Pages

Tuesday, June 30, 2009

RAYUAN DERMA FISABILILLAH

RAYUAN DERMA FISABILILLAH / SEDEKAH JARIAH BANGUNAN MTD RU RENDANG

http://mtdrurendang.blogspot.com

Wednesday, June 24, 2009

Spencer Walls Pakai Tudung, Walaupun Tidak Islam

SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?
Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.
Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.
Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."
Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.
Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.
Marilah kita sama-sama berdoa, semoga di suatu saat Allah SWT memberikan hidayah Islam padanya. Wallahu 'aklam.

Monday, June 22, 2009

MEASAT-3A berjaya dilancarkan pagi ini

KERAJAAN UMNO PUN PERCAYA NO 4 SIAL.. DIBUATNYA 3a..APA LE KAU UMNO

MEASAT-3A berjaya dilancarkan pagi ini Jun 22, 09 12:34pm Satelit terbaru Malaysia, MEASAT-3a berjaya dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome (Kazakhstan) pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia hari ini.

Ia dilancarkan dalam keadaan cuaca dingin dan berangin.

MEASAT-3a sepatutnya dilancarkan Ogos tahun lalu tetapi kemalangan kren telah merosakkannya semasa persediaan untuk pelancaran dan terpaksa dihantar kembali ke Dulles untuk dibaiki.

measat launch 220609Satelit MEASAT-3a bernilai AS$165 juta itu akan meningkatkan kapasiti satelit syarikat dengan ketara, lapor Bernama.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengetuai kumpulan 50 anggota untuk menyaksikan pelancaran satelit keempat milik Measat Satellite Systems Sdn Bhd, menggantikan MEASAT 1 dan 2 yang dijadualkan selesai memberikan perkhidmatan pada 2015.

Satelit itu akan mula beroperasi pada Julai. MAESAT 3 dilancarkan pada 2006.

Rais berkata beliau sangat gembira dan berbangga dengan kejayaan pelancaran satelit berkenaan memandangkan ia akan membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam perniagaan satelit antarabangsa serta penyiaran.

Peluang seumur hidup


"Ia juga akan meletakkan satu asas bagi rakyat Malaysia sendiri untuk mereka bentuk, mewujudkan dan mengeluarkan satelit mereka sendiri di masa depan dan tidak bergantung kepada pihak lain, satu langkah yang boleh dianggap sebagai suatu yang menggalakkan untuk industri kreatif Malaysia," kata beliau selepas menyaksikan pelancaran MEASAT-3a seberat 2,366 kilogram.

Pelancaran itu disiarkan secara langsung di Awani, saluran 501 Astro.

Antara yang menyaksikan pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Telekom Malaysia Bhd (TM) Datuk Zamzamzairani Mohd Isa.

measat launch 220609Rais berkata ini merupakan kali pertama beliau menyaksikan pelancaran satelit.

Pelancaran MEASAT-3a, yang dikeluarkan oleh Orbital Sciences Corp of Dulles, Amerika Syarikat itu juga menjadi satu peristiwa yang tidak boleh dlupakan bagi 14 pelajar cemerlang dari Malaysia, India, Indonesia, Filipina dan United Kingdom.

Bagi mereka, ia merupakan peluang sekali dalam seumur hidup.

Lima pelajar Malaysia yang diberi peluang menyaksikan sendiri pelancaran itu ialah Ahmad Ruiz Mohd Asri dari Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur; Edmund Chen Min Lau dari Kuching, Sarawak; Lina Na'ilah Abdul Talip dari Kajang; Chandra Sekhar Kuppusamy dari Johor Baharu, dan Cliff Asher R. Ongil dari Beaufort, Sabah.

Mereka menganggap peluang sedemikan sebagai impian yang menjadi kenyataan.

Friday, June 19, 2009

Nizar vs Zambry - Hakim Lembap Atau Sabotaj ?

Hari ini, pukul 3.00 petang Nizar failkan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur. Menurut peguam Nizar, Leong Cheok Keng - kes ini rumit kerana Nizar masih belum menerima kenyataan penghakiman bertulis dari Mahkamah Rayuan setelah date-line - pagi ini.

Bulan lepas, Mahkamah Rayuan menolak pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar MB Perak yang sah. Tiga orang hakim mangkuk (Dato' Mat Raus Shariff, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop) berjanji nak menyediakan asas hujjah penghakiman mereka dalam tempoh seminggu. Selepas keputusan penghakiman lisan kontroversi 5 minit tempohari - mereka masih lagi tak keluarkan apa-apa setelah hampir sebulan.

Penghakiman bertulis, walau bukan satu kemestian untuk kes Nizar dibawa ke Mahkamah Persekutuan, tetap diperlukan untuk mengenalpasti asas sebab mengapa Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi terdahulu. Tanpanya, barisan peguam Nizar akan terpaksa berhujjah tanpa asas dan arah yang jelas.

Kumpulan peguam Nizar, diketuai bekas Presiden Majlis Peguam Sulaiman Abdullah, mengekalkan persoalan penting perundangan yang belum terjawab, iaitu siapakah yang ada kuasa memecat Nizar sebagai MB apabila beliau tidak mahu meletak jawatan?

Dalam isu ini, pertamanya aku kata - hakim mangkuk 3 orang itu lembap. Sebabnya, hakim Mahkamah Tinggi (seorang sahaja) kes berkaitan dulu boleh mengeluarkan penghakiman bertulis 76 mukasurat dengan pantas. Jadi, apabila Ketua Hakim Negara komplen hakim yang lembap - janganlah lupa ambil tindakan tatatertib pada 3 mangkuk ini. Kalau tak buat apa-apa, memang Ketua Hakim Negara juga lembap. Cakap saja pandai..

Yang kedua, aku kata - hakim mangkuk 3 orang itu sabotaj. Sebabnya, menurut perintah. Siapa Ketua Hakim Negara depa? Doktrin pengasingan kuasa legislatif, kehakiman dan eksekutif di Malaysia semakin pupus sejak BN perintah dah 50 tahun. Antara contohnya, keputusan Mahkamah Rayuan dahulu dihubungkait untuk pengekalan pemerintahan kudeta BN kartun di Perak. Bila Menteri Dalam Negeri, Tok Keris Hishamuddin pertahan tindakan polis, ingat rakyat percaya? piirah.

Kih kih kih. Kalau polis berpuluh orang boleh serbu dewan dengan bersenjata api, kalau Speaker boleh diusung keluar dikurung, kalau Sidang DUN (tak sah) dibuat hanya 5 minit.. Jangan terkejut kalau Tok Long, Tok Ngah di kampung-kampung mampu berkata :

The Judiciary System In Malaysia Has No Reliability Anymore
A CORRUPT SYSTEM
A CORRUPT GOVERNMENT
BULLSHIT!

Monday, June 8, 2009

Kemelut Perak bertukar hujan emas

Apa yang sedang berlaku di Perak amat baik sekali. Kelam-kabut dan kacau-bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak sekali imbas tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai. Tanggapan sebegini satu pandangan yang salah.

Apa yang berlaku di Perak ini adalah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki atau institut beraja. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai.

Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tiba-tiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman.

Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihatkan sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan di kalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.

Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri.

Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga. Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul.

"Raja adil raja di sembah, raja zalim raja disanggah" benar-benar menjadi realiti yang hidup di Perak.

Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam perlembagaan Perak.

Hasil daripada krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan raja, peranan menteri besar, peranan tuan Speaker DUN dan had-had yang diwujudkan melalui perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini.

Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada di dalam genggaman mereka.

Najib Razak berniat merancang "rampasan kuasa" di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdullah Ahmad Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa kepadanya ingin dijadikan sebagai tiupan sangkakala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat.

Tiupan sangkakala Najib ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 Mac 2008. Harapan Najib ini jelas telah ranap.

Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah, lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.

Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Inilah tanda-tanda politik sihat apabila elemen-elemen demokrat dalam Barisan Nasional telah mula bersuara.

Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak-tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.

Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak-tanduk yang telah diambil oleh Najib. Inilah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sihat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation - walaupun kecil.

Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.

Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan di antara parti PAS, PKR dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan.

Perak adalah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengetepikan agenda sampingan dan menerkam agenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.

Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokkan sebagai parti kecinaan telah diterima oleh orang Melayu. PAS yang selama ini dimomokkan dengan hukum hududnya telah menerobos masuk ke dalam kawah Cina.

Inilah perkembangan yang amat menakutkan United Malays National Organisation.

Dua buah parti ini - sebelum ini - selalu digunakan sebagai senjata ampuh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai, untuk saling menumbuhkan kecurigaan sesama sendiri.

Di Perak, orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak, orang Cina tidak lagi takut untuk menerima PAS. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.

Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga. Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Mohammad Nizar Jamaluddin dan V Sivakumar.

Kalau di permulaan era Reformasi dahulu, yang muncul hanya Anwar Ibrahim - masih lagi dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan warga bukan Melayu bahawa reformasi adalah agenda untuk semua.

Berbanding dengan krisis Perak, secara sepontan Nizar dan Sivakumar telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar.

Perkembangan ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.

Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya daripada apa yang berlaku pada 1998. Pada malam 20 September, Anwar ditangkap di rumahnya. Episod penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi.

Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Mohamad.

Di Perak, episod ini berulang lagi. Pada 7 Mei lalu, sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi tuan Speaker dan dikurung agar kuasanya dapat dirampas.

Kini sekali lagi, satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang diwakili oleh Najib Razak.

Sama ada DUN dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara.

Aktivis dan angkatan muda Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.

Ombak Perak ini wajib terus berdesir sehingga menjadi gelora membadai. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan dibakar.

Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum diadakan nanti. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini, lebih subur politik Malaysia.