jentera kempen,
sebaliknya Abdullah dikatakan nampak tergesa-gesa turun ke
Kuala Terengganu bagi bertemu jentera BN.


Mengulas isu dakwaan bekas MB Selangor, Dato' Dr Mohd
Khir Toyo berhubung PAS tiada pilihan selain kononnya
terpaksa memilih Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Adun Wakaf
Mempelam sebagai calon PAS pula, Nasharudin menempelak
kenyataan Khir itu.


PAS sebaliknya memilih Wahid kerana kredibilitinya
sebagai calon popular yang mampu memenangkan PAS dan mampu
berkhidmat untuk rakyat, katanya.



ImageWahid
adalah anak tempatan yang sangat diterima rakyat di sini,
sebaliknya pemilihan calon BN, Dato' Wan Farid Wan Salleh
pula dikatakan mengundang perpecahan dalam Umno/BN, ujar
Nasharudin.


Justeru katanya tidak timbul soal PAS memilih Wahid
berikutan tiada calon yang berwibawa. _

Mengenal siapa Yahudi

Artikel petikan daripada : Darulnuman.com

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 167 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir’aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra’ ayat yang bermaksud:

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku”.

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

  • Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
  • Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
  • Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
  • Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
  • Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
  • Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
  • Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
  • Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
  • Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
  • Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam ‘Talmud’ iaitu tafsiran kepada kitab ‘Taurat’, ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:

  • Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
  • Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
  • Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
  • Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi”.

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.#

Friday, January 9, 2009

Ribuan Kutuk Israel

Ribuan orang berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak tengahari tadi sebagai membantah serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.

anti israel protest us embassy 090109 09Menurut saksi, kira-kira 5,000 orang menyertai perarakan dari bangunan Tabung Haji - yang terletak tidak sampai satu km dari kedutaan Amerika - selepas solat Jumaat.

Perarakan tersebut dianjurkan oleh Gabungan NGO Prihatin yang turut disertai oleh penyokong parti PAS.

Di sepanjang jalan, mereka melaungkan slogan anti-Amerika dan anti-Israel.

Delegas 15 orang yang diketuai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kemudiannya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika.

Mereka mensasarkan kedutaan Amerika kerana negara itu merupakan rakan sekutu Israel.

Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan oleh itu, negara Yahudi itu tidak mempunyai kedutaan di sini.

Bakar bendera di Kpg Baru

Sementara itu, kira-kira 200 orang berhimpun selepas solat Jumaat dan solat hajat di Masjid Kampung Baru sebagai membantah serangan Israel ke atas Gaza.

Mereka meluahkan kemarahan mereka dengan membakar bendera Amerika dan Israel di simpang empat, berhadapan dengan bangunan masjid tersebut.

anti israel attack protest kampung baru 090109 02Kumpulan tersebut sebahagian besar terdiri daripada anggota Pemuda Umno dari bahagian Titiwangsa.

Mereka memulakan perhimpunan tersebut selepas solat Jumaat dan solat hajat. Ia diketuai oleh ahli jawatankuasa Pemuda bahagian, Mohamed Muizz Shadik Mohamed.

"Kita mengutuk kekejaman Israel. Kita mesti timbul kesedaran mengenai serangan mereka (di Gaza)," tambahnya.

Beliau turut menggesa rakyat supaya memulaukan barangan Amerika.

Turut menyertai perhimpunan tersebut NGO, antaranya Persatuan Setiakawan dan Persahabatan Malaysia-Palestin dan Gerak Keramat Bersatu.

Mereka kemudiannya bergerak menuju ke jalan utama - Jalan Raja Abdullah - di mana mereka membakar dua bendera Israel dan satu bendera Amerika - mengakibatkan berlaku kesesakan lalulintas hampir 10 minit.

Orang ramai kemudiannya bergerak balik semula ke perkarangan masjid sebelum bersurai.

Tiada anggota polis yang berpakaian seragam kelihatan di situ.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Naib Ketua Pemuda Umno Titiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bertindak menutup selama seminggu KFC, Starbucks dan McDonalds - semuanya merupakan syarikat Amerika.

Lancar boikot

anti israel attack protest masjid negara 090109 13Dan di Masjid Negara Kuala Lumpur, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap kepada kira-kira 500 orang mengutuk serangan Israel di Gaza.

Beliau berulangkali mendesaksupaya diboikot barangan Amerika dan matawang mereka.

"Rakyat mesti memboikot McDonalds dan Starbucks selama sebulan," katanya.

Di perhimpunan tersebut, Persatuan Pengguna Islam Malaysia turut melancarkan kempen memboikot barangan Amerika.

Konvek 2009

Konvek 2009 dijangka diadakan pada Julai 2009.

Rujuk Insentif Konvek 2009 : http://hpa.com.my/konvek.htm

Thursday, January 8, 2009

Rokok 'penyumbang' kekejaman Israel

SUNGAI PETANI, 8 Jan (Hrkh) - Para perokok khususnya dari kalangan umat Islam diseru menjadikan kekejaman Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin pada ketika ini sebagai keazaman untuk berhenti merokok memandangkan rokok juga kebanyakannya adalah produk dan penyumbang kepada Israel.

Bahkan rokok juga terbukti merosakkan kesihatan manusia sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. mahukan umatnya bukan sahaja kuat pada rohani tetapi juga jasmani.
Nasihat itu dituturkan Pengerusi Tarbiyyah Dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM), Ustaz Kyairul Asyraf Hussin pada satu program pemuda di sini semalam.
Katanya, umat Islam jangan hanya melaungkan bantahan kepada Israel tetapi pada masa yang sama masih merokok.

"Mulut kita kata kutuk Israel! Tetapi dalam masa yang sama mulut itu juga kita merokok. Bukan Coca-cola, Colgate, McDonald's dan lain-lain itu saja kita kenal sebagai produk Yahudi, rokok pun kita kena masukkan sebagai produk Yahudi," tegas beliau.

Katanya, keupayaan umat Islam di negara ini untuk membantu saudara di Palestin hanyalah dengan doa. Pun begitu ujarnya, doa akan tertolak dari tubuh yang masuk padanya perkara haram.

"Macam mana doa kita hendak diterima kalau masih ada yang haram dalam tubuh kita?" ujar beliau mempersoalkan dengan sebuah hadis dijadikan hujahnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS kawasan sama, Ustaz Mohd Zahir Ghazali menyahut unjuran Lajnah Dakwah Dan Pembela Islam Dewan Pemuda PAS untuk melancarkan kempen boikot produk Amerika dan jaringan Israel besar-besaran.

Oleh itu kata Mohd Zahir, pihaknya sedang menyiapkan risalah khas yang menyenaraikan produk dan penyumbang kepada Israel untuk diboikot seluruh masyarakat dan risalah itu akan diedarkan dari tangan ke tangan. - azm/mks. _

Ludah Jika PR tidak membela nasib rakyat

KT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberi mandat memerintah negara.


"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," katanya dalam satu ceramah di sini, malam tadi.

Ceramah anjuran Pakatan Rakyat itu adalah bagi menyokong calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu menjelang pengundian 17 Januari ini.

Ceramah yang diadakan di kawasan rumah pangsa Jalan Bukit Kecil, Terengganu.

Dalam ceramahnya, Anwar turut membangkitkan isu penahanan beliau oleh polis, isu pengambilan tanah oleh Umno selain isu rasuah.

Dalam pilihan raya itu, Mohd Abdul Wahid berdepan calon Barisan Nasional (BN),Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan seorang calon Bebas. / Bernama

Bayar RM30.00. Kaum China Sanggup Hadir ke Majlis Jamuan Makng




DAP held a successful dinner in KT last night.. The restaurant which can cater
for about 6O tables were packed. More than 6OO local chinese attended the dinner
and they paid for it. Yes, unlike Bn who give voters free dinner during by
election, all those in our dinner paid rm3O for the food. In addition of that,
they donated more than rm6k to help us fund the campaign during our floor
donation drive. It was a very encouraging sign. The crowd were very responsive
and supportive. They clapped and cheered everytime the speaker made a strong
point whacking Umno. Kit siang was the main speaker and many of us spoke too
including myself. Raja petra also delivered a fiery speech asking the chinese to
drown umno into the south china sea just next to the restaurant. Our candidate
came and spoke and from the crowd response, he seems to be quite well received
by the local chinese. I'm staying back another night to speak in 2 occasions on
behalf of the party tonight together with DS Anwar.



Malu betul aku sebagai orang Melayu mendengar cerita YB Loke Pengerusi DAP N.Sembilan berkempen untuk PAS. Lebih memalukan orang Cina di Terengganu hadir majlis makan malam bayar RM 30 seorang bukannya makan percuma seperti yang selalu UMNO/BN adakan. Dah bayar RM 30 , derma pula lagi RM 6000 untuk tabung pilihanraya.

Malu, malu, malu sungguh. Malu pada yang Maha Esa.

Tokoh-tokoh Ulamak Kelantan

Tokoh-tokoh Ulamak Kelantan

Sempena tahun baru 1430 HIJRIAH dan 2009 Miladiah yang masih baru membuka tirainya, marilah sama-sama kita mengenangkan kembali "Tokoh-tokoh Ulamak Kelantan" yang masyhur dan ternama yang kini telah menjadi kenangan sepanjang zaman. Biarpun tokoh-tokoh ini sudah lama eninggalkan kita semua, namun segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan dalam menyebarkan dakwah Islamiah kepada umat Islam hanya Allah
S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya di atas sumbangan mereka yang egitu besar demi memartabatkan Islam tercinta. Lihat Lagi di http://sunnahrasulullah.blogspot.com/


Kerusi BN akan bertukar pada PAS



KUALA TERENGGANU, 7 Jan (Hrkh) - Pengerusi DAP, Lim Kit Siang menjangkakan bahawa akan berlaku pertukaran kerusi daripada BN kepada PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari akan datang.
"Saya percaya akan berlaku pertukaran kerusi ibarat 'sky change' kerana dalam tempoh 10 bulan ini, BN telah gagal untuk mendengar mesej daripada rakyat dan tsunami politik pada Mac tahun lalu," ujarnya kepada pemberita pada majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil parlimen Kuala terengganu di Stadium Negeri semalam.

Ditanya mengenai mesej DAP kepada pengundi Kuala Terengganu, bahawa proses pemilihan ahli parlimen ini adalah demi kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
"Mesej yang hendak disampaikan adalah pilihan raya ini adalah untuk kepentingan masa depan bukan sahaja penduduk di Kuala Terengganu sahaja, malah rakyat Malaysia secara keseluruhannya," katanya.
Beliau juga berpesan kepada pengundi bukan Melayu agar menganggap PRK ini adalah suatu peluang dan akan menjadi sejarah bahawa akan berlaku tsunami politik yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.
"Kepada pengundi bukan Melayu, anggaplah ini adalah satu peluang untuk mencipta sejarah kerana akan berlaku tsunami politik yang lebih besar menjelang pilihan raya umum akan datang," tegasnya.
Ahli Parlimen Ipoh Timur tersebut optimis bahawa PAS akan berjaya memenangi pilihan raya kecil ini dengan sokongan dan dokongan yang ditunjukkan oleh pakatan Rakyat serta masyarakat setempat khususnya pengundi bukan Melayu terhadap calon Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahid Endut. - mks. _

Wednesday, January 7, 2009

Kezaliman Yahudi Laknat



Photo by AFP :Palestinian boys kneel over the bodies of Issa, left, Ahmed, center, and Mohamed Samouni, right.

Susur Galur Islam Di China


Masjid Saad Abi waqqas (Gambar)
Menurut sejarah Islam, agama Islam telah sampai ke negara China sekitar 1400 tahun yang lalu yakni sebelum berlakunya proses penghijrahan dari Mekah ke Madinah. Misi dakwah itu di rencanakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dengan menghantar beberapa orang sahabat ke negara China ini, di antaranya ialah Saad Abi waqqas, Qais Bin Hudhafah, Urwah Bin Abi Uthman. Hasil dari pendakwahan itu, telah melahirkan sebanyak 136 juta umat Islam yang terdapat di China pada hari ini.Namun begitu, menurut sumber rasmi mengenai bancian penduduk Islam di China hanya mencatatkan 40 juta umat Islam sahaja.


Jumlah itu jelas sekali menimbulkan keraguan kerana jika di lihat dari segi majoriti penduduk di sebahagian besar wilayah di China seperti Xinjiang, Gansu, Hubel, Qinghai dan Yunnan umat Islamlah majoriti penduduknya. Meskipun jumlah sebenar penduduk Islam di China cuba di `rahsia dan selitkan di bawah permaidani bilik bancian` namun `Allah itu Maha Mengetahui`.Di kupaskan pula mengenai suku etnik umat Islam di China ini, ia bukan sahaja hanya terbatas kepada suku etnik Hui, akan tetapi Uyghur, Kazak, Tatar, Salar, Dongxiang, Tajik, Uzbek dan Baoan serta tidak terkecuali `bangsa Han` yakni Cina Tulen yang beragama Islam, bahkan tidak dapat dipisahkan mereka dari membakar `colok` untuk setanggi.


Namun begitu, perbuatan sedemikian tidaklah di halang dalam Islam selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Al-Quran dan Al-Sunnah.Berbalik kepada suku etnik, tempat tinggal mereka adalah di kawasan barat laut China dan mempunyai hubungan serta pertalian darah dengan orang Arab, Turki, Afghanistan, Uzbeskistan, Tibet, Mongolia dan Indo Eropah. Wajah suku etnik Islam ini mempunyai perbezaan dengan wajah orang cina`. Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan wajah mereka yang agak kemerahan di pipinya, dan mempunyai hidung yang mancung.


Namun demikian, `kecinaan` mereka tetap terpancar berdasarkan matanya yang sepet.Sebahagian suku etnik ini mempunyai indentiti, budaya dan cara hidup mereka yang tersendiri. Bahkan terdapat beberapa tempat, yang berbahasa Arab dan menggunakannya sebagai bahasa pengantar. Tidak lupa juga suku etnik yang berbahasa Turki, malahan mereka juga menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar.


Dengan bahasa yang digunakan itulah mereka berdakwah ke tempat ke suatu tempat dalam menyampaikan ajaran Islam dan dalam memastikan umat Islam dapat memahami dan menghayati intipati ajaran Islam yang sebenar.Walaupun tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan Islam ke China, namun rekod Dinasti Tang (618M) telah membuktikan tentang adanya jalinan hubungan diplomatic di antara pemerintahan China dengan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin iaitu Saidina Uthman Bin Affan.


Rekod itu juga menyebut mengenai di awal pemerintahan dinasti Tang, telah sampai ramai orang asing ke China di antaranya dari Madinah, Annam dan Kemboja. Terdapat tiga orang dari Madinah yang sampai di China dengan bersujud ke tanah tanpa sebarang berhala di hadapannya, mereka juga tidak memakan daging babi, tidak pula meminum arak dan tidak pula memakan daging yang tidak di sembelih oleh orang Islam. Mereka hidup dengan mengamalkan kebersihan diri, dan tempat tinggal.Selanjutnya, mereka telah menetap di Canton(Guangzhou) dengan mendirikan penempatan yang menarik dan bersih serta menjadikan ruang yang sedia ada itu sebagai medium perniagaan. Bahkan mereka itu juga begitu taat dan setia kepada ketua mereka.


Berbalik kepada istilah `orang asing`, mereka yang dimaksudkan adalah pedagang Arab, yang juga menetap di Canton dan membentuk satu komuniti yang cukup penting.Pada zaman pemerintahan dinasti Tang, telah berlaku satu pemberontakan. Iaitu pemberontakan An Xi yang berlaku pada tahun 755 Masihi lalu menyebabkan negara China ketika itu menjadi kucar- kacir. Hasil daripada pemberontakan itu, An Xi telah berjaya menguasai beberapa kota besar dan wilayah sehinggakan memaksa Maharaja dinasti Tang ketika itu, yakni Tang Zuan Zong melarikan diri ke wilayah Sichuan.


Selepas peristiwa itu, Tang Zuan Zong mulai sedar betapa pentingnya jalinan hubungan pemerintahannya dengan kerajaan Islam ketika itu. Oleh yang demikian, Tang Zuan Zong membuat keputusan untuk kembali ke Canton, untuk merampas semula kawasan pemerintahannya. Dengan mendapatkan bantuan ketenteraan dari kerajaan Abbasiyah. Sejurus itu, khalifah Abu Jaafar Abdullah Al-Mansur menghantar beberapa pasukan tentera berkudanya untuk merampas semula beberapa buah Bandar di kawasan pemerintahannya(dinasti Tang).Sebagai balasan, kerajaan dinasti Tang telah membenarkan tentera-tentera Islam tinggal di kawasan pemerintahannya. Oleh itu, tentera Islam yang menetap di situ secara tidak langsung telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan.


Maka lahirlah satu generasi baru Islam di China di mana keturunannya masih lagi wujud sehingga ke hari ini. Di bawah pemerintahan dinasti Tang, Islam berkembang pesat di China. Malah pada ketika itu China berada dalam keadaan aman dan damai, sekali gus menyebabkan negara itu menjadi tumpuan pusat perdagangan dan kegiatan ekonomi. Kemasukan para pedagang Arab ke China menambahkan lagi jumlah umat Islam. Di samping berniaga, para pedagang Arab juga giat menyebarkan agama Islam dan mengIslamkan penduduk tempatan. Fenomena ini juga berterusan dengan rancak pada zaman pemerintahan dinasti Song yang menggantikan dinasti Tang sekitar tahun 960 Masihi. Bahkan semasa pemerintahan dinasti Song (960M), jumlah pedagang Arab dan Parsi di China ketika itu begitu banyak sekali, sehingga membolehkan para pedagang menggunakan ruang yang ada untuk mendirikan masjid di Guang Zhou, sebuah wilayah yang terletak di selatan China.


Selain itu, terdapat satu masjid lagi yang tertua dan masih wujud di bandar Beijing iaitu masjid Nujie. Masjid tersebut juga masih lagi digunakan oleh penduduk untuk beribadat dan majlis ilmu. Masjid ini dibina pada tahun 996 Masihi ketika di bawah pemerintahan dinasti Song. Masjid ini juga banyak memaparkan ciri-ciri budaya dan kesenian Cina. Cuma yang membezakannya dengan monumen Cina ialah nukilan kaligrafi dan tulisan Arab yang memenuhi seluruh ruang pintu, dinding dan tiang masjid ini. Di samping itu, masjid Nujie juga banyak menyimpan khazanah yang berkaitan dengan titik permulaan perkembangan Islam di China, bahkan naskhah tulisan tangan dan dua makam ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Kublai khan masih lagi wujud dan dijaga rapi sekali. Semasa orang Monggol memerintah negara China, kerajaannya dikenali sebagai dinasti Yuan yang wujud pada abad ke-13.


Kerajaan itu telah mengamalkan dasar pemerintahan yang memihak kepada umat Islam.Selain diberikan kebebasan untuk berniaga dan berdagang, beberapa umat Islam juga dilantik untuk memegang jawatan yang penting di dalam kerajaan. Pada tahun 1244 M, Kublai Khan telah melantik Abdul Rahman sebagai ketua kewangan dinastinya. Seterusnya, pada 1259 M Kublai Khan sekali lagi melantik dua orang umat Islam iaitu Syed Ajjal dan Umar Shamsuddin sebagai ketua kewangan dan Gabenor Yunnan bagi melancarkan proses pemerintahannya ketika itu. Syed Ajjal juga telah diberi gelaran sebagai `Sai Tien Che``.


Perlantikan mereka juga membuktikan bahawa betapa tingginya sosio politk dan kedudukan umat Islam ketika zaman pemerintahan itu.Setelah berlalunya satu abad itu, umat Islam juga menjadi tonggak utama dalam penubuhan dinasti Ming pada tahun 1368 Masihi. Setelah berjaya menubuhkan dinasti Ming ini. Maharaja dinasti Ming dengan lantasnya menubuhkan beberapa buah masjid sebagai balasan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh umat Islam ketika itu. Di samping itu, pada zaman pemerintahan dinasti Ming ini, agama Islam telah berkembang dengan pesat sekali. Malah,Maharaja Ming juga ada menulis satu watikah yang berisikan seribu satu pujian ke atas Baginda Rasulullah s.a.w.


Tidak cukup dengan itu, dibina pula Masjid Huai sheng yang terletak di Guang Zhou, hanyalah semata-mata untuk mengingati Rasulullah s.a.w. Di samping itu, dihantar pula beberapa utusan Islam ke negara-negara lain yang terletak di Asia Tenggara bagi melicinkan pentadbiran dan hubungan diplomatik di antara mereka. Salah seorang daripada utusan Islam yang dihantar oleh dinasti Ming ialah Laksamana Cheng Ho, beliau juga dikenali sebagai Zheng He dalam masyarakat cina, manakala nama Islam yang biasa digunakannya ialah Ma Sanbao atau Muhammad Ho. Walahualam

Kekejaman Yahudi di Gaza

Ketika umat Islam di Gaza sedang dikepung dan dicincang lumat oleh
laknatullah Yahudi dan kuncu-kuncunya, apakah tindakan sebenar yang telah
kita lakukan?







Kekejaman Yahudi di Gaza


Ribuan dibunuh dengan kejam. Puluhan ribu lagi cedara parah dan
kehilangan tempat tinggal. Anak-anak kehilangan ibu dan bapa.
Isteri kehilangan suami dan macam-macam lagi peristiwa duka dan
derita yang berlaku di sana. Yahudi menyerang dari udara dan
melepaskan bom tanpa mengira sesiapa. Sasaran tidak menentu.
Mereka ganyanglumatkan bumi Gaza. Mereka bertekad dan berazam
menghapuskan umat Islam Palestine dari muka bumi ini. Apakah
kita di negara ini cukup hanya dengan mengadakan demonstrasi
jalanan sebagai tanda bantahan dan protes kepada kezaliman
tersebut?








Di mana kuasa kita yang sebenarnya? Di mana maruah umat Islam yang
sebenarnya? Jika benci dan marah kepada Yahudi, adakah hanya sekadar
bertindak dengan membaling batu dan melempar kasut serta protes
dalam perhimpunan jalanan? Apakah itu sudah cukup dan kita berpuas
hati?

Wahai sahabat-sahabatku sekalian. Sedarkah kita bahawa selama ini
kekuatan dan kedurjanaan Yahudi sedikit sebanyak berpunca daripada
sumbangan kita juga? Tanpa kita sedari kita jugalah yang memberi
sumbangan kepada mereka. Mereka menjadikan negara kita sebagai
tempat lambakan untuk mengaut dan menghambat kekayaan. Kita membeli
dan mengguna barangan mereka. Kita berbangga dengan barangan
berjenama yang mereka keluarkan. Kita rasa hebat apabila dapat makan
KFC dan Mc Donalds.



KFC milik Yahudi dibina betul-betul di
hadapan Masjidil Haram, Mekah al-Mukarramah
.

Mereka tidak perlu datang ke negara ini. Mereka tidak perlu membina
rumah di negara kita. Cukup hanya dengan menghantar barangan
keluaran mereka sahaja. Kita adalah pengguna sejati bagi mereka.
Kita beli dan makan apa sahaja yang mereka jual. Jarang kita
bertanya siapakah yang punya syarikat ini? Dari mana datangnya? .Ada
di kalangan kita penuh angkuh menggaya dan memperagakan barangan dan
pakaian berjenama keluaran mereka.

Tahukah wahai sahabat sekalian bahawa wang yang kita
belanjakan untuk membeli barangan mereka itu, telah mereka gunakan
untuk membeli senjata dan membunuh saudara seagama kita di bumi
Palestine. Kita membutakan mata dan memekakkan telinga untuk
mengetahui dan mengenali barangan berjenama Yahudi. Asalkan namanya
barangan keperluan, terus kita beli. Lemahnya kepekaan umat Islam
walaupun semangat menentang Yahudi cukup kuat.

Oleh itu, sedarlah wahai sahabat sekalian. Mulai
hari ini marilah kita sama-sama memboikot semua barangan keluaran
Yahudi yang berlambak dalam pasaran di negara kita. Mudah-mudahan
Yahudi akan tumpas dan merana dengan tindakan kita. Sekadar
berdemontrasi belum cukup untuk melemahkan Yahudi. Tidak ada gunanya
berdemontrasi jalanan berterusan jika kita terus membeli dan
menggunakan barangan Yahudi di rumah kita. Golongan agama perlu
memainkan peranan ini untuk menyedarkan umat Islam. Jauhi barangan
Yahudi laknatullah sama ada makanan, pakaian dan perhiasan.

Jangan ada lagi golongan yang mengaku memperjuangkan
Islam, tetapi barangan yang ada di rumah mereka masih lagi milik
Yahudi. Jika masih ada, bermakna merekalah yang memberi sumbangan
kepada pembunuhan umat Islam di Palestine, walaupun tiap-tiap malam
mereka berceramah agama di surau dan masjid.

Lihatlah senarai barangan YAHUDI. Klik di bawah.

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html


dari hati nurani:PJS Ismail Othman


Ends...


Tuesday, January 6, 2009

Kemenangan PAS di Kuala Terengganu penting - DAP

KOTA BHARU, 6 Jan (Hrkh) - Kemenangan calon PAS, Abdul Wahid Endut pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini cukup penting bagi Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Wanita DAP, Teresa Kok.


Beliau berkata, bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tersebut DAP turut sama berkempen membantu calon PAS yang bertanding.

"Malah Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw datang memberi sokongan semasa ceramah mengumumkan calon PAS di Kuala Terengganu pada 1 Januari lalu," katanya di sini, baru-baru ini.Image

Pada pilihan raya kecil tersebut Abdul Wahid akan berdepan dengan Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh mewakili Barisan Nasional dan calon bebas, Azharuddin Mamat.

Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnnya Dato' Razali Ismail.

Teresa yang juga anggota Parlimen Seputih berkata, DAP memberi sokongan padu kepada PAS bagi merampas kembali kerusi Kuala Terengganu yang terlepas ke tangan BN sejak 2004.

ImageMalah katanya, beliau juga pergi ke Kuala Terengganu menemui masyarakat Cina bersama Abdul Wahid dalam satu kempen yang diadakan baru-baru ini.

"Pada kempen tersebut Abdul Wahid memberi hadiah bunga kepada wanita-wanita Cina yang ditemui. Keadaan itu begitu menarik sekali kerana ia jarang berlaku sebelum ini.

"Malah masyarakat Cina tempatan menerima kedatangan kami dengan ramah sekali," katanya.

Sementara itu, anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa hairan bagaimana begitu ramai anggota polis dikerah ke Kuala Terengganu bagi menghadapi pilihan raya tersebut.

Katanya, seramai 6,000 anggota polis dipunggah ke Kuala Terengganu seolah-olah mengggambarkan suasana tidak elok akan berlaku.

ImageMohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, situasi baru politik di kalangan pembangkang berlaku di negara ini bermula tahun lepas apabila dua parti yang berlainan ideologi dapat duduk bersama dalam satu pasukan.

"PAS dan DAP masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza, namun sekarang dapat duduk semeja dalam mentadbir beberapa negeri..

"Oleh itu kalau berlaku silap salah ia menjadi perkara biasa ke arah memantapkan lagi Pakatan Rakyat," katanya. - mj _


Iklan Teks