Tuesday, November 13, 2012
Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad
4:14PM Nov 12 2012 |
Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.
Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.
Laporan media Singapura yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan itu adalah daripada satu sidang media Abdullah di Putrajaya – di mana bekas perdana menteri itu dilaporkan bercakap dalam kapasiti peribadi.
Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."
"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?
"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan Islam.
"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).
"Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan.
Kenyataan itu timbul ketika perhatian pada waktu itu tertumpu kepada kes berkaitan murtad, antaranya melibatkan Lina Joy, seorang yang dilahirkan Muslim tetapi memohon kepada mahkamah untuk diisytiharkan sebagai penganut Kristian.
Satu lagi melibatkan Nyonya Tahir yang meninggal dunia pada usia 89 tahun dan telah membuat perakuan bersumpah memohon dikebumikan sebagai seorang penganut Buddha.
Kenyataan Nurul Izzah dalam satu forum kebebasan beragama pada 3 November lalu, berhubung isu "tiada paksaan dalam beragama" mencetus kontroversi apabila dilaporkan dengan gambaran bahawa naib presiden PKR itu menggalakkan murtad di kalangan orang Melayu.
Dua hari kemudian, beliau tampil menjelaskan bahawa beliau sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.
"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.
"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.//
Friday, November 9, 2012
Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari
Beberapa
hari sebelum ini saya telah terlibat dalam satu perbahasan melalui
Twitter yang panjang lebar dengan Fathul Bari. Ia pada mulanya berkisar
mengenai kenyataan Chua Soi Lek (CSL), Presiden parti MCA berhubung
perlaksanaan hudud. Kemudiannya ia telah meleret sehingga melibatkan
persoalan PAS dan perjuangannya.
Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: “Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL”. Oleh kerana Fathul Bari turut ‘ditag’ dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut.
Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk.
Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya.
Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan.
Jangka masa panjang sikap ini tidak akan menjadi masalah kerana selepas PRU akan datang, sekiranya PR menang, sudah pasti Fathul Bari akan menjadi penyokong tegar PR!
Tidak mungkin saya ingat kembali semua tajuk yang dibahas namun yang terpenting, mengikut ingatan saya, adalah seperti yang berikut:
1. Fathul bela CSL.
2. Kenyataan Karpal berbanding CSL.
3. Sejarah latar belakang kenyataan Karpal.
4. Parti Islam dan yang bukan parti Islam.
5. Bersatu atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO?
6. Kerjasama atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO.
7. Soal hudud dan perlaksanaannya.
8. Soal mendapatkan izin DAP.
9. Soal memilih di antara DAP dan UMNO.
Saya akan membuat posting satu atau dua tajuk setiap hari, menjelas dan mengupasnya dan bagi yang berminat bolehlah mereka memberi komen di Blog, Twitter atau punFacebook. Yang mana yang sempat saya akan respond. Yang mana yang tidak, saya minta maaf terlebih dahulu.
1. FATHUL BELA CSL
Tuduhan saya bahawa Fathul bela CSL dibuat selepas saya menonton video yang dipos di Blog tertentu yang mana linknya diberi oleh tukang twit pertama. Saya melihat memang betul Fathul menyatakan kenyataan CSL dan Karpal Singh, kedua-duanya tidak patut dikeluarkan mereka kerana ianya menggangu sensitiviti ummat Islam. Namun bagi saya itu semua hanya ‘ayat bunga-bunga’ sahaja kerana apa yang dikatakan di hujung video tersebut adalah mesej sebenar yang hendak disampaikan.
Di penghujung video tersebut Fathul mengatakan kenyataan Karpal adalah lebih parah kerana Karpal sebut “langkah mayat saya” sedangkan CSL hanya menolak ‘hudud PAS’ bukan hudud Islam. Kenyataan Fathul jelas mengiakan kata-kata CSL dan membelanya, memberi gambaran apa yang dikatakan tidak ada kena mengena dengan Islam itu sendiri. Kalau dilihat, ianya bercanggah dengan ucapan bunga-bunga Fathul yang lebih awal yang mengatakan ucapan CSL juga menyentuh sensitiviti ummat Islam.
Ini persepsi saya terhadap video berkenaan. Ianya dibuat dengan tujuan membela CSL.
Hujjah ‘hudud PAS’ memberi lesen kepada sesiapa sahaja, khususnya CSL, untuk memperlekehkan apa yang telah diusahakan oleh PAS dalam menghasilkan sebuah enakmen supaya sistem perundangan Islam, khusus hudud, dapat dilaksanakan. Enakmen ini merupakan usaha mulia dari berbagai pihak untuk menghasilkan enakmen yang menepati tuntutan Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Termasuk di dalamnya adalah hukuman terhadap kesalahan zina, qazaf, mencuri dan lain-lain yang telah disebut secara khusus di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW).
Mungkin ada aspek-aspek yang tertentu ada perbezaan pendapat dan tidak dipersetujui oleh Fathul, itu perkara biasa. Namun untuk menolaknya secara mutlak dan keseluruhan adalah tindakan tidak bertanggung-jawab di mana sudah pasti akan ada bahagian-bahagian yang ditolak yang merupakan hukum Qat’i yang telah ditetapkan Allah.
Kalau ada cacat celanya atau kekurangan dalam menghasilkannya, usaha manusia sememangnya begitu walaupun dalam menghasilkan undang-undang dari Al-Quran dan Sunnah. Apa yang patut diusahakan oleh Fathul ialah untuk menjelaskan apa dia yang tidak dipersetujui dan meminta ianya dikaji semula berdasarkan hujjah dan dalil. Bukan memberi lesen pada CSL atau mana-mana pihak menolaknya dan memperlekehkannya secara total.
Saya yakin Fathul sendiri memahami persoalan ini. Sudah pasti beliau juga sedar bahawa usaha sebegini langsung tidak dilakukan oleh UMNO yang memegang teraju kekuasaan dewasa ini.
Demi menutup kekurangan UMNO dan kegagalannya, maka hujjah yang paling mudah dan paling lekeh ialah untuk menolak enakmen hudud berkenaan atas alasan ianya ‘hudud PAS’ tanpa membentangkan enakmen hudud yang kononnya menepati kehendak Islam. Dan atas alasan itu kebiadapan CSL dihalalkan ulama UMNO muda ini.
Itulah sebabnya saya menyatakan Fathul bela CSL.
Bersambung...
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD//

Transkrip Sesi Soal Jawab Nurul Izzah di Forum
Transkrip Sesi Soal Jawab Nurul Izzah di Forum “Negara Islam: Versi Mana? Tanggung Jawab Siapa?”
TRANSCRIPT
Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."
Answer: When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. [clap] That is the basis.
In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you.
============================================================================
TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS
Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih."
Jawapan: Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. [tepuk] Inilah asas.
Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih.
KENYATAAN MEDIA
4 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA
Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.
Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.
Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.
Nurul Izzah Anwar
KENYATAAN MEDIA
6 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA
Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.
Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN
-Pejabat YB Khalid Samad-

Tuesday, November 6, 2012
Exco Che Abdullah Mat Nawi, Dr Mohamed Fadzli Hassan terima anugerah Dato'
KSN ketuai senarai penerima darjah kebesaran Kelantan
11 November 2012
KOTA BHARU - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 636 penerima darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-43.
Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di sini, Ali adalah penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.
Pada majlis sama, Setiausaha Sulit Kepada Sultan Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan @ Nik Yahya dianugerahkan Datuk Perwira Raja.
Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang membawa gelaran Datuk kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Manakala Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah menerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Datuk.
Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu Azman Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) yang membawa gelaran Datuk.
Seramai 12 penerima dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) membawa gelaran Datuk. Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa Dan Bioteknologi Negeri Che Abdullah Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains Dan Teknologi Negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan, Pengarah Urusan Chico Force Sdn. Bhd., Datuk Nik Ismail Nik Yusoff, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal Dr Nik Mazian Nik Mohamad. Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Faisal Yusof, Pengarah Urusan NRY Architects Sdn. Bhd., Datuk Mohamed Nazim Abdul Razak, Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Yusof Abdul Rahman, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Seri Zukri Samat dan anggota kerabat diraja Kelantan, Datin Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra.
Seramai enam penerima dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) membawa gelaran Datuk.
Mereka ialah Panglima 10 Briged PARA, Brig. Jen Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Komander Pangkalan Udara Subang, Brig. Jen. Wan Normazlan Che Jaafar, Pengarah Artileri Markas Tentera Darat Brig. Datuk Mohd Rais Ali, Pengarah Direktorat Latihan Kementerian Pertahanan Brig Jen Norhuda Ahmad, Panglima Markas Grup Artileri Pertahanan Udara, Brig. Jen Yusri Anwar dan Panglima Medan Tentera Darat, Lt.Jen. Datuk Zulkiple Kassim.
Seramai 15 penerima dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Eksekutif Asian Development Bank (ADB), Maliami Hamad, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kelantan, Nik Kazim Nik Yusoff.
Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong, Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk an Hamidah Wan Ibrahim, Pakar Perunding Kanan Jabatan Pembedahan Mulut dan Maksilofasial, Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Zainal Ariff Abdul Rahman.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin Taib, Pensyarah Jabatan Usulluddin dan Falsafah, Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar.
Pakar Perunding Kanan Bedah Jantung dan Paru-Paru Unit Kardiotorasik Surgeri, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Anas Sjahroeddin Ressang Aminuddin, Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Azmi Kasim, Komander Pasukan Polis Marin, Datuk Isa Munir.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, Pengarah Kastam Negeri Kelantan, Mohd Isa Endot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Akauntan Negara, Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman.
Seramai 11 individu dianugerah Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK), Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK/5 orang), Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK/44 orang), Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK/52), Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK/83).

//
BISNES DARI RUMAH. GUNA KMPUTER DAPAT INCOME.
Sunday, November 4, 2012
Ubah kepada cara Pakatan Rakyat - Presiden PAS
Zulkifli Sulong, | 04 Nov 2012 |
"Cara BN cara lama. Cara parti dibentuk dari bangsa-bangsa. Berbeza dengan cara Pakatan Rakyat. Parti-parti kita semua berbilang kaum dan agama.
"PAS parti islam dari pelbagai kaum. Ada juga bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. PKR parti pelbagai kaum dan agama. Begitu juga DAP.
"Berbeza dengan BN. Semua partinya dari parti kaum," kata beliau di Himpunan Kebangkitan Rakyat dekat Taman Seremban Jaya, Senawang malam ini.
Puluhan ribu rakyat pelbagai kaum dan agama berhimpun di sini bagi menyertai perhimpunan yang penuh sejarah itu. Padang usang itu penuh dengan keghairahan rakyat untuk memperjuangkan hak mereka.
Tepukan dan laungan reformasi bersatu dengan teriakan Allahuakbar dari para penyokong PAS, PKR dan DAP.
Pelbagai barangan kempen dijual oleh penyokong PAS, PKR dan DAP di perhimpunan ini. DAP membawa treler dan lori kempennya manakala PKR membawa bas dua tingkat jelajah rakyatnya.
Selain Ustaz Hadi, turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Penyanyi Ito yang berasal dari Negeri Sembilan telah diberikan penghormatan untuk melancarkan lagu Pakatan Rakyat bertajuk 'Ubah Sekarang' di perhimpunan ini.
Ustaz Hadi dalam ucapannya menyatakan sekali lagi komitmen Pakatan untuk mematuhi perlembagaan negara tetapi membawa mesej yang berbeza sama sekali dari BN.
"Kita memegang perlembagaan yang sama tetapi penghayatan yang lain dari BN," kata Ustaz Hadi.
Dalam ucapannya juga, Ustaz Hadi berkata, memang PAS bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat "tetapi kita mentafsirkan Islam secara yang sebenar."
"Kerajaan tidak boleh berlagak sebagai Tuhan, pemimpin bukan juga bukannya manusia suci," tegas beliau ketika mentafsirkan sistem pemerintahan yang dikehendaki Pakatan.
Beliau juga memberitahu, PAS tidak pernah memaksakan Islam kepada orang lain kerana "tiada paksaan dalam agama."
Oleh itu, katanya, tidak berbangkit PAS menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana pihak termasuk DAP apabila PAS tidak memaksakan Islam kepadanya kerana ia sememangnya hak yang dberikan oleh Islam.
Beliau juga menegaskan, PAS akan sentiasa komited untuk mempertahankan hak bumiputra kerana mereka sememangnya tertinggal dari segala segi selepas disusun sedemikian rupa oleh penjajah.
"Namun dalam masa yang sama kita juga perlu memberikan hak istimewa kepada kaum Cina dan India yang miskin kerana mereka juga mesti dibela.
"PAS akan memperjuangkan hal ini dan ini adalah tanggungjawab kita," tegasnya dengan disambut teriakan takbir dan tepukan gemuruh dari para hadirin yang pelbagai kaum, agama dan jantina itu.//
BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar
Hazayani Zakaria, | 04 Nov 2012 |
SEREMBAN: Rakyat wajib menukar kerajaan yang ada pada hari ini memandangkan Umno BN tidak bersedia membuat perubahan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat merupakan hakim yang menghukum kerajaan apabila pemimpin tidak menjalankan amanah dengan baik.
"BN tak bersedia buat perubahan jadi kita wajib mengubah kerajaan hari ini.
"Rakyat boleh mengadili pemimpin-pemimpin. Di Britain misalnya, bila pemimpin buat silap rakyatnya hukum dengan menukar kerajaan.
"Di Malaysia tak jadi begini sebab BN sangka dia jadi kerajaan selama-lamanya," kata beliau sewaktu berucap di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat, di Taman Seremban Jaya, dekat sini, malam ini.
Ustaz Hadi berkata, pemimpin BN tidak boleh menganggap mereka boleh menjadi kerajaan yang terbaik buat selama-lamanya.
"Pemimpin BN tidak boleh berlagak menjadi Tuhan, tidak boleh mengganggap kesenangan rakyat datang dari mereka.
"Mereka tidak boleh menganggap mereka yang terbaik selamanya kerana rakyat yang menjadi hakim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Justeru, beliau mengajak rakyat melakukan perubahan bersama-sama Pakatan Rakyat yang sudah membuktikan mereka memberi layanan yang sama rata kepada semua kaum.
"Pakatan boleh menunjukkan perpaduan, bukan parti satu kaum sahaja.
"Mari kita ubah cara baru, cara Pakatan Rakyat," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu meminta rakyat mengekalkan momentum kebangkitan malam ini sehingga ke perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Melihat kepada kesabaran dan kesungguhan rakyat malam ini walaupun dalam keadaan hujan, saya yakin himpunan akhir nanti, seluruh rakyat akan berada di Kuala Lumpur Januari ini," katanya.
Beliau juga mengajak rakyat turun beramai-ramai ke perhimpunan kebangkitan rakyat kali kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 16 November ini.
"Jangan lupa 16 November ini kita turun ramai-ramai ke Kota Bharu untuk perhimpunan kedua," katanya.
//Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat merupakan hakim yang menghukum kerajaan apabila pemimpin tidak menjalankan amanah dengan baik.

Himpunan Kebangkitan Rakyat
Himpunan PR saksikan kebangkitan rakyat N9
Harakahdaily, | 03 Nov 2012 |
SEREMBAN: Biarpun hujan lebat turun tidak berhenti-henti sejak jam 5 petang tadi, namun ianya tidak menghalang ribuan rakyat hadir ke pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini malam ini.
Dianggarkan sehingga jam 9.30 malam, 10,000 orang dari pelbagai kaum memenuhi ruang padang dihadapan pentas dan jumlahnya semakin bertambah menjelang ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat di penghujung program malam ini.
Mereka tetap hadir walaupun terpaksa berpayung, berbaju hujan dan berada dalam becak di tengah padang, semata-mata mahu mendengar amanat dari pimpinan mereka.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dijangka akan menyampaikan amanat khas malam ini.
Tirai program malam ini dimulakan dengan ucapan wakil-wakil NGO rakyat termasuk NGO 'R' yang memperjuangkan tuntutan royalti, NGO Anti-Lynas, NGO Anak yang memperjuangkan nasib peneroka, NGO Bersih yang memperjuangkan tuntutan pilihan raya bersih dan adil serta wakil NGO Kase yang membantah saman ekor termasuk penggunaan AES.
Sesuai dengan nama Himpunan Kebangkitan Rakyat, warna tema pada himpunan kali ini juga mewakili warna tema NGO-NGO tersebut.
Empat warna tema malam ini adalah warna kuning sebagai menyokong perjuangan Bersih, Oren untuk Anak, merah untuk Royalti dan hijau untuk Anti-Lynas.
Turut berucap diawal program malam ini termasuk Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Ghani, Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lok Seiw Fok, serta Pengerusi PKR Negeri Datuk Kamarul Bahrin Abas.
Ketika ini antara pemimpin Pakatan Rakyat yang duduk di pentas utama termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof.
Selain itu, turut kelihatan pemimpin ketiga-tiga parti Negeri Sembilan, pemimpin pakatan rakyat di segenap peringkat serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Ucapan oleh pemimpin utama dijangka bermula jam 10 malam ini.
Ketika ini kelihatan Bas Merdeka Rakyat yang membawa ketiga-tiga ketua pemimpin parti, Anwar, Kit Siang dan TG Abdul Hadi tiba di tapak program.
Thursday, November 1, 2012
WARGA KELATE TANAH MERAH..PAKAT G
AMOK KELATE TANAH MERAH. PAKAT KITA G PERTEMUAN PEMIMPIN KELATE DENGAN KITA DI SEKSYEN 15, BANGI PADA 4HB NOV 2012. 10.00 PAGI
//
//
BUKTI HUBUNGAN DATO’ SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA
Kenyataan akhbar oleh Pengarah Strategik PKR, sdr Mohd Rafizi Ramli
BUKTI HUBUNGAN DATO’ SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA, “CONFLICT OF INTEREST” DALAM PENYIASATAN TUDUHAN RASUAH RM40 JUTA
Jawapan-jawapan di dalam
Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan
individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah
berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.
Sebagai
seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes
rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif
seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih
dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana
individu yang dipertahankan beliau.
Malangnya,
KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat
terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama
yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.
Subscribe to:
Posts (Atom)