Pages

Thursday, December 29, 2011

Dosa Fitnah

Penyebaran fitnah sangat mudah berleluasa di zaman ini dengan adanya kemudahan telekomunikasi seperti, televisyen, telefon bimbit, komputer berinternet, dll. Fitnah boleh menyebabkan perpecahan di dalam sesuatu masyarakat dan boleh menjurumuskan individu yang mulia ke lembah penghinaan dan begitulah sebaliknya cuba menaikkan taraf orang yang jahil.

Islam mempunyai kaedah yang sangat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak mempunyai unsur fitnah. Wajib bagi Muslim yang beriman menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah kontroversi berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penerima amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan penyebar berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan....terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DLL.

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Pengajaran: Fikir-fikirlah biarpun beribu kali sebelum membuat fitnah. Sememangnya terdapat syaitan di kalangan jin, dan syaitan di kalangan manusia.

good post..

Wednesday, December 28, 2011

Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran

Salmah Mat Husain BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini. Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

Tuesday, December 27, 2011

Laporan polis, SPRM terhadap Awang Adek

KOTA BHARU, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek menerima sejumlah wang dari pihak tertentu menerusi tiga keping cek.

Dakwaan itu dibuat berikutan sebuah lama blog yang dikenali thewhistleblower 711 di alamat http://thewhistlower711.blogspot.com.

Artikel berkenaan memuatkan Awang Adek dikatakan telah menerima sejumlah wang ke dalam akaun peribadi beliau yang merupakan sumbangan seseorang.

Tiga akaun cek yang berjumlah keseluruhannya RM100,000 masing-masing bernombor 45128662, 98634780 dan 994648024 telah dimuatkan dalam blog tersebut.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Mohd Roshdi Zahari, 29, dari Kampung Tualan Salak, Jelawat, Bachok di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa dekat sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Sebaik sahaja laporan polis berkenaan siap dibuat, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pula dibuat.

Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa, ketika ditemui memberitahu sumbangan berkenaan begitu meragukan dan pihak berkenaan perlu menyatakannya secara jelas berhubung perkara itu.

Sunday, December 25, 2011

Antara Adam Adli dan 'panglima ludah'

Syad Adzman Negara gempar dengan insiden 17 Disember, di mana seorang aktivis telah menurunkan bendera Perdana Menteri tatkala ratusan mahasiswa turun ke jalan raya bagi menjunjung prinsip kebebasan akademik. Berkali-kali sahabat saya yang lain bertanya tentang isu ini, dan ini pendapat saya: Pertama sekali saya ingin merakam tahniah di atas kejayaan mahasiswa yang berjaya membawa tuntutan mereka ke tengah untuk diberi perhatian yang lebih apabila berjaya menyerahkan dua memorandum – kepada SUHAKAM dan satu lagi kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri. Kesudian Timbalan Menteri untuk turun dan bertemu mahasiswa juga harus dipuji dan dihargai. Saya secara peribadi mengagumi cara dan toleransi yang ditunjukkan beliau, selain peribadi beliau yang berakhlak, beretika dan sifar skandal. Namun isu yang lebih penting di sini ialah tindakan Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri sewaktu acara klimaks kepada program itu. Solidariti Mahasiswa Malaysia seperti yang dijangka telah menyokong sepenuhnya tindakan Adam dalam hal ini berdasarkan beberapa hujah. Saya juga merasakan tidak ada masalah dengan tindakan itu. Hal ini kerana, bendera yang diturunkan langsung tidak dipijak,dikoyak atau diconteng. Bendera yang hanya diturunkan selama beberapa minit itu juga akhirnya dinaikkan semula ke tempat asalnya. Kita boleh katakan tindakan Adam sebagai kurang ajar jika dia menurunkan bendera Malaysia yang menjadi lambang kebanggaan dan imej negara kita. Dalam hal ini, Adam tidak berbuat demikian. Sebaliknya, Adam telah menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri dan bendera tersebut langsung tidak melambangkan imej negara kita. Maka, soal biadab atau kurang ajar langsung tidak wujud dalam polemik ini. Teguran buat Adam Sebagai teman mahasiswa, ingin saya ambil kesempatan ini untuk menegur Adam Adli dalam beberapa perkara. Pertama, jika ingin melakukan acara simbolik seperti menurunkan bendera, pastikan beliau membawa sendiri bendera yang ingin digunakan dalam acara simbolik tersebut. Adalah kurang manis sebagai orang luar yang datang ke PWTC untuk menceroboh bendera kepunyaan mereka. Saya sertakan di sini satu analogi. Sewaktu kita berdemo menentang keganasan zionis dalam beberapa episod demonstrasi sebelum ini, kita telah mengekspreskan kemarahan kita dengan membakar bendera negara Israel dan sekutu mereka, Amerika Syarikat. Adakah para demonstran telah menurunkan bendera Amerika Syarikat yang terdapat di kedutaan mereka? Jawapannya tidak. Kita tidak menurunkan bendera yang ada di kedutaan Amerika Syarikat untuk acara simbolik membakar bendera sebaliknya membawa bendera Amerika Syarikat kepunyaan kita sendiri. Itulah yang harus dilakukan Adam Adli agar tidak dilihat keterlaluan. Beliau perlu faham status PWTC yang merupakan ‘rumah’ UMNO. Apa yang dilakukan pada 17 Disember tempoh hari telah membuatkan beliau dilihat sebagai penceroboh dan bukannya orang yang menyatakan protes kepada kepimpinan sedia ada. Teguran buat penyokong kerajaan Sejurus selepas Adam Adli menurunkan bendera itu dan menaikkan bendera kebebasan akademik, maka ada pihak yang ingin menjuarai isu ini dengan kononnya menyatakan kemarahan kepada mahasiswa. Saya langsung tidak peduli jika mereka ingin berasa marah atau apa sekali pun. Tetapi tindakan mereka yang mengugut dengan kekerasan langsung tidak mencerminkan keperibadian Melayu yang kononnya menjadi wadah perjuangan mereka selama berdekad-dekad. Sebaliknya, perangai mereka berani saya sifatkan sebagai samseng murahan dan terdesak untuk mencari perhatian! Apakah wajar untuk seseorang yang tidak jelas jasanya kepada Melayu mengiktiraf diri mereka sendiri sebagai ‘panglima’? Apakah wajar individu-individu sebegini berniat untuk meludah mahasiswa? Apakah mahasiswa ini hanya sekadar sampah-sampah picisan untuk diludah sesuka hati? Jika benar Adam Adli telah melakukan sesuatu yang mereka kurang senang, tegurlah beliau dengan kaedah yang berhikmah. Hal ini tidak perlu saya ajarkan di sini memandangkan mereka lebih senior dan sepatutnya tahu cara untuk menegur Adam dan kami adik-adik mahasiswa dengan pendekatan yang baik dan rasional. Tetapi sayang, golongan ‘panglima‘ ini lebih berminat menggunakan ‘ludah’ berbanding teguran yang membina dan bermanfaat. Ingin saya tinggalkan satu soalan kepada mereka, di mana mereka tatkala warga luar berpesta menghina negara kita dan menbakar bendera negara kita suatu masa dulu? Adakah sifat kejantanan dan kepahlawanan panglima-panglima ini hanya berkesan pada mahasiswa sahaja? Moga semua pihak beroleh pengajaran daripada peristiwa 17 Disember 2011. Moga semua berada dalam perlindungan, petunjuk dan rahmat Allah.

Alfatihah - Adun Tendong meninggal Dunia

24 Dec 2011 : ADUN PAS Tendong, Dr Muhammad Md Daud meninggal dunia pada jam 12.55 tengah malam tadi, dipercayai akibat serangan jantung. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat melaporkan berita kematian tersebut dalam Facebooknya awal pagi ini. Menurut tulisan Nik Aziz, Allahyarham meninggal dunia secara dr muhammad md daudtiba-tiba. Sementara itu, yang dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad, jenazah Dr Muhammad (kanan) dijangka dikebumikan selepas solat Zohor hari ini. Jenazah Allahyarham kini berada di rumah di Lorong Haji Daud, Kampung Perakap, Bunut Susu. Manakala Harakahdaily memetik Hanifa sebagai berkata, pagi kelmarin Allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan untuk penduduk dalam DUN Tendong yang dilanda banjir baru-baru ini.

Friday, December 23, 2011

Bekas MB Selangor - Khir Toyo dipenjara 1 Tahun

SHAH ALAM, 23 Dis: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah empat tahun lalu.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd  melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.     

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Ekoran itu, mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Wednesday, December 21, 2011

Awang Adek akui terima deposit, tapi...

Timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek hari ini menjelaskan bahawa deposit wang ke dalam akaun peribadinya, seperti didakwa satu blog, merupakan sumbangan untuk program sosial.

Ketua bahagian Umno Bachok itu mengakui telah menerima sumbangan yang dipertikaikan itu melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya.
Akaun peribadi itu dibuka pada 2004 untuk membiayai program di kawasan Bachok, katanya.

Bercakap dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Awang berkata beliau mempunyai semua rekod transaksi daripada sumbangan berkenaan yang dikendalikan oleh seorang pegawai khas.

"Banyak syarikat dan individu derma untuk jalankan kegiatan dan program untuk rakyat Bachok, bahagian saya. Semua diuruskan melalui akaun saya.

"Rekod ada. Siapa bagi, ada. Perbelanjaan pun ada," katanya lagi yang menambah, rekod berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Awang berkata, sumbangan dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah.

Katanya, beliau menerima semua sumbangan melainkan ia diberikan dengan niat tertentu seperti untuk mendapatkan projek.

Tegasnya, beliau tidak ada kena mengena dengan penganugerahan kontrak kerana ianya dibuat pada peringkat jawatankuasa dan beliau hanyalah seorang timbalan menteri.

Mangsa banjir Johor meningkat ke 1,000

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di lima daerah yang dilanda banjir di Johor meningkat kepada 1,011 orang setakat pukul 9 malam tadi.
Setiausaha Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata sebanyak 18 pusat pemindahan banjir telah dibuka iaitu 12 di Kluang, tiga di Segamat dan  masing-masing satu di Kota Tinggi, Batu Pahat dan Johor Baharu.
NONEDaerah Kluang mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 754 orang daripada 193 keluarga dari Kampung Mengkibol, Kampung Muhibbah, Kampung Kolam Air, Kampung Berasau, Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Kampung Punchor, Kampung Sri Cahaya, Kampung Contoh, Kampung Batu 4 Paloh, Kampung Melayu Mardi dan Perumahan Rakyat Yap Tau Sah, katanya.
Turut dipindahkan ialah 143 mangsa banjir dari Kampung Batu 10, Skudai di Johor Baharu.
Di Segamat, sebanyak 81 mangsa banjir dari Kampung Usaha Jaya; Kampung Paya Dalam dan Kampung Spangloi di Segamat kini ditempatkan di Balai Islam Kampung Paya Dalam, Balai Raya Spangloi dan Balai Raya Kampung Usaha Jaya.
Seramai 18 mangsa banjir dari Kampung Parit Haji Kamisan, Yong Peng, Batu Pahat dan 15  mangsa banjir dari Kampung Sungai Berangan, Kota Tinggi ditempatkan di balai raya kampung masing-masing.
- Bernama

Kumpulan Umno ancam tampar, ludah Adam Adli


Seorang pemimpin pemuda Umno mengancam untuk “meludah” dan “menampar” muka seorang pelajar yang telah menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu Sabtu lalu.

Ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha membuat ancaman itu ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.

NONE"Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau... Berani kau kurang ajar dengan kami?

"Ini semua panglima perang tahu?," kata Armand (foto) sambil menunjukkan ke arah sebilangan pengikutnya dalam video berkenaan.

Video yang dimuatkan dua hari lalu, mendapat perhatian meluas hampir 60,000 penonton yang rata-ratanya tidak menyukai video berkenaan.

Armand yang juga bekas ketua pemuda PERKASA sebelum ini telah mengeluarkan ancaman serupa ke atas artis Namewee atas klip video kontroversi 'Negarakuku.'

Sunday, December 18, 2011

Bahaya Klorin Dalam Minuman

Tahukah anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah satu penyebab barah yang utama? Ini bukanlah satu fakta baru yang mengejutkan. Para saintis telah mengkaji mengenai air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya terhadap hidupan.

Seorang saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis - "Klorin sangat berbahaya. Ia patut diharamkan!! !!!. Menambah klorin ke dalam air sama seperti memulakan satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum masanya dengan munculnya bermacam-macam simptom penyakit."

Air paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti arsenik, ubat gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak
daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri. Pendeknya, jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung, adalah menghairankan. Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan kepada kesihatan.

Penyakit yang datang daripada air tercemar amat banyak!!!!. Telah terbukti akhir-akhir ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih daripada 30 jenis penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang dan lain-lain. Untuk menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai sekadar meminum air yang mencukupi setiap hari, tetapi air tersebut hendaklah berkualiti dan tidak mengandungi bahan-bahan beracun.

Seorang pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di negara kita, air memberi kesan yang cukup ketara terhadap kesihatan seseorang itu. Beliau yang pernah menghidap barah darah (Non-Hodgkins
Lymphoma) beberapa ketika dahulu mendapati, pengambilan air yang berbeza memberi kesan yang berbeza terhadap kesakitan yang dialaminya setiap hari. Sebagai pakar motivasi kesihatan yang sentiasa
mengamalkan gaya hidup sihat, beliau menyedari bahawa air paip yang digunakan sebagai air minuman sejak sekian lama itulah yang menjadi sebab utama kepada penyakit barah yang dihidapinya.

"Semasa menjalani sesi kimoterapi, saya amat sensitif kepada jenis air yang saya ambil. Ketika itu saya terpaksa mencari air yang tiada 5K (klorin, karat, kuman, kimia dan kotoran) untuk menjamin agar sel-
sel badan saya sentiasa sihat.

Terdapat pelbagai jenis air untuk kesihatan yang terjual di pasaran negara kita. Misalnya air mineral, air RO (reverse osmosis), air oksigen, air beralkali di samping pelbagai jenis dan bentuk penapis air yang berfungsi meningkatkan kualiti air tersebut. Sebagai
pengguna, kita harus bijak memilih air yang terbaik untuk 'mandian' sel-sel di dalam tubuh kita yang sentiasa dahagakan air. Air yang rendah kualitinya tidak dapat memberi tenaga kepada tubuh, sehingga
menjadikan seseorang itu berasa lemah, hilang semangat, mengantuk, lembab dan malas.

"Kita tak sedar selama ini bahawa sel-sel tubuh kita sengsara kerana tidak mendapat air yang berkualiti. Air yang diminum mestilah yang terbaik. Ia mestilah bersih, tulen dan menyihatkan. Ia juga harus memulih, memperbaiki dan membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan," dan menyarankan agar setiap rumah menyediakan penapis air yang baik, dan menganggapnya sebagai satu keutamaan yang perlu diberi perhatian.

"Pada zaman moden ini, kebanyakan rakyat kita sudah mampu menyediakan pelbagai peralatan dan kemudahan di rumah seperti televisyen, telefon
bimbit, kereta dan sebagainya. Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh menyediakan kemudahan untuk kesihatan. Tidak sepatutnya kita menunggu sakit, baru hendak mencari penawar. Sebelum sakit, kita perlu menghindarinya. Kalau sudah sakit, kita terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi dan tidak menjamin sihat sepenuhnya di samping menyakitkan, " ujar beliau.

Beliau menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam dan tidak mengambil berat tentang kesihatan. Oleh itu, pada masa ini beliau giat berkempen agar rakyat Malaysia mengambil air yang
berkualiti untuk menjamin kesihatan yang baik, kerana air merupakan keperluan utama yang tidak boleh diabaikan.

Tuesday, December 13, 2011

Ini KL tahu buke Kelate

Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.

Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.
Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.

"Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu.

[Baca berita penuh]
kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 08kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 07kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 06
kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 01kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 03
 kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 04

Dailog Usahawe Kelate Dgn Kerajaaan Kelantan

Usahawan Anok Kelate di jemput ke Program Dailog bersama Kerajaan Negeri Kelantan 17/12/2011 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya & 18/12/2011 di Good Hope, Skudau, Johor Bharu. Masa 7.30 Mlm - 11.30 Malam.

Sunday, December 11, 2011

Kapal selam: Jangan percaya putar belit media BN

Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam.

Menteri diminta dedah hubungan dengan Papagomo

KUALA LUMPUR, 11 Dis: DAP mahu Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, apakah keistimewaan dimiliki blogger Papagomo sehingga dibenar menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak.

Setiausaha publisitinya Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog itu dalam kapal tersebut telah membuktikan Zahid hanya berbohong bahawa tiadak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal tersebut selain wartawan Bernama dan TV3.

Saturday, December 10, 2011

Pavilion Kelantan Pesta Pulau Pinang

Terimakasih YB Haji Zukufli Mamat. ADUN N33 PULAI CHONDONG MERANGKAP TIMBALAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN USAHAWAN, PERDAGANGAN DAN PERPADUAN MASYARAKAT. Atas kesungguhan beliau wujudnya Pavilion Kelantan di Pesta Pulau Pinang. Himpunkan anok perantau kelate berniaga di Pesta Pulau Pinang (28hb Nov 2011 - 1hb Jan 2012). Depan Pentas Utama Pesta. Perakan Malaysia telah dijemput untuk menjayakan Pavilion ini

Ambil tindakan ‘buat hudud pun tak jadi apa’

Lanjut di: http://www.facebook.com/pavilionkelantan



KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pihak berkuasa agama di negara ini digesa segera bertindak terhadap pihak yang bertanggungjawab menerbit dan menyiarkan sebuah drama pendek di Youtube yang secara terang-terangan menghina hukum Allah.

Drama pendek bertajuk 'Lagi Hudud PAS' itu didakwa telah menghina hukum hudud dengan cuba memberi gambaran hudud bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malah menjadikan masalah lebih teruk.

Sunday, December 4, 2011

KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI


17hb SEPTEMBER 2007


PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !!
TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!

PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :-

Lot 1123,
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300. P.Pinang.



Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


PRODUK-PRODUK KILANG

























CAP BUNGA KANGKUNG



















CAP CIK YATI



















CAP PHOENIX


























BIHUN



3.5 kg bihun CAP KETUPAT





3kg bihun CAP CABAI BURUNG



Bihun atau laksa CAP CILI, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG





Cop halal yang tidak pernah mendapat kelulusan

Apabila logo atau cop halal kelihatan di bungkusan produk makanan, ia menunjukkan suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu iaitu ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau difahami bahawa orang-orang Islam dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan tersebut. Logo halal yang sah dari JAKIM mempunyai


a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.


Manakala logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
‘10’ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor







Cop logo halal yang benar


Oleh itu, bagaimana persoalan ini terjadi?

Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan pagar. Betapa dekat dan hampirnya kilang memproses bihun ini dengan pusat ternakan babi sehingga berkongsi pagar. Pastinya keadaan kawasan tersebut tidak dapat digambarkan dan tidak INDAH seperti nama kilang tersebut lebih tepat lagi INDAH KHABAR DARI RUPA. Dan ini lari dari cop halal yang digunakan kerana premis makanan bersebelahan kawasan najis. Diketahui, pemilik Kilang Bihun Beras Indah dan pusat ternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan dan tidak perlu terkejut segalanya mereka berkongsi bersama seperti pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan.
















Keadaan di dalam pusat ternakan babi yang bersebelahan kilang BIHUN BERAS INDAH Sdn Bhd, Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara.


Gambar pandangan dari ladang kelapa sawit. Anak panah kiri menunjukkan kilang BIHUN BERAS INDAH dan anak panah kanan menunjukkan pusat ternakan BABI dan mereka juga berkongsi saluran air dari bumbung.

Difahamkan pihak kilang tersebut mendapat bekalan air untuk memproses bihun dan laksa dengan cara menyedut air dari bawah tanah bagi menjimatkan kos. Pernahkah anda terfikir kesucian air yang digunakan? . Bagaimana pula dengan keadaan bihun yang diproses dengan meggunakan air yang pastinya sedikit sebanyak mengandungi air najis. Ini seumpama kita memakan najis babi dan sekali lagi bertentangan dengan cop halal yang digunakan kerana memproses menggunakan alat yang tidak bebas dari najis. Kita sebagai pengguna beranggapan bahawa dengan memakan bihun cap cili atau apa- apa sahaja cap, kita tidak perlu ragu-ragu seperti kita memakan daging yang berkemungkinan merupakan daging babi. Malangnya tanpa kita sedari kita telah menikmati dengan enaknya bihun perisa babi. Apakah perasaan pengguna yang telah menikmati bihun tersebut. Betapa jijik dan kotornya perasaan para pengguna. Selain itu, pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang ini hanya dipisahkan dengan pagar dan mereka turut disyaki berkongsi sistem kumbahan yang sama.



Sistem kumbahan yang terletak berdekatan



Saluran paip yang menuju ke sistem kumbahan



Saluran paip air yang menyedut air dari sumber bawah tanah




Paip air di dalam gambar sebenarnya telah di kunci ketat dan saluran air yang tersembunyi merupakan sambungan untuk sumber air bawah tanah

Bagaimana pula dengan suara hati penduduk tentang pencemaran bau yang langsung tidak menyenangkan? Sejauh lebih 2 km bau busuk dari pusat ternakan babi tersebut boleh dihidu. Bayangkan penerimaan dan penderitaan yang ditanggung penduduk setempat selama ini. Kita tidak perlu terkejut sekiranya kesihatan penduduk terjejas akibat pencemaran bau dari kandang penternakan babi.

Selain daripada itu juga, kerana ingin mengaut keuntungan, terdapat segelintir peniaga tempatan sering menyalah gunakan atau mengambil kesempatan dengan membeli produk dari kilang tersebut. Lebih memeranjatkan lagi terdapat pembeli atau pemborong yang beragama Islam seringkali dilihat datang ke kilang tersebut membeli hasil keluaran mereka. Adakah pembeli ini hanya memandang ringan keadaan sekeliling atau tidak pernah tahu kewujudan pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang tersebut atau mereka ini tidak pernah sensitif dengan HALAL & HARAM? Sanggup sungguh mereka mengkhianati saudara sesama Islam mereka atau dengan kata lain betapa tidak berilmu dan jahilnya rakyat Malaysia yang beragama Islam tersebut!!







Kelihatan pemborong yang beragama Islam turut membeli produk keluaran Kilang Bihun Beras Indah tersebut

Lagi penipuan yang Kilang Bihun Beras Indah lakukan dengan meletakkan alamat pendaftaran syarikat iaitu:-



1-G-2,
Sri Pelangi, Jalan Bukom,
10150 Penang
.

Bungkusan bihun yang berbeza dengan alamat sebenar untuk tujuan mengelirukan pihak pengguna. Sepatutnya pemilik yang ingin mendaftarkan kilang mereka perlu meletakkan alamat kilang mereka seperti kilang BIHUN BERAS INDAH meletakkan alamat mereka di Jalan Tingkat 6, Kampung Selamat. Mengapa mereka ingin mengelak dengan meletakkan alamat lain? Ini kerana Kampung Selamat memang dikenali ramai dengan kawasan penternakan babi yang sangat besar.



Jika dilihat begini, bagaimana kilang ini berjaya mendapat lesen?







Alamat yang tertera pada bungkusan tidak sama dengan alamat kilang Bihun Beras Indah bagi tujuan menutup atau mengaburi pengguna

Yang menjadi tanda tanya, bagaimana Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. ini boleh mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) memandangkan pusat ternakan babi ini telah wujud lebih dari 10 tahun dan atas alasan apa kilang Bihun Beras Indah ini dibenarkan beroperasi? Adakah mereka telah disuap atau disogok? Ataupun dengan kata lain rasuah di bawah meja? Tidak pelikkah anda bagaimana mereka boleh membuka kilang tersebut dan bertahan hingga ke hari ini? Mustahil sama sekali jikalau kita fikir dengan kepala otak kita sendiri. Tidak logik!!!!!!

Malahan, menurut sumber yang diperolehi, kira-kira 2 tahun lepas iaitu dalam tahun 2005 pihak Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna - P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang pernah membuat serbuan terhadap kilang bihun Beras Indah tersebut. Malangnya sehingga kini kilang ini masih mampu beroperasi seperti biasa. Mengapa keadaan ini terjadi? Perlukah mereka diserang beribu kali baru boleh ditutup atau kerajaan kita terlalu lembut dan kalah dengan sebuah kilang bihun?!!

Penipuan seterusnya, kilang ini juga mengeluarkan produk bihun dan laksa yang berjenama CAP CILI, CAP KETUPAT dan CAP LANGSAT untuk dua pelanggan tetap beliau iaitu:-







KIM LOONG HUAT SDN. BHD.
yang beralamat No.3565, Jinjang Utara, 52000 K.L



dan







ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.yang beralamat No. 22,24,26,
Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000
Bukit Mertajam.


Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd masih mengeluarkan bihun di bawah nama Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama syarikat ini tidak lagi beroperasi.

Jika diteliti, kedua- dua produk ini juga mempunyai tanda “halal” dalam tulisan jawi dan rumi.

Dimanakah kuasa yang dapat menghalang perbuatan ini!!! JAKIM ?? KPDNHEP ?? ataupun MPSB itu sendiri.

Kerajaan wajib menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas serta memastikan bahawa sebarang penggunaan Tanda, Logo, Cop mahu pun perkataan rumi atau jawi yang memberi maksud Suci, Bersih, Makanan orang Islam atau Ditanggung Halal yang tidak diluluskan oleh pihak JAKIM wajib dikenakan tindakan mahkamah. Jika tidak dikawal dan masih berterusan ia akan memberi kesan negatif kepada Negara Malaysia memandangkan Negara kita merupakan Negara Islam dan pengeluar produk HALAL di dalam dan di luar Negara.




Lakaran kasar kawasan kilang BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.



Gambar hadapan KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.



KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.



Pandangan tepi kanan kilang BIHUN BERAS INDAH – betapa luas dan besarnya kilang ini


Ladang kelapa sawit yang berjiran sebelah dengan kilang BIHUN BERAS INDAH dan kandang penternakan babi




Pandangan 2D dari jalan utama



Dibelakang semak kira-kira 30m ini terdapat kandang babi



Betapa kotornya kilang BIHUN BERAS INDAH



Parit menjadi tempat perkongsian sisa kumbahan babi dan bihun



Saluran paip air

Pandangan dari hadapan dan papan tanda Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd



Bukti kewujudan kilang :
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
//