Pages

Saturday, August 31, 2013

Umrah Bersama dBakong Network International

Hanya RM2000.00. Keterengan Lanjut layari blog : http://umrahsempoi.blogspot.com

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

'Militer Mesir Pecah, As Sisi Akan Disingkirkan'

Jenderal As SisiKudeta akan dikudeta. Demikian yang akan terjadi di Mesir, seperti dipaparkan wartawan senior surat kabar Inggris The Independent, Rober Fisk.

Fisk mengatakan, sejumlah perwira dalam jajaran pimpinan militer Mesir membuat rencana untuk mengorbankan As Sisi di saat kondisi di Mesir sudah tidak bisa dikendalikan lagi. Bertahannya As Sisi hanya akan menambah daftar panjang korban jiwa.

Seperti dilansir Dakwatuna, Sabtu (31/8), pengamat khusus untuk politik Timur Tengah itu menambahkan bahwa ada dua pimpinan penting di militer mengajukan pengunduran diri, karena meyakini kudeta akan berakhir dalam waktu dekat. Namun, As Sisi menolak pengunduran diri itu.

Wartawan yang dikenal dekat dengan penguasa Arab itu juga mengatakan bahwa telah terjadi percekcokan antara As Sisi dan panglima Garda Republik. Dan panglima tersebut sudah mulai melakukan komunikasi dengan beberapa pemimpin Timur Tengah.
Robert Fisk

Sementara itu, demonstrasi anti kudeta kembali meletus di 80 titik, Jum’at (30/8) kemarin. Diperkirakan jumlah massa yang turun menuntut diakhirinya kudeta mencapai jutaan orang.
Di sisi lain, sejumlah negara terus mengecam tindak kekerasan militer Mesir. Kamis (29/8) lalu Pemerintah Inggris mengumumkan embargo kepada militer Mesir dengan menghentikan 49 jenis ekspor peralatan militer ke negeri itu. Embargo itu diambil Inggris menindaklanjuti keputusan Uni Eropa menjatuhkan sanksi kepada Mesir atas pembantaian terhadap rakyat sipil yang dilakukannya. [AM/Dkw/bsb].

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

Tuesday, August 27, 2013

Buah Zaitun : Khasiat dan Keistimewaannya

Ditulis oleh Norkumala binti Awang.

"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.

Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

38 hari Mayat Anak belum dikebumikan.. Bapa Berkeras

IPOH - Bapa kepada Allahyarham Sherul Aizam, Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat tetap enggan mengebumikan jenazah anaknya itu yang masih tersimpan di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejak bulan lalu selagi bedah siasat kedua tidak dilakukan.
Pendirian terbaharu tersebut sekali gus membuktikan beliau tidak mempedulikan pandangan masyarakat sekeliling termasuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) supaya menyegerakan pengebumian jenazah anaknya itu.
Mohd. Damanhuri, 50, (gambar kecil) sebaliknya kesal dengan sikap pegawai JAIPk kerana enggan mengadakan perbincangan dengannya di rumah mengenai isu tersebut sebagaimana dijanjikan.
Sehingga hari ini, jenazah Sherul Aizam telah tersimpan di bilik mayat HRPB selama 38 hari.
"Saya dan keluarga akan terus menunggu bedah siasat kedua pada 3 September ini sebelum jenazah anak saya itu dikebumikan.
"Saya harap semua pihak menghormati perasaan dan pendirian saya serta keluarga mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Pada 27 Julai lalu, Mohd. Damanhuri membuat laporan polis di Balai Polis Manjoi di sini kerana tidak berpuas hati dengan siasatan kematian anaknya dan menuntut supaya siasatan dan bedah siasat kedua dilakukan.
Menurutnya, keraguan itu berpunca selepas dia melihat keadaan mayat Sherol Aizam yang terdapat beberapa kesan kecederaan pada badan.
Dalam kejadian 20 Julai lalu, tindakan Sherul Aizam, 27, yang cuba menceroboh masuk sebuah rumah jiran berakhir apabila dia ditemui mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur kediaman itu di Taman Saz di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

Sunday, August 25, 2013

Perlantikan Timbalan Exco

KOTA BHARU: Seramai 10 Adun hari ini mengangkat sumpah sebagai Timbalan Exco kerajaan negeri, berperanan membantu anggota-anggota Exco melaksanakan tugas harian.

Mereka mengangkat sumpah dan menandatangani akuan pelantikan di hadapan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di pejabat Menteri Besar hari ini.Adun Kadok, Azami Mohd Noor dilantik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli.

Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat.Abdul Rahman Yunus (Pasir Tumboh) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.Hassan Mahmood (Tawang) –Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan.

Abdul Azziz Kadir (Jelawat) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau.Muhammad Awang (Gual Periuk) –Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

Dr Md Yusnan Yusof (Melor) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau.Mohd Zaki Ibrahim (Kelaboran) –Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat.

Wan Ubaidah Omar (Kijang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.Mohd Nazlan Mohamad Hasbulah (Limbongan) –Timbalan Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO.

Selain itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan.

Manakala Wan Nik Wan Yussof pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar.Hadir sama menyaksikan majlis berkenaan Mohd Amar, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Faudzi Che Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

“Pelantikan Timbalan Exco dapat membantu meringankan tugas-tugas anggota Exco terutamanya mewakili Exco pada program-program tertentu.“Melalui persefahaman kerja membolehkan anggota-anggota Exco menumpukan perhatian kepada tugas-tugas yang memerlukan penyelesaian segera,” kata Menteri Besar ketika ditemui selepas majlis berkenaan.Menurutnya Timbalan Exco akan disediakan kemudahan pejabat di Kota Darulnaim atau mana-mana agensi yang berkaitan dengan portfolio masing-masing.

Oleh itu beliau berharap tugas-tugas pentadbiran kerajaan berjalan lebih lancar terutamanya bagi menyelesaian masalah rakyat dengan kehadiran timbalan-timbalan Exco.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

Wednesday, August 21, 2013

Husam dilantik pengerusi dua GLC Kelantan

Datuk Ahmad Yakub memberitahu Datuk Husam Musa dilantik mempengerusikan dua GLC. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Ogos, 2013.
Datuk Ahmad Yakub memberitahu Datuk Husam Musa dilantik mempengerusikan dua GLC. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Ogos, 2013.
Datuk Husam Musa dilantik menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Kelantan iaitu Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation (TDC) bagi membolehkan beliau terus menyumbang kepada negeri itu.
Dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub memaklumkan pelantikan Naib Presiden PAS itu bagi menjawab persoalan sebahagian ahli parti di Kelantan yang sebelum ini mempertikaikan mengapa Husam tidak dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri.
"Kedua-dua anak syarikat ini sememangnya menjadi tanggujawab Datuk Husam sebelum ini," kata Ahmad merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.
Ahmad menegaskan, kerajaan negeri Kelantan dan parti tidak mempunyai masalah dengan Husam.Menurut Ahmad, bukan bidang kuasa kerajaan negeri atau PAS Kelantan untuk menentukan sama ada Naib Presiden PAS itu dilantik atau tidak sebagai Exco kerana ia adalah bidang kuasa pihak lain.
KGT adalah syarikat yang dibentuk oleh kerajaan negeri untuk menjalankan perniagaan wang emas dinar dan dirham Kelantan di negara ini.
Sewaktu bersama kerajaan negeri Kelantan  di bawah pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Husam adalah tulang belakang kepada projek itu.
TDC pula agensi kerajaan negeri dibentuk oleh Kelantan sebelum ini untuk membangunkan Bandar Baru Tunjong yang terletak di atas 2,000 ekar tanah di pinggir bandar Kota Bharu.
Ahmad berkata, anak-anak syarikat kerajaan negeri lain akan dipengerusikan oleh pemimpin kerajaan negeri termasuk Exco yang berkaitan dengan portfolio mereka.
Sehari selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) rakyat Kelantan dikejutkan dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak menyambung jawatannya sebagai menteri besar dan menyerahkannya kepada Ahmad.
Selain itu, Husam tidak dilantik semula dalam kerajaan negeri walaupun sebelum ini adalah seorang Exco kanan.
Husam tewas di kerusi Parlimen Putrajaya tetapi berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor.
Beliau menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan selama dua penggal sebelum ini bermula pada 2004. - 21 Ogos, 2013...
IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

Tuesday, August 20, 2013

Tiga petanda besar firaun moden Mesir bakal kecundang

1. Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah.

2. Berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera :

a. Washington secara rasminya menuntut pembebasan Dr Mursi.

b. Saluran TV ” Arabiah” mengelirukan , di samping banyak percanggahan dalam berita yang disiarkan.

c. Beberapa orang kepimpinan utama Kem Dalam Negeri zaman Mubarak mula melarikan diri kerana mereka mula merasakan natijah yang bakal berlaku; iaitu kembalinya Mursi dan jatuhnya sistem kepolisan mereka dan akan bermulanya nanti penangkapan ke atas mereka.

d. Kebimbangan dan ketakutan untuk menyertai kabinet bagi kerajaan baru yang merampas kuasa ini.

e. Tersebar berita- berita yang tidak dapat disahkan tentang kemungkinan berlakunya pengisytiharan rampasan kuasa baru yang dilakukan oleh beberapa orang pegawai tentera untuk mengembalikan kuasa Mursi.

f. Sebahagian pemimpin rejim Mubarak yang sebelum ini telah terbang ke UAE tidak kembali semula ke Mesir kerana bimbang dengan kemungkinan kegagalan rampasan kuasa yang telah berlaku.

g. Senarai hitam nama mereka yang dilarang keluar negara telah disediakan terhadap semua yang terlibat dalam rampasan kuasa. Arahan tangkap juga telah disiapkan.

h. Masyarakat Dunia khususnya barat mula mengalihkan perhatian terhadap perhimpunan besar-besaran rakyat Mesir, khususnya terhadap kehadiran seorang wanita Kristian semalam yang telah muncul di atas pentas menyatakan pendirian beliau dan juga pendirian sebahagian besar rakyat Mesir bersama legitimasi dan tuntutan mengembalikan Presiden Dr Mursi.

3. Kenyataan ini telah diumumkan secara langsung dari pentas dan siaran langsung Al Jazeera.

*Sumber dari Al Jazeera oleh rakan FB
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

Seruan Yusuf Qaradhawi

"Sesunggunya mana-mana rakyat Mesir tidak akan mati melainkan apabila tiba ajal yang telah ditetapkan." - Dr Yusuf al-Qaradhawi

 [Mesir Terkini] !!! Seruan DR YUSUF AL-QARADHAWI | Penahanan Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Badi'e | Sungguh menyedihkan berita yang baru diterima As Sisi Laknatullah telah melancarkan penangkapan beramai-ramai pimpinan Ikhawan Muslimin dan ingin mengharamkan terus Ikhwan dari bumi Mesir, serentak dengan itu DR YUSUF AL-QARADHAWI menyeru seluruh rakyat mesir berhimpun dan meneruskan sokongan yang padu terhadap Ihwan. Moga Allah melindungi saudara kita di sana yang dizalimi...
DR YUSUF AL-QARADHAWI

Ketua Kesatuan Ulama Se-Dunia, Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru sekali lagi ke atas semua rakyat Mesir untuk keluar berhimpun bagi meneruskan tuntutan hak dan membantu saudara-saudara mereka.

Selain itu, beliau turut menggesa pihak luar bagi membantu untuk memberhentikan kezaliman yang berlaku di Mesir.

Beliau juga menyifatkan bahawa apa yang berlaku di Mesir khusunya di medan Rab'ah dan Nahdah adalah perkara yang tidak pernah berlaku ke atas rakyat Mesir.

Beliau juga menyeru agar semua rakyat berdoa ke atas pihak yang melakukan kezaliman agar Allah membalas segala perbuatan mereka.

Seruan ini merupakan susulan bagi seruan yang dilakukan bagi menjayakan himpunan pada 16 Ogos, Jumaat baru-baru ini.

Di akhr seruannya, beliau menyeru kepada semua umat Islam, penganut Kristian dan para ulama al-Azhar untuk keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut.

"Sesunggunya mana-mana rakyat Mesir tidak akan mati melainkan apabila tiba ajal yang telah ditetapkan." - Dr Yusuf al-Qaradhawi
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

PANAS!! KETUA PEMUDA SELANGOR DI 'FITNAH' PUKUL ANAK, ISTERI!!

MASIH belum lagi reda kes pukul isteri di hospital Pulau Pinang baru-baru ini yang di dalam rakaman cctv turut memaparkan seorang lelaki yang juga penjawat awam di Pahang memukul, menampar serta menendang isterinya di hadapan dua orang anak mereka akibat dikatakan geram dengan perangai isteri yang tidak membenarkan anak mereka mengikut bapanya pergi bersiar-siar.
Maka kecohlah seantero Malaysia tentang kes itu sehingga lelaku tersebut menyembunyikan diri hampir satu minggu. Kes juga telah didakwa di mahkamah dan pelaku itu bakal dikenakan hukuman.
Perkara yang sama juga dikatakan berlaku kepada isteri serta anak Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh. Cerita ini telah lama berlegar namun baru hari ini telah dibawa ke mahkamah dan Ketua Pemuda Serdang tersebut tidak mengaku bersalah di dalam kandang mahkamah.
Apa beza antara lelaki yang menggemparkan Malaysia tersebut dengan Ungku Salleh??
Bezanya, lelaki kontroversi itu hanya memukul isterinya sahaja. Manakala Ungku Salleh didakwa memukul isteri serta anaknya yang berumur 15 tahun. Sekali dua dipukul nya. Mana sifat kemanusiaan makhluk yang bergelar manusia ini?
Tetapi ini hanya dakwaan. Harap jangan ada spekulasi lagi sehingga mahkamah menetapkan kebenaran. Lagi pun Ungku Salleh menafikan dakwaan tersebut. Al-maklumlah tak ada bukti rakaman cctv ataupun video. Jadi jangan siapa-siapa hentam bakal wakil rakyat ini. Mereka semua MAKSUM....
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

Tuesday, August 13, 2013

AS Tawarkan As Sisi Lari ke UEA

Sebuah rencana penting yang diusulkan Amerika Serikat (AS) bocor ke publik. Adalah jurnalis Inggris bernama Robert Fisk yang membocorkan sebuah tawaran AS kepada pemimpin kudeta militer Mesir, Jenderal Abdel Fatah As Sisi.

Fisk menyebutkan, AS menilai kudeta militer yang dilakukan As Sisi atas presiden terpilih Muhammad Mursi ternyata tidak berjalan sesuai skenario. Sebaliknya, pasca kudeta, kepentingan AS di Mesir justru menjadi terancam. Hal ini karena rakyat Mesir yang mendukung Mursi jumlahnya semakin banyak.

Kepiawaian Ikhwanul Muslimin dalam memobilisasi aksi damai dan posisi gerakan Islam itu sebagai pihak yang terzalimi semakin menambah jumlah pendukung Mursi. Sebaliknya, As Sisi, ElBaradai dan Shabbahi sama sekali tidak mendapatkan popularitas. Itulah yang membuat AS marah kepada mereka.

Guna menyelamatkan kepentingan AS di masa yang akan datang, ungkap Fisk, negeri paman Sam itu memberikan penawaran kepada As-sisi selaku aktor utama kudeta untuk melarikan diri ke Uni Emirat Arab (UEA) dan mengembalikan kepemimpinan Mesir ke Presiden Mursi.

AS juga memperingatkan kepada pemerintah Junta bahwa kudeta yang mereka lakukan telah gagal dalam seluruh sektornya. Sayangnya, Fisk tidak menjelaskan respon As Sisi terhadap tawaran AS itu.
Sebelumnya, koran Mesir Asy-Sya’ab mengabarkan bahwa keluarga besar As-Sisi telah berada di komplek Bandara, tepatnya di komplek Al-Mazhah. Sedangkan anak pertama Presiden Inkonstitusional Adli Mansour telah berangkat ke Dubai sejak akhir Juli lalu. [AM/Dkw/fb/bsb]
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

Sunday, August 11, 2013

Surat Terbuka Kepada Penganti TG Nik Aziz

Oleh : Red Judge
Ada sedikit nota untuk barisan pengganti YB Tok Guru Nik Aziz yang baru supaya mereka buat kerja dengan lebih cergas lagi.

Lee Kuan Yew tinggal barisan pengganti dia yang menghasilkan duit Singapore Dollar yang makin kukuh. Sekarang ni satu dollar Singapore semakih kukuh berbanding Ringgit Malaysa. Dah lebih RM2.50 bagi satu dollar.

YABhg Tun Dr. Mahathir ewek dari Lee Kuan Yew. Dia tinggalkan barisan pengganti yang menghasilkan duit ringgit yang makin lemah berbanding dollar Singapore.

YB Tok Guru Nik Aziz tinggalkan barisan pengganti yang buat kerja undur ke belakang. Mereka memperhalusi sesuatu yang telah diperhalusi. YB Tok Guru Nik Aziz ni ewek benar.

Ambo syor kepada barisan pengganti YB Tok Guru Nik Aziz supaya menjadi lebih bijaksana lagi. Buktikan YB Tok Guru Nik Aziz jauh lebih hebat dari Lee Kuan Yew dengan tindakan kalian yang lebih cergas, hebat dan bijaksana.

Jika kalian masih tak berubah, jelaslah kalian nak malukan YB Tok Guru Nik Aziz. Kalian tidak sayang YB Tok Guru Nik Aziz. Kalian mengesahkan kata-kata ambo yang YB Tok Guru Nik Aziz ni ewek benar.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

Cara Pelik Orang Syiah Solat (18 Gambar)

by HASNUL HADI AHMAD on AUGUST 9, 2013

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat  1
Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.
Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.
Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 2.0
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 2.1
Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 3
Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.
Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 4
Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 5
Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 6
Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 7
Syiah soalat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 8
Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 9
Wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka), sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 10.0
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 10.1
Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 11
Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 12
Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.
Akhir zaman Yahudi akan jadi kawan baik mereka (Syiah)
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 13
Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Israel untuk menjatuhkan Islam.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 14
Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 15
Ahmad Niejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang terlis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah ” SABURJIAN ” sebagaima yang tercatat dalam akhbar Britain ” Daily Teleghraph ”.
Perngai Ulamak Syiah 16
Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.
Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.
Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.
Wallahu’alam….
Semoga di kreditkan kembali artikel ini ke hasnulhadiahmad.com.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

Elektrik diputuskan, penyokong Morsi khuatir serangan

(Medan Rabaah bergelap dan terpaksa menggunakan lampu yang dihidupkan menggunakan generator)

MESIR: Menjelang pagi tadi, medan Raba'ah Adawiyah yang menjadi pusat kepada himpunan penyokong demokrasi dan legitimasi Mesir terputus bekalan eletrik.

Ianya dipercayai angkara pihak berkuasa yang mahu memberi tekanan berterusan kepada penyokong Dr Muhammad Morsi yang berkampung dan menakluki kawasan di situ sejak sebulan lalu.

Ekoran pemotongan itu, jutaan mereka di sini terpaksa menunaikan solat Subuh menggunakan lampu malap yang dihidupkan menggunakan generator.

Dalam pada itu, para penyokong Morsi dari Madinah Nasr berturut-turut tiba di Medan Rabiatul Adawiah.

Sumber Ikhwan Online menyebut, kumpulan demi kumpulan dari penduduk Madinah Nasr serta kawasan-kawasan berdekatan dari Medan Rabiatul Adawiah tiba di lapangan tersebut bagi membantu rakan mereka kerana bimbang berlaku serangan selepas pemotongan arus elektrik.

Begitu juga perarakan-perarakan dengan menggunakan kereta dari pelbagai kawasan Kaherah telah bertolak menuju ke Medan Rabiatul Adawiyah selepas pemotongan arus elektrik pagi tadi.

Kesemua mereka mahu bergabung dengan jutaan penunjuk perasaan di medan tersebut yang mana sedang diancam dengan serbuan serta penyeleraian dengan kekerasan oleh para perampas kuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis Mesir dilaporkan telah menyerbu kediaman salah seorang pemimpin Ikwan Muslimin awal pagi tadi.

Difahamkan sebuan ke kediaman Sobhi Soleh di Iskandariah dibuat kira-kira jam 3.15 pagi tadi, bagaimanapun Sobhi tiada di rumah kecuali seorang anak perempuannya.

Elektrik diputuskan, penyokong Morsi khuatir serangan

Harakahdaily,11 Ogs 2013
Sumber Nabat Rabaah menyebut, polis menahan anak perempuan Sobhi yang juga seorang doktor untuk mengetahui dimanakah kedudukan bapanya..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

Saturday, August 10, 2013

Jawapan tulisan Prof Dr Mohammad Agus Yusoff

Oleh : Ahmad Fadhli Bin Shaari

Ahmad Fadhli Bin ShaariSaya membaca tulisan Prof Dr Mohammad Agus Yusoff yang mengkritik beberapa isu berkaitan pentadbiran kerajaan Kelantan menjelang 100 hari selepas PRU13 yang lepas. Nampaknya Kelantan terus menjadi perhatian ahli-ahli akademik tambahan pula Agus sendiri merupakan anak Kelantan. Ia tentu lebih istimewa berbanding Johor, Perlis dan Melaka yang turut bertukar ketua kerajaan sekalipun masih mengekalkan parti yang sama sebagai pemerintah. Bahkan jika dibandingkan dengan Kedah yang bertukar Menteri Besar dan kerajaan sekaligus, nampak Kelantan seolah-olah lebih diberikan perhatian.

Ada beberapa perkara yang ditulis oleh Dr Agus boleh diterima sebagai satu pandangan yang baik, namun ada juga yang perlu diberikan penjelasan balas. Dengan tidak menafikan hak beliau untuk memberikan pendangan, saya kira ada beberapa penjelas boleh diberikan. 

1. Dalam soal pembinaan lebuhraya, Dr Agus menulis bahawa tidak ada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pembinaan lebuhraya tersebut. Saya kira ini agak terasar kerana pada 4 Ogos yang lepas sudah disiarkan kenyataan Anggota Exco kerajaan negeri, YB Haji Hanifa Ahmad di dalam laman harakahdaily yang menyebut bahawa kerajaan negeri telah melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan. Langkah itu dibuat memandangkan konsultan sebelum ini mengundur diri. Syarikat tersebut iaitu Syarikat Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group merupakan sebuah syarikat berpangkalan di Abu Dhabi dan sekarang sedang menyiapkan cadangan lengkap projek tersebut. Mereka diberikan tempoh tiga bulan bagi menyediakan kertas cadangan projek secara menyeluruh untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri. Justeru, jika dikatakan langsung tiada perkembangan, saya kira agak kurang adil di pihak Dr Agus untuk menyatakan demikian. Kenyataan Exco Kelantan tersebut boleh dilayari di sini :http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/21243-syarikat-abu-dhabi-minat-projek-lebuh-raya-rakyat

2. Secara sinis, Dr Agus menyebut bahawa satu-satunya pembaharuan yang dibuat oleh Kelantan ialah membenarkan qariah bertanding di dalam pertandingan tilawah. Kurang pasti apa maksud sebenar beliau menulis demikian, cuma suka ditegaskan bahawa polisi untuk membenarkan qairah kembali bertanding telah diputuskan oleh bekas Menteri Besar Kelantan sebelum ini. Dr Agus boleh melayari youtube dan menyaksikan sendiri kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 11 Jun 2012 :http://www.youtube.com/watch?v=Ub421TbagzM

3. Suka untuk saya nyatakan ada beberapa perkara yang telah diumumkan oleh YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan namun barangkali kerana tidak mendapat liputan besar-besaran oleh media, Dr Agus gagal untuk mengetahui tentangnya. Antaranya ialah polisi penempatan kakitangan yang mesra keluarga telah diumumkan oleh kerajaan Kelantan beberapa minggu lepas. Anda boleh layari laman sosial YAB Menteri Besar Kelantan dan melihat betapa banyaknya respon positif yang diterima daripada pembaca. Mereka bukan bukan doktor falsafah dan bukan pensyarah, namu mereka menghargai usaha yang dilakukan oleh Kelantan.

4. Demikian juga dengan penegasan YAB Ustaz dato Menteri Besar Kelantan selepas mesyuarat pertama exco kerajaan negeri yang menyebut bahawa agenda utama Kerajaan Kelantan selepas pilihanraya ini ialah menjadikan pembinaan rumah mampu milik sebagai misi yang perlu dicapai. Dr Agus boleh menyaksikan kenyataan tersebut di laman youtube di alamat :http://www.youtube.com/watch?v=W8vUII40PnY

Saya menulis sebagai respon balas ini atas sifat saya sebagai anak Kelantan tidak mewakili sesiapa. Saya mengucapkan syabas atas pandangan Dr Agus namun dalam masa yang sama, ada beberapa perkara yang memerlukan penjelasan. Pada saya, kritikan Dr Agus tanda beliau prihatin kepada Kelantan cuma lebih cantik jika beliau membuat kajian yang lebih mendalam di masa akan datang. 

Kepada barisan exco Kelantan, jika ada kebaikan dari tulisan Dr Agus ini, ambillah sebagai panduan kerana rakyat sedang memerhati. 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.