Pages

Thursday, May 29, 2014

Raja Nazrin diisytihar Sultan Perak yang baru

Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytihar sebagai Sultan Perak yang baru.
  
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.
 
Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baru dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam.

Raja Nazrin menggantikan ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Raja Nazri diputerakan pada 27 November 1956 dan merupakan putera sulung Sultan Azlan Shah.

Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Bernama melaporkan Raja Nazrin kini dikenali sebagai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.  

Sultan Nazrin kemudian melafazkan sumpah yang berbunyi: "Adalah kita Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian takluk jajahannya menurut Perlembagaan Perak dengan adil mengikut hukum Allah."
  
Setelah melafazkan sumpah, baginda menurunkan tandatangan di atas surat sumpah disusuli laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh para hadrin.
  
Istiadat diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, sebelum Sultan Nazrin meletakkan tangan dan mengucup keranda Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai syarat supaya disempurnakan pemakaman jenazah.
  
Istiadat pengisytiharan pelantikan Sultan Perak yang baru disempurnakan sejurus selesai sesi penghormatan terakhir pada pukul 3 petang.
  
Dewan Negara Perak yang bersidang semalam telah memperkenankan pelantikan Sultan Perak yang baharu.
    
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar hari ini..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com