Pages

Saturday, May 22, 2010

Kelantan perkenal program 'pondok pelancongan'

2010/05/22
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memperkenalkan program perumahan bagi menempatkan penduduk tempatan atau dari luar negeri yang berkonsepkan "pondok pelancongan", kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, program baru itu berbeza dengan inap desa kerana penghuni boleh membeli dan mendiaminya dengan harga berpatutan untuk menuntut ilmu agama sebagai pemastautin tetap di situ sehingga ke akhir hayat.
Bagaimanapun, peserta tidak boleh menjadikan harta yang dimiliki dan dibeli itu sebagai pusaka apabila meninggal dunia.
"Rangka pelan pembangunan projek itu sedang diperincikan sebelum dilaksanakan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas merasmikan perayaan Hari Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Balai Islam, Lundang.

Nik Aziz berkata, tanah bagi tapak pembinaan projek itu sudahpun dikenal pasti di Kampung Kandis, Bachok, tetapi keluasan dan kos pembinaan sedang diperincikan.

Selain itu, beliau juga bercadang memasukkan Pasti dalam kalendar lawatan ke Kelantan bagi membolehkan masyarakat dari luar negeri ini mempelajari kaedah pembelajaran dan pengajaran di pusat asuhan itu.

Nik Abdul Aziz turut meminta dermawan supaya menghulurkan sumbangan kepada Pasti bagi membantu pusat itu menjalankan aktivitinya. - Bernama

Monday, May 3, 2010

BN Tak Mampu Perintah MALAYSIA - Serah Wilayah Kepada Brunai

Serah wilayah: Husam mahu penjelasan Najib
Harakahdaily
KOTA BHARU, 3 Mei: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak digesa menjelasakan kepada rakyat berhubung bagaimana kabinet Malaysia pada 11 Februari 2009 bersetuju menyerahkan sempadan laut yang mempunyai medan minyak blok L dan M kepada negara Brunei.

Dalam surat terbuka yang penuh persoalan kepada Najib, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa turut mempersoal, kenapa Malaysia terlalu mudah melepasakan dua blok minyak di kawasan bertindih itu.

"Jika kita tidak mempunyai hak ke atasnya sama sekali, bagaimana Brunei boleh mengizinkan kita terlibat sama dalam perkongsian pengeluaran bagi kedua-dua blok itu dalam tempoh empat puluh tahun?

"Mengapa pula sebelum ini kita telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Murphy Oil jika kita tidak yakin ia adalah milik kita?

"Bukankah selama ini kawasan ini dalam perairan kita dan tiba-tiba kita tidak mempunyai asas yang kukuh untuk terus memilikinya?" soalnya dalam surat tersebut.

Dua blok minyak itu dulunya adalah milik Petronas dan Petronas telah pun menganugerahkan konsesi kawasan ini untuk pengeluaran kepada Petronas Carigali dan Murphy Oil sejak 2003 dan berkuatkuasa bulan April tahun ini, perjanjian konsesi berkenaan terpaksa ditamatkan.

Husam yang juga AJK PAS Pusat turu mempersoal, kenapa tiada penjelasan parlimen dibuat dan rakyat pula tidak dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat kerajaan itu.

Menurutnya, segalanya terbongkar hanya apabila Murphy Oil kepada NYSE membuat kenyataan selepas konsensinya dibatalkan.

"Rakyat berhak untuk tahu apakah sebab politik mendesak sehingga keputusan seperti itu dibuat.

"Adakah ia semata-mata untuk menyenangkan hati Perdana Menteri waktu itu dan seluruh Kabinet menerima keputusan ini walau pun ianya merugikan negara?" soalnya lagi.

Penyerahan itu juga jelas Husam menimbulkan keraguan terhadap tahap tanggungjawab pemimpin negara, bahkan tahap kemampuan mereka membuat keputusan untuk kepentingan negara dengan wajar dan tepat.

"Jika sebiji pulau kecil sebesar Batu Putih kita perjuangkan hingga saluran terakhir, mengapa wilayah sebesar dan sekaya itu kita lepaskan sebegitu mudah?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mendedahkan perkara itu mendakwa jumlah kerugian akibat penyerahan itu dalam bentuk perolehan adalah AS$100 bilion (RM320 bilion).
Next >

Saturday, May 1, 2010

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR DI SEBUAH NEGERI



Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan.

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu.

MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.