Pages

Saturday, August 27, 2011

Majlis Mesra “Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan”

Perutusan Hari Raya Eidulfitri 1432H – MB Kelantan

Thursday, August 25, 2011

Tuan Guru Haji Yahya Junid


Tuan Guru Haji Yahya Junid atau lebih dikenali sebagai Pak Ya Junid dilahirkan pada 3 Oktober 1911 di Kampung Selengkoh, Yan, Kedah.

Mula mempelajari Al-Quran daripada ibunya sendiri. Atas kehendak ibunya yang mahu beliau mendalami dan menguasai ilmu agama, beliau dihantar belajar di Sungai Bakap, Seberang Perai. Pada ketika itu ibunya sedang sakit. Oleh kerana beliau terlalu mengingati ibunya, beliau tidak sempat belajar di sana. Setelah ibunya meninggal pada tahun 1922, beliau diasuh oleh neneknya sehingga neneknya meninggal dunia di Mekah pada tahun 1923. Kemudian bapanya menghantar beliau ke rumah Lebai Faqeh dan belajar di Sekolah Melayu Titi Gajah. Beberapa bulan kemudian Lebai Faqeh telah kembali ke Rahmatullah lalu beliau pulang membantu bapanya mengerjakan sawah.

Untuk memenuhi permintaan ibunya, bapa saudaranya menghantar beliau berguru dengan Lebai Long di Pondok Chegar selama beberapa bulan kemudian beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Ghani di Tandop Pengkalan Kundur sehingga tahun 1930. Selepas itu beliau berguru dengan Sheikh Husin Nasir dan Tuan Guru Ahmad Tuan Husin di Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai.

Kemudian beliau pergi ke Kelantan dan menumpang di rumah Haji Ibrahim Tok Raja ( bekas mufti Kelantan ) berhampiran Masjid Muhammadi. Di sana beliau mengikuti kelas-kelas pengajian daripada ulama-ulama Kelantan yang masyhur seperti Tuan Guru Hj Ali, Tuan Guru Hj Saad, Hj Yaakob Langgar, Sheikh Abdullah Tahir, Sheikh Ahmad Kamuni ( bekas mufti Kelantan ) dan ramai lagi ulama yang sempat beliau berguru.

Pada Tahun 1936 beliau pulang ke Kedah dan berkahwin dengan Zawiyah bt Hashim dan kemudian ke Mekah pada tahun yang sama. Sekembalinya ke tanah air beliau telah melibatkan diri dalam bidang pendidikan dan menyertai umno untuk menuntut kemerdekaan. Selepas 17 tahun terlibat, beliau membawa keluarganya ke Mekah untuk belajar d sana selama setahun.

Jasa Mengembangkan Ilmu AgamaBermula di sebuah madrasah yang dibina oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin pada tahun 1942 yang pada ketika itu hanya terdapat 14 orang pelajar sahaja. Pada yang sama, beliau telah diuji oleh Allah dengan kematian 2 orang anak serta isteri tersayang.Kemudian beliau dijodohkan pula dengan Hajjah Maryam Hj Taib iaitu Anak Saudara Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Husin. Isterinya yang kedua mahir serta berkebolehan dalam bahasa arab turut menjadi tenaga pengajar di situ.Pusat pengajian tersebut yang diusahakn beliau seakin berkembang serta mendapat perhatian banyak pihak sehinggalah beliau berjaya menjadikannya sebagai sebuah pusat pengajian sepenuh masa yang diberi nama Madrasah Taufikiah Khairiah Halimiah seperti sekarang.Selain menubuhkan madrasah tersebut, beliau turut mengasaskan penubuhan serta pembinaan Masjid Kampung Sungai Dedap dan Masjid Batu 17, Guar Chempedak.Jasa dalam Perkembangan PASPak Ya Junid terlibat secara langsung dalam penubuhan PAS pusat pada 24 november 1951 secara amnya. Secara khusunya beliau adalah Pengasas PAS Kedah.Beliau telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama' PAS Kedah yang pertama sehinggalah beliau melepaskan jawatan tersebut kepada menantu beliau Allahyarham Ustaz Azahari Abdu Razak pada tahun 1997 atas faktor kesihatan. Beliau juga pernah menyandang jawatan Yang Di Pertua PAS Yan ( sebelum dikenali sebagai Sala & Jerai ) dari tahun 1953-1999, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama' PAS Pusat, Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dan Ahli Majlis Syura PAS Pusat.Beliau juga pernah bertanding sebagai calon Parlimen Sik pada tahun 1959 dan Dewan Undangan Negeri Sala pada tahun 1964, 1974 dan 1978. Beliau menang di DUN Sala pada tahun 1974 dan 1978 ketika PAS berada dalam Kerajaan BN.Jawatan dalam Kerajaan KedahSebagai seorang tokoh agama yang amat disegani, peranan beliau amatlah diperlukan serta diiktiraf kerajaan. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah, Ahli Jawatakuasa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), dan Ahli Jawatankuasa Majlis Zakat Kedah.Bagaimanapun atas ketegasannya mempertahankan kesyahidan As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 anak muridnya yang dibunuh dalam peristiwa berdarah Memali pada 18 november 1985, beliau telah dipecat dari ketiga-tiga jawatan tersebut. Turut dipecat ialah menantu beliau Allahyarham Ustaz Azahari Abdul Razak yang memegang jawatan Jawatakuasa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) pada ketika itu.Hubungan dengan Sultan KedahTuan Guru Yahya Junid mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Tuanku Sultan Kedah Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Tuanku amat menghormati beliau sebagai seorang ilmuan agama.Ketika beliau sedang nazak di Putra Medical Centre (PMC), Tuanku Sultan telah meluangkan masa menziarahi beliau. Namun pada hari pengkebumiannya, Tuanku Sultan terpaksa menghadiri urusan rasmi di Kota Kinabalu tetapi Tuanku Sultan telah menghantar wakil peribadi baginda bagi mewakilinya pada hari pengkebumian tersebut.Tuan Guru Haji Yahya Junid telah kembali ke Hadrat Ilahi pada 6 Ogos 2001 pada usia 90 tahun. Jenazah beliau telah disembahyangkan oleh 5000 lebih jemaah yang hadir diimamkan oleh Presiden PAS Dato' Hj Fadzil Mohd Noor.Al-Fatihah………Dipetik dari: http://waqee88.blogspot.com/

Tuesday, August 16, 2011

Kelantan Guna Facebook ajak perantau

KOTA BHARU, 16 Ogos: Kerajaan Kelantan memanfaatkan kemudahan dunia siber bagi mengumpulkan anak-anak perantau yang pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Kalau sebelum ini surat dan kad jemputan dihantar, namun mulai tahun ini facebook yang paling diminati anak muda dimanfaatkan sepenuhnya.
Anda boleh melayari facebook.com/rayaperantau atau rossem bagi mendapatkan maklumat mengenai Majlis Mesra Aidilfitri pemimpin kerajaan negeri bersama anak-anak perantau.
Program itu akan diadakan pada 2 Syawal ini bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa bermula jam 7 petang