Pages

Tuesday, January 31, 2012

Molek Doh Tu

Keputusan MB pegang Exco Agama molek - Presiden PAS
Nazri Abdullah, 31 Jan 2012

GOMBAK, 31 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memegang sendiri potfolio agama Islam di negeri itu sebagai sangat molek.

Menurutnya, dengan kelebihan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang selalu berjumpa dengan Sultan, ianya akan memudahkan lagi urusan agama di negeri itu.

"Kita kena tahu di Selangor agama di bawah bidang kuasa raja melalui majlis agama.

"Kita nampak Tan Sri Khalid ini orang paling rapat dengan Sultan, dia paling kerap jumpa Sultan, jadi moleklah orang paling acap jumpa sultan (pegang exco agama)," katanya dalam pertemuan dengan Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pihak tertentu khususnya Umno sebelum ini kononnya PAS dipinggir kerana tidak diberi portfolio agama kepada exco dari parti itu.

Isu tersebut timbul selepas Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Selangor menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Bagaimanapun, portfolio hal ehwal Islam yang sebelum ini di bawah Hasan kemudiannya diletakkan dibawah menteri besar sendiri manakala Dr Yunus dilantik memegang portfolio Belia, Sukan dan Adat Melayu.

Peluang itu sekaligus digunakan Umno dengan mendakwa PAS hilang potfolio agama.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, siapapun yang dilantik sebagai ketua tidak penting, namun yang lebih penting adalah siapa yang akan menjalankan tugas exco itu.

Sebab itu katanya, PAS masih berperanan besar apabila Menteri Besar melantik Adun Bangi Dr. Shafie Abu daripada PAS sebagai Pembantu Exco Agama.

"Cumanya kita lantik siapa bawah Tan Sri Khalid, ini yang penting. Setengah orang kita ni tak nampak (siapa) yang kena buat kerja, nak tengok siapa (ketua).

"Lagipun pilihan raya umum dekat dah," katanya sambil menyifatkan keputusan itu juga sebagai strategi pilihan raya.

Sunday, January 29, 2012

Imej PAS Selangor tercalar?

Ahmad Lutfi Othman, 27 Jan 2012

Seolah-olah ada kocakan dalam Pakatan Rakyat di Selangor sejurus pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri, bagi menggantikan Dr Hasan Ali. Sekurang-kurangnya itulah yang mahu dipersepsikan media milik Umno. Sebagai negeri yang paling dihajati untuk direbut semula, dengan apa jua cara oleh Najib Razak, setiap peluang akan dimanipulasi sepenuhnya.

Selaku musuh tradisi Umno sejak berzaman, apatah lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti PAS dilihat faktor paling penting dan kritikal untuk memudahkan laluan Pakatan ke Putrajaya, maka usaha menjauhkan pengundi Melayu-Islam dengan PAS dikira dapat mempertahankan survival Umno-BN.

Portfolio Dr Ahmad Yunus -- Adun muda yang berminat melakukan kerja amal dan tidak terpalit dengan sebarang isu kontroversi -- berkaitan adat Melayu, belia dan sukan, dikatakan hanya menggambarkan bahawa PAS tidak begitu dipandang penting oleh rakan-rakannya dalam Pakatan di negeri termaju itu, khususnya KeADILan.

Beberapa akhbar mengulas bahawa apabila tiga portfolio penting, yakni agama, kemudahan awam dan infrastruktur, disandang Menteri Besar, ia hanya menunjukkan satu mesej jelas: PAS telah dipinggirkan.

Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad tiba-tiba kerap ditemubual sebuah stesen TV secara sinis berkata, Parti Islam itu hanya diperlukan untuk mengumpulkan orang ramai bagi tujuan politik sekutunya. Sudah tentu ia bermotif negatif, untuk membangkitkan rasa tidak senang penyokong PAS akar umbi, seolah-olah mereka yang komited dengan perjuangan itu sekadar menjadi alat atau perkakas KeADILan dan DAP.

Menerusi internet, pelbagai komentar dilontarkan. Ada yang bersetuju portfolio agama diserahkan kepada Abd Khalid Ibrahim, terutama untuk menyelesaikan pelbagai "kekusutan" yang timbul dalam institusi tertentu. "Kerumitan" di peringkat yang sensitif itu memerlukan tokoh berprofil tinggi, seperti Menteri Besar, bagi menanganinya secara cermat dan berhemat.

Namun tidak kurang pula posting yang memperlekehkan PAS, dengan memainkan sentimen bahawa imejnya sebagai Parti Islam tercalar teruk. "Bukankah aktivis PAS selama ini yang menggerakkan institusi masjid dan surau? Memang tiada tokoh ulama daripada kalangan Adun PAS, seperti juga Hasan Ali dulu pun bukan ustaz, tetapi PAS itu sendiri mengumpulkan ramai ilmuan dan pencinta Islam," salah satu tulisan dipetik.

Saya turut menerima SMS, yang menyokong penuh kenyataan sarjana sains politik, Dr Mohammad Agus Yusof yang menyifatkan portfolio agama dan adat Melayu sebagai "saling berkaitan seperti kembar siam, dan tidak sepatutnya dipisahkan".

Malah, ada yang mencadangkan portfolio kemudahan awam dan infrastruktur kekal di bawah Exco PAS, dengan mempelbagaikan bidang kuasa seorang lagi Exco daripada PAS, Iskandar A Samad, yang kini mengendalikan perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan.

Sememangnya keputusan mutlak di tangan Menteri Besar. Beliau diyakini melihat senario ini secara keseluruhan; selain memperkemas struktur dan jentera pentadbiran, juga sebagai persiapan terakhir menghadapi PRU13. Tentulah jika ia dilihat boleh membawa mudarat kepada PAS -- sekurang-kurangnya daripada segi persepsi orang ramai -- itu hanya satu kebetulan yang menyedihkan.

Saya tidak percaya isu portfolio yang disandang Dr Ahmad Yunus itu membawa kesulitan besar kepada PAS. Penjelasan awal yang diberikan, antara lain oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan, Tuan Ibrahim Tuan Man, dapat menjernihkan. Mainan musuh akhirnya akan tertolak begitu sahaja.

Kenyataan Iskandar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, bagi penyokong parti lebih melegakan. Katanya, keputusan mengambil alih portfolio agama itu hanya sementara. Ia akan diserahkan semula kepada Exco PAS dalam masa yang sesuai.

Bagaimanapun, Saifullah Zulkifli, Ketua Penerangan AMK Selangor menyimpulkan: "Umno-BN sering menggunakan isu agama seperti isu kuil, isu murtad, isu pentauliahan dan sebagainya sebagai modal dangkal untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat. Justeru adalah wajar aspek-aspek yang melibatkan portfolio agama ini diberi perhatian khusus kepada pimpinan tertinggi kerajaan negeri."

"Minta saudara Lutfi jelaskan, apakah Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang dikuasainya, mengadakan rundingan terlebih dahulu sebelum apa-apa keputusan besar dibuat? Bukankah itu amalan yang baik, menandakan parti yang menguasai kerajaan? Saya difahamkan, kalau benar memang menyedihkan, hanya Perak di bawah Nizar Jamaluddin dahulu yang melaksanakan amalan itu. Saya bukan merujuk kepada Selangor sahaja, tetapi juga Kedah dan Pulau Pinang juga," seorang anak muda, bekas pemimpin pelajar, menghantar emel kepada saya.

Selain itu, ada juga yang menghargai situasi tokoh no 1 PAS Negeri, Dr Rani Osman yang tidak dilantik Exco. "Ya, tidak semestinya PJ akan jadi Exco, 'kan? Banyak tugas lain, demi kepentingan rakyat dan menjamin urusan kerajaan tidak menyeleweng, boleh dilakukannya. Seperti juga Ketua KeADILan Selangor, Azmin Ali tidak memegang sebarang jawatan strategik dalam kerajaan," saya menerima panggilan telefon seorang pembaca Harakah.

Apa pun, saya lebih teruja dengan SMS seorang pemimpin Umno Selangor: "Dr Ahmad Yunus punya masa depan cerah. Tapi lebih penting, baru orang sedar, dalam PAS rupanya ramai profesional hebat, termasuk doktor perubatan. Yang dipecat doktor, penggantinya juga doktor. Hebat lagi bila ketiga-tiga calon yang disebut ganti Hasan Ali semuanya doktor. Ini cabaran besar kepada Umno, yang juga mesti sediakan profesional dan tokoh muda dalam PRU13 nanti."

Dalam pada itu, Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar, yang juga Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Selangor, yakin segala urusan berkaitan hal ehwal agama di Selangor akan lebih licin selepas portfolio itu dipegang sendiri Menteri Besar. Katanya, dengan kelebihan yang ada pada Khalid, ia akan memudahkan 'banyak benda' termasuk dalam urusan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Harakahdaily melaporkan, ditanya beban tugas selepas pertukaran ketuanya, Dr Shafie berkata, beliau yakin kerjanya sebagai pembantu exco agama akan lebih berat di bawah Khalid. "Oleh kerana dia sibuk dengan pelbagai tugas, mungkin peranan (exco agama) ini banyak diturunkan kepada saya. Barangkali saya akan lebih banyak menjalankan tugas yang sepatutnya dijalankan Menteri Besar kerana masa dia tak banyak," katanya yang juga Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (Padat).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor pula menyifatkan tindakan Menteri Besar itu sebagai langkah untuk memastikan Umno-BN tidak akan menggunakan portfolio berkenaan sebagai sasaran mudah.

Tambahnya, Dr Ahmad Yunus Hairi, adalah ‘orang baru’ yang belum berpengalaman menguruskan portfolio tersebut.

"Portfolio hal ehwal Islam itu merupakan lubuk Umno BN untuk menyerang PAS, jadi tindakan yang dibuat MB adalah tindakan wajar,” jelas Khalid ketika dihubungi The Malaysian Insider. Tambahnya, tindakan menteri besar itu juga bertepatan pada masanya memandangkan tempoh untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

Manakala seorang rakan lain, yang sering saya ajak bicara tentang cabaran sengit PAS di Selangor, mengingatkan: "Di kawasan Parlimen Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang dan Kuala Selangor, PAS bertanding 5 kerusi Dun dan 3 Parlimen, tetapi pemimpin negeri dan pusat jarang datang. Aktiviti dan ceramah sekali sekala sedangkan Umno terus dengan program sukan, karaoke tiap minggu, begitu juga ceramah agama. PAS tertinggal jauh ...."

Saya tidak pasti apakah rungutan sahabat saya itu berasas atau setakat berkongsi rasa ... Namun ia menyedarkan saya bahawa laluan PAS sebagai "pengganti Umno", dalam konteks pengundi Melayu, masih berliku tajam.

Sebenarnya, jika diikutkan hati, saya lebih suka untuk mengulas isu pengisytiharan harta dan aset milik menteri dan keluarga mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan bukan hanya kepada Perdana Menteri. Lebih menarik, respons Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz terhadap cadangan Pengerusi Lembaga Penasihat panel SPRM, Zaitun Zawiyah Puteh itu.

"Jika kita umumkan butiran (pengisytiharan aset) itu kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan," kata Nazri. Ha ha ha ...

Bekas Adun Bukit Tuku Kembali Ke Rahmatullah

Bekas Adun Bukit Tuku, Tuan Guru Hj Hussein Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 5:15 minit petang ini disebabkan serangan jantung. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital Daerah Lati dari rumahnya di Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Pagi tadi Allahyarham telah menghadiri majlis anjuran Dewan Ulamak di Madu, Machang Kelantan.

Katanya sebaik majlis itu selesai Allahyarham mengadu keletihan dan sesak nafas dan dibawa pulang ke rumahnya di Pondok Lubuk Tapah.

Sesampai di rumah anaknya telah membawa ke hospital apabila keadaanya semakin tenat.

Sebelum menerima rawatan Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir dipercayai kerana serangan jantung.

Allahyarham dijadualkan akan menjalani pembedahan jantung pada bulan hadapan. Beliau mengetahui menghadapi masalah jantung setelah mendapat pemeriksaan jantung di Kota Bharu sekembali dari lawatan ke China bersama rombongan Dewan Ulamak Kelantan pada bulan lalu.

Hj Hussein merupakan sepupu kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah dan merupakan penyandang kuat kepada institusi Pondok Lubuk Tapah.

Allahyarham pernah menjadi wakil rakyat Pas apabila menang kerusi Dun Bukit Tuku pada tahun 1990 mengalahkan Mohd Zain Ismail dengan kelebihan undi sebanyak 2,093. Beliau mendapat 6,336 manakala Mohd Zain mendapat 4,243. Pada tahun 2004 Allahyarham tewas ditangan Mohd Zain dengan kekurangan 868 undi.

Sepanjang penglibatannya dalam politik Pas beliau menjadi anggota Dewan Ulama Kelantan, Ketua Unit Halaqah dan pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Pas Rantau Panjang selama satu penggal.

Allahyarham mulai aktif dalam politik Pas menjadi Ketua Dewan Ulamak Pas Rantau Panjang sekembali dari Makkah. Beliau menghabiskan separuh usianya tinggal di Makkah. Allahyarham mempunyai hubungan yang intim dengan penulis dan pernah beberapa kali bersafan (tidur) di rumah penulis terutamanya waktu berlangsung muktamar Pas di Taman Melawar.

Sesuatu yang penulis tidak dapat melupai budi Allahyarham ialah setiap kali beliau akan datang bermuktamar bersama beberapa orang termasuk bapa mertua penulis Allahyarham Hj Yaacob Awang Besar beliau akan membawa beras seguni sebagai buah tangan.

Allahyarham Hj Hussein seorang yang peramah dan menghormati rakan dan lawan tanpa merasakan megah dengan ketinggian ilmu yang dimilikinya. Kali terakhir penulis menemui beliau ialah sewaktu dalam satu majlis di Kota Bharu tahun lepas. [wm.kl.7:09 pm 28/01/12]

Friday, January 27, 2012

Mengenali MB Kedah dari dekat

Azamin Amin,27 Jan 2012

Ramai yang berbeza pendapat dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak tentang isu Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU), namun ia tidak sepatutnya menidakkan kehebatan MB Kedah ini.

Berikut adalah catatan seorang wartawan Harakah, AZAMIN AMIN tentang Azizan Razak sebagaimana yang beliau kenali. Tulisan ini sudah lama tetapi masih relevan untuk memahami isu di Kedah.



KEDIAMAN

Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.

Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.

Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.

BANGUNKAN INSANIAH

Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.

Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.

CUKUP BERANG

"Paling pantang, ada orang minta projek daripadanya. Dia juga cukup berang jika sesuatu itu harganya amat mahal dan tidak munasabah. Dia begitu teliti dan cerewet tentang duit," kata seorang kakitangan kerajaan negeri tentang sikap MB Kedah itu terhadap perbelanjaan dan peruntukan kewangan.

Selain itu beliau turut mengarahkan semua Exco Kerajaan negeri, melalui potongan gaji, menyumbang dana ke Tabung Tunku Mahmud, bagi tujuan kebajikan untuk rakyat Kedah.

Ya, memang tidak disangkal, Ustaz Azizan begitu cermat bila masuk bab wang kerajaan. Sikapnya itu sudah tidak menjadi rahsia lagi bahkan sebelum beliau bergelar Menteri Besar lagi. Malah tidak pernah campur adukkan antara wang kerajaan negeri dengan wang milik parti.

Apatah lagi dalam hal ehwal lantikan kuasa atau jawatan, Ustaz Azizan, bapa 14 orang anak ini tidak pernah menggunakan kuasa yang ada untuk menawarkan pekerjaan kepada anak-anaknya di pejabat kerajaan negeri sungguhpun diketahui ada antaranya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kata satu sumber rapat dengan MB Kedah itu.

Ketika mula-mula mengangkat sumpah sebagai pemimpin negeri Mac 2008 yang lalu, rumahnya tidak mempunyai pagar. Kosong dan lapang begitu sahaja.

Namun atas nasihat Unit Perancang Ekonomi (UPEN) demi faktor keselamatan, Ustaz Azizan bersetuju dengan cadangan mereka supaya membina pagar rumah dan pondok pengawal. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya membina menggunakan duit sendiri.

HARGA KEMEJA MB


Bagi membeli pakaian, beliau akan ke sebuah kedai cina di Simpang Empat, Kangkong dan sebuah kedai di Pulau Pinang bagi membeli baju-baju kemeja yang diminatinya dan kedua buah kedai ini, merupakan kedai pakaian kegemarannya sejak dulu lagi.

Dan lebih mengujakan, ada antara kemeja-kemeja yang dibelinya di sini, yang dipakai ketika majlis rasmi ataupun sewaktu bertugas rata-ratanya sekitar RM19.00 sahaja!

Tidak cukup dengan itu, jika ada urusan rasmi di Kuala Lumpur atau ke mana sahaja di negara ini, beliau tidak pernah menaiki kapal terbang sebaliknya menggunakan jalan darat semata. Ustaz Azizan 'tahan' berjam-jam dalam kenderaan untuk ke lokasi yang jauh.

Kata juruiring dan pengawal peribadinya, beliau tidak akan singgah di sepanjang perjalanannya seperti dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sehinggalah tiba ke destinasi yang dituju. Malah masa bertolak dan pulang tidak tentu masa, adakalanya tengah malam atau menjelang subuh.

Selain mengurangkan kos, beliau berasa selesa dan bergerak ke sini sana bertemu sesiapa sahaja menggunakan kereta. Cuma sesekali dijemput Tuanku Sultan Kedah untuk menaiki pesawat peribadi Boeing 737, beliau tidak upaya menolaknya.

HUBUNGAN DENGAN ISTANA


Bercerita pula hubungannya dengan istana, ustaz Azizan sememangnya terkenal dengan sikap hormatnya kepada Sultan dan institusi raja-raja. Kerana itulah, setiap hari Rabu, di awal pagi sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri, beliau akan mengadap Sultan Kedah, untuk melaporkan perkembangan dan perjalanan urusan kerajaan.
Lazimnya, para pemimpin negara atau negeri akan menginap di hotel mewah khususnya di Kuala Lumpur bagi urusan-urusan rasmi. Bukan seorang perbelanjaan yang ditanggung, malah melibatkan para pegawai, setiausaha, petugas, pemandu dan pegawal peribadi

Tidak seperti Ustaz Azizan, bagi mengelakkan pembaziran, beliau menyewa sebuah rumah tiga bilik di lokasi yang dirahsiakan di ibu kota untuk didiaminya bersama para petugas. Betapa cermatnya dan bayangkan apabila perbelanjaan menginap di hotel yang boleh mencecah RM80,000 sebulan dapat dijimatkan!

Menarik cerita MB Kedah ini ketika berada di rumah sewanya itu. Saya bertanya makanan kesukaan beliau dan kata pegawainya sekiranya lapar, lewat malam Ustaz Azizan meminta pegawainya membungkus Roti Arab kuah Dal atau seperti selalunya, hanya meminta mereka memasakkan mee segera untuknya!

SERI MENTALOON


Ya, beliau tidak mahu menetap di Seri Mentaloon yang gah laksana istana itu tetapi menjadikan bangunan luas itu untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi apa jua program pembangunan Insan ataupun majlis-majlis rasmi, tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sikap Ustaz Azizan terhadap rakyat, kawan dan lawan sudah menjadi buah mulut orang. Mereka amat kenal gerak gaya dan perangai Menteri Besar mereka yang cukup mesra dan suka berseloroh. Saya sendiri pernah, menyaksikan serombongan 10 artis serta 40 krew produksi sebuah drama yang menjalankan penggambaran di Kedah diraikan oleh Azizan di Seri Mentaloon dengan jamuan makan tengah hari.

Biarpun rombongan itu terlewat satu jam sedangkan MB mempunyai acara di lokasi yang lain, Ustaz Azizan masih sabar menunggu dan melayan tetamu, membuat kebanyakannya malu tersipu. Bukti, pemimpin parti Islam ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.

Selain itu, Ustaz Azizan sering mempamerkan keprihatinannya terhadap masalah dan kebajikan rakyat. Buktinya, sejurus selepas mengadap Sultan Kedah, beliau dengan lengkap berpakaian baju melayu bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan terdapat 14 buah kedai hangus terbakar di Sungai Limau sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari.

Beliau tiba, ketika api sedang naik menjulang sambil memerhatikan bomba dan sukarelawan memadamkan kebakaran malah datang sekali lagi keesokan harinya bersama Tengku Bendahara Kedah, menyampaikan sumbangan derma kilat kepada mangsa.

Begitu juga dengan kejadian ribut kuat di Kuala Ketil yang melibatkan lebih 300 penduduk mengalami kerosakan kediaman, yang mana sehari selepas kejadian, Ustaz Azizan tiba awal dengan pasukan rombongannya menyampaikan sumbangan derma.

PERANGKAP WARTAWAN


Tetapi awas, bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.

"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.

"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.

"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa.

RAMADAN


Ada kisah menarik perhatian saya, ketika dititipkan semula pegawai khas MB tentang satu usaha kejadian sabotaj yang dilakukan pihak lawan sekitar Ramadan tahun lalu.

Waktu itu, di masjid-masjid telah teredar ribuan risalah palsu yang menyatakan bahawa Ustaz Azizan selaku MB Kedah akan memberi sumbangan wang saku untuk Hari Raya kepada rakyat Kedah.

Esok paginya lebih 300 orang memenuhi pekarangan pejabat MB bagi menuntut apa yang dijanjikan seperti yang dicanang risalah palsu itu. Ustaz Azizan yang baru tiba ke pejabat, hairan dan terpinga dengan kehadiran orang ramai itu, lantas memanggil para pegawainya menjelaskan apa yang berlaku.

Anda tahu keputusannya? Jika dilihat perwatakannya yang bengis dan tegas itu, ramai boleh mengagak tindakan selanjutnya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya!
Ustaz Azizan berasa simpati pula dengan orang ramai yang tertipu dengan risalah itu. Lebih menghibakan beliau, ada bersusah payah datang dari jauh, hulu kampung, semata-mata berharap dan bergantung ihsan sumbangan yang dihebahkan palsu itu.

Lantas beliau mengarahkan para pegawainya mengagihkan wang sebanyak RM50.00 seorang kepada semua yang hadir dan wang yang dikeluarkan itu datangnya daripada poketnya sendiri!

Sunday, January 22, 2012

Derma diperlukan

Kelatedaily.com adalah akhbar online yang diurus kelatedaily.com sebuah sebuah milik pesendirian yang dibaut secara sukarela. Kami tidak mendapat apa-apa dana daripada sesiapa. Sesiapa ingin menderma boleh lakukan untuk ringankan bebanan kami:

1. TERUS KE AKAUN BANK: Maybank( 1120 8058 6371) atau Bank Islam( 130 170 208 73 788 Admin: Mahadi Che Haron)0139299944
HPA Online Al-Fateh2u.Com Produk Halal Tanggungjawap Bersama

2. BUAT BELIAN PRODUK HPA: Marilah kita bersama HPA milik Islam 100%. yang kini punyai hampir 450 Produk. serta mempunyai rangkaian makanan segera RFC. JOM kita cintai produk Islam. tanamkan dalam minda mayasrakat kita:
Buat belian sekarang guna id : #334166.MY01 PAS KAWASAN MARANG #287927.MY01 MOHD NOOR BIN ABDUL RAHMAN #286273.MY01 MOHD ZUKI BIN MOHD ALI #287925.MY01 ABDUL WAHAB BIN SIDEK #287928.MY01 (NADHEERA BT GHANI) #297991.MY01 ZUMRAH BT HUSNI(isteri Ust Badul amin).


Friday, January 20, 2012

Tolong bantu AKSB.. bayar tunggakan segera.

Tolong bantu AKSB.. bayar tunggakan segera.



Kini hampir semua manusia mempunyai hutang. Umat Islam juga tidak terlepas dari menanggung hutang puluhan dan mungkin ratusan ribu ringgit. Kita telah dididik dan diajar untuk hidup dengan berhutang sana sini. Bagaimanapun berhutang tidaklah salah, yang salah jika tidak mahu membayarnya. Soalnya sekarang kita bukan tidak mahu membayar tetapi belum punyai wang untuk melangsaikan semua hutang.

Sabda Rasulullah: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya.”

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai’ dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Petikan di atas penunjukkan betapa pentingnya membayar hutang. Jika kita mati hutang tidak akan terhapus begitu sahaja sebaliknya ia perlu dijelaskan oleh orang yang masih hidup. Jika tidak roh kita tidak akan tenang di sana. Kita tidak tahu bila kita akan mati, entah esok atau lusa. Sempatkah membayar hutang sebelum mati?

Renung sejenak, seandainya kita mati, ada tak sesiapa yang masih hidup yang kita kenal sanggup membayar hutang kita? Mampukah mereka membayar hutang kita yang banyak itu? Adakah kita punyai harta yang boleh mereka gunakan untuk membayar hutang tersebut? Dan adakah mereka akan jujur membayar hutang-hutang itu atau mereka akan menggunakan harta tersebut untuk kepentingan mereka sendiri?

Jawapannya tentu agak mengecewakan kita. Oleh itu kita perlu bersiap sedia merancang satu strategi untuk memastikan hutang kita terbayar selepas kita mati.

Dapatkan Perlindungan Takaful

Ya! Dapatkan perlindungan Takaful atau apa-apa insuran Islam yang mampu memberikan kita wang selepas meninggal dunia. Kita memang tidak akan menggunakan lagi wang tersebut memandangkan kita telah meninggal dunia, tetapi wang itulah yang akan menjadi penyelamat kita untuk melangsaikan hutang. Elakkan membeli insuran konvensional yang haram. Perbuatan ini hanya akan menjadikan mayat kita lebih seksa di alam barzakh sana.

Tulis Wasiat Atau Beri Ingatan Kepada Pasangan Kita.

Tulis wasiat atau senarai lengkap keseluruhan nama orang yang kita hutang berserta alamat, no. telefon dan apa-apa maklumat mereka untuk dihubungi supaya orang yang hidup boleh membayar hutang kita kepada mereka tanpa sebarang masalah. Carilah orang yang boleh dipercayai seperti suami, isteri, ahli keluarga dan seumpamanya. Mereka boleh menggunakan wang pampasan dari perlindungan Takaful yang kita sertai itu untuk menjelaskan segala hutang kita.


Artikel ini hanyalah satu cadangan dan alternatif dari penulis. Tidak semestinya cara ini sahaja yang tepat. Menyegerakan pembayaran hutang sangat dituntut dalam Islam. Bagaimanapun kita perlu juga membuat persediaan seandainya ajal kita menjelma lebih awal dari yang disangkakan. Di bawah ini saya kongsikan amalan-amalan doa untuk membebaskan diri dari belenggu hutang:

A

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

20hb Jan 2012: Penyanyi Izwan Pilus telah pun meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012) akibat daripada ada jangkitan kuman dalam paru-paru.

Kepada yang tak mengenali beliau, penyanyi ini pernah merakam album 5 tahun lalu dan terkenal dengan lagu-lagu Erti Kasih, Kembali Senyum.

Perkhabaran ini juga telah dikhabarkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya.

Salam takziah dari Budiey dan pembaca budiey.com. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

New Aritst Nominees - Izwan Pilus

Di twitter kini, rakan-rakan artis sempat untuk meluahkan rasa dukacita atas kehilangan anak seni ini, antaranya:

Dato’ Siti Nurhaliza : Al-Fatihah kepada arwah Izwan pilus ..Semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg beriman..amin

@faizal_hotfm: Seorg yg baik dan lembut dlm berkata2.. Al Fatihah buat Izwan Pilus.

@IkaNabella: Mengikut sumber arwah meninggal akibat jangkitan paru2 .. Arwah masih di hosp Ampang.. -AlFatihah-

@DinaNadzir: Takziah buat sahabatku @KhairilAzam atas kehilangan abangmu.. Al-fatihah.. He’ll be missed dearly..

Kak Cham (editor Berita Harian) : Alfatihah…penyanyi Izwan Pilus telah pulang ke rahmatullah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama org beriman.

Exco agama: Yang pentingnya amanah, kata Mohd Sabu



KUALA LUMPUR, Jan 20: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, bukan semestinya orang belajar agama sahaja yang boleh mengambil tugas Exco hal ehwal agama, tetapi perlukan seorang Muslim yang amanah, jujur dan ikhlas.

Lagipun, katanya, Pembantu Exco Hal Ehwal Agama adalah kekal dipegang Adun PAS iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Bangi).

Beliau berkata demikian ketika menyokong hujah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatan exco agama kerajaan Selangor.

Semenjak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang disandang oleh bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat, media Umno telah bertubi-tubi menyerang isu ini kononnya PAS tidak Islam lagi tanpa portfolio tersebut.

Menjawab serangan tersebut, Mohamad berpendapat langkah Khalid adalah tepat kerana dengan pilihanraya umum yang semakin dekat, adalah perlu untuk satu institusi yang lebih besar untuk mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“(Oleh itu), adalah lebih baik untuk Tan Sri Khalid mengambil exco agama. Bukan semestinya orang agama sahaja yang boleh ambil tugas itu, asalkan ia amanah, jujur dan ikhlas.

"Nasib yang melanda (Datuk Seri) Jamil Khir dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin memberitahu kita, yang penting ialah amanah dan takut pada Allah, bukannya siapa yg menduduki satu jawatan,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Kedua-dua menteri Umno yang disebut Mohamad itu kini terlibat dalam skandal dakwaan salahguna kuasa dan wang.

Jamil terpalit dengan skandal menggunakan wang zakat untuk membayar kos guamannya, manakala Muhyiddin pula tertekan sebagai menteri yang meluluskan projek RM250 untuk Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Ketua Umno Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil.

(Dr Shafei Abu Bakar...Pembantu Exco Hal Ehwal Agama yang kini dipegang portfolionya oleh MB Selangor.)

Awal pagi ini, Tuan Ibrahim menegaskan amanah merupakan benda terpenting dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun.

“Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?” kata beliau.

Menyambung hujah Tuan Ibrahim, Mohamad berkata tiada gunanya sekiranya seorang ustaz diletakkan di sesuatu jawatan “kalau dana zakat yang terang-terang salah boleh dihujahkan sebagai betul.”

“Buat apa? Tapi untuk Umno, lainlah, mereka parti yang suka tegakkan benang basah. Laporan ketua Audit Negara dah kata NFC bermasalah, masih nak buat audit baru untuk confirm audit ketua negara,” sindir beliau.

Muhyiddin yang turut terpalit dengan isu skandal NFC telah secara ironisnya mengumumkan hasrat kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi tujuan menjalankan penelitian wajar untuk mengaudit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Cadangan tersebut dibantah oleh Jingga 13 dengan alasan Muhyiddin sebagai menteri yang terlibat dalam skandal tersebut sudah tidak mempunyai kredibiliti dan integriti lagi untuk berbuat demikian kerana sudah pasti ia akan menimbulkan prejudis oleh seluruh rakyat Malaysia.

Thursday, January 19, 2012

Hasan Ali patut belajar daripada ustaz Idris Ahmad

Saya membaca tulisan Ustaz Idris Ahmad bekas Ketua Penerangan Pas Pusat dengan penuh minat.Ustaz Idris bekas pensyarah di pusat pengajian tinggi sanggup berkorban untuk berbakti kepada Pas sepenuh masa. Walaupun beliau kalah bertanding jawatan Naib Presiden Pas dalam muktamar Pas yang lalu beliau terus berkhidmat kepada Pas demi perjuangan Islam.

Berikut saya copy sebahagian tulisan ustaz Idris dalam postingnya Sombong bukan akhlak ahli Pas.


Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain
Cara untuk mengubat
Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.
Sebagai ahli Pas hendaklah mesti bersikap rendah diri samaada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli Pas, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.
Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh Pas kepada orang luar. Sekiranya ahli dan pemimpin Pas dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.
Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa dan rasa bangga diri.
Sifat tawadhuk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh Pas. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.
Firman Allah s.w.t
“Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)
Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.
Juga sabdanya s.a.w.:
“Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah.” Baca semua di sini.

Pelik Tapi Benar! Yang Salah Dilepaskan? Yang Mendedahkan Pula Kena Saman?


Inilah yang berlaku di sebuah negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan! Bagaimana mungkin sebuah kes salahguna dan seleweng wang rakyat yang telah didedahkan oleh individu-individu tertentu atas dasar kebenaran dan melibatkan bukti-bukti yang lengkap serta masih dalam siasatan pihak-pihak terlibat, boleh disaman oleh yang dituduh? Inilah hakikat yang terpaksa diterima oleh individu-individu tersebut.

Isu NFC: Shahrizat saman Zuraida, Rafizi
Menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengemukakan saman ke atas dua orang pemimpin PKR ekoran kenyataan oleh kedua-dua individu berkenaan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Shahrizat dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli telah memfitnah dan memburuk-buruk beliau.

Ketua wanita Umno itu, yang kini bercuti selama tiga minggu, menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saman itu dikemukakan dengan asas bahawa siasatan yang sedang berjalan itu diyakini akan membuktikan Shahrizat tidak bersalah.

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/187072

HASAN ALI KEKAL TIM. PENGERUSI MAIS

MASALAH DIJANGKA BERLARUTAN!

Bekas EXCO Agama yang dipecatkan, Dr. Hasan Ali dikekalkan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, walaupun beliau telah digugurkan oleh Sultan Selangor Sebagai EXCO. Menurut pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohd Adzib Isa, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 17 Januari lalu. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Hasan Ali.

Dengan perkembangan terbaru ini, jelaslah bahawa sesungguhnya Kerajaan Negeri Selangor yang dipilih oleh majoriti rakyat tidak ada langsung kuasa dan pengaruh ke atas MAIS, dan MAIS juga secara tidak langsung tidak menghormati pendirian kerajaan negeri.

Persoalannya, adakah mesyuarat yang memutuskan nasib Hasan Ali yang turut dihadirinya berjalan mengikut peraturan? Apakah tidak ada unsur-unsur "conflict of interest" kerana batang tubuh orang yang menjadi subjek mesyuarat turut hadir?

Apapun, maka tepatlah sekali pendirian Tan Sri Khalid mengambil-alih jawatan EXCO Agama kerana telahpun nampak riak-riak pertembungan antara MAIS dan Kerajaan Negeri yang sudah pasti tidak termampu Dr. Ahmad Yunus Hairi menanggungnya.
copy/paste from: http://tinta-tajam.blogspot.com/2012/01/hasan-ali-kekal-tim-pengerusi-mais.html

Exco Agama Selangor - "baru bertemu buku dengan ruas"

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil pertimbangan yang tepat apabila mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam agar institusi agama Islam di Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dapat dipantau beliau sebaik mungkin.

Timbalan Pesuruhanjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, dengan kedudukan sebagai Menteri Besar, sudah pasti Abdul Khalid boleh mengendalikannya dan meluruskan perkara yang ‘bengkok’ dalam Jais dan Mais termasih soal zakat dan isu-isu yang ditimbulkan tetapi tidak diberikan jawapan wajar.

“Kalau diletakkan orang baru, kita khuatir dia mungkin akan dipermainkan oleh Umno yang akan menggunakan Jais dan Mais untuk kepentingan mereka dan itu akan menimbulkan masalah tetapi kalau Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang pegang, baru bertemu buku dengan ruas,” katanya.

Khalid berkata, lebih elok portfolio itu dipegang Abdul Khalid kerana beliau lebih arif dan berpengalaman mengendalikan berbanding individu lain yang memerlukan masa untuk menguasai portfolio tersebut.

“Tiada masalah Menteri Besar pegang kerana pilihan raya dijangka sudah menghampiri, Exco yang diberi tanggungjawab memerlukan masa untuk menyesuaikan dan memahami selok belok portfolio berkenaan. Ia akan menjadi sedikit masalah bagi orang baru untuk mengendalikannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan Pas dipinggirkan apabila Abdul Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam hanyalah andaian pihak media.

“Tidak timbul soal Pas dipinggirkan kerana itu adalah andaian pihak media untuk memainkan isu sahaja. Setiap keputusan yang dibuat (oleh Abdul Khalid), yang sudah pun diperincikan dalam mesyuarat parti,” katanya.

Beliau berkata, rombakan dan pertukaran portfolio bukan suatu perkara yang mengejutkan kerana setiap kali sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, soalan ditujukan kepada Abdul Khalid.

“Itu jelas menunjukkan semua portfolio adalah tanggungjawab Menteri Besar. Kita harus faham, apabila disebut Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, kebertanggungjawaban terletak di bahu menteri besar,” katanya. - Sinar Harian

Wednesday, January 18, 2012

Asingkan kaunter bayaran barangan ‘tidak halal’

S. M. Mohamed Idris,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat aduan salah seorang pekerja di sebuah pasar raya seperti mana yang disiarkan di dalam ruangan Surat Pembaca, akhbar Utusan Malaysia, 18 Januari 2012.

Berdasarkan kepada aduan itu, juruwang yang bekerja di pasar raya itu telah diarahkan oleh pihak pengurusannya supaya memegang daging babi tanpa berlapik. Perkara ini adalah sesuatu yang amat sensitif bagi setiap umat Islam.

Kebanyakan pasar raya di negara ini mempunyai ruangan khas untuk meletakkan barangan jualan yang ‘Tidak Halal’ bagi memisahkannya dengan barangan lain tetapi mungkin tidak mempunyai kaunter bayaran yang memisahkan khusus untuk menerima bayaran bagi barangan ‘Tidak Halal’ seperti yang dinyatakan di dalam surat pengadu.

Semua pihak pengurusan pasar raya di negara ini perlulah lebih sensitif kepada agama dan budaya rakyat di negara ini dan mereka perlu menghormati agama dan budaya pekerja mereka dengan mengambilkira setiap perkara yang sensitif serta mengelakkan daripada melakukan tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya orang lain.

Sehubungan itu, CAP mencadangkan kepada semua pihak pengurusan pasar raya di negara ini agar mengadakan lorong kaunter bayaran khusus untuk membuat bayaran barangan ‘Tidak Halal’ semoga perkara yang sensitif seperti ini dapat dielakkan.

CAP turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan (PBT) agar menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap pengurus dan pasar raya itu bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pekerja ini.

Semua pihak perlu peka dan sensitif dalam menjaga keharmonian hubungan di antara semua bangsa dan agama memandangkan kita semua berada di dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.

Tindakan yang awal segera perlu diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan agar tidak timbul sebarang konflik yang lebih buruk pada masa hadapan.

S. M. Mohamed Idris
Presiden

Portfolio agama: PAS S\gor yakin MB ambil alih sementara

Timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad yakin Menteri Besar Selangor membuat keputusan untuk mengambil alih portfolio hal ehwal Islam buat sementara waktu kerana untuk memberi masa kepada Dr Ahmad Yunus Hairi menyesuaikan diri sebagai exco.

"Potfolio tersebut membawa tanggungjawab yang berat dan memerlukan seorang exco yang dapat memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi," tulis Iskandar dalam laman facebooknya.

"Saya yakin menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) akan menyerahkan potfolio tersebut kepada Dr Yunus pada masa yang sesuai," tegas beliau yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

Iskandar juga yakin Dr Ahmad Yunus berupaya meneruskan perancangan dan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Datuk Dr Hasan Ali.

"Saya berharap orang ramai akan memberhentikan sebarang spekulasi berhubung portfolio yang penting ini," tambahnya.

Dr Ahmad Yunus yang juga ADUN Sijangkang dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Hasan yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Manakala portfolio mengenai hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid.

MB jawab isu gugurkan Hasan Ali

Petikan : malaysiakini.com/bm

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau ada menerima surat daripada Datuk Dr Hasan Ali - yang dipecat sebagai ahli PAS - yang berpendapat bahawa pelantikan exco baru sebagai penggantinya, mungkin terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS.

"Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS.

"Surat dari Jawatankuasa PAS bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta-merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Abdul Khalid.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media selepas majlis pelantikan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco kerajaan negeri yang baru di Istana Bukit Kayangan pagi ini.

"Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya berharap Dr Hasan menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN," tegas menteri besar sambil menambah bahawa beliau telah menjawab surat itu kepada Dr Hasan.

Khalid berkata beliau berharap pelantikan Dr Ahmad Yunus ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri.

Ditanya mengenai status jawatan timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Selangor yang dipegang Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia, Khalid berkata: "Terpulang kepada rancangan Tuanku Sultan".

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris shah adalah pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menafikan pihaknya tidak mampu untuk mengambil alih tugas yang dipegang Dr Hasan Ali sebelum ini sehingga beberapa tugas dan jawatan diserahkan kepada pesuruhjaya Dr Abdul Rani Osman dan ADUN Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

"Tidak ada.. sebab ia lebih senang dan lebih baik. Dahulunya boleh jadi Datuk Dr Hasan juga (sebagai) delegasi.

"Sekurang-kurang, orang yang saya pilih adalah orang yang mempunyai kualiti dan juga tahap (kelayakan) yang saya mahu... Pengurus yang baik mesti memilih orang yang baik," katanya sambil mmembacakan biodata Dr Shafie kepada pemberita.

Dr Abd Rani yang juga ADUN Meru dilantik sebagai pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL), manakala Dr Shafie Abu Bakar pula dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT). Kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh Dr Hasan sebelum ini.

Ditanya sama ada beliau berasa "selesa" selepas pengguguran Dr Hasan, Khalid yang juga ADUN Ijok berkata: "Saya tidak komen soalan spekulasi".

Petikan dari blog mso:Exco Baru
Syabas Rani, Tahniah Ahmad

Saya mendahului ucapan syabas kepada Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman yang memberi laluan kepada Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi untuk dilantik menjadi Exco Kerajaan Selanggor bagi mengganti Hasan Ali yang telah dilucutkan jawatan selepas bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dibuang dari Pas minggu lalu.

Ahmad Yunus mengangkat sumpah memegang jawatan Exco yang bertanggungjawab ke atas porfolio Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan dihadapan Sultan Selangor, di Singgahsana, Istana Bukit Kayangan Shah Alam lewat pagi ini.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus menjawab spekulasi sebelum ini kononnya Dr Rani Osman akan dilantik menggantikan Hasan. Walaupun Dr Rani sudah mengatakan awal-awal dia tidak bersedia untuk memegang jawatan itu kerana ia satu tugasan yang berat tetapi beliau dianggap paling layak memandangkan kedudukannya dalam parti.

Perlantikan Dr Ahmad itu juga adalah satu strategi Pas yang tidak menjadikan perlantikan Dr Rani sebagai isu politik kerana pihak musuh sudah bersedia membuat ulasan bahawa Dr Rani berminat dengan jawatan itu. Perlantikan Dr Ahmad itu juga menyelamatkan Dr Rani dari kritik dan difitnah dengan tanggapan yang bukan-bukan.

Semasa berlangsung majlis angkat sumpah, selain MB Khalid Ibrahim dan pembesar negeri lain Dr Rani juga ikut sama.

Tahniah kepada Dr Ahmad Yunus semoga dengan perlantikan itu beliau dapat memikul tanggungjawab dengan sepenuhnya dan sekaligus menenangkan kolam yang berkocak akibat dilempar cawan oleh Hasan.

Perlantian Dr Ahmad telah memberi paku buah keras kepada pihak terterntu termasuk sebuah akhbar arus perdana yang menjadi penjilat buntut UBN yang sudah membuat write-up awal-awal lagi untuk menyerang Pas sekiranya Dr Rani dilanti menjadi Exco. Nampaknya artikel yang bakal disiarkan di muka 9 pagi esok ditarik balik.

Kebijaksanaan Pas membuat pilihan mengganti Hasan itu menyebabkan media arus perdana yang kesekian lama berdendam dengan Pas mengigit jari dan terkutil-kutil sendiri. [wm.kl.12:14 t/hari 18/01/12]

MB yakin Dr Yunus amanah, telus dan bertanggungjawab

SHAH ALAM, 18 Jan: Kerajaan Negeri Selangor menjunjung kasih kepada Sultan Selangor kerana telah berkenan menyempurnakan Istiadat Pelantikan Dan Angkat Sumpah Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) yang baharu.

“Kami percaya YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, latar belakang Ynus sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat, boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai Ahli MMKN secara efisyen dan profesional.

Tambahnya, pelantikan baharu itu turut melibatkan rombakan kecil dari segi portfolio di mana Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap Portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan manakala Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kini dipegang oleh Menteri Besar sendiri.

Jelasnya, rombakan yang berkuatkuasa hari ini dilakukan bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan dengan lancar, tambahan pula Dr Ahmad Yunus sebelum ini adalah Exco pembantu untuk portfolio Belia dan Sukan.

Khalid juga mengumumkan bahawa Adun Meru, Dr Abd Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel) manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (Padat), kedua-dua jawatan itu sebelumnya disandang oleh Datuk Dr Hasan Ali.

“Dalam perkembangan berkaitan, saya ingin menyatakan bahawa saya ada menerima surat daripada YB Datuk Dr Hasan Ali yang berpendapat bahawa pelantikan ini mungkin terlalu awal (premature) kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS.

“Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS,” jelasnya lagi.

Beliau menjelaskan surat dari Jawatankuasa PAS bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan.

“Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri,” ujarnya yang juga Adun Ijok.

Justeru, Khalid berharap Dr Hasan menerima keputusan itu dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN.

Tambahnya, kerajaan negeri amat menghargai segala nasihat dan pandangan yang diberikan Sultan Selangor dalam mengendalikan isu yang melibatkan pelantikan Ahli MMKN itu.

“Saya berharap dengan sempurnanya pelantikan ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri,” ujarnya.

Mari pakat g RFC Kube Kerian (depe spital kube kerian)

RFC, atau Radix Fried Chicken adalah merupakan Restaurant Fast Food yang berkonsepkan HALALAN THOYYIBA (Halal, Suci & Bersih). kepada ahli-ahli yang ingin belum berkunjung ke RFC, boleh la ke restaurant yg terdekat.


RFC Seriab Perlis, RFC Jitra Kedah, RFC Shahab Perdana Kedah, RFC Bandar Laguna Kedah, RFC Legenda Height Kedah, RFC Kuala Terengganu, RFC Mydin Mall Ayer Keroh, RFC Ipoh Perak. Mari pakat g RFC Kube Kerian (depe hospital kube kerian)

Kami baru saja dalam bidang ini. Jadi tegurlah kami. Anggaplah staf kami seperti anak-anak anda. tegurlah mereka. Sebarang Pertanyaan dan aduan telefon GM RFC Haji Abdul Samad Ayub ( 019 4340717 ) lanjut layarai: http://hpa4online.com

Sunday, January 15, 2012

SKMK CABANG PARTI UMNO

15.Jan - Kini rakyat Kelantan dihimpit satu lagi masalah iaitu berkaitan dengan Perkhidmatan Cityliner yang memberhentikan perkhidmatannya di banyak laluan.

PERSOALANNYA...Kerajaan Kelantan telah sanggup memberi bantuan RM400 ribu bagi tempoh 4 bulan...SKMK sombong tak mahu menerima dengan alasannya tak mencukupi bagi menampung kos mereka...SKMK mencadangkan agar Kelantan melantik SKMK sebagai kontraktor penyediaan perkhidmatan bas henti-henti.

Hari ini mereka menggunakan media perdana Utusan Malaysia menyalahkan kerajaan Kelantan...Nampaknya fenomena isu Bazaar Tok Guru telah berjangkit kepada SKMK yang menyalahkan kerajaan Kelantan.

Masa mereka untung berpuluh tahun dulu adakah SKMK membantu kerajaan negeri. Masa terhimpit sebegini kerajaan pula dipersalahkan.

Diharapkan pihak kerajaan bertindak secara rasional mengatasi isu ini, jangan dimanjakan terlalu tinggi sedangkan dalam masa yang sama mereka menghentam kerajaan negeri.

Friday, January 13, 2012

Hukum penggunaan wang Zakat

Nasrudin bin Hassan,13 Januari 2012
1. Golongan yang berhak menerima harta zakat telah ditentukan Allah, ianya tidak diserahkan kepada pilihan manusia atau pemerintah semata-mata. Setiap yang telah ditentukan Syarak perlulah dilaksanakan sebagaimana dikehendaki Syarak. Ini menjadi amanah penting yang dipikul oleh individu atau institusi yang bertanggungjawab menguruskan harta zakat; memungut dan mengagihkannya.

Menjadi satu kaedah yang disepakati oleh para Fuqahak bahawa;

تَصَرُّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

“Tidak tanduk pemimpin dalam perkara yang berkait dengan rakyat terikat dengan maslahah (untuk rakyat)”

(al-Asybah wa an-Nazair, Imam as-Suyuti).

Mengulas kaedah ini, Imam Ibnu Nujaim berkata;

إذا كان فعل الإمام مبنيا على المصلحة فيما يتعلق بالأمور العامة لم ينفذ أمره شرعا إلا إذا وافقه،
فإن خالفه لم ينفذ

“Oleh kerana perlakuan/tindakan pemimpin bagi urusan-urusan awam mesti terbina di atas maslahah, tidak dilaksanakan arahannya –dari segi Syarak- melainkan jika arahan itu menepati maslahah. Maka jika ia menyalahai maslahah, tidak harus dilaksanakan”

(al-Asybah wa an-Nazair, Imam Ibnu Nujaim, halaman 138).

2. Khusus bagi pengurusan kewangan, Saidina ‘Umar pernah menegaskan;

إني أنزلت نفسي من مال الله تعالى بمنزلة ولي اليتيم.

“Sesungguhnya aku meletakkan diriku dalam pengurusan harta Allah sama seperti kedudukan penjaga harta anak yatim”.

Penjaga harta anak yatim adalah adalah pemegang amanah. Tidak harus ia membelanjakan harta itu sewenang-wenang seolah-olah harta itu miliknya, sebaliknya ia hendaklah menguruskan harta itu bagi pihak orang lain dengan penuh kejujuran agar ancaman Allah dalam ayat berikut tidak berlaku ke atasnya;

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْماً إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي
بُطُونِهِمْ نَاراً وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيراً

(Surah an-Nisa’, ayat 10)

Menyentuh tentang pengurusan harta zakat, Imam an-Nawawi menegaskan; “Adalah dituntut ke atas pemerintah dan individu yang ditugaskan memungut zakat apabila diserahkan kepadanya urusan pengagihan harta zakat untuk memberi perhatian kepada memastikan dengan tepat orang-orang yang berhak terhadap harta tersebut, mengetahui bilangan mereka, kadar keperluan mereka dan kadar hak mereka”

(al-Majmu’, kitab az-Zakah, bab Qism as-Sadaqaat, 6/188).

3. Golongan yang berhak menerima zakat

Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima harta zakat kepada lapan golongan;

1. Untuk golongan fakir
2. Untuk golongan miskin
3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
4. Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang
7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)
8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hokum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

(at-Taubah: 60)

4. Oleh kerana orang-orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah, tidak boleh sewenang-wenangnya kita harta zakat digunakan kecuali kepada kepada aspek-aspek yang ditentukan Syarak. Para ulamak menegaskan; Jika seorang telah tersalah memberikan zakatnya di mana ia membayar zakatnya kepada orang yang tidak layak menerima harta zakat, maka zakatnya tidak sah dan wajib diulangi.

(al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 514).

Kerana itu, amat penting diperhatikan kepada siapa kita salurkan zakat kita?

5. Pengertian Sabilillah

Jumhur ulamak terdahulu (termasuk ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie) mengkhususkan Fi Sabilillah hanya kepada tentera-tentera Islam yang berperang di jalan Allah. Ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam as-Syirazi dalam al-Muhazzab;

“Bahagian Fi Sabilillah diberikan kepada tentera-tentera yang berperang secara bersunguh-sungguh jika mereka tidak diberi gaji. Adapun tentera-tentera yang dibayar gaji oleh pemerintah, maka mereka tidak diberikan zakat kerana rezki dan keperluan mereka ditanggung oleh harta Negara (al-Fai’)”

(al-Muhazzab, Kitab az-Zakah).

6. Berkata Imam Nawawi ketika mensyarahkannya;

“Mengikut mazhab kami (yakni mazhab Syafi’ie), habuan fi Sabilillah yang disebut dalam ayat ialah dibelanjakan kepada tentera-tentera yang tidak diperuntukkan bagi mereka harta dari jabatan kerajaan di mana mereka berperang secara sukarela. Perdapat yang sama diutarakan oleh Abu Hanifah dan Malik”

(al-Majmu’, Imam an-Nawawi).

7. Namun terdapat para ulamak yang memperluaskan pengertian Fi Sabilillah ini kepada semua aktiviti dan usaha untuk kemaslahan Islam dan umat Islam. Di antara mereka, Imam al-Kasani yang menyebutkan dalam kitabnya yang terkenal (بدائع الصنائع):

Adapun firman Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه): ia adalah ungkapan bagi semua usaha yang mendekatkan diri kepada Allah. Maka termasuk di dalamnya semua orang yang berusaha melaksanakan ketaatan kepada Allah dan berusaha di jalan kebaikan jika ia seorang yang memerlukan (harta zakat)”.

8. Menurut Imam Fakhruddin ar-Razi; Imam al-Qaffal telah menaqalkan dalam tafsirnya dari beberapa Fuqaha’ yang mengharuskan dibelanjakan zakat untuk semua bentuk kebaikan/kebajikan seperti membina benteng-benteng pertahanan, membangunkan masjid dan sebagainya kerana ungkapan Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه) itu adalah umum”.

(Tafsir ar-Razi: 16/113, Lihat Fiqh az-Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 2, hlm. 689).

9. Apa yang jelas dari kalimah yang digunakan Allah “Fi Sabilillah”, penggunaan harta zakat bagi tujuan ini hendaklah yang ada kaitan dengan agama dan ummah, bukan semata-mata kepentingan bersifat individu. Ini sebagaimana disentuh oleh Syeikh Rasyid Ridha dalam tafsirnya al-Manar; “Setelah dibuat kajian jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan Fi Sabilillah di sini ialah segala urusan kepentingan umum kaum muslimin yang dengannya tertegak urusan agama dan Negara. Ia bukan urusan kepentingan individu….”.

(Fiqhu az-Zakah, jil. 2, hlm. 692).

10. Ditegaskan juga oleh Syeikh Abdurraziq Nasir Muhammad (salah seorang ulamak al-Azhar, Mesir) dalam buku Fiqh Zakatnya; “Maksud kalimah Sabilillah ialah maslahah-maslahah umum yang melata manfaatnya kepada sekelian kaum muslimin, bukan yang khusus kepada individu tertentu sahaja”

(Fiqh az-Zakah Fi al-Mal wa al-Badan, halaman 139)

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tuanku perkenan, Exco ganti Hasan 18 Januari

Muhammad Faizal,13 Januari 2012
SHAH ALAM, 13 Jan:Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baru bagi mengantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan.
(Gambar: Khalid dalam sidang media di pejabatnya hari ini)
Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Dr Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS.

"Pagi tadi saya telah mengadap Tuanku Sultan untuk memberi taklimat mengenai status Dr Hasan sebagai ahli MMKN atau Exco.

"Dalam pertemuan itu saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari PAS yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari yang lalu telah membuat keputusan memecat Dr Hasan dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta," jelasnya.

Tambahnya Khalid lagi, memandangkan Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, maka beliau tidak lagi boleh menjadi ahli MMKN dan Khalid telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau (Dr Hasan).

"Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan Baginda akan menulis surat pembatalan perlantikan Dr Hasan sebagai ahli MMKN.

"Pada masa yang sama, Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baru MMKN, dalam pada itu Baginda juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," sambungnya lagi.

Ketika ditanya mengenai calon yang bakal mengantikan Dr Hasan itu, beliau menjelas buat masa ini belum ada senarai calon yang diterima dan beliau akan bertemu dengan pemimpin PAS Pusat dalam masa terdekat bagi mengetahui nama yang dikemukakan oleh PAS nanti.

"Saya tidak menerima lagi nama calon dan ia bergantung kepada PAS, dalam pada masa yang sama saya akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS Pusat bagi mengetahui nama calon yang dipersetujui oleh mereka.

"Manakala surat penamatan itu pejabat Tuanku Sultan akan serahkan pada Dr Hasan sebelum 18 Januari dan sebagai peraturan kerajaan negeri, beliau (Dr Hasan) perlu memulangkan segala kemudahan yang diberikan kepadanya dalam tempoh yang singkat ini," jelas Khalid lagi.

Sebelum itu perlantikan ahli MMKN yang baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada 18 Januari pada sebelah pagi, waktu yang tepat belum diputuskan lagi.

Tuesday, January 10, 2012

DATO' HARUN DIN : PAS Tidak Melencong Dari Perjuangan Asal


Akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburukburukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat . Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburukburukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas ( Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita donggeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.”

http://paspb2.blogspot.com.au/2012/01/kenyataan-dato-harun-din-pas-tidak.html