Pages

Tuesday, April 23, 2013

umno tak boleh tidur dibuatnya

http://bloglist-malaysia.blogspot.com,23 Apr 2013

























Sunday, April 21, 2013

Pertindihan calon, PAS mesyuarat Isnin ini

20 Apr 2013 KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi  membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat tempoh penamaan calon hari ini. Perkara itu dimaklumkan Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof (gambar) dalam satu kenyataan petang ini. Antara kerusi yang berlaku pertembungantersebut adalah Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Panti. "Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini," katanya.

Friday, April 19, 2013

DAP putuskan guna logo PAS dalam PRU



Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

pakatan convention 191209 karpal with nik azizKarpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS.

Thursday, April 18, 2013

CALON-CALON PAS SELANGOR

CALON-CALON PAS SELANGOR

D - Sabak : Ustaz Salehin Mukhyi
D - Sg Air Tawar : Abdul Wahid bin Rais

P - Sg Besar : Hj Mohd Salleh bin Husin

D - Sg Burung : Mohd Judi bin Sarjo
D - Sg Panjang : Fadzlin bin Taslimin


P - Tg Karang : Drs Mohd Rashdi b Deraman
P - Kuala Selangor : Dr Zulkifli bin Ahmad


D - Jeram : Abdul Rashid bin Mohd Kassim
D - Hulu Bernam : Muhammad bin Idris
D - Meru : Dr Abdul Rani bin Osman
D - Selat Kelang : Dr Halimah bte Ali
D - Sijangkang : Dr Ahmad Yunus bin Khairi
D - Morib : Hasnol b Baharuddin


P - Sepang : Mohd. Hanipa bin Maidin


D - Tg Sepat : Ir Haslin bin Hasan
D - Bangi : Shafie bin Ngah
D - Seri Serdang : Norhanim bte Ismail


P - Hulu Langat : Dr Rosli Che Mat


D - Dusun Tua : Haji Ghazali blin Hasan
D - Chempaka : Iskandar bin Abdul Samad
D - Lembah Jaya : Khasim b Abdul Aziz
D - Hulu Kelang : Saari bin Sungib
D - Gombak Setia : Hasbullah bin
D - Tmn Templer : Zaidi bin Talib
D - Paya Jaras : Khairuddin bin Othman


P - Shah Alam : Khalid bin Abdul Samad
P - Kota Raja : Dr Mariah bte Mahmud

calon-calon PAS bagi negeri Perak.


PRU13: PAS Perak umum senarai penuh calon

Muhammad Faeez Azahar,18 Apr 2013
IPOH: PAS Perak hari ini mengumumkan kesemua nama calon mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu bagi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 7 kerusi parlimen.

Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya PAS Negeri, Ust. Abu Bakar Hussain pada program di hadapan pejabat PKR Perak malam ini.

Berikut adalah senarai penuh calon-calon PAS bagi negeri Perak.

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

DUN N05 SELAMA
Ust. Mohd Akmal bin Kamaruddin
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS
Guru)


DUN N06 KUBU GAJAH
Mohd Nazri bin Din
Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Perak / Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut
Ahli Perniagaan

DUN N08 TITI SERONG
Ust. Abu Bakar bin Hussain
Pesuruhjaya PAS Perak
Pesara Guru

DUN N11 GUNUNG SEMANGGOL
Ust. Mohd. Zawawi bin Abu Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
Guru

DUN N12 SELINSING
Haji Husin bin Din
Timb. YDP PAS Kawasan Bagan Serai
Adun Selinsing

DUN N14 CHANGKAT JERING
Dato Seri Ir. Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin
AJK PAS Pusat/Timb. Pesuruhjaya PAS Perak/ YDP PAS  Kawasan Kampar
Adun Pasir Panjang/Ahli Parlimen Bkt Gantang


DUN N15 TRONG
Ust. Norazli bin Musa
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak / YDP PAS Kawasan Ipoh Barat
Aktivis Parti Sepenuh Masa

DUN N16 KAMUNTING
Ust. Mohamad Fakhrudin b. Hj Abdul Aziz
YDP PAS Kawasan Taiping
Ahli Perniagaan


DUN N19 CHENDEROH
Dr.(H) Mohamad Azalan b. Mohamad Radzi
Naib YDP PAS Kawasan Padang Rengas
Doktor Homeopathy

DUN N20 LUBUK MERBAU
Haji Mohd Zainudin bin Mohd Yusof
AJK Badan Perhubungan PAS Perak
Adun Lubuk Merbau

DUN N21 LINTANG
Mej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin Othman
Setiausaha PAS Kawasan Sg. Siput (U)
Jurutera Perunding

DUN N23 MANJOI
Haji Asmuni bin Awi
Pengarah Pilihanraya PAS Perak
Peguam

DUN N35 MANONG
Haji Jamil Bin Haji Dzulkarnain
AJK PAS Kawasan Kuala Kangsar
Pesara Bank

DUN N36 PENGKALAN BHARU
Dr. Khairuddin bin Abdul Malik
YDP PAS Kawasan Tambun
Doktor Perubatan

DUN N38 BELANJA
Dr. Najihatussalehah binti Haji Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
Doktor Perubatan

DUN N43 SUNGAI RAPAT
Radzi bin Zainon
Timb. YDP PAS Kawasan Gopeng
Ahli Perniagaan

DUN N47 AIR KUNING
Dr. Ahmad Razi bin Othman
AJK PAS Kawasan Tapah
Doktor Perubatan


DUN N49 KAMPUNG GAJAH
Ishak bin Saari
AJK PAS Kawasan Pasir Salak
Usahawan

DUN N51 PASIR PANJANG
Puan Rohawati binti Abidin
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut
Ahli Perniagaan

DUN N53 RUNGKUP
Ust. Mohd Misbahulmunir bin Hj Masduki
Timb. Pesuruhjaya PAS Perak / YDP PAS Kawasan Bagan Datoh
Aktivis Parti Sepenuh Masa

DUN N56 CHANGKAT JONG
Haji Mohd Anuar bin Sudin
Bendahari PAS Kawasan Teluk Intan
ADUN Changkat Jong

DUN N58 SLIM
Haji Aminuddin bin Zulkipli
YDP PAS Kawasan Tanjung Malim
Peguam

Bagi kawasan Parlimen

PARLIMEN P54 GERIK
Norhayati binti Kassim
Ketua DMP Kawasan Gerik
Ahli Perniagaan


PARLIMEN P55 LENGGONG
Haji Razman bin Zakaria
Timb. Pesuruhjaya PAS Perak / YDP PAS Lenggong
Ahli Perniagaan


PARLIMEN P56 LARUT
Dato’ Fauzi bin Shaari
Bekas Pengarah JSJ PDRM


PARLIMEN P57 PARIT BUNTAR
Dr. Mujahid bin Yusof
AJK PAS Pusat / Timb. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Ahli Parlimen Parit Buntar


PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG
Ust. Idris bin Haji Ahmad
AJK PAS Pusat
Ahli Politik & Guru Agama


PARLIMEN P67 KUALA KANGSAR
Drs. Khalil Idham Lim bin Abdullah
AJK Badan Perhubungan PAS Perak
Adun Titi Serong


PARLIMEN P69 PARIT
Ust. Muhammad Ismi bin Mat Taib
YDP PAS Kawasan Parit
Ahli Perniagaan

Senarai Calon-calon PAS Terengganu

MARANG: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan senarai calon PAS yang akan bertanding di Dun dan parlimen di negeri ini pada PRU13 nanti.

Presiden PAS itu turut dicalonkan semula untuk mempertahankan Parlimen Marang dan Dun Rhu Rendang.

Pengumuman itu dibuat pada satu majlis yang diadakan di Dewan Tok Guru, pekarangan Masjid Rusila malam ini.

Berikut ialah senarai calon PAS bagi kerusi Parlimen dan Dun di Terengganu pada PRU13.


P.033 Besut : Riduan Mohd Nor
N.001 Kuala Besut : Nafisah Ismail
N.002 Kota Putera : Adam Said
N.003 Jerteh : Wan Azhar Wan Ahmad
N.004 Hulu Besut : Solahuddin Jaafar

P.034 Setiu : Omar Sidek
N.005 Jabi : Azman Ibrahim
N.007 Langkap : Hassan Karim
N.008 Batu Rakit : Che Ghani Che Ambak

P.035 Kuala Nerus : Mohd Khairuddin Aman Razali
N.009 Tepuh : Hishamuddin Abd Karim
N.010 Teluk Pasu : Ridwan Hashim
N.011 Seberang Takir : Zakaria Dagang
N.012 Bukit Tunggal : Alias Razak

P.036 Kuala Terengganu : Raja Kamarul Baharin
N.013 Wakaf Mempelam : Mohd Abd Wahid Endut
N.015 Ladang : Tengku Hassan Tengku Omar
N.016 Batu Buruk : Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

P.037 Marang : Tuan Guru Abdul Hadi Awang
N.017 Alur Limbat : Ariffin Deraman
N.018 Bukit Payung : Mohd Nor Hamzah
N.019 Rhu Rendang : Tuan Guru Abdul Hadi Awang
N.020 Pengkalan Berangan : Sulaiman Sulong

P.038 Hulu Terengganu : Kamaruzaman Abdullah
N.022 Manir : Helmi Harun
N.023 Kuala Berang : Muhyiddin Abd Rashid
N.024 Ajil : Mohd Razki Alias

P.039 Dungun : Wan Hassan Wan Ramli
N.025 Bukit Besi : Roslan Ismail
N.026 Rantau Abang : Alias Harun
N.027 Sura : Wan Afandi Wan Nik
N.028 Paka : Satipul Bahri Mamat

N.029 Kemasik : Alias Abdul Hamid
N.030 Kijal : Hazri Jusoh
N.031 Chukai : Hanafiah Mat
N.032 Air Putih : Abd Razak


Senarai calon PKR di DUN Terengganu yang diumumkan oleh Dato' Seri Wan Azizah pada 17/4/2013 :

1 - Dun Bandar : En Azan Ismail
2 - DunTelemong : En Narawi Embong
3 - Permaisuri : En Wan Mokhtar

Pakat Sokong PAS, Pakat Sokong PKR
Pakat Undi PAS, Pakat Undi PKR

"Ke arah Negara Berkebajikan, Pakatan Harapan Rakyat"



Terengganu Kini

Siaran Langsung - Pengumuman Calon PR Terengganu

//

Calun PR Kedah


PAS Kedah Kekal Dominasi 24 Kerusi DUN
ALOR SETAR: PAS Kedah mengekalkan status quo apabila mengumumkan seramai 24 calon bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan mengekalkan kedudukannya di kerusi DUN Sungai Limau.
Sementara itu sekutu mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) diperuntukan 10 kerusi pada pilihan raya kali ini.
SENARAI PENUH CALON PAKATAN RAKYAT KEDAH

P004 Langkawi - Ahmad Abdullah (PKR)
N01 Ayer Hangat - Zubir Ahmad (PAS)
N02 Kuah - Datuk Ahmad Kassim (PKR)

P005 Jerlun - Dr Ismail Salleh (PAS)
N03 Kota Siputeh - Ismail Wan Teh (PAS)
N04 Ayer Hitam - Abdul Ghani Ahmad (PAS)

P006 Kubang Pasu - Mohd Jamal Nasir (PAS)
N05 Bukit Kayu Hitam - Nasrul Omar Che Mansor (PKR)
N06 Jitra - Dr Rohani Abd Mutalib (PAS)

P007 Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS)
N07 Kuala Nerang - Syed Ibrahim Syed Omar (PAS)
N08 Pedu - Ir Zamri Jusoh (PKR)

P008 Pokok Sena - Datuk Mahfuz Omar (PAS)
N09 Bukit Lada - Ahmad Izzat Mohamad Shauki (PAS)
N10 Bukit Pinang - Wan Romani Wan Salim (PAS)
N11 Derga - (DAP)

P009 Alor Setar - Gooi Hsiao Leung (PKR)
N12 Bakar Bata - Mohd Ikmal Ahmad (PKR)
N13 Kota Darul Aman - (DAP)
N14 Alor Mengkudu - Ahmad Yahaya (PAS)

P010 Kuala Kedah - Dr Azman (PKR)
N15 Anak Bukit - Datuk Amiruddin Hamzah (PAS)
N16 Kubang Rotan - Mohd Nasir Mustafa (PAS)
N17 Pengkalan Kundur - Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS)

P011 Pendang - Mohamad Sabu
N18 Tokai - Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul
N19 Sungai Tiang - Fadzil Baharum

P012 Jerai - Firdaus Jaafar
N20 Sungai Limau - Datuk Seri Azizan Abdul Razak
N21 Guar Chempedak - Musoddak Ahmad
N22 Gurun - Salma Ismail (PKR)

P013 Sik - Che Uda Che Nik
N23 Belantek - Abu Bakar Bakilani
N24 Jeneri - Ahmad Tarmizi Sulaiman

P014 Merbok - Norazlina Suri (PKR)
N25 Bukit Selambau - Dr Krishnamurthy (PKR)
N26 Tanjung Dawai - Fakruddin Fakhrurazi

P015 Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
N27 Pantai Merdeka - Abdullah Jusoh
N28 Bakar Arang - Ooi Tze Min (PKR)
N29 Sidam - Dr Robert Ling (PKR)

P016 Baling - Brig Gen (Rtd) Datuk Najmi Ahmad
N30 Bayu - Mahmud Yaakob
N31 Kupang - Johari Abdullah
N32 Kuala Ketil - Md Zuki Yusuf

P017 Padang Serai - N. Surendran (PKR)
N33 Merbau Pulas - Datuk Siti Aishah Ghazali
N34 Lunas - Azman Nasrudin (PKR)

P018 Kulim Bandar Baharu - Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
N35 Kulim - Chu Mau Nian (PKR)

Doktor, pensyarah, peguam calon PAS Kelantan

MACHANG: Sehari selepas Umno dan Barisan Nasional Kelantan mengumumkan calon, PAS pula mengisytiharkan calon di hadapan ribuan rakyat di padang Majlis Daerah Machang malam ini.

Kelainan dapat disaksikan berbanding calon ditampilkan BN pada PRU13 kali ini. Dua doktor perubatan, seorang pensyarah, ulama muda, peguam, pegawai kanan kerajaan dan pengetua sekolah agama diketengahkan.

Dr Mohd Izani Hussin (kiri)menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Dr Ramli Mamat(kanan) pula di Dun Bunut Payong mengisi tempat ditinggalkan Datuk Takiyuddin Hassan yang berpindah ke Parlimen Kota Bharu.

Pensyarah UIAM, Dr Yusnan Mohd Yusoff pula menggantikan Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh di Dun Melor.

Bekas Senator yang juga peguam muda, Mumtaz Mohd Nawi dicalonkan di kerusi Dun Demit menggantikan Ustaz Mohamad Mustapha yang tidak bertanding.

Penolong Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Ahmad Marzuk Saari pula bakal berdepan dengan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussain di Parlimen Bachok.

Senarai penuh calon PAS Kelantan yang diumumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob bagi kerusi parlimen dan Datuk Mohd Amar Abdullah bagi kerusi Dun seperti berikut:-

Tumpat

Parlimen - Datuk Kamarudin Jaffar
Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim
Pasir Pekan – Datuk Ahmad Yakob
Wakaf Bharu – Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Pengkalan Chepa

Parlimen – Dr Mohd Izani Hussin (baru)
Kijang – Wan Ubaidah Omar
Chempaka – Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Panchor – Datuk Mohd Amar Abdullah

Kota Bharu

Parlimen – Datuk Takiyuddin Hassan (pindah)
Tanjong Mas – Rohani Ibrahim
Kota Lama – Datuk Anuar Tan Abdullah
Bunut Payong – Dr Ramli Mamat (baru)

Pasir Mas

Parlimen – Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (baru)
Tendong – Mohd Rozi Muhammad (baru)
Pengkalan Pasir – Hanifa Ahmad
Chetok – Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman

Rantau Panjang

Parlimen – Siti Zailah Mohd Yusoff
Meranti – Datuk Nasuruddin Daud
Gual Periuk – Ustaz Mohamad Awang
Bukit Tuku – Abdul Rasul Mohamad (baru)

Kubang Kerian

Parlimen – Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (pindah)
Salor – Datuk Husam Musa
Pasir Tumbuh – Ustaz Abdul Rahman Yunus (baru)
Demit – Mumtaz Mohd Nawi (baru)

Bachok

Parlimen – Ustaz Ahmad Marzuk Saari (baru)
Tawang – Ustaz Hassan Mohamood
Perupuk – Huzaimi Che Hussin (baru)
Jelawat – Abdul Aziz Kadir

Ketereh

Melor – Dr Yusnan Mohd Yusoff (baru)
Kadok – Haji Azamin Mohd Noor
Kok Lanas – Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud (baru)

Tanah Merah

Bukit Panau – Datuk Abdul Fattah Mahmood
Gual Ipoh – Wan Yusoff Wan Mustafa
Kemahang – Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman

Pasir Puteh

Parlimen – Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (pindah)
Selising – Drs Saipul Bahrin Mohamad
Limbongan – Ustaz Nazlan Mohamad (baru)
Semerak – Wan Hassan Wan Ibrahim
Gaal – Tuan Mazlan Tuan Mat (baru)

Machang

Pulai Chondong – Zulkifli Mamat
Temangan – Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan
Kemuning – Ustaz Rosli Ismail (baru)

Jeli

Parlimen – Mohd Apandi Mohamad
Bukit Bunga – Sufely Abdul Razak
Air Lanas – Ustaz Abdullah Ya’kob

Kuala Krai

Parlimen – Dr Mohd Hatta Ramli
Mengkebang – Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman

Calon PKR untuk parlimen dan Dun juga diumumkan iaitu 
Parlimen Ketereh, Ab Aziz Kadir, 
Dr Zawawi Wan Ismail (Machang)
Nik Mahmud Nik Ab Aziz (Tanah Merah).

Bagi Dun pula ialah 
Mohd Azihan Che Seman (Nenggiri), 
Shahrom Ibrahim (Pengkalan Kubur) dan 
Ramlan Mat (Kuala Balah).

gambar calun PAS : http://www.facebook.com/nikaziz/photos_stream

//

Wednesday, April 17, 2013

Pulau Bebas Cukai, Tasek Kenyir


Pengerusi GATE (Ahmad Amzad Hashim)  ke Pulau Bayas bersama YM Dato Raja Baharin dan Dr Syed Azman.

Pulau Bebas Cukai. Jarak perjalanan lebih kurang 30 minit sehala menaiki bot laju. Katanya RM300juta untuk keseluruhan projek. Penyaluran Elektrik TNB saja dekat RM50juta. Banyak Menara TNB yang menampung kabel TNB dipinggir pulau2 kelihatan runtuh tanah ditapak menara tu (yg ditepi tasik) seperti menunggu untuk tumbang. Sebaik sampai kelihatan rumah kongsi pekerja2 indonesia. Kerja tak berjalan kerana air tasik luar biasa tinggi sehingga pile cap tenggelam. Khabarnya jangkaan boleh mula sambung kerja bulan julai. Memang delay banyak projek ni dan boleh jangka kontraktor akan dakwa rugi. P{enduduk kampung dakwa pemilihan pulau ini yang jauh dan terpencil dari orang kerana pulau itu yang paling banyak balak yang besar2. Tak pasti bagaimana perjanjian antara pemaju dengan kerajaan negeri berhubung hasil balak itu sama ada di offset  dengan jumlah konytrak atau nilai balak disenyapkan semata2 site clearance-ada orang dapat balak free. Rimbun Tekad yg dapat kontrak ditolak oleh panel penilai jawatankuasa tender kerana kekurangan teknikal, pengalaman dan kewangan. Tapi masih diluluskan anugerah projek oleh MB. Raja Baharin turut beri komen teknikal berhubung dengan membrane canopy yang digunakan yang tak sesuai dgn persekitaran tasik yg akan timbul masalajh kulat nanti. Itu saja seingat saya.

Juga sehingga kini anchor tenant yang akan menduduki kompleks itu masih lagi tiada. sesuatu yang luar biasa bagi projek sebesar itu. Sama macam kompleks komersil YPUT di Banggol Donas yang gah begitu besar, sehingga kini cuma menempat kan restoran nasi arab.




Pulau Serindit: Penyokong Umno boleh berapa ekar?

FAKTA KES :  Akademi Badminton dibina di Pulau Serindit, Tasik Kenyir

DUNGUN - Sebuah akademi latihan badminton swasta akan dibina di Pulau Serindit dekat Tasik Kenyir dengan pelaburan RM545 juta yang bakal dibangunkan oleh bekas jaguh badminton negara, Soo Beng Kiang.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri telah meluluskan permohonan Beng Kiang yang berhasrat mewujudkan akademi itu sebagai pusat latihan badminton swasta terunggul negara ini bagi memartabatkan kembali arena badminton negara.

"Kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju dengan cadangan untuk memajukan pulau seluas 48.576 hektar sebagai tempat untuk melatih pelapis badminton negara.

"Selain badminton, akademi itu juga akan mengendalikan latihan untuk melatih pemain tenis dan skuasy, sekali gus muncul sebagai tempat latihan yang canggih di Tasik Kenyir," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al-Muktafibillah Shah di sini, hari ini.

Pembinaan akademi badminton itu dijangka bermula sebelum pertengahan tahun ini dan dijangka siap antara tiga hingga lima tahun lagi dengan pembiayaan pinjaman sepenuhnya oleh Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank), sebuah agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada Beng Kiang.

Beng Kiang pernah beraksi pada temasya sukan Olimpik 1992 di Barcelona, Sepanyol dan 1996 di Atlanta, Amerika Syarikat.

Malah beliau pernah menjadi regu terbaik negara bersama Cheah Soon Kit setelah menewaskan lawan mereka Indonesia dalam Piala Thomas 1992 di Stadium Negara, Kuala Lumpur dan kini bergelar ahli perniagaan dengan memiliki syarikat pelancongan sendiri.

Apabila siap kelak, akademi itu bakal dipenuhi ramai bakat baru yang ingin menceburkan diri dalam sukan badminton dengan lebih serius seterusnya diharapkan mampu mengurangkan masalah ketandusan pemain badminton negara kelak.

Ahmad berkata kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang komited untuk melabur di Tasik Kenyir, selaras dengan hasrat menjadikan ia lokasi percutian dan zon bebas cukai terbaru di Malaysia.- Bernama

70 ribu tanah rakyat yang diluluskan sepanjang pemerintahan Pas 1999-2004. Itupun bukannya luas sangat. Kebanyakannya adalah lot tapak rumahsecara berkelompok seluas seekar bahagi 6 atau 8. Cukup-cukup untuk muat rumah sahaja. Kalau pertanian sekadar 1 ekar seorang. Tetapi paling kurang proses perlaksanaan janji manifesto Pas terus berjalan untuk setiap keluarga rakyat Terengganu memiliki rumah atau tapak rumah. Majoritinya adalah rakyat kelahiran Terengganu dan orang melayu.

Dengan sokongan juruukur swasta, ianya berjaya dilaksanakan dengan cepat dan mudah. Tetapi malangnya apabila umno kembali berkuasa tahun 2004, jenayah pertama Idris Jusoh adalah mengeluarkan surat arahan kepada konsortium juruukur swasta menghentikan semua kerja-kerja ukur dan mengarahkan Pejabat Tanah Daerah membekukan semua urusan tanah tersebut. Satu kezaliman yang pasti diingati sehingga kiamat. Maka bermulalah rampasan, meruntuhkan rumah yang dibina dan pelbagai aksi balas dendam Kerajaan Umno-BN yang berslogankan “Rakyat didahulukan”.

Allah itu Maha Berkuasa!. Bagaimana orang yang zalim sudah dibalas sebelum hari kiamat lagi. Idris Jusoh dimalukan oleh Allah Swt yang tiada sejarahnya di Malaysia ini. Diharapkan pemimpin Umno boleh mengambil iktibar. Tetapi malangnya. Kalau dah Umno tu… perangainya Umno jua lah. Memang tak berubah.

Mat Said yang naik menjadi MB… awal pemerintahannya, Nampak macam semua rakyatnya adalah sama tanpa kasta. Mungkin dah tobat kot. Sikap gebebenya bertukar. Berkopiah dan berjubah. Tetapi ingatkan taubatnya sampai ke petang. Tetapi kini nampaklah belangnya seperti harimau dalam Zoo Bukit Takal jua. Tak boleh berlagak lagi macam kucing yang jinak tetapi hakikatnya sama spesis. Pemakan daging dan bangkai. Sikap samsengnya mula terserlah kembali. Apakah sekarang ni beliau adalah MB. Orang yang paling berkuasa.

Bukan hanya Masjid Bujal yang diruntuhkan… bahkan semakin mengganas. Tanah sekolah agama rakyat seluas 1 Ekar di Paka pun dirampas dan dibahagikan sesama JKKK. Tanah Lot rakyat dirampas dan dibahagikan sesama penyokong Umno. Tanah Generasi kedua Felda Ketengah Jaya dirampas meskipun tanah siap ditanam batu penanda tetapi dengan rakusnya dijentolak sehingga rata. Tanah rakyat yang mengusahakan padi di setiu dirampas dan dibahagikan untuk jelapang padi kononnya. Tanah pertanian yang diusahakan petani di Jabi dirampas dan diserahkan kepada syarikat pengusaha ternakan udang beribu hektar dan rakyat hanya melopong sahaja.

Yang mengejutkan… Mat Said dengan senang hati memberi sebuah pulau di Kenyir kepada Soo Beng Kiang. Pulau Serindit yang seluas 121 Ekar itumerupakan beratus kali lipat keluasan tanah rakyat yang dirampas. Bahkan diluluskan bersama pinjaman RM545juta oleh SME Bank iaitu agensi dibawah Kementerianyang jaga MITI.

Inilah saksi betapa hipokritnya Umno-BN. Kini merekalah yang mendakwa pejuang melayu kononnya. Pejuang Islam dan penegak al-Quran. Orang lain sesat dan bapak Kapir. Kalau Pas tu macam-macam tohmahan dan fitnah. Kalau DAP tu khususnya negeri Pulau Pinang, Fitnah apa yang tidak dilemparkan. Lim Guang Eng tu macam sampah saje. Habis Soo Beng kiang tu jawa ke Apa? Anak jati Terengganu ke? Kenapa tak diberikan kepada Misbun Sidek dan adik beradiknya? Kenapa? Sebab melayu bodoh?


Dalam ramai lagi anak Terengganu yang tiada rumah dan tiada tanah… Bahkan tanah mereka dirampas tetapi Umno BN senang-senang menganugerahkan sebijik pulau kepada Soo Beng Kiang. Mereka membahagikan sebelum bersara wakil rakyat 2 setengah ekar setiap seorang dikawasan yang mahal dan strategic tetapi menafikan hak sebahagian besar kakitangan kerajaan, bekas tentera untuk memiliki tanah.

Ini bukan kali pertama Umno Terengganu menggadaikan tanah orang melayu nih. Bagaimana kita sedia maklum Umno memberi Vinsent Tan yg merupakan tokey judi seluas 300 ekar di Pulau Redang. Tanah yang amat bernilai dan berharga. Umno juga memberi 800 ekar tanah Awana di Kijal kepada Tokey Genting. Semua tokey tu judi. Berapa komisyen yang Umno dapat daripada tindakan khianat ini?


Di Kijal tu... tanah ditepi jalan, strategik... bukan sikit-sikit tetapi 800 ekar. Apa yang kerajaan Terengganu dapat?. Yang pelik bin ajaib tuh.. pemberian tu termasuk sungai dan muara sungai sekali. Entah kemana lagi undang-undang tanah serta Jabatan parit dan saliran. Semuanya disapu.

Tetapi apabila pemimpin ni pergi kat kampung... merekalah yang mendakwa sebagai pembela melayu. Pembela agama kononnya. Sedangkan inilah dia wajah-wajah penyamun tarbus yang merompak hak orang melayu.

Sampai bila rakyat Terengganu ini nak diperbodoh dan dilembukan oleh Umno-BN. Pinjaman pelajar yang tak seberapa disekat dan dinafikan, tetapi pinjaman Soo Beng Kiang maupun Syahrizat diluluskan dengan mudah beratus juta. Binatang di Zoo diberi makan, rakyat sendiri dibiarkan kepapaan. Rakyat didahulukan kena… kroni dan pemimpin merembat sakan.

Ko Pikir le sendiri, awang weh…

PKR Umum Calon Tanding Di Terengganu


Oleh PRIYA KULASAGARAN
KUALA TERENGGANU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Selasa mengumumkan empat daripada enam calon parti itu yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pengerusi PKR negeri, Azam Ismail diletakkan sebagai calon di DUN Bandar.
Azan yang merupakan penyandang Parlimen Indera Mahkota akan bertemu calon tunggal MCA, Datuk Toh Chin Yow.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga seorang kontraktor, Mohd Shamsul Mat Amin, 28, akan bertanding di kerusi DUN Bukit Besi.
Mohd Shamsul berkata, dia tidak sabar untuk mengetengahkan isu-isu belia sebagai tambahan di dalam manifesto Pakatan Rakyat.
Kerusi DUN Permaisuri pula akan ditandingi ahli jawatankuasa PKR Setiu, Wan Mokhtar Wan Ismail, 46, manakala Pengerusi PKR Ulu Terengganu, Narawi Embung, 48, akan bertanding di DUN Telemung.
Wan Azizah berkata calon untuk kerusi DUN Kota Putera dan Seberang Takir akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Katanya, adalah menjadi kebiasaan bagi individu yang digugurkan berasa kecewa.
"Terdapat rasa tidak puas hati...malah berlaku juga dalam Umno dan Barisan Nasional mengenai senarai calon mereka.
"Calon kami diputuskan di peringkat pusat. Saya yakin kami akan bekerjasama," katanya.
Terdahulu, tiga wakil PAS menggesa PAS Terengganu untuk membenarkan mereka bertanding di DUN Seberang Takir, Bandar dan Bukit Besi.
Berikut adalah senarai calon PKR Terengganu:
DUN
N2: Kota Putera - belum dimuktamadkan
N6: Permaisuri - Wan Mokhtar Wan Ibrahim
N11: Seberang Takir - belum dimuktamadkan
N14: Bandar - Azan Ismail
N21: Telemung - Narawi Embung
N25: Bukit Besi - Mohd Shamsul Mat Amin
Parlimen
P040: Kemaman - Kamarudin Chik

PARLIMEN TASEK GELUGOR BERGOLAK???


Datuk Seri Sharif Omar yang merupakan bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor dari UMNO telah mengumumkan sebentar tadi untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Tasek Gelugor. Sharif dan penyokong beliau juga mengumumkan akan bertanding di dua DUN di Tasek Gelugor, iaitu DUN Sungai Dua dan Dun Teluk Air Tawar. Kata Sharif Omar, ” Kita akan jadi seperti Rakan Pakatan”.






 LIHAT VIDEO

Tuesday, April 16, 2013

Ayuh Para Pejuang, Pilihanraya Adalah Medan 'Perang Kita"

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Ustaz%20Khalil%20Abdul%20Hadi.jpgFirman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar. (Al-Anfal 45-46)Medan pilihanraya adalah medan perang kita, perang untuk menguasai pengundi bagi memastikan kemenangan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Ayat di atas memberikan panduan kepada kita untuk berdepan dengan medan perang ini:
1- Mestilah teguh prinsip. Prinsip kita ialah mahu melihat Islam berdaulat.
2- Meningkatkan hubungan dengan Allah semaksima mungkin. Ikhlaskan hati hanya kepada Allah, menjaga solat berjamaah dan doa yang berterusan.
3- Taat kepada Allah. Dalam konteks pilihanraya para petugas parti Islam mestilah menjaga akhlak berjamaah dan akhlak dengan musuh, khususnya di dalam berdepan dengan taktik-taktik kotor dan lucah daripada pihak musuh.
4- Elakkan pertelingkahan. Berbeza pandangan adalah lumrah tetapi yang ditegah perbalahan yang boleh membawa kepada perpecahan.
5- Tingkatkan kesabaran. Kesabaran melakukan ketaatan jihad dengan kerahan tenaga, wang ringgit dan usaha. Kesabaran juga terhadap halangan dan tekanan daripada pihak musuh.

Selamat berjuang!

Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Exco DPPM/DPPNT.


BN BERJAYA BODOHKAN PENGIKUT

Bodohnya Penulis Blog Teganuku! Kan... Nik Dir Seorang Jutawan Kroni

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/makanduriansgserai%20056.jpg- Nik Dir  'baham' kontrak kerajaan bernilai RM184,375,292.15 pada tahun 2005 dan 2006!

Sungguh tidak disangka, dalam tahun 2010, sepuluh tahun lagi menuju status negara maju, dan sembilan tahun lagi menuju 'negara bankrap', ada lagi penulis blog yang kurang cerdik, berfikiran seperti tahun 70-an.

Dalam 'posting'  pada 7 Ogos, penulis 'dungu' Teganuku cuba pula membodohkan rakyat Terengganu yang cerdik dan rakyat Malaysia yang sudah penuh  bermaklumat.

Kemudian, penulis yang sudah pasti seorang 'pencacai Umno', 'pengampu' dan menjadi 'penulis upahan Mad Said' itu cuba memburuk-burukkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga ADUN Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang.

Yang di'kepoh-kepoh'kan oleh penulis Teganuku, kononnya Nik Dir 'tolong remaja' DUN Rhu Rendang, dengan duit dari Dana Bakti Remaja.

Apalah 'sangap' sangat??

Dana Bakti Remaja adalah peruntukan kerajaan negeri Terengganu, yang diluluskan melalui pembentangan bajet dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu. Punca hasil yang membiayai Dana Bakti Remaja itu adalah wang hasil royalti minyak milik rakyat negeri Terengganu.

ADUN Rhu Rendang turut berada dalam sidang DUN yang meluluskan bajet itu, tetapi dimana Nik Dir.... Nik Dir tak ada!

Yang mana Dato' Seri Abdul Hadi secara langsungnya bersetuju Dana Bakti Remaja diberikan untuk menolong remaja yang tak ada pitih, kerana wang tersebut adalah dana awam, dana rakyat negeri Terengganu..... bukan Dana Umno, bukan duit Umno, bukan duit penulis Teganuku dan bukan duit dari poket Nik Dir!!

Penulis blog Teganuku takkan tak tahu (atau buat bodoh), Nik Dir cuma 'wok yoh' hok ttukang bbagi pitih tu....... tapi pitih tu adalah pitih kita semua, pitih rakyat Terengganu.

Begitu juga Dana Bakti remaja yang di beri merata-riti, sana-sini, Umno jangan nak 'claim' lah......jangan nak tumpang tuiiiiii............ Penulis blog Teganuku kena masuk sekolah semula, supaya tahu membezakan antara parti dengan kerajaan.

Tapi kalau bantuan yang diagih-agihkan oleh Dato' Seri Presiden PAS kepada 200 orang penerima bantuan di Kampung Sungai Serai, DUN Pengkalan Berangan Jumaat lalu (6 Ogos), itu memang pitih PAS, pitih orang-orang PAS, keluar dari poket orang-orang PAS sendiri. Bukan pitih Umno, bukan pitih penulis Tganuku, bukan pitih Nik Dirrrrrrrrrrrrrr..........



Peluang BN Tipis


Mengapa aku bersama PAS?

Abu Hurairah berkata, “Beberapa orang sahabat Nabi Muhammad bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan baik yang dapat disamakan dengan berjuang demi menegakkan agama Allah?”
Nabi Muhammad menjawab: “Saudara semua tidak berupaya melakukannya. Mereka mengajukan soalan yang sama dua tiga kali lagi. Baginda masih menjawab: Saudara semua tidak berupaya melakukannya.”
Akhirnya Nabi Muhammad menerangkan: “Orang yang berjuang demi mempertahan agama Allah, sama seperti orang yang berpuasa, melakukan sembahyang sunat pada waktu malam dan sentiasa mentaati arahan Allah, tanpa meninggalkan puasa dan sembahyang sama sekali, sehingga orang berjihad itu balik.” (Direkodkan Bukhari dan Muslim)
Dalam laporan lain yang direkodkan oleh Bukhari dinyatakan: “Ada seorang lelaki bertanya: Wahai utusan Allah. Tunjukkan kepada saya satu amalan yang pahalanya dapat menyamai pahala berjuang mempertahankan agama Allah. Nabi Muhammad menjawab: Saya tidak berjumpa pun dengan satu amalan yang pahalanya dapat menyamai pahala berjuang mempertahankan agama Allah. Kemudian Baginda menyambung kata-katanya: Mampukah saudara sekiranya seorang pejuang keluar berjuang, saudara berada di tempat sembahyang saudara, saudara terus sembahyang tanpa berhenti dan saudara terus menerus berpuasa tanpa berbuka? Lelaki itu menjawab: Siapa yang mampu melakukan perkara seperti itu.”
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad menerangkan: Percayalah, Allah menyediakan seratus tahap mulia orang yang berjuang kerana mempertahan agama Allah. Jarak satu tahap ke tahap yang lain sama seperti jarak di antara langit dan bumi.” (Direkodkan oleh Bukhari)
Abu Said al-Khudri melaporkan, Rasulullah menerangkan: “Sesiapa yang ikhlas menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah, dia dimasukkan ke dalam syurga. Abu Said yang berada di situ hampir terkejut dengan kata-kata Rasulullah itu dan Abu Said menerangkan: Minta tuan mengulangi kata-kata itu untuk saya wahai urusan Allah.
Lalu Rasulullah pun mengulanginya dan menambah: “Selain daripada itu, Allah mengangkat darjat seseorang itu sebanyak seratus darjat di dalam syurga. Jarak di antara dua darjat seperti jarak di antara langit dan bumi.
Abu Said bertanya lagi: Amalan apakah yang perlu kami lakukan bagi mendapatkan kelebihan itu, wahai utusan Allah. Nabi Muhammad menjawab: Berjuang demi agama Allah. Berjuang demi agama Allah.” (Direkodkan oleh Muslim)

PR SELANGOR BENTANG MANISFESTO KHAMIS


Pakatan Rakyat umum calon, manifesto Selangor Khamis ini

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat, PKR/DAP/PAS Selangor akan mengumumkan senarai calon dan manifesto pilihan rayanya pada Khamis ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PR Selangor, berkata beliau yakin calon pilihan mereka mampu mempertahankan semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi pada Pilihan Paya Umum 2008.
Antara janji dalam manifesto PRU-13 PR Selangor ialah menyediakan dana kepada Lembaga Perumahan untuk memastikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju swasta dapat membina rumah mampu milik, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

- BERNAMA

KESIAN ORE KAMPUNG KAWE SORANG NI

Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon bebas.
KOTA BARU: Datuk Ibrahim Ali pasrah apabila tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) seperti yang dihajatinya tetapi nekad untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang disandangnya dengan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ibrahim berkata, beliau sememangnya berharap agar dipilih menjadi calon BN untuk bertanding di Parlimen itu.
"Tetapi saya tidak disenaraikan, maknanya saya tidak diberi peluang. Walaupun saya akan bertanding di Parlimen Pasir Mas, bukan bererti saya menentang BN.
"Hal Pasir Mas ini hal terpencil kerana saya penyandang (kerusi) dan rakyat mahu saya mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas. Dan saya pula perlu berada di Dewan Rakyat bagi meneruskan agenda Melayu dan Islam," katanya kepada pemberita di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dekat sini, Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas apabila hasrat beliau untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas di bawah tiket BN tidak kesampaian apabila parti itu mengumumkan Che Johan Che Pa sebagai calon mereka pada PRU-13.
Ibrahim berkata, kemungkinan sebab beliau 'dihalang' daripada bertanding atas tiket BN mungkin kerana kedudukannya sebagai Presiden Perkasa yang dilihat sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang rasis.
Beliau berkata, rakannya yang merupakan Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin (penyandang kerusi Ahli Parlimen Bebas-Kulim/Bandar Baharu) dipilih untuk bertanding atas tiket BN di Shah Alam.
"Ini yang saya tidak mengerti. Kalau dikatakan saya ada kaitan dengan Perkasa, hendak dikatakan saya ini kontroversi, rakan saya ini pun kontroversi.
"Tetapi terima kasihlah kepada Datuk seri Najib Tun Razak (Pengerusi BN) kerana memilih rakan saya.
"Tetapi saya di Pasir Mas, walaupun saya sudah bekerja hampir empat tahun memimpin Perkasa, membantu kerajaan dalam menyanggah pelbagai isu dan karenah yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, saya lantang di Dewan Rakyat bagi mempertahankan kerajaan, walaupun saya tidak terpilih, saya berterima kasih kepada Datuk Seri Najib," katanya.
Menurut Ibrahim, beliau tidak berkecil hati dengan keputusan itu dan menerimanya jika itu adalah nasibnya.
Selain Perkasa, katanya, antara sebab beliau tidak terpilih ialah terdapat pihak yang mencemburuinya.
"Pun saya tidak tahu (sebab itu) tetapi biasanya saya ini mangsa cemburu. Ada kala pemimpin-pemimpin atas (tertinggi) menerima pandangan daripada pihak-pihak tertentu," katanya.//