Pages

Monday, October 13, 2014

2 Katak : Dulunya dia berkempen PAS, lepas tu parti lain pula, ini orang yang tidak siuman.

Nik Aziz: Nak keluar parti itu mereka punya pasal
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sekiranya dua ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) mempunyai niat untuk keluar parti berikutan keputusan penggantungan mereka, itu adalah hak individu.
“Kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah. Ertinya dia akan berdepan dengan rakyat. Dulunya dia berkempen PAS, lepas tu parti lain pula, ini orang yang tidak siuman. Orang yang akil baligh, mesti jaga lidah.
“Mana-mana persatuan berbentuk politik, dalam sekolah dan kerajaan sekalipun, mesti patuh pada peraturan, tidak boleh suka-suka hati,” katanya.
Pada masa yang sama beliau menyokong keputusan Jawatankuasa PAS Pusat untuk menggantung keahlian dua ADUN tersebut di atas kesalahan mengkhianati keputusan Majlis Ulama PAS.
Katanya, pergantungan Saari dan Hasnul selama setahun berkuatkuasa semalam merupakan keputusan yang tepat serta bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan mereka.
Semalam Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustafa Ali telah membuat pengumuman kedua-dua ADUN tersebut tidak dipecat daripada parti tetapi hanya digantung keahlian parti selama setahun.
“Mereka masih ADUN PAS tetapi hanya di gantung keahlian serta dihalang daripada menyertai aktiviti parti selama setahun,” katanya.
Kedua-dua ADUN tersebut sebelum ini memberi sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru tanpa merujuk kepada pimpinan tertinggi parti PAS.




IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com