Pages

Saturday, September 25, 2010

SULTAN SULU ‘BERISTANA’ DI RUMAH MERAH?


Oleh: DATU BAKHTIYAL DATU LADJASABAH

SULTAN Mohammad Aidal M.Ali-Uddin yang ditabalkan sebagai Sultan Tawi-Tawi pada 5 Mei 2000 di Bongao, Tawi-Tawi Filipina; yang kononnya bersaudara dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah kini di tahan di Rumah Merah, Kimanis, Papar Sabah atas kesalahan Imigresen oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan.
Menurut sepupunya, Siti Kanapiya Salip Tuanku @ Fatima Binti Bungawan, Sultan Mohammad Aidal telah ditahan di Pusat Tahanan Sementara Kimanis sejak tiga bulan lalu atas kesalahan imigresen, namun menyifatkan penahanan sepupunya ada kaitan dengan perasaan dengki, dendam dan fitnah pihak tertentu yang turut merebut takhta Kesultanan Sulu.
“Tolonglah bebaskan dia dan kami akan bawa dia pulang ke Filipina. Dia sudah lumpuh sebelah badan kena stroke. Kesian dia tidak boleh bergerak sendiri. Dia tidak mendatangkan ancaman kepada sesiapa. Tolonglah,” kata Fatimah yang memberi jaminan akan menghantar Mohammad Aidal sehingga ke Filipina.
Menurut Fatimah, isteri Mohammad Aidal, Hajjah Fatima Jahra Ali-Uddin tinggal bersamanya setelah memperbaharui pas lawatan baru-baru ini turut merayu ehsan Sultan Brunei yang mengaku bersaudara dengan suaminya, namun tidak mendapat sebarang respon positif.
Editor Sabahkini.net turut menghantar SMS dan email kepada Pengarah Task Force, Datuk Misri Barham berhubung isu berkenaan, namun tidak mendapat sebarang jawapan atau ulasan.
Dalam pada itu, menurut siasatan Sabahkini.net, Sultan Mohammad Aidal dikategorikan ramai pewaris sebagai Sultan Palsu kerana beliau hanyalah anak angkat kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila.
Mengikut salah seorang waris keluarga Maharajah Adinda iaitu Datu Ali Aman, pada suatu ketika dahulu, rumah kediaman Datu Aidal yang terletak berhampiran dengan rumah beliau di Kampung Likas telah terbakar sehingga ranap pada tahun 70-an.
Beliau (Aidal) yang ketika itu tidak mempunyai sebarang keterangan diri telah datang kepada Datu Aliuddin dan merayu untuk mengambilnya sebagai anak angkat dan seterusnya memudahkan beliau mendapat pampasan bagi rumahnya yang terbakar itu serta memudahkannya mendapat kerakyatan di negara ini.
Pada tahun 1980-an, Datu Aliuddin telah menuntut haknya sebagai pewaris kesultanan Sulu dan telah menghantar Pulau Janggi (Sepong Janggi), Cop Mohor dan bukti-bukti lain ke Muzium Negara Brunei.
Perjuangan beliau ini telah heboh satu Malaysia kerana dengan rasa bangga teringin menuntut hak itu dengan menunjukkan Pulau Janggih yang kononnya dihantar ke Muzium Brunei. Akan tetapi Pulau Jangginya itu bukanlah yang asal kerana bentuknya yang ganjil dan tidak menyerupai Pulau Janggi yang asli (bentuknya seperti buah jambu batu).
Hari demi hari dia terus rakyat Sulu dan Rakyat Malaysia dengan menjual ‘Kad Pengenalan Projek’ dengan harga yang tinggi semata-mata untuk kepentingan beliau sendiri hingga mencemarkan nama baik Kesultanan Sulu.
Disamping itu, semasa perlantikannya sebagai Sultan, seorang ahli perniagaan (namanya dirahsiakan) di Sulu telah muflis akibat penipuannya yang telah menghutang 5 ekor lembu ternakan yang kononnya di jadikan santapan untuk tetamu yang hadir dan yang lebih memalukan lagi ahli perniagaan tersebut telah meninggal dunia tanpa mendapat bayaran dari hutang lapuk Datu Aidal.
Selepas Pelantikannya sebagai Sultan yang tidak berdaulat itu, beliau telah lari ke Sabah untuk melindungi dirinya dari terus diburu akibat penipuannya sendiri. Penipuan beliau terbongkar apabila seorang penduduk (namanya dirahsiakan) dari kampung beliau telah mendedahkan semua butir-butir diri Datu Aidal termasuk ayahnya yang sebenar bernama Wahiddun dan ibunya bernama Milling yang tinggal di Tawi-tawi, Sulu.
Namun menurut Asreemoro, orang yang menghantar Barang Pusaka ke Muzium Brunei bukanlah Sultan Mohammad Aidal sebaliknya Datu Aliuddin Bin Datu Mohammad Sie/She.
Datu Aliuddin telah menghantar ‘Barang Pusaka Diraja Kesultanan Sulu’, iaitu ‘Pulau Janggi’ Atau ‘Sepoh/Sepong Janggi’ ke Muzium Brunei pada tahun 1978 untuk disimpan dengan selamat di Brunei. Barang tersebut juga telah diuji dan telah disahkan ketulenannya oleh pihak Muzium Brunei pada tahun 1978.
Barang Pusaka Diraja Kesultanan Sulu itu adalah satu-satunya ‘TANDA’ yang membuktikan bahawa Darah Waris Kesultanan Sulu (*Mulai dari Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I) adalah berasal dari darah Diraja Kesultanan Brunei (Sultan Mohammad Hassan, Sultan Brunei ke-9).
Barang Pusaka ini telah turun temurun diamanahkan dijaga dan disimpan oleh Keluarga Maharajah Adinda sahaja (*Bukannya oleh Keluarga Kiram ataupun oleh Keluarga Shakiraullah-Pewaris Pertama), dengan matlamat sebagai ‘BUKTI’ yang Pewaris Kedua mempunyai HAK yang sama dalam Kesultanan Sulu.
Kata Asree, Perlu diingat bahawa Kesultanan Sulu dipunyai oleh ‘Dua Pewaris’ (*Pewaris Pertama-Lambang Keris dan Pewaris Kedua-Lambang Tombak/Bujjak dalam Bendera Kesultanan Sulu).
Ini bermakna, sekiranyapun pewaris pertama telah ‘Menandatangani’ sebarang Perjanjian penyerahan Kuasa atau Wilayah Kesultanan Sulu pada masa lalu, ianya masih boleh dianggap ‘Tidak Sah’, kerana satu pemiliknya (Pewaris Kedua) tidak terlibat menandatangani (Initial) penyerahan tersebut.
Inilah niat para Sultan-sultan Kesultanan Sulu, agar pada masa hadapan Kesultanan Sulu tidak akan ‘Hilang’ Di Dunia.
Menurut kajian daripada Internet, Waris Kesultanan Sulu merupakan saudara kepada Kesultanan Brunei. Sultan Mohammmad Hassan, Sultan Brunei ke-9, telah menyerahkan satu ‘Lambang Pusaka’, iaitu belahan biji benih Coco De Mer, yang dipanggil di Sulu sebagai ‘Pulau Janggi’ dan di Brunei sebagai ‘Sepong/Sepoh Janggi’.
Pulau Janggi ini telah diberikan kepada Putera Bongsu/Pangiran Shahbandar Maharajalela, yang telah dihantar untuk menjadi Sultan Sulu sekitar tahun 1600 dengan gelaran Sultan Mawalil Wasit I.
Pulau Janggi @ Sepoh Janggi (Coco de Mer) ini hanya diamanahkan kepada Keluarga Maharaja Adinda, bukan kepada Keluarga Kiram atau Shakiraullah. Ini bertujuan sebagai bukti akan kesahihan hak pewaris kedua sebagai pewaris dan penyambung kepada Kesultanan Sulu (The Heirs and Successors).
Juga merupakan pewaris yang sememangnya berkelayakan sepenuhnya untuk menuntut hak ke atas Wilayah dan Harta Milik Kesultanan Sulu iaitu sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi kepada Sultan Sulu daripada ‘Pewaris Pertama’.
Pulau Janggi @ Sepoh Janggi ini telah dipulangkan ke Muzium Brunei oleh Pewaris Maharajah Adinda yang bernama Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Syeikh pada 4 Mei 1978 dan telah disahkan kebenarannya oleh Pengarah Muzium Brunei pada masa itu. Pihak Muzium Brunei telah mengesahkan ketulenan Barang Pusaka tersebut dan mengesahkan hanya ‘Pewaris Kedua’ sahaja yang berhak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu yang telah kosong pada hari ini.
Perkataan Pewaris Raja Kedua (The second heir-apparent) iaitu panggilan Maharaja Adinda atau Arinda ini ada disebut oleh Prof. Cesar Adib Majul dalam bukunya Muslims in the Philippines mukasurat 393 dan dalam buku terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka ‘Islam di Filipina’ oleh Shamsuddin Jaafar, pada mukasurat 486.
Perkataan ‘Maharajah Adinda’ tersebut juga ada ditulis oleh Pehin Dato' Dr. Mohd. Jamil Al-Sufri (Pengarah Pusat Sejarah Brunei) dalam bukunya Tarsilah Brunei II, iaitu pada lampiran 251, dan dalam buku ‘Ang Philipinas’ -ARMM Edisyon, pada mukasurat 37.
Selain itu, penulis Rita Turban dari Filipina juga ada menulis artikel tentang kewujudan keluarga Maharajah Adinda ini.
Kewujudan dua waris Kesultanan Sulu ini juga ada dilambangkan di dalam bendera Kesultanan Sulu. Pewaris Pertama dilambangkan dengan lambang Keris Lurus. Dan Pewaris Kedua dilambangkan dengan lambang Tombak atau Bujak.
Kedua waris-waris ini adalah zuriat dari Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat @ Pangeran Bakhtiar ibni Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I, yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga 1732.
Putera Sultan Badaruddin-I yang sulung, (iaitu dari isteri pertamanya seorang gadis dari Soopeng @ Soppeng, Sulawesi), telah diberi nama Datu Lagasan. Setelah menaiki takhta Kesultanan Sulu, baginda menggunakan nama Sultan Azimuddin atau Sultan Alimuddin-I. Namun selepas Pembaptisan baginda oleh padri-padri Spanyol di Manila sekitar tahun 1750, baginda telah menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin (The Christian Sultan of Jolo).
Jika mengikut hukum undang-undang kerajaan kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin /Alimuddin @ Don Fernando de Alimuddin dan keturunannya ini telah termansuh lantaran Pembaptisan baginda itu ke agama kristian.
Putera Sultan Badaruddin-I yang kedua, iaitu dari isteri keduanya (adalah merupakan seorang puteri dari Raja puak Tidung atau Tirun di Borneo), diberi nama sebagai Datu Bantilan. Semasa kekandanya Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I menjadi Sultan, beliau dilantik sebagai raja muda dan dipanggil sebagai Raja Muda Datu Bantilan.
Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya Raja Muda Datu Bantilan.
Dengan sokongan beberapa rakyat Sulu serta orang-orang yang setia kepada Raja Muda Datu Bantilan, mereka telah pergi bertemu Sultan Azimuddin-I. Dalam perbalahan itu, Raja Muda Datu Bantilan telah melontarkan tombak dan telah terkena kaki kekandanya Sultan Azimuddin-I (yang melontar ialah hulubalang Raja Muda Datu Bantilan dan ini diakui sendiri oleh Raja Muda Datu Bantilan @ Sultan Muezuddin itu kemudiannya).
Bagi mengelakkkan perbalahan itu berpanjangan, akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri serta beberapa orang pengikutnya yang setia telah bertolak ke Zamboanga, dan kemudiannya ke Manila.
Di Manila, baginda dan rombongannya diberi sambutan dan layanan yang baik oleh para pegawai Spanyol dan para Jesuit Kristian. Mungkin baginda tidak menyedari bahawa kebaikan yang diberikan oleh pihak Spanyol kepadanya adalah sebagai satu muslihat. Dengan kedudukan baginda sebagai Sultan Sulu, maka mereka bolehlah menyebarkan doktrin agama Kristian terhadap rakyat Sulu.
Semasa ketiadaan Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu dan rakyat Sulu telah bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu dengan gelaran sebagai Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748 sehingga 1763.
Di masa zaman pemerintahan Sultan Bantilan Muizzuddin inilah sistem pemerintahan Kesultanan Sulu agak lebih teratur dengan ketersusunan para kabinetnya dengan jawatan yang mereka sandang.
Mengikut rekod, Sultan Bantilan ini pernah melawat ke negara China untuk berjumpa dengan Maharajah China dan baginda adalah satu-satunya Sultan Sulu yang menghadiahkan secupak tanah dari Sulu sebagai kenangan dari kerajaan Kesultanan Sulu untuk Kerajaan Kayangan China.
Selepas pemerintahan Sultan Bantilan, takhta kesultanan Sulu diberikan kepada anandanya yang kemudian bergelar Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II. Baginda memerintah dari tahun 1763 sehingga 1764 buat kali pertama. Selepas itu takhta diberikan kepada Sultan Israil ibni Sultan Azimuddin-I, yang memerintah dari tahun 1764 sehingga 1768. Pada tahun 1768 hingga 1789 Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II menaiki takhta Kesultanan Sulu semula untuk kali ke-2.
Pada zaman pemerintahan Sultan Azimuddin-III ibni Sultan Sharafuddin, putera Sultan Azimuddin-II yang bernama Datu Bantilan (seperti nama datuknya) telah dilantik menjadi Raja Muda Sulu dan dipanggil sebagai Raja Muda Datu Bantilan.
Selepas Sultan Azimuddin-III menduduki takhta Kesultanan Sulu selama 40 hari, baginda telah mangkat kerana tularan wabak penyakit cacar yang begitu menular pada masa itu. Ketika itu ramai datu-datu Sulu telah melarikan diri dari Sulu untuk mengelakkan dari dijangkiti penyakit tersebut. Khabarnya Raja Muda Datu Bantilan turut melarikan diri ke wilayah Borneo Utara (Sabah).
Setelah wabak reda, Raja Muda Bantilan kembali semula ke Sulu untuk menduduki takhta tersebut kerana beliau adalah Raja Muda sebelum itu. Malangnya takhta Sulu telah diduduki oleh saudara kepada Sultan Azimuddin-III yang menggelarkan dirinya sebagai Sultan Aliuddin. Inilah penyelewengan pertama oleh keluarga pewaris pertama ke atas sistem Protokol Diraja atau ‘Tartib Kesultanan Sulu’.
Raja Muda Datu Bantilan cuba berusaha untuk merampas kembali takhta Sulu yang sepatutnya milik beliau. Maka pada tahun 1808, beliau bersama dengan 500 orang pengikutnya telah menyerang istana Sultan Aliuddin. Tetapi, beliau tidak berjaya kerana Sultan Aliuddin mempunyai sokongan yang kuat pada masa itu.
Sebelum kemangkatan Raja Muda Datu Bantilan pada tahun 1812, beliau telah mengamanahkan kepada putera sulungnya Datu Aranan atau Adanan untuk mengambil kembali takhta Kesultanan Sulu yang sepatutnya milik Pewaris Kedua.
Dalam usaha beliau menuntut kembali takhta Sulu, Datu Aranan telah mendapat sokongan dari pihak British pada 1814, kerana beliau telah dianggap sultan oleh pihak British ketika itu. Sir John Hunt adalah merupakan seorang ejen British yang sering berurusan dengan Datu Aranan.
Namun hanya selepas pemerintahan Sultan Pulalun ibni Sultan Jamalul Kiram-I iaitu pada tahun 1862, barulah takhta Kesultanan Sulu diberikan secara mutlak kepada Datu Aranan.
Baginda kemudiannya menaiki takhta dengan gelaran Maharajah Arinda/Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo. Malangnya kerana umur yang lanjut, selepas seminggu sahaja di atas takhta, baginda kemudiannya memberikan takhta Kesultanan Sulu kepada putera Sultan Pulalun yang bernama Datu Jamalul-A’zam @ A'lam.
Lantaran tempoh masa menduduki takhta oleh Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/ Adanan Puyo ini adalah singkat dan tidak memenuhi protokol/Tartib (iaitu seorang Sultan Sulu sekurang-kurangnya menduduki takhta selama 40 hari, sepertimana Sultan Azimuddin-III pada tahun 1808), sebab itu nama baginda tidak disenaraikan di dalam ‘Salasilah Sulu’.
Di masa perletakan takhta oleh Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo ini, takhta Sulu menjadi rebutan antara Datu Jamalul A’zam @ A'lam dan Datu Daniel (Ahli kabinet Majlis Diraja Sulu yang berjawatan sebagai Datu Amir Bahar).
Namun, di atas kuasa dan pengaruh dan sokongan Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo pada masa itu, akhirnya takhta telah dapat diberikan kepada Datu Jamalul A’zam @ A'lam, yang menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan menggelarkan diri sebagai Sultan Jamalul A’zam @ A'lam.
Tidak beberapa lama setelah menyerahkan takhta Kesultanan Sulu kepada Sultan Jamalul A’zam @ A'lam, Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/ Adanan Puyo ini telah berhijrah ke Pulau Siasi dan menetap di sana.
Sehingga kini, makam baginda masih boleh dilihat bersama dengan makam kerabat-kerabat Keluarga Diraja Maharajah Adinda yang lain, di satu kawasan pemakaman yang dipanggil kawasan Pemakaman Keluarga Maharajah Adinda di Tanjung Siasi.
Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo ini telah melahirkan beberapa orang putera dan puteri dari isteri pertama dan isteri ketiga baginda. Zuriat keturunan baginda ini telah beranak-pinak dan telah menetap di seluruh kawasan di Sabah dan di wilayah Sulu.
Dari fakta dan kenyataan-kenyataan di atas, telah dapat dibuktikan bahawa Pewaris Kedua Kesultanan Sulu iaitu Keluarga Maharajah Adinda sememangnya wujud dan mempunyai hak ke atas Kesultanan Sulu sepertimana hak yang ada kepada Pewaris Pertama Kesultanan Sulu. Maka hak keturunan keluarga Maharajah Adinda tidaklah boleh dinafikan oleh sesiapa pun.
Dengan keterlucutan hak Pewaris Pertama Kesultanan Sulu samada pada masa Pembaptisan Sultan Azimuddin/ Alimuddin-I @ Don Fernando de Alimuddin pada tahun 1750, atau samada semasa pihak keluarga Kiram menandatangai Perjanjian Kiram-Bates Treaty pada 1899 dan Perjanjian Carpenter tahun 1915 ataupun semasa selepas kemangkatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936, iaitu dengan pengisytiharan oleh Presiden Manuel L.Quezon dalam Memorendum 20 hb September 1937, bahawa beliau tidak akan mengiktiraf lagi mana-mana Penyambung kepada Sultan Jamalul-Kiram-II. (perkara ini hanyalah melibatkan keluarga Pewaris Pertama. Keluarga Pewaris Kedua adalah tidak terlibat).
Bolehlah dikatakan mereka telah kehilangan hak ke atas Kesultanan Sulu, kini hanya boleh diselamatkan atau dituntut kembali oleh Pewaris Kedua iaitu oleh Keluarga Maharajah Adinda sahaja seperti mana yang dimaksudkan dalam Protokol Kesultanan Sulu (Tartib Sulu) itu.
Presiden Manuel L. Quezon, Presiden Filipina yang mengisytiharkan tamatnya waris kesultanan sulu bagi keluarga Sultan Jamalul Kiram-II
Ramai orang mengatakan bahawa untuk membuktikan mereka (Waris Kesultanan Sulu) adalah benar ialah dengan melihat samada mereka membawa ‘Keris dan Sarungnya’. Kalau ada maka merekalah ‘Pewaris Sebenar Kesultanan Sulu’ yang digelar ‘Waris Raja Kedua’ itu.
Persoalannya, adakah dengan hanya menunjukkan Keris dan Sarung itu sahaja yang boleh membuktikan bahawa itulah pewaris sebenar Sultan Sulu yang dicari itu? Cerita tentang keris dan sarungnya tidaklah berapa tersebar di kalangan orang-orang Tausug di Sulu.
Akan tetapi cerita tentang Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang menjadi lambang ‘Bukti’ persaudaraan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei adalah yang lebih diketahui. Kebanyakan kaum tua orang Sulu percaya (yang tahu) bahawa, sesiapa yang memiliki Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang asli itu, maka dialah Pewaris Sebenar Sultan Sulu yang dicari selama ini.
Dikhabarkan juga, bekas Presiden Filipina (Presiden Ramos) juga ada menyatakan bahawa Keluarga Diraja Sulu yang ada menyimpan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itulah Waris Sebenar Sultan Sulu.
Maka sejak itu, ramailah orang yang menyatakan mereka mempunyai Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu seperti yang didakwa oleh Sultan Aidal M.Aliuddin dan lain-lain (penyamar Sultan).
Perlu dimaklumi bahawa Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang sebenar itu sebenarnya telah dihantar ke Brunei oleh ayahanda kepada YM Datu Ali Aman @ Raja Bongsu-II, iaitu YM Datu Aliuddin Haddis Pabila Bin YM Datu Mohammad Sheikh/Seh/Sie ke Muzium Brunei pada 1978.
Barang itu telah melalui Ujian oleh 9 orang Pegawai Muzium Brunei dan seorang warga British. Ujian tersebut telah mengesahkan bahawa Pulau Janggi itu adalah ‘Asli’.
Kesemua pegawai itu khabarnya telah tunduk hormat dan mencium tangan YM Datu Aliuddin dengan menyatakan bahawa Datu Aliuddin itu adalah ‘Waris Sebenar Sultan Sulu’. Kemudian pihak Muzium Brunei telah mengeluarkan satu Surat Pengesahan tanda penerimaan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi tersebut. Hingga hari ini surat pengesahan tersebut masih berada dalam simpanan Keluarga Maharajah Adinda.
Sebenarnya orang yang membawa YM Datu Aliuddin Haddis Pabila masuk ke Brunei pada 1978 adalah Pehin Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri. Malangnya selepas menghantar Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu ke Muzium Brunei, YM Datu Aliuddin terus sahaja balik ke Kota Kinabalu.
Sebenarnya Pehin Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri meminta Datu Aliuddin menunggu beliau sebelum itu kerana ada sedikit urusan. Sejak tahun 1978, YM Datu Aliuddin terus menyepi di Kota Kinabalu.
Setelah tahun 2000, atas arahan dan nasihat anakandanya YM Datu Ali Aman, satu rombongan keluarga Maharaja Adinda telah bertandang ke Brunei dan sempat melawat ke Muzium Brunei (dibenarkan melihat kembali, Pulau Janggi itu oleh pihak Pengarah Muzium Brunei. Gambar ada diambil dalam Pejabat Pengarah Muzium Brunei sebagai Bukti) dan ke Pejabat Sultan Brunei (Grand Chemrlain).
Tetapi malangnya tidak dapat bertemu atau mengadap Sultan Hassanal Bolkiah, kerana pada masa itu Baginda dan keluarga dikatakan bercuti di London. Maka rombongan itu ke Pusat Sejarah Brunei (bertemu dengan Pehin Prof. Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri).
Pehin menyatakan bahawa Keluarga Maharaja Adinda perlu meneruskan tuntutan hak ke atas takhta Kesultanan Sulu, kerana hak itu adalah milik Keluarga Maharaja Adinda. Pehin juga meminta Datu Aliuddin agar tidak susah hati. Dengan nada jelas Pehin menegaskan; "Sekiranya tiada Datu Aliuddin ini, maka tiadalah lagi Sultan Sulu kini".
Dengan ramainya orang Sulu yang membuat-buat seakan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu yang dibawa ke Manila dan diperlihatkan kepada Presiden Ramos, akhirnya Presiden Ramos membuat kenyataan lagi bahawa pewaris sebenar dan Keluarga Diraja itu ada juga menyimpan satu barang yang tidak dapat dibuat. Maka tahukah anda, apakah benda yang tidak boleh dibuat itu?
Benda itu adalah ‘Tanduk Datu Teteng @ Datu Tating’. Telah tercatat dalam sejarah bahawa Datu Teteng @ Datu Tating adalah merupakan seorang ’Pahlawan Sulu’ yang digeruni oleh pihak British di Borneo Utara kerana beliaulah yang telah menyerang kubu British di Pulau Balambangan sehingga ranap pada tahun 1775.
Tanduk Datu Teteng sebenarnya adalah berbentuk seperti batu putih (batu granit) yang telah tumbuh diubun-ubun beliau semenjak kanak-kanak lagi. Khabarnya beliau ini kebal dari apa jua jenis senjata tajam. Beliau cuma wafat setelah meminta isteri terakhirnya menarik tanduk atau batu putih tersebut dengan cara menggigitnya (ini adalah khabar yang masyhur di kalangan keluarga Maharaja Adinda).
Datu Teteng ini tiada anak atau zuriat. Ibu beliau bernama Dayang Meria ibni Sultan Badaruddin-I. Ini bermakna Dayang Meria tersebut adalah saudara kandung (seibu-sebapa) kepada Sultan Bantilan Muizzuddin (Nenek-moyang Keluarga Maharajah Adinda) ibni Sultan Badaruddin-I dan Sultan Azimuddin/Alimuddin-I (Nenek-moyang Keluarga Kiram & Shakiraullah) ibni Sultan Badaruddin-I adalah saudara kandung lain Ibu.
Keluarga Datu Teteng sangat rapat hubungannya dengan keluarga Maharaja Adinda. Mungkin kerana itulah ‘Tanduk’ beliau telah (diamanahkan) disimpan oleh Keluarga Maharaja Adinda sehingga kini. (sesiapa yang berminat untuk ingin melihatnya, bolehlah menghubungi Keluarga Maharajah Adinda yang berada di Semporna).
Dalam pada itu, Sabahkini.net mendapati bahawa Sultan Mohammad Aidal M. Ali-Uddin yang ditabalkan sebagai Sultan Tawi-Tawi yang pertama pada hari Jumaat, 5 Mei 2000 pernah datang ke Brunei bersama 23 orang pengikutnya.
Sultan Mohammad Aidal bersama isterinya, Dayang Dayang Haja Fatima Jahra Ali-Uddin ingin mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Namun mereka tidak dapat menemui Sultan Hassanal Bolkiah sekalipun baginda berada di Istana dan bagi menghilangkan kekecewaannya, mereka menginap di sebuah Hotel Terkemuka di Brunei (tidak dapat bayar bil hotel dan hanya dijelaskan keluarga Maharaja Adinda yang berniaga di Brunei) dan hanya berjaya menemui Duta Filipina di Brunei dan Menteri Luar Negeri ketika ketibaan mereka pada 23 Ogos 2000.
Menurut maklumat, Sultan Mohammad Aidal berkata, bapanya, Datu Wahiddon Aliuddin, Waris Diraja Dungon memberikuasa kepada beliau untuk memiliki lima symbol di-Raja iaitu Buah Pulau Janggih (Cocode Mere), Kitab (Dahilul Kahirat); Silver Casket (Buckle), Buckle Sultan and Persila Kasultanan (Salinan).
Turut serta dalam lawatan ke Brunei tersebut ialah Setiausaha Sulitnya, Datu Hj Dr. Abdel Hajir A. Amat; Ketua Protokol, Datu Haji Dr. Abdulmanar H. Saliddin; Ahli Sekritariat, Datu Haji Gamar A. Tiplani; Penasihat Agama dan Undang-Undang, Datu Haji Habib Abduwa Ibno; Penasihat Informasi dan Islam, Datu Haji Munap A. Saliddin; Keluarga Di-Raja, Datu Haji Mursidi H. Ludjuman dan Datu Haji Abdulmuner H. Saliddin.
Percubaan Sabahkini.net untuk menghubungi Sekritariat ‘Rumah Bichara’ (Majlis Kesultanan Di-Raja Sulu) di Barangay Alat, Jolo, Sulu, Filipina iaitu Sharif Murakib Sharif Hassan untuk mengenalpasti status Sultan Mohammad Aidal juga tidak berjaya.
Setelah kemangkatan Datu Aliuddin B. Datu Mohammad Seh pada 30 Jun 2008, maka keluarga Maharajah Adinda diketuai oleh Datu Atik Bin Datu Mohammad Seh (yang kini menetap di Semporna, Sabah), namun Sabahkini.net gagal menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan berhubung Sultan Muhammad Aidal.
Lebih mengejutkan ramai pihak mendakwa bahawa Mohammad Aidal berketurunan Bajau Simunul dan tidak mungkin beliau waris Sultan Sulu. Hanya orang Taosug sahaja yang boleh menjadi Sultan Sulu dan bukannya Bajau!
Sebelum ini Sultan Mohammad Aidal mendakwa bahawa menjelang Februari 2005, Sultan Hassanal Bolkiah akan menyerahkan Sabah kepada beliau; tetapi sehingga hari ini, sejak ‘Tiga Purnama’ lalu beliau masih ditahan di Pusat Tahanan Sementara yang dikhaskan untuk Pendatang tanpa Izin?

tulisss

BISNES DARI RUMAH. GUNA K0MPUTER DAPAT INCOME.



Tuesday, September 21, 2010

NUJ: Pengarang Utusan penuhi agenda tuan politiknya

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia berpendapat bahawa agenda agenda ketua dan pengarang kanan Utusan Malaysiatidak ada kena mengena dengan kebebasan media, sebaliknya hanya memenuhi keperluan "tuan politik" masing-masing.

Sehubungan itu, Presiden NUJ, Hata Wahari berkata, pihaknya menggesa agar pemimpin politik tidak terus menyalahkan akhbar itu, sebaliknya menunjukkan rungutan serta rasa tidak senang hati mereka kepada Ketua Pengarang Datuk Aziz Ishak secara terus.

"NUJ Malaysia melihat adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbarUtusan Malaysia yang di dalamnya terdapat wartawan, jurugambar dan artis grafik serta pekerja-pekerja lain yang tidak berkongsi agenda serta tidak mempunyai kuasa untuk menegur ketua pengarang dan pengarang-pengarang Kanan," tambahnya.

"Ketua Pengarang sebagai orang yang menentukan agenda, berita dan pelbagai pendapat untuk disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysiaharus dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesan negatif, rungutan dan sebarang rasa tidak puas hati yang dilemparkan kepada akhbar Utusan Malaysia."

Hata juga mengingatkan bahawa kesan negatif yang melanda Utusanakan menjejaskan kehidupan kira-kira 1,000 pekerja dan ahli keluarga mereka yang bergantung kepada akhbar milik Umno itu.

Dalam kenyataan sulungnya selepas dipilih sebagai presiden baru NUJ, Hata juga berkata pertelagahan antara Utusan dengan pemimpin-pemimpin politik - baik dari BN dan Pakatan Rakyat - adalah sesuatu yang mendukacitakan dan tidak memberi manfaat kepada akhbar tersebut.

"Akhbar seharusnya berperanan untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca dan bukan membentuk pendapat pembaca," kata Hata.

Beliau juga menegaskan pertelagahan yang berlaku sekarang sebenarnya antara ketua pengarang akhbar itu dan pengarang kanan yang mempunyai agenda serta kuasa mutlak dengan pemimpin politik.

Monday, September 20, 2010

Royalti Petroleum & Gas Kelantan - Ulasan Al-Jazeera

Gelaran Sultan Muhammad ke V mula digunapakai

Mohamed Zainal Abidin Hussin

KOTA BHARU, 20 Sept: Penggunaan gelaran Sultan Muhammad V mula digunapakai dalam upacara rasmi kerajaan hari ini apabila Timbalan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan istilah tersebut dalam perhimpunan bulanan kakitangan Kota Darulnaim pagi ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata dengan pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru bergelar Sultan Muhammad V dalam suasana merayakan Aidilfitri baru-baru ini akan menambahkan lagi kekuatan rakyat dan negeri Kelantan dalam mewujudkan persekitaran Islam yang telah dibina sejak 20 tahun lalu.

“Sepanjang Ramadan yang baru saja berlalu, masyarakat Kelantan dapat merasai dengan jelas persekitaran baru yang ada di negeri ini yang begitu jauh berbeza dengan apa yang ada sebelum ditadbir dengan pendekatan Islam,” kata beliau di hadapan lebih seribu kakitangan awam.

Masjid-masjid menurut beliau dipimpin oleh imam-imam yang menghafal 30 juzuk al-Quran dan mendapat latihan kepimpinan Islam yang berkualiti.

“Bandar kita bergema dengan laungan zikir dan suasana ibadah yang mampu manjauhkan segala bentuk keburukan dan maksiat yang dimurkai,” ujar beliau.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa penjawat awam Kelantan akan muncul sebagai pasukan terbaik dengan kualiti tinggi selepas sebulan menyertai tarbiyah Ramadan.

“Pelbagai program Ramadan seperti Qiamullail, tadarus Quran, solat sunat Tarawih dan pelbagai lagi sudah pasti akan mengangkat darjat kita semua menjadi mereka yang siap sedia memikul beban berkhidmat untuk rakyat sebagai hamba Allah yang terbaik (ahsanu amala),” jelas beliau lagi.

Sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias yang menjelaskan kronologi pemasyhuran Sultan baru-baru ini berharap setiap anggota kakitangan memahami dengan baik isu ini agar dapat menjadi jurucakap kerajaan jika terdapat suara-suara sumbang yang cuba mengelirukan perkara sebenar.

“Kita sedar ada pihak yang cuba menggunakan akhbar untuk menimbulkan keraguan berkaitan pemasyhuran baginda Sultan, dan menjadi tanggungjawab saya untuk memberi penjelasan supaya semua pihak mendapat gambaran yang sebenar,” kata beliau.

Beliau kemudian menjelaskan dengan terperinci kaedah perlantikan Sultan yang baru berdasarkan pindaan kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri yang telah diwartakan pada 20 Julai yang lalu.

“Kita turut sukacita kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan yang baru berkenan untuk meminda beberapa kebiasaan supaya lebih bertepatan dengan kehendak Islam,” ujar beliau.

Antara lain, Aiseri mengumumkan penggantian penggunaan Daulat Tuanku dengan Allahu Akbar dan penggunaan gelaran Sultan Muhammad ke V bagi diri baginda

Saturday, September 18, 2010

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR

Persembahan Tahniah
Ke hadapan
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra
D.K., S.P.M.K.

Sempena Perlantikan dan Pemasyhuran Sebagai
Sultan Dan Yang Di Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim
Serta Jajahan Takluknya

Yang Merafak Sembah dan Junjung Kasih

Daripada

CEO Kelatedaily.Net, Presiden Kelab Pembaca Kelatedaily.net, Pengurusan, wartawan, ahli kelab peminat, pembaca Kelatedaily.Net

M Rajoli meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah kelenjar otak.

Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja.

Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pelukis.

Selain membawa watak komedi dalam lakonannya, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.

Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak.

Wednesday, September 15, 2010

TERBARU: Foto-foto menarik YAB Tuan Guru Nik Aziz bersama YM Sultan Kelantan Tuanku Faris Petra

Oleh: Pria Malaya

TAKBIR 3X

17 September 2010 (Jumaat) - Berikut adalah gambar-gambar Tuan Guru MB Kelantan bersama Sultan Baru Kelantan, YM Tuanku Faris Petra selepas menunaikan solat Fardhu Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan...

Apa yang menarik, kelihatan tuanku sultan 'mencemar duli' memberi penghormatan kepada Tok Guru utk berdiri bersama-sama dengannya utk bersalam dengan rakyat jelata...Sungguh terharu tatkala menatap foto-foto di bawah..

Semoga Allah memanjangkan umur Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta umur YM Tuanku Faris, supaya dapat sama2 memerintah rakyat negeri Kelantan dgn makmur dan jayanya..

Ikuti 'bicara' gambar-gembar menarik di bawah..wallahua'lam..



Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...


Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...

*Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan.



Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan...


Photo 4: "Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan...


Photo 5: Gabungan 3 posisi penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan... Tuanku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra, Imam Besar Masjid Muhammadi dan juga Tuan Guru Menteri Besar Kelantan...

Gabungan terbaik yang wajib dijadikan contoh di Negara Malaysia... Sultan yang berjiwa rakyat & mementingkan agama dalam urusan harian dan juga Ulama yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai rujukan dalam pentadbiran Negeri dan kehidupan harian...



Photo 6: Para makmum beratur mengikut giliran untuk beramah mesra dengan 3 orang penting dalam Negeri Kelantan...

Lain-lain gambar...

















Sumber: Credit pada blogger@facebooker TopengPerakUnmasked (TPU)

Artikel berkaitan:
-
Tahniah rakyat Kelantan: Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat! (Gambar di dalam)



Tuesday, September 14, 2010

Awang Adek terus main politik zaman Pak Mat Trafik

http://msomelayu.blogspot.com/

KATA Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Awang Adek Hussein Kelantan akan dibekalkan air bersih sekiranya Umno memerintah Kelantan. Selagi lagi Awang Adek patah balik ke belakang dan terus bermain dengan tektik politik Pak Mat Trafik. Tahukah macam mana politik Pak Mat Trafik.

Pak Mat ini gila. Dia selalu duduk dekat bultan Tuan Padang di Kota Bharu bertindak sebagai polis trafik. Bila lapar dia akan minta duit dengan orang seringgit. Kalau bagi dua ringgit atau lima ringgit dia tidak akan ambil. Dia hendak seringgit saja. Pak Mat Trafik tidak pernah mengubah nilai mata wangnya, seringgit dari awal hingga ke akhir. Nah begitu jugalah politik Umno di Kelantan.

Budak bodoh pun akan dapat menduga dan menilai politik rendah mutu oleh Awang Adek itu.

Kalau benar Umno nak bantu rakyat Kelantan, Awang Adek tidak payah tunggu Umno menang, perintah Kelantan beliau boleh bekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan pada hari ini juga. Masalah air bersih di Kelantan sudah sampai ke tahap yang menggerunkan sekali. Benar kata Awang Adek di mana-mana orang memperkatakan tentang air berwarna perang di Kelantan. Kalau rendam baju putih bertukar jadi merah.

Kenapa Awang Adek hendak mendenda rakyat Kelantan. Bila beliau berjanji begitu, kalau Umno tidak menang bermakna rakyat Kelantan terus menikmati air berwarna. Apakah begitu yang harus dilakukan oleh seorang pemimpin? Seorang berkelulusan Phd memilik doktorat seharusnya tidak bingung seperti ketua cawangan yang hanya lulus SRP dan SPM gread tiga.

Berhantilah melakukan politik hukum, denda yang telah diamalkan sejak berzaman dulu. Politik sedemikian dilakukan Umno sejak Awang Adek belum menganggotai Umno lagi. Tidakkah Awnag Adek menyedari hukuman atau politik denda begitu tidak pun merubahkan keadaan. Orang Kelantan tetap juga memberi sokongan kepada Pas.

Awang Adek asalnya orang kampung. Kampungnya di Perupuk Bachok Kelantan. Dia anak petani dan pemajat pokok kepala. Dia seharusnya bersimpati dengan nasib orang kampung. Orang kampung gembira bila orang cerdik seperti Awnag Adek jadi pemimpin. Mereka ingat boleh tumpang. Yalah orang kampung yang susah dan miskin akan mengetahui penderitaan dan denyut nadi orang kampung.

Tetapi bila Awang Adek juga berperangai macam golongan bangsawan, mendenda orang kampung, memperolok-olok orang kampung apa bezanya Awang Adek dengan golongan bangsawan. Biarlah golongan bangsawan saja yang memperolok-olokkan orang kampung. Yang menjadikan orang kampung sebagai badut, kemudian mentertawakan rami-ramai. Kita orang kampung bantulah nasib orang kampung.

Saya tidak yakin ugutan Awang Adek itu akan diendahkan oleh rakyat Kelantan. Mereka akan tetap minum air perang atau berkeladak daripada memangkah Umno cara Awang Adek hendak lakukan itu. Belajarlah keperibadian dan perangai orang Kelantan. Kalau kamu melakukan ugutan, desakan ataupun nak tunjukkan babil henelan, mereka sedikitpun tidak hairan.

Kalau kamu seribu kali henelan, mereka berjuta-juta kali henelaan. Sebab itulah walaupun susah, payah, daif mereka tetap memilih Pas parti yang berlemah lembut.

Cuba Awang Adek kata Umno akan salurkan air bersih walaupun tak menang pilihan raya, saya percaya ada orang Kelantan yang istyharkan menyokong Umno sampai mati. Kalau Awang Adek tetap juga bermain politik Mat Trafik itu saya kira tak guna beliau masuk politik, baik duduk di Bank Negara saja. Orang berfikir macam Awang Adek dan Setopa anak lelaki Setwa tidak memberi guna satu setengah dinar Kelantan pun. Tidak. Tak percaya tanya Mat Maslan?

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Permashuran ini telah selesaikan kemelut istana - Nik Aziz

Selesaikan kemelut istana - Nik Aziz

KOTA BHARU 13 Sept. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru dapat menyelesaikan kemelut istana negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta segenap lapisan rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agar mendoakan semoga negeri ini selamat zahir dan batin serta dunia dan akhirat.

Berikutan pemasyhuran itu juga, beliau tidak mahu ada lagi pihak yang mengungkit isu pelantikan Sultan Kelantan setelah Tuanku Ismail Petra gering sejak lebih setahun yang lalu, seperti kata pepatah "rumah siap pahat berbunyi".

"Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing," katanya kepada pemberita di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penghadapan dan penyerahan watikah pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, selama lebih setahun beliau menghadapi masalah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kemelut yang melanda istana Kelantan kerana beliau amat menghormati institusi itu.

Sementara itu di Bachok, UMNO Kelantan berharap pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru itu akan memakmur dan membangunkan Kelantan yang kini jauh ketinggalan berbanding negeri lain.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, UMNO menaruh harapan yang tinggi agar Sultan Kelantan dapat menjadikan Kelantan antara negeri yang termaju di negara ini.

"Bagi pihak UMNO Kelantan kita menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Sultan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini yang dihadiri lebih 5,000 penduduk Bachok, sebilangan besarnya kaum nelayan.

Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, kerajaan pusat akan terus menyalurkan pelbagai projek kepada Kelantan mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang sedang diperincikan dan akan diumumkan bulan depan. - Bernama

Monday, September 13, 2010

Kegeringan Berpanjangan Tuanku Ismail Petra Perlukan Pengganti:SUK

KOTA BARU: Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan adalah selaras dengan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berikutan keadaan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yang gering sejak lebih setahun lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias berkata mengikut peruntukan Perkara 23A,Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu.

"Majlis Perajaan Negeri dalam sidangnya Isnin berpendapat bahawa keadaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra sekarang ini memerlukan seorang pengganti dipilih dan dilantik untuk menjadi Raja bagi menggantikan baginda mengikut Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

"Keputusan Majlis Perajaan Negeri tersebut telah dibuat secara sebulat suara oleh 15 orang anggota majlis yang hadir pada pagi tadi yang mengikut peruntukan itu telah memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra menjadi Raja yang memerintah," katanya pada sidang akhbar di Istana Negeri, Kubang Kerian selepas Majlis Penghadapan Penyerahan Watikah Pemasyhuran Kepada Sultan Kelantan yang baru itu.

Pada tengah hari Isnin, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemasyhuran itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Mesyuarat Majlis Perajaan Negeri itu yang diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim bagaimanapun tidak dihadiri dua anggotanya iaitu Anggota Parlimen Gua Musang yang juga bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Aiseri berkata Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai lalu setelah Majlis Penasihat Raja bersidang pada 18 Julai bagi membolehkan pindaan Bahagian Yang Kedua undang-undang tersebut melalui Perwawai.

"Pindaan tersebut amat perlu bagi mengatasi kelompongan dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berkaitan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan," katanya.

Katanya antara kuasa dan syarat pada pindaan itu adalah berkaitan pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal Raja atau bakal-bakal Raja dan pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada takhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun anggota Majlis Pangkuan Raja bagi negeri.

"Saya berharap dengan kenyataan ini akan dapat memperjelaskan lagi tentang keputusan Majlis Perajaan Negeri sebagaimana yang disebutkan tadi," katanya. - BERNAMA

Sah Tengku Faris dimasyhur Sultan Kelantan

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

"Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.

"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.," katanya.

Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, kerabat negeri, kepimpinan dan pegawai negeri.

Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat

Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat Kelantan.

Sebut sahaja kawasan pedalaman mana yang tidak pernah dilawati baginda bagi menyelami suka duka rakyat termasuk ke kampung-kampung penempatan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Sering mengenakan jubah atau berbaju "gumbang" (baju Melayu) serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat jelata menyebabkan tiada siapa yang menyangka lelaki segak itu merupakan pewaris Kesultanan Kelantan yang baru.

Pernah satu ketika di Pantai Damat, Bachok, baginda tidak kekok duduk bersila dan mendengar kisah penderitaan seorang ibu tunggal yang uzur dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mata baginda berkaca ketika mendengar kisah keperitan hidup Azizah Abdullah, 41, membesarkan tiga anaknya.

Membahasakan diri baginda dengan perkataan "kita" menyebabkan baginda dan rakyat seperti tidak ada jurang pemisah yang boleh merenggangkan hubungan rakyat dan raja.

Ketika di rumah Azizah, baginda yang turut menghulurkan sumbangan peribadi, juga sempat memberikan perangsang kepada tiga anak wanita itu untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

Tuanku Muhammad Faris Petra merupakan putera sulung Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.
Pendidikan awal

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Bendahara Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Tuanku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 6 Okt 1969 dan dianugerahkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985 dan sejak pelantikan itu baginda telah menunjukkan kecenderungan untuk mempelajari dan mendalami selok belok pentadbiran negeri.

Baginda mula menarik perhatian seluruh negara dengan liputan meluas media ketika bertitah merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 2008.

Ketika bertitah pada majlis itu, baginda secara terbuka mengingatkan usaha penyatuan Melayu perlu diberi keutamaan yang tinggi berikutan kedudukan orang
Melayu dan Islam yang kian tercabar kerana ia boleh menjejaskan keharmonian negara.

Baginda berharap segala perbezaan pendapat dan perbelahan diketepikan melalui jalan yang bijaksana dengan perpaduan ummah harus diutamakan demi agama, bangsa dan negara sebagaimana yang diimpikan oleh semua.

Di masa lapangnya, baginda gemar membaca bagi mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara di samping meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Selain itu baginda juga menunjukkan minat mendalam terhadap sukan memanah, berkuda, boling serta suka memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Dalam hubungan dengan rakyat, baginda ternyata mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, baginda menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Komander Askar Wataniah

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat).

Umum juga mengetahui hubungan yang akrab baginda dengan ayahanda baginda dan kegeringan Tuanku Ismail Petra pada 14 Mei tahun lalu membuatkan baginda diselubungi kesedihan dan berasa tertekan.

Baginda pernah mengimamkan solat hajat bersama-sama rakyat jelata sebelum ini bagi memohon kesejahteraan ayahanda baginda.

Pada 24 Mei tahun lalu, Tuanku Muhammad Faris Petra telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan setelah ayahanda baginda mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pelantikan itu membolehkan baginda menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang menurut pakar perundangan mempunyai kuasa yang sama dengan Sultan mengikut Perkara 4 Fasal 1 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan Majlis Perajaan Negeri mengikut peruntukan tersebut.

- Bernama

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan

PETIKAN : MALAYSIAKINI

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada jam 12.30 tengah hari ini.

“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata majlis pertabalan akan didakan 'tidak lama lagi'.

NONE

Adalah dipercayai Majlis Perajaan bersidang pagi tadi bagi memutuskan pemasyhuran berkenaan.

Keluarga diraja dan ahli dewan undangan negeri dikatakan telah berkumpul di Istana Balai Besar in Kota Bharu sejam jam 11.30 pagi bagi upacara itu tetapi maklumat yang diperolehi adalah samar.

Menurut sumber, Sultan Ismail Petra Yahya Petra, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid dan putera ketiga banginda - Tengku Muhammad Fakhry tidak hadir.

Sultan Ismail Petra telah gering lebih setahun dan dipercayai Tengku Faris menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri.

Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

azlan
Ketika dihubungi, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad enggan mengulas tetapi berkata butirannya akan didedahkan pada sidang akhbar di istana Kubang Kerian pada jam 2 petang ini.

Beberapa ADUN berkata mereka diarahkan hadir memakai baju Melayu hitam tetapi tidak dimaklumkan sebab untuk berbuat demikian.

“Kami hadir kerana dijemput tetapi tiada butiran yang diberikan,” kata timbalan speaker dewang undangan negeri Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim, ketika dihubungi.

Sementara itu Bernama melaporkan tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan.

NONE
Dalam pada itu, semua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi.

Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim.

Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja.

Tengku Faris dimasyhur sultan Kelantan

KOTA BHARU 13 Sept. – Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Sementara itu, tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan.

Dalam pada itu, kesemua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi.

Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim.

Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja. – Bernama

Tengku Faris dimasyhurkan sultan hari ini

Harakahdaily

KOTA BHARU, 13 Sept: Blog separa rasmi istana Kelantan, The Kelantan Insider, mengesahkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan tetapi bukan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru hari ini.

Menurut posting terbarunya malam tadi, pemasyuran itu akan diadakan hari ini manakala pada jam 2 petang ini satu sidang media khas akan diadakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias.

"Perincian mengenai kesemua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama," kata posting itu.

"Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.

"2. Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui warta kerajaan bertarikh 22 Julai 2010.

"3. Perkara 23A ini berbunyi:
"Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat 23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini."

"4. Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)

"5. Perkara 3(2) ini berbunyi:
"Syarat-syarat mengenai -
(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja, bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain."

Menurut posting itu, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda Baginda, Tengku Faris telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran Baginda kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Posting itu juga memberitahu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian.

"Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini," kata kenyataan itu.

Berhubung dengan permohonan yang dibuat oleh peguam Rashid Zulkifli di mahkamah bagio pihak ayahanda baginda, kenyataan ini meminta merujuk kepada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof, pada 29 Januari 2010 lalu.