Pages

Sunday, December 20, 2009

ROSMAH LIABILITI KEPADA NAJIB?

Ternyata Datin Seri Rosmah Mansor kini semakin diserang dan dihimpit dengan pelbagai tuduhan.


Sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah akan terus menghadapi pelbagai tohmahan pada ketika tohmahan

sebelum ini pun belum terjawab.

Saya tidak faham apakah tiadanya jawapan untuk itu - apakah pihak yang kena tuduh atau yang turut terbabit seperti Perdana Menteri merasakan ia isu remeh dan tidak penting?

Sekali atau dua kali boleh tepis tetapi kalau sudah bertindan-tindan, ia akan menimpa diri dan sukar untuk membebaskan daripadanya.

Bagi empunya diri boleh mengatakan dia ‘tidak kisah, tidak peduli atau tidak hairan’ namun hakikatnya kelak rakyat yang akan menentukan sokongan dan undi.

Tidakkah isu-isu seperti ini akan digunakan oleh pembangkan menjelang pilihan raya nanti? Betul atau salah tidak penting tetapi persepsi rakyat yang menentukan undi kepada Barisan Nasional (BN).


Najib perlu berdepan dan terpaksa menanggung sama jika ada masalah menimpa isteri atau pegawai-pegawainya, termasuk Setiausaha Politiknya.

Jika pasukan yang menjaga kepentingan publisiti dan imej Najib merasakan tuduhan – tuduhan liar atau berasas – merasakan perkara ini tidak penting, mereka adalah silap.

Selepas isu Altantuya, isu Rosmah dengan keluarga angkat, ‘bini puaka’dan banyak lagi, kali ini ahli parlimen PKR Tian Chua pula mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.

Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

Saya berharap Perdana Menteri dan pegawainya jangan mengganggap isu atau tohmahan terhadap Rosmah sebagai kecil dan lekeh kerana mereka yang bertugas di bawah sukar menepis tuduhan ini, khususnya di kalangan rakyat.

Dengan kemudahan internet hingga ke keluar Bandar, media baru yang digunakan pembangkang cepat mengambil peluang di atas perkara seperti ini.

Najib sebagai Perdana Menteri yang menekankan kepada integriti dan kerajaan yang bersih perlu menepis dengan bijak isu yang melanda Wanita Pertama Malaysia.

Cakap-cakap semakin kerap dan suara semakin tinggi bahawa imej Najib bukan dicemarkan oleh dirinya sendiri tetapi oleh mereka di sekelilingnya, khususnya isteri dan pegawai-pegawainya.

Wahai pegawai Najib, tolonglah lekas bertindak.

Ia agar Najib yang berusaha memulihkan imej UMNO dan BN tidak dibebankan oleh masalah di sekelilingnya.

Jangan beliau nanti dipersoalkan.

Hapuskan segera tohmahan bahawa Rosmah menjadi liabiliti kepada Najib dan jika perlu bertindak, bertindaklah segera kepada mereka yang membuat ‘tuduhan liar’itu.

Pakatan tubuh JK mekanisme laksana dasar

Pakatan Rakyat yang memperkenalkan dasar perjuangannya dalam konvensyen sulungnya di Shah Alam hari ini akan menubuhkan satu
jawatankuasa untuk menyediakan mekanisme pelaksanaan dasar-dasar yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang menyertainya - PKR DAP dan PAS.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme itu akan dirangka bagi melaksanakan dasar Pakatan Rakyat menerusi proses demokrasi seperti mengukuhkan demokrasi di peringkat kerajaan tempatan.


Salah satu dasar Pakatan Rakyat ialah mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.

Beliau yang juga ketua umum PKR, menafikan ketiga-tiga parti itu tidak komited untuk menganjurkan pilihan raya tempatan jika mereka memerintah kerana perkataan 'pilihan raya tempatan itu' tidak dimasukkan ke dalam dasar Pakatan Rakyat tetapi digantikan dengan perkataan 'mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan'.

"Di antara tiga parti tidak timbul kenyataan kita menentang demokrasi, tidak timbul menentang proses pilihan raya. Yang timbul cara dan kaedah untuk melaksanakan cadangan ini dan sebelum kaedah ini diputuskan kita jangan terburu-buru mengumumkan proses pilihan raya itu," katanya dalam satu sidang media selepas berakhirnya konvensyen sehari itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan wartawan bahawa sebelum ini ada parti dari Pakatan Rakyat yang berjanji mahu melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam kempen pilihan raya mereka pada pilihan raya umum lepas.

Ditanya sama ada Dasar Pakatan Rakyat yang dilancarkan membayangkan mereka akan bertanding pada pilihan raya akan datang sebagai satu barisan yang bersatu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata mereka telah bersetuju dengan dasar itu dan ia akan menjadi panduan mereka.

Dalam dasar yang dibentangkan pada hari ini, Pakatan Rakyat menolak politik perkauman yang sempit dan akan memperkenalkan Akta Hubungan Kaum, membenarkan had umur mengundi minima pada 18 tahun, mencadangkan skim pencen untuk pekerja swasta dan menubuhkan Dana Penamatan Kerja.

Pakatan Rakyat juga akan membangunkan ekonomi berprestasi tinggi yang mendukung cukai yang progresif dan menolak semua cukai yang mungkin membebankan rakyat seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau merasa seperti berada di dalam dunia baru ekoran kerjasama PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Saya rasa berada dalam dunia baru, sesuai dengan pengajian dan akidah saya," katanya dalam ucapan rumusan pada Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat hari ini.

Beliau berkata sebelum ini PAS pernah bersama Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian dikhianati oleh Umno.

Mursyidul Am PAS itu juga berkata beliau merasa jijik dengan Umno apatah lagi selepas Perak yang sebelum ini di bawah Pakatan Rakyat diambil kembali oleh BN.

Bagaimanapun, beliau berkata mudah-mudahan tidak ada karenah yang bakal dihadapi PAS semasa bersama Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Karpal pula berkata parti itu menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pemimpin Umum Pakatan Rakyat.

Ekoran itu, katanya beliau akan menggunakan segala pengalamannya selama 40 tahun dalam bidang guaman untuk membela dan memastikan Anwar tidak dipenjarakan ekoran tuduhan yang dihadapi di mahkamah sekarang.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan dan kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi awal tahun depan. - Bernama

Wednesday, December 16, 2009

Tugas utama Ahli Parlimen dan ADUN ialah hadir sidang.


Kemenangan BN dan kekalahan tipis Pakatan Rakyat dalam sesi undian Bajet di Parlimen kelmarin telah mencipta sejarah baru dalam sistem demokrasi di negara kita. Undian yang dilakukan dalam keadaan ramai MP kedua pihak yang ramai tidak hadir sidang. Ia menunjukkan betapa hadir sidang adalah perakara yang paling utama bagi seorang Ahli Parlimen dan ADUN.

Saya tidak kisah sangat dengan 70 orang ahli Parlimen BN yang tidak hadir sehingga mereka menang tipis dalam undian tersebut. Namun sedikit mendukacitakan ialah rekod yang menunjukkan seramai 18 orang Ahli Parlimen Pakatan rakyat (PAS, DAP dan PKR) yang tidak hadir dalam sesi yang penting itu. Jumlah itu tidak mengambil kira 3 MP Bebas yang tidak hadir iaitu Pasir Mas dan 2 dari SAPP.

PAS
P008 Pokok Sena - PAS - Mahfuz Omar
P016 Baling - PAS - Taib Azamudden Md Taib
P057 Parit Buntar - PAS - Mujahid Yusof Rawa
P101 Hulu Langat - PAS - Che Rosli Che Mat
P031 Kuala Krai - PAS - Dr. Hatta Ramli

PKR
P052 Bayan Baru - PKR - Zahrain Mohamed Hashim
P058 Bagan Serai - PKR - Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor -PKR - Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak - PKR - Mohamed Azmin Ali
P109 Kapar - PKR - Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam - PKR - Nurul Izzah Anwar
P124 Bandar Tun Razak - PKR - Abd Khalid Ibrahim

DAP
P043 Bagan - DAP - Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan - DAP - P. Ramasamy
P049 Tanjong - DAP - Chow Kon Yeow
P050 Jelutong - DAP - Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor - DAP - Karpal Singh
P103 Puchong - DAP - Gobind Singh Deo *
P122 Seputeh - DAP - Teresa Kok Suh Sim

SAPP
P171 Sepanggar - SAPP - Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau - SAPP - Chua Soon Bui

Ramai yang membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku termasuklah undi tidak percaya kepada kerajaan BN setelah bajet ditolak bila undian berpihak kepada PR,walaupun sebenarnya peluang itu cuma mungkin datang sekali sahaja dalam sejarah pengundian di Parlimen.

Bayangkan apabila PM dan TPM serta beberapa orang Ahli Parlimen dan sanator BN yang bergegas meninggalkan majlis penting diluar parlimen dan hadir untuk mengundi.

Apapun setiap kelalaian itu pasti ada sebab dan musababnya dan satu tindakan perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan pimpinan PAS, PKR dan DAP untuk menyiasat dengan teliti kenapa sejumlah ahli Parlimen masing-masing yang tidak hadir .

Selain itu saya sediri merasakan sesuatu yang tidak kena juga dengan pihak luar yang sering mengambil peluang dengan keberadaan ahli Parlimen di sekitar Lembah Kelang dengan mengatur pelbagai program dan menganggu jadual keberadaan MP dalam setiap sidang.

Sesungguhnya jika diteliti dalam insiden ini, semua pihak perlu muhasahab diri dan saya rasakan tidak perlu ada tuding-munuding dan saling mempersalahkan antara satu sama lain.

Semuga insiden ini akan menjadi ingatan kepada semua Ahli Parlimen malah ADUN yang dilantik supaya lebih amanah dengan hadir dalam setiap sidang, kerana perlu diingatkan bahawa tugas utama Ahli Parlimen dan ADUN ialah hadir pada setiap sesi sidang. Kecuali sekiranya berada diluar negara atas urusan resmi dan penting atau sesutu perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit dan sebagainya namun perlu dibawah pengetahuan dan pengawasan parti masing-masing.

Penekanan dan memahamkan mereka bahawa hadir sidang adalah tugas yang paling utama adalah langkah yang paling wajar untuk mengelakkan mereka tidak hadir sidang.

Seterusnya saya cadangkan supaya parti masing-masing melalui sekretariat Parlimen Masing-masing atau bergabung atas nama pakatan Rakyat supaya ada satu pemantauan yang lebih teliti mengenai aliran kehadiran Ah;li Parlimen pada setiap kali Sidang.

Pengunaan sistem pesanan ringkas dan sebagainya sudah cukup untuk memaklumkan kepada Semua Ahli Parlimen untuk hadir dalam sesi kelmarin.

Sesungguhnya sesuatu yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya dan Islam mengajar kita untuk sentiasa muhasabah diri untuk mengatur langkah yang lebih baik dari hari kelmarin.

'Saya tidak tahu salah lantik Ariffahmi'


Jimadie Shah Othman & Andrew Ong (malaysiakini.com)
Dis 16, 09
1:03pm
eksklusif Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak tahu-menahu bahawa tindakannya melantik menantu sendiri menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melanggar peruntukan undang-undang.

"Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat penuh. Ada penasihat undang-undang negeri (LA)," kata menteri besar Kelantan kepada Malaysiakini.

"Saya sebut dalam kertas, menantu saya (dilantik). LA senyap. Saya kata, sahlah."

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz diminta mengulas kontroversi panjang yang melanda syarikat berkaitan kerajaan itu susulan tindakannya melantik Abdul Ariffahmi Ab Razak sebagai ketua pengarah eksekutif PMBK.

Pelantikan menantunya itu didakwa amalan nepotisme sehingga pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 23 November lalu meminta Nik Aziz menasihatkan Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan.

Abdul Ariffahmi, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan, akan berundur secara rasmi pada Mac tahun depan apabila merancang menyerahkan notis berbuat demikian pada 24 Disember ini.

Ketika diwawancara Khamis lalu, Nik Abdul Aziz ditanya pendiriannya sama ada pelantikan Abdul Ariffahmi merupakan satu kesalahan.

Nik Abdul Aziz berkata, walaupun perkara itu dikatakan" salah tetapi "beliau tidak boleh dipersalahkan" kerana tiada orang memaklumkan perkara itu kepadanya.

"LA pun tidak sebut apa. Nak salah saya macam mana? Jadi bila timbul macam ini, saya kata (Abdul Ariffahmi) letak jawatanlah," katanya.

Tambahnya, pelantikan menantunya dilantik dibuat dengan mempertimbangkan kelebihan jurutera muda itu, antaranya yang aktif dan mudah berkomunikasi dengan beliau.

Ketika Malaysiakini ingin terus mengajukan soalan-soalan berhubung perkara itu, mursyidul am PAS yang berusia 78 tahun bagaimanapun menghentikan wawancara kira-kira 35 minit itu dengan alasan sudah keletihan.


Berikut petikan wawancara berhubung isu PMBK:

Tentang Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ini, apa yang sudah terjadi?

PMBK ini perbadanan menteri besar. Waktu kami ambil alih, tidak ada fail apa pun dalam PMBK. Menteri besar dulu (BN) buat bagaimana, (kita) tidak tahu. Jadi, waktu ambil alih dulu, kami lantik seorang perempuan berpengalaman dari Kuala Lumpur. Dia buatlah ala kadar, kemudian dia letak jawatan.

Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang (ini) tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat penuh, ada penasihat undang-undang negeri (LA). Saya sebut dalam kertas, menantu saya (dilantik). LA senyap. Saya kata, sahlah.

Tahu-tahu bising pula. Tetapi saya rasa kedudukan saya benar. Jadi benar kerana LA tidak bersungut apa (membantah). Maka itulah kedudukannya.

Dan pada saya, bukan sahaja masalah menantu sahaja. Selain (sebagai) menantu, dia ini pula ada ilmu. Dan rumah dia dekat dengan rumah saya. Dia pergi sembahyang di masjid, insya Allah dia naik ke rumah. Makan, bercakap, berunding, pergi sembahyang Subuh.

Sebab mudah hendak jumpa?

Ini dekat rumah. Kalau menantu saya duduk jauh seperti orang lain, saya pun tidak tertarik pada dia (untuk melantiknya). Dan dia ini orang muda.

Dia aktif. Jadi saya sayang pada dia kerana dia ini aktif, orang muda dan rumahnya dekat dengan rumah saya. Dia duduk bersama (saya) bertahun-tahun. Selama tiga atau empat tahun.

Sebenarnya salah atau tidak melantik dia?

Mengikut katanya salahlah. Tetapi saya pun tidak tahu. Orang pun tidak beritahu saya. LA pun tidak sebut apa. Nak salah saya macam mana? Jadi bila timbul macam ini, saya kata letak jawatanlah.

Tok Guru tidak terfikir waktu hendak lantik dulu, akibatnya boleh timbul fitnah?

Fitnah ini, tidak lantik dia pun, orang fitnah juga. Saya ini orang PAS, orang Islam. Orang Melayu sendiri benci pada saya. Cina tidak benci saya. Melayu yang benci pada saya. (Gejala) ini pelik.

Ada kemungkinan LA takut, segan hendak tegur Tok Guru sebab Tok Guru menteri besar?

Itu wallahu 'alam (hanya Allah yang mengetahui). Itu tanya dialah.

Bajet: Speaker kecam pembangkang, jangan perangkap kerajaan

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Dis 15 — Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengecam sikap Pakatan Rakyat yang didakwa cuba mengambil kesempatan situasi “cemas” di Dewan Rakyat yang membahaskan peringkat akhir Bajet 2010 malam tadi.

Bajet 2010, belanjawan sulung Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri hampir menemui kegagalan dengan ditolak oleh ahli-ahli Parlimen. Ia diluluskan dengan 66 menyokong dan 63 menolak.

Pandikar berpendapat tindakan memerangkap kerajaan dalam keadaan tercungap-cungap bukan satu perbuatan terhormat.

“Pembangkang tidak seharusnya mengambil kesempatan dengan situasi ini apabila tidak cukup Ahli Parlimen BN (di Dewan Rakyat) ketika itu,” kata beliau ketika ditemui wartawan di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Pandikar menambah, beliau berpandangan bahawa jika undi tidak percaya dibawa oleh pembangkang bermakna mereka percaya bahawa wakil rakyat kerajaan akan menyertai Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, Parlimen merupakan “kelab bagi orang terhormat” bagi kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang untuk membahaskan kepentingan nasional.

Oleh itu kata Pandikar, anggota perundangan BN juga tidak harus mengambil mudah kedudukan majoriti mereka di Dewan Rakyat.

“Bagi BN, mereka tidak harusnya mengambil mudah mana-mana sidang. Saya duduk di sana dan saya juga memikul bahagian tanggungjawab saya,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan ahli-ahli Parlimen tidak kira parti hanya akan berada di Dewan Rakyat jika sesuatu isu itu menyentuh kepentingan mereka.

“Jika tidak mereka tidak akan berada di Dewan Rakyat,” katanya.

BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat yang terdiri daripada 222 anggota. PR pula mempunyai 82 orang manakala tiga yang lain merupakan Bebas.

Sidang Dewan Rakyat lewat malam tadi menyaksikan Bajet 2010 hampir ditolak. Ia diluluskan dengan 66 menyokong dan 63 lain menolak.

Dalam pada itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menekankan bahawa wakil BN perlu lebih berhati-hati dengan melihat kehadiran di Parlimen sebagai perkara serius.

“Saya merasakan bahawa mulai sekarang mereka perlu lebih berhati-hati, tidak sama sekali mengambil mudah.

“Ini adalah Parlimen yang sungguh berbeza dan saya berharap Ahli Parlimen kedua-dua sebelah akan menjalankan tugas mereka dengan serius.

“Jadi, saya berharap ini pengajaran bagi semua,” katanya.

Nazri mengakui pengalaman semalam merupakan yang kali kedua dan sunggu menakutkan memandangkan ia membabitkan rang undnag-undang perbekalan.

“Saya berharap mereka akan mengambil serius perkara ini khususnya wakil rakyat dari BN untuk menghadiri sidang Parlimen,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen.

Nazri berkata beliau tidak boleh melakukan apa-apa memandangkan setiap wakil perundangan sudah dimaklumkan tanggungjawab mereka.

Mohd Zain Ismail cabar Ketua Umno Rantau Panjang

Parta Sudiro

RANTAU PANJANG, 15 Dis: Ketika riuh rendah dengan desakan diadakan semula mesyuarat agung MCA bagi menyelesaikan konflik dalaman parti itu, fenomena serupa juga rupa-rupanya sedang melanda Umno Kelantan.

Biarpun tiada laporan dapat dilihat dalam media harian, namun konflik yang melanda Umno Rantau Panjang kini tiada penghujungnya apabila kumpulan penyokong bekas ketua bahagian itu, Datuk Mohd Zain Ismail terus mengadakan desakan.

Sehingga kini beberapa perhimpunan diadakan termasuk di Pejabat Umno Rantau Panjang di Kampung Lati, di Baroh Pial dan terbaru di Meranti.

Mohd Zain mendakwa Umno bahagian itu sekarang sangat goyah dan amat tidak stabil.

“Demi untuk rakyat saya tidak penduli biar apa pun akan terjadi ke atas diri saya. Apa yang mustahaknya orang yang teraniaya mesti dibela,” katanya ketika berucap pada perhimpunan yang diadakan di rumah seorang penyokongnya, Yaakub Yunus di Meranti, kelmarin.

Mohd Zain yang juga bekas Adun Bukit Tuku mendapat sokongan 18 AJK bahagian yang dipilih pada mesyuarat agung Oktober lalu dan 36 bekas Penyelia Pembangunan Mukim (PPM).

Menurutya beliau memberanikan diri tampil berucap di majlis itu kerana tidak tahan dengan tindakan ketua bahagian, Abdullah Mat Yassin yang telah melencong jauh dari landasan kemanusiaan.

“Saya tidak dapat menahan sabar untuk bertindak bersama kumpulan yang dianiayai sekali pun sekarang masih digantung Lembaga Disiplin Umno selama tiga tahun,” katanya.

Sementara itu, PPM yang dipecat terus mendesak Abdullah mengosongkan jawatan segera bagi membolehkan satu mesyuarat agung tergempar (EGM) diadakan semula di bahagian berkenaan.

Selain itu, mereka turut mendesak timbalan ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita, setiausaha, ketua penerangan, bendahari dan 10 ahli jawatankuasa yang dilantik meletak jawatan.

“Pemimpin bahagian yang ada sekarang tidak dipilih secara demokrasi dan banyak berlaku penyelewengan serta tidak selaras dengan kehendak rakyat dalam bahagian ini,” kata Yaakub sebagai mewakili PPM yang dipecat.

Beliau juga mencabar kesemua PPM dan ketua PPM baru yang dilantik Abdullah supaya turut meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan dibuat rakyat di setiap mukim bagi melantik PPM.

Hadir sama di majlis berkenaan AJK bahagian, Datuk Abdullah Satar, bekas Adun Gual Periok, Abdul Rahman Awang, pengerusi ad hoc kumpulan pendesak, Abdul Halim Che Harun.

Selain itu beberapa lagi AJK iaitu Abdul Aziz Ismail, Wan Yacob Wan Ismail, Wan Aminuddin Wan Daud dan Ketua Puteri bahagian, Nor Hayati Mat.

Program tersebut dinamakan sebagai majlis ‘Pemantapan Umno Bahagian Rantau Panjang’ dihadiri kira-kira 400 penyokong Mohd Zain.

Pada 3 Disember lalu program serupa diadakan di rumah bekas PPM, Wan Yacob Wan Ismail.

Kumpulan itu kini difahamkan sedang mengatur jadual bagi mengadakan majlis serupa di seluruh Rantau Panjang bagi mendesak ketua bahagian sekarang meletak jawatan.

Yaakub berkata, mereka tidak boleh mendiamkan diri kerana kepemimpinan Abdullah dikatakan banyak melakukan penganiayaan terhadap mereka yang tidak sebulu dengannya.

“Ini termasuk program subsidi beras atau lain-lain bantuan kerajaan pusat hanya diberikan kepada kuncu-kuncu mereka sahaja,” jelasnya.

Pengerusi Tetap Umno Rantau Panjang, Abdul Halim Che Harun turut membidas ketua bahagian dan menyifatkannya sebagai tidak bertimbang rasa terhadap orang yang tidak disukai.

“Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan lama-lama, sebaliknya kita mesti jatuhkan dia secepat mungkin,” ujarnya.

Sementara itu, beberapa pemerhati yang enggan dikenali memberitahu krisis Umno Rantau Panjang terus kronik dan sukar untuk dipulihkan lagi.

Tuesday, December 15, 2009

Liow dan penyokong letak jawatan MCA

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 12 orang penyokongnya dalam jawatankuasa pusat (CC) telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada setiausaha agung MCA pagi ini untuk membolehkan pemilihan baru parti diadadakan.

Bagaimanapun, peletakan jawatan mereka itu dibuat dengan bersyarat - ia hanya berkuatkuasa sekiranya dua pertiga anggota CC turut meletak jawatan.

Surat peletakan jawatan itu juga tidak bertarikh, dan ia hanya berkuatkuasa pada tarikh apabila dua pertiga anggota CC meletak jawatan.

"Tujuan peletakan jawatan itu adalah untuk membolehkan pemilihan baru parti diadakan. Jika tidak ada pemilihan baru, maka tiadak adalah peletakan jawatan. Selagi CC tidak dibubarkan, kami masih boleh menghadirinya," kata Liow.

Anggota CC mempunyai masa sehingga 25 Disember untuk menyerahkan surat peletakan jawatan mereka, iaitu syarat yang diputuskan oleh jawatankuasa khas pemilihan baru.

Sekiranya dua pertiga anggota CC meletak jawatan,maka pemilihan baru pucuk pimpinan parti itu perlu diadakan dalam tempoh satu bulan, iaitu 25 Januari depan.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada setiausaha agung Datuk Wong Foon Meng, beliau berkata, adalah penting bagi pemilihan baru diadakan segera demi kebaikan parti itu.

"MCA semakin kesuntukan masa dan menjadi tanggungjawab kita untuk menyelesaikan krisisi parti. Kami serahkan kepada para perwakilan," katanya.

"Ia (pemilihan) perlu diadakan segera untuk memulihkan kredibiliti dan maruah MCA... pemilihan itu adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah dalaman parti," tambahnya.

Tindakan Liow dan 12 penyokongnya meletakkan jawatan, kini meletakkan tekanan ke atas anggota CC lain yang masih belum berbuat demikian.

Liow memerlukan lapan lagi daripada 18 anggota CC untuk meletak jawatan sebelum pemilihan baru pucuk pimpinan parti itu dapat diadakan.

Perlembagaan MCA menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 21 anggota CC diperlukan meletak jawatan sebelum pemilihan dapat diadakan. Jawatankuasa MCA mempunyai 31 anggota

Mereka yang menyerahkan surat peletakan jawatan bersama Liow pagi ini, Tan Kok Hong, Lee Wei Kiat, Hou Kok Chung, Datuk Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng, Datuk Yeow Chai Thiam, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Liew Yuen Keong,
Datuk Wong Mook Leong, Datuk Khoo Keok Hai, Datuk Wong Siong Hwee.

MCA dilanda krisis kepimpinan dengan Liow menggesa bekas mentornya, presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya meletak jawatan demi kebaikan parti.

Kini tumpuan adalah pada timbalan presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan penyokongnya. Chua - ketika bercakap dalam satu sidang akhbar sebelum ini - telah menyatakan kesediaanya untuk meletak jawatan.

Selain Chua, dipercayai terdapat empat lagi penyokongnya dalam CC.

Sekiranya kelima-lima mereka turut berbuat demikian, maka Liow masih memerlukan tiga orang lagi anggota CC untuk meletak jawatan.

Pakatan Rakyat tewas 1 Undi, sebahagian tidak ambil berat …

Pakatan Rakyat tewas tipis 1 undi apabila Pakatan Rakyat memperolehi 63 undi berbanding BN 64 undi dalam proses pengundian meluluskan Bajet 2010 bagi Kementerian Dalam Negeri semalam.

Setelah berakhir perbahasan penggulungan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk wira Abu Seman, Usul Belah Bahagian dijalankan atas permintaan MP PKR Subang dan Speaker Dewan Rakyat membenarkan Belah Bahagian tersebut.

Difahamkan, Lima Ahli Parlimen PAS tidak hadir. Seorang ke luar negara. Seorang lagi balik ke kawasan atas urusan di kawasan Parlimen yang diwakilinya dengan kebenaran Presiden PAS (Tok Guru Presiden tunggu sampai malam begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang). Tak diketahui apa terjadi kepada tiga orang lagi Ahli Parlimen PAS yang lesap (mungkin ada alasannya tersendiri) dan tidak ada dalam Dewan itu.

Syabas juga kepada MP Pasir Puteh yang bergegas ke Kuala Lumpur apabila dipanggil jam 2.00 petang (masih berada di Kuala Krai) sempat berada di Parlimen pada jam 10.35 malam.

15 lagi yang tidak ada dalam Dewan adalah dari PKR dan DAP. Belum dapat disahkan lagi berapa dari PKR dan berapa dari DAP.

Di sebelah pihak BN pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri dan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup berkejar ke Dewan Rakyat untuk menyelamatkan partinya dari mengalami kekalahan dalam pengundian.

Ada orang kata kekalahan memalukan itu menyebabkan Tok Guru Presiden marah. Tidak dapat dijangkakan adakah beliau akan mengambil tindakan atau tidak.

Saat mendebarkan bagi PM, Najib Razak. Syabas PR atas apa yang terjadi itu. Jangan menyesal dan Buatlah lagi lain kali!

Syabas kepada MP PAS Marang, Bachok, Tumpat, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Kuala Selangor, Titiwangsa, Rantau Panjang, Shah Alam, Bukit Gantang, Padang Terap, Jerai, Kuala Terengganu, Sik, Pasir Puteh, Kota Raja, Pendang dan Kota Bharu.

Senarai PKR dan DAP akan dimaklumkan kemudian.

Bajet sulung Najib lulus dengan majoriti 3 undi sahaja

KUALA LUMPUR, Dis 15: Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.

Ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi. Ia menjadi ujian besar kepada kredibeliti Najib kerana ini adalah bajet pertama yang beliau bentangkan.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.

Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan beberapa menteri kebinet bergegas ke Parlimen malam tadi bagi mengundi untuk bajet keseluruhan.

Najib bergegas ke Parlimen selepas berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di sini malam tadi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga bergegas ke Parlimen dari lokasi majlis tersebut.

Kini, BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat manakala PR 82 manakala tiga yang lain adalah Bebas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usulnya mencadangkan agar bajet itu dikaji balik kerana ia sudah tidak realistik lagi setelah pendapatan Petronas merudum sebanyak RM58 bilion iaitu 37.5 peratus berbanding tahun lalu.

Sedangkan, katanya, bajet 2010 terlalu bergantung kepada pendapatan Petronas iaitu sebanyak 40 peratus. Oleh itu bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri itu perlu ditarik balik kerana ia sudah tidak relevan lagi.

Usul itu bagaimanapun ditolak oleh Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad (gambar), perbahasan bajet tersebut sebagai suatu perbahasan yang tidak sempurna serta gagal menggamit keyakinan para Ahli Parlimen yang hadir.

"Perbahasan itu selesai dengan suasana ketidaktentuan dan ketidakyakinan," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Jelasnya, 66 sokongan berpihak pada kerajaan dan 63 sokongan berpihak pada pembangkang tersebut bukanlah perkara pokok untuk menilai 'Bajet Sulung Najib'.

"Pokoknya, ia bukan persoalan undi itu terbelah (dengan) 63 (menyokong pembangkang) lawan 66 (menyokong kerajaan) walaupun ianya nampak agak sengit," katanya.

"Ianya terlalu bergantung pada mereka yang hadir dan tidak ke parlimen, kalau (Ahli Parlimen) pembangkang yang lebih banyak sertai Parlimen, tentunya sokongan berpihak pada pembangkang."

Sebaliknya, beliau yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP) mengajak semua pihak melihat inti kelemahan dalam 'Bajet Sulong Najib' itu.

Katanya, kelemahan yang dimaksudkan pada perbentangan Najib yang juga Menteri Kewangan adalah soal pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini.

"Yang lebih penting, lihat pada kelemahan Bajet (seperti) kerajaan kehilangan RM58 bilion hasil Petronas...menggambarkan Najib lemah untuk menjadi Menteri Kewangan," ujarnya.

Tambahnya lagi, kerajaan dan rakyat sepatutnya mengambil perhatian dengan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula.

Beliau turut berpandangan bahawa 'Bajet Sulung Najib' akan menemukan kegagalan disebabkan kelemahan kerajaan dalam menghitung pendapatan dan perbelanjaan yang sewajarnya.

"Bajet adalah soal pendapatan dan perbelanjaan...tentunya bajet (yang) defesit akan terus melebar kerana jangkaan awal (Bajet 2010) pun sudah memperlihatkan tidak tepat," katanya.

Nik Aziz sudi dilantik mursyidul am Pakatan

Nik Aziz sudi dilantik 'pemimpin rohani' Pakatan
Jimadie Shah Othman & Andrew Ong
Dis 15, 09
3:48pm
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia dilantik sebagai 'pemimpin rohani' Pakatan Rakyat setelah gabungan parti pembangkang itu berjaya didaftarkan.

"Sekarang ini saya dilantik (sebagai) mursyidul am (PAS) oleh jawatankuasa agung (parti). Apa salahnya jika (dilantik) mursyidul am bagi Pakatan Rakyat, tidak ada apa (masalah)," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Hendak dengar (pandangan saya) terima kasih. Tidak (mahu) dengar, (kalau) kata tidak terima (cadangan saya), saya tanya balik, tidak terima kenapa?"

Nik Aziz diminta mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota biro politik PKR yang ditugaskan untuk mengukuhkan Pakatan, yang mengesyorkan Nik Aziz dilantik sebagai "pemimpin rohani" Pakatan.

Menulis di blognya pada 17 November lalu, bekas menteri itu berkata, syor itu ditimbulkan kerana Pakatan memerlukan seorang seperti tokoh kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, yang tidak bercita-cita merebut jawatan perdana menteru, tetapi bergerak atas idealisme perjuangan.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz berkata, sekiranya dilantik memegang jawatan itu, beliau akan bersikap terbuka walaupun cadangan-cadangannya mungkin ditolak.

"Jangan pula orang tolak (cadangan), kita marah. Itu tidak Islamik. Saya acapkali kata, kalau awak tolak Islam dan kalau awak boleh bawa hujah yang kukuh, saya pun tidak mahu Islam.

"Tetapi awak tolak Islam tanpa ada hujah, hanya begitu-begitu sahaja, mana boleh saya terima?" katanya, Khamis lalu.

Ditanya sama ada jawatan tersebut akan menambahkan bebannya yang sedia ada, Nik Aziz berkata, tidak mengapa selagi "menambahkan pengikutnya".

"Saya lebih suka pimpin orang Cina yang berfikiran terbuka daripada pimpin orang Melayu yang tertutup fikiran," tambahnya.

Saya Terima Semula Jawatan Naib Presiden PKR - Dr. Jeffrey

KOTA KINABALU: Pertikaian antara Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat mulai reda apabila beliau dilantik semula sebagai Naib Presiden parti itu yang bertanggungjawab terhadap Sabah dan Sarawak.

Dr. Jeffrey memberitahu The Star semalam bahawa beliau menerima pelantikan semula berkenaan seperti yang diumumkan oleh Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sekarang masa untuk teruskannya, tiada sebab untuk saya menolak pelantikan ini semula dengan tugas tambahan jika ia adalah termasuk dalam hak yang diiktiraf," katanya.

Beliau juga menggambarkan pelantikan semula sebagai satu tanggungjawab yang besar.
Ditanya sama ada beliau akan menghadiri Konvensyen PKR Sabah yang akan diadakan hujung minggu ini, Dr. Jeffry berkata: "Saya akan berada di sana walaupun tidak dijemput."

Semalam, Anwar mengumumkan pelantikan semula Dr. Jeffrey ke jawatan Naib Presiden serta bertanggungjawab bagi merangka pembangunan Sabah dan Sarawak bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Dr. Jeffrey sebelum ini meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR pada 27 Oktober lalu kerana kecewa dengan keputusan pemimpin tertinggi parti terutamanya yang melibatkan hal ehwal Sabah.

KISAH MENYAYAT HATI: Tergantungnya seorang Ketua Bahagian.

KISAH MENYAYAT HATI: Tergantungnya seorang Ketua Bahagian.

Al-kisah satu tragedi yang menyayat hati telah berlaku ke atas seorang ketua bahagian di Kelantan. Beliau telah didapati bersalah kerana membantu kemenangan PAS di DUN Gual Periok dalam Parlimen Rantau Panjang kononnya. Datuk Mohd Zain Ismail itulah orangnya. Tiga tahun menerima hukuman gantung!

Sebelum inipun Mat Jing sudah berapa kali buat kerja yang pelik-pelik dan telahpun saya paparkan sebelum ini.Cerita beliau cuba membawa masuk pengundi dari luar dengan mengalamatkan mereka di rumah beliau sendiri contohnya. Dan pada PRU 12 lalu sekali lagi beliau membuat kerja pelik. Mungkin bagi beliau “PRU kali ini BN sudah pasti menawan Kelantan” maka dikerjakan calon BN DUN Gual Periok dan calon parlimen .

Mat Jing dengan berani telah menaja seorang calon bebas di DUN Gual Periok bagi “melarikan” undi BN dari Datuk Shaari yang juga Naib Ketua Bahagian Rantau Panjang. Niatnya hanya satu, mahu melihat Shaari tersungkur dan tidak mampu melawannya nanti dipemilihan parti.

Kerja-kerja ini dilaksanakan bersama dengan Ketua Wanita Umno bahagian dan anak saudaranya yang berhasrat merebut jawatan ketua pemuda.

Malangnya jerat Mat Jing yang sudah mengena itu turut terkena juga kaki tangannya. Selain beliau berjaya dalam misinya mengalahkan calon parlimen dan dun, tidak ketinggalan beliau juga turut serta kalah.

Gerak kerja ini telah disedari oleh Shaari dan Abdullah Mat Yasin, Timbalan Ketua Bahagian menyebabkan mereka mula bertindak ke atas Mat Jing. Mereka telah memujuk calon yang telah ditaja oleh Mat Jing untuk membuat akuan bersumpah bahawa beliau telah ditaja oleh Mat Jing. Maka terjadilah sebagaimana yang terjadi sekarang, “Senjata makan tuan”. Keris Mat Jing menikam Mat Jing sendiri.

Apa yang menariknya, calon yang ditaja oleh Mat Jing dan juga yang dibeli semula oleh Shaari – sudah pasti mendapat habuan yang seadanya. “make(makan) dua belah” kata orang Kelantan. Mat Jing dan Shaari rugi – Abdullah Mat Yasin jua mendapat jawatan free, Pemangku Ketua Bahagian merangkap Ketua Bahagian yang akan datang kerana beliaulah satu-satunya calon Ketua Bahagian yang dicalonkan. Inilah UMNO…

Pun begitu.. Dolah Mat Yasin jangan sedap duduk. Beliau sendiripun banyak kurap dan panaunya. Mat Jing sangat tahu itu semua…. Mungkin jadi senjata pula kepada Mat Jing…. jenggg…jejengggg…..

Monday, December 14, 2009

Isteri PM berdosa tak tutup aurat – Nakhaie Ahmad

KOTA BHARU, 14 Dis: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.

“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre.

Penganjur bersama program itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar.

Seorang peserta menanyakan apa hukum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menutup aurat dijawab bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad sebagai berdosa.

Katanya, di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama.

Dewan konvensyen tempat wacana diadakan penuh sesak sehingga memaksa penganjur memasang dua skrin besar di luar dewan.

Orang ramai melimpah sehingga ke atas jalan raya.

Wacana itu yang panas sepanjang program berlangsung menampilkan tiga lagi anggota panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Mohd Affendi Yusof.

Pensyarah kanan UKM, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Hadir sama anggota Exco, Dr Mohamad Fadzli Hassan.

Nakhaie yang juga bekas Naib Presiden PAS memberitahu, beliau meninggalkan parti itu dan menyertai Umno kerana tidak ada program dakwah dalam PAS.

“Sebab itulah sepanjang berada bersama PAS saya gagal mengislamkan seorang pun bukan Islam.

“Sedangkan ketika menerajui Yadim saya berjaya mengislamkan kira-kira 7,000 bukan Islam di Sabah dan Sarawak,” katanya diikuti suara riuh rendah orang ramai.

Penjelasan Nakhaie dari awal sehingga akhir dipertikaikan hadirin sehingga ramai yang menyoraknya.

Kadang kala beliau kelihatan emosi kerana tidak tahan berdepan dengan penonton yang cuba mencemuhnya.

Mohd Afffendi pula tanpa menyembunyikan perasaan menjelaskan mahu hak Kelantan mendapatkan royalti minyak diberi perhatian kerajaan pusat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, katanya apa pun istilah yang digunakan kerajaan pusat sama ada royalti atau ihsan ia perlu dinikmati rakyat negeri ini.

Kata beliau rakyat Kelantan tidak perlu didiskriminasi bagi mendapatkan hak mereka.

Sedangkan sebelum itu ketika menjawab soalan moderator katanya, royalti hanyalah istilah Inggeris yang digunakan, sehingga disorak orang ramai.

Malah katanya, perjanjian yang ditandatangani di antara Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir dan Petronas pada 1975 seperti tidak sah kerana ada perjanjian baru dibuat kerajaan Malaysia dengan Thailand pada 1990.

“Mengikut perjanjian tersebut cari gali minyak berlaku di kawasan JDA yang melibatkan Malaysia dan Thailand, di mana pembahagian dibuat 50 – 50.

“Jadi perjanjian lama pada 1975 sudah tidak terpakai kerana minyak dicari gali di kawasan JDA,” ujarnya.

Merungkai persoalan itu Mohd Amar menjelaskan kerajaan Thailand membahagikan royalti kepada Songkla memandangkan kedudukan JDA lebih dekat dengan wilayah itu.

Sedangkan katanya Malaysia tidak membahagikan royalti kepada Kelantan biar pun kawasan carigali dekat dengan negeri tersebut.

“Ini bermakna Thailand jauh lebih cerdik berbanding Malaysia kerana cuba menafikan hak royalti minyak,” katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Dr Asri pula tidak mahu ulama masuk campur dalam tuntutan royalti dibuat kerajaan Kelantan kerana silap percaturan ia boleh menghakiskan kepercayaan rakyat kepada golongan berkenaan.

“Saya kata kepada Perdana Menteri bagilah kepada Kelantan kerana itu hak mereka. Pemimpin kena bersikap adil kepada semua pihak seperti dituntut Islam,” katanya.

Ketika menjawab soalan Dr Agus, Mohd Amar berkata, halangan kerajaan pusat terhadap Kanun Jenayah Syariah diluluskan di Kelantan bukan bermakna hukum itu tidak mahu dilaksanakan.

“Samalah seperti lampu trafic light merah, kita berhenti sekejap. Berhenti pun enjin kereta kita masih hidup.

“Dan apabila lampu isyarat sudah bertukar menjadi hijau maka kita jalanlah,” katanya.

Mohd Affendi juga memuji tindakan kerajaan negeri menganjurkan wacana seumpama itu bagi memberi peluang kepada rakyat mendapatkan maklumat dua hala.

Oleh itu katanya, Pemuda Umno sedia menganjurkan program wacana pada masa akan datang dengan menjemput wakil dari PAS.

Mohd Amar pula berkata, beliau sedia hadir pada wacana anjuran Umno jika bersesuaian dengan tajuknya.

HarakahDaily.Net/-

Sunday, December 13, 2009

Bila Pula PR Hendak Adakan Anugerah Untuk Wartawan?

MALAM tadi telah berlangsung majlis penyampaian anugerah Malam Penghargaan Media Massa Umno 2009 anjuran Umno. Nampaknya Umno mendahului parti-parti politik lain dalam melayan, meraikan dan memberi penghargaan kepada para wartawan dan petugas media massa negara ini.

Kalau langkah Umno itu sebagai mewakili BN, bermakna BN menyedari akan hakikat ini dan BN telah mendahului Pakatan Rakyat (BN) dalam bermesra dan bermanja dengan para wartawan.

Malam tadi berbagai hadiah dan anugerah telah disampaikan kepada para pemenang. Semuanya dari media massa yang menjadi penjilat buntut kerajaan UBN. Jelas anugerah itu hanya untuk kalangan yang menyokong UBN saja. Maka wartawan yang mengkritik, memberi pandangan menentang parti berkenaan bukan saja tulisan mereka tidak berpeluang dinilai, diundang pun tidak.

Jangan persoalkan kebebasan dalam hal ini. Kebebasan hanya retorik dan boleh dicakap saja tetapi sulit untuk mengamalkannya. Untuk melaksanakan kebebasan penuh profesional sesuatu yang bukan mudah malahan mungkin tidak akan berlaku sampai khiamat. Hal ini tidak terkecuali kepada parti memerintah saja, parti pembangkan juga dua kali lima saja.

Sebelum ini parti pembangkang – Pakatan Rakyat ada juga mengadakan majlis meraikan wartawan, tetapi tidaklah sampai memberi penghargaan dalam bentuk material ribu-ribu ringgit. Tetapi sekadar meraikan dalam majlis makan-makan atau majlis berbuka puasa.

Wartawan dan penulis diundang dan datang ramai-ramai untuk makan. Sambil makan mereka dihidangkan dengan pidato pengukuhan politik oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Setakat itu saja.

Betul.. wartawan tidak mengharapkan apa-apa imbuhan. Mereka bertugas bertolak dari rasa keimanan kepada Allah dan tanggungjawab sosial mereka kepada negara yang berdasarkan bakat dan minat mereka. Tetapi sebagai manusia apa salahnya kalau kerja (profesyen) mereka dinilai dan diberikan pengikhtirafan dan dihargai.

Kini Pakatan Rakyat sudah ada empat kerajaan; Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Apalah salahnya kalau keempat buah negeri ini bersatu tenaga untuk mengadakan majlis grand untuk meraikan wartawan dan petugas media yang pro pembangkang. Kalau tidak setiap tahun, boleh buat tiap dua tahun sekali.

Dalam majlis itu boleh disampaikan penghargaan dan sedikit habuah berupa wang ringgit kepada wartawan yang berkualiti dan memberi sumbangan besar kepada perjuangan PR. Kalau nilainya tidak semahal kereta Kancil tetapi cukup kalau nilainya untuk membolehkan wartawan memiliki laptop baru ataupun membeli peralatan penulisan seperti kemera digital kecil.

Mereka yang pro PR bukan kecil-kecil anak. Pengorbanan dan tanggungjawab mereka lakukan cukup besar. Adakalanya gara-gara pendedahan untuk membantu PR menyebabkan diri mereka terbakar, di saman dan dihadap ke mahkamah. Dicemuh dan dimaki usah dikiralah itu sudah asam garam. Kadang kadang sesama sendiri pun dicaci dan dimaki dan dituduh dengan pelbagai gelaran dan peranan.

Apakah penulis seperti ini tidak boleh diberikan anugerah sebagai mengenang jasa-jasanya? Mungkin anugerah itu tidak memberi erti besar kepada mereka tetapi setidak-tidaknya ia menandakan kerajaan Pakatan Rakyat juga mengenang kaum wartawan dan penulis.

Kalau tidak silap saya semasa meledaknya era refomasi dulu pernah diadakan sebuah jawatan kuasa untuk mengenal pasti para penulis dan wartawan yang beperanan membantu menggerak reformasi. Jawatankuasa itu bercadang untuk mengenal pasti dan memberi pengikhtirafan kepada para penulis reformasi khasnya mengenai penerbitan buku politik, kartun dan sebagainya.

Malangnya cadangan itu berakhir tanpa kubur. Hangat diawal saja. Seharusnya idea itu dikembangkan kepada pihak kerajaan Pakatan Rakyat kini. Atau pihak kerajaan dalam bidang bersangkutan mengambil alih tugas menjayakan idea berkenaan.

Sesuai dengan hari ini dimana berlaku ledakan blog politik dan perjuangan, maka wajar kalau para penulis blog dan pengusaha blog dan portal juga turut sama dinilai dan diberikan penghormatan. Penghormatan ini tentulah akan merangsangkan lagi para bloger untuk menulis dengan lebih bertanggungjawab, rajin dan competant.

Sekali lagi dikatakan, saya mengira penulis dan wartawan pro Pakatan Rakyat memahami akan masalah kewangan dan prasarana kerajaan-kerjaan negeri PR dalam mengadakan majlis ini. Justeru itu mereka tidak begitu mengharap. Tetapi kepada pihak kerajaan dan pemimpin tertentu harus mengambil inisiatif untuk mewujudkan majlis anugerah itu, kalau pun bukan untuk digahkan tetapi sekurang-kurangnya bagi menunjukkan Pakatan Rakyat juga mempunyai komitment yang sama dengan kerajaan UBN khususnya Umno itu. [wm.kl.9:50 am 13/12/09]

Kes ragut: Sudah tiba masanya hukum hudud dilaksanakan

Anak Manjong

Salam Sejahtera,

Negara kita Malaysia nampaknya hak rakyat untuk hidup aman sejahtera dah semakin pupus akibat aktiviti jenayah yang semakin hari semakin meningkat.

Pihak polis dengan mudah mengatakan semua kejadian tersebut adalah disebabkan kerana pengaruh dadah, apa pun jawab mereka rakyat semakin sengsara, bini kematian suami dan sebaliknya, anak kehilangan penjaga, semua ini masaalah ini dipikul oleh rakyat jelata, pemimpin masih macam biasa, hidup mereka dikawal selia, mereka tak perlu risau bab ini semua, yang dok risau rakyat.

Sekejap tadi dalam berita NTV7, ia paparkan mangsa ragut yang kematian suaminya akibat jatuh dari motor menerima sumbangan khairat kematian dari socso, dan seterusnya mangsa dan anaknya layak dapat pencen socso sebanyak RM330.oo sebulan, untuk anak sehingga umur 21 tahun jika belajar hingga ke IPT. Ok lah itu yang ada perlindungan socso, bagaimana yang tak ada perlindungan seperti bekerja sendiri, peniaga atau pemandu teksi, sapa nak sara walau pun RM300.00.

Kemudian Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadang hukuman yang lebih keras buat pesalah ragut iaitu hukuman mati bagi membendung kes ragut.

Pemberita pun pergi tanya kepada orang ramai yang bukan ahli hukum agama, apa jawab mereka! semuanya setuju.. senang sungguh menjawab kerana nak melepas geram kepada penjenayah tersebut,

Tetapi sedarkah mereka hukum Islam (Hudud) yang telah sedia ada kenapa tidak dilaksana, apakah dengan hukuman mati jenayah ragut dapat dikurangkan, kita boleh lihat bagaimana hukuman keatas pengedar dadah, walaupun hukuman mati dilaksanakan, kes pengedar tetap tak berkurangan, manusia yang ada tak akan takut dan gerun dengan hukuman ciptaan manusia melainkan hukuman Allah.

Peragut yang melakukan kerja-kerja ragut apa yang mereka ingat sebelum mereka membuat kerja tersebut hanyalah hidup atau mati, jadi kalau tertangkap kena hukuman mati, bagi mereka tak ada apa-apa hal bagi mereka, yang malangnya ialah mangsa ragut, jikalau hukuman hudud potong tangan, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran terhadap peragut, selain dari itu hukuman yang diterima didunia dapat melepaskan hukuman Allah di akhirat, jikalau hukuman mati, diakhirat nanti pesalah itu akan menerima lagi hukuman atas kesalahan yang dilakukan, bukankan ini berlakunya tindakan zalim.

Dalam waktu beginilah pihak yang berautority seperti majlis Fatwa, Jakim mengambil kata sepakat bahawa hukuman hudud sesuai dilaksanakan keatas pesalah ragut, Seminar, simposium mengenai hukuman hudud boleh diwarwarkan, dengan secara tidak langsung rakyat dapat memahami hukuman Islam.

Cerita menteri dan artis

Zukri Aksah

Seorang sahabat saya yang merupakan penggiat Umno di sini menghantar satu sms kepada saya beberapa hari yang lalu, “Bang, dalam surat khabar Keadilan ada menteri kanan beli kereta RM1.5 juta bagi pada artis. Menteri dan artis mana bang?” Saya cuma jawab tidak tahu dan perlu bertanya dahulu dengan rakan-rakan dalam PKR, setahu saya dahulu ada isu Hishamuddin Tun Hussein memiliki Hummer yang berharga RM1 juta. Sahabat saya ini membalas jawapan saya, “Hummer tak pa. Ini beli kereta mewah bagi artis, artis lelaki pula tu. Kena masuk court ni, bawa dengan kereta-kereta sekali, hehehe!”

Bukan saya mahu membongkar isu menteri-artis ini, tetapi minat saya lebih kepada penelitian saya terhadap kecenderungan masyarakat terbanyak seperti sahabat saya ini bila berbicara soal politik atau soal artis. Ini juga adalah lanjutan pengalaman saya sewaktu aktif berblog dahulu. Seingat saya ketika itu, tulisan yang paling menghasilkan banyak komen ialah tentang kematian Noritta Shamsuddin yang penuh kontroversi itu.

Nyata, sama ada pengikut politik, atau pengikut dunia hiburan tanahair, mereka mempunyai citarasa yang serupa. Mereka sukakan sensasi, mereka sukakan cerita-cerita panas, yang meletup-letup!

Sewaktu saya masih aktif dalam PKR dahulu, saya mempunyai dua orang sahabat peneman minum petang yang agak unik, seorang usahawan merangkap aktivis Umno yang mengghantar sms kepada saya itu, seorang lagi pegawai polis yang bertugas di IPK Pahang. Sahabat saya ini selama kami berkawan tidak pernah pula menghantar sms bertanya apa 17 dasar PKR itu, atau selepas saya menyertai PAS bertanya apa pendirian PAS tentang hak keistimewaan Melayu?

Yang ditanya? Macam itulah, cerita skandal, cerita hubungan sulit dan seumpamanya.

Cerita artis begitu juga. Jarang saya mendengar orang heboh bercakap soal artis ini, artis itu sampai heboh satu kedai kopi kerana kehebatan lakonannya atau kemerduan nyanyiannya. Orang bercakap tentang Jamal Abdillah kerana isu dadahnya. Orang ramai bercakap pasal Umie Aida bila dia mengambil keputusan mahu berkahwin dengan seorang tokoh korporat berstatus Datuk dari utara, bukan hendak mendoakan kesejahteraan perkahwinan tersebut, sebaliknya lebih berminat meneliti dagu Umie, botox ke tu?

Saya secara peribadi bila mengingati Umie Aida, akan mengingati lakonannya yang begitu mengesankan dalam drama Surah Terakhir, atau dalam drama Salina adaptasi novel SN A. Samad Said.

Saya menulis ini kerana mahu sedikit menyedarkan bahawa mentaliti masyarakat kita sedang terperangkap dengan perkara-perkara yang tidak serius, picisan dan remeh-temeh. Jangan kata sahabat saya si aktivis Umno itu sahaja, kalangan penyokong Pakatan Rakyat pun begitu juga. Kalau dia tidak pernah mengambil tahu tentang dasar dan matlamat perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, apakah kita mengambil tahu, membaca dan menghadzami konsep 1Malaysia tajaan Najib? Jangan pula tuduh saya cuba menjadi petualang di kalangan Pakatan Rakyat dengan mempromosi doktrin Najib, Ahmad Deedat, pendebat Islam terulung abad ini adalah hafiz Bible (sudah tentu beliau juga hafiz Quran).

Katanya sepuluh tahun akan datang negara kita bakal bertaraf negara maju, sekarang pun negara kita adalah negara membangun. Betullah kata orang mentaliti rakyat kita masih di tahap dunia ketiga. Di sini bila hadirnya pilihanraya, isu yang seringkali boleh menaik dan menjatuhkan seseorang calon adalah isu perempuan simpanan, isu isteri muda isteri tua, bukan tentang dasar dan prinsip yang dibawa bersama calon tersebut. Semuanya sensasi, sensasi dan sensasi, jadilah pentas ceramah sebagai tabloid murahan yang punya suara. Padahal di luar negara sana, orang menukar kerajaan dalam pilihanraya kerana perbandingan dasar cukai, dasar luar, kadang-kadang polisi kesihatan yang hendak diperkenal pun memberi kesan besar dalam pengundian.

Lalu saya baru terfikir, patutpun selama ini payah benar seruan perubahan mahu disambut oleh rakyat Malaysia. Perubahan bukan skandal, perubahan adalah idea, dan idea bukan rencah yang sedap untuk menghasilkan sebuah gosip.

Sama ada kita tidak sedar, atau kita pura-pura tidak sedar, atau kita sengaja mengabaikannya, selama ini kita berkhutbah tentang idea, gagasan, dasar dan perjuangan perubahan kepada kelompok masyarakat yang sedang ralit menelaah majalah Mangga!

Dalam cerita perubahan tiada kisah bela anak ikan mahupun bela perempuan. Yang ada cuma kisah bela akidah perjuangan, supaya tidak tersesat dek pengaruh wang dan kekuasaan. Soalnya, kita yang saban hari berteriak “perubahan… perubahan…” ini pula ada apa? Ada apa di ketika kisah “bela” yang satu ini pastinya tidak akan mendapat kelulusan untuk tersiar di Mangga, apalagilah untuk akhbar-akhbar perdana seperti Utusan Makaysia dan Berita Harian, jauh panggang dari api.

Macam mana mahu menjadikan perubahan sepanas skandal? Yang kita ada cuma pemikiran…

Siapa sentuh Tok Guru Nik Aziz akan dapat tentangan - Anwar

KULIM, 13 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.

Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.

"Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan.

"Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat.

"Sudah pasti tidak. Oleh kerana itu kita tunjukkan sokongan kita dengan memberi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan mereka," katanya.

Kenyataan Anwar itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi tersebut.

Dalam ucapan tersebut Anwar juga membidas tindakan media arus perdana yang sengaja memutarbelitkan fakta dengan tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku.

"Apa yang berlaku tidak dinyatakan dengan benar oleh media mereka.Bagi mereka berita yang sememangnya benar tetapi tidak menyebelahi mereka tidak akan menjadi laporan utama.

"Tetapi sekiranya berita tersebut walaupun kecil tetapi dapat mereka sensasikan maka itu akan menjadi tajuk utama mereka."

Anwar berkata demikian semasa melancarkan ceramah tanpa henti selama 40 hari seluruh negara anjuran PKR yang telah diadakan di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim.

Turut hadir ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amiruddin Shaari. Ahli Parlimen Kulim- Bandar Bharu, Zulkifly Noordin dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

Friday, December 11, 2009

Isu Ariffahmi: Mahfuz berlapang dada dengan Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Pandangan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar supaya Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal turut mendapat nasihat Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz meminta Mahfuz supaya jangan mengambil tindakan terburu-buru dalam isu perjawatan Ariffahmi manakala Mahfuz pula secara terbuka berkata, beliau berlapang dada dengan teguran balas Mursyidul Am PAS itu.

Ketika ditanya wartawan semalam, Mahfuz berkata, beliau berlapang dada dengan teguran Nik Aziz kerana menganggap Mursyidul Am PAS itu seperti bapanya.

(Gambar: Ariffahmi letakkan jawatan sebagai CEO PMBK)

“Bagi saya Tok Guru (Nik Aziz) semacam bapa yang saya cukup kasih dan sayang, maka apa jua nasihatnya saya berasa berlapang dada, saya tidak patut berkecil hati kerana beliau bapa saya sendiri menegur saya,” jelas Mahfuz.

Nik Aziz dalam kenyataannya berkata, Mahfuz silap dalam hal ini.

Menurutnya, CEO PMBK itu seorang pegawai yang dilantik mengikut peraturan, dan sekiranya ingin berundur harus mengikut kaedah termasuk sekiranya ingin bercuti tiada sebarang masaalah.

“Apabila dia keluar (melepaskan jawatan), saya kena cari orang lain dan orang lain tu bukan orang sebarangan, boleh jadi orang yang telah bekerja.

“Sekiranya orang baru itu ingin berhenti untuk menduduki jawatan baru di PMBK, dia terikat pula dengan tempoh itu dan tempoh ini, kena bayar elaun dan lain-lain lagi,”ujar Nik Aziz dalam sidang medianya baru-baru ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan, nasihatnya kepada Ariffahmi sebelum ini semata-mata untuk menjaga nama baik Nik Aziz.

“Ia satu pandangan kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Aziz) kerana tidak mahu ada pihak mencerca tok guru atas isu ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau turut menegaskan bahawa nasihatnya kepada Ariffahmi sebelum ini bukanlah untuk mengajar Nik Aziz.

Ujarnya lagi, selagi Ariffahmi tidak berundur dari jawatan yang disandang membolehkan pemimpin tertentu Umno berpesta mencerca Nik Aziz menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Saya ini anak sahaja (di sisi Nik Aziz), sedangkan Tok Guru adalah bapa yang saya kasih. Yang saya nasihat bukannya Tok Guru, tetapi adik saya sendiri (iaitu) Ariffahmi supaya sedia berundur,” jelas Mahfuz.

“Ariffahmi pun saya anggap macam adik saya. Sebab itu saya yakin, Ariffahmi juga sayangkan Tok Guru, sama seperti saya sayangkan Tok Guru," katanya.

Isnin lalu, Mahfuz menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan CEO PMBK demi mengelakkan sebarang dakwaan kronisme oleh pihak tertentu dilemparkan kepada Nik Aziz.

Sebelum itu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta beberapa pemimpin tertinggi PAS Pusat bermesyuarat bersama Nik Aziz, sebelum menasihatkan Ariffahmi supaya meletak jawatannya.

Ariffahmi sebelum ini berjanji lisan untuk meletak jawatan itu telah menghantar surat rasmi berkuatkuasa mulai 25 Disember ini. Namun kontrak perjawatannya memerlukan beliau memberikan notis selama tiga bulan Oleh itu beliau akan tamat perkhidmatannya dengan PMBK Mac tahun depan.

DPP KELANTAN

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KELANTAN SESI 2009-2011


ABD. LATIF B. ABD. RAHMAN -KETUA
AHMAD BAIHAQI ATIQULLAH -TIMBALAN KETUA
HISHAM FAUZI - NAIB KETUA
MUHD.HAFIZ B. MUSA - SETIAUSAHA
WAN AZIMIN WAN ADNAN - BENDAHARI
ROSLI ALLANI B. ABD.KADER - KET. PENERANGAN
MOHD. NURI MAT YAACOB -PENG. JPP

AHLI JAWATANKUASA

HARUN ISMAIL

NAZLAN B. HASBULLAH

NAJIB B. DERIS

MAHUSIN B. ISA

BORHANUDDIN B. AHMAD

MUHD. FITRI B. UMAR

NIK BAHAROM B. NIK ABDULLAH

ABDUL ARIF FAHMI B. ABD. RAHMAN

WAN SHAHJIHAN B. WAN DIN

MOHD. HANIF B. WAN AHMAD

AHMAD MARZUK B. SHAARI

MOHD. RIDUAN B. MOHD. NAWI

ABDUL SHAKUR B. SHARIE

AHMAD FADHLI B. SHAARI

NOR AZARIZA B. MOHD. ALAWI

ZAMRI BIN MAT NAWANG

Isu rumah ibadat: Penjelasan Kor Ming

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menegaskan, kenyataannya berhubung isu peruntukan kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan bukan Islam telah diputar belit dan dijadikan bahan menghasut sentimen perkauman oleh sesetengah media.

Menurutnya, dalam kenyataan kelmarin beliau hanya merujuk kepada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta membina dan menyelenggara 611 buah masjid tetapi satu jumlah kecil, iaitu RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.

Justeru beliau memohon supaya agihan lebih adil disalurkan kepada rakyat beragama bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah ‘Kepercayaan kepada Tuhan’.

Kor Ming yang membaca kenyataannya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini turut menegaskan bahawa agama Islam adalah agama suci yang mengajar semua pihak berlaku adil.

‘‘Saya berasa kesal bahawa laporan Utusan Malaysia dengan tajuk Kor Ming persoalkan kerajaan bina masjid adalah salah dan berunsur hasutan. Tajuk tersebut adalah dipapar oleh editor akhbar berkenaan tanpa pengetahuan saya.

‘‘Saya juga berasa kesal sesetengah pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamed Sheikh Abd. Aziz dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat kenyataan dan dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks kenyataan saya,” katanya.

Kor Ming menambah, rakyat Malaysia harus mematuhi prinsip Rukun Negara tersebut dan rakyat bukan Islam juga perlu diasuh dan menerima ajaran agama yang betul.

Katanya, sebagai kerajaan yang adil, adalah tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat bukan Islam.

‘‘Atas laporan akhbar yang berunsur hasutan dan memutar belit fakta sebenar, saya akan berbincang dengan panel peguam dan akan merizabkan hak mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang membuat laporan tidak bertanggungjawab tersebut,” katanya.

Ditanya mengenai kemarahan NGO Islam adalah kerana tindakannya membandingkan peruntukan untuk masjid dalam meminta kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada rumah ibadat bukan Islam, Kor Ming berkata;

‘‘Pertama kali saya hormati semua media yang buat laporan benar tetapi yang dilapor oleh akhbar Utusan Malaysia tak macam ini. Kita lihat (hari ini) ‘‘Isu Bina Masjid: Kor Ming dibidas. Semalam tajuknya Kor Ming persoal bina masjid. Itu tajuk dibuat editor, orang baca orang marah.. itu tak betul.

‘‘Patutnya kita lebih beretika membuat laporan sebenar dan apa yang hendak kata adalah dalam kenyataan yang saya baca ini.

‘‘Harap laporkan ikut kenyataan yang saya baca dan itu terpulang kepada pembaca untuk menilai sama ada watak saya macam mana dari rekod saya pemimpin untuk semua bangsa. Abang (wartawan Utusan) boleh menilai saya dari ucapan dan tingkah laku saya,” jelasnya.

Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad yang hadir pada sidang akhbar itu turut mencelah: ‘‘Kalau dia (Kor Ming) tak buat perbandingan macam mana orang nak tahu yang RM9 juta itu cukup tak cukup.

‘‘Dalam perbandingan itu bukan bertujuan supaya yang perbelanjaan untuk bukan Islam sama dengan jumlah itu. Tetapi (jumlah untuk bukan Islam) terlalu kecil.. jauh sangat.’’

Ditanya kepada Kor Ming sama ada dia bersependapat dengan penjelasan Khalid itu, beliau berkata;

‘‘Kekanda saya telah jelas .. Ya dengan niat murni (bangkitkan soal itu),” jelasnya.

Latar Belakang Ringkas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas

Setelah beberapa tahun berjuang dan menyumbang kepada parti, rakyat dan negara, pada tahun ini(1/11/2008) alhamdullilah saya telah dipilih untuk menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas Kelantan. Saya mempunyai sedikit pengalaman dalam pengurusan parti di mana saya pernah memegang beberapa jawatan penting sejak saya terlibat dalam UMNO semenjak tahun 1978. Bermula dengan Exco pergerakan pemuda bahagian, naib ketua pemuda bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan sekarang Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Saya mencipta sejarah di Pasir Mas dimana saya telah memegang jawatan Timbalan Ketua sebanyak dua kali. Pertama kali pada tahun 1993 saya menjadi timbalan kepada Dato Ibrahim Ali dan pada tahun 2004 saya menjadi timbalan kepada Dato Rahim. Saya menjadi seorang timbalan yang setia kepada kedua dua ketua ini. Saya yakin dengan pengalaman yang di perolehi insyallah sepanjang tempoh tersebut, saya berupaya memimpin Bahagian Pasir Mas dengan baik. Saya mempunyai 3 agenda penting untuk rakyat Pasir Mas yang saya namakan agenda 3E. (Education, Environment dan Economy) Pendidikan, Persekitaran dan Ekonomi. Ini lah sebenarnya teras kepada sejahteraan hidup rakyat.

Semasa saya menjadi ADUN Pengkalan Pasir, saya telah memulakan program tersebut tetapi ianya terhenti apabila saya kalah pada PRU 12 yang lalu. Saya berhasrat dengan bersungguh sungguh untuk meneruskan idealisma murni ini. Saya tahu ianya bukan mudah tetapi saya yakin kesungguhan dan komitmen yang tinggi akan menggerakan segala segalanya. Kini setelah di pilih memegang jawatan Ketua Bahagian ianya menjadi lebih mudah dan teratur. Oleh yang demikian saya dengan rendah diri memohon kepada rakyat Pasir Mas memberi sokongan kepada saya untuk membolehkan saya menyambung semula agenda yang sangat penting ini. Insyallah kita akan memperolehi menafaat bersama demi masa depan generasi kita. Selamat Berjuang. Wassallam.

500 ahli Umno Rantau Panjang ancam keluar parti

RANTAU PANJANG, 4 Dis: Krisis Umno Rantau Panjang kini sampai ke kemuncak apabila ramai pemimpin di peringkat cawangan mengancam mahu keluar parti.

Kesemua 36 Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) dan tiga Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) yang dipecat Ketua Umno Rantau Panjang, Abdullah Mat Yasin tidak teragak-agak meninggalkan parti.

Difahamkan kira-kira 500 penyokong Umno dijangka keluar Umno di Cawangan Baroh Pial di Dun Bukit Tuku, kemudian dikuti 35 cawangan lagi di seluruh bahagian Rantau Panjang.

Bekas ketua cawangan Baroh Pial yang juga bekas PPM, Wan Yaakob Wan Ismail berkata, antara sebab utama mereka berbuat demikian kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti berkenaan.

Katanya, beliau mempertikaikan kesahihan kedudukan Abdullah selaku ketua bahagian kerana dikatakan tidak dipilih melalui mesyuarat agung perwakilan bahagian.

“Begitu juga pelantikan timbalan ketua bahagian, ketua pemuda dan ketua wanita diragui kesahihah jawatan masing-masing kerana penggantungan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zin Ismail dibuat mendadak ketika tempoh pencalonan peringkat bahagian tamat.

“Peluang untuk ahli mencalon tokoh-tokoh lain yang bersesuaian untuk jawatan ketua bahagian, timbalan ketua, ketua pemuda dan ketua wanita sudah tidak ada lagi ketika itu,” katanya.

Mohd Zin bekas Adun Bukit Tuku digantung jawatannya oleh Lembaga Disiplin Umno selama tiga tahun kerana dikatakan menaja calon bebas di Dun Gual Periok pada pilihan raya umum 2008.

Wan Yaakob berkata, mereka yang memegang jawatan di Rantau Panjang sekarang seolah-olah dilantik Umno Pusat tanpa memberi peluang kepada ahli dari 160 cawangan membuat pemilihan.

Konflik yang berlaku antara Mohd Zin dan Abdullah memuncak ketua bahagian sekarang dikatakan memecat PPM serta KPPM yang dilantik bekas ketua bahagian sebelum ini.

“Ini membuatkan kami rasa panas hati dan harus dicari jalan penyelesaian segera,” kata Wan Yaakob ketika ditemui di majlis sambutan hari raya korban di cawangan Umno Baroh Pial semalam.

Majlis tersebut diadakan di rumahnya dihadiri kira-kira 300 orang termasuk beberapa bekas PPM dan KPPM yang dipecat.

Menurutnya juga kesemua mereka yang dipecat telah meminta jasa baik pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamad menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

“Saya bersama beberapa rakan telah berjumpa Datuk Pa dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussein meminta mereka campur tangan selesaikan perkara ini segera.

“Tetapi sampai sekarang tak ada sebarang tindakan diambil. Ini membuatkan kami merasa tawar hati,” kata Wan Yaakob.

Beliau juga berkata perjumpaan di Baroh Pial itu sebagai asas permulaan untuk tindakan protes selanjutnya.

Menurutnya selepas itu mereka akan majlis serupa di Dun Meranti kemudian dikuti Dun Gual Periok.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuk Mohd Zin, bekas KPPM, Mohd Zin Che Ngah, Zahari Omar (bekas KPPM), Yakob Yunus (bekas PPM dan AJK bahagian), Fauzi Mat Jusoh (AJK bahagian), Wan Aminuddin (AJK bahagian) dan ketua puteri bahagian, Norhayati Mat.