Pages

Monday, July 27, 2009

UMNO Gila Talak

Tuan Guru Nik Aziz nafi hulur salam perpaduan Umno-PAS

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.Malah, Nik Azia mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS."Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun' kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap 'desperado' Umno 'yang gilakan PAS'."Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti," kata Nik Aziz lagi."Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato') Mustapha Mohamed," kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.Oleh itu, hari ini Nik Aziz hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa.

Sementara itu, ketika bercakap kepada media di Kota Bharu hari ini, beliau berkata, PAS tidak bercadang mengadakan hubungan peringkat 'parti dengan parti' sebagaimana di zaman Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa".Laporan mediaSabtu lalu, pihak melaporkan bahawa Nik Abdul Aziz menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Sehubungan itu, laporan tersebut memetik menteri besar Kelantan itu berkata, beliau menyambut baik usaha kerajaan pusat yang akan mengadakan usahasama untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur tidak lama lagi.Manakala Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dilaporkan menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu.Beliau dilaporkan berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini Muhyiddin telah memutarbelitkan kenyataan Nik Aziz berhubung kesediaannya melupakan sengketa dengan kerajaan pusat."Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.

"Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.Sebelum ini, isu kerajaan perpaduan antara PAS-UMNO menjadi isu panas dalam PAS serta di kalangan anggota Pakatan Rakyat.Nik Aziz adalah antara pemimpin PAS yang menentang keras cadangan tersebut sehingga beliau menggesa Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang menyokong cadangan tersebut, supaya melepaskan jawatan dalam parti dan selaku ahli Parlimen Bachok.

Bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditolak dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan.

Saturday, July 18, 2009

Laman Nurani : PRK Manek Urai

Selepas keputusan diumumkan, banyak pihak membuat pelbagai rumusan dan analisa berkaitannya. Tidak kurang juga yang memuji Najib Tun Razak dan Barisan Nasional. Katanya populariti beliau meningkat kepada 65% selepas PRK Manek Urai. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin pula berkata anak-anak muda sudah mula mendekati UBN dan memberi undi kepada UBN.

Sementara itu, ada yang berkata PAS telah retak, kepercayaan orang terhadap PAS sudah mulai berkurangan. Konflik-konflik yang melanda dalaman PAS menyebabkan populariti hilang. Apapun, dalam pengamalan demokrasi, yang menang tetap menang, dan yang kalah tetap kalah biarpun dengan satu undi.

Bagi saya, sifirnya amat mudah. PAS telah memperoleh sebanyak 5,348 undi manakala BN memeperoleh sebanyak 5,283 undi. majoriti kemenangan PAS adalah 65 undi sahaja. Bagi saya, 65 undi inilah menunjukkan kekuatan PAS yang sebenarnya di Manek Urai setelah diasak begitu hebat dengan wang dan sebagainya.

Berbalik kepada angka-angka tadi. masihkah kita ingat Arwah Pak Su Mail dalam pilihanraya umum 2008, beliau memeperoleh majoriti 1,352 undi dengan undi diperoleh 5,746. Manakala Zulkifli Omar memeproleh 4,394 undi. Oleh itu, cuba kita kira angka-angka ini. Berbanding PRU 2008, PAS kekurangan 398 undi manakala BN undi bertambah sebanyak 889 undi. Apa yang ajaibnya di sini. Jika 398+889 akan keluar jumlah 1,287 undi. Dan jika ditambah dengan 65 undi majoriti PAS menang dalam PRK ini, ia akan menghsailkan 1,352. Jumlah ini sama dengan jumlah yang diperolehi oleh Arwah Pok Su mail dalam PRU 2008.

Oleh yang demikian, PAS masih bertahan dengan 65 undi inilah. Bagi saya, Manek Urai ialah kubu Arwah Pok Su Mail, bukan kubu PAS seperti yang didakwa. Sebanyak 1,287 pengundi yang mengundi arwah dahulu adalah pengundi atas pagar yang segan dan menghormati arwah. Nak tak nak, undi juga arwah pada masa itu. Nah, sekarang dalam PRK, bukan Pak Su Mail yang tanding, bukan Zuki yang tanding. Kedua-dua parti meletakkan calon yang 'fresh'. Maka terserlahlah siapa sokong siapa.

Selain itu, apa yang saya nak katakan di sini ialah faktor penduduk manek urai yang rata-rata adalah peneroka Kesedar dan Felda yang sentiasa dikongkong oleh kerajaan pusat. Ini kerana kedua-dua agensi ini adalah dibawah kerajaan UBN. Kehidupan mereka adalah kebergantungan kepada ehsan Kesedar dan Felda. Hanya sedikit peratusan sahaja yang bekerja sendiri, menoreh getah yang tidak terikat dengan agensi ini.

Bagi pengundi luar pula, sebanyak hampir 10% penduduk Manek Urai berada di luar Dun. Pendapatan mereka rata-rata antara RM650 - RM1,500 sebulan. Mana tidak gelap mata jika pengundi-pengundi luar ini dibayar antara RM300 hingga RM1000 untuk pulang semata-mata mengundi BN. Itu dah dikira gaji sebulan. Banyak laman blog menceritakan hal membeli undi ini yang berlaku berleluasa semasa kempen dan shingga ke hari mengundi di Manek Urai. Sehinggakan telah memaksa PAS Kawasan Kuala Krai membuat laporan polis kes sogokan wang ini.

Disamping itu juga, apa yang paling hebat ialah janji seorang Timbalan Perdana Menteri untuk membina jambatan baru bernilai 7 juta. Masakan orang Manek Urai tak percaya, yang datang berjanji ialah seorang Timbalan Perdana Menteri, takkan pemimpin negara ini hendak menipu kita.

Maka, kita dapati seperti apa yang kita semua maklum. Serangan hebat dan diasak teruk dari segenap segi ini, hanya 65 undi mempertahankan Manek Urai. Inilah yang mampu meneruskan legasi PAS pada masa-masa akan datang di Manek Urai.

Kepada Abe Uji, ADUN Manek Urai, saudara memang hebat. Hanya seperkara yang saya hendak sampaikan kepada semua jentera parti PAS di Manek Urai. Manek Urai kubu Arwah Pok Su Mail, bukan kubu PAS. Oleh itu, mulai sekarang perhebatkan program-program tarbiyah kepada ahli-ahli PAS dan kepada seluruh penduduk supaya kita betul-betul bersedia menghadapi PRU ke-13 nanti. Sebab dengan 65 undi yang kita perolehi, UBN tidak akan duduk diam. Jikalau dilaburkan tiap-tiap seorang RM1,000, maka jumlahnya baru RM65,000. Ingatlah.

Hanya dengan tarbiyyah yang mantap mampu menangkis pemikiran duniawi. Bukan kata kita tidak perlu buat agenda pembangunan dan pembaharuan, tetapi ingat pesan Tok Guru, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

Chua Jui Meng umum sertai PKR

Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

PETALING JAYA: Selepas menafikan dua hari yang lalu, petang ini bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng mengumumkan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia diumumkan oleh Chua sendiri pada satu majlis PKR di sebuah hotel di Bandar Sunway di sini petang ini.

"Wujud banyak spekulasi sejak kebelakangan ini dalam media tentang apakah langkah saya yang seterusnya dalam bidang politik.

"Hari ini saya membuat keputusan paling penting dalam hidup saya, meninggalkan MCA dan menyertai PKR," kata beliau dalam ucapannya.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir.

Turut sertai PKR ialah bekas Senator David Yeoh dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Yap Yit Thong.

Pada sidang media pula Chua, 64, berkata, beliau menyertai PKR untuk melakukan reformasi memandangkan agenda perjuangan PKR dan beliau mempunyai banyak persamaan.

Kata Chua, beliau memikirkan untuk menyertai PKR baru-baru ini.

Katanya, beliau akan menghantar surat keluar parti kepada Ibu Pejabat MCA dalam waktu terdekat.

NAFI 2 HARI LALU

Kelmarin Chua melepaskan jawatan Ketua Bahagian MCA Bakri.

Chua, bekas Menteri Kesihatan, tewas dalam pemilihan jawatan Presiden tahun lalu dan 2005.

Beliau memimpin Bakri sejak 1988 dan menyerahkan tugas memimpin bahagian itu kepada Timbalan Pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan.

Kelmarin Chua juga menolak desas-desus yang mengatakan akan keluar parti dan menyertai PKR, sebaliknya meminta supaya semua anggota jawatankuasa MCA bahagian itu menyokong penuh kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Sudah sampai masanya saya memberi laluan kepada orang yang lebih muda dari saya," katanya.

Katanya, beliau sudah memaafkan mereka yang mencabarnya pada pemilihan tahun lalu, dan kini hanya mahukan mereka memandang ke hadapan, jangan saling bertelagah disebabkan perkara-perkara kecil.

REAKSI

Di KUALA LUMPUR, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Datuk Liow Tiong Lai berkata, beliau sedih dengan keputusan Chua.

Katanya, beliau sedih kerana Chua meninggalkan MCA ketika parti memerlukannya untuk memperkukuhkan parti selepas prestasi Barisan Nasional yang kurang menggembirakan dalam pilihan raya umum lalu.

"Kita seharusnya bersatu untuk menghadapi situasi sukar secara bersama.

"Saya sedih dengan keputusan beliau meninggalkan parti, tetapi saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," kata beliau selepas merasmikan pembukaan kelab TSM Wellness Sdn Bhd.

PRESIDEN PAFA

KENYATAAN MEDIA DATO’ SERI PRESIDEN PAFA

YB. DATO’ SERI IR. HJ. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN


Saya memandang serius kenyataan YB Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mendesak saya meletakkan jawatan selaku Presiden PAFA, kerana kononnya kantung PAFA kini kekeringan sehingga menyebabkan gaji pemain bola sepak Perak gagal dibayar mulai Jun 2009. Sebenarnya gaji mereka bagi bulan Jun dan inshaAllah bulan Julai 2009 telah memang dirancang sediakan.

Kenyataan YB Dato Seri Dr. Zambry itu tidak menunjukan sikap professionalisma seorang ketua kerajaan yang prihatin akan masalah rakyatnya. Ia lebih mengambarkan watak yang amat negatif, berdendam dan gagal membezakan kaedah bersukan dan berpolitik.

Ia secara jelas menunjukkan bahawa YB Dato Seri Dr Zambry sekali-kali tidak berfikiran positif untuk membantu tetapi sebaliknya lebih berusaha merosakkan keadaan. Setelah mengemudi PAFA kurang lebih 7 bulan, saya mendapati PAFA banyak tanggungan lapuk sejak beberapa tahun lamanya. Itulah peninggalan saki baki pengurusan lama. Namun pengurusan baru tidak pernah bersungut malah terus menggembeling khidmat bagi menyusun semula PAFA.

Bayangkan ketika ambil alih itu dengan tunggakan gaji pemain-pemain selama lima bulan yang mesti dilangsaikan. Pemain pemain serta pegawai baru telah diambil .Penyata kewangan PAFA terdahulu terdahulu dari itu jelas tertera hutang lapuk yang mencecah sekitar RM3juta. Saya difahamkan ketika itu segala peruntukan tahunan bagi PAFA dari FAM telah didahulukan. Sehinggan peruntukan 2009 juga telah pohon-ambil. Maka bagi 2008 sememangnya FAM tidak menyumbang kerana telah diserah awal terdahulu dari itu.

Semasa menjadi ketua “government of the day”, rakan-rakan exco serta Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, tanpa mengira kedudukan siapa yang menerajui PAFA ketika itu, pernah meluluskan dan menghulurkan bantuan negeri sebanyak RM300,000.00 semata-mata untuk membantu masalah kewangan PAFA yang terlalu meruncing sebelum lagi saya mengambil alih menjadi Presiden PAFA. Saya tidak pernah mendesak sesiapapun berundur semasa itu, malahan saya tidak mendesak ditawarkan jawatan Presiden, tetapi ia diputuskan oleh Kongres tahunan PAFA. Saya pikul dengan penuh tanggungjawab dan berhemah. Jauh dilubuk hati saya mahu melihat PAFA bangkit semula dan mengharumkan Perak.

Saya menerima tawaran itu dengan hasrat membantu menyelesaikan masalah kewangan PAFA yang begitu kritikal. Tambahan banyak pihak yang mendorong saya menerima jawatan berkenaan. Akhirnya saya dipilih melalui kongres tahunan PAFA, dan saya menerimanya sebagai tindakan untuk sama-sama berusaha menyuburkan PAFA, terutama dalam sukan bola sepak.

Ramai kenalan rakan dan taulan mula membantu dan menyumbang dalam semua aspek termasuk kewangan dan tajaan yang dapat segera memulihkan PAFA. Sejak itu gaji para pemain dan pegawai dan lain lain perbelanjaan semasa tidak pernah ditangguh. Moral pemain dan pegawai memuncak.

Setelah insiden rampasan kuasa kerajaan pada 6 Feb 2009, suasana agak bertukar. Oleh yang demikian, saya juga memang tidak merancang untuk terus memegang jawatan Presiden PAFA ini, malahan akan berundur apabila tiba waktu yang bersesuaian. Saya juga telah bertemu dengan Setiausaha Agung FAM, Yg Brbhg Dato’ Azudin di pejabat beliau, memaklumkan pendirian, kedudukan, sumber dan kemampuan saya yang terhad daripada segi kewangan untuk membantu PAFA.

Sesungguhnya, saya difahamkan bukan hanya Perak menghadapi masalah kewangan seumpama ini, malahan oleh mana-mana persatuan bola sepak negeri lain memandangkan “gate collection” semasa adalah tersangat rendah. Membentuk sebuah pasukan bola sepak memerlukan masa bukan boleh dibina dalam tempoh enam bulan. Malaysia sendiri masih dalam proses membina pasukan bola sepak yang terbaik.

Saya dimaklumkan bahawa satu pasukan berhasrat menarik diri dan satu lagi pasukan telahpun memohon pendahuluan peruntukan 2010 oleh kerana himpitan kewangan. Sewajarnya jika YB Dato Seri Dr Zambry mahu mendahulukan rakyat, maka inilah masanya membuktikan bantuan kewangan dari kerajaan sekurang-kurangnya mengahabiskan tempoh satu sessi sehingga akhir bulan Ogos 2009 nanti.

Ramai di antara pemain baru yang kita rekrut 9 bulan yang lepas kini telah menunjukan mutu permainan yang amat mengkagumkan sehingga beberapa diantara mereka sedang di minati oleh FAM sendiri sebagai berpotensi menjadi pemain kebangsaan. Moral pemain-pemain dan pegawai juga meningkat. Ahli-ahli Kelab penyokong PAFA juga pada akhir-akhir ini cukup bersemangat. Sama-samalah kita majukan PAFA demi kegemilangan Perak.

Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Ketua panel gesa prosedur siasatan SPRM dikaji semula

Apo ke Namo soal jawap sampai ko pukul 3.00 pagi " Tan Sri Ramon Navaratnam"

KUALA LUMPUR: Pengerusi sebuah daripada lima panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa supaya dikaji semula dengan segera prosedur soalsiasat ekoran kematian seorang pembantu kepada ahli politik Selangor semalam.

Tan Sri Ramon Navaratnam, yang mempengerusikan Panel Pencegahan Rasuah dan Perundingan, berkata beliau "rasa terganggu dan amat kecewa" mendapati SPRM bertindak menyoalsiasat orang hingga lewat malam dan awal pagi berikutnya.

Teoh Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati di bangunan SPRM di Shah Alam selepas seorang pegawai SPRM selesai merekodkan kenyataannya pada 3.45 pagi berhubung siasatan mengenai pengagihan dana.

Beliau telah dibawa ke pejabat SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam pada jam 5 petang hari Rabu dan mayatnya ditemui tengah hari semalam di balkoni sebuah syarikat perkapalan di tingkat lima.

Navaratnam berkata: "Siasatan sepatutnya tamat jauh lebih awal sebelum tengah malam bagi membolehkan lelaki berkenaan rehat sebelum diteruskan pagi berikutnya. Tidak ada orang normal dapat bertahan dengan tekanan mental dan fizikal sedemikian".

"Tekanan teruk ini ke atas individu berkenaan mungkin menyebabkan beliau membunuh diri dengan cukup tragik. Kematiannya tragik dan tidak seharusnya berlaku," kata beliau.

Navaratnam juga menggesa dijalankan siasatan awam penuh dan terbuka demi mencari kebenaran tentang keadaan yang menyebabkan kematian Teoh dengan mereka yang terbabit disiasat dan diminta bertanggungjawab sepenuhnya.

Beliau berkata penyusunan semula juga diperlukan bagi menambah baik pentadbiran SPRM dan menjadikannya lebih berkesan dan responsif terhadap ekspektasi rakyat untuk standard yang lebih tinggi.

"Semakin sukar bagi Panel SPRM saya untuk mencapai prestasi lebih baik oleh kerana peristiwa buruk seperti kematian Teoh akan memburukkan lagi persepsi prestasi SPRM, sekalipun terdapat khidmat dedikasi kebanyakan pegawainya," kata beliau.

Beliau berkata usaha menentang rasuah hanya akan berjaya menerusi keazaman politik kerajaan dan sokongan orang ramai. BERNAMA

Friday, July 17, 2009

Kes Teo: Desak SPRM disiasat, 8 ditahan


Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian seorang pembantu ahli politik pembangkang.

Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.

NONETeo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.

Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.

Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

NONEKira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.

Sekurang-kurangnya enam orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar,, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Turut ditangkap ialah Lu Chuan Boon (kanan), pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meteri apabila dia enggan beredar dan bertindak duduk di situ.

Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.

NONEADUN Rawang, Gan Pei Nee (kiri) dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu.

Orang ramai berlaung 'polis ganas' ketika dia dibawa dari situ.

Pada jam 11 pagi, kebanyakan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu telah bersurai dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut berada di situ untuk memantau keadaan.

Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.

Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.

Thursday, July 16, 2009

Perak : Akibat Sikap Pak Kadok

Aku Anak Perak (MJA), Bota
Mon | Jul 13, 09 | 12:36:36 pm MYT

"Menang sorak kampung tergadai" sering kali diucapkan oleh ramai orang. Apabila berlaku sesuatu yang diandaikan menggugat kepentingan orang Melayu di negara ini, frasa inilah yang dilafazkan.

Ikon yang acap kali dikaitkan ialah Pak Kaduk, watak 'bodoh lurus' dalam sastera Melayu dan dianggap sebagai setaraf dengan Lebai Malang dan Pak Pandir. Walaupun kisah Pak Kaduk dilihat sebagai kisah teladan dalam cerita rakyat, namun kewujudan Pak Kaduk di alam nyata turut diakui oleh penduduk sekitar Lambor di Parit, Perak. Tanyalah individu yang lahir di Lambor atau yang pernah hidup di situ. Adakah mereka berani memakan ikan tapah?

Pak Kaduk dan ikan tapah amat sinonim kerana menurut cerita lisan masyarakat tempatan, di dalam perut ikan tapah itulah Pak Kaduk diketemukan dengan emas yang membantunya untuk menebus kampungnya yang telah tergadai. Atas ?sumbangan? ikan tapah itu, Pak Kaduk bersumpah agar keturunannya tidak boleh memakan dan memegang ikan itu. Sekiranya sumpah tersebut dilanggar, beberapa kesan fizikal seperti gatal-gatal akan dialami.

Sama ada terdapat kebenaran pada kisah tersebut, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Penulis bagaimanapun pernah dibekalkan salasilah keturunan Pak Kaduk dan dimaklumkan bahawa saki-baki emas itu masih diwarisi keturunannya hingga kini.

Signifikan kisah Pak Kaduk dan "menang sorak kampung tergadai" dengan sistem pemerintahan tempatan amat jelas khususnya yang berkait dengan peranan pembesar yang menjadi penasihat istana. Pak Kaduk ialah seorang pembesar desa yang berasal dari Siak dan memiliki seekor ayam jantan yang bernama Biring Si Kunani.

Ayam ini tidak mampu ditewaskan oleh mana-mana ayam jantan dalam acara sabung ayam. Pada masa itu, acara sabung ayam masih menjadi acara tradisi masyarakat Melayu. Ironinya, raja yang memiliki kuasa pemerintahan mutlak pada masa itu turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan ekonomi rakyatnya termasuklah acara sabung ayam.

Apabila menyedari ayam baginda tidak mungkin dapat menewaskan ayam sabung Pak Kaduk, suatu konspirasi dirancang. Perancangnya ialah golongan pembesar istana dengan objektif utamanya adalah untuk menjaga air muka raja dari segi sosialnya dan menjaga kepentingan ekonomi raja kerana setiap acara sabung ayam ada taruhannya.

Ayam Pak Kaduk ditukarkan dengan ayam raja dan taruhan acara sabung ayam itu ialah kampung halaman tanah milik Pak Kaduk sendiri (ada cerita yang mengatakan termasuk isteri dan anak-anaknya).

Mangsa dalam agenda pembesar istana ialah Pak Kaduk yang dipotretkan sebagai orang yang bodoh. Potret ini berjaya hingga kini malah tertanam dalam setiap minda orang Melayu. Benarkah Pak Kaduk seorang yang lekeh dan bodoh?

Pak Kaduk seorang pembesar desa dan memiliki seekor ayam jantan yang tidak mampu ditewaskan oleh mana-mana ayam jantan termasuklah ayam milik raja. Jika Pak Kaduk seorang yang bodoh, mana mungkin memiliki seekor ayam yang hebat atau kampung halaman yang luas. Kekuatan ayam itu dalam masyarakat Melayu feudal melambangkan kehebatan pemiliknya.

Pak Kaduk seorang pembesar desa atau jajahan yang hebat tetapi pembesar istana pada masa itulah yang bertanggungjawab mencipta cerita negatif tentang Pak Kaduk bagi menjadikan perancangan dan konspirasi mereka halal dan wajar. Maka lahirlah frasa paling popular untuk menunjukkan kebodohan Pak Kaduk iaitu "menang sorak kampung tergadai".

Dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu, frasa menang sorak kampung tergadai masih diungkapkan sebagai suatu peringatan tentang kealpaan masyarakat Melayu dalam menangani situasi zaman yang telah berubah dan sistem pemerintahan yang jauh berbeza. Namun, tidak ramai yang cuba mengungkapkan faktor-faktor frasa tersebut boleh wujud malah kisah Pak Kaduk sering kali ternoktah di situ.

Umum dilihat sepakat tidak menyorot kisah Pak Kaduk selepas menang sorak kampung tergadai. Malah lebih malang Pak Kaduk dijadikan kambing hitam dan teladan negatif tentang kebodohan dan kealpaan manusia Melayu. Pak Kaduk hanyalah antara rakyat yang bodoh, tidak berfikiran panjang, tiada wawasan, tidak tahu berkata "tidak" dan segala bentuk kebodohan dipalitkan kepadanya.

Usaha Pak Kaduk untuk menebus semula hartanya tidak pernah dijadikan teladan positif malah yang anehnya kejelekan perancang konspirasi terhadap Pak Kaduk berjaya disembunyikan daripada penilaian dan pentafsiran umum.

Oleh itu, penulis berpandangan bahawa frasa "menang sorak kampung tergadai" berlaku disebabkan kealpaan dan kerakusan banyak pihak.

Pertamanya ialah dasar pemerintah itu sendiri. Dalam sistem yang mengamalkan raja sebagai pemerintah mutlak, peranan baginda adalah ibarat payung yang menaungi rakyatnya untuk berteduh. Sebagai payung, raja tidak harus berteduh di bawah payungnya sendiri. Dalam erti kata lain, raja tidak seharusnya terjebak atau berebut kepentingan yang sama dengan rakyatnya.

Jika rakyat pada masa itu masih mengamalkan acara sabung ayam, raja perlu mengawasinya agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti pergaduhan atau taruhan yang melampau dan bukannya bertindak sebagai salah seorang pemain. Jika berlaku perebutan kepentingan, maka rakyat akan kalah atau sengaja mengalah dan memberikan kepentingan itu untuk raja atas kapasiti tidak mahu derhaka, menerima konsep daulat dan tulah raja.

Dalam sistem pemerintahan moden, peranan raja masih sebagai payung untuk rakyatnya berteduh tanpa mengira fahaman politik, anutan agama dan kepelbagaian etnik. Peranan pentadbiran dilakukan oleh kuasa eksekutif dengan dasar-dasar yang membela rakyatnya. Dalam apa-apa situasi sekalipun, rakyat yang menjadi fokus.

Jika raja dan eksekutif benar-benar berpaksikan dan menjaga kepentingan rakyat, situasi "menang sorak kampung tergadai" tidak mungkin berlaku. Rakyat yang sememangnya berhak untuk mendapatkan pembelaan tanpa mengira fahaman politik, agama dan etnik perlu diberikan haknya.

Raja dan eksekutif tidak seharusnya terlibat dalam sebarang bentuk kepentingan yang sama dengan rakyat sama ada dari segi ekonomi atau sosial tetapi perlu memastikan sebarang bentuk yang mengurangkan kepentingan rakyat seperti penyelewengan dalam pentadiran dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.

Keduanya ialah peranan pembesar atau penasihat istana yang tidak berfungsi untuk memperkukuh fungsi raja sebagai payung. Mereka memberi nasihat yang salah, iaitu raja perlu menjadi salah seorang pemain dalam acara tersebut dengan meletakkan taruhan sebuah kampung, iaitu simbol harta milik rakyat.

Raja perlu mengambil kesempatan ini kerana pembesar istana sedia untuk merancang konspirasi menukarkan ayam baginda dengan ayam Pak Kaduk. Pembesar istana seharusnya bersikap sokong mengukuhkan pagar dengan menasihatkan raja bahawa baginda tidak perlu masuk campur dalam acara kampung yang melibatkan kepentingan ekonomi dan sosial rakyat atau tidak meletakkan kampung halaman Pak Kaduk sebagai syarat taruhan.

Pembesar istana berselindung di belakang raja dan yang dilihat adalah pertembungan antara raja dengan rakyatnya. Mereka tergamak merampas tanah Pak Kaduk dengan cara tipu helah dan konspirasi yang licik sehingga tiada apa-apapun harta milik Pak Kaduk yang tinggal. Pak Kaduk menjadi mangsa pembesar istana untuk menambahkan koleksi harta raja dan mengekalkan kemuliaan mereka pada pandangan umum.

Dalam merancang konspirasi ini, apakah bentuk perbincangan antara pembesar atau penasihat istana dengan Pak Kaduk? Adakah wujud unsur-unsur ugutan hingga Pak Kaduk sanggup menukarkan ayam sabungnya dan pada masa yang sama mempertaruhkan semua hartanya?

Perkara-perkara tersirat yang berlaku antara pembesar atau penasihat istana dengan Pak Kaduk tidak pernah dibincangkan secara terbuka sedangkan pelaku utama tercetusnya menang sorak kampung adalah dalam kalangan yang rapat dengan istana. Mereka boleh sahaja menukarkan ayam Pak Kaduk tetapi tidak meletakkan kampung halaman beliau sebagai taruhan. Kenapa pembesar atau penasihat istana tidak melakukan perkara begini?

Matlamat mereka hanyalah diri mereka sendiri dengan meletakkan keselesaan raja sebagai pelindung kerana jika raja dalam keadaan selesa, mereka juga akan selesa.

Jika dinukilkan kisah ini dengan sistem pemerintahan moden, pembesar atau penasihat istana adalah kalangan mereka yang dari segi pendidikannya jauh lebih bijak. Jika "menang sorak kampung tergadai" tidak ingin diulangi, mereka seharusnya benar-benar berfungsi untuk memperkukuh institusi raja dalam konteks raja berperlembagaan.

Begitu juga dengan kuasa eksekutif, penasihat mereka harus berfungsi untuk memperkukuh kuasa yang membela rakyat. Kuasa eksekutif tidak harus menjadi ahli korporat atau peniaga atau menjadikan mereka (kroni) sebagai penasihat kerana akan wujud percanggahan kepentingan dengan rakyat. Kecualilah jika ahli korporat tersebut bersedia untuk membela rakyat.

Setelah 50 tahun negara ini merdeka amat sukar untuk rakyat bertemu dengan ahli korporat yang rapat dengan eksekutif yang menjadikan rakyat sebagai fokus pembelaan. Rakyat sering kali menjadi mangsa kepada ahli korporat yang berkepentingan sendiri khususnya mereka yang ada kaitan dengan eksekutif.

Bagi rakyat terbanyak, walau apapun yang dilakukan oleh raja dan pembesar istana namun ketaatan dan kesetiaan kepada raja tidak terurai. Apabila Pak Kaduk bersorak melihat ayam miliknya yang telah berpindah milik itu menang, dia tetap bersorak kerana baginya yang menang ialah rajanya. Tanahnya digadai kepada rajanya sendiri kerana Pak Kaduk sedar dalam apa-apa situasi sekalipun, rakyat akan mengalah dengan kehendak rajanya.

Oleh sebab itulah Pak Kaduk tidak pernah menyusahkan rajanya untuk merayu bagi mendapatkan semula tanah kampung halamannya kerana dia sedar jika raja berfungsi sebagai payung yang menaungi rakyatnya, raja dan penasihat baginda tidak akan tergamak mengambil hartanya.

Sesuatu yang masyarakat umum lupa atau sengaja dilupakan adalah tanah yang tergadai itu ditebus semula oleh Pak Kaduk tanpa bantuan raja atau pembesar istana. Maknanya, dalam erti kata lain rakyat sendiri yang akan menebus harta mereka akibat kerakusan pemerintah mereka sendiri.

Apabila berlaku krisis politik di Perak, frasa "menang sorak kampung tergadai" dan kisah Pak Kaduklah yang dirujuk. Untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat dalam kisah tersebut dan sebagai panduan nasib rakyat khususnya orang Melayu di negara ini, kisah Pak Kaduk seharusnya diteliti secara menyeluruh.

Kisah sebelum dan sesudah menang sorak kampung tergadai perlu diperhalusi agar kesalahan tidak hanya diletakkan ke atas bahu rakyat. Semua pihak harus melihat diri sendiri khususnya tentang peranan dan fungsi masing-masing dalam memperkukuh aspirasi rakyat yang juga menjadi aspirasi negara.

Kepentingan peribadi tidak termasuk dalam kamus setiap pihak yang mengaku sebagai menjaga hak dan kepentingan rakyat.

Kisah Pak Kaduk sebenarnya tidak berakhir di situ. Setelah hartanya ditebus kembali, beliau dilantik sebagai salah seorang pembesar istana untuk membantu raja membawa balik Puteri Limau Purut.

Walaupun pelbagai interpretasi boleh ditafsirkan namun kisah Pak Kaduk dan menang sorak kampung tergadai tidak harus dilihat sebagai hanya kealpaan rakyat tetapi perlu juga ditafsirkan sebagai manifestasi kerakusan dan keegoan pemerintah serta individu di sekeliling mereka dalam melaksanakan fungsi dan peranan mereka.

Dalam konteks krisis politik di Perak, harapan anak-anak Perak ialah semua yang terlibat dapat bermuhasabah diri secara jujur dan ikhlas serta memahami sedalam-dalamnya sebelum dan sesudah peristiwa "menang sorak kampung tergadai" dalam erti kata melihat peranan dan fungsi masing-masing dalam melaksanakan amanah rakyat. - tajdid _

Selepas habis 'umpan' pengundi Manek Urai tinggalkan Umno

Selepas habis 'umpan' pengundi Manek Urai tinggalkan Umno
Salmah Mat Husain
Wed | Jul 15, 09 | 6:23:16 pm MYT

KOTA BHARU, 15 Julai (Hrkh) - "Manek Urai terletak di kawasan yang diterajui Kesedar. Kenapa pula disyarat kepada pengundi bila menang baru nak buat jambatan.

"Paksa rakyat, bohong rakyat tak habis-habis tipu. Tengok apa yang berlaku terhadap jambatan Sultan Yahya kedua telah dilakukan upacara pecah tanah dua tahun lalu, namun sampai sekarang tak siap," kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau juga berkata, begitu juga janji mahu membina sistem pengairan bagi mengelakkan berlaku banjir kilat di bandar Pasir Mas, namun sekarang projek itu hanya separuh siap.

Katanya, janji itu dibuat semasa kempen pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir pada 2005.

"Sekiranya projek yang hanya memakan belanja kecil belum disiapkan sepenuhnya, inikan pula perbelanjaan untuk membuat jambatan baru RM7 juta di Manek Urai," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Beliau juga berkata, rakyat di Manek Urai perlu mengetahui peruntukan sebanyak itu tidak mampu untuk menyiapkan sebuah jambatan baru seperti dijanjikan pemimpin Umno.

Kata beliau disebabkan terpengaruh dengan segala janji-janji tersebut majoriti PAS pada pilihan raya kecil semalam menurun.

"Ia bukan bererti rakyat semakin menerima Umno sebaliknya perkara itu berlaku kerana penipuan, ugutan, rasuah dan berbagai lagi.

"Umno telah menjadikan 'najis rasuah' mengugut serta mempengaruhi pengundi demi untuk meraih kemenangan. Namun misi mereka masih gagal," ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, peningkatan undi Umno melalui cara itu dianggap haram di mana kedua-dua pihak iaitu pemberi dan penerima rasuah akan mendapat balasan api neraka di akhirat nanti.

Katanya, pemberian rasuah boleh menyekat percambahan pemikiran manusia untuk bertindak secara normal.

Oleh itu beliau yang Mursyidul Am PAS berkata, Umno tidak boleh mendabik dada dengan majoriti kecil yang dimenangi calon PAS.

Menurutnya juga Umno cuba menyuburkan budaya rasuah bukan sahaja dalam pilihan raya sebaliknya ketika perhimpunan agung parti itu seperti dilaporkan dalam media massa.

Beberapa hari menjelang pilihan raya di Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berjanji akan membina jambatan baru sekiranya BN menang pilihan raya kecil itu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, walaupun saluran dua dan tiga berubah di mana telah memihak kepada BN, namun ia dianggap bersifat sementara kerana ada umpan.

"Kalau pemimpin Umno sendiri rasuah, bagaimana mereka boleh berjanji kepada rakyat untuk menghapuskan rasuah di negara ini," ujarnya. - mj _

Tuesday, July 14, 2009

SAH : Calon PAS menang di Manek Urai

Calon PAS kekalkan DUN Manek Urai, majoriti tipis

KUALA KRAI: PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dengan majoriti tipis 65 undi.

Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi manakala calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.

Majoriti PAS pada Mac 2008 ialah 1,352 undi.

Ia diumumkan oleh SPR sebentar tadi.

PAS menang nyawa-nyawa ikan
Jul 14, 09 5:09pm

kemaskini 8.58pm Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Belum ada pemenang jelas? Undi dikira semula

KUALA KRAI: Pengiraan semula undi kini berlangsung selepas kiraan awal menunjukkan PAS menang dengan undi tipis.

Bagaimanapun terdapat sumber yang mengatakan Barisan Nasional (BN) juga menang dengan undi tipis.

Justeru, setakat 7.45 malam pengiraan semula undi sedang berlangsung di kebanyakan saluran mengundi.

mStar Online difahamkan, di peringkat awal, calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah telah menang dengan 106 undi.

Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1 dekat sini.

Pada awalnya, keputusan dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Ismail Yaacob, daripada PAS yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39 dan Mohd Fauzi Abdullah, 50 yang mewakili PAS.

SILA REFRESH, UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN TERKINI


KEPUTUSAN TIDAK RASMI UNDI
PAS
5363
UNDI BN
5293
MAJORITI 70
JUMLAH UNDI ROSAK 70
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 746 (87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG
14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG
4 DARIPADA 9
MASA 7. 33

MANEK URAI: PERKEMBANGAN PILIHAN RAYA KECIL

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

BERIKUT adalah perkembangan hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai:

5.50 petang: Sehingga pusat pengundian ditutup, sebanyak 10,736 pengundi (87.3 peratus) keluar mengundi.

5 petang: Kesemua pusat mengundi ditutup. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa.

4.25 petang: Setakat pukul 4 petang, sebanyak 86.4 peratus telah keluar mengundi sekaligus melebihi sasaran 85 peratus yang ditetapkan SPR.

3.40 petang: Setakat pukul 3 petang, seramai 10,312 pengundi (83.8 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka. SPR turut mengesahkan belum ada pusat pengundian yang ditutup dan ia hanya akan ditutup pada pukul 5 petang.

3.10 petang: Setakat pukul 2 petang, seramai 9,845 pengundi (80 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka.

2.15 petang: Beberapa pemerhati daripada MAFREL turut hadir di setiap peti undi bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.

2 petang: Tinjauan ke pusat mengundi di SK Sungai Peria mendapati keadaan agak lengang disebabkan pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sejak awal pagi. Kesesakan lalulintas yang agak teruk berlaku di Kampung Peria menuju ke Manek Urai baru. Bagaimanapun, pihak polis dapat mengawal lalulintas.

1.50 tengah hari: SPR mengesahkan 9,359 pengundi (76.2 peratus) keluar mengundi setakat pukul 1 tengah hari.

12.00 tengah hari: SPR mengesahkan, 8,475 pengundi (68.4 peratus) telah menunaikan tanggungjawab masing-masing

12.00 tengah hari: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed melawat pondok panas BN di Sek. Keb. Manek Urai Baru dengan menaiki motosikal.

11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting untuk diselesaikan bagi membolehkan kelancaran lalu lintas sepanjang proses pengundian yang sedang berlangsung.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat khabar angin bahawa berlaku pertengkaran di bilik operasi Barisan Nasional. Belum ada laporan lagi.

11.35 pagi: MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sek. Kebangsaan Manek Urai Baru.

11.30 pagi: Hampir 57 peratus sudah keluar mengundi.

11.05 pagi: Peratusan keluar mengundi sudah mencecah 40 peratus, kata Pengerusi SPR.

10 pagi: SPR mengesahkan peratusan keluar mengundi setakat ini 4,706 orang (38.3 peratus).

9.55 pagi: Berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Bagaimanapun, keadaan terkawal apabila pihak polis hadir mententeramkan keadaan. Penyokong kedua-dua parti menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian pengundi termasuk melaungkan takbir 'Allahuakbar'. Turut hadir melawat peti undi tersebut adalah Datuk Sr Awang Adek Hussein.

9.30 pagi: Setakat pukul 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau yakin BN berpeluang untuk menang. Beliau berkata: "Berdasarkan statistik semalam menunjukkan kita telah mendapat hampir 51 peratus sokongan. Daripada awal lagi, kita sedia maklum bahawa dalam pilihan raya kecil ini, saingan memang sengit dan sebagai calon yang bertanding di kubu kuat PAS, kita telah berusaha bersungguh-sungguh."

9 pagi: Penyokong dan peraih undi parti-parti yang bertanding berkumpul dan memberi sokongan kepada calon di pusat-pusat mengundi. Bagaimanapun, mereka perlu berada 50 meter daripada pusat mengundi.

8.40 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat tiba untuk melawat pusat mengundi SK Manek Urai Baru.

8.10 pagi: Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah dijangka melawat peti undi Sg Peria.

8.01 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba di pusat pengundi kawasan Sg Peria, SK Peria. Beliau tidak mahu meramalkan tetapi punya keyakinan PAS akan beroleh kemenangan.

8 pagi: Sebanyak sembilan pusat mengundi mula dibuka.

7.45 pagi: Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing. Pihak polis mengawal lalu lintas seawal pukul 6 pagi.

Lapuran Manik Urai

Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

kemaskini 2.48pm Lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari ini.

Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

Susulan pergaduhan itu, beberapa orang penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan dan semuanya dihantar ke Hospital Kuala Krai.

Akhbar yang sama juga melaporkan, kira-kira jam 11 pagi terjadi insiden membaling batu dan botol antara kedua-dua belah pihak di sekolah berkenaan.

Sementara itu laman web The Star pula melaporkan, lima anggota Puteri Umno mengalami kecederaan dalam kekecohan dua kumpulan penyokong parti yang bersaing itu di luar SK Peria kira-kira 10.30 pagi.


NONEkemaskini 2.05pm Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yakin peluangnya merampas kerusi DUN Manek Urai "lebih cerah" jika peratusan keluar mengundi meningkat.

Ditemui dekat pusat membuang undi di Chuchoh Puteri, beliau berkata peratusan tinggi itu bermakna ramai pengundi muda keluar membuat pilihan dan memangkah BN.


kemaskini 1.55pm Dua ahli Puteri Umno Kelantan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai selepas dibaling dengan batu ketika bertugas di pusat pembuangan undi SK Peria, lapor laman web Utusan Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, masing-masing cedera di belakang dan pengsan di tempat kejadian akibat terkena balingan batu oleh perayu undi parti yang bertanding.

Difahamkan ada kalangan mereka yang cedera sehingga patah gigi kerana masing-masing membaling botol air dan batu ketika meraih undi, lapor akhbar itu lagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dipetik berkata, kejadian berlaku berikutan provokasi yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.


kemaskini 1.25pm Jumlah penyokong PAS jauh mengatasi kumpulan kecil penyokong BN di pusat pembuangan undi Lata Rek dengan kadar 150 orang berbanding lima orang, semuanya Wanita dan Puteri Umno.

NONEKumpulan wanita disorak agar "balik ke rumah" tetapi tetap bersemangat dengan berpayung di bawah terik matahari, sambil mengibarkan bendera.

Manakala kumpulan penyokong PAS pula berada di bawah khemah yang dilengkapi kipas angin, makanan dan minuman. Mereka berehat dengan santai, termasuk makan tengah hari di situ (foto kanan).

NONEBeberapa penyokong Umno kelihatan berteduh di pokok-pokok berhampiran.


kemaskini 1.23pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari sudah mencecah 76.2 peratus atau 9,359 pemilih mengundi pilihan masing-masing - sama ada calon BN Tuan Aziz Tuan Mat atau calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Mengikut trend pembuangan undi setakat ini, peratus keluar mengungi kemungkinan akan lebih tinggi daripada 85 peratus seperti disasarkan lebih awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


kemaskini 12.58pm Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa parti itu menghadapi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai.

"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.

Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai, sebaliknya untuk perayu undi dan penampal poster. Berita penuh di sini.


kemaskini 12.22pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68.4 peratus atau 8,415 pemilih menunaikan tanggungjawab - empat jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.


NONEkemaskini 12.03pm Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut. Berita penuh di sini.


kemaskini 11.35am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab - tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.


kemaskini 11.20am Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin parti itu akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai, tetapi dengan majoriti yang berkurangan.

Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau juga menjangka jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah di sekitar 84 peratus.

"Saya tidak menjangka ramai akan pulang (untuk mengundi) kerana hari ini Selasa (hari bekerja di luar Kelantan).

"Namun begitu, dari maklum balas yang diterima, ada yang telah pulang (untuk mengundi).

"Kerana itu kita menjangka menang tetapi jumlah majoriti kurang," katanya.


kemaskini 10.50am Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

NONEPenyokong PAS meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campur tangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat yang ditampal di kereta tersebut sambil melaungkan "penyamar".

kemaskini 10.39am Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.

Penyokong PAS menjerit "rasuah" dan "Altantuya" (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah berkonotasi liwat dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.


kemaskini 10.23am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.


kemaskini 10.05am Di Manek Urai Baru pula, seorang wanita dipercayai penyokong Umno "naik angin" kerana tidak tahan mendengar bacaan salawat dan takbir yang kuat dan tidak henti-henti oleh penyokong PAS.

NONEInsiden dekat SK Manek Urai Baru bermula lebih kurang 9.10 pagi, tidak lama selepas MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kawasan tersebut.

Laungan takbir yang diselang-seli dengan selawat kira-kira 150 penyokong PAS, kebanyakan lelaki - yang berada di sebelah sekumpulan 50 penyokong BN, rata-ratanya wanita - menimbulkan rasa gelisah wanita terbabit.

Beliau kelihatan berbincang dengan beberapa petugas PAS dan dengan muka berangnya bersuara dengan nada sedikit tinggi. Bagaimanapun suaranya ditenggelami laungan penyokong PAS.

Beberapa anggota polis kemudian kelihatan cuba memisahkan kumpulan parti-parti politik bertanding itu. Kira-kira 30 anggota polis ditempatkan di situ.


kemaskini 9.29am Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai bermula sejak lebih sejam lalu, dengan kedua-dua calon, Tuan Aziz Tuan Man dari BN dan Mohd Fauzi Abdullah dari PAS meninjau pusat pengundian.

NONEKedua-duanya bukan pengundi dalam DUN tersebut.

Manek Urai mempunyai 12,293 pengundi, dengan 99.2 peratus Melayu manakala bakinya pemilih Cina dan India.

Keputusan pilihanraya kecil hari ini akan menandakan sama ada PAS dan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat mampu mengekalkan pengaruhnya di Kelantan yang telah ditadbir selama 19 tahun.

Manakala BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pula mengharapkan kemenangan di Manek Urai bagi menamatkan kekalahan berterusan BN dalam semua pilihanraya kecil - kecuali DUN Batang Ai di Sarawak - selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Nik Aziz yang tiba di pusat mengundi di SK Perai 10 minit awal, terpaksa menunggu ketibaan Mohd Fauzi.

Calon PAS itu tiba jam 8.10 pagi dan mencium tangan menteri besar tersebut sebagai tanda hormat, manakala para penyokong pula melaungkan "Allahu Akbar".

Manakala kumpulan Wanita Umno di bersebelahannya pula menempik "Hidup Melayu". Calon BN kemudiannya beredar ke Manek Urai Lama.

Nik Aziz dan Fauzi yakin PAS akan mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil hari ini.

Manakala Tuan Aziz pula berkata pula yakin sekurang-kurangnya 51 peratus pemilih akan mengundi BN.

"Setakat semalam, sokongan makin meningkat," katanya.

Sebelum ini, para pengundi mula menyemak nama masing-masing dalam senarai pemilih di pondok yang disediakan oleh SPR.

Keadaan di sekitar Manek Urai Lama bergerak perlahan. Cuaca baik dan anggota polis mengawal di setiap simpang. Banyak kawasan dijadikan jalan sehala.


NONEkemaskini 9.05am Sembilan pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi yang melibatkan 27 saluran dan diselia kumpulan pegawai lantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diketuai pegawai pengurus Adnan Hussin, yang juga ketua jajahan Kuala Krai.

Pusat pembuangan undi dan jumlah pemilih yang layak seperti berikut:

1. SK Temalir (983 orang)
2. SK Peria (2,019)
3. SK Manek Urai (1,890)
4. SK Manek Urai Baru (1,093)
5. SK Sungai Sok (980)
6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
7. SK Lata Rek (1,094)
8. SK Kampung Karangan (1,049)
9. SMK Laloh (1,643)

Jumlah keseluruhan pemilih, termasuk 25 orang melalui pos, 12,293 orang.

SPR mensasarkan kira-kira 85 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi ada pilihan raya kecil ini.

Selepas pengundian ditutup pukul 5 petang ini, dan kemudian pengiraan undi di semua sembilan pusat berkenaan, penjumlahan undi akan dilakukan di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Keputusannya dijangka seawal-awalnya pukul 8 malam ini.



Lapuran Manik Urai

Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

kemaskini 2.48pm Lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari ini.

Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

Susulan pergaduhan itu, beberapa orang penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan dan semuanya dihantar ke Hospital Kuala Krai.

Akhbar yang sama juga melaporkan, kira-kira jam 11 pagi terjadi insiden membaling batu dan botol antara kedua-dua belah pihak di sekolah berkenaan.

Sementara itu laman web The Star pula melaporkan, lima anggota Puteri Umno mengalami kecederaan dalam kekecohan dua kumpulan penyokong parti yang bersaing itu di luar SK Peria kira-kira 10.30 pagi.


NONEkemaskini 2.05pm Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yakin peluangnya merampas kerusi DUN Manek Urai "lebih cerah" jika peratusan keluar mengundi meningkat.

Ditemui dekat pusat membuang undi di Chuchoh Puteri, beliau berkata peratusan tinggi itu bermakna ramai pengundi muda keluar membuat pilihan dan memangkah BN.


kemaskini 1.55pm Dua ahli Puteri Umno Kelantan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai selepas dibaling dengan batu ketika bertugas di pusat pembuangan undi SK Peria, lapor laman web Utusan Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, masing-masing cedera di belakang dan pengsan di tempat kejadian akibat terkena balingan batu oleh perayu undi parti yang bertanding.

Difahamkan ada kalangan mereka yang cedera sehingga patah gigi kerana masing-masing membaling botol air dan batu ketika meraih undi, lapor akhbar itu lagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dipetik berkata, kejadian berlaku berikutan provokasi yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.


kemaskini 1.25pm Jumlah penyokong PAS jauh mengatasi kumpulan kecil penyokong BN di pusat pembuangan undi Lata Rek dengan kadar 150 orang berbanding lima orang, semuanya Wanita dan Puteri Umno.

NONEKumpulan wanita disorak agar "balik ke rumah" tetapi tetap bersemangat dengan berpayung di bawah terik matahari, sambil mengibarkan bendera.

Manakala kumpulan penyokong PAS pula berada di bawah khemah yang dilengkapi kipas angin, makanan dan minuman. Mereka berehat dengan santai, termasuk makan tengah hari di situ (foto kanan).

NONEBeberapa penyokong Umno kelihatan berteduh di pokok-pokok berhampiran.


kemaskini 1.23pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari sudah mencecah 76.2 peratus atau 9,359 pemilih mengundi pilihan masing-masing - sama ada calon BN Tuan Aziz Tuan Mat atau calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Mengikut trend pembuangan undi setakat ini, peratus keluar mengungi kemungkinan akan lebih tinggi daripada 85 peratus seperti disasarkan lebih awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


kemaskini 12.58pm Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa parti itu menghadapi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai.

"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.

Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai, sebaliknya untuk perayu undi dan penampal poster. Berita penuh di sini.


kemaskini 12.22pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68.4 peratus atau 8,415 pemilih menunaikan tanggungjawab - empat jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.


NONEkemaskini 12.03pm Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut. Berita penuh di sini.


kemaskini 11.35am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab - tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.


kemaskini 11.20am Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin parti itu akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai, tetapi dengan majoriti yang berkurangan.

Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau juga menjangka jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah di sekitar 84 peratus.

"Saya tidak menjangka ramai akan pulang (untuk mengundi) kerana hari ini Selasa (hari bekerja di luar Kelantan).

"Namun begitu, dari maklum balas yang diterima, ada yang telah pulang (untuk mengundi).

"Kerana itu kita menjangka menang tetapi jumlah majoriti kurang," katanya.


kemaskini 10.50am Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

NONEPenyokong PAS meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campur tangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat yang ditampal di kereta tersebut sambil melaungkan "penyamar".

kemaskini 10.39am Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.

Penyokong PAS menjerit "rasuah" dan "Altantuya" (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah berkonotasi liwat dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.


kemaskini 10.23am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.


kemaskini 10.05am Di Manek Urai Baru pula, seorang wanita dipercayai penyokong Umno "naik angin" kerana tidak tahan mendengar bacaan salawat dan takbir yang kuat dan tidak henti-henti oleh penyokong PAS.

NONEInsiden dekat SK Manek Urai Baru bermula lebih kurang 9.10 pagi, tidak lama selepas MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kawasan tersebut.

Laungan takbir yang diselang-seli dengan selawat kira-kira 150 penyokong PAS, kebanyakan lelaki - yang berada di sebelah sekumpulan 50 penyokong BN, rata-ratanya wanita - menimbulkan rasa gelisah wanita terbabit.

Beliau kelihatan berbincang dengan beberapa petugas PAS dan dengan muka berangnya bersuara dengan nada sedikit tinggi. Bagaimanapun suaranya ditenggelami laungan penyokong PAS.

Beberapa anggota polis kemudian kelihatan cuba memisahkan kumpulan parti-parti politik bertanding itu. Kira-kira 30 anggota polis ditempatkan di situ.


kemaskini 9.29am Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai bermula sejak lebih sejam lalu, dengan kedua-dua calon, Tuan Aziz Tuan Man dari BN dan Mohd Fauzi Abdullah dari PAS meninjau pusat pengundian.

NONEKedua-duanya bukan pengundi dalam DUN tersebut.

Manek Urai mempunyai 12,293 pengundi, dengan 99.2 peratus Melayu manakala bakinya pemilih Cina dan India.

Keputusan pilihanraya kecil hari ini akan menandakan sama ada PAS dan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat mampu mengekalkan pengaruhnya di Kelantan yang telah ditadbir selama 19 tahun.

Manakala BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pula mengharapkan kemenangan di Manek Urai bagi menamatkan kekalahan berterusan BN dalam semua pilihanraya kecil - kecuali DUN Batang Ai di Sarawak - selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Nik Aziz yang tiba di pusat mengundi di SK Perai 10 minit awal, terpaksa menunggu ketibaan Mohd Fauzi.

Calon PAS itu tiba jam 8.10 pagi dan mencium tangan menteri besar tersebut sebagai tanda hormat, manakala para penyokong pula melaungkan "Allahu Akbar".

Manakala kumpulan Wanita Umno di bersebelahannya pula menempik "Hidup Melayu". Calon BN kemudiannya beredar ke Manek Urai Lama.

Nik Aziz dan Fauzi yakin PAS akan mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil hari ini.

Manakala Tuan Aziz pula berkata pula yakin sekurang-kurangnya 51 peratus pemilih akan mengundi BN.

"Setakat semalam, sokongan makin meningkat," katanya.

Sebelum ini, para pengundi mula menyemak nama masing-masing dalam senarai pemilih di pondok yang disediakan oleh SPR.

Keadaan di sekitar Manek Urai Lama bergerak perlahan. Cuaca baik dan anggota polis mengawal di setiap simpang. Banyak kawasan dijadikan jalan sehala.


NONEkemaskini 9.05am Sembilan pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi yang melibatkan 27 saluran dan diselia kumpulan pegawai lantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diketuai pegawai pengurus Adnan Hussin, yang juga ketua jajahan Kuala Krai.

Pusat pembuangan undi dan jumlah pemilih yang layak seperti berikut:

1. SK Temalir (983 orang)
2. SK Peria (2,019)
3. SK Manek Urai (1,890)
4. SK Manek Urai Baru (1,093)
5. SK Sungai Sok (980)
6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
7. SK Lata Rek (1,094)
8. SK Kampung Karangan (1,049)
9. SMK Laloh (1,643)

Jumlah keseluruhan pemilih, termasuk 25 orang melalui pos, 12,293 orang.

SPR mensasarkan kira-kira 85 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi ada pilihan raya kecil ini.

Selepas pengundian ditutup pukul 5 petang ini, dan kemudian pengiraan undi di semua sembilan pusat berkenaan, penjumlahan undi akan dilakukan di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Keputusannya dijangka seawal-awalnya pukul 8 malam ini.



Monday, July 13, 2009

SPRM mu igat Muhyiddin bengong sekarang jugak

Anwar cabar SPRM siasat janji Muhyiddin
Jimadie Shah Othman
Jul 13, 09
12:01pm
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tawaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai sekiranya pengundi memilih calon BN dalam pilihanraya kecil esok, adalah satu perbuatan rasuah

Sehubungan itu, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara tersebut.

Anwar menegaskan demikian dalam ceramahnya bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang di hadapa hampir 5,000 penyokong - jumlah terbesar dalam tempoh berkempen - di Sungai Peria malam tadi.

"Mana ada jambatan siap sehari. Mu (kamu) Muhyiddin, bukan Nabi Sulaiman. Barangkali dia nak ikut kita masa pilihanraya dulu, (berjanji kalau) Pakatan menang hari ini, esok turun harga minyak. Itu bolehlah, itu isytihar saja.

"Dari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia (buat) janji palsu ini.

"Kalau dia beranilah. Mana boleh, kalau nak jambatan pangkah Umno-BN. Mu pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan. Dia ingat bapak dia punya negeri," katanya.

Semalam, Muhyiddin menawarkan untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama, yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Muhyiddin dilaporkan berkata: "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN."

Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.

Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Menurut penduduk kampung, jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal tahun 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya dipercayai hampir RM5 juta.

Sunday, July 12, 2009

NAJIB SIBUK LAYAN BINI, TAK DANG NAK GI MANEK URAI, SIBUK

Banyak pihak berhujah ketidakhadiran Perdana Menteri membayangkan BN menghadapi laluan sukar di Manek Urai. Ia juga menggambarkan pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat seperti tidak mendapat perkenan Najib, sebaliknya pilihan Muhyiddin. Abdul Fatah juga melahirkan rasa bimbang di atas kehadiran begitu anggota polis di Manek Urai sehingga menimbulkan kecurigaan kerana ramai di kalangan mereka difahamkan tidak mempunyai tugas yang khusus. Katanya, banyak cawangan polis yang dihantar ke Manek Urai termasuk 'special branch', bahagian trafik dan lebih ramai yang kelihatan tidak mempunyai tugas. Ditanya dengan kehadiran anggota polis yang kemungkinan wujud pengundi hantu kata beliau. Menurutnya kehadiran polis juga menimbulkan rasa resah di kalangan penduduk tempatan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutamanya di Cabang Tiga Laloh.

“Mungkinkah Presiden Umno takut dengan bayangan Altantuya sehingga tidak kelihatan di Manek Urai sehingga sekarang. Ramai orang tertanya mengapa Perdana Menteri tidak kelihatan. Kita tidak tahu apa fungsi mereka dengan kehadiran yang begitu ramai anggota polis. Kita akan cuba dapatkan maklumat mengenai apa sebenar peranan mereka. Kami berharap pihak berkenaan mengambil kira masalah yang dihadapi penduduk memandangkan kehadiran ramai polis menimbulkan rungutan masyarakat.”
- Abdul Fatah

Saturday, July 11, 2009

DAP-PAS Kedah 'rujuk' semula

Jul 10, 09 3:37pm
DAP Kedah hari ini memutuskan untuk menarik balik keputusannya keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Sebelum ini, DAP negeri menarik balik sokongan kepada kerajaan PAS Kedah ekoran perobohan satu-satunya rumah sembelih babi di Kampung Berjaya di Alor Star.

Berikutan itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyelesaikan isu tersebut.

Azizan juga dilaporkan berkata kerajaan negeri akan mencari tempat gantian bagi membina rumah sembelih babi yang baru.

Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su berkata mesyuarat pagi ini bersetuju untuk menarik keputusan keluar dari Pakatan kedah.

Katanya, keputusan itu dibuat ekoran janji menteri besar Kedah untuk menyelesaikan isu berhubung perobohan rumah sembelih tersebut.

Thomas berkata, surat mengenainya akan dihantar secepat mungkin bagi memaklumkan keputusan terbaru tersebut.

Friday, July 10, 2009

HPA : Temuduga Terbuka Pelajar Ke China

Tajuk : Pengambilan Pelajar Ke China (Tajaan Sepenuh HPA)

Tarikh: 13 Julai 2009

Tempat : Dewan HPA SP, Bandar HPA Sungai Petani

Masa : 2 Petang

Syarat : Lulus SPM ( Umur 18 - 22 Tahun)

Tel : 0134308717 / 049776805/04

Thursday, July 9, 2009

Kit Siang mahu DAP Kedah kaji keputusan keluar Pakatan

mstar online
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan meminta DAP Kedah supaya mengkaji semula keputusan mereka minggu lalu yang mahu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri itu.

Beliau berkata, perjumpaan beliau dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini memberi hasil yang positif.

Lim berkata, beliau berpuas hati selepas Azizan memberi jaminan bahawa isu itu kini sedang diselesaikan.

"Saya akan menasihatkan DAP Kedah untuk mengkaji semula pendirian mereka memandangkan apa yang berlaku hari ini kerana pendirian ini dibuat oleh jawatankuasa DAP Kedah, bukan dua tiga orang yang boleh membuat apa-apa perubahan," katanya selepas perjumpaan dengan Azizan selama kira-kira 45 minit bermula pukul 3.30 petang tadi.

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darulaman, Lee Guan Aik yang merupakan ADUN tunggal DAP di Kedah dan pengerusi DAP negeri itu, Thomas Su.

Pada 1 Julai lalu, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada Pakatan kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Sementara itu, Azizan berkata, satu sekretariat Pakatan Rakyat peringkat Kedah telah ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit di negeri itu.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku sebelum ini sebagai "ribut dalam cawan", Azizan berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk mengatasi masalah yang dibangkitkan DAP sebelum ini termasuk isu kuota 50 peratus bumiputera ke atas projek perumahan negeri, perobohan kuil dan tokong serta perobohan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

"Masalah berhubung kuota perumahan bumiputera dan bukan bumiputera telah diterangkan dan kita berjanji, satu mekanisme termasuk untuk melepaskan rumah-rumah yang tidak boleh dijual supaya tidak membebankan pemaju yang terlibat dengan perubahan.

"Bagi rumah penyembelihan babi, kita telah dapat satu tempat di Kedah yang tidak mengganggu penduduk dan kita telah dapat kelulusan daripada kerajaan persekutuan," katanya.

Sementara itu, Su berkata, pihaknya akan membincangkan hasil mesyuarat itu dengan mengambil kira saranan Lim.

"Apa yang dibincangkan hari ini adalah positif dan apa yang penting, kami boleh maju ke hadapan," katanya.

Sementara itu, Lim ketika diminta mengulas isu tanah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang berkata, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon perlu bertanggungjawab dalam hal itu dan harus meyakinkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk campur tangan dalam isu tersebut.

Mengenai pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berkuat kuasa 2012 yang diumumkan hari ini, Lim berkata,, ia bukan satu penyelesaian memandangkan pemansuhan hanya akan berlaku tiga tahun dari sekarang.

"Kalau Menteri Pelajaran kata PPSMI gagal, kenapa teruskan lagi tiga tahun. Kalau ada kebaikan, kenapa kata gagal," katanya.

Monday, July 6, 2009

PAS-Umno berentap di Manek Urai



dikemaskini 11.20am Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi.,Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.Sejurus kemudian, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan, pula menyerahkan borang pencalonannya.

Pilihanraya kecil tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.Apabila proses penamaan calon tamat pada jam 10 pagi, hanya Tuan Aziz dan Mohd Fauzi yang menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Ini diikuti dengan tempoh selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada 14 Julai ini.Kempen akan bermula sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat.Mohd Fauzi yang ditemui selepas wawancara dengan RTM dan ditanya mengenai peluangnya, berkata:"Setakat ini, peluang kita cerah kerana kita rapat dengan rakyat kampng dan akar umbi lebih awal.

Rakyat sudah lama mengenali saya."Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menganggarkan penyokong PAS yang hadir seramai 7,000 dan 4,000 penyokong BN.Sehingga jam 10.35 pagi tadi, katanya, polis belum menerima apa-apa laporan mengenai sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga ini.Beliau berharap penyokong kedua belah akan mematuhi undang-undang.Abdul Rahim berkata 3,000 anggota polis ditugaskan di Manek Urai sepanjang kempen pilihanraya kecil berkenaan.

Galeri foto penamaan calon pilihanraya kecil DUN Manek Urai

Friday, July 3, 2009

Pemuda UMNO Bukit Katil tunjuk samseng di pasar malam Melaka Baru

*** jam 10.30 pg --- Press Statement dari ADUN DAP & Pimpinan PAS... di Pejabat DAP Melaka.... Nanti maklumat terbaru bersama dengan video. Rakyat boleh meneliti bagaimana sikap para penyokong kepada pihak pembangkang.

4 ADUN DAP menunjukkan meja pendaftaran
yg telah dirosakkan oleh pemuda UMNO

1) Semalam pihak penolong pendaftar pemilih telah buka kaunter pendaftaran untuk para rakyat yg belom mendaftar sebagai pengundi di tapak pasar malam Taman Melaka Baru.

2) Pembukaan kaunter ini telah berjalan sejak kebelakangan ini, yg telah dikelolai oleh pihak DAP & PAS Melaka. Ianya bermula pada jam 6.15 ptg. Tanpa sebarang gangguan, malah mendapat sambutan yg hangat dari penduduk setempat.

3) Selepas 5 minit, kami mula open table... kami berbincang dgn pihak MBMB. Ada pihak yg tidak puas hati dgn pembukaan kaunter itu. Kononnya kami dtg dgn tujuan memancing undi, sedangkan ianya memudahkan rakyat mendaftar sebagai pengundi.

4) Bermula dari jam 6.45 ptg, sekumpulan manusia telah mula berkumpul di suatu sudut sambil memerhatikan kaunter kami dengan perasaan penuh kebencian & dendam... Ntah apa salah kami pun xtau... Tak ganggu kehidupan mereka pun... Kaunter kami dibuka dalam halaman rumah penduduk situ, yangmana telah diberi kebenaran untuk menggunakan ruang itu.



5) Jam 8.15 mlm, kami telah didatangi oleh insan yg menggelarkan dirinya sebagai KETUA PEMUDA UMNO PARLIMEN BUKIT KATIL (berkaca mata, baju hitam, seluar hitam)... Dengan nada yg tidak beradab, beliau meyuarakan perkara-perkara yg tidak disenangi oleh penduduk setempat, ygmana seperti ingin mencetuskan pergaduhan antara kaum. Memaki hamun polis... Menjerit-jerit... Menghina org lain... Perilakunya tidak seperti seorang ketua yg bagus utk diteladani.

6) Tepat jam 8.30 mlm, kumpulan samseng (pemuda UMNO) telah menggempurkan kaunter kami dengan tingkahlaku yg sangat ganas & liar..... Mengasak kami... Menendang kami... Memukul dengan cota... Kumpulan ini menpunyai kekuatan dalam 40 org yg terdiri daripada golongan muda, semangat mereka telah disemarakkan oleh ketua mereka tadi.

7) Dalam keadaan yg kelam-kabut itu, samseng UMNO telah menarik seorang remaja cina yg melihat pertengkaran itu. Remaja itu rebah dalam kumpulan samseng itu, dan dibelasah oleh 7 org pemuda.

8) Alhamdulillah... Pergaduhan itu dileraikan oleh SB... yg telah kelihatan dari ptg tadi lagi...

9) Pihak kami tidak berbuat sebarang serangan walaupun kami mampu... Pihak pimpinan PAS & DAP berjaya menenangkan para penyokong supaya tidak membalas sebarang serangan samseng itu. Jika nk diikutkan nafsu, sudah tentu kami pun boleh belasah mereka.... Tapi budaya belasah-membelasah bukanlah adab yg telah diajar dalam tarbiah Islam, dan sudah tentu ianya juga bukan adab sesama manusia ygmana ianya difahami oleh rakan DAP.

10) Penduduk setempat kecewa dengan tindakan samseng UMNO yg mengganggu sumber rezeki dari penjualan pasar malam itu. Terpaksa menutup kedai awal... Bahan jualan bersepah... Meja jualan pecah...

Keadaan kaunter pendaftaran yg telah dirosakkan oleh pemuda UMNO


Meja yg digunakan oleh pendaftar pemilih


Banting rosak akibat diterajang oleh samseng UMNO

Thursday, July 2, 2009

NIZAR ZAMBRY : WIBAWA 6 HAKIM DISANGSI

Seramai enam daripada sebelas Hakim Mahkamah Persekutuan dikenalpasti membelakangkan peruntukan perundangan dan Perlembagaan dalam membuat keputusan pada beberapa perbicaraan termasuk yang membabitkan kemelut politik Perak, bekas Hakim Mahkamah Rayuan NH Chan mendedahkan.

Enam hakim berkenaan masih berkhidmat walaupun mereka telah mencabuli Kod Etika Hakim 1994 dan boleh dipecat kerana gagal melaksanakan tanggungjawab secara berwibawa dan amanah.

Chan enggan menamakan hakim-hakim berkenaan secara terbuka tetapi mendedahkan bahawa sikap berat sebelah "kumpulan enam" itu terserlah setelah tercetusnya krisis perlembagaan di Perak.

Kes-kes bersabit kemelut diPerak menonjolkan kecenderungan enam Hakim Mahkamah Persekutuan itu untuk mengambil keputusan yang berpihak kepada Barisan Nasional walaupun penghakiman mereka jelas bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

"Sejak berlakunya krisis politik Perak terdapat beberapa keputusan mahkamah yang tidak adil. Sekiranya krisis ini tidak berlaku kita tidak mungkin dapat membezakan "permata dengan batu" di kalangan hakim-hakim kita," kata Chan.

"Setakat ini saya telah mengenalpasti enam hakim Mahkamah Persekutuan yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka berpandukan undang-undang. Saya boleh tambah jumlah ini dengan kalangan hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi," kata Chan yang dihormati kerana keberaniannya menegakkan keadilan semasa dalam perkhidmatan.

Artikel 125(3A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kod etika hendaklah dipatuhi oleh setiap hakim sama ada daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi.

Seksyen 2(2) Kod Etika Hakim menyatakan hakim yang melanggari mana-mana peruntukan dalam kod tersebut boleh dipecat daripada jawatannya.

Menurut Chan, antara keputusan Mahkamah Persekutuan yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara ialah penghakiman April lalu bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco BN daripada menghadiri sidang DUN.

Keputusan kontrovesial itu diambil oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Beliau bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Seri S. Augustine Paul serta Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Hakim Augustine Paul, dalam penghakiman bertulis, mendakwa kononnya Perlembagaan Perak tidak memperuntukan hukuman penggantungan dari DUN untuk kesalahan menghina dewan.

Chan berkata kelima-lima hakim dalam perbicaraan itu telah membelakangkan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa, "keabsahan sebarang prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah".

"Hakim-hakim ini membuat undang-undang sendiri dan tidak memperdulikan Perlembagaan Negara yang bahasanya sangat jelas, terang dan rata-rata difahami oleh rakyat Malaysia," tambah Chan. -TVA

"Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?"

Oleh Dzulkefly Ahmad (dari harakahdaily yang padam tulisannya)

Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan ’gag order’ yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu.

Penulisan ini akan mengutarakan penghujahan mengapa gagasan pemikiran Kerajan Perpaduan (KP) ditanggapinya sebagai ’ menentang arus’ dan berlawanan dengan momentum kebangunan tata orde Politik Baru yang sedang dalam proses pendewasaannya dan sangat-sangat dihajatkan oleh pengundi, sekaligus membela kepentingan rakyat dan kemaslahatan negara.

Penulisan ini terpaksa mengambil pendekatan separa ilmiah dan separa popular. Ringan bagi yang lebih mengetahui, berat bagi yang kurang menekuni. Yang pentingnya hujah ilmiah mesti diutarakan sebelum isu ini dapat ditamatkan secara muktamad.

Sesungguhnya, analisis secara tepat terhadap gagasan ini sukar untuk dilakukan secara lebih objektif kerana sehingga kini tidak pernah dibentangkan secara pendekatan akademik (terbuka atau tertutup) melalui satu kertas konsep yang menghuraikan falsafah, maksud dan pengoperasiannya. Tanpa itu, penilaian terperinci sememangnya sulit. Namun yang dihujjahkan di sini bukanlah aspek detail atau mikronya, tetapi secara makro atau gambaran besarnya.

Sebelum itu beberapa ‘caveat’ atau peringatan awal.

Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau ‘ijtihad politik’ dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul. Penulisan tertumpu kepada aspek menilai gagasan pemikiran ini di segi ketepatan atau sebaliknya ‘ijtihad’ politik ini serta kesannya kepada politik negara amnya dan kemaslahatan perjuangan PAS (dan Pakatan) khususnya.

Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala’ atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini. Sebabnya? Jelas dalam hal ’pandangan politik’ seperti menurunkan strategi atau pendekatan taktik perjuangan, pandangan RasulAllah (saw) sendiri pun pernah beberapa kali ditolak oleh para sahabat. Khubab bin Munzir, contohnya pernah memperbetulkan strategi perang yang dibuat oleh RasulAllah (saw) dalam peperangan Badar ketika jelas bahawa perkara itu adalah dari ’pandangan’ Baginda yang menempatkan tentara muslimin di tempat yang tidak strategik dengan kata-kata tegasnya “fainna haza laisa bimanzilin” – ”Ini bukan kedudukan yang paling strategik”.

Begitu juga contoh perbezaan pandangan di peperangan Khandak ketika RasulAllah (saw) berhajatkan untuk berperang di luar Madinah sementara sahabat-sahabat mahu bertahan dalam kota Madinah. Tidak pula mereka dituduh tidak wala’ dan tidak mentaati Rasul Allah (saw). Sayugia bagi semua mengambil faham.

Cuma alangkah baiknya kalau kesemua lontaran ide ini ditangani dengan lebih cermat melalui saluran pemutusan sesuatu ide dalam parti. Namun penulis, selaku optimis tegar, bersedia menerima bahawa disebaliknya kegawatan dan ribut ini, mungkin ada kebaikan yang tidak semua dapat membaca dan mencerapnya. Mungkin juga kita perlu belajar dari kesilapan.

Juga, amatlah diyakini bahawa Presiden PAS sebagai seorang pemimpin negara, telah menggerakkan agenda KP ini untuk semata-mata bertujuan membawa negara keluar dari pelbagai krisis yang tidak berkesudahan dan kemelut yang berpanjangan termasuk impak kemelesetan ekonomi, kereputan institusi-institusi kritikal negara seperti Kehakiman, PDRM, SPRM, SPK dsbnya, sementara mengambil pelbagai kemaslahatan memperbaiki demokrasi dalam pendekatan KP ini.

Pokoknya dan tegasnya, konsep Kerajaan Perpaduan adalah satu pemerintahan yang akan menggembleng seluruh parti-parti politik dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menangani krisis yang dihadapi negara sehingga diharapkan dapat ditangani bahaya-bencana kebrentakan kemelut ini.

Oleh itu kerap dikatakan Presiden PAS bahawa dalam KP tidak ada ‘pembangkang’, kerana kesemuanya ’memerintah’ dan amat menasabah juga bahawa pengagihan kedudukan kementerian adalah berdasarkan dan berkadar dengan kekuatan kedudukan kerusi setiap parti komponen BN atau Pakatan di Parlimen dalam pentadbiran KP.

Cukup menarik dan berpotensi untuk diperkembangkan secara pengoperasiannya. Pelbagai cadangan juga boleh dimuatkan dalam konsep yang sememangnya idealistik dan mungkin ada yang menelahnya sebagai ‘utopian’ atau di luar kemampuan untuk direalisasikan dalam satu realiti politik sistem pelbagai parti ala-Westminster seperti di negara ini.

Pun begitu, ini bukan sebabnya gagasan KP ini patut ditolak kerana sukar untuk dilaksanakan. Ia juga tidak wajar ditolak atas sebab tidak kesemua parti-parti komponen BN dan Pakatan bersetuju untuk menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan ini. Sememangnya ada komponen BN atau Pakatan yang menolak gagasan ini atas apa pun sebab perhitungan politik mereka masing-masing.

Sebaliknya, berikut adalah sebab-sebab utama mengapa Kerajaan Perpaduan wajar ditolak rakyat demi kepentingan negara.

Pertama:

Dalam kebangunan landskap politik negara yang semakin menampakkan kecenderungan ke arah mematangkan amalan demokrasi ala-Westminster ini ke arah ‘Sistem 2 –Parti’ yakni Barisan lawan Pakatan, apa jua tindakan yang merencat dan menghalang pendewasaan trend politik tesebut adalah satu yang ditanggapi ’pundit politik’ sebagai satu ’Retrogression’ atau ” Songsang” dan ’Berpatah-Balik’. Kerajaan Perpaduan, dalam apa jua bentuknya, di segi ini adalah bertentangan dan berlawanan dengan penyongsongan kebangunan politik baru tanah air atau ”political trajectory of a new Malaysia”.

‘Sistem 2-Parti’ sebagai yang membuka satu lambaran landskap baru memberi peluang untuk kita contohi amalan politik negara-negara maju di Barat. Mungkin ada yang menyanggah, buat apa ikut Amerika atau United Kingdom? Betul, tapi nampaknya sehingga kini tidak ada lagi contoh negara umat Islam yang layak diteladani di segi kematangan amalan demokrasi dalam abad 21 Masehi atau 15 Hijrah ini. Sistem semak-imbang urus-tadbir yang mantap meninggalkan kesan yang baik bagi negara dan ini juga adalah anjuran Al-Quran dalam 2 ayat (Al-Baqarah, Al-Hajj).

Maka ini langkah pertama, bagi mempersiapkan negara yang bakal menyaksikan perubahan kepimpinan politik di peringkat Pusat dalam PRU ke-13. Pertandingan BN lawan Pakatan diramal menjadi lebih sengit dan tajam sekali ke depan ini. Ingat PRU ke-12 bukanlah pertandingan sistem 2-Parti. Pakatan ditubuhkan atas kepentingan parti-parti pembangkang untuk menjadi pemerintah selepas pilihanraya di 5 buah negeri dan tidak sebelumnya.

Maka pembentukan sistem 2-Parti di negara ini serentak menginstitusikan amalan ‘semak-imbang’ demokrasi yang mengiktiraf dua parti besar yang sentiasa bertarung bagi merebut kerpercayaan rakyat dan kuasa pemerintahan, sekaligus mengingatkan Barisan Nasional bahawa di sana ada sebuah lagi kerajaan yang bakal mengambil alih negara ini andainya pemulihan keyakinan rakyat gagal dicapai oleh BN dalam pemerintahan parlimen ke-12 ini.

Segala petanda sehingga kini mengisyaratkan BN akan gagal memulihkan keyakinan rakyat untuk kembali menyokong mereka. Dengan kata lain, sistem 2-parti mempersiapkan psikologi rakyat, persiapan birokrasi dan kesediaan negara bahawa pertukaran kerajaan bukanlah satu kiamat kecil bagi BN. Akan silih berganti peralihan kuasa dan pemerintahan seperti yang disebutkan juga di dalam Al-Quran (Ali-Imran: 140). Nah, itu lebih cantik penghujjahannya.

Kedua:

Penulis beralih menghujjahkan ketidaktepatan gagasan KP di segi disiplin ilmu Usul Fiqh. Benar, Presiden PAS bertindak bagi mengambil pelbagai kemaslahatan untuk mengatasi kedudukan kemelut dan krisis yang mendepani negara dan bermatlamatkan kepentingan rakyat. Kesemua itu adalah perkara-perkara yang boleh disebutkan dalam istilah ‘maslahah’ yang hendak dicapai, walaupun belum pasti mampu dicapai dengan pendekatan KP ini.

Dalam usaha untuk mendapatkan pelbagai kemaslahatan ini, penulis mengingatkan parti bahawa perhitungan ‘mafsadah’ atau ‘kemudaratan’ perlu diambil kira. Tidak ada yang lebih besar dari perhitungan kemudaratan kepada perjuangan parti. Tegasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam yang mengambil pentas dan memilih garis demokrasi sebagai jalan dan wasilah untuk merealisasikan perjuangan Parti Islam SeMalaysia, PAS ini, maka persoalan mendapat dan mengekalkan Sokongan dan Mandat Rakyat adalah perkiraan paling awla (utama) dalam perjaungan parti.

Justeru itu, PAS perlu menegaskan kepada kesemua peringkat pimpinan dan aktivis parti bahawa sementara PAS wajar mengekalkan sokongan tegar kaum Melayu-Islam, buat julung-julung kalinya juga PAS telah memecahkan tembok prajudis kaum Bukan-Melayu-Bukan Islam, lantas diberikan kepercayaan dan mandat sokongan oleh golongan kaum tersebut. Kesemua ini adalah hasil usaha PAS secara berterusan dengan pelbagai pendekatan yang Inklusif dan Telus, untuk membuktikan bahawa perjuangan ’PAS Untuk Semua’ itu adalah satu komitmen parti Islam ini dan bukannya satu retorik kosong.

Bergantung kepada demografi negeri dan kawasan plihanraya, sokongan kelompok pengundi Melayu-Cina-India adalah sangat-sangat memberangsangkan kepada PAS (dan Pakatan) mutakhir ini. Keseluruhan sokongan ini perlu diurus dengan baik bagi terus meningkatkan sokongan kepada parti Islam ini. Di sesetengah kawasan kerusi campuran, sokongan kaum Cina boleh sahaja mencecah 60-70 peratus bahkan lebih, sementara kaum India sehingga 55-60 peratus Sokongan kaum Melayu kepada PAS masih berlegar disekitar 40-50 peratus di negeri-negeri Pantai Barat dan sedikit melebihi itu di Kelantan dan Kedah.

Adalah amat wajar pimpinan parti diperingatkan bahawa dalam apa jua gagasan politik yang mahu dilontarkan bahawa kesan secara jangka pendek, sederhana dan jangka jauh perlu diperhatikan secara cermat dan strategik. Betul kita mahu mengambil kemaslahatan, tetapi perhitungan kemudaratan juga perlu dibuat dengan teliti.

Bahkan dalam hal menggunakan hujah Usul Fiqh sekalipun, kita akan berdepan dengan satu tuntutan prinsip yang menegaskan bahawa:

“Dar al-Mafaasid muqaddamun ala jalbi al-Masoleh” atau maksudnya

“Menolak Kemudaratan adalah lebih penting dari mengambil Kemaslahatan”.

Berpandukan tuntutan kaedah Fiqh ini, maka meskipun ada kemaslahatn yang hendak dicapai dalam tindakan menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan (yang belum tentunya dapat dicapai pun), maka menolak kemudaratan yakni kehilangan sokongan rakyat dalam perjuangan sebuah parti Islam, adalah jelasnya lebih awal dan penting di segi perhitungan Syarak.

Bersandarkan kepada hujjah tersebut, adalah juga penting bagi pimpinan tertinggi parti untuk mencermati segala lontaran gagasan pemikiran supaya tidak menjejaskan Mandat atau Sokongan Rakyat (Al-Masdaqiyyah Al-Ijtima’iyyah).

Lebih-lebih lagi kalau tindakan kita itu menghakis kepercayaan kepada pimpinan parti akibat perbuatan kita sendiri yang dilihat mengkhianati kepercayaan rakyat atau dipersepsi membelakangi prinsip-prinsip Keadilan dan sekaligus boleh membawa kebrentakan dan konflik dalaman dalam Pakatan. Bayangkan bagaimana RasulAllah (saw) mendapat dan mengekalkan sokongan kaum Bukan –Islam dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani dan juga Musyrikin) di Kota Madinah yang jelasnya ketika hijrah Baginda adalah golongan minoriti dan bukan majoriti.

Ketiga:

Hujah ketiga yang bersandarkan ’Tajribah’ atau Pengalaman parti ini dengan Umno/BN, maka tidak wajar penulis menurun segala pengalaman pahit samada ’bersama’ dengan Umno/BN, tambah-tambah kalau ’bersaing’ dengan Umno/BN. Cukup setiap seorang kita menghitung pengalaman masing-masing.

Jelasnya Umno mengeletek kesukaan mendapat tawaran PAS untuk menyelesaikan kemelut negara natijah buruk segala perilaku kebobrokan kepimpinan parti terbesar Melayu itu, seumpama orang mengantuk disorong bantal, pucuk dicita ulam mendatang.

Atau dengan kata lain memang Umno/BN sangat-sangat berhajat untuk meneruskan dialog dan muzakarah Kerajaan Perpaduan ini dengan PAS, bukan untuk menyanggupinya tetapi sudah cukup besar menafaat yang mereka kecapi kalau ‘muzakarah’ tersebut boleh dimulakan bagi menyaksikan kebrentakan di pihak PAS dan Pakatan dan runtuhnya sokongan Bukan Melayu-Bukan-Islam kepada PAS.

KP adalah seumpama suntikan ’booster’ untuk Umno/BN untuk terus mendapat talian hayatnya, sementara suntikan Racun kepada PAS/Pakatan. Dengan izin Allah Azza Wajalla jualah segala-galanya berakhir dengan Kebijaksanaan Politik berpihak kepada PAS/Pakatan tatkala tertolak gagasan Kerajaan Perpaduan.

Semoga Perjuangan ini di pelihara Allah Azza Wajalla. Amin Ya Rabb!