Pages

Monday, April 27, 2009

'Pele Pangkor' bergelut di Perak

Daftar HPA secara Online:http://www.hpa4online.com/?id=admin


eksklusif Warna kulit serta kelicikannya di padang bola membuat beliau digelar sebagai 'Pele Pangkor', begitulah menurut pembantunya. Tetapi itu dulu. Sekarang Datuk Seri Zambry Abd Kadir berdepan dengan 'pergelutan' paling sukar dalam karier politiknya.

Beliau bukan sahaja memikul tugas mentadbir negeri, tetapi juga perlu bekerja keras untuk memenangi hati rakyat selepas Perak terlepas dari tangan pembangkang dan jatuh ke tangan BN sekarang.

Walaupun BN sehingga ini dilihat menang di mahkamah, tetapi ia masih 'tewas' di mahkamah rakyat.

Keadaan menjadi semakin sukar selepas BN tewas dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April lalu, yang dianggap sebagai satu penolakan rakyat terhadap tindakan BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak Februari lalu.

Dan yang lebih memedihkan lagi ialah apabila BN tewas kepada tidak lain dan tidak bukan, Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang ditumbangkan BN, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin sendiri.

Pondok panas, pancing undi hari pengundian dilarang - SPR

Daftar HPA secara Online:
http://www.hpa4online.com/?id=admin


PUTRAJAYA: Parti-parti politik tidak lagi dibenarkan mengadakan barung atau pondok panas selain dilarang memancing undi ketika hari pengundian.

Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kerusi Penanti bulan depan.

Keputusan itu diputuskan susulan pertemuan dengan parti-parti politik di sini Khamis lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan langkah itu sebentar tadi.

Hari mengundi DUN Penanti 31 Mei

Daftar Online HPA : http://www.hpa4online.com/?id=admin
Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Ditanya sebab suruhanjaya itu melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut walaupun bermesyuarat Rabu lalu, beliau berkata ia tidak kena-mengena dengan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat lepas.

Saturday, April 25, 2009

Sidang DUN Perak tetap diadakan 7 Mei

JOM kita cintai produk Islam. Tanamkan dalam minda masyarakat kita:
Buat belian PRODUK HPA sekarang guna id : #334166.MY01 PAS KAWASAN MARANG/ #287927.MY01 MOHD NOOR BIN ABDUL RAHMAN / #286273.MY01 MOHD ZUKI BIN MOHD ALI /#287925.MY01 ABDUL WAHAB BIN SIDEK / 287928.MY01 (NADHEERA BT GHANI) / #297991.MY01 ZUMRAH BT HUSNI(isteri Ust Badul amin). Anda akan mendapat harga pengedar. pilihlah salah satu ID. Anda boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda jika anda ingin aktif bersama HPA untuk jalankan FERDU KIFAYAH (EKONOMI)
jika ingin aktif secara online daftarkan di sini : http://hpa4online.com/index.php?id=mahadi

==========================================================

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan.

Beliau berkata persidangan berkenaan akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan itu walaupun Speaker V. Sivakumar masih berdolak dalik mengenai tarikh tersebut.

Katanya, masalah mengenai tempat duduk yang ditimbulkan wakil DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah isu remeh yang menunjukkan mereka tidak matang berpolitik.

"Jangan bersikap seperti anak kecil dan menunjuk-nunjuk di khalayak ramai...apa yang diperkatakan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 kerusi adalah tidak betul kerana di bahagian BN terdapat tambahan tiga kerusi Bebas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak di sini hari ini.

Zambry berkata, kedudukan berkenaan adalah serupa semasa Pakatan PAS-DAP-PKR memerintah dengan jumlah 31 kerusi tetapi pada kali ini jumlah majoriti berkenaan dimiliki BN.

BN memperoleh majoriti apabila dua wakil PKR dan seorang daripada DAP mengisytihar diri sebagai wakil Bebas dan menyokong BN.

Sementara itu mengenai pemilihan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, katanya keutamaan beliau adalah untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang ditekankan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak agar mendahulukan rakyat dalam apa jua keadaan.

"Saya berikrar akan memberi keutamaan kepada perkhidmatan untuk rakyat dan memastikan keberkesanannya bagi memastikan parti ini (Umno) akan terus diterima," kata beliau.

Menurutnya, cabaran berkenaan bagaimanapun perlu digalas bersama oleh semua anggota parti sebagai satu pasukan.

"Saya percaya kerja yang dilakukan secara berkumpulan dan berpasukan akan memberi hasil yang amat memuaskan dan oleh itu saya memerlukan sebuah pasukan yang mantap yang boleh memberikan kerjasama dan perkhidmatan tanpa berbelah bagi," tambah beliau.BERNAMA

Friday, April 24, 2009

Umno Kelantan : Dato Mustaffa Muhamad

Teman mengapa rumah kita (umat islam) hampir 95% produk harioan dan makanan kita disedia orang KAFIR dan YAHUDI. Marilah kita bersama HPA milik Islam 100%. yang kini punyai hampir 250 Produk. serta mempunyai rangkaian makanan segera RFC.

JOM kita cintai produk Islam. tanamkan dalam minda mayasrakat kita:
Buat belian sekarang guna id : #334166.MY01 PAS KAWASAN MARANG
/ #287927.MY01 MOHD NOOR BIN ABDUL RAHMAN / #286273.MY01 MOHD ZUKI BIN MOHD ALI /#287925.MY01 ABDUL WAHAB BIN SIDEK / 287928.MY01 (NADHEERA BT GHANI) / #297991.MY01 ZUMRAH BT HUSNI(isteri Ust Badul amin). Anda akan mendapat harga pengedar. pilihlah salah satu ID. Anda boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda jika anda ingin aktif bersama HPA untuk jalankan FERDU KIFAYAH (EKONOMI)
jika ingin aktif secara online daftarkan di sini : http://hpa4online.com/index.php?id=mahadi==========================================================

Umno siap gempur negeri Pakatan
Abdul Rahim Sabri | Apr 24, 09 7:23pm
kemaskini 8.08pm Umno sedang mempergiatkan usaha merampas empat negeri Pakatan Rakyat dalam rombakan terbesar barisan pengerusi perhubungan negeri hari ini sejak Datuk Seri Najib Razak mengetuai parti itu, akhir Mac lalu.

Najib sendiri kini memimpin Selangor dan melepaskan jawatan tersebut di Perak - tugas itu diserahkan kepada Datuk Zambry Abd Kadir, menteri besar selepas negeri itu dirampas kembali BN, Februari lalu.

Tan Sri Muhammad Muhd Taib digugurkan daripada pengerusi perhubungan Selangor dan juga ketua penerangan Umno Malaysia.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan - sebuah lagi negeri yang dikuasai Pakatan dalam pilihanraya umum 2008.

Beliau menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang tidak dikekalkan dalam kabinet dalam rombakan awal bulan ini.

Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini mengetuai badan perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini mengepalai Umno Pulau Pinang, melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi Perak.

Beliau menggalas tugas yang dahulunya dipegang oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara di Terengganu yang menyaksikan pergeseran dua kumpulan - antara Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dengan tokoh yang digantinya Datuk Seri Idris Jusoh - diambil alih oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang naib presiden Umno.

Perlis yang turut mengalami pergeseran dalaman juga menyaksikan pertukaran ketua perhubungan negeri - kini diketuai menteri besarnya Datuk Seri Md Isa Sabu, menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik menganggotai Majlis Tertinggi (MT).

Kelantan - yang dikuasai PAS selama 19 tahun - turut mendapat ketua perhubungan baru Datuk Mustapa Mohamed, menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Mustapa, yang mendapat jumlah tertinggi undi untuk anggota MT, pernah memimpin negeri itu dalam usaha Umno merampas Serambi Mekah itu

Selain lapan perubahan ini, lima ketua perhubungan negeri dikekalkan di Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Rombakan besar-besaran itu diumumkan Najib selepas mesyuarat pertama MT sejak pemilihan parti hujung bulan lalu di bangunan Umno petang ini.

Selain pengerusi perhubungan, Umno juga melantik Ahmad Maslan, seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebagai ketua penerangan.

Manakala Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik menggantikan Datuk Azim Zabidi sebagai bendahari agung.

Ahmad Husni, yang dilantik menteri kewangan kedua awal bulan ini, juga memegang jawatan timbalan pengerusi perhubungan Perak.

Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha agung: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Bendahari agung: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Ketua penerangan: Ahmad Maslan

Pengerusi perhubungan Umno negeri

PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin

KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah

PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman

PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan: Ahmad Husni Hanadzlah

SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor

MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan: Datuk Latiff Ahmad

PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Ahmad Said

KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Awang Adek Hussin

SABAH: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak

Najib turut mengumumkan semiblan ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, iaitu: Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Nazri Aziz, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Ghani Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Presiden Umno itu juga mengumumkan pelantikan tambahan tiga lagi ahli MT dari kalangan sayap parti itu, iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Kamaliah Ibrahim; Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim dan ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin.

Najib berkata semua menteri besar dari Umno yang tidak dilantik ke jawatan MT akan dijemput hadir mesyuarat.

Najib juga berkata, beliau mempengerusikan biro politik manakala Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno dan juga pengerusi biro pendidikan.

Manakala pelantikan pengerusi biro-biro yang lain, tambahnya, akan dibuat dalam mesyuarat yang akan datang.

Ditanya mengenai pelantikan Rafidah dan Shahidan menganggotai MT, Najib berkata, mereka masih boleh memberi sumbangan kepada parti.

"Jadi kita ada kesinambungan dan pembaharuan," tambahnya.

Mengenai pertukaran pengerusi badan perhubungan Terengganu, Najib berkata: "Soal MB (menteri besar) itu lain, ini soal politik parti."

Daftar HPA Online:http://www.hpa4online.com/index.php?id=mahadi

HPA Online Al-Fateh2u.Com Produk Halal Tanggungjawap Bersama

Wednesday, April 22, 2009

Media asing sudah mula burukkan imej Najib, kata Mahathir

Teman mengapa rumah kita (umat islam) hampir 95% produk harioan dan makanan kita disedia orang KAFIR dan YAHUDI. Marilah kita bersama HPA milik Islam 100%. yang kini punyai hampir 250 Produk. serta mempunyai rangkaian makanan segera RFC.

JOM kita cintai produk Islam. tanamkan dalam minda mayasrakat kita:
Buat belian sekarang guna id : #334166.MY01 PAS KAWASAN MARANG
/ #287927.MY01 MOHD NOOR BIN ABDUL RAHMAN / #286273.MY01 MOHD ZUKI BIN MOHD ALI /#287925.MY01 ABDUL WAHAB BIN SIDEK / 287928.MY01 (NADHEERA BT GHANI) / #297991.MY01 ZUMRAH BT HUSNI(isteri Ust Badul amin). Anda akan mendapat harga pengedar. pilihlah salah satu ID. Anda boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda jika anda ingin aktif bersama HPA untuk jalankan FERDU KIFAYAH (EKONOMI)
jika ingin aktif secara online daftarkan di sini : http://hpa4online.com/index.php?id=mahadi
==========================================================

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

"Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh.

"Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah," kata Dr. Mahathir sambil menambah, "saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begtiu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan."

Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan "Mahathirism".

"Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya," katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep "Mahathirism".

"Mereka adalah pengundi yang Najib perlu mengambil berat. Media asing mempunyai agenda sendiri," kata beliau dalam blognya.

Rakan-rakan media Barat di Malaysia pula menyalurkan dengan berita anti-Najib, jelas beliau.

Katanya lagi, Najib boleh menjangkakan lebih banyak laporan sedemikian daripada akhbar-akhbar asing.

Pun begitu, apa yang rakyat Malaysia fikir adalah penting dan Perdana Menteri perlu membersihkan imejnya dari segi persepsi mereka.

Tuesday, April 21, 2009

Mudahnya naik pangkat dalam UMNO

Teman mengapa rumah kita (umat islam) hampir 95% produk harioan dan makanan kita disedia orang KAFIR dan YAHUDI. Marilah kita bersama HPA milik Islam 100%. yang kini punyai hampir 250 Produk. serta mempunyai rangkaian makanan segera RFC.

JOM kita cintai produk Islam. tanamkan dalam minda mayasrakat kita:
Buat belian sekarang guna id : #334166.MY01 PAS KAWASAN MARANG
/ #287927.MY01 MOHD NOOR BIN ABDUL RAHMAN / #286273.MY01 MOHD ZUKI BIN MOHD ALI /#287925.MY01 ABDUL WAHAB BIN SIDEK / 287928.MY01 (NADHEERA BT GHANI) / #297991.MY01 ZUMRAH BT HUSNI(isteri Ust Badul amin). Anda akan mendapat harga pengedar. pilihlah salah satu ID. Anda boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda jika anda ingin aktif bersama HPA untuk jalankan FERDU KIFAYAH (EKONOMI)
jika ingin aktif secara online daftarkan di sini : http://hpa4online.com/index.php?id=mahadi
==========================================================

1.Semalam 19/4 YB Hamidah ADUN Sungai Rapat diberi anugerah Dato' daripada Sultan Perak.Tahniah! 2 bulan lepas dinaikkan pangkat daripada ADUN biasa menjadi EXCO kanan di bawah pentadbiran kerajaan pintu belakang Dr.Zambry.Selepas itu dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO Perak.

2.Apa jasa Hamidah?Hanya pemegang diploma akaun.Dalam sidang DUN Perak pada November 08 beliau telah menimbulkan kekecohan di DUN Perak kerana mengungkapkan satu kenyataan menghina orang-orang India di Malaysia."Kalau jumpa orang India dan ular bunuh India dulu baru bunuh ular" kata Hamidah sehinggakan Tajul Rosli sebagai Ketua BN di DUN Perak ketika itu minta Hamidah pohon maaf kepada sidang.Jasa beliau yang lain adalah peranan di belakang tabir bagi membolehkan 3 ADUN PR belot menyokong UMNO/BN.

3.Walaupun bukan pemimpin yang terbukti bijak atau terpelajar tetapi kerana peranan kotor dan tebalnya fikrah perkauman yang beliau pamerkan tak pasal-pasal jadi orang besar UMNO Perak sekarang.Senangnya naik pangkat dalam UMNO!

4.Dalam UMNO Perak ramai lagi yang pandai dan berkebolehan tapi tak laku kerana kurang pandai mengampu.Contohnya ADUN Candan (Arkitek),ADUN Hulu Kinta (Peguam),ADUN Manjoi (Bekas Pegawai Kanan Kerajaan).Tak ade can mereka nak naik pangkat.Buang masa hidup dalam UMNO!!!!

http://www.hpa4online.com/index.php?id=mahadi

HPA Online Al-Fateh2u.Com Produk Halal Tanggungjawap Bersama

Driver Ambulan Jadi Pengarah Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu

Jika anda ingin mencuba Kopi Radix, Ubat GG, Sabun Mandi, Ayam Organik, Syampoo, Radix KOKO..byk lagi serta 220 Produk yang lain.*Mengapa umat islam mengisi rumah dengan Produk Yang subhah yang di buat YAHUDI..Non Muslim hampir 97% - colgate, lux, milo, axion, nescafe ....tkr kpd produk HPA halal lagi toyyib . Sila guna ID PAS Kawasan Marang (Parlimen Presiden PAS).No Keahlian: 334166.MY01 ( PAS KAWASAN MARANG ) ...boleh harga pengedar. boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda. bantu tabung PAS Marang : Daftar online di web Autodownline : http://hpa4online.com/index.php?id=mahadi

*************************************************************************************

Kemelut Terengganu: Lantikan pemandu hospital cetus kontroversi
KUALA TERENGGANU: Pelantikan seorang pemandu ambulan sebagai pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said telah mencetuskan satu lagi kontroversi antara beliau dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Terengganu, Datuk Rosol Wahid mendakwa pelantikan berkenaan tidak disenangi beberapa ADUN.

Sekurang-kurangnya 18 ADUN yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 18 dikatakan akan memberi tekanan kepada Ahmad bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Pada mulanya hanya 13 ADUN yang bertindak bertentangan dengan Ahmad, namun ada lima lagi ADUN dipercayai akan menyertai kumpulan berkenaan.

"Beliau (Ahmad) cuba untuk menarik penyokongnya (pengundi kawasan Kijal) menyertai pentadbiran negeri dengan melantik mereka ke jawatan-jawatan eksekutif dalam agensi milik kerajaan tanpa mengira sama ada mereka berkelulusan ataupun tidak," katanya.

Ditanya sama ada kumpulan berkenaan juga akan memberikan tekanan supaya Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Rosol berkata mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.

Sebaliknya mereka mengharapkan satu perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Jumaat ini adalah harinya, kita dengar Perdana Menteri akan membuat satu keputusan bagi menyelesaikan kebuntuan antara Menteri Besar dan kumpulan ini," katanya.

MB Pahang diarah bayar RM63 juta

Teman mengapa rumah kita (umat islam) hampir 95% produk harioan dan makanan kita disedia orang KAFIR dan YAHUDI. Marilah kita bersama HPA milik Islam 100%. yang kini punyai hampir 250 Produk. serta mempunyai rangkaian makanan segera RFC.

JOM kita cintai produk Islam. tanamkan dalam minda mayasrakat kita:
Buat belian sekarang guna id : #334166.MY01 PAS KAWASAN MARANG
/ #287927.MY01 MOHD NOOR BIN ABDUL RAHMAN / #286273.MY01 MOHD ZUKI BIN MOHD ALI /#287925.MY01 ABDUL WAHAB BIN SIDEK
#297991.MY01 ZUMRAH BT HUSNI(isteri Ust Badul amin). Anda akan mendapat harga pengedar. pilihlah salah satu ID. Anda boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda jika anda ingin aktif bersama HPA untuk jalankan FERDU KIFAYAH (EKONOMI)
jika ingin aktif secara online daftarkan di sini : http://hpa4online.com/index.php?id=mahadi
==========================================================

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan.

Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan pihak responden (menteri besar) perlu melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Ketika membenarkan permohonan perintah 'mandamus' (untuk memaksa) syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd., Abd Halim berkata, tindakan itu dibenarkan selepas segala saluran perundangan untuk menuntut bayaran itu telah selesai.

Syarikat berkenaan memperoleh perintah bayaran penghakiman dari Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 dan kerajaan negeri gagal membuat bayaran tersebut, lapor Bernama.

"Pendirian sebegini mencerminkan keengganan kerajaan negeri mematuhi kehendak statutori dan secara tidak munasabah membebankan rakyat (pembayar cukai) kerana ia akan membebankan kerajaan negeri dari segi faedah harian," katanya.

Abd Halim berkata permohonan responden untuk mengenepikan tindakan 'mandamus' itu dengan hujah bertulis bahawa syarikat terbabit salah menamakan menteri besar sebagai responden adalah tidak tepat.

"Menteri besar adalah orang yang tepat serta berkelayakan untuk dinamakan sebagai responden kerana di Pahang dan mana-mana negeri sekalipun kecuali Sabah dan Sarawak, tiada wujud jawatan menteri kewangan negeri," katanya.

Beliau berkata, mengikut Artikel 41 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang turut menyatakan menteri besar mempunyai kuasa serta berkompeten untuk menyempurnakan jumlah bayaran dari Tabung Kumpulan Wang Yang Disatukan Negeri.

Fail semakan kehakiman

Seruan Gemilang diwakili peguam Rajoo D Moothy dan Richard Bong Chong Fook manakala Adnan diwakili oleh Datuk Shafie Abdullah.

Pada 15 Oktober 2008, syarikat pembalakan berkenaan memfailkan permohonan 'mandamus' setelah gagal menerima sebarang pembayaran walaupun telah menuntut pembayaran jumlah penghakiman dan faedah pada 7 April 2008 dan 27 Ogos 2008.

Pada 9 Disember 2002, syarikat itu memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pahang Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri kerana didakwa melanggar perjanjian

kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.

Pada 17 September tahun lalu, kerajaan Pahang diperintah membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu.

Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Datuk Mat Zara'Ai

(Zara'Ai) Alias berkata pihaknya akan memfailkan permohonan menangguhkan keputusan esok.

Malah beliau berkata, pihaknya sebelum ini juga telah memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 17 September tahun lalu.

Friday, April 10, 2009

Pelajar buta terkena serpihan gas pemedih mata

Jika anda ingin mencuba Kopi Radix, Ubat GG, Sabun Mandi, Ayam Organik, Syampoo, Radix KOKO..byk lagi serta 220 Produk yang lain.*Mengapa umat islam mengisi rumah dengan Produk Yang subhah yang di buat YAHUDI..Non Muslim hampir 97% - colgate, lux, milo, axion, nescafe ....tkr kpd produk HPA halal lagi toyyib . Sila guna ID PAS Kawasan Marang (Parlimen Presiden PAS).No Keahlian: 334166.MY01 ( PAS KAWASAN MARANG ) ...boleh harga pengedar. boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda. bantu tabung PAS Marang

===================================================================

Kota Baru: Apr 10, Seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar stadium malam Selasa lepas.

Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing di Kota Bharu sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, lapor Bernama.

Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di hospital sejurus selepas kejadian.

Menceritakan detik kejadian, Muhammad Huzaifah berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya Abdul Rahman Hussein di gerai yang terletak 100 meter dariStadium Sultan Muhammed IV, dan bersiap untuk pulang.

"Tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai.

"Saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," mangsa dipetik berkata di Hospital Raja Perempuan Zainab II semalam.

Abdul Rahman pula berkata beliau sempat tunduk apabila gas pemedih mata itu dilepaskan yang terkena Muhammad Huzaifah dan beliau melihat darah keluar dari mata kanan mangsa sambil menjerit kesakitan.

"Saya dan beberapa orang lagi terpaksa memapah beliau ke hospital yang letaknya tidak jauh dari tempat berkenaan," katanya.

Ibu mangsa Kamariah Hussein, 60, berkata apa yang berlaku sangat menyedihkan beliau sekeluarga tambahan pula suaminya Mohd Noor Abdul Rahman, 72, baru tiga hari dibenarkan keluar dari hospital kerana sakit jantung.

Menurut Kamariah, lapor agensi berita itu lagi, aduan polis telah dibuat pada malam kejadian dan keluarganya turut menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi kelmarin mengesahkan seorang remaja berusia 18 tahun cedera selepas terkena gas pemedih mata.

Thursday, April 9, 2009

Najib umum barisan kabinet

Jika anda ingin mencuba Kopi Radix, Ubat GG, Sabun Mandi, Ayam Organik, Syampoo, Radix KOKO..byk lagi serta 220 Produk yang lain.*Mengapa umat islam mengisi rumah dengan Produk Yang subhah yang di buat YAHUDI..Non Muslim hampir 97% - colgate, lux, milo, axion, nescafe ....tkr kpd produk HPA halal lagi toyyib .Sampai bila kita nak bergantung keprluan harian dan makanan kita kpd Non MUSLIM. (KAFIR)

Sila guna ID PAS Kawasan Marang (Parlimen Presiden PAS).No Keahlian: 334166.MY01 ( PAS KAWASAN MARANG ) ...boleh harga pengedar. boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda. bantu tabung PAS Marang ==============================================================
4.34pm Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan selepas jam 3 petang di pejabatnya di Putrajaya.
==============================================================
Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)


Berita awal

Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong selama 30 minit untuk mempersembahkan senarai anggota kabinet barunya untuk perkenan Seri Paduka.

Najib tiba di Istana Terengganu pada kira-kira jam 11 pagi dan beredar pada jam 11.35 pagi.

Perdana menteri dijadual mengumumkan senarai kabinetnya pada jam 3 petang di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pengumuman itu juga akan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Kabinet yang bakal diumumkan Najib itu dijangka lebih kecil daripada kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Najib juga dijangka menyenaraikan banyak muka-muka baru manakala beberapa muka lama akan digugurkan daripada kabinet.

Sementara itu, Dewan Negara dijangka mengadakan majlis angkat sumpah empat lagi anggota baru petang ini - dipercayai mereka yang bakal menganggotai kabinet Najib.

Wednesday, April 8, 2009

Ucapan Nizar Selepas Kemenangan PRK B.Gantang

Jika anda ingin mencuba Kopi Radix, Ubat GG, Sabun Mandi, Ayam Organik, Syampoo, Radix KOKO..byk lagi serta 220 Produk yang lain.*Mengapa umat islam mengisi rumah dengan Produk Yang subhah yang di buat YAHUDI..Non Muslim hampir 97% - colgate, lux, milo, axion, nescafe ....tkr kpd produk HPA halal lagi toyyib . Sila guna ID PAS Kawasan Marang (Parlimen Presiden PAS).No Keahlian: 334166.MY01 ( PAS KAWASAN MARANG ) ...boleh harga pengedar. boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda. bantu tabung PAS Marang

Tuesday, April 7, 2009

Pakatan pertahan Bukit Gantang, anggap referendum rakyat

Jika anda ingin mencuba Kopi Radix, Ubat GG, Sabun Mandi, Ayam Organik, Syampoo, Radix KOKO..byk lagi serta 220 Produk yang lain.*Mengapa umat islam mengisi rumah dengan Produk Yang subhah yang di buat YAHUDI..Non Muslim hampir 97% - colgate, lux, milo, axion, nescafe ....tkr kpd produk HPA halal lagi toyyib

Sila guna ID PAS Kawasan Marang (Parlimen Presiden PAS).No Keahlian: 334166.MY01 ( PAS KAWASAN MARANG ) ...boleh harga pengedar. boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda. bantu tabung PAS Marang


TAIPING: Menteri Perak yang SAH, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai referendum rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Malah beliau meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

PKR kekalkan penguasaan di Bukit Selambau
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

SUNGAI PETANI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan pengusaan mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau apabila calonya, S. Manikumar memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh 12,632 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang memperoleh 10,229 undi dan 13 calon Bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir kira-kira pukul 10.50 malam.


Monday, April 6, 2009

Calon Bn ditolak oleh orang BN sendiri ?

http://idhamlim.blogspot.com

Jika anda ingin mencuba Kopi Radix, Ubat GG, Sabun Mandi, Ayam Organik, Syampoo, Radix KOKO..byk lagi serta 220 Produk yang lain.*Mengapa umat islam mengisi rumah dengan Produk Yang subhah yang di buat YAHUDI..Non Muslim hampir 97% - colgate, lux, milo, axion, nescafe ....tkr kpd produk HPA halal lagi toyyib

Sila guna ID PAS Kawasan Marang (Parlimen Presiden PAS).No Keahlian: 334166.MY01 ( PAS KAWASAN MARANG ) ...boleh harga pengedar. boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda. bantu tabung PAS Marang


Kain rentang ini dipercayai milik ahli umno yang tidak setuju dengan calon pilihan pimpinan umno. Tentu ada makna yang tersirat daripada persoalan di kain rentang tersebut.

Fikirkanlah sedalam-dalamnya dengan iman, bukan dengan hati.Ajijoi.

Respon Tuan Guru Nik Abdul Aziz - For Najib

Jika anda ingin mencuba Kopi Radix, Ubat GG, Sabun Mandi, Ayam Organik, Syampoo, Radix KOKO..byk lagi serta 220 Produk yang lain.*Mengapa umat islam mengisi rumah dengan Produk Yang subhah yang di buat YAHUDI..Non Muslim hampir 97% - colgate, lux, milo, axion, nescafe ....tkr kpd produk HPA halal lagi toyyib

Sila guna ID PAS Kawasan Marang (Parlimen Presiden PAS).No Keahlian: 334166.MY01 ( PAS KAWASAN MARANG ) ...boleh harga pengedar. boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda. bantu tabung PAS Marang


Iman Minta Saya Jadi Iman Maghrib

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

30-Mar-2009: Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Jika anda ingin mencuba Kopi Radix Mai Secawan serta 190 Produk yang lain.*Mengapa umat islam mengisi rumah dengan Produk Yang subhah yang di buat YAHUDI..Non Muslim hampir 97% - colgate, lux, milo, axion, nescafe ....

Sila guna ID PAS Kawasan Marang (Parlimen Presiden PAS).No Keahlian: 334166.MY01 ( PAS KAWASAN MARANG )


Peristiwa anih dan lucu berlaku semasa solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin