Pages

Friday, August 31, 2012

Dr Burhanuddin al-Helmy dan PAS – Bahagian I

“Seribu orang tua hanya dapat bermimpi, satu orang pemuda dapat mengubah dunia”. Presiden Soekarno.
Dalam sejarah politik dan struktur pemerintahan di Malaysia, Parti Islam se-Malaysia (PAS) memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan corak dan landas perjuangan politik di Tanah Melayu sejak ditubuhkan pada 4 April 1956.

Antara gagasan terpenting PAS yang dicerakinkan dalam perlembagaannya (pindaan 2001) adalah “memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah” dan “mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara”
Dan cita-cita ini jelas terungkap dalam pemasyhurannya: “Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan al-amru bil ma‘ruf wan nahyu ‘anil munkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia.”

Dalam bukunya Islam Embedded yang menganalisis sejarah perkembangan PAS sejak tahun 1951-2003, Dr Farish Noor menzahirkan pandangannya tentang PAS sebagai: “the most remarkable political party in the history of Malaysia”. Kebangkitan PAS antara tahun 1999-2003 telah meletakkannya ke posisi yang penting dalam arus politik tanah air: “the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) had become the biggest and most important opposition party in Malaysia”.

Dr Mujahid Yusof Rawa dalam bukunya Menuju PAS Baru berhujah bahawa perjuangan membina kekuatan parti harus diperkukuh dengan wacana baru yang dapat merumuskan pandangan politik Islam yang syumul dan dinamis.

Dr Siddiq Fadzil, dalam ucapannya yang noltalgik “Memahami Garis-Garis Besar Haluan Perjuangan” merumuskan bahawa perjuangan “Islam mempunyai misi tahriri-tanwiri (pembebasan dan pencerahan) yang bertujuan mengangkat harkat dan darjat manusia.”

Antara tiga garis besar yang membentuk fikrah dasar perjuangan PAS adalah menzahirkan cita-cita murni melaksanakan tuntutan syari’at, menyalakan obor nahdah, dan menegakkan syiar agama dan iltizam perjuangan ini terus dibakar dan dinyalakan dalam perjuangan menuntut pembaharuan dan reformasi Islam.

Pemimpin ulung yang telah berjasa membangun dan memperkasai perjuangan ini sejak mula ialah Dr Burhanuddin al-Helmy yang memimpin perjuangan daripada tahun 1956-1969, sang doktor yang telah menebus dan mewakafkan hidupnya untuk satu perjuangan yang tidak dapat dikompromi dan ditawar-tawar oleh sogokan dan ugutan penjajah.

Latar kehidupan

Nama asalnya ialah Amir Burhanuddin bin Ungku Mohammad Noor. Beliau dilahirkan pada 29 November 1911 di Kampung Changkat Tualang, Kota Bharu, Perak. Pak Doktor ini berasal daripada keturunan ulama dan sufi dari Sumatra yang berhijrah ke Tanah Melayu. Bapanya, Haji Muhammad Noor, adalah seorang alim Minangkabau yang mengajar tasawuf dan mengusahakan ladang tani. Beliau pernah berguru dengan Sheikh Mohammad Khatib al-Minangkabawi dan beberapa pemuka agama di Mekah. Ibunya Sharifah Zahrah Habib Osman adalah wanita Melaka daripada suku peranakan Arab-Melayu. Mereka bertemu di Perak setelah Haji Muhammad Noor kembali dari menunaikan haji di Mekah.

Menurut Dr Burhanuddin dalam lakaran kisah hidupnya: “Ayahanda saya adalah seorang tasawwuf dan bertariqah Naqshabandi serta dengan lurus dan wara‘nya. Maka saya daripada kecilnya dilatih secara wara’nya dan mesti kuat beribadat mengikut-ngikut dia sembahyang berjemaah, membaca Qur’an dan [Maulid karya] al-Barzanji, ahzab dan zikir. Sebagai orang muda tiadalah saya tahu apa-apa. Saya ikut-ikut itu kerana malu dan segan jua. Saya lakukan dengan berat kerana kawan-kawan lain dapat lepas dan bermain-main saya tidak.” (Simposium Tariqat dan Tasawuf, 1972)

Dr Buhanuddin digelar al-Hulaymi atau al-Helmy kerana karakternya yang tenang dan penyabar, seperti bapanya yang digelar Abi Halim, sebagaimana dilukiskan oleh Saliha Haji Hassan dalam tulisannya, Dr Burhanuddin Al-Helmy, A Political Biography: “Pilihan kata asal al-Hulaimi itu benar-benar melambangkan keperibadian Dr Burhanuddin yang lemah-lembut, santun, tenang, sabar… istilah al-Hulaimi menurut hukum tatabahasa Arab mempunyai makna yang sama dengan al-Helmy tetapi dalam bentuk yang merendah atau lebih kecil (Saliha Hj. Hassan 1997; Dr Burhanuddin Al-Helmy, A Political Biography). Beliau turut dikenal sebagai Pak Doktor dalam kalangan pengikut dan rakannya.

Pada tahun 1927, beliau merantau ke Pulau Pinang untuk menuntut di Madrasah al-Mashoor al-Islamiyyah dan berguru dengan pemikir dan reformis penting seperti Shaikh Abu Bakar al-Rafi‘i, Haji Arshad al-Bawayih, dan Ashiran Yaakob, yang menggerakkan perjuangan kaum muda yang telah dicetuskan oleh Syed Sheikh al-Hadi, dan Sheikh Mohamad Tahir Jalaluddin al-Azhari di Tanah Melayu. Beliau menamatkan pelajarannya dengan memperoleh thanawi (menengah atas) pada 1934.

Kemudian, dengan biasiswa yang ditawarkan oleh saudagar India Muslim, beliau melanjutkan pelajaran ke India dan mengambil kursus perubatan homeopatik di Madrasah al-‘Ulum Musalmanan (Anglo Indian College) di Aligarh. Madrasah yang ditubuhkan oleh Sir Sayyid Ahmad Khan pada tahun 1875 ini berhasrat untuk melahirkan para reformis Islam yang mahir dalam falsafah moden dan disiplin sains yang luas.

Dr Burhanuddin berhasil menyiapkan tesis kedoktorannya dalam bidang falsafah, dan sewaktu menyusun disertasinya beliau merujuk kepada karya-karya besar dalam bahasa Arab dan Eropah, dan menelusuri sejarah pemikiran dan peradaban dunia yang ditulis oleh kelompok sarjana dari timur dan barat, dan berhasil menggarap dan menguasai dengan baik lima bahasa besar.

Demikian dirakamkannya: “Maka saya di India, saya dapat mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis, dan dalam mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati asas Belanda, memudahkan saya mempelajari bahasa Jerman. Kemudian masuklah saya ke dalam perguruan psikologi-metafizik, ilmu al-ruhani juga falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini. Apabila menyusun-nyusun tesis untuk kedoktoran failasuf (PhD) maka terpaksalah saya berfikir mendalam mengambil di mana titik berat, inti sari dan pati punca perbezaan dan perbalahan. Maka termasuklah membahaskan berkenaan dengan sufi itu termasuk dalam falsafah.”

Setelah pulang ke tanah air, berbekalkan pengalaman dan kelulusannya, beliau diterima mengajar di Madrasah al-Juneid, Singapura. Beliau turut menawarkan khidmat perubatan homeopati di dua cawangan kliniknya, di Johor Bharu dan di Jalan Picitan, Singapura yang dibina dengan bantuan seorang doktor India, Dr N. Rajah.

Pengaruh Tasawuf

Pak Doktor tertarik kepada tariqat Naqhshabandiyyah yang berkembang di India, yang mempunyai dasar dan hujah tasawwuf yang meyakinkan. Tariqat ini aktif mendakyahkan ajarannya di Asia Tenggara dengan pengaruh yang signifikan di kalangan pengikutnya yang terus berkembang dengan pantas. Ketika di India, beliau menghadiri halaqat-halaqat tasawuf ini dan mengutip pengalaman ma‘rifi, dhawqi dan tajribi melalui pembacaan yang substantif.

Perkara ini dikupas dalam tulisannya: “Saya pelajari sufi daripada bahasa-bahasa Eropah. Terpaksalah balik saya mengenal al-Ghazali, al-Badawi, al-Rifa‘i, al-Rumi, al-Qushairi, Ibnu ‘Ata’illah dan lain-lain serta rujuk kitab-kitab Eropah itu kepada kitab Arab maka barulah saya mencari kitab-kitab Arabnya pula. Kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang hanif ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada ulama-ulama’ Syafi’i dan ulama-ulama’ tasawwuf, sama ada ulama-ulama’ itu datang secara saudagar atau secara muballigh; bukan masuk melalui ulama-ulama’ fiqh. Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha sebagaimana yang diperjuangkan oleh wali songo di Jawa dan lain-lain kepulauan maka beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawwuf.”

Faham tasawuf yang dipintalnya turut merangkul tasawuf moden dan agresif yang mendakap semangat jihad. Dan perjuangannya terus digilap dan dipasak dengan lebih jelas setelah menghadam disiplin agama dan sosial yang penting seperti falsafah, perbandingan agama, tasawwuf dan ilmu tariqat.

Menurutnya pengajian tasawwuf harus dibarengi dengan pengetahuan falsafah dan perbandingan agama, sebagai asas keilmuan yang zahir, seperti dinyatakannya dalam buku Simposium Tariqat dan Tasawuf: “Bagi memudahkan mendekati ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya bagi mencari ilmu pada zaman kebendaan dan ilmiah ini, eloklah lebih dahulu mempelajari ilmu fizik kemudian pelajari ilmu metafizik atau maa wara’a al-taba’ah, ilmu falsafah dan ilmu perbezaan antara agama-agama.”

Kerangka Pemikiran

Dr Mujahid Yusof Rawa, dalam penulisannya yang kritis seperti Rejuvenasi PAS dan Menuju PAS Baru mengungkapkan bahawa langkah perjuangan yang digariskan Dr Burhanuddin harus diangkat dan dilontarkan dalam menuju PAS baru. Beliau menuntut supaya hierarki PAS berganjak ke arah perubahan, stereotaip dicabar dan pembaharuan dan kesedaran politik tentang esensi kebebasan, kesedaran watan, faham keadilan dan nafas perjuangan dan semangat kemerdekaan ditanam dan dipugar. Begitu juga strategi perjuangannya dalam politik tergambar daripada kegiatannya dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) menentang pendudukan British dan Jepun, seperti diungkapkannya:

“Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil langkah Musa dalam istana Firaun. Ada yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar mengambil bahagian di hutan di rimba jadi anti-fasis, ada yang menjalankan gerakan rayap – semut api – harimau dan sebagainya.”

Dalam pergerakan politik, Pak Doktor memilih wadah Islam sebagai landas perjuangan. Beliau disifatkan sebagai sosok pemikir yang terbaik dilahirkan dalam dekadnya, dan penggagas siyasah syar‘iyyah dan fiqh awlawiyyat Islam, dan faqih besar dalam mazhab. Pendekatan politiknya adalah berteraskan amalan perlembagaan dan undang-undang, dengan memilih cara aman untuk menuntut perubahan.

Demikian seperti yang diungkapkan dalam pidatonya dalam Persidangan Agung PAS di Kelab Sultan Sulaiman pada Disember 1956. “Jalan kekerasan tidaklah lagi jalan yang sesuai untuk menyelesaikan segala soal hidup manusia. PAS menentang kekerasan kerana kekerasan adalah bertentangan dengan dasar dan ideologi PAS. Perjuangan kemerdekaan tanah air akan diteruskan oleh PAS dengan jalan aman dan damai, dengan jalan berperlembagaan.”

Menurut Dr Dzulkefly Ahmad, perhitungan politiknya adalah bercorak situational politics (siyasah waqi‘) seperti yang dihuraikan oleh saudara Salahuddin Ayub ketika membahaskan sumbangan dan falsafah perjuangan dan pemikiran dakwah Pak Doktor: “Dalam konteks ini, saya ingin mengajak para pemuda semua untuk kita menghayati pemikiran dakwah yang digagaskan oleh Almarhum Prof Dr Burhanuddin al-Helmy. Beliau amat menekankan keterbukaan dalam pendekatan dakwah yang sesuai dengan naluri masyarakat sebagaimana berhikmahnya Wali Songo yang menggunakan saluran seni hiburan untuk mengajak masyarakat kepada Islam. Pendakwah tidak menghukum, tetapi memujuk dan menasihati. Perbezaan bukan asas kepada perpecahan, tetapi menzahirkan keterbukaan. Jangan kerana kita sukakan susu, lalu mengatakan kopi tidak baik, tetapi minumlah susu dan hargailah peminum kopi.”

Itulah keterbukaan yang ditunjukkan oleh Dr Burhanuddin. Beliau dikenali sebagai tokoh reformis, tetapi sangat disenangi oleh ulama kaum tua. Beliau terkenal sebagai ahli tasawuf, tetapi begitu rapat dengan ulama kaum muda. Beliau menyusun strategi dakwah dengan mendekati golongan sosialis-komunis, memulakan kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu tanpa rasa chauvinis, mendukung perjuangan nasionalis, tetapi kekal sebagai tokoh yang Islamis. Pengikut dan pengkagumnya bukan sekadar orang-orang politik, tetapi juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Inilah model pendakwah yang mesti dicontohi oleh Pemuda PAS pada masa akan datang.” (Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin al-Helmy, 2009)

Ahmad Boestamam menulis tentang kekuatan pengaruh Dr Burhanuddin dan kecekalan perjuangannya: “Di atas segala-galanya, Dr. Burhanuddin al-Helmy adalah seorang patriot. Dan kalau kepada beliau hendak diberikan suatu gelaran yang tepat, layak dan sesuai dan hak sekali bagi beliau ialah Bapak Kebangsaan Melayu” (Ramlah Adam 1993; Dr. Burhanuddin al-Helmy: kajian mengenai kegiatannya dalam PKMM 1946-1948.).

Sewaktu menuntut di India, Pak Doktor telah mula bergelut dengan arus pemikiran Islam moden yang dicanang oleh Sayyid Ahmad Khan, Jamaluddin al-Afghani, Syed Ameer Ali (1849-1928), Aga Khan, Nehru dan Muhammad Ali Jinnah (pemimpin Islam Pakistan).

Pandangannya yang progresif turut dibentuk daripada pengalamannya menuntut di Indonesia, yang meraikan semangat ikhtilaf, mengangkat kekuatan akal dan ijtihad, mengembangkan faham budaya dan politik yang dinamis dan menggerakkan reformasi dan cita-cita pembaharuan yang kental untuk merobohkan benteng taqlid yang mengikat kebebasan fikrah yang diwarisi daripada pemikiran masyarakat yang jahil dan bobrok.

Hal ini dinyatakan dalam makalahnya Tasawuf dan Tariqah: “Bila saya lepas belajar ke luar di Indonesia, dapat saya belajar bahasa Belanda dan guru-guru agama saya pula ulama-ulama kaum muda dan berfaham progresif dalam Islam, maka fikiran saya terbentuk dengan membaca keterangan-keterangan moden dan majalah-majalah moden seperti al-Manar dan al-Fath. Saya pelajari ilmu-ilmu usul fiqh, usul al-ahkam, mazahib al-arba’ah (mazhab empat) dan membaca kitab-kitab Bidayah al-Mujtahid, Subul al-Salam, kitab-kitab [Syeikh al-Islam] Ibn Taimiyyah, Ibnu al-Qayyim, asy-Syaukani, [Syeikh] Abdul Wahhab al-Wahhabi (yakni [Syeikh] Muhammad Abdul Wahhab), al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Redha dan akhirnya Tantawi. Saya pun terbalik bertentang dengan ayah saya dalam pendirian. Saya memusuhi jumud kolot.”

Untuk mengejar cita-cita ini, beliau menggerakkan perjuangan menuntut perubahan dan reformasi dengan berkecimpung dalam politik marhaen dan gerakan rakyat. Selama lebih 30 tahun mengharungi perjuangan (1930-1960 an) beliau telah memimpin pertubuhan-pertubuhan penting seperti KMM (Kesatuan Melayu Muda), KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung), PKMM (Partai Kebangsaan Melayu Malaya), PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat-All Malayan Council of Joint Action), dan Persatuan Islam Sa-Tanah Melayu atau Parti Islam se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 1937, Pak Doktor menerbitkan majalah Taman Bahagia, sebagai tapak perjuangannya untuk memecahkan monopoli British di Tanah Melayu, seperti diungkapkannya: “apa lagi sebagai seorang wartawan muda pada tahun 1937 saya keluarkan majalah Taman Bahagia lalu tertangkap kerana saya didapati oleh penjajah berpolitik tegas dan berbahaya kepada penjajah dan akan membangkitkan kesedaran rakyat, hinggalah sekarang ‘Malaya jadi Palestin kedua’ masih kedengaran diperkatakan orang.”

Kamaruddin Jaafar dalam artikelnya Perjuangan dan Pemikiran Politik Dr Burhanuddin al-Helmy merumuskan bahawa dalam tiga dekad perjuangannya, riwayat politik Dr Burhanuddin dapat dirangkum dalam tiga ciri utama: kemerdekaan, kebangsaan Melayu dan Islam. Nilai-nilai ini ditanam dalam perjuangannya menentang penjajah dengan semangat dan daya tahan yang kental, dengan usaha menyemarakkan nilai progresif dan ide radikal dalam ideologi dan aqidah perjuangan PAS, seperti diungkapkan oleh Ahmad Boestmam dalam bukunya Merintis Jalan ke Puncak: “Kalau PAS berjiwa kiri dan progresif juga untungnya kepada Partai Rakyat Malaya, demikian saya memperhitungkan. Setidak-tidaknya Partai Rakyat Malaya tidak akan menghadapi ‘lawan’ yang bertambah sebagaimana kalau kiranya PAS berjiwa kanan dan tidak progresif.”

Pak Doktor menggariskan strategi perjuangan dan matlamat politik yang ideal dan hala tuju yang jelas dalam harakat PAS, dengan merangka agenda yang praktis dan inklusif, yang menggabungkan tradisi pemikiran daripada semua aliran untuk mempertahankan kemerdekaan, seperti yang dilafazkannya dalam Muktamar tahunan pada 1956: “Tiap-tiap kita mengingini satu negara Malaya yang demokratis dan berdaulat dalam erti kata yang sebenarnya. Cita-cita ini belum tercapai sekarang dan tidak akan tercapai pada 31 Ogos 1957 ini. Ke arah cita-cita itulah PAS akan berjuang bahu membahu dan saling berbimbingan tangan dengan segala golongan dalam masyarakat.”

Dalam mengeratkan perpaduan ini beliau mengungkapkan kesediaan PAS bertahaluf siyasi (mengikat kerjasama politik):

“Dan PAS juga tidak merasa dan tidak mensifatkan dirinya sajalah yang mempunyai kesanggupan, yang mempunyai kelayakan, yang mempunyai tenaga dan kebijaksanaan untuk berjuang mencapai kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan tanah airnya. PAS tidak merasa dan tidak mensifatkan dirinya sajalah yang berkewajipan memikul tugas suci kemerdekaan bangsa dan tanah airnya kerana itu adalah tugas rakyat bersama.
Saya katakan bahawa penjajahan adalah bercorak internasional, satu gergasi yang pengaruh dan kekuatannya dirasakan di seluruh dunia. Kerana itu, penjajahan tidak boleh ditentang hanya dengan tenaga satu golongan saja, satu parti saja, tetapi sebaliknya hanya dengan tenaga-tenaga anti-imperialis seluruh dunia, tenaga-tenaga anti-imperialisme seluruh masyarakat.
Oleh itu, PAS sanggup bekerjasama dengan apa sahaja golongan, apa saja parti, apa saja aliran dalam masyarakat atas dasar kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air… perjuangan itu sama besarnya dengan perjuangan yang telah kita pusakai daripada datuk-nenek kita menentang penjajahan semenjak kejatuhan empayar Melaka dahulu.
Sudah tentu perjuangan yang sebesar itu mengkehendaki tenaga yang sebulat-bulatnya dari seluruh rakyat negeri ini, menghendaki pengorbanan yang rela daripada segenap golongan progresif dalam masyarakat. Tenaga-tenaga nasionalisme, keagamaan dan sosialisme yang sihat dalam masyarakat harus kita gemblengkan, kita padukan mulai sekarang untuk merupakan satu tenaga besar demi tugas perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan tanahair kita.”

Kamarudin Jaffar dalam bukunya, Dr Burhanuddin al-Helmi: Politik Melayu dan Islam menzahirkan kekuatan idealisme perjuangan yang dicanangnya dan iktibar serta kesannya dalam pemberdayaan bangsa: “Adalah diakui umum bahawa Dr Burhanuddin al-Helmy merupakan seorang tokoh terkemuka di alam Melayu ini. Sumbangan beliau di bidang politik, perjuangan kemerdekaan dan ilmu perubatan serta peranan Islam yang diletakkan oleh beliau di bidang-bidang tersebut perlu sekali dipelajari oleh masyarakat kita hari ini”.

Lontarannya yang memukau:
“Di atas robohan kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka,
bersatu-padulah segenap baka,
membela hak keadilan pusaka”

Yang diucapkan semasa kongres PKMM ke-2, tanggal Disember 1946 di Melaka cukup menzahirkan aspirasi dan cita-cita besarnya untuk mengangkat harakat bangsa dan agama, dan terserlah dalam perjuangannya mendirikan partai Islam dan memimpin harakah perjuangan yang terbesar di Malaysia.

Hari ini dalam sejarah: PM guna tandas ini


PASIR PUTEH: Mungkin kerana terlalu ingin membodek, maka berlakulah dengan apa yang berlaku ini.
Ia berlaku di Pasir Puteh, Kelantan apabila sebuah tandas telah direkodkan sebagai bersejarah hanya kerana ia telah digunakan oleh Perdana Menteri.
Menurut satu laman, Ohtidak.com, mereka sendiri tak tahu nak cakap apa sampai tandas yang PM gunakan turut dijadikan sebgai tempat bersejarah.
Ini pertama kali kami lihat kes seperti ini dan nampak taksub sangat pun ye juga ni, kata laman itu.
“Tapi mestilah bangga klau PM gunakan tandas di tempat kita kan?
“Bukan senang nak jumpa seorang insan bernama Datuk Srri Najib Tun Abdul Razak,” tulis laporan dalam laman itu.
Harakah Daily
/

Free ke Sambut Merdeka janji Di Tepati Esok

Janji Bersih - Pergi belanja sendiri

Janji Di tepati - Semua free

Merdeka: polis nasihat guna pengangkutan awam

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Orang ramai dinasihat agar memanfaatkan perkhidmatan rel percuma yang disediakan untuk ke Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati, di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor berkata, ini kerana tempat letak kenderaan di stadium hanya untuk kenderaan dengan pelekat khas yang dikeluarkan penganjur.
Disebabkan tempat yang terhad, hanya 1,100 lot disediakan untuk kenderaan berpelekat khas itu, manakala 1,004 lagi diperuntukkan untuk bas.
"Selain parkir stadium, parkir untuk bas juga disediakan Taman Teknologi Malaysia, Kelab Lumba Kuda Selangor, Taman Pameran Pertanian Malaysia dan di Universiti Putra Malaysia," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bagi mengelak kesesakan, bas tersebut diminta mengikuti jadual ketibaan yang ditetapkan iaitu bermula 10 pagi hingga 6 petang bagi menurunkan penumpang sebelum meletakkan bas di tempat yang telah dikhaskan, katanya.
Beliau juga meminta orang ramai mematuhi arahan polis dan pihak berkuasa lain manakala pengguna jalan raya yang tidak mempunyai urusan mustahak dinasihatkan tidak menggunakan jalan-jalan di sekitar stadium itu.
"Tindakan tegas seperti menunda atau saman akan dikenakan kepada pemandu yang meletakkan kenderaan yang menyebabkan lalu lintas terhalang," katanya.
Sementara itu, beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka di sini akan ditutup kepada kenderaan sempena perbarisan Hari Kemerdekaan pagi esok.
Rusli berkata, jalan terbabit akan ditutup secara berperingkat bermula 6 pagi dan dijangka dibuka semula setelah acara selesai pada pukul 10.30 pagi.
Jalan berkenaan ialah Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Mahameru, Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Lembah, Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Kinabalu, susur Bukit Aman dan Jalan Raja.
Jalan lain yang ditutup ialah Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA
v
<

Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan

(Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR: Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.

"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.

"Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya.

Berikut adalah gambar-gambar mereka.



(Berhampiran Dataran Merdeka)


(Di Dataran Merdeka)


(Berhampiran Dataran Merdeka)


(Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka)


(Polis membuat sekatan di Dataran Merdeka)


(Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam)

Thursday, August 30, 2012

Janji Demokrasi Di Dataran Gagal

PADAN MUKA WEH!!!!... JANJI DEMOKRASI DIDATARAN MERDEKA TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN RAKYAT!!!!... HAMBAR, LENGANG, SUNYI SEPI TIADA PENGHUNI....TAK CAYA?.. SILA LIHAT GAMBAR SEBAGAI BUKTI!!!! 

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/376855_339125282846566_2096175236_n.jpg 

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/524430_460518463969322_7397882_n.jpg 

 

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/301204_460517467302755_1859915557_n.jpg



Betul seperti ramalan para pemimpin UMNO.

Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka tiada mendapat sambutan dari rakyat...Sunyi sepi, lengang dan hambar!!!

Rupa-rupa rakyat akur akan kemahuan dan kehendak para pemimpin UMNO serta arahan Ketua Polis Daerah, Dang Wangi Kuala Lumpur.

Kesiannnnnnn...menitis air mata admin bila lihat gambar-gambar yang dimuat naikkan ini.

Tak caya?.. Sila lihat gambar-gambar yang dimuat naik.

Macam mana rakyat nak datang sebab tak de cabutan bertuah beb!!!

Al-Azhar: Tahniah kepada Kerajaan Selangor, Jais


11 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Cawangan Selangor mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menerima baik cadangannya agar Jais menguruskan pendaftaran kemasukkan sesi pengajian 2012/2013 bagi pelajar-pelajar persendirian Selangor ke Universiti Al-Azhar Mesir.

Berita baik itu telah dimaklumkn oleh Dr Halimah Ali, Exco Pengajian Tinggi dan Modal Insan negeri kepada Pengerusi Ilmam Selangor, Mohd Farhan Madzlan (gambar) semalam.

Sebelum ini dilaporkan puluhan pemohon yang ingin menyambung ke universiti tertua itu menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan diri apabila segala proses pendaftaran dilakukan sendiri ditambah lagi kecelaruan maklumat dari beberapa pihak.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula tidak menguruskan borang-borang bagi pelajar yang tidak berjaya dalam ujian saringan sebelum ini menambahkan kesukaran mereka untuk melanjutkan pengajian ke sana.

Justeru, Ilmam Selangor berharap kepada seluruh pemohon agar menghantar borang pemohonan ke Jais sebelum 5 September ini agar ia dapat diproses dengan segera.

Menurut Mohd Farhan, penerbangan bagi pemohon ujian saringan kedua di Mesir dijangka akan bertolak sebelum 15 September ini.

Katanya, pihak Persatuan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) juga bersedia menerima kedatangan mereka dan akan mengadakan kelas intensif persediaan sebelum mereka menghadapi ujian saringan akhir September ini.

Beliau berkata, gesaan itu hasil dari mesyuarat Ilmam Cawangan Selangor kelmarin yang telah bersetuju untuk menggesa kerajaan negeri menguruskan kemasukan pelajar persendirian Selangor ke Mesir.

“Mereka ke sana mempunyai beberapa lagi peluang untuk menuntut di Universiti Al-Azhar, kita tidak boleh membiarkan mereka tanpa kita memberikan kebajikan untuk mereka menuntut ilmu di sana. Ini adalah kewajipan sebagai seorang pemerintah,” ujar Farhan.

Pihak Ilmam Selangor juga, ujarnya berusaha akan membantu semaksimum yang mungkin dalam membantu Kerajaan Negeri Selangor dan agensi-agensi di bawahnya seperti evakuasi pelajar ketika negara Mesir bergolak, program-program dakwah dan pendidikan negeri dan lain-lain yang pernah dijayakan bersama.

Selain itu, jelasnya Ilmam Selangor akan menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk meraikan pelajar-pelajar ke Mesir bersama ibu bapa pada 7 September ini.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pengerusi jawatankuasa prihatin membantu pelajar-pelajar ke Mesir, Mohd Firdaus Madzlan di talian 018-460 1497.

harakahdaily/-

Tuesday, August 28, 2012

Kekeliruan Pemikiran Politik Dr. Dzulkifli Ahmad: Satu Kritikan

Pendapat Oleh Zaharudin Muhammad

Dua hari lepas saya membaca Sinar Harian edisi Terengganu berkenaan laporan dan ulasan wartawannya terhadap video rakaman Yang Berhormat Dr. Dzulkifli Ahmad (Dr. Dzul) yang disiarkan oleh www.mobtv.my di bawah tajuk ‘hentikan polemik hudud’. Hati saya berdegup kencang lebih-lebih lagi apabila selepas itu terbaca lagi tulisan beliau yang disiarkan oleh Muslim Profesional Forum bertajuk “Forging a political contest beyond hudud”.

Rasa tidak selesa menguasai diri apabila membaca ayat-ayat yang menggambarkan jalur pemikiran 'pelik' sedang berada di dalam barisan Parti. Antara ayat keladi sebagai contoh beliau menyebut, “hudud should no longer be an agenda for partisan political interest” atau “hudud sepatutnya tidak lagi menjadi agenda untuk kepentingan parti politik”.

Kekeliruan kedudukan sama ada hudud sebagai “agenda dakwah PAS” ataupun ‘partisan political interest’ jelas tergambar di dalam pemahaman Dr. Dzul. Pemikiran politik untuk mengelak daripada menegaskan dasar parti amat jelas daripada tulisan-tulisan beliau yang bukan sahaja terkini, tetapi sejak daripada awal, antaranya sepertimana yang pernah disiarkan oleh siasah di bawah tajuk: “Perlaksanaan Islam: Pas Perlu Keluar Dari Kotak Lama”.

 Berkenaan isu hudud pada hari ini, adalah lebih parah apabila YB Salahuddin Ayub mengiakan pendapat Dr. Dzul sehingga ia disifatkan sebagai “PAS bersetuju”. Walhal pendapat Dr. Dzul dan pemikiran politik beliau adalah salah dari segi‘ Politik Islam’ dan penjelasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kenyataan terbaruTuan Guru Presiden sebenarnya sudah tersirat penegasan hudud sebagai dasar PAS. Sebenarnya artikel-artikel Tuan-Tuan Guru tersebut memerikan bahawa PAS sudah mempunyai ‘rumah yang dah siap’, sepatutnya tiada lagi ‘pahat yang berbunyi’.

Saya menghormati YB Dr. Dzul dan YB Salahudin yang rajin bekerja di dalam parti sebagaimana rajinnya ahli-ahli yang lain. Sekalipun begitu, penghormatan ini tidak boleh menghalang kewajipan saya membuat penjelasan terhadap kekeliruan pemikiran yang sudah ketara, dilihat konsisten dan berlaku berulang-ulang tanpa tanda-tanda perubahan akan berlaku. Fenomena ini menjadi semakin bahaya khususnya apabila beliau terlalu berani membuat kenyataan peribadi berkenaan dasar penting Parti seperti isu kepimpinan non-muslim yang mencetuskan kontroversi dan terbaru ialah isu hudud pula. 

Pendekatan Dr Dzul kelihatan tidak jauh berbeza dengan UMNO dari sudut matlamat akhir. Kedua pihak ini mengatakan bahawa mereka bukan menolak hudud cuma cuma tidak mahu lagi melaksanakan Islam dengan alasan-alasan tersendiri. Sekalipun alasannya berbeza, tetapi keduanya melahirkan natijah yang sama iatu Islam tidak perlu dilaksanakan ‘lagi’. Walau bagaimanapun, isu adakah hari ini sesuai hudud dilaksanakan dan adakah perlaksanaan hudud dianggap gopoh akan dirungkai dengan jelas dari perspektif fiqh Islam dalam artikel saya yang akan dicoretkan selepas artikel ini, insyaallah.

Pendekatan Dr.Dzul ini bukan pertama kali menimbulkan kekeliruan, bahkan pada akhir 2010 sebagai contoh, apabila Karpal Singh memberikan respon kepada kenyataan TuanGuru Nik Abdul Aziz tentang hudud, tiba-tiba Dr. Dzul bertindak mempertikaikan kewajaran PAS menimbulkan isu tersebut dengan meletakkan perbincangan atau perdebatan isu ini sebagai negatif. Antara yang menggamit saya untuk menongkah arus pemikiran ini apabila YB Salahudin Ayub memberikan respon menyokong terhadap pendekatan Dr. Dzul, menampakkan bahawa seni pemikiran ini mula menular di kalangan pendokong PAS yang tidak mendalami ilmu agama. Fenomena ini dibimbangi akan memandu PAS menyelusuri jalan yang bukan paksinya yang betul, sekalipun matlamatnya betul.

Sama ada sedar atau tidak, pendekatan pemikiran ini sekaligus sebenarnya telah bercanggah dengan pendekatan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden yang bertegas dan terus konsisten dengan dasar ini. Sebagaimana yang disiarkan oleh Harakahdaily, sudut pandangan Tuan Haji Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang menyifatkan Polemik Hudud Perkembangan sihat adalah lebih bertepatan dengan Politik Islam atau SiasahSyariyyah, iaitu melihat polemik ini dari sudut yang positif dengan membuka ruang berbahas berbanding sudut negatif iaitu mengelak dengan pelbagai alasan. Pendekatan Dr. Dzul ini sebenarnya tidak selari dengan Mursyidul Am, Presiden dan jugaTimbalan Presiden, hatta kaedah Politik Islam yang telah diguna pakai oleh PAS sejak sekian lama.

Saya lebih selesa menggelarkan seni politik Dr. Dzul ini sebagai seni “Politik Ular Daun”, iaitu suka berlingkar dan menyesuaikan diri dengan warna sekitar, satu sifat makhluk Allah, guna bagi menyelamatkan diri daripada disedari musuh dan mangsa. Sekalipun ular daun tidak merbahaya, tetapi ia tetap mengganggu.

KEKELIRUAN DISEBABKAN PENDEKATAN DR.DZUL.

Apa yang malang, ada yang menyokong pendekatan ini dengan beralasankan polemik hudud ini dicetuskan oleh UMNO untuk lagakan PAS dan DAP, maka pendekatan politik yang kononnya bijak ialah mengelak daripada membincangkan isu ini, tanpa mengambil kira kekeliruan orang ramai terhadap Islam dan perjuangannya akibat tidak memberikan penjelasan dan penegasan. Pemikiran ini dengan kata lain, memikirkan kehilangan undi khususnya undi non-muslim adalah lebih diutamakan berbanding kekeliruan di kalangan pendokong parti, pencinta Islam serta dakwah dan penerangan kepada non-muslim sendiri.

Sikap dan pendekatan ini dikenali sebagai taqiyyah di dalam Politik Islam, iatu mulut mengungkapkan sesuatu yang tidak sama dengan pegangan dan kepercayaan hati. Dalam kontek ini, hati mahu melaksanakan dan mempertegaskan hudud, tetapi kenyataan diungkapkan sebaliknya.

Taqiyyah yang dinaskan sebagaimanaayat 28 surah Aala-Imran, hanya dibolehkan dalam kes seperti Ammar bin Yaasir yang bersifat defensive (mempertahankan diri) seperti menjaga nyawa. Ibnu Abbas menyatakan tidak memudaratkan orang lain adalah syarat penting ketika bertaqiyyah seperti tidak menimbulkan silap faham terhadap Islam dan menyesatkan orang ramai serta mengelirukan mereka tentang Islam, hakikat dan perjuangannya. Oleh itu, seni politik ini tidak dilakukan oleh para sahabat di dalam banyak peristiwa sebagaimana yang saya akan coretkan nanti di dalam artikel ini.

Para sahabat dan salafus soleh menggunakan uslub lilin yang membakar diri bagi menerangi orang lain dengan cahaya Islam. Jika taqiyyah tidak dibolehkan apabila boleh mengelirukanorang ramai sekalipun dalam bentuk defensive (mempertahankan nyawa), maka lebih utama untuk taqiyyah ini tidak dibolehkan dalam keadaan offensive (iaitu untukmencapai kemenangan) dan menarik pengundi. Ini kerana, defensive menjaga nyawa boleh dianggap darurat yang kadangkala boleh mengharuskan benda yang haram,sedangkan offensive tidak bersifat demikian.

KENAPA IANYA SALAH DAN SATU BIDAAH BESAR DALAM POLITIK ISLAM?

Timbul persoalan di sini, kenapa “politik ular daun” bagi mencapai kemenangan adalah salah dari segi politik Islam dan tidak bertepatan dengan teladan nabi kita Muhammad SAW? Untukmemahami perkara ini secara lebih mendalam, maka kaedah darurat, siasah syariyyah dan lain-lain bab yang berkenaan perlu dihadhamkan. Semua ini bukan sahaja mustahil boleh dicoretkan dalam satu perenggan, hatta juga mustahil untuk memahaminya hanya melalui usrah dengan seorang naqib kerana ianya perlukan kepada pengajian tekun, khususnya pengajian ilmu usul yang tinggi.

Oleh itu, saya rasa cukup untuk kita merenung kedudukan pemikiran ini dengan memahami beberapa peristiwa yang berlaku di zaman nabi SAW.

Antaranya ialah Nabi SAW pernah menolak tawaran sebagai raja yang bersyaratkan toleransi dalam agama ketika di Mekah. Imam Tabari, Ibnu Kathir dan lain-lain menyebut, golongan musyrikin meletakkan prasyarat untuk nabi menerima tawaran itu antaranya ialah tidak mengkritik berhala dan tidak menegur adat-adat mereka yang dianggap salah.

Persoalan fokus ialah kenapa Rasulullah SAW tidak mengguna pakai “Politik Ular Daun”, iaitu menerima dahulu jawatan sebagai raja dan menjadi orang terkaya dan kemudiannya dengan pangkat raja dan harta kekayaan, maka Nabi SAW lebih mudah memahamkan orang ramai tentang Islam? Kenapa Nabi SAW tidak berlunak dengan syarat toleransi agama yang diletakkan oleh musyrikin Mekah bagi tujuan mendapatkan kuasa politik, seterusnya memperkenalkan Islam dengan kuasa?

Jika pendekatan ‘Politik Ular Daun’ adalah betul untuk mendapatkan kuasa, nescaya orang yang paling awal menerima pendekatan ini ialah nabi SAW kerana tanpa kuasa politik di Mekah, risikonya adalah nyawa. Pun begitu, nabi tidak mendapatkankuasa politik dengan pendekatan ‘Politik Ular Daun’. Jika Nabi SAW tidak menerima pendekatan sedemikian rupa sedangkan risikonya adalah nyawa, maka apa alasan Dr. Dzul mengguna pakai pendekatan tersebut sedangkan tiada lansung risiko nyawa sebagaimana di zaman Rasulullah? Bahkan jika Nabi SAW menerima syarat tersebut dan menerima tawaran tanpa mempertegaskan dasar, maka menurut bacaan akal pendek manusia, jalan ke “Putrajaya” Mekah adalah jauh lebih cerah dan jauh lebih dekat berbanding dengan Putrajaya Malaysia dengan menggunakan kaedah "politik ular daun". Tetapi kenapa nabi menolak?

Perlu difahami, apabila Nabi SAW menerima kuasa politik dengan berhelah, orang ramai akan terkeliru tentang hakikat Islam dan seolah-olah toleransi agama adalah harus. Dr Said Ramadhan di dalam Fiqh Sirah ketika mengulas peristiwa ini berkata: “Apa yang boleh digambarkan berlaku dalam peristiwa ini ialah Nabi SAW meredai untuk memerintah dan menjadi raja bersama-sama dengan mereka (musyrikin), dalam masa yang sama Nabi SAW boleh menyembunyikan di dalam hati bahawa raja dan kuasa pemerintahan adalah wasilah merealisasikan dakwah selepas itu (selepas mendapat kuasa).” Seterusnya beliau menyambung: “akan tetapi Nabi SAW tidak meredai tindakan politik seperti ini (menyembunyikan matlamat Islam) sebagai salah satu wasilah dakwah kerana tindakan itu adalah bercanggah dengan prinsip dakwah itu sendiri”.  Seterusnya beliau menyebut, “jika uslub pendekatan itu boleh menjadi kebijaksanaan dan cara politik yang betul, nescaya perbezaan antara benar dan salah akan hilang, nescaya benar dan salah bertemu (dilihat sama) pada titik alasan kebijaksanaan berpolitik”.

Dalam konteks kita, jika golongan yang benar-benar memperjuangkan Islam tidak lagi mempertegaskan Islam dengan alasan untuk menang atau mendapatkan kuasa politik, dan golongan yang batil seperti UMNO yang tidak mempertegaskan Islam juga menggunakan alasan yang sama, maka bagaimana orang ramai boleh membezakan mana yang betul dan mana yang salah? Jika begitu, maka akan tiada lagi beza di antara PAS dan UMNO apabila PAS juga dilihat tidak mementingkan perlaksanaan Islam dengan alasan maslahah politik dan kemenangan. Inilah mafhum yang diulas oleh ulama-ulama ketika mengulas sebab pendirian Rasulullah saw.

Politik Islam ialah politik yang bermatlamatkan dakwah bukan dakwah bermatlamatkan politik. Dasar politik Islam ini mementingkan kedudukan dakwah dan kesedaran orang ramai terhadap Islam seterusnya mempengaruhi tindakan dan keputusan politik mereka, bukan sebaliknya.

Lihatlah tindakan ghulam atau ‘budak’ dalam peristiwa Ashaab Al-ukhdud yang sanggup mati bagi menyedarkan orang ramai. Dalam bahasa hari ini, PAS sanggup kalah politik jika kalah itu lebih menyedarkan orang ramai berbanding menang yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Politik Ular Daun” ialah politik yang mendahulukan kuasa politik dan kemudiannya dakwah. Dengan kata lain, seni “Politik Ular Daun” ialah seni politikyang bermatlamatkan kemenangan sebagai keutamaan dan meletakkan kefahaman orang ramai tentang Islam dan kedudukan dakwah itu sendiri sebagai perkara yang boleh dikemudiankan.

Suka saya tegaskan di sini bahawa, PAS berpegang dengan prinsip “politik bermatlamatkan dakwah, bukan dakwah bermatlamatkan politik”. Saya suka menyambung dan menegaskan ungkapan ulama-ulama di dalam PAS yang menyatakan:“kita sanggup kalah pilihanraya asalkan Islam dan umatnya terjamin, berbanding kita menang tetapi kedudukan Islam tergugat dan umatnya berada dalam keadaan keliru”. Dari segi akidahnya, berpegang dengan prinsip ini bukan bermakna kita akan selamanya kalah kerana kalah dan menang bukan ditentukan oleh strategi kita sebagaimana ayat 26 surah Aala-Imran. Saya berkeyakinan penuh bahawa kita akhirnya akan menang dengan kemenangan sejati dengan melalui jalan Politik Islam yang diajar oleh baginda Rasululah yang diredhai oleh Allah kerana ini telah dijanjikan di dalam Al-Quran dan hadis-hadis rasulullah saw.

SUNNAH INI DIFAHAMI OLEH PARASAHABAT.

Antara dalil yang lebih jelas menunjukkan "Politik Ular Daun" ini salah ialah respon oleh Jaafar bin Abi Talib dan rombongan muhajirin yang mendapatkan perlindungan di Habsyah tentang isu yang ditimbulkan oleh UMNO Mekah di zaman itu untuk melaga-lagakan dan memecah belahkan hubungan antara Muhajirin dan Raja Habsyah yang bernama Najasyi yang memberikan perlindungan politik kepada mereka.

Wakil UMNO ke Habsyah pada masa itu ialah Amru bin Al-Aas dan Abdullah bin Rabiah yang belum lagi memeluk Islam. Amru yang memang terkenal sebagai ahli politik yang licik cuba menghasut Raja Najasyi membenci golongan muhajirin ini, seterusnya menghalau mereka pulang ke Mekah untuk dibuli dan dibunuh. Semua helah wakil UMNO Mekah seperti memburuk-burukkan Nabi SAW dan para sahabat menemui kegagalan.

Akhirnya mereka mendapat satu idea, iaitu satu dasar penting pegangan orang Islam yang  boleh menjadi titik perbezaan fahaman dan titik pertembungan, seterusnya diharapkan oleh wakil UMNO Mekah boleh memecahkan hubungan mereka. Titik perbezaan itu ialah nabi Isa AS menurut Islam adalah Rasul dari kalangan manusia biasa dan bukannya anak tuhan sedangkan Raja Najasyi dan Habsyah yang beragama Kristian menganggap nabi Isa itu adalah anak tuhan, bukannya manusia biasa. Sudah pasti dasar yang dipegang oleh orang Islam ini bertentangan dengan kepercayaan dan pegangan Raja Najasyi dan penduduk Habsyah yang menganut kristian.

Apabila Najasyi diberitahu oleh Amru bahawa ajaran Muhammad yang dianuti oleh muhajirin tersebut mendakwa nabi Isa manusia biasa bukan anak tuhan, beliau telah memanggil para sahabat bagi mendapatkan penjelasan.

Sememangnya para sahabat berada di dua persimpangan, antara bertegas bahawa nabi Isa bukan anak tuhan dan manusia biasa, maka risikonya adalah dihantar pulang dan maut. Atau mereka tidak perlu bertegas dan memilih untuk berhelah, bertangguh, bertarik tali dan berding dong atau dengan lebih tepat "Politik Ular Daun", maka dari segi bacaan politiknya mereka akan selamat. Antara dua persimpangan tersebut, manakah satu yang dipilih oleh para sahabat?

Pilihan yang dibuat oleh Jaafar ialah Politik Dakwah Islam, bukannya Politik Ular Daun. Jaafar bin Abi Talib yang merupakan jurucakap kepada muhajirin tidak teragak-agak menegaskan bahawa Nabi Isa adalah Rasul di kalangan manusia dan bukannya anak tuhan sekalipun ia merisikokan nyawa mereka sendiri. Beliau bukan setakat mendakwa nabi Isa bukan anak tuhan (dalam bahasa hari ini, bertegas bahawa PAS akan laksanakan hudud), bahkan Jaafar menerangkan kepada Raja Najasyi dan pemimpin Habsyah tentang akidah Islam ini.

Mereka tidak hipokrit, berdolak dalik atau minta bincangkan kemudian. Malah tiada seorangpun di kalangan sahabat seramai 33 muhajirin itu menasihatkan kepada Jaafar bin Abi Talib, RajaNajasyi, dan mereka yang berkenaan supaya jangan timbulkan polemik kedudukan nabi Isa dengan alasan ini dicetuskan oleh wakil UMNO Mekah.

Lihatlah bagaimana Jaafar mengambil peluang dakwah daripada polemik yang ditimbulkan musuh dengan bertegas dan menerangkan kepada Najasyi tentang dasar pegangan dan pandangan Islam terhadap kedudukan Nabi Isa, sekalipun ia merisikokan nyawa mereka. Mereka memahami jika berlunak atau mempamerkan keraguan atau tidak bertegas, maka mereka akan mengelirukan Najasyi dan mereka yang ada di sekeliling tentang Islam, sekalipun nyawa mereka selamat. Mereka tetap bertegas sekalipun mereka tahu itu adalah perangkap UMNO Mekah kerana mereka ke situ bukan sahaja sebagai muhajirin, tetapimereka juga sebagai pendakwah. Dengan kata lain, kita bukan sahaja memahami bahawa kita adalah ahli politik, tetapi kita juga perlu memahami bahawa kita juga adalah pendakwah yang misinya memahamkan orang ramai tentang Islam.

Dalam bahasa moden, Raja Habsyah moden iaitu Karpal Singh mempersoalkan tentang kemampuan dan keadilan hudud sebagaimana Raja Najasyi juga pernah mempersoalkan benarkah Nabi Isa bukan anak tuhan, bukanlah sesuatu yang pelik kerana mereka bukan seorang Muslim.Yang mesti dilihat pelik ialah apabila UMNO yang mempertikaikan hudud kerana mereka adalah muslim. Apa yang ditunjukkan oleh Sahabat yang sepatutnya dicontohi oleh Dr. Dzul ialah menyambut polemik itu dengan dialog, penerangan, muzakarah yang telus sekalipun ianya dilihat bertembung di khalayak awam. Itulah sudut positif yang sihat dan terbuka sebagaimana komentar Tuan Haji MatSabu. Kerja UMNO untuk memecah belahkan itu memang tidak boleh dinafikan sebagaimana kerja jahat musyrikin Mekah juga tidak boleh dinafikan. Orang yang jahat memang sudah jahat, maka tak guna menyalahkan orang yang dah sememangnya jahat. Isunya apakah bentuk pendekatan politk dan respon kita terhadap politik orang yang jahat?

Apabila kita memahami politik Islam vs ‘Politik Ular Daun’, maka apakah alasan munasabah Dr Dzul untuk mengelak daripada mempertegaskan dasar Islam seperti perlaksanaan hudud? Adakah masih boleh beralasankan ini strategi UMNO? Atau boleh beralasankan terdesak kerana pengundi-pengundi non-muslim terjejas apabila UMNO dan MCA mereka dengan hudud? Apabila kita memahami politik Islam yang bermatlamatkan dakwah, semua alasan itu adalah karut.

Lihatlah seni Al-Quran berhadapan dengan persoalan-persoalan dan peluru-peluru kekeliruan yang sentiasa dilempar oleh golongan musuh. Sekalipun soalan-soalan dan kritikan dilemparkan, Al-Quran mengambil sikap menerang dengan kebenaran, kadangkala dengan uslub yang lembut memujuk, dan kadangkala dengan uslub yang keras menikam. Yang pasti bukan dengan uslub ‘politik ular daun’. Setiap kali kritikan, komentar dan persoalan bertujuan mengenakan Rasulullah di lontar, maka setiap kali itulah jawapan penerangan daripada Al-Quran menjadi ‘back fire’ semula kepada mereka.

Sebab itu kita dapati banyak ayat Al-Quran dimulakan dengan ‘mereka bertanya’, ‘mereka mendakwa’, mereka menyangka’ dan lain-lain yang akhirnya disusuli dengan ayat menerang, menempelak dengan fakta dan lain-lain uslub Al-Quran. 

MENANG KALAH DISEBALIK PENEGASAN DASAR BUKAN KITA YANG TENTUKAN.

Apa yang paling penting yang perlu diperbetulkan ialah kefahaman bahawa kalau kita bertegas dengan dasar kita, maka kita akan kalah dalam pilihanraya. Non-muslim tidak akan sokong kita apabila kita bertegas kerana mereka takutkan hudud. Keyakinan kita akan kalah kalau bertegas dengan dasar kadangkala bersarang kuat dalam diri mereka yang menganut fahaman ‘Politik Ular Daun’.

Perlu dipertegaskan, bahawa pemahaman ini adalah salah sama sekali dengan akidah perjuangan, di mana kemenangan dan kekalahan itu adalah daripada Allah untuk hamba yang menuruti syarat-syaratnya. Keyakinan bahawa kalau amalkan PolitikIslam (bertegas dan menerang) pasti kita akan kalah, manakala menggunakan“Politik Ular Daun” maka pasti kita akan menang adalah keyakinan yang bercanggah dengan akidah perjuangan.

Akidah perjuangan yang saya ditarbiah hatta sewaktu mengikuti usrah Ikhwan di Mesir dahulu, bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada orang yang memperjuangkan agamanya menurut lunas-lunasnya. Itulah yang saya fahami daripada pengajian yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Lihatlah natijah penegasan Jaafar. Bacaan politik pada awalnya memperlihatkan 99%merekaakan dihalau balik ke Mekah jika mereka bertegas dan kontra dengan pegangannegara Habsyah. Tapi adakah itu benar-benar berlaku? Jawapannya tidak dengan setidak-tidaknya!!! Kerana natijah itu bukan bergantung kepada apa yang difikiran oleh akal tetapi oleh Allah melalui sunnahNya.

Lihatlah natijah penegasan Jaafaryang tidak sama dengan telahan akal manusia yang sempit. Satu natijah yang mereka tidak pernah terfikir, yang mereka tidak pernah merancang, tetapi ia adalah rancangan Allah untuk hambanya yang benar. Iaitu Raya Najasyi tiba-tiba membenarkan dan mengiyakan apa yang diperkatakan oleh para sahabat. Raja Najasyi seterusnya bersumpah untuk terus mempertahankan mereka dan memberikan perlindungan. Akhirnya bukan para muhajirin yang dihalau, tetapi wakil UMNO Mekah iaitu Amru bin Al-As dan Abdullah bin Rabiah yang akhirnya dihalau dari Habsyah.

Raja Najasyi akhirnya memeluk Islam setelah mengetahui hakikat kebenarannya. Itulah kejayaan politik sebenar dan itulah yang saya harapkan berlaku kepada Karpal. Itulah namanya seni politik Islam. Dan itulah yang dinamakan akidah di dalam perjuangan dan politik bermatlamatkan dakwah.

SUNNAH POLITIK DAKWAH DITERUSKANOLEH PARA IMAM.

Imam Ahmad bin Hambal antara yang mengikuti jejak langkah politik bermatlamatkan dakwah. Bagi kepentingan dakwah, mereka terpaksa mengorbankan diri bagi tujuan menerangi orang lain. Pernah berlaku di zaman fitnah, Khalifah yang berpegang dengan fahaman Al-Quran adalah makhluk telah mengarahkan untuk menangkap mereka yang berpegang dengan akidah yang berlawanan dengan mereka. Antara yang ditangkap ialah Imam Ahmad dan beberapa imam yang lain yang terus bertegas menyatakan Al-Quran bukan makhluk. Ramai dikalangan ulama pada masa itu mati dibunuh dan diseksa. Antara yang ditangkap dan diseksa, ialah Imam Ahmad bin Hambal yang telah menyaksikan ramai rakan Ulama seperjuangannya yang telah syahid.

Apa yang menjadi poin di sini ialah, sekumpulan ulama jahat berjumpa dengan beliau di dalam penjara dan menasihatinya supaya mengaku dengan lidah bahawa Al-Quran adalah makhluk dan pendamkan sahaja rasa tidak setuju bagi menyelamatkan nyawa. Mereka memujuk imam ahmad dengan menggula-gulakan bahawa tindakan itu tidak salah kerana bersandarkan ayat 28 surah Aala-Imran. Jika Imam Ahmad sanggup berbuat demikian, mereka akan membela dan mempertahankan Imam Ahmad daripada diseksa.

Imam Ahmad memberikan respon bahawa, jika beliau mengiktiraf dengan mulut perkara yang salah sekalipun hatinya tidak begitu, maka beliau akan selamat tetapi ramai yang akan sesat. Beliau mengungkapkan kata-kata yang masyhur: “apabila orang alim diam kerana taqiyyah,yang  jahil bertambah jahil, maka bilakan kebenaran akan muncul?”.

Dengan ungkapan moden, jika PAS tidak bertegas tentang penerangan dan penegasan dasar perundangan Islam yang menyeluruh kerana mahukan kemenangan, bilakah orang ramai akan mengenal kebenaran Islam? Akibatnya, orang yang jahil akan terus dengan kejahilan, dan golongan zalim terus selesa dengan kezaliman sedang golongan berpolitikkan ‘Politik Ular Daun’ terus berhipokrit.

PENEGASAN PRESIDEN, MURSYIDUL AM DANPANDANGAN TIMBALAN PRESIDEN WAJAR DIHORMATI DAN SEPATUTNYA DISOKONG.

Kenyataan rasmi Mursyidul Am, Presiden PAS yang mengandungi penerangan tentang Hudud sepatutnya disokong dan di sambung penerangannya oleh eksekutif-eksekutif parti seperti Dr. Dzul, bukan menasihatkan supaya semua pihak berdiam. Pandangan Timbalan Presiden, tuan Haji Mat Sabu bahawa polemik ini adalah positif memperkuatkan sokongan terhadap penerangan Mursyidul Am dan Presiden sebelumnya, sekaligus memahamkan supaya semua jentera eksekutif (pelaksana) parti perlu menggerakan respon dalam bentuk penerangan.

Polemik hudud ini yang sekalipun ditimbulkan oleh UMNO, ia boleh dipositifkan dengan membincangkannya secara fakta dan hujah. Ia adalah positif dari perspektif dakwah, sekalipun bacaan akal yang sempit dari perspektif politik adalah negatif untuk kesan politik jangka pendek.

Kita sebenarnya tidak perlu merasa hairan apabila UMNO sentiasa menjadikan isu-isu seperti ini sebagai bahan laga dan bahan kempen menakut-nakutkan non-muslim untuk mereka tidak menyokong DAP yang dilabelkan sebagai bersekongkol dengan PAS dan hudud. Dalam masa yang sama pula, isu ini dijadikan bahan kempen oleh UMNO untuk Melayu bahawa PAS bersekongkol dengan DAP yang anti hudud. Sambutlah polemik ini dengan mengambil peluang memberi penerangan dan penjelasan, kerana isu yang berstatuskan polemik menjadikan setiap orang memasang telinga untuk mengetahui dan mendengar penjelasan, maka isi dakwah itu lebih cepat memasuki hati dan pemikiran mereka.

Sememangnya UMNO secara rasmi tidak pernah menegaskan apakah pendiriannya terhadap Hudud. Media utama yang dikuasai mereka seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak pernah membuat liputan dan interview apatah lagi nak terjah setiap pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO tentang pendirian mereka terhadap hudud. 

Sebagai penutup, saya menyeru kepada semua jentera PAS supaya menjadikan 6 garis panduan Tahaluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama sebagai panduan. Antara yang berkait dengan isu ini ialah Garis Panduan ke 4 yang berbunyi: “tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.” Dengan kata lain, dengan tahaluf siasi, maka kita berpeluang berkomunikasi dengan rakan non-muslim di dalam Pakatan Rakyat. Maka gunakan ruang komunikasi itu untuk menerangkan Islam yang menjadi dasar kepada PAS. Bukannya mengambil pendekatan takut menyatakan dasar Islam apabila bersama-sama dengan rakan Pakatan di kalangan non-muslim. Kita perlu memahamkan mereka tentang Islam dan akhirnya terpulang kepada mereka membuat keputusan selepas mereka memahaminya. Masalah kita sebelum ini, jambatan komunikasi antara kita dan non-muslim tidak wujud bahkan disekat dan ditakut-takutkan oleh UMNO atau BN  dan jentera-jenteranya. Maka tahaluf adalah jambatan yang terbaik untuk tujuan tersebut.

Saya meminta maaf kepada semua pihak terutamanya Yang Berhormat Dr. Dzulkifli Ahmad dan juga Yang Berhormat Salahudin Ayub jika tulisan ini mengguris. Saya terpaksa mengambil pendekatan ini kerana pendirian politik beliau sudah mengundang kekeliruan terhadap PAS oleh bukan sahaja di kalangan awam, tetapi di peringkat pendokong PAS itu sendiri.

ZAHARUDIN MUHAMMAD