Pages

Tuesday, October 23, 2012

BN patut singkir parti yang biadap pada Islam - DPP PAS PUSAT



  • Riduan Mohd Nor
  • 9:00PM Okt 18 2012
Pemuda PAS menggesa pemimpin Umno, NGO Islam serta seluruh umat Islam di negara ini mempertimbangkan kembali sokongan mereka terhadap Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Ini berikutan kenyataan terkini daripada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam media hari ini yang mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Sunday, October 21, 2012

10 Sebab UMNO Perlu Keluar BN

Nasrudin Hassan, 21 Okt 2012
1.     Semakin jelas “MCA anti Islam”. MCA terlalu prejudis terhadap Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.

2.     Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

3.     Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan “sebantal” dalam menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini.

4.     UMNO terpaksa “menutup mata” dan “menyumbat mulut” terhadap apa jua kenyataan dan tindakan MCA demi mencari sepangkah dua undi dari non muslim yang rata – rata pada hari ini telah menolak Barisan Nasional yang penuh dengan kurap dan kudis rasuah.

5.     Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie pula secara terbuka memfitnah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS sekaligus mempersendakan hukum Allah apabila beliau menyebut :

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?"

6.     Saya mendesak supaya Heng meminta maaf di atas keceluparan dan kebiadabannya terhadap Islam dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tuduhan yang tidak masuk aqal dan berniat jahat.

7.     UMNO dan MCA sangat terdesak berdepan scenario iklim politik mutaakhir yang menyaksikan peralihan undi ketara kalangan non muslim dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa mengamalkan “politik biawak” apabila bercabang lidah dalam kempen mereka.


8.     Berdepan pengundi melayu, mereka berkempen supaya jangan sokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan kuasa politik dan ekonomi akan jatuh ke tangan non muslim. DAP akan jadi Perdana Menteri dan sebagainya.

9.     Lidah yang sama terus bercabang apabila mereka berkempen pula di kawasan pengundi non muslim supaya jangan menyokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan hukum hudud terlaksana di Malaysia. Sokong PR ertinya sokong DAP. Sokong DAP ertinya sokong hudud. Begitulah nada dan bahasa kempen mereka.

10.  Kini MCA melahirkan pula keraguan mereka kepada UMNO. Selayaknya mereka berpisah apabila “bersekedudukan” tanpa mempercayai antara satu sama lain. Selayaknya UMNO keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat kepercayaan daripada MCA. Orang melayu sewajarnya membuka mata melihat apa yang berlaku hari ini untuk mreka membuat pilihan yang tepat.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
..
--> --> -->

Piala Malaysia: Presiden PAS ucap tahniah

Salmiyah Harun,
21 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan di atas kejayaan menjadi juara Piala Malaysia malam tadi.


“Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin ke arah meningkatkan prestasi bola sepak negara ke peringkat antabangsa di masa akan datang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

TRW JUARA PIALA MALAYSIA


Pemain pasukan Kelantan meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan ATM 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
SHAH ALAM - Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam babak akhir, semalam.

Thursday, October 18, 2012

Himax5 Alkaline Juice

Jus Alkaline yg mampu merawat pelbagai masalah, antaranya resdung yg paling byk testimoni yg berjaya..
2.Hasil daripada testimoni semalam seorang pelajar yg sering mengantuk semasa dalam kelas, hari ini beliau memberi tahu, berasa segar semasa proses pembelajaran dan mudah memahami ap yg dibelajar..
3.Allahuakbar!..lps Isyak td mnjalani terapi resdung mggunakn HIMAX5 Juice bsama Zhuan.kluar sgala mslh resdung shingga mngalami muntah kahak slma 1/2 jam..hasilnya adalah anugerah Yg Maha Mencipta..
#perit sketika,lega slps slesai..
4.Alhamdulillah Himax5 ternyata penawar serbaguna. Boleh juga menghilangkan JERAWAT dan BINTIK-BINTIK HITAM di muka anda dengan cara mencampurkannya dengan air bersih dan dimasukkan ke dalam botol spray yang kecil. Spray ke muka anda. Insya Allah mujarab. Boleh juga dispray ke tubuh badan bayi yang baru dilahirkan bagi mengelakkan terkena PENYAKIT KUNING
5. testimoni y simple.. masa selsema n bersin y sangat teruk,sapu kn setitik himax5 pada hidung. alhamdulillah x sampai seminit,dah x bersin dah.. tq Eyefa Eyefi sbb bawa himax5 bersama..
6. En adnan telah lama menderita sakit ghout. Buku lali kanan dan blkg pelipatan kiri terasa sangat sakit. Sewaktu program rawat sihat di jertih beliau telah menyapu pati himax5 ke bhgn tersebut dan minum sebotol air penawar himax5. Dlm masa 15minit beliau terasa sakit tadi berkurangan. Alhamdulillah.
Lagi testimoni : http://www.facebook.com/groups/349937348432465/

Tuesday, October 16, 2012

Lemah: Jambatan Sultan Yahya Petra 2 lambat siap

KUALA LUMPUR: Projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan lambat siap ekoran banyak kelemahan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Antara kelemahan itu termasuklah pelantikan kontraktor yang tidak berpengalaman, serta masalah reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa sehingga dua tahun untuk diselesaikan.

Selain itu, kelewatan membina jambatan sementara menyebabkan kerja-kerja dalam sungai tidak dapat dijalankan mengikut jadual

Faktor faktor itu telah menjadi antara punca kelewatan penyiapan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan walaupun empat Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 diluluskan.

Kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan juga menyebabkan kenaikan kos projek kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta.

Peningkatan nilai kontrak ini juga menurut laporan itu, mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan.

Projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan dimulakan 18 Jun 2007.

Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. - RIS Capital Sdn. Bhd. telah dilantik secara rundingan terus untuk melaksanakan projek ini.

Ia sepatutnya dijadual siap Disember 2009 tetapi gagal dan diserahkan hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd pada Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makthar Mustapha dilaporkan berkata, jambatan itu dijangka boleh digunakan sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.

Buat permulaan jambatan baru itu hanya membenarkan kenderaan melalui satu daripada empat lorongnya iaitu bagi laluan Kota Bharu ke Pasir Pekan.
Menurutnya, laluan kedua-dua jalan dijangka boleh digunakan sepenuhnya Julai tahun depan.//hdaily

Adun cadang sidang khas batal perjanjian Petronas

Aslani M,
16 Okt 2012

KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini menimbulkan persoalan baru apakah kewajaran tindakan Menteri Besar, Datuk Muhamad Nasir pada 1975 menandatangai perjanjian dengan Petronas tanpa mendapat mandat Dun.

Monday, October 15, 2012

Selesai Segera Isu Royalti

8 Ogos, SHAH ALAM - Tengku Razaleigh Hamzah berharap isu tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan akan diselesaikan segera kerana ia bukan rumit dan tidak melibatkan Kerajaan Pusat.
Bekas Pengerusi Petronas berkata, isu berkenaan timbul hanya kerana Petronas tidak menunaikan hak Kerajan Negeri Kelantan seperti yang termaktub dalam perjanjian semasa Kelantan menyerahkan sepenuhnya hak milik Petroleum kepada syarikat minyak negara itu.
Beliau beberapa kali menekankan bahawa isu royalti lima peratus itu adalah antara Kerajaan Negeri dan Petronas.
"Jadi sekarang Petronas yang bertanggungjawab menyelesai perkara ini dengan kerajaan negeri, jadi tak berbangkit lagi soal pertikaian antara sesiapa pun cuma kelemahan Petronas kerana tidak membayar kepada kerajaan negeri," katanya dalam temu bual dengan Astro Awani hari ini.
Bekas Menteri Kewangan ini mengulas penubuhan Jawatankuasa Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur yang diumumkan Perdana Menteri, Sabtu lalu.
Jawatankuasa itu akan dianggotai wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan masing-masing. Ia akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
Tengku Razaleigh juga berharap semua pihak yang terlibat dalam jawatankuasa itu dapat mencari penyelesaian yang terbaik demi kepentingan rakyat.
"Saya harap dengan ikhlaslah cuba selesaikan tuntutan rakyat ini kerana ini adalah hak dan milik mereka jadi kalau kita berlengah-lengah susahlah semua pihak dan saya percaya kerajaan mahu jawatnkuasa khas ini bekerja bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan perkara ini.
"Bagi saya kerjanya mudah sangat, rujuk balik kepada akta dan perjanjian itu saya rasa selesailah," katanya.
Beliau juga menyatakan kesediaan menawarkan khidmat nasihat sekiranya diminta oleh jawatankuasa berkenaan.
Tengku Razaleigh adalah Pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian tersebut dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1975.
Dalam wawancara dengan Astro Awani baru-baru ini, beliau mahu kerajaan BN menyelesaikan isu royalti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam pada itu, Tengku Razaleigh membidas sikap pihak tertentu yang  didakwa suka berdolak dalih dalam itu royalti minyak Negeri Kelantan.
Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam Facebooknya kelmarin mempersoalkan “Mengapa kita masih suka berdolak-dalik dalam perkara yang begitu jelas seperti yang termaktub dalam akta dan perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui?”
Beliau menghubungkan komen tersebut kepada muka hadapan Akta 144 - Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang menyatakan dengan jelas kedudukan royalti minyak untuk Kelantan dan lain-lain negeri.
Najib telah menghantar surat kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menghantar nama wakil kerajaan negeri untuk menyertai jawatankuasa tersebut.

Sumber : Sinar Harian
Wartawan Sinar Harian
link: http://www.sinarharian.com.my/nasional/ku-li-selesai-segera-isu-royalti-1.74721


sinar harian

Sunday, October 14, 2012

HIMAX5 ALKALINE JUICE

Penawar Penyakit berasaskan Air Zam-Zam, Bahan Terpilih dan DOA untuk menjadi minuman bermineral dan alkali tinggi - HOTLINE - 0194240314

PENAWAR SEMULAJADI PENYAKIT MODEN BERASASKAN AIR ZAM-ZAM DAN TERAPI AL-QURAN DAN DOA.
KANDUNGAN
1. ZAM-ZAM - MAKSUD HADIS:
Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air ZAM-ZAM, terdapat padanya makanan yang mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit”.
– H.R Ibnu Hibban dan At-Tabrani.
“Air ZAM-ZAM (berkhasiat) menurut niat (tujuan)
ia diminum”.
– H.R Ibnu Majah al Baihaki
KASIAT: ‘AFIYYAH (YANG MENYIHATKAN)
‘ASHIMAH (PELINDUNG, PEMBEBAS)
‘AUNNAH(PERTOLONGAN)
‘BARAKAH(KEBERKATAN)
BARRAH(KEBAIKAN)
BUSYRA(BERITA GEMBIRA)
GHIYATH(CURAHAN PERTOLONGAN)
SYABBA’AH AL-’IYAL(YANG MENGENYANGKAN KELUARGA)
SYARABUL ABRAR(MINUMAN ORANG-ORANG BAIK)
SYIFA’U SUQMIN(UBAT PENYAKIT)
THA’AMU THU’MIN(MAKANAN YANG MENGENYANGKAN)
THA’AMUL ABRAR(MAKANAN ORANG-ORANG BAIK) 


KKASIAT
nLetih dan mengantuk
nMemudahkan pembuangan air kecil dan besar
nJerawat dan resdung
nRambut gugur
nSakit kepala atau migrain
nAngin
nMembuang toksin dalam badan
nMelancarkan perjalanan darah
nMelapangkan saluran pernafasan
nPenyakit kulit, alahan atau kulat
nTekanan darah tinggi / rendah
nKencing manis
nSendi / gout / lenguh badan
nMenghilangkan bau badan dan kaki
nMeningkatkan kecerdasan otak
nMeningkatkan kecerdasan badan
nInsyaAllah...Amin..

Hanya 5 titis Himax5 ke dalam segelas air menaikkan pH hingga pH9 dan membekalkan ionik mineral secukupnya.


Rangsangan alkali pH9 berionik mineral boleh mengurangkan keasidan dan berterusan menggunakannya akan meredakan kesan negative yang terhasil dari keasidan yang telah lama terkumpul.



Kesihatan anda akan berbalik kepada normal, InsyaAllah.








--> --> -->

Thursday, October 11, 2012

Kes Mat Sabu lwn Utusan: Saksi utusan di'gril'

PULAU PINANG: Perbicaraan kes fitnah yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu ke atas Utusan Malaysia mendedahkan banyak perkara baru yang boleh dilihat dakwaan pihak penjajah British bahawa Mat Indera adalah seorang komunis adalah sangat-sangat diragui.

(Dr Karl Hack yang dibawa Utusan untuk mempertahankan dakwaannya)

Pada perbicaraan yang berlangsung pada hari isnin dan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pihak Utusan nampaknya bersungguh untuk mempertahankan dakwaan dan tuduhan bahawa Mat Indera adalah seorang komunis.

Mereka memanggil seorang ahli sejarah kelulusan Universiti Oxford, Dr.Karl Hack untuk membantu dakwaan itu.

Dalam keterangannya saksi orang Inggeris tersebut mendakwa berdasarkan rujukan beliau dari keterangan Mat Indera yang diberikan kepada polis British pada tahun 1950, beliau berpendapat Mat indera adalah seorang komunis.

Perbicaraan tersebut menjadi panas apabila peguam Mat Sabu, Hanipa Maidin mempertikaikan pendapat Dr Hack.

Ketika menyoal balas saksi tersebut, Hanipa mempersoalkan bahawa bukan di dalam tugas dan skop bidang beliau untuk menentukan ideologi seseorang termasuk Mat Indera, namun saksi menolak saranan Hanipa tersebut.

Hanipa menyatakan "Dr Karl Max (maaf saya maksudkan Dr Karl Hack), saya katakan bahawa bagi menentukan sama ada seseorang seperti Mat Indera sebagai komunis atau tidak, tidak cukup untuk anda sekadar memahami ideologi komunis, anda juga perlu tahu tentang Islam khususnya ajaran islam tentang sikap orang Islam terhadap penjahan?"

Saksi menjawab "bagi saya tidak perlu".

Hanipa menyatakan hanya kerana Mat Indera bersama Partai Komunis Malaya, tidak semestinya beliau adalah seorang komunis kerana pada masa itu tahun 1950 semua pertubuhan selain Umno telah diharamkan.

(Hanipa mengiringi Mohamad Sabu)

Hanipa bertanya "setuju pada masa itu semua organisasi yang melawan British telah diharamkan kecuali Umno?"

Saksi bersetuju.

Hanipa menyoal "Setuju dengan saya Mat Indera hanya menggunakan platform PKM untuk memerangi British kerana pada masa itu pertubuhan-pertubuhan lain kecuali Umno diharamkan British.

"Adakah anda tahu dalam Islam adalah wajib bagi orang Islam melawan penjajah dan bagi tujuan itu mereka dibenarkan bersama-sama dengan mana-mana pihak yang lain termasuk dengan pihak bukan Islam yang juga mempunyai tujuan yang sama?"

Dr Hack menjawab "Mengapa beliau (Mat Indera) tidak guna cara lain, Mat Indera menyokong revolusi dan istilah revolusi adalah istilah komunis."

Hanipa lantas bertanya "Bagaimana pula revolusi Iran, adakah ia juga komunis?"

Hakim Datuk Seri Zakarian Sam juga bertanya saksi "bagaimana pula revolusi Perancis?
Saksi akhirnya mengakui dia tersilap.

Peguam Utusan Datuk Hafarizam Haron pula membantah tindakan Hanipa mempersoalkan krebiliti laporan Dr Hack dan menyatakan jika Hanipa ingin menyatakan bahawa Mat Indera adalah bukan komunis kerana menentang penjajah beliau perlu panggil saksi pakar dia iaitu ulama Islam bagi memberikan pendapat tentang hukum menentang penjajah.

Hanipa menjawab "Yang Arif, kita tidak perlu panggil ulama untuk beritahu perkara yang jelas, orang Islam perlu tahu mementang penjajah yang datang menjajah negara kita adalah satu jihad yang wajib.
"Maka tidak perlu panggil ulama untuk perkara itu."

Saksi juga mengakui bahawa beliau tidak mengambil maklumat tentang bagaimana kenyataan Mat Indera kepada pihak Polis British diambil dan samada ada unsur ancaman, ugutan dan pujukan.

Beliau juga bersetuju beliau juga tidak merujuk kepada pendapat pakar sejarah yang lain yang mengatakan Mat Indera adalah bukan seorang komunis.

--> --> -->

Monday, October 8, 2012

Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz

29 Sept 2012 - KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka.

Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.

Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.

Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.

Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.

Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.

“Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah. Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.

“Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni,” ujarnya ceria.

Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya.//hrkh
--> --> -->

Sunday, October 7, 2012

Himax5 Dari kelate perlukan pengedar

“Produk Himax5 mampu menangani masalah asid di dalam tubuh badan kerana ia mengandungi molekul air kecil dan bersifat alkali serta menguraikan sisa asid terkumpul dalam tubuh menerusi sistem pencernaan, perpeluhan dan pernafasan : https://www.facebook.com/himax5alkaline- tanya SMS 013 929 9944


Syarikat pengeluar produk berasaskan air Zam-Zam, Drk Network
menerusi jenama Himax 5 optimis capai jualan 50,000 kotak dalam tempoh enam bulan, sekali gus melengkapkan 100,000 kotak jualan keseluruhan sepanjang 2012.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khairul Amizi Husin, berkata, jualan Himax 5 mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna sekitar Kelantan dengan jualan mencecah 7,000 kotak dalam tempoh dua bulan.
“Selain Kelantan, jenama ini juga boleh diperoleh di Selangor dan Sabah menerusi pengedar sah.
“Kami juga menerima permintaan yang banyak daripada pelanggan seluruh negara. Bagi meluaskan pasaran ke seluruh negara, kami mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat menjadi pengedar dengan menghubungi kami,” katanya yang memperkenalkan jenama Himax 5 sejak Disember tahun lalu.
Menurutnya, jenama itu juga kini dalam proses menerokai pasaran peringkat antarabangsa yang didahului dengan Indonesia pada suku ketiga 2012.
“Berikutan sambutan itu, kami akan menambah baik kualiti jenama dari segi pembungkusan dan penjenamaan.
“Dalam masa sama, kami juga dalam proses membina kilang baru di Kota Bharu,” katanya.

 
--> --> -->

Wednesday, October 3, 2012

Lanaform - Foot Reflex


Hanya RM140.00 termasuk kos pos. Berminat Tel: 013 929 9944

Urutan kaki secara mudah...


Sebelum menjalani pembedahan tempoh hari…saya menderita sakit belakang yang kronik & lenguh kaki yang melampau. 
Sakit yang teruk itu mostly berlaku di bahagian pinggang, kesan dari saraf di antara lumber 4 & 5 yang sudah tersepit. Apa yang saya dapati, kesakitan itu boleh dilegakan dengan melakukan urutan di tapak kaki, sebelum ini saya tidak mempunyai gambarajah yang sesuai untuk di ‘attach’ kan di sini bagi tujuan menjelaskan bahagian manakah yang perlu diberi perhatian. Sila rujuk gambar di bawah:-
Boleh sahaja amalkan urut refleksi sendiri di rumah, minta bantuan pembantu rumah, adik, ibu or suami(jika dia sudi)…untuk urutkan di kawasan tapak kaki. Tumpukan di 4 bahagian yang ditandakan seperti di atas dan lakukan di kedua-dua belah kaki selama 5 minit atau lebih, insyaAllah kesakitan & kelenguhan itu dapat dikurangkan.
Adalah lebih baik jika urutan itu dilakukan dalam keadaan kaki kita lurus, agar perjalanan darah lancar tanpa sebarang sekatan. Keadaan kaki yang membengkok kadangkala menyebabkan urutan sebegini tidak memberi faedah yang optimum dalam hal mengurangkan kesakitan. Selain itu, ia juga boleh diamalkan oleh orang biasa yang sering menderita sakit2 badan.
Saya sudah hampir terlupa tentang benefit urut tapak kaki ini untuk pesakit scoliosis kerana sudah tidak perlu melakukannya lagi kini. Apapun, saya berterima kasih kepada salah seorang blog visitor yang bertanya soalan tersebut. Semoga ia dapat dimanfaatkan oleh ramai lagi di luar sana.


--> --> -->

Labu Sayong Kuala Kangsar

Dapatkan secara online: 0194628029

Mengenali labu sayong Kuala Kangsar

Antara bengkel labu sayong yang terdapat di Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak,


MENDAPAT jolokan sebagai Bandar Diraja, Kuala Kangsar sememangnya menjadi lokasi tumpuan ramai pada setiap hujung minggu serta cuti umum. Kaya dengan nilai sejarah serta monumen-monumen indah, tidak hairanlah bandar itu diangkat sebagai antara lokasi penting dalam pembangunan industri pelancongan di Perak.
Antara keunikan bandar itu yang menjadi tumpuan ialah Masjid Ubudiah, Muzium Diraja Kuala Kangsar, Sungai Perak serta cendol dan laksa Kuala Kangsar yang digilai ramai.
Sesudah menikmati keindahan bandar dan kelazatan hidangan itu, pastinya seakan tidak lengkap sekiranya tiada barangan yang dibawa pulang untuk dijadikan kenang-kenangan.
Tentu sekali, barangan paling ideal untuk mengimbau kembali kenangan manis di bandar berkeluasan kira-kira 205 kilometer persegi itu adalah labu sayong yang sememangnya sinonim dengan Kuala Kangsar.
Ini kerana, seni pembuatan zaman-berzaman itu sehingga kini masih kekal menjadi warisan yang dibanggakan penduduk Kuala Kangsar. Apatah lagi, ia mempunyai kelebihan tersembunyi yang cukup unik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_02.htm#ixzz28D2MKf9x 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

--> --> -->

5 bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j

5 bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j
  • Aidila Razak
  • 6:24PM Okt 2 2012
 
Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.

Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.
Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.

NONEMahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua 
Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.

Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.
Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali sebagai Tian Chua (atas)./mkini
--> --> -->