Pages

Friday, January 29, 2010

Keputusan Pemangku Raja Kelantan tidak boleh dicabar – Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra hari ini gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar keputusan kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra yang melucutkannya daripada senarai bakal pewaris takhta.

Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Tengku Muhammad Faris, yang juga Pemangku Raja Kelantan, pada 16 September lalu itu tidak boleh diadili oleh atau dicabar di mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof memutuskan bahawa isu-isu berkaitan dengan Majlis Perajaan Negeri Kelantan dan Undang-Undang tubuh Negeri Kelantan tidak boleh diadili.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, yang juga suami Manohara Odelio Pinot diwakili peguam, K. Shanmuga.

Tengku Muhammad Faris diwakili peguam, Datuk Cecil Abraham, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi mewakili Pejabat Peguam Negara.

–- Utusan Malaysia

Wednesday, January 27, 2010

Royalti minyak Kelantan sepatutnya RM40 juta

Jan 27, 10 7:21pm

Kerajaan PAS Kelantan mempertikaikan wang ihsan hanya sebanyak RM20 juta dan meminta kerajaan pusat menilai jumlah itu.


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata nilai yang sewajarnya diterima negeri itu, berdasarkan dengan pihak Petronas awal bulan ini, adalah sebanyak RM40 juta bukannya RM20 juta seperti diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.

Husam yang juga Pesuruhjaya PAS II Kelantan berkata melalui perbincangannya Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Hassan Merican pada 8 Jan lalu, beliau RM40 juta itu tidak termasuk tuntutan di kawasan telaga bintang yang dengan kawasan perairan Terengganu-Kelantan.


"Pendirian kerajaan negeri tetap tidak menerima keputusan itu...kami mahu kenyataan rasmi dari Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di Kota Baharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mustapa semalam mengumumkan kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membayar sebanyak RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan pada Mac ini yang merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil cari gali petroleum diperolehi sejak Mei 2008.

Kelantan tahun lalu mengemukakan tuntutan royalti berjumlah RM2 bilion terhadap operasi cari gali di perairannya kepada pusat dan berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan pusat akan memberikan wang ihsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir
pantai negeri itu.

Kerajaan Negeri Kelantan didapati tidak berhak mendapat royalti minyak kerana dua telaga minyak yang dipertikaikan itu terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairan negeri itu.

Husam berkata kerajaan negeri akan terus memperjuangkan haknya dalam tuntutan royalti minyak itu walaupun pusat mengantikannya kepada wang ihsan.

- Bernama

Monday, January 25, 2010

PROGRAM KORBAN Dan AQIQAH DI KEMBOJA


ANJURAN BERSAMA : KelateDaily.Net(Malaysia) @ CEDO (Cambodian Community Education & Development Organization) yang di Pengerusikan oleh Brig General YB La Lai @ Sulaiman Bin Abdullah (Penasihat TPM Kemboja)

KORBAN: SATU BAHAGIAN RM200.00 & AQIQAH : SATU BAHAGIAN (RM220.00)

CEDO AKAN MENGURUS SENDIRI PEMBELIAN DAN PEMBAHAGIAN KEPADA UMAT ISLAM YANG LAYAK MENERIMA NEGARA KEMBOJA

Berminat sila bank in ke MBB - 1120 8058 6371 / BIMB - 130 170208 73788 (Nama Akaun: Mahadi Che Haron)

Sila TEL/SMS kpd +60139299944 setelah duit dimasukkan

Saturday, January 23, 2010

Sejarah Bazar

http://www.cetusan-hati.blogspot.com/

Saya diminta Tok Guru membuat catitan sejarah tentang Bazar, Arked dan Pasar Lambak. Atas permintaan itu, saya perturunkan catitan ringkas ini.

Pertalian sejarah menguatkan azam Tok Guru untuk menempatkan para peniaga di tingkat bawah Bazar Tok Guru yang akan dibina.

Dua hari sebelum pilihanraya 2008, Tok Guru berucap di hadapan para peniaga kecil, bahawa menjadi hasrat beliau untuk membina satu bazar mercu tanda yang akan menjadi medan perniagaan baru para peniaga kecil di Kota Bharu. PAS mendapat kemenangan besar 2008 yang lalu.

Ada sebab sejarah Tok Guru berucap begitu pada hari itu.

Tiga tahun menjelang kemenangan besar bersejarah buat pertama kali Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990, jentolak-jentolak telah meranapkan gerai-gerai kecil peniaga ini buat selama-lamanya. Waktu itu dikenali sebagai Pasar Lambak. Lokasinya adalah di Medan Hijau di depan Bangunan UMNO Kelantan sekarang.

MPKB bercadang mengindahkan persekitaran Bangunan UMNO Kelantan itu yang akan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada masa itu. Tepatnya, perasmian tersebut berlangsung pada 12 Mach 1987 dan perobohan berlaku betul-betul sehari sebelumnya!

Politik peminggiran peniaga kecil ini tidak harus diizinkan berlaku semula di zaman pentadbiran Tok Guru.

Bagi generasi baru, mungkin rentetan sejarah ini tidak ada dalam ingatan mereka.

Bagi seusia dengan saya, inilah tempatnya kami anak-anak belia masa itu membeli baju dan seluar, melalui celah-celah lorongnya memilih pakaian. Bersebelahan gerai-gerai ini ada kedai-kedai buku yang masyhur masa itu seperti Abu Bakar Al Ahmadi, Dian dan beberapa lagi yang saya telah lupa namanya.

Selain membeli buku di Toko Abu Bakar Al Ahmadi, saya memasang telinga mendengar perbualan politik di situ. Tuan punya kedai seorang ustaz berserban tetapi sangat kuat UMNOnya dan di sini, selalu berlaku perbahasan politik.

Saya sudah bergiat di Pejabat PAS Jalan Dato Pati ketika UMNO mengarahkan perobohan gerai-gerai ini. Masa itu, keangkuhan UMNO sedang memuncak. Berlaku juga apa yang digelar 'sepak bakul'. Akibatnya, UMNO kecundang di Kelantan tiga tahun kemudian.

Sejarah Pasar Lambak Kota Bharu bermula sejak 1976, sewaktu Kerajaan Campuran PAS BN. Ia bertujuan menempatkan peniaga kecil yang berselerak di Bandar Kota Bharu secara bersepadu. MPKB telah menyediakan pelan tapak memuatkan 124 gerai bersaiz 8 X 10 dengan sewa permulaan RM 15 sebulan.

Selepas hampir 5 bulan berniaga, Persatuan Penjual Pasar Lambak bermesyuarat dan bersetuju untuk membina sendiri gerai-gerai di atas lot tapak yang disediakan. Peniaga mengambil inisiatif sendiri membina dinding plywood dan bumbung zink yang menelan belanja hampir RM 150 setiap lot.

Hasrat membina generasi usahawan melalui penempatan ini berjaya. Dari sini munculnya usahawan hartawan seperti arwah Hj Ibrahim Mat Min ( sahabat Tok Guru sendiri ) peniaga pakaian, Hj Talib ( seluar jeans ), arwah Hj Mohd Nor ( bapa Borhan Arked UDA ) pemborong pakaian siap dan seragam sekolah , arwah Tok Penghulu Hussin, Mat Kain Ela, Yusoff Selipar dan banyak lagi.

Melihat kejayaan peniaga Pasar Lambak berniaga dan mendapat sambutan yang menggalakkan, maka MPKB telah menaikkan sewa RM 50 sebulan dengan alasan MPKB menyediakan kemudahan elektrik secara percuma. Persatuan Penjual menerima arahan kenaikan sewa MPKB dan harga tersebut kekal hingga Pasar Lambak menyembah bumi pada tahun 1987.

Perundingan untuk merobohkan Pasar Lambak

Pada tahun 1983 PKINK bercadang membina 3 tingkat Bazaar Buluh Kubu dan telah menawarkan kepada Persatuan Penjual Pasar Lambak untuk membeli lot-lot yang akan disediakan.

Waktu itu, Persatuan mempunyai tabung yang kuat dengan kewangan ratusan ribu ringgit hasil sumbangan yuran tahunan ahli. Wakil Persatuan memohon kerjasama PKINK untuk menyediakan lot yang mencukupi ( 124 ) untuk menempatkan peniaga di aras bawah dan dipersetujui CEO PKINK dengan tawaran harga asal RM 1.83 sen sekaki persegi. Itu pada tahun 1984.

Sayangnya rancangan tersebut tidak menjadi kenyataan. Sebilangan kecil mengambil langkahan sendiri dan telah berunding secara sulit dengan PKINK. Hasil gerakan sulit tersebut PKINK telah mengkucar kacirkan perpaduan di kalangan ahli.

Setelah pengurusan PKINK bertukar maka pelan asal Bazar Buluh Kubu turut berubah dengan setiap tingkat hanya disediakan 65 lot bersaiz besar. Pengurusan baru PKINK juga memaklumkan bahawa PKINK tidak akan menjual Bazaar Buluh Kubu sebaliknya disewa kepada peniaga yang berminat.

Cadangan Persatuan untuk menempatkan kesemua 124 peniaga di tingkat bawah tidak dilayan. Persatuan telah menolak tawaran PKINK untuk menyewa di tingkat bawah dan tingkat satu.

Bazar Buloh Kubu dibuka secara rasmi pada tahun 1985 tetapi pada awalnya tidak mendapat sambutan. Dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang hebat tidak mampu menggugat dayatarikan Pasar Lambak dengan harga yang lebih murah dan pilihan yang lebih banyak.

Perniagaan Bazar Buluh Kubu hanya mula mendapat sambutan hangat setelah Pasar Lambak dirobohkan. Perpindahan peniaga asal Pasar Lambak telah membuka ruang baru kepada peniaga Bazar Buluh Kubu untuk merasai nikmat sambutan Pasar Lambak dahulu.

MPKB juga bercadang menyiapkan Pasar Lama MPKB yang terbengkalai hampir bertahun lamanya. Dato Rastom Ahmad Maher selaku Timbalan Menteri Besar dan juga YDP MPKB waktu itu telah berunding dengan Persatuan Pasar Lambak untuk memindahkan lokasi perniagaan ke Pasar Lama MPKB.

Persatuan Penjual tidak bersetuju berpindah kerana disediakan lot Tingkat 1 yang tidak berdaya saing mengikut pendapat mereka. Walau bagaimanapun MPKB tetap berusaha untuk mendapat persetujuan Persatuan Penjual tetapi tetap gagal.

Akhirnya, MPKB telah mengugut untuk merobohkan Pasar Lambak secara paksa kerana alasannya lokasi Pasar Lambak tidak mengindahkan Bandar Kota Bharu.

Persatuan Penjual telah mengambil tindakan proaktif dengan melantik peguam untuk mendapatkan perintah injuksi dari mahkamah menghalang MPKB merobohkan tapak Pasar Lambak.

Tindakan berani Persatuan Penjual telah membuahkan hasil dan akhirnya mahkamah mengeluarkan arahan menghalang MPKB dari merobohkan Pasar Lambak.

Keputusan mahkamah telah disiarkan oleh akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan New strait Times pada awal tahun 1987. Tajuk yang menjadi pilihan akhbar ialah PERSATUAN PENJUAL SAMAN MPKB dan MPKB DIHALANG ROBOH PASAR LAMA.

Sebagai reaksi kepada keputusan mahkamah,MPKB telah membuat rayuan atas keputusan tersebut dan menghentikan rundingan dengan Persatuan.

Kemuncak kepada isu Pasar lambak ialah apabila Bagunan UMNO Negeri Kelantan bersebelahan Pasar Lambak akan dirasmikan oleh bekas PM Dr Mahathir pada 12 Mach 1987. Demi untuk mencantikkan pemandangan di hadapan Bangunan UMNO yang bakal dirasmikan, peniaga diminta berpindah dengan segera.

MPKB dan beberapa pegawai kerajaan telah memohon jasa baik Persatuan Penjual berpindah dan tempat baru disediakan di tingkat 1 Pasar Lama MPKB. Walau bagaimanapun pendirian rasmi Persatuan Penjual tidak berubah dan tetap berkeras untuk berniaga di pasar lambak.

Setelah kesemua pimpinan Persatuan tetap tidak berubah maka MPKB telah membuat provokasi terhadap peniaga Pasar Lambak. MPKB telah mengadakan rundingan dengan kumpulan serpihan Persatuan Penjual yang tidak berautoriti membuat keputusan.

Hampir 20 peniaga dari 124 orang telah dibawa bertemu Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Yaacob untuk berunding.

Ia berakhir dengan perobohan dimulakan ke atas gerai-gerai yang telah memberikan persetujuan.

Sehari sebelum perasmian Bangunan UMNO maka berlakulah peristiwa yang menyayat hati. MPKB menghantar jentolak untuk merobohkan lot milik kumpulan 20 dan ia tidak lagi dapat dihalang oleh Persatuan.

Tiada pilihan untuk bertahan, Persatuan Penjual menyeru kesemua ahli mengosongkan gerai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja meroboh oleh MPKB. Dengan hiba dan susah payah kesemua peniaga memunggah stok-stok sehingga pukul 3 pagi. Berakhirnya empayar peniaga pasar lambak demi kepentingan UMNO bagi memberi laluan kepada pengindahan landskap untuk perasmian Bangunan UMNO negeri pada 12 Mach 1987.

Berpindah ke Bangunan Pasar Lama dan Arked UDA

Setelah gagal mempertahankan Pasar Lambak, para peniaga berpindah ke Pasar Lama MPKB. Pada masa itu, pembinaannya hanya 70 % siap. Kemudahan elektrik hanya disediakan 2 minggu setelah peniaga berpindah.

6 bulan kemudian barulah peniaga berhenti menghidu debu kerana kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan.

Setelah berpindah, didapati lot-lot tidak mencukupi untuk menampung kesemua 124 peniaga asal. Peniaga merasa hairan bagaimana 300 lot yang wujud di tingkat 1 tidak mencukupi untuk menampung kesemua peniaga pasar lambak yang hanya seramai 124 orang. Rupanya wujud pembahagian gerai kepada kroni-kroni dan anugerah politik yang tertentu.

Hasilnya, MB Tan Sri Mohamad Yaacob telah mengarahkan PKINK untuk membina gerai baru di tanah milik UDA seluas 1.5 ekar sekarang bagi menempatkan lebihan peniaga. Pembinaan mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkan Arked UDA yang ada sekarang dengan menyediakan 216 gerai bersaiz 8 X 10 setiap satu.

Sekali lagi masalah sama berulang, hampir separuh lot-lot terlepas kepada kroni tertentu.

Hasil kemelut ini, ada juga peniaga yang dulunya berjaya, telah mengubah haluan masing-masing.

Bagi peniaga generasi kedua, mereka terus berniaga di Pasar Lama MPKB dan Arked Uda hingga kini.

UDA kini bercadang membina kondominium dan komponen komersial lain di tapak Arked Uda kini sementara Pasar Lama MPKB pula sudang usang dan tidak selamat untuk digunakan.

Harapan baru mereka ialah Bazar Tok Guru, dan seperti telah dikatakan, ada sebab sejarah untuk Tok Guru terus berazam menjadikan keseluruhan tingkat-tingkat di Bazar Tok Guru sebagai Bazar para peniaga kecil.

Saya merasa terpanggil menulis sejarah kecil ini bila Tok Guru mengarahkan saya menulisnya, supaya 'ekor' dan 'kepala' dapat disambungkan. (Terima kasih kepada para peniaga yang telah membantu penulisan ini)

Sejarah peminggiran hendak diangkat kepada Sejarah Pemerkasaan.

Wednesday, January 20, 2010

Pakatan Rakyat yakin berkuasa semula di Perak

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak telah merosot sedikit terutama di kawasan pedalaman.

Menurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu.

Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Pakatannya itu bagaimanapun tumbang pada Februari lalu, apabila tiga ahli dewan undangan negerinya berpaling tadah dan memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada Malaysiakini, di kediamannya di Ipoh, semalam, ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman.

"Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain.

Selain itu, kemerosotan didakwa berpunca daripada isu seperti kononnya semasa menjadi Menteri Besar, beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin akan menang.

Sidang
media itu diadakan sempena setahun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.

Dalam pada itu, Bernama memetik Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh iselesaikan melalui pilihan raya negeri.

Beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan
Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai enteri Besar Perak yang sah.

700 Lori Angkut Pasir Silika Ke Singapura Setiap Hari - Dr. M

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD (mstar.com.my)

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad beranggapan bahawa ada pihak yang tidak bercakap benar apabila sebanyak 700 lori dengan muatan pasir silika didapati keluar dari Johor ke Singapura setiap hari.

Bekas Perdana Menteri berkata, walaupun Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu terdapat 500 lori membawa pasir itu ke seberang Tambak Johor setiap hari tetapi jumlah sebenar adalah lebih daripada itu.

"Saya ingat kita dah hentikan penjualan tanah kita kepada Singapura.

"Seorang teman memberitahu saya bukan 500 lori tetapi 700 buah. Itu jumlah yang banyak," tegas beliau dalam blog popularnya, Che Det di sini.


DR. MAHATHIR MOHAMAD

Beliau mengulas kenyataan Shaziman pada November lalu yang menyebut sebanyak 700 buah lori bertolak dari Singapura ke Malaysia melalui Tambak Johor setiap hari, manakala sejumlah 1,000 buah lori menggunakan laluan sama dari Malaysia ke Singapura.

Shaziman menambah, lebih kurang 500 buah lori ke Singapura membawa pasir.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, republik itu memerlukan pasir silika untuk menghasilkan mikrocip.

Secara sinis beliau menambah: "Saya tidak tahu berapa banyak pasir yang digunakan untuk membuat mikrocip yang sekecil itu. Mesti banyak sekiranya mereka perlukan 700 lori pasir sehari."

Beliau berkata, pulangan dengan menjual bahan mentah tidak menguntungkan dan kerana itu adalah lebih baik bagi negara ini memproses bahan mentah terbabit supaya ada nilai tambahan.

"Tidaklah begitu sukar untuk menghasilkan silika dari pasir silika. Saya rasa kilang kaca ada melakukannya sepanjang masa. Dan kita ada kilang kaca di Malaysia.

"Kenapa kita tidak hasilkan wafer silikon dan menjualnya kepada Singapura," ujarnya.

Monday, January 18, 2010

'Allah' juga boleh diguna di WP, P Pinang

Jan 18, 10 3:00pm (malaysiakini.com)
Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Bagaimanapun, TheSun memetik beliau sebagai berkata, di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah.

Sunday, January 17, 2010

Presiden Parti Makkal Sakti dipecat

Jan 17, 10 2:00pm

Jawatankuasa siasatan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) hari ini membatalkan keahlian presidennya, RS Thanenthiran selepas beliau gagal menjawab beberapa tuduhan terhadapnya.

Thanenthiran tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan di ibupejabat parti itu di Shah Alam.

Keputusan tersebut dibuat oleh 14 daripada 27 ahli jawatankuasa pusat selepas sejam bermesyuarat. Baki 13 ahli lagi tidak hadir.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, timbalan presiden MMSP, A Vathermurthy mendakwa enam daripada 13 ahli jawatankuasa yang tidak hadir itu, adalah atas pagar dan tujuh lagi menyokong presiden.

Di akhir mesyuarat tersebut, naib presiden, Ramesh yang juga saudara lelaki Thanenthiran, tiba di ibupejabat MMSP.

Menurutnya, mereka tidak mengiktiraf apa keputusan tersebut kerana keputusan muktamad hanya boleh dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan.

MMSP yang menyokong BN dilancarkan Oktober lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penduduk curi makanan, keadaan selepas gempa umpama zon perang

PORT-AU-PRINCE: Mayat bertimbun dan kes curi makanan mula dilaporkan ketika penghantaran bantuan kepada mangsa gempa bumi Haiti turut bermasalah berpunca daripada keadaan jalan raya yang teruk dan kerosakan di pelabuhan serta lapangan terbang.

Ada mayat dibiarkan di tepi jalan dan hanya ditutup kain. Ada juga yang dikebumikan di tepi bukit tetapi beratus-ratus lagi diletak di depan rumah mayat, tidak jauh daripada mangsa yang terselamat.

"Sukar untuk diceritakan. Bencana dan kemusnahan terlalu besar. Semua orang menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau mayat yang boleh dilihat di mana-mana saja," kata Karel Zelenka, wakil Perkhidmatan Bantuan Katolik.

Palang Merah Antarabangsa menganggarkan 50,000 maut kerana gempa, Selasa lalu. Mayat dibiarkan di tepi jalan dan dekat kediaman supaya saudara mara yang terselamat dapat berusaha mengebumikannya.

Mencuri makanan dan bekalan keperluan juga satu masalah yang sentiasa dihadapi tempat yang dilanda bencana. Di Port-au-Prince, kecurian tertumpu di pusat komersial lama di kawasan dipenuhi kedai, pasar dan sebilangan rumah.

SEKUMPULAN penduduk mencuri minyak tanah dari sebuah lori tangki di Port-au-Prince.

Suasana seperti zon perang. Beberapa bangunan terbakar, asap menyelubungi hampir semua tempat dan mayat bergelimpangan selepas Haiti dilanda gempa 7 skala Richter.

Keadaan semakin tegang apabila ada sekumpulan pemuda membawa pisau memasuki kedai dan mencuri apa saja barang yang boleh dibawa.

Mereka mundar mandir di jalan raya, mengacu pisau dan bersaing dengan kumpulan lain hingga pergaduhan meletus.

Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) berkata, gudangnya di Port-au-Prince dimasuki pencuri.

Tempat itu menempatkan 15,000 tan makanan simpanan sebelum gempa melanda.

Beratus-ratus ribu rakyat Haiti berada dalam kelaparan selepas gempa itu melanda. Jurucakapnya, Emilia Casella menekankan bahawa kecurian adalah perkara biasa dalam keadaan kecemasan. – Agensi/AP

Friday, January 15, 2010

Putrajaya setuju perkataan Allah diguna di Sabah, S'wak

Joe Fernandez. malaysiakini.com Joe Fernandez
Jan 15, 10
3:23pm

Selepas beberapa bulan tercetusnya isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di dua negeri Malaysia Timur itu boleh terus menggunakan kalimah Allah bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Dan rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.

Pengumuman itu datangnya dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara ekslusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ianya sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Nazri berkata, beliau pernah menyaksikan upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan mendengar perkataan Allah disebut di situ.

Ditanya mengapa perlunya dua peraturan mengenai penggunaan perkataan Allah, beliau berkata ia bukan satu amalan yang unik kerana Malaysia juga mempunyai dua undang-undang bagi perkara yang lain juga, contohnya, mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Menurut Nazri, situasi di Semenanjung berbeza kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun yang lalu.

Katanya, umat Islam di Semenanjung Malaysia tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan untuk tujuan penyebaran, sehinggalah baru-baru ini.

Oleh itu, katanya, mereka mempersoalkan motif di sebalik penggantian perkataan Tuhan dengan perkataan Allah.

Menurut Nazri lagi, Perlembagaan Persekutuan juga menegaskan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan masyarakat Melayu-Islam dan ianya telah digubal di semua negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.

Oleh itu, katanya, ia tidak termasuk Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Katanya, di negeri-negeri tersebut, bagi melarang penggunaan Allah dilaksanakan, menteri dalam negeri boleh menggunakan Akta Cetak untuk menguatkuasakannya.

Pemangku Raja imam solat hajat di stadium

KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.

Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.

Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.

Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.

Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.

Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.

“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.

“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.

“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.

Menanti titah mahkamah

Anak Sengat

Menanti hujan setelah mendung sepatutnya tidak lama. Menanti mentari setelah kokok ayam berbunyi tentu tidak menjemukan...namun menanti keputusan mahkamah berkaitan keputusan tuntutan DS Nizar diistiharkan sebagai Menteri Besar yang sah terlalu susah.

Kalau ada anak yang dimengandungkan ketika kes ini bermula, mungkin anak itu akan menjadi " anak haram" di bumi perak kerana tiadanya bapa yang sepatutnya diadu .

Isu sebegini penting fdan mendesak tentunya tidak wajar dipanjangkan . Kalau mahkamah boleh segera membuat keputusan menangguhkan keputusan yang telah diistiharkan atas alasan keperluan mendesak...maka tentunya menentukan siapa Menteri besar yang sah lebih mendesak.

Perak kini berdepan kegelisahan politik yang panjang. Di segi ekonomi tentunya tiada pelabur yang berani melabur kerana kestabilan politik yang sentiasa bergoyang.

Datuk Zamry tentunya hanya senyum diluar namun derita di dalam kerana beliau hanya boleh merasmi setiap acara di Perak namun keputusan penting tidak boleh dilakukan.

Mungkin kerana itulah Zamry dilihat banyak menghabiskan masa diluar pejabat dari dalam pejabat.Khabarnya beliau telah murka dengan wartawan kanan media di Perak lantaran kegagalan menjadikan beliau sebagai subjek utama berita mereka.

Kesibukan Zamry termasuklah menghadiri acara mengacau bubur lambuk di RTM. Bayangkan... untuk melaksanakan acara mengacau bubur lambuk sempena satu muharram pun terpaksa menjemput penaja swasta seperti Petronas dan Celcom. miskin sangatkah kerajaan Perak ? semuanya gara gara tiadanya keputusan mahkamah siapa Menteri Besar yang sah.

Cakap cakap luar dari sumber dalam menyatakan keputusan memang telah ada, namun apa yang difikirkan ialah kaedah terbaik menyampaikah titah keramat buat rakyat Perak.

Jika mahkamah memilih menyerahkan mandat kepada Zamry...Najib tentunya tidak boleh tidur malam kerana bimbang DS Anuar mengumpulkan MP BN dan menemui SPB Yang dipertuan Agong memohon dipecat PM dan dilantik baru hanya dari Istana.

Saya tidak fikir mahkamah akan memutuskan keputusan sebegini kerana implikasinya sangat besar .... melainkan Najib sememangnya boleh tidur lena di samping rosmah kerana yakin dengan MP BN. Peritiwa rombongan MP BN ke Taiwan adalah penanda aras bahawa Najib tidak pernah yakin dengan mereka.

Jika Mahkamah memutuskan DS Nizar menang, tentunya rakyat Perak akan menghadapi satu pilihanraya negeri yang baru. Namun bagaimana dengan keputusan DYMM Sultan Perak yang melantik Zamry sedangkan beliau adalah bekas ketua hakim negara yang memahami dalam undang undang?

Itu adalah antara konflik isu yang barangkali mengantungkan keputusan mahkamah sehingga saat ini. Mahkamah sewajarnya rasa bersalah kerana kelewatan keputusan ini adalah satu penderaan buat rakyat Perak. ia juga adalah satu ketidakadilan undang undang apabila membiarkan kuasa eksekutif Perak terus menerus terumbang ambing.

Saya tidak fikir mahkamah mampu bertahan lagi... seorang ibu yang mengandung hanya mampu bertahan sekita 9 bulan... entahlah jika mahkamah di malaysia hari ini mampu bertahan mengandungkan keputusan dinanti rakyat Perak lebih 10 bulan... Bersamalah kita menanti TITAH MAHKAMAH...

Thursday, January 14, 2010

Huraian Panjang PAS dan UMNO

Oleh Azlinawati Ali:

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain....
See More


Azlinawati Ali : Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Azlinawati Ali : Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Azlinawati Ali : Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain




Azlinawati Ali: Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu... See More contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.
~DIPETIK DARI PANDANGAN KETUA DEWAN ULAMA PAS~

Facebook Azlinawati Ali : http://www.facebook.com/?ref=home#/profile.php?id=1362884369

Perkataan Allah dalam lagu negeri

Petikan dari. harakahdaily.net:Perkataan Allah dalam lagu negeri
Rosniza Musa
Sudah sekian lama perkataan Allah telah digunakan dalam lagu-lagu bagi setiap negeri. Lagu ini pula dinyanyikan oleh semua rakyat negeri berkenaan tanpa terkecuali sama ada Islam atau tidak.

Lirik lagu negeri Perak
===================
Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan
Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan
Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.

lirik lagu negeri Kedah
=======================
Allah selamatkan Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata

lirik lagu negeri Pahang
=========================
Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami.

lirik lagu negeri Johor
==================
Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

lirik lagu negeri Terengganu
======================
Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman
Jika begitu, kenapa kecoh sangat.

Pemangku Raja terharu sambutan rakyat

Salmah Mat Husain

PENGKALAN CHEPA, 14 Jan: Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang ini penuh sesak dengan kebanjiran orang ramai bagi menyambut keberangkatan pulang Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.

Baginda tiba jam 4.28 petang dan ketika keluar dari bilik istirehat diraja, Pemangku Raja melambaikan tangan sambil mengucapkan terima kasih berulang kali kepada orang ramai.

Wajah Tengku Muhammad Faris jelas terharu dan kelihatan mengalir air mata dengan kehadiran rakyat jelata.

Baginda berpakaian baju Melayu berona merah terang.

Sebelum baginda berangkat ke istana, baginda dan pemimpin negeri mengaminkan doa dibaca Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Che Rahim Jusoh.

Keberangkatan pulang baginda disambut oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dun, Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Pengelola Istana D’raja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad bersama pegawai kanan istana juga kelihatan.

Dianggarkan lebih 5,000 berhimpun di terminal tersebut yang terdiri pelbagai lapisan rakyat. Turut kelihatan masyarakat Cina, India dan Siam.

Alim ulama termasuk pelajar pondok yang berpakaian jubah putih juga ramai. Anggota pasukan keselamatan yang diketuai Ketua Polis Kelantan, Datuk Rahim Hanafi mengawal keadaan.

Suasana agak tenang biar pun kesesakan berlaku di luar dan dalam bangunan terminal.

Turut dilihat banyak sepanduk yang bertulis ‘Rakyat Menjunjung Kasih dan Taat Setia Kepada Pemangku Raja’.

Ada juga sepanduk ‘Daulat Tuanku’ yang bertulis lambang Umno.

Difahamkan, sebaik tiba Pemangku Raja dijangka bertitah kepada orang ramai yang hadir menyambut keberangkatan baginda.

Pentas khas disediakan di luar bangunan terminal.

Orang ramai mulai tiba di lapangan terbang tersebut kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Ketika jam menghampiri 4 petang bilangan rakyat tambah ramai dianggarkan hampir 5,000 orang berkumpul di lapangan terbang.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu majlis sambutan Pemangku Raja dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama NGO.

Katanya, semua pegawai kerajaan negeri di peringkat jajahan, pihak berkuasa tempatan dan parti-parti politik turut menyambut keberangkatan pulang baginda bagi menzahirkan rasa kasih serta taat setia yang tidak berbelah bagi.

“Biar pun penerimaan rakyat terhadap baginda begitu baik, namun taat setia dari mereka dan kerajaan perlu diperjelaskan.

“Malam ini sekali lagi kita akan berhimpun di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V untuk menunaikan solat sunat hajat dan kita minta rakyat hadir pada majlis itu yang bermula solat Maghrib,” ujarnya.

Himpunan Menyambut Keberangkatan Pulang Pemangku Raja Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa

Himpunan Menyambut Keberangkatan Pulang Pemangku Raja Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa

JAM 2:00 petang ini dijangka ribuan rakyat Kelantan dari segenap lapisan akan membajir lapangan terbang Sultan Islam Petra di Pengkalan Chepa untuk menyambut keberangkatan pulang Pemangku Raja, Tengku Mohamad Faris Petra dari Kuala Lumpur.

Himpunan yang dianjurkan oleh satu jawatankuasa khas itu bagi menyatakan taat setia kepada Tengku Mohammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja. Acara itu difahamkan diadakan untuk menafikan mengenai usaha oleh pihak tertentu yang cuba menganggu tugas dan fungsi Tengku Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan yang sah.

Tengku Faris dilantik menjadi Pemangku Raja bagi menjalankan tugas-tugas raja atau sultan apabila ayahanda baginda Tengku Ismail Petra yang juga Sultan Kelantan kini dalam keadaan gering dan sedang dirawat di Singapura.

Turut sama akan membanjiri lapangan terbang itu petang ini ialah para pegawai kerajaan, Menteri Besar, ahli Exco dan wakil rakyat. Inilah himpunan seumpama itu pertama diadakan sejak meletusnya pergeseran antara pihak tertentu yang cuba mempersoalkan kedudukan Tengku Mohamad Faris Putera sebagai Pemangku Raja.

Semalam di Balai Islam telah berlangsung majlis penerangan berhubung perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan dan juga peranan serta fungsi Pemangku Raja. Lebih 3,000 terdiri dari pegawai kerajaan, pegawai lantikan politik, imam, pengawa dan penghulu hadir.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru orang ramai supaya memberi ketaatan tidak berbelah bagi kepada Tengku Mohammad Faris Putra sebagai Pemangku Raja.

Majlis semalam dan himpunan sambutan keberangkatan Tengku Faris petang ini adalah simbolik kepada sokongan dan taat setia kepada baginda untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pemangku Raja.

Pada sebelah mamnya juga akan diadakan solat hajat perdana di stadium Sultan Mohamad ke-IV untuk memohon kesejahtraan Sultan Kelantan dan juga keamanan negeri Kelantan. Solat hajat itu dijangka akan diimamkan sendiri oleh Tengku Mohamad Faris.

Sambutan hangat dan sokongan rakyat dengan menghadiri kedua-dua majlis itu menjelaskan bahawa rakyat Kelantan sepadu dan seiya dan sekata dalam memberi ketaatan kepada Pemangku Raja. Apa juga yang menjadi rahsia rakyat Kelantan menyanyangi dan sedia mentaati Pemangku Raja ialah kerana syakisah dan juga sifat baginda yang mengambil berat terhadap rakyat dan suka merendah diri.

Baginda juga seorang raja yang prihatin dan tidak mementingkan protokol di mana rakyat boleh berjumpa dengan baginda pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. [wm.kl. 10:30 am 14/01/10]
Posted by mso.im at 10:23:00 AM 0 comments
Labels: Sambutan - Pemangku Raja

5,000 Sambut Kepulangan Pemangku Raja Kelantan

KOTA BAHARU, 14 Jan (Bernama) -- Seramai 5,000 orang termasuk pemimpin politik diketuai Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat menyambut keberangkatan pulang Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Khamis.

Tengku Muhammad Faris Petra, yang menaiki pesawat khas dari Kuala Lumpur, tiba pada 3.45 petang.

Antara pemimpin Barisan Nasional yang hadir ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Balah Datuk Abdul Aziz Derashid dan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Nik Sapeia Nik Yusof.

Berpuluh-puluh sepanduk yang menyatakan sokongan kepada baginda dikibar di hadapan terminal lapangan terbang itu.

Majlis sambutan yang berlangsung selama 20 minit itu didahului bacaan doa.

Satu memorandum turut diserahkan oleh wakil Jawatankuasa Bertindak Rakyat Kelantan bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Pemangku Raja berikutan isu melibatkan Istana Kelantan sejak akhir-akhir ini apabila Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry mengeluarkan surat bertajuk 'Penyampaian Titah KDYMM Al-Sultan Kelantan' untuk melucutkan gelaran datuk terhadap beberapa tokoh yang menerima anugerah itu daripada Sultan Kelantan.

Ekoran itu, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamad, dilaporkan sebagai berkata, hanya Tengku Muhammad Faris Petra selaku Pemangku Raja berhak sepenuhnya menyampaikan titah sepanjang ketiadaan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra yang sedang dirawat di Singapura sejak Mei tahun lepas.

Abdul Halim berkata surat bertajuk 'Penyampaian Titah KDYMM Al-Sultan Kelantan' yang ditandatangani oleh Tengku Muhammad Fakhry adalah tidak sah manakala Tengku Muhammad Faris kemudiannya mengambil beberapa tindakan termasuk melakukan rombakan dan menggugurkan Tengku Muhammad Fakhry sebagai anggota Majlis Perajaan Negeri.



-- BERNAMA

Wednesday, January 13, 2010

Istana jumpa rakyat


SEBAHAGIAN daripada lebih 2,000 orang keluar dari Istana Balai Besar selepas majlis taklimat Istana Kelantan mengenai perundangan negeri, semalam.

Siri pertemuan beri penerangan mengenai kemelut institusi diraja Kelantan
KOTA BHARU: Istana Kelantan mula mengadakan siri pertemuan dengan rakyat bagi memberi penerangan dan gambaran jelas mengenai kemelut membabitkan institusi diraja negeri ini. Perjumpaan pertama diadakan dengan lebih 2,000 kakitangan kerajaan, termasuk imam serta penghulu di Istana Balai Besar di sini, kira-kira jam 2 petang semalam.
Majlis itu bermula dengan taklimat yang disampaikan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias serta Exco kerajaan negeri. Taklimat yang berakhir kira-kira jam 4 petang itu, turut dihadiri Ketua Polis negeri, Datuk Abd Rahim Hanafi. Dalam ucapannya, Abdul Halim mengingatkan rakyat Kelantan supaya tidak bercakap hal berkaitan istana di kedai kopi tanpa memahami secara mendalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, pemahaman undang-undang itu penting bagi membolehkan rakyat memahami keadaan semasa dalam institusi diraja, sekali gus mengelak salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian yang selama ini aman di bawah pemerintahan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. "Tidak elok bercakap mengenai istana di kedai kopi.
Jangan cakap sebarangan untuk mencari publisiti murahan serta mengambil kesempatan mencari populariti secara menyinggung perasaan orang lain. "Pemerintahan Kesultanan Kelantan sudah melalui beberapa proses pemodenan dan antara yang terpenting ialah kewujudan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, yang membuktikan kesedaran undang-undang dan peraturan bagi menjamin kesejahteraan rakyat serta pemerintahan. "Akibat segelintir rakyat tidak memahami dengan mendalam mengenai undang-undang ini, ia mengundang tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, yang memberi kesan terhadap keharmonian negeri ini," katanya.

ABDUL Halim menyampaikan taklimat bagi pihak istana kepada kakitangan kerajaan yang hadir di Istana Balai Besar dekat Kota Bharu, semalam.

Minggu lalu, Abdul Halim dalam kenyataannya menjelaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan tidak memberi sebarang kuasa kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, campur tangan dalam urusan istana dan kerajaan negeri seperti kuasa dimiliki Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.
Kenyataan itu, sekali gus menafikan peranan Tengku Temenggong yang mendakwa mendapat perkenan Sultan Kelantan untuk bertindak bagi pihak baginda yang menjalani rawatan di Singapura. Tahun lalu, Tengku Temenggong turut mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris yang juga kekanda sulungnya, kerana membatalkan keahliannya dalam Majlis Perajaan Negeri.
Sementara itu, Mohd Aiseri dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri akan memberi penerangan mengenai isu semasa dalam negeri kepada kakitangan kerajaan dari semasa ke semasa. "Ini bagi mengelakkan kekeliruan disebabkan oleh unsur yang tidak bertanggungjawab sehingga timbul keadaan tidak diingini di negeri ini. "Oleh itu, saya meminta kakitangan kerajaan negeri supaya berinteraksi di kalangan mereka secara manfaat dengan menumpukan kepada perkara yang mustahak saja," katanya. Imam Mukim Kedondong Pasir Mas, Wahid Hassan, 45, yang ditemui selepas majlis itu pula berkata taklimat itu membuka pemikiran rakyat mengenai keadaan sebenar dalam institusi diraja negeri ini.
"Maklumat mengenai keadaan sebenar dalam negeri sekarang akan disampaikan kepada anak mukim," katanya yang menerima jemputan menghadiri taklimat menerusi Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Pekerja am, Nazri Yusof, 33, berkata usaha Pejabat Sultan Kelantan mengadakan taklimat itu boleh menjernihkan kembali keadaan di negeri ini.
Beliau yang mendapat arahan daripada ketua jabatan bagi mengikuti taklimat itu, mengakui ramai tidak tahu mengenai perundangan tubuh kerajaan negeri dan penerangan berhubung isu itu sedikit sebanyak dapat memberi mereka gambaran mengenai perkara sebenar.

Tuesday, January 12, 2010

UMNO KELATE TAK SIR ROYALTI.

Pusat tidak layan tuntutan royalti minyak K'tan
Jan 12, 10 11:28am

Kerajaan pusat tidak bercadang membuat kajian atau melayan tuntutan baru kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti
minyak kononnya hasil itu diperoleh dari kawasan sempadan negeri itu dengan Terengganu kerana tuntutan itu dianggap tidak berasaskan kenyataan.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berkata tindakan kerajaan negeri mengemukakan tuntutan itu hanya merupakan satu usaha PAS mencipta isu baru bagi mengubah pandangan rakyat setelah gagal dalam tuntutan awalnya.

Mustapa, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa semalam bahawa kerajaan Kelantan telah mengemukakan tuntutan royalti minyak yang baru melibatkan kawasan sempadan negeri itu dan Terengganu.

Menurut Husam, tuntutan itu melibatkan sebuah pelantar, dikenali pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984, terletak bersempadan antara Kelantan dan Terengganu dan sejak itu, jumlah royalti diperoleh oleh kerajaan pusat ialah RM9.7 bilion.

Dalam kenyataannya di Kota Bharu, Mustapa berkata tindakan kerajaan negeri Kelantan itu bertujuan meraih simpati rakyat untuk menyokong perjuangan PAS dalam tuntutan itu.

Kerajaan pusat telah menolak tuntutan royalti oleh kerajaan Kelantan dengan alasan minyak yang diperoleh adalah di luar kawasan perairan negeri itu. Bagaimanapun, kerajaan pusat menawarkan wang ehsan bagi membantu rakyat negeri itu.

Mustapa berkata kerajaan pusat sedang berbincang dengan pihak berkaitan bagi memastikan wang ehsan yang akan diberikan itu dapat diagihkan kepada rakyat dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, tindakan kerajaan dalam menangani isu itu menunjukkan kerajaan BN tidak zalim dalam memenuhi kepentingan rakyat dan ini selaras dengan hasrat kerajaan merealisasikan program "Juara Rakyat".

Mustapa juga berkata badan perhubungan Umno Kelantan akan memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan gerakan penerangan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.

Beliau berkata sebelum ini Umno tidak begitu menekankan gerakan penerangan dalam kalangan rakyat menyebabkan mereka mudah terkeliru dengan isu dan dakyah yang ditaburkan oleh pembangkang.

Mengenai pergolakan dalaman yang berlaku dalam Umno bahagian Rantau Panjang, Mustapa berkata, isu itu sudah diselesaikan apabila kedua-dua pihak terbabit bersemuka dan bersetuju untuk berdamai demi perpaduan dalam parti itu.

Mustapa Khianati Kelantan

Wang Ehsan diguna untuk kempen Umno Juara Rakyat

26 Muharram 1431H
Email : Herman Samsudeen

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai pengkhianat kepada rakyat Kelantan dan Sultan kerana enggan memperjuangkan isu Royalti Minyak untuk negeri berkenaan.

Kenyataan Mustapa bahawa tuntutan Kerajaan PAS Kelantan terhadap hasil minyak yang diperoleh di pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984 tidak berasaskan kenyataan merupakan satu penafian yang nyata untuk kali kedua.

Sebelum ini beliau juga menafikan hak Kelantan terhadap minyak yang diteroka di kawasan Kawasan bertindih atau di kenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand.

Penafian beliau ini tidak selari dengan fakta Jabatan Perangkaan Negara yang melaporkan pada 2004 bahawa Kelantan bersama negeri Terengganu dan Sabah telah mengeluarkan minyak bernilai lebih dari RM 46 Billion (Nilai Kiraan Kasar) iatu 76 peratus dari nilai keseluruhan minyak dalam negara.

Fakta itu jelas menyatakan bahawa minyak dari Kelantan telah diambil oleh Petronas, tetapi kenapa masih dinafikan oleh Mustapa.

Pemberian wang ehsan, membuktikan bahawa kerajaan BN dan Umno di Kelantan berdendam dengan rakyat dan Sultan kerana sudah 20 tahun menolak BN. Ketika PAS Menang di Terengganu pada tahun 1999, serta merta Kerajaan BN menarik balik wang royalti dan mengantikannya dengan wang ehsan sebagai satu hukuman kepada rakyat Terengganu yang memilih PAS. Baru-baru ini selepas BN berjaya menguasai Terengganu untuk penggal kedua, BN mulai cuba merubah taraf perjanjian itu kepada wang royalti semula.

Paling tidak disukai rakyat, wang ehsan yang selama ini diberikan telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan, bukan kepada Kerajaan Negeri.

Hal sama akan berlaku di Kelantan jika wang ehsan diberikan. Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan yang merupakan 'Kerajaan Hantu BN' di Kelantan akan bermaharajalela mengunakannya untuk meraih sokongan rakyat sebagai persiapan pilihanraya akan datang.

Kenyataan Mustapa bahawa Kerajaan BN menawarkan wang ehsan hanya kerana ingin menolong rakyat Kelantan yang tidak layak menerima royalti lantaran tiada minyak dikeluarkan merupakan satu pembohongan yang besar. Jika benar BN ingin tolong rakyat kenapa dinegeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang jelas tiada minyak tidak diberikan wang ehsan?

Kenyataan Mustapa yang mengakui bahawa wang ehsan itu akan dipergunakan sepenuhnya untuk kempen 'Umno Juara Rakyat' menjelaskan lagi bahawa inilah agenda sebenar mereka hingga sanggup mensabotaj Kerajaan PAS yang dipilih rakyat Kelantan.

PAS mendesak supaya rakyat Kelantan terus menolak Umno, dan bangkit untuk menuntut hak mereka dalam bentuk royalti, bukannya wang ehsan. Mustapa dan Umno merupakan pengkhianat rakyat bukan juara rakyat! kembalikan hak rakyat!

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Umno Rantau Panjang golak lagi, ketua didesak berundur

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Dis 13 — Umno Rantau Panjang bergolak kembali dengan sebahagian ahli jawatankuasa bahagian itu mendesak Ketuanya Abdullah Mat Yasin supaya melepaskan jawatannya segera.

Desakan itu dibuat ekoran kegagalannya merungkai kemelut yang dihadapi sejak setahun lalu.

Antara punca kemelut mengundang rasa tidak puas hati ialah pemecatan 34 penghulu di bahagian tersebut tanpa sebarang notis.

“Anehnya, tiba-tiba kini dilantik penghulu baru,” kata seorang ahli jawatankuasa Yaacob Junoh kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan pemecatan 34 penghulu terbabit berlaku pada Jun 2008.

Sebelum ini pimpinan Umno di peringkat cawangan bahagian tersebut pernah mengancam untuk keluar parti atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Yaacob berkata desakan itu bukan sahaja merujuk kepada masalah pemecatan penghulu tetapi juga mesyuarat bahagian sah gagal dilaksanakan sehingga sekarang.

“Kita menggesa dan bersedia untuk mengadakan pemilihan semula,” jelasnya di samping menyifatkan desakan itu adalah satu cara bagi memastikan pemilihan dilakukan dengan telus dan Umno Rantau Panjang tidak terus diancam dengan konflik dalaman.

Konflik Umno Rantau Panjang bermula sejak setahun lalu apabila kesahihan pelantikan Abdullah sebagai ketua bahagian dipertikai kerana dikatakan tidak dipilih melalui persidangan perwakilan bahagian.

Sebelum itu jawatan ketua bahagian disandang Datuk Mohd Zain Ismail.

Mohd Zain digantung jawatannya selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno atas kesalahan cuba mensabotaj parti pada pilihan raya umum 2008.

Turut diragui ialah pelantikan timbalan ketua bahagian serta ketua Pemuda dan Wanita.

Dalam reaksi segera Abdullah menyifatkan mereka sebagai golongan yang bersifat tidak puas hati.

“Saya sendiri pun tidak faham apa sebenarnya yang mereka mahukan.

“Segala-galanya dilakukan mengikut prosedur,” jelasnya semasa dihubungi.

Turut dinafikan Abdullah ialah dakwaan kononnya mesyuarat bahagian tidak dilaksanakan sehingga kini.

“Mustahil semuanya... jika tidak melaksanakan apa yang didakwa mereka itu masakan pentadbiran Umno bahagian (Rantau Panjang) terus berjalan dengan baik,” katanya.

Dalam nada yang sinis Abdullah berkata beliau sungguh hairan kerana selepas sekian lama terlibat dalam perjuangan parti, mereka masih gagal memahami perkara berkenaan.

Sebelum ini, bekas Penyelia Pembangunan Mukim Wan Yaacob Wan Ismail mendakwa pernah memaklumkan kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Mustapa Mohamad serta timbalannya, Datuk Dr Awang Adek agar menyelesaikan segala kemelut dalam Umno bahagian berkenaan.

Namun sampai sekarang tiada sebarang perubahan, kata beliau.

Sunday, January 10, 2010

Saifuddin Nasution dilantik Setiausaha Agung PKR baru

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggantikan Datuk Salehuddin Hashim.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perlantikan Saifuddin telah diterima dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti, semalam.

Katanya, pada mesyuarat itu, antara perkara lain yang dibincangkan ialah isu perletakan jawatan setiausaha agung, Datuk Salehuddin Hashim.

“Dengan berat hati, kami menghormati keputusan beliau dan menerima perletakan jawatannya mulai 31 Januari 2010,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Bagi pihak parti, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Salehuddin atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai setiausaha agung sejak April 2008 dan juga sebagai setiausaha pengelola dari tahun 2004 hingga 2008.

“Memandangkan masa peralihan yang pendek serta tugas-tugas penting yang perlu dijalankan segera, saya telah melantik Saifuddin Nasution sebagai setiausaha agung baru dan perlantikan beliau telah diterima Majlis Pimpinan Pusat semalam,” katanya.

Friday, January 8, 2010

DEMO MESIR



"Walaupun kami sedang di kepung oleh Tentera Zionis Israel di Segenap sudut dan menghadapi ujian yg amat getir, namun kami amat yakin dengan janji2 Allah SWT terhadap mereka yg berjuang serta membela bumi suci Palestine dan Masjid Al-Aqsa"- Khaleed Mishaal (Biro Politik Hamas)

Isu Royalti Petronas : Latiif Berunding Dengan Hassan Marican

KETUA Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman akan menemui Ketua Eksekutif Petronas, Hassan Marican petang ini untuk berunding berhubung tuntutan royalti petroleum bagi negeri Kelantan.

Latiff yang juga Adun Mengkebang dipercayai akan membentang hujah-hujah tuntutan royalti untuk Kelantan yang selama ini dinafikan oleh Petronas.

Ikut sama dalam pertemuan dan rundingan peringat nasional itu ialah dua anggota Exco Kelantan, bekas Pengarah Urusan MAS yang juga seorang peguam berpengalaman, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan penasihat undang-undang negeri Kelantan.

Adalah dipercayai Latiff akan membuat sidang media selepas perundingan itu bagi menjelaskan kedudukan dan hasil pertemuan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Dewan Pemuda Pas Kelantan yang dipimpin Abdul Latif telah mengarahkan anggota Exconya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman agar rihat daripada tugasnya atas alasan menantu Menteri Besar Kelantan masih belum menyelesaikan masalah dihadapinya.

Arahan itu dibuat oleh Abdul Latiff dalam mesyuarat Dewan Pemuda Pas Kelantan di Kota Bharu kelmarin. Dengan arahan itu Abdul Ariffahmi tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat dan menyertai mana-mana aktviti anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Seperti mana umum mengetahui Abdul Ariffahmi yang juga CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah menjadi topik perbualan hangat di Kota Bharu apabila ada usaha pihak tertentu untuk menyingkirkannya dari kedudukan itu. Rancangan menyingkrikan Ariffahmi dibuat secara teracang dengan menaburkan fitnah kononya beliau terlibat dengan rasuah. [wm.kl. 8:00 am 08/01/10]

Lebih 1000 orang berhimpun bantah Mesir

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Lebih seribu orang berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu bermula di perkarangan Kompleks Tabung haji selepas solat Jumaat tengahari tadi dan seterusnya berarak ke Kedutaan Mesir.

Perarakan diketuai Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Himpunan kali ini bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Laungan takbir dan 'Hhidup Islam', 'Hancur Yahudi, 'bebasPalestin,bebas Al Aqsa, 'hancur Hosni Mubarak' bergema dalam perarakan itu.

Mereka ketika ini sedang menunggu untuk menyerahkan memorandum kepada wakil Kedutaan Mesir sambil menyanyikan lagu Al-Amalulillah dengan penuh semangat.

Kelihatan pihak keselamatan mengawal baik himpunan dengan menjaga lalu lintas untuk memberi laluan kepada peserta himpunan.

Manakala pasukan Unit Amal menjadi barisan hadapan dan menjaga keselamatan peserta himpunan.

DPPP meminta pihak Kedutaan membenarkan lima wakil mereka masuk untuk meyerahkan memorandum namun hanya empat orang sahaja yang dibenarkan masuk.

Mereka ialah Salahudin, Nasrudin, Timbalan DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.

Memorandum berkenaan berjaya diserahkan kepda Duta Mesir,Hani Abdel Kader Ahmed sendiri.

Himpunan bersurai jam 3.30 petang tadi dalam keadaan aman.

Polis Paris siasat Najib?

Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.
Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.
Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.

Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.
"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.
"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.
Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib.
Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau.
Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu.
Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.
Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya .
Bala kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM.
Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=1592