Pages

Thursday, June 28, 2012

Judi: MB syukur Mah Rayuan tolak saman MCA ( kerabat UMNO)



KUALA LUMPUR:
 Menteri Besar Kelantan merakamkan kesyukuran penolakan Mahkamah Rayuan terhadap saman dari MCA yang menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi di negeri itu.


(Tuan Guru Nik Aziz memanjatkan kesyukuran dengan keputusan Mahkamah Rayuan)

Menurut Setiausaha Akhbar MB, Fadhli Shaari, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini berada di Kuala Lumpur beranggapan keputusan ini satu kejayaan yang besar ertinya kepada kerajaan Kelantan.

Mahkamah Rayuan Malaysia semalam yang secara sebulat suara telah menerima rayuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) dalam isu judi sekaligus membatalkan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi pada tahun lepas.

Saman tersebut telah dikemukakan pada Julai 2011 oleh tiga orang tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa dan Gan Han Chuan serta diiringi oleh anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tuan Guru Nik Aziz ini kejayaan besar dalam usaha untuk memastikan dasar yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1990 ini tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Hakikatnya, dasar ini dilaksanakan dengan tujuan menjaga kemaslahatan semua pihak dan ia secara umumnya diterima dengan baik kecuali anasir-anasir yang bersifat minoriti yang dipercayai berpunca daripada dakyah pihak-pihak tertentu.

"Tuan Guru Menteri Besar juga menyuarakan rasa kesal teramat sangat di atas tindakan saman yang difailkan yang dipercayai direstui oleh parti MCA berdasarkan kehadiran anggota jawatankuasa pusatnya semasa proses saman tersebut difailkan," kata Fadli dalam kenyataannya.

Persoalannya, kata beliau, di manakah suara Umno yang selama ini mendakwa sebagai juara membela agama dan bangsa?

"Kenapakah langsung tidak bersuara dalam isu ini yang sekaligus dilihat sebagai menyokong tindakan menyaman kerajaan Kelantan?" soal beliau.

Justeru, katanya, menjadi harapan Tuan Guru Menteri Besar agar keputusan ini diterima baik oleh semua pihak dan tidak lagi bertindak menggugat dasar-dasar yang telah diputuskan sekian lama.

Dasar ini pula selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi tunjang pentadbiran kerajaan Kelantan semenjak tahun 1990.

Dr Mursi Umum 4 Langkah Pertama Sebagai Presiden Mesir

Presiden Mesir yang baru, Dr.Muhammad Mursi mengumumkan empat langkah pertamanya sebaik saja beliau dengan rasminya diisytiharkan sebagai Presiden.

Keempat-empat langkah itu ialah:

Pertama: Menyumbangkan wang gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat Mesir


Kedua: Mengeluarkan arahan tidak menggantungkan gambarnya di bangunan kerajaan atau menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

Ketiga: Semalam beliau menerima kunjungan ibu kepada Khaled Said dan keluarga mereka yang terbunuh pada perhimpunan 25 Januari, di Istana Presiden dan mengarahkan pengawal istana untuk tidak menghalang keluarga mereka yang syahid itu dari menemuinya pada bila-bila masa. Beliau juga berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden Hosni Mubarak dan menteri dalam negeri, Habib al-Adli, serta lain-lain defenden di atas kes membunuh para demonstran. (Lebih 800 orang terbunuh dan 6,000 cedera semasa perhimpunan 25 Januari Medan-Tahrir.)

Keempat: Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam dan rkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan menolak permintaan pihak keselamatan yang meminta keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk.

"Saya Tidak Mahu Rakyat Benci Saya Hanya Kerana Kenderaan Saya"- Mursi

Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi ketika memasuki Istana Presiden Isnin semalam bagi meninjau keadaan istana yang dikosongkan lebih setahun lalu meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam.

Memetik sumber "Al-Masryl Youm" bahawa sewaktu melawat Istana Ittihadiyah semalam, Mursi meminta pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiringnya. Beliau dipetik berkata, "Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan Presiden."

Sumber dipetik sebagai berkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk Khamis.

Sementara itu, Dr. 'Isom 'Iryan, Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam satu temuramah berkata, Dr.Mursi juga akan menyumbangkan gajinya untuk kebajikan rakyat Mesir.

Ulasan: Kepada mereka yang sempat di zaman Mubarak, bagaimana keadaan jalan raya jika Mubarak hanya akan melalui jalan tersebut?

1) Dua jam sebelum Mubarak tiba, jalan raya akan ditutup.
2) Amnu Daulah akan turun berkawal dan mereka akan berada di atas bumbung di tepi jalan bagi memastikan keselamatan Mubarak terjamin.
3) Polis dan tentera akan berdiri di sepanjang jalan dalam keadaan membelakangi jalan raya, tidak boleh melihat Presiden.


Jika dahulu tempat itu diletak gambar Presiden Husni Mubarak, namun selepas revolusi, ia diletakkan dengan kalimah yang Maha Agung Allah semulia-mulia nama.

Monday, June 18, 2012

P'raya Presiden: PAS ucap tahniah kepada Ikhwan

Salmah Mat Husain, 18 Jun 2012


KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir semalam.

Tuan Guru juga turut mengucapkan tahniah kepada pengundi-pengundi Mesir yang memilih calon Ikhwan, sebagai Presiden baru, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin.

Kemenangan itu juga turut mencipta rekod baru apabila buat julung kalinya presiden dari Ikhwan memangi pilihanraya itu selepas 83 tahun perjuangannya.

“Saya sendiri akan menunaikan solat sunat syukur dua rekaat tengahari ini dan insyaallah malam nanti saya akan meneruskannya pula di rumah.

“Saya juga berdoa dan berharap semoga umat Islam di seluruh dunia termasuk pejuang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat yang sama bagi melahirkan rasa syukur di atas kemenangan itu,” ujarnya.

Katanya, semoga dengan cara itu akan mempertingkatkan lagi hubungan dan kekuatan kepada perjuangan Islam di dunia ini, termasuk Malaysia.

Katanya, tidak ada orang Islam di muka dunia ini yang tidak gembira dengan kemenangan Ikhwan Muslimin di bawah partinya (Kebebasan dan Keadilan).

Katanya, walaupun selepas 83 tahun Asyahid Hassan Al-Banna meninggal dunia setelah ditembak di siang hari sehingga tidak ada orang yang berani mengangkat mayatnya ketika itu, akhirnya perjuangan itu menang juga.

Kata Tuan Guru, usaha ‘juak-juak’ sekular seperti CNN, Reuters, bekerja keras untuk menangkan calon mereka akhirnya tewas juga.

Dengan kemenangan Ikhwan, beliau berkeyakinan ianya akan terkesan di Malaysia di mana perjuangan Islam di Negara ini juga akan menemui kemenangan.

“Dengan dunia tanpa sempadan ini manusia dapat melihat secara terus apa yang berlaku tanpa ditapis,” jelasnya.

Sambungnya, walaupun perjuangan Islam di Malaysia tidak bebas akibat ditekan dan dikongkong, apa lagi tidak mempunyai media, namun dengan langit tanpa sempadan itu, ianya akan membantu kemenangan PAS di Malaysia.

Tuan Guru berpendapat kemenangan itu sudah tentu pengundi Mesir mendapat hidayah dari Allah selepas rakyat mereka selama ini dibunuh, dikurung dalam penjara.

“Pelbagai seksa di bawah kerajaan Mesir yang terdahulu, Jammal Abdul Nasir, Anwar Saddat, Hosni Mubarak.

“Mereka membuat macam-macam pada pejuang ikhwan ada yang dibakar janggutnya supaya janggut hilang dan kulit melecur,” ujarnya.

Katanya, tindakan itu tidak ubah seperti zaman firaun yang melakukan kepada pengikut Nabi Musa.

Sambungnya kekayaan manusia tidak sama dengan kesempurnaan Allah yang memiliki segala-galanya.

Tuan Guru seterusnya berkata, Shah Iran merupakan pemipin yang terkaya dunia zaman pemerintahannya, namun tidak mempunyai zuriat hasil perkahwinan dengan isterinya Surayya.

“Suraya dan Shah Iran tidak mempunyai zuriat walaupun kaya sekalipun kerana tidak mampu membuat zuriat sendiri selain Allah,” ujarnya.

Akibatnya, Shah Iran berkahwin lain dengan Farah Debba sehingga mendapat zuriat empat orang anak, tetapi kerajaan Shah diguling kemudiannya oleh komunis.

Menurutnya pejuang Islam di seluruh dunia, seperti Ikhwan di Mesir, PAS di Malaysia, Masyumi di Indonesia dan lain-lain lagi pasti akan bertambah kuat dalam memperjuangkan kebenaran Islam walaupun ditentang pelbagai cara di tempat masing-masing.

Malah, katanya bukan itu sahaja kebangkitan Islam di Eropah juga semakin meningkat.

Penyertaan tokoh gelombang baru kepada PAS


KUALA LUMPUR, 18 Jun: Penyertaan tokoh-tokoh daripada pelbagai bidang dan latar belakang ke dalam PAS merupakan lonjakan baru kepada parti itu.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS yang membangun di negara demokrasi memerlukan sokongan rakyat daripada pelbagai latar belakang dan kemahiran untuk menyampailkan mesej Islam yang luas.

"Bahkan kita melihat dalam Al-Quran sendiri banyak surah yang dinamakan dengan pelbagai nama yang berkait pemuda, wanita, binatang, penyair.

"Itu menandakan bahawa sejak awal lagi Islam menarik pelbagai golongan untuk menyertai Islam dan mereka boleh bergiat dengan peranan masing-masing dengan petunjuk yang betul yang terkandung dalam Al Quran.

"Islam tidak menghalang kebolehan seseorang tetapi kebolehan itu mestilah disalurkan untuk membuat kebajikan, bukan membawa kemungkaran," kata beliau kepada Harakah dan Harakahdaily di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, selepas menerima borang keahlian daripada bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin. (Gambar atas)

Mengulas penyertaan Salleh ke dalam PAS, beliau berkata, kemasukan Salleh bukan sahaja memberi gelombang baru kepada PAS di Sabah dan Sarawak tetapi turut sampai ke Semenanjung kerana Salleh merupakan orang yang berpengaruh dalam kerajaan suatu ketika dahulu.

"Penyertaan Datuk Salleh yang sangat PAS alukan bukan sahaja menjadi satu gelombang kepada PAS di Sarawak secara khusus bahkan di Semenanjung kerana beliau seorang tokoh politik yang menyertai kabinet, merupakan timbalan menteri pelajaran dan beliau juga seorang aktivis masyarakat yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah tahfiz di Sabah dan Kalimantan.

"Ini merupakan satu peranan yang besar dan beliau merasakan tidak habis jika tidak melibatkan diri dalam politik kerana politik merupakan satu pemangkin yang terkuat bagi melaksanakan cita-cita bagi seorang Islam," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Tambah beliau, Islam merupakan fitrah dan ideoloi ciptaan manusia tidak mampu memberikan kepuasan kepada manusia menyebabkan merek akan kembali kepada fitrah.

"Perkembangan ini berlaku kerana kegagalan ideologi ciptaan manusia untuk memberi kepuasan kepada manusia kerana semua ideologi dan ajaran itu tidak memenuhi segala aspek yang ada dalam naluri manusia.

"Inilah yang menyebabkan bila mereka sudah menyelami bidang masing-masing, tak sampai ke mana-mana. Akhirnya bila habis tempohnya mesti balik kepada asalnya dan Islam adalah asal kepada manusia seluruhnya," katanya.

Nota mengharukan dari Kamunting


  • Aidila Razak
  • 11:31AM Jun 18 2012
 
“Nota penyeksaan” yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.

Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.

Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:

  • Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik"  daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman"
  • "Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)"
  • "Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk"
  • Minyak panas dilumurkan ke kemaluan
  • Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan
  • Melumur pes cili ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari
  • Mencucuh kemaluan dengan api rokok
  • Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari

Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.

Friday, June 15, 2012

Pejabat UMNO Bukit Gantang telah disita 15 Jun 2012

Rasmi: Pejabat UMNO Bukit Gantang telah disita sebentar tadi. Bangunan UMNO , di Simpang (dalam DUN Changkat Jering)yang juga menempatkan Pejabat ADUN TRONG, Datuk Rosli Husein . foto: Madzamtoklah.

Dengan kedatangan TPM TS Muhyiddin Yassin pada 17 Jun ini, UMNO Bukit Gantang sudah tentu "malu". Rupanya bangunan UMNO yang disita ini, mempunyai banyak perkara yang akan terbongkar. Kini orang UMNO Bukit Gantang saling menyalahkan orang terdahulu yang memegang jawatan. -sisibukit




LAPORAN SEBELUM INI:

Bangunan UMNO Bukit Gantang bakal disita dalam masa 24jam lagi..??



Menurut sumber yang masih tidak rasmi hari ini menyatakan proses penyitaan sebuah bangunan yang didakwa Bangunan yang didiami UMNO Bukit Gantang sudah boleh dan bakal diambil tindakan mahkamah iaitu penyitaan. Proses pendakwaan dibuat keatas sebuah yayasan yang diragui dan dipercayai tidak wujud di parlimen Bukit Gantang iaitu Yayasan Darul Taklim. Menurut sumber lagi menyatakan pihak berkenaan tidak gagal dalam perjanjian ( Dipercayai pembayaran ) sejak tahun 2002 lagi yang ada kaitan dengan sebidang tanah seluar 5 ekar di Terong yang dikatakan akan dibina premis untuk tujuan pendidikan orang islam . Kes ini telah 2 kali dibuat dakwaan dimahkamah terhadap pihak yang mendiami bangunan ini yang dipercayai kakitangan UMNO Bukit Gantang. Bacaan pertama tidak dimaklumkan apa keputusanya dan keputusan kedua (Hari ini) mahkamah telah mengeluarkan arahan menyita bangunan yang dimaksudkan.

Melalui pendakwa kes ini juga dimaklumkan pihak mahkamah Taiping telah membenarkan bangunan tersebut disita dari beroperasi bermula hari ini 14 June 2012 sehingga 05 July 2012. Ini bermaksud Bangunan yang dijadikan pejabat UMNO Bukit Gantang tidak boleh digunakan atau beroperasi sehingga tarikh tersebut,ini kerana dimaklumkan juga pihak UMNO Bukit Gantang secara diam-diam membuat bantahan dimahkamah tanpa pengetahuan pihak pendakwa. Sebarang harta benda yang berada didalam bangunan tersebut adalah dilarang dikeluarkan sehingga tempoh yang dinyatakan tadi.

Hari ini pihak pendakwa tidak dapat melakukan penyitaan bangunan yang dimaksudkan atas sebab dokumen perlantikan pihak keselamatan yang dilantik masih belum dapat disiapkan, dengan itu proses penyitaan ini akan dilaksanakan esok pagi 15 June 2012.
-orangni.blogspot.com

Thursday, June 14, 2012

Pengharaman Daging Babi: Jawaban Syeikh Abduh Yang Mengejutkan


Pada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar. Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman mengkomsumsi daging babi dalam Islam.

Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging babi di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan babi, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran. Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging babi menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging babi telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging babi menjadi tidak berasas lagi.

Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina.

Kemudian Tuan Syeikh Abduh meminta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku ialah dua ayam jantan itu telah berlawan dan bertarung antara satu sama lain berebut untuk mendapatkan ayam betina itu. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya untuk mengawan seekor ayam betina. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah kejantanan.

Kemudian Abduh meminta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku sangat menjijikkan. Dua ekor babi jantan itu saling tolong menolong dan bergilir mengawan babi betina itu tanpa ada kekecuhan atau perlawanan.

Lalu Abduh mengatakan (lebih kurang) “ Tuan-tuan saksikan sifat binatang yang bernama babi tidak mempunyai maruah dan harga diri sebagai kejantanan. Bacul dan hilang harga diri. Sifat inilah yang telah meresap dan mendarahdaging dalam diri kamu semua yang memakan daging babi. Kamu tidak merasa apa-apa, tidak merasa cemburu, tidak merasa marah dan tidak merasa hilang maruah melihat isteri kamu atau anak perempuan kamu bersama lelaki lain, hatta dijimak oleh lelaki lain.( sex bebas)”.

Subhanallah!... JazakAllah Tuan Syeikh.

Wednesday, June 13, 2012

Adilnya BN: Ambil tanah sekolah beri kepada kroni

Anis Nazri, 13 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Apabila soal keadilan yang merupakan undang-undang moral yang tertinggi tidak diamalkan, maka berlakulah sesuatu pengkhianatan.

Lebih malang lagi, pengkhianatan itu dilakukan sebuah kerajaan yang bercogankatakan Tradisi Membela Rakyat apabila tanah yang diberikan kepada rakyat dirampas semula atas sebab politik sempit.

"Adalah tidak adil apabila tanah yang diberikan kepada rakyat bagi membangunkan sebuah sekolah, yang mana sebahagian tanahnya telah dibangunkan diambil dan kemudiannya diagihkan kepada pihak yang mereka suka," tegas Datuk Abu Bakar Chik (gambar bawah), Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, hari ini.

Bercakap kepada Harakahdaily, beliau berkata tanah seluas hampir dua hektar yang diberikan kepada Darul Bayan Development Sdn Bhd (DBDSB) pada 2003 itu, sebahagiannya diambil semula BN Terengganu apabila mengambil-alih negeri tersebut pada 2004.

Katanya, sudahlah sebahagian tanah itu diambil, ia kemudiannya dipecah-pecahkan kepada beberapa lot untuk diagihkan kepada pihak yang disukai mereka seperti anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung atau isteri masing-masing.

Tambah beliau, atas tanah tersebut sudah dibangunkan sebuah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang terletak di bahagian belakang, manakala tanah selebihnya di bahagian hadapan dibiarkan dipercayai untuk membina padang sekolah, diambil BN.

"Ia satu langkah yang tidak masuk akal, yang menolak konsep keadilan.  Di mana keadilan apabila tanah yang sudah diberi, diambil semula dan diberikan pula kepada pihak tertentu yang merupakan kroni mereka?" soal beliau.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan BN Terengganu memberikan hakmilik kepada lima orang individu lain, meskipun hartanah tersebut asalnya telah diluluskan oleh Kerajaan PAS Terengganu pada 22 Oktober 2003.

Kes ini telah dibicarakan di mahkamah dan pihak mahkamah telah memberikan kebenaran untuk mencabar kuasa Exco kerajaan negeri Terengganu ini di mahkamah.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar), berkata amalan merampas tanah yang diberikan kerajaan PAS oleh BN ini sudah menjadi amalan biasa di Terengganu.

Dakwa beliau, selain isu Darul Bayan ini, beberapa kes lain membabitkan rampasan semula tanah di negeri itu sering berlaku selepas BN mengambil-alih pemerintahan daripada PAS pada 2004.

Sambil menegaskan rakyat Terengganu sudah tidak boleh mengharapkan apa-apa dari BN, ahli parlimen Kuala Terengganu itu juga menyifatkan rampasan itu sebagai perbuatan khianat.

Dalam pada itu beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membenarkan DBDSB membuat semakan kehakiman terhadap kes itu merupakan satu petanda baik.

"Ia satu petanda baik, kerana memang ada asasnya.  Pemilikan diberi mengikut prosedur, dan rampasan tersebut dibuat tanpa mengikut lunas prosedurnya," tegas beliau.

Pada 11 Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd Yazid Mustafa telah menolak bantahan pihak Peguam Negara yang menentang permohonan DBDSB bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dan dua yang lain iaitu responden di dalam kes tersebut.

Dengan keputusan ini, mahkamah membenarkan permohonan sekolah agama itu untuk mencabar keputusan sebelum ini yang menghalang mereka mencabar perampasan tanah mereka dan diberikan kepada JKKK.

Pada 25 Mac lalu, DBDSD telah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan responden yang memberikan hakmilik kepada lima orang individu lain meskipun hartanah tersebut asalnya telah diluluskan oleh Kerajaan PAS Terengganu pada 22 Oktober 2003 untuk diberikan kepada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang dikendalikan oleh DBDSB.

PAS yakin dapat kekal Kelantan

Rizal Tahir, 13 Jun 2012
KUBANG KERIAN: Biarpun PAS berhadapan dengan pelbagai tentangan sengit dengan isu pengundi hantu, BR1M dan lain-lain lagi, namun PAS Kelantan ‘optimis’ parti itu akan dapat mempertahankan kemenangannya Pada PRU13.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar), berkata kenyataannya sebelum ini yang membayangkan beberapa kerusi PAS akan jatuh di negeri itu hanya ‘motivasi’ untuk jentera parti akan lebih aktif.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semalam bagi mengulas kenyataannya sebelum ini yang ‘membayangkan’ beberapa kerusi PAS akan jatuh pada pihak lawan sekiranya tidak mempertingkatkan usaha perjuangan lebih berganda.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Sambutan Ulang Tahun Maahad Ar-Rahmah Kenali, serta perasmian bangunan baru sekolah berkenaan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada majlis itu juga, hampir 50 pelajar cemerlang menerima cenderahati dari pihak sekolah oleh Nik Amar yang mewakili Tuan Guru.

Amar seterusnya memberitahu, mengikut kajian yang dibuat PAS berpeluang mengekalkan kemenangannya memandangkan kerajaan negeri sentiasa melaksanakan kebajikan untuk rakyat.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan pihak lawan sentiasa berusaha untuk menawan negeri ini mengikut cara mereka.

Menyentuh tentang kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ibrahim Tuan Man, yang mencadangkan haji ditangguhkan tahun ini kerana ‘rahsia’ pilihanraya umum belum diketahui hanya bersifat peribadi.

Bagaimanapun, katanya ibadat haji memang boleh ditangguh tidak seperti solat yang wajib dilakukan hari itu dan waktu itu juga.

“Walaupun ibadat haji wajib dilakukan oleh mereka yang mampu, tetapi ianya boleh ditangguhkan,”ujarnya.

Pusat tidak cadang bina lebuh raya di Kelantan


Salmiyah Harun,13 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat dilihat tidak bercadang untuk membina lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam masa terdekat biarpun telah dirancang sejak Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK) lagi.

Dalam jawapan di parlimen kerajaan memberi alasan skop pembinaan projek lebuh raya akan diteliti semula dan akan dilaksanakan kemudian iaitu pada tempoh RMK11 dan selanjutnya.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Shahziman Abu Mansor (gambar), anggaran kos projek ini sebanyak RM5.5 billion, disebabkan kos yang tinggi kerajaan pusat memutuskan supaya projek ini dilaksanakan secara berfasa.

Berikutan itu, pembinaan projek Jalan Central Spine melibatkan fasa dari simpang Pelangai, Bentong Ke Kuala Krai sepanjang 390 kilometer dilaksanakan terlebih dahulu.

Projek Membina Jalan dari Kota Bharu ke Kuala Krai merupakan sebahagian dari jajaran Jalan Persekutuan Central Spine dari Simpang Pelangai, Bentong, Pahang hingga ke Kota Bharu sepanjang 463.5 kilometer.

Dalam soalan asal, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar meminta Menteri Kerja Raya menyatakan, mengapakah cadangan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu- Kuala Krai tidak dilaksanakan walaupun telah dirancang dalam RMK9.

Sebelum ini, ekoran tindakan kerajaan pusat melengah-lengahkan pembinaan lebuh raya itu, Kerajaan Kelantan memutuskan untuk membina sendiri lebuh raya Kota-Kuala krai yang dinamakan Lebuh Raya Rakyat.

Kerajaan Kelantan juga memberi peluang kepada seluruh rakyatnya untuk sama-sama menyumbang bagi mempercepatkan proses pembinaan lebuh raya itu, usaha ini mendapat sambutan menggalakan.

Nazri: BN boleh jatuh dengan garam, botol


Harakahdaily,13 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral.

Menurutnya sejarah membuktikan bahawa kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon.

"Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang ringan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor).

Lim yang juga Ketua Parlimen DAP dalam soalannya meminta Nazri membuktikan tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan sedangkan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral.

"Adakah garam dan botol mineral boleh tumbangkan kerajaan, atau kerajaan BN gelabah.

"Adakah perdana menteri mendapat maklumat dari cawangan khas bahawa Bersih 3.0 akan guling kerajaan," soalnya.

Nazri dalam jawapannya selepas itu sekali lagi berkata Bersih 3.0 adalah percubaan menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

Kenyataan Nazri itu juga menyebabkan dewan kecoh dengan sorakan apabila ramai ahli parlimen bangun untuk mencelah.
"BN ketakutan...takut dengan bayang-bayang sendiri," kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang turut mencelah.

kel

Nazri: Botol pun boleh tumbangkan kerajaan


  • Hazlan Zakaria
  • 12:30PM Jun 13 2012
 
Botol air mineral pun boleh menumbangkan kerajaan sekiranya ia gagal mendapat dokongan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Sejarah membuktikan kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon, katanya.

egypt the day after mubarak overthrow celebration 1Justeru, menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor), Nazri berkata perkara itu tidak harus dipandang ringan.

Lim meminta Nazri menjelaskan tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan dalam keadaan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral.

Lim menyoal adakah kerajaan BN terlalu lemah sehingga boleh ditumbangkan dengan semua itu.

Friday, June 8, 2012

MB S’gor kunjungi Nik Aziz sempena lawatan rasmi

KOTA BHARU: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini bertemu Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena lawatan rasminya ke negeri itu hari ini.

Pertemuan itu diadakan tertutup di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, selepas tuan guru selesai mengadakan kuliah dataran dataran ilmu sebentar tadi.

Selain melakukan lawatan ke beberapa cabang dan ranting petang ini, Khalid akan menyampaikan ceramah Malam Merdeka Rakyat peringkat negeri Kelantan.

Ceramah berkenaan akan di adakan di padang Majlis perbandaran ketereh bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dijangka menyampaikan ceramah yang akan bermula 9 malam ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan peguam scorpine Fadiah Nadwa Fikri.

Sementara itu turut hadir mengiringi Khalid, Timbalan PKR Negeri Abdul Aziz Kader dan Setiusaha Mohd Hisomuddin Bakar.

Thursday, June 7, 2012

‘Terima kasih’ kerana ‘tidak cerdik’ – Nik Aziz


KOTA BHARU, 7 Jun:Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pihak tertentu kerana telah berjaya memalukan perjuangan sendiri akibat tindakan 'tidak cerdik’.

Ucapan terima kasih itu diberikan Tuan Guru kepada pihak  yang menyerahkan peralatan membina lebuh raya di hadapan Kompleks Kota Darulnaim semalam yang dinamakan atas NGO Tukar seperti kereta sorong, penyodok pasir dan lain-lain lagi.

Tuan Guru juga turut menyifatkan tindakan sedemikan sebagai memalukan orang Melayu yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan pihak yang lain (kerajaan negeri).

Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi kedai menjual kereta terpakai milik anggota jawatankuasa Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Kasuadinata Dollah, 46, di sini hari ini.

Katanya, bangsa lain akan lebih menjauh dari Islam apabila melihat hanya ini taraf pemikiran orang Melayu yang berniat untuk memalukan sesama mereka.

“Tanpa mereka sedari akhirnya akan memalukan diri mereka sendiri malah akan menimbulkan bangsa lain berasa benci untuk berkawan dengan orang Melayu kerana sikap sedemikian,” katanya lagi.

Menurutnya, orang Melayu yang tidak begitu mengetahui pegangan agama sendiri, tidak begitu kaya, tetapi berperangai pulak tidak senonoh di mata.

“Insya Allah benda-benda begini akan terkena diri mereka sendiri akhirnya,” ujarnya.

Sementara itu, Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menziarahi mangsa kereta terpakai yang terbakar, Kasuadinata.

Pada kejadian 20 Mei lalu, tiga buah kereta terpakai yang akan dijual untuk pelanggan terbakar kira-kira jam 1.00 pagi dipercayai perbuatan khianat.

Tafsir kerugian tiga buah kereta jenis Mercedes, Honda Jazz dan Myvi, bernilai RM250,000.

Lebuhraya: Umno tabur janji sejak 1986

KOTA BHARU: Kegagalan Umno mengota janji sejak 1986 kini cuba diselesaikan kerajaan PAS apabila melakukan upacara pecah tanah membina lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.

Ketika itu kerajaan Barisan Nasional (BN) menyenaraikan projek pembinaan lebuh raya berkenaan dalam Rancangan Malaysia Ke-5, malangnya sehingga sekarang gagal dilaksanakan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, janji Umno sejak 26 tahun lalu gagal dilaksanakan sehingga kerajaan negeri sekarang terpaksa mengambil tanggungjawab tersebut.

“Kita buat lebuh raya bagi menunaikan janji yang ditinggalkan Umno sejak 1986.

“Namun malangnya sehingga RMK-10 projek berkenaan tidak menjadi kenyataan. Inilah isu sebenar, bukannya soal PAS mahu berjanji kepada rakyat,” katanya selepas perasmian Pusat Penerangan PAS Kelantan di sini hari ini.

Perasmian tersebut disempurnakan Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya, Dato’ Ahmad Yakob dan wakil-wakil rakyat.

Pusat penerangan tersebut beroperasi di tingkat bawah Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, mempunyai dua petugas tetap bagi menyalur pelbagai maklumat kepada orang ramai.

Pagi tadi sebuah NGO Umno yang dikenali sebagai Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar) mengadakan demontrasi di hadapan Kota Darulnaim dengan membawa cangkul dan peralatan pembinaan usang.

Demontrasi itu disifatkan sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat disertai beberapa pemimpin Umno. Mereka turut menyerah memorandum kepada kerajaan negeri.

Dr Fadzli yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan berkata, lebuh raya rakyat diletak batu asas baru-baru ini sebagai langkah kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, lebuh raya tersebut apabila siap kelak dilalui semua rakyat dan ia dianggap satu keperluan mendesak bagi menyelesaikan kesesakan lalu lintas.

“Bukan bermakna kita sampai meminta sedekah apabila membina lebuh raya tersebut. Apa yang kita tekankan ialah konsep berkebajikan bagi membolehkan semua pihak mengambil bahagian.

Tuesday, June 5, 2012

Plat: Siapa ajar menteri bida guna wang rakyat

05 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti.

Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka.

Katanya, baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan  mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya.

Beliau menambah, walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan.

"Membayar RM2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah  dalam keadaan kos hidup  yang terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Azmi brkata, nampaknya kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa negara ke ambang muflis.

Katanya, pimpinan negara seolah memejam mata dan memekak telinga dengan apa yang sedang berlaku di Eropah.

"Di kala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang merebak ke seluruh Zon Eropah, berada di ambang keruntuhan ekonomi yang serius dan rakyat bangkit mengguna hak demokrasi di jalan raya, pemimpin Malaysia terus berbelaja besar dengan hal-hal yang sama sekali tidak produktif malah membazir," ujarnya lagi.

Ujarnya, pemimpin kerajaan Malaysia kini masih terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber negara dengan beramanah.

"Kami berpendapat menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir seolah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh rakyat," katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Tiong Lai bahawa tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.

"Adakah alasan ini masih boleh diterima oleh rakyat?" tanya beliau.

Justeru, katanya Teras ingin bertanya, apakah tidak ada peraturan dan garis panduan berbelanja dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini.

"Adakah ada dalam peraturan, sesebuah agensi atau menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor pendaftaraan kereta rasmi?" tanya beliau lagi.

Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar.

Tambahnya, Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan.

"Inikah mentaliti menteri yang ada?

"Kami sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan dan tidak perlu.

"Kami mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada Perbendaharan Negara," kata Mohd Azmi.

Sunday, June 3, 2012

T'Temu Mata Anok Rantau Panjang

MAJLIS T’temu Mata Anak Rantau Panjang diperantauan:

Tempat; Dewan Orkid Ting 4 Wisma PKPS Seksyen 14 Shah Alam .
Tarikh; 30 Jun 2012(Sabtu) jam 11.30 pagi hingga 3.00
Istimewa: bersantai sambil makan bersama YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar kita .

(Parking Percuma di tigkat 1,2,3 Wisma PKPS)

Mufti Dah Ikut Banggang. MB Pun Ikut Banggang. TPM 2 x 5

Muhyiddin: Peserta Himpunan Hijau mungkin dibayar

  • Leven Woon
  • 5:31PM Jun 3 2012
Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peserta Himpunan Hijau anjuran PAS di Alor Setar, Kedah mungkin dibayar supaya hadir.

Katanya, peserta berkenaan mungkin dibayar supaya hadir dari seluruh negara, katanya.

PAS juga terpaksa membuat perhimpunan tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai sokongan, katanya yang mendakwa sokongan parti itu di Kedah semakin menurun.

Perhimpunan pada Jumaat lalu menyaksikan penyokong PAS yang berpakaian hijau membanjiri Stadium Darul Aman. Malaysiakini menganggarkan 50,000 hadir di perhimpunan tersebut dan beberapa akhbar harian berbahasa Cina menganggarkan 100,00 yang hadir.

Penganjur bagaimanapun menganggarkan jumlah kehadiran seramai 150,000 orang.

PAS mengadakan perhimpunan itu kira-kira tiga minggu selepas perhimpunan Umno di Stadium Nasional Kuala Lumpur dengan kehadiran didakwa eramai 100,000 orang.

Bila aku kata undi PAS masuk surga - TG Nik Aziz



Kali ni depa ulang pulak pasai isu 'Undi PAS masuk syurga'. Tah mana depa dapat tiba-tiba Utusan boleh siarkan wawancara dengan Ahli Majlis Fatwa Masjidi Haram Sheikh Dr Sulaiman Saloomi yang kata "fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan."

Isu ni pun isu lapok yang langsung tak relevan pasai dah lama PAS jawab isu ni. Tepat sekali macam kata Salahuddin Ayub, PAS takmau layan isu ni, lebih baik PAS memberi fokus kepada persiapan menghadapi PRU13.

"Saya rasa itu langkah terdesak UMNO yang sudah tidak mempunyai modal dan isu untuk berhadapan dengan PAS. UMNO mainkan semula lagu lama untuk dapatkan simpati rakyat menjelang pilihan raya umum.

"PAS tidak akan menoleh lagi ke belakang untuk layan perkara ini, kita akan tetap dengan perjuangan dan pendirian kita bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Kita tidak akan layan perkara macam ini, kita mempunyai agenda dan perancangan yang harus dilakukan segera.

"PAS ada strategi yang harus dilaksanakan, dan semua ini perlu kepada fokus untuk memastikan kejayaan kita," katanya. - KLPos.

Yang celakanya, akhbar KLPos yang laporkan kenyataan Salahuddin tu pilih tajuk "Fatwa Masuk Syurga : Tiada Keperluan Tarik Kembali - PAS" langsung tak sesuai dengan isi artikel tu.

Isu ni sepatutnya dah lama selesai dengan jawapan yang TG Nik Aziz bagi lama dulu. Tapi main dengan penchachai Umno ni depa bukan kira, selagi boleh spin depa akan spin, jenis tak peduli hal syurga neraka ni bukan peduli betui ka salah, selagi depa rasa boleh untungkan depa, depa akan spin.

Bagi yang tak pernah dengar lagi dari mulut TG Nik Aziz pencerahan isu "undi PAS masuk syurga" ni, hangpa patut tengok videoclip kat bawah ni sampai habih (klik untuk lihat). Dengar sendiri jawapan dari mulut TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.



Sumber imej: Greenbox

MB Terengganu: Letak jawatan jika sokong pembangkang
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Jun 2012
Datuk Seri Ahmad Said
$entry.content.caption.value
KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.

“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.

“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.

Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.


Dailog Perantau Kelate dgn MB

Taniah kepada penganjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri terutamanya kepada Dr Mohd Fadzli Hasan kerana berjaya sekali lagi mengada dialog bersama rakyat. Program dialog bersama rakyat ini bukanlah kali yang pertama.

 Pada program itu, lebih 600 anak perantau Kelantan hadir pada majlis berdialog bersama para pimpinan Kelantan dan yang paling menarik hampir kesemua exco pimpinan Tok Guru hadir dan menjawab persoalan yang dizahirkan sendiri oleh hadirin tanpa ada sekatan. Mereka bebas bertanya dan seperti yang dijangka, isu air dan isu tanah menjadi isu yang kerap disentuh namun dapat dijawab oleh wakil kerajaan negeri.

 Ucapan taniah juga buat sahabat Mustapha Kamal yang sudi hadir sebagai anak Kelantan di perantauan. Ketika dihubungi Abe Mus memberitahu beliau sibuk dan dalam 2,3 hari ini sedikit tidak sihat. Namun beliau tetap gagahi dan hadir pada program itu menunjukkan "bako anok Kelate bako mudoh basso dan bako gagoh pekaso"