Pages

Thursday, September 29, 2011

Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu

Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

KENYATAAN BERSAMA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

28 September 2011

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.
Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Tiada keputusan mengenai hudud di Kelantan

KUALA LUMPUR 29 SEPT: Demi menghormati konsensus dan dasar bersama Pakatan Rakyat, gagasan itu sebulat suara menangguhkan keputusan untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.

Ini kerana menurut Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, implimentasi sebuah undang-undang perlu dibahaskan terlebih dahulu di peringkat parlimen.
"Peruntukan pelaksanaan (Hudud) hanya selepas pindaan dilakukan terhadap perlembagaan.

"Kita hormati hak tapi pendirian kita adalah jelas... PAS dan DAP tetap dihormati," kata Anwar selepas mesyuarat yang mengambil masa lebih tiga jam.

Wednesday, September 28, 2011

Ramah Mesra Anok Kelate Lembah Pantai

Perakan Malaysia Cawangan Lembah Pantai dengan kerjasama TRW Cawangan Lembah Pantai menganjurkan Majlis Ramah Mesra Anok Kelate Perantauan 2011 Pada 30 Sept 2011 Masa 9.00 Malam – 11.00 Malam bertempat di Dewan Pantai Permai, Pantai Dalam Jemputan Khas : YB Abdul Fattah Mahmood

Derma / “RA” : Duit / Kuih Walaupun sepuluh sen atau sebutir cek mek molek - Tel: 0133043861

Hebahkan kepada anok kelate di Lembah Kelang

Majlis Ramah Mesra Anok Kelate Perantauan 2011 - Bangi


Majlis Ramah Mesra Anok Kelate Perantauan 2011 Cawangan Bangi Pada 2 Okt 2011 Masa 2.00 Ptg – 5.00 Petang berTempat Aras 1, Dewan Kuliah Masjid As- Solihin Jernang, Sek 14 Bangi, Selangor

Semua dijemput hadir. Dan buat hebahan kepada anok kelate di Lembah Kelang, Melaka, Negeri Sembilan

Monday, September 26, 2011

http://kelatedaily.com

Boleh juga mengunakan url : http://kelatedaily.com

Hudud dan Kelantan

Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

NONE1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.

Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.

Untuk Islam dan di Kelantan sahaja

Sementara itu, pakar undang-undang perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau yakin undang-undang ini boleh dilaksanakan jika Umno sedia bekerjasama untuk melaksanakannya.

"Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya," tulis Abdul Aziz.

Bagi beliau, PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.

"Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian," tulisnya.

"Golongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja," jelas beliau.

Sunday, September 25, 2011

Meriah : Sekitar 3000 hadir pada Pelancaran Skim Wakaf Tanah dan Bangunan KPDA


Pengerusi Idham Care, Drs. Khalil Idham Lim sedang memberikan ucapan perasmian.


Drs. Khalil bersama Isteri menerima Sumbangan Wakaf langsung dari seorang anak kecil yang hadir dan tanpil dihadapan pentas utama.


Upacara Pecah tanah disempurnakan oleh Pengerusi Idham Care bersama Dr. Ann Wang Seng dan Ust. Hj. Mohd Zamri.


Dr. Ann Wang Seng sedang memberikan tazkirahnya.


Ust. Hj. Mohd Zamri menyampaikan ucapan di hadapan sekitar 3000 orang yang hadir.




Pelancaran Logo Rasmi, Blog, Twitter dan Facebook Kompleks Pendidikan Darul Anwar.

28 Syawal 1432H. [MOD] -
Azmi Abdul Aziz

PARIT BUNTAR, 26 September :- Majlis Pelancaran Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Skim Wakaf Tanah dan Bangunan Kompleks Pendidikan Darul Anwar (KPDA), telah berlangsung dengan jayanya di Tapak KPDA di Titi Serong disini kelmarin.

Dianggarkan sekitar 3000 orang telah hadir alam keadaan cuaca yang baik.

Pengerusi Idham Care telah menyempurnakan Pelancaran Skin Wakaf Tanah dan Bangunan KPDA dengan mengumumkan secara rasminya harga yang ditetapkan dengan kadar hanya RM 10 sekaki persegi.

Tetamu Khas yang hadir pada majlis tersebut adalah Juri Akademi al-Quran, Ustaz Hj Mohd Zamri Bin Hj Mohd Zainoldin dan Setiausaha Kehormat MACMA/PERKIM, Ustaz Dr. Ang Wan Seng. Mereka berdua diberikan peluang secukupnya untuk menyampaikan tazkirah masing-masing .

Drs, Khalil Idham Lim yang juga merupakan ADUN Ttiti Serong bersama dengan Ust. Zamri dan Dr. Ann Wang Seng telah juga menyempurnakan Upacara Pecah Tanah di tapak Kompleks berkenaan .

Mereka juga telah menyempurnakan Pelancaran Logo Rasmi, Blog, Twitter dan Facebook Kompleks Pendidikan Darul Anwar.

Dalam Ucapannya Drs. Khalil menjelaskan mengenai pembinaan KPDA dengan sepenuhnya menggunakan konsep senibina Cina dengan kos keseluruhan dianggarkan sekitar RM 5 juta.

"Diharapkan pada Januari atau selewatnya Mei 2012, pembinaan kompleks pendidikan ini akan bermula dan dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh tidak lebih 3 tahun" Katanya.

Beliau merayu kepada seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada untuk membeli wakaf tanah dan bangunan bagi merelisasikan projek tersebut.

"Dengan segala kelemahan pada diri saya dan pemegang amanah Idham Care, dengan ini saya merayu kepada seluruh umat Islam untuk menyumbang dengan membeli wakaf tanah dan bangunan bagi merealisasikan pembinaan KPDA" katanya.

Sementara itu Ust. Hj. Mohd Zamri telah mengupas kelebihan memberi sedekah jariah dan membantu anak yatim. Ucapannya yang memikat semua yang hadir jelas memberi prangsang kepada meraka untuk membantu usaha yang dilakukan oleh Idham Care.

Dr. ann Wang Seng pula menjelaskan beberapa isu penting berkaitan dengan pekembangan Islam khususnya bagi bangsa cina.

"Di malaysia sepuluh tahun yang lepas jumlah orang Cina yang beragama Islam ialah 70,000 orang dan sekarang dianggarkan telah melebihi 100,000 orang. Di China pula lebih 140 juta orang telah memeuk agama Islam" dedahnya

Beliau juga menyatakan sokongan kepada Idham Care yang mengorak langkah untuk membina sebuah kompleks yang akan menarik minat bangsa selain Melayu kepada Islam.

Serentak dengan itu juga telah diadakan Rumah Terbuka Eidul Fitri Idham Care yang telah dianjurkan oleh NGO Idham Care mendapat sambutan diluar jangkaan oleh penduduk setempat.


Upacara melepaskan belon menarik minat yang hadir.

Wednesday, September 14, 2011

Perjumpaan Hari Raya Perakan Malaysia Cawangan

Perakan Malaysia Cawangan Puchong di Wisma PKM, Lorong 3 Kg. Sri Aman pada 17hb Sept 2011 (12.00 – 6.00 ptg. anak kelantan & Ahli Perakan di jemput Hadir. T: 0193260775

Perakan Malaysia Cawangan P.Dickson di Spring Hill pada 17hb Sept 2011 (1.00 – 3.00Ptg. anak kelantan & Ahli Perakan di jemput Hadir. T: 0138835185

Perakan Malaysia Cawangan Tawau mnjemput anak kelantan ke Rumah terbuka Hari Raya pada 18hb Sep 2011 (ahad) 12tgh – 3Ptg di Asrama Komplek Sukan Tawau

Perakan Malaysia Cawangan Kuching, Sarawak Pada: 24 Sept 2011 · 14:00 – 16:30. Tempat: Dewan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Kuching. anak kelantan & Ahli Perakan di jemput Hadir. T: 0199390400

Friday, September 9, 2011

Misi Kemanusiaan?

ambo ambil dari web: http://umno-reform2.com/front/

Sidang tergempar politik kedai kopi tiba-tiba muncul tanpa disengajakan. Apa ada hal cukup kuorum mesyuarat boleh jalan. Jangan sampai lebih dari 5 orang cukup – di tempat terbuka pula tu – bangkang membangkang timbul – nanti dikatakan perhimpunan haram.

Sunday, September 4, 2011

Komunisme: Senjata Umno selamanya

Muhammad Nuruddin Bashah

Saya rasa ramai lagi anggota UMNO berfikiran seperti komentar yang ditulis dalam blog saya di bawah. Berikut adalah sedutan 100% komen individu yang memberi komentar tulisan saya berkenaan Rejimen-10 PKM pada 2006 dahulu.

Baca selanjutnya:

Friday, September 2, 2011

Memfitnah Mat Sabu, Umno Dedah Fakta Sejarah!

Kenyataan Media Pakatan Rakyat

Winston Churchill pernah berkata bahawa “sejarah ditulis oleh pihak
yang menang”. Di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa
juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa.

Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang
Timbalan Presiden PAS Hj Mat Sabu secara berterusan sebagai seorang
simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai
mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam
tragedi Bukit Kepong.

Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya
Saudara Mat Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk
putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO.

Pertama sekali, Mat Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis
ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah
sebenar yang luas telah diputarbelitkan.

Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa
Mat Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara.
Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat
Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu
helah dengan niat yang jahat.

Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh ‘pihak yang
menang’, yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas
propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas
terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk ‘memalsukan’
sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang
diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan
pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.

Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy,
Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?
Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda
(KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan
peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai
Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat
Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).
Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka,
malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara.

Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan
semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan
lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah
pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul
Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?

Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah
yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk
berbeza pandangan.

Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh
seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita
akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan,
anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang
menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA
oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi
talibarut komunis.

Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab,
tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan
daripada rekod rasmi negara.

Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan
versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin
serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas
pihak lawan setelah lima dekad berkuasa.

Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mat Sabu tidak salah dalam usaha
mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi
kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi
sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN.

Dr Dzulkefly Ahmad, PAS
Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN
Liew Chin Tong, DAP