Pages

Saturday, January 22, 2011

Si Aduka Yang Tidak Tahu Adab

Sebarang kekasaran tidak wajar disokong walau siapa pun yang melakukannya. Polis pernah dikritik keras kerana bertindak kasar kepada para demowan. Dalam situasi yang sangat mendesak sahaja, kekasaran dibenarkan. Itu pun dalam ruang yang masih terbatas.

Dilaporkan bahawa si Aduka dikasari berhampiran rumah TGHH oleh penyokongnya (anak-anak didiknya). Jika laporan ini benar, maka tindakan itu di luar kebiasaan. Kebiasaannya, sesiapa sahaja perlu dilayan dengan baik kecuali orang itu tampil dengan tujuan tidak baik dan bertindak tidak baik.

Wednesday, January 12, 2011

Dato Dr Wan Suhaimi Sertai Pakatan Rakyat.

KETEREH, 18 Feb: Mantan Setiausaha Sulit kepada bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Suhaimi Wan Daud mendakwa Umno Barisan Nasional yang mendominasi kerajaan menggunakan habis-habisan jentera kerajaan bagi mempertahankan parti pemerintah terutama bagi menenangi pilihan raya kecil.

Beliau berkata, bagi mempertahankan kuasa, Umno BN banyak menghabiskan wang untuk dicurahkan pada kawasan pilihan raya kecil berkenaan di samping menggunakan banyak agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Penerangan.

“Keadaan itu berlaku terutama pada pilihan raya kecil di kawasan luar bandar seperti di kawasan Felda, yang masih lagi ‘termakan’ kempen pembangunan mi segera Umno BN.
“Ini berbeza dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS yang menguasai bandar, namun mudah untuk masuk kampung mendekati rakyat,” katanya pada majlis ringkas upacara penyerahan borangnya memasuki PKR yang berlangsung di hadapan lebih 10,000 hadirin di Padang Majlis Perbandaran Islam, Ketereh, malam tadi.

Beliau menyerahkan borang kemasukan dalam PKR itu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, golongan terpelajar termasuk anak masyarakat luar bandar tidak akan terpengaruh dengan langkah Umno BN itu.

“Orang muda tidak akan terpengaruh dengan kempen Umno BN itu. Anak-anak kita khususnya di Kelantan dan di mana saja, apabila pulang ke pangkuan keluarga diharap menerangkan kedudukan sebenarnya tentang Umno BN,” katanya.

Mengulas tindakannya menyertai PKR, beliau menjelaskan bahawa beliau amat prihatin terhadap pengalaman yang dihadapi masyarakat bandar yang berdepan dengan ‘kemiskinan bandar’ termasuk pemandu teksi.

“Berjuang dalam PKR, saya boleh berjuang dengan lebih luas, lebih jauh untuk membantu orang Kelantan khususnya termasuk di Pasir Mas, selaras dengan kelulusan saya dalam jurusan ekonomi,” tegasnya sambil sinis menyatakan tidak akan terikut-ikut dengan mereka yang melompat parti termasuk dari Pasir Mas.

Wednesday, January 5, 2011

PENGANUGERAHAN D.K. SELANGOR KEPADA SULTAN MUHAMMAD KE-V



Pada hari ini, 5hb Januari 2011, Istiadat Penganugerahan Darjah Kerabat (D.K.) Selangor Yang Amat Dihormati oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V dan Pengurniaan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al-Muhammadi) (S.P.M.K) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor telah berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, dengan penuh adat istiadat dan tradisi kesultanan Melayu.