Pages

Saturday, October 25, 2014

Saya tidak akan batalkan perjanjian air - azmin


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia ingin melihat kualiti dan pengurusan air yang berkesan di negeri itu dan tidak berniat untuk membatalkan perjanjian air yang dimeterai di antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Saya tidak akan membatalkannya (perjanjian). Saya mahu pelaksanaan disempurnakan secepat mungkin agar rakyat mendapat bekalan air yang mencukupi di masa hadapan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star.

Azmin bagaimanapun berkata dia akan tetap mendesak agar kerajaan Persekutuan mendedahkan kandungan perjanjian secara sepenuhnya.

“Bagaimana saya dan pentadbiran baru dapat mempertahankan keputusan yang diambil sekiranya kami tidak dapat menjelaskan terma dan syarat-syarat, kadar tarif yang dikenakan serta bagaimana ia akan memberi kesan kepada pengguna?” kata Azmin dalam wawancara itu.

Azmin diminta mengulas mengenai desakan sesetengah pihak yang mahu beliau membatalkan perjanjian tersebut yang menganggap ia perjanjian di antara bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan UMNO.

Akhbar itu turut berkata bahawa Azmin  turut menerima dokumen memorandum persefahaman (MOU), perjanjian mengenai persefahaman dan perjanjian induk namun ia dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Oleh kerana itu, saya tidak boleh dedahkan butiran yang terdapat di dalam perjanjian. Ia hanyalah perjanjian biasa dan transaksi perniagaan di antara negeri dan Persekutuan. Ia bukan berkaitan keselamatan negara,” tambah beliau.

Azmin juga berkata beliau telah menulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili meminta kerajaan Persekutuan mendedahkan butiran perjanjian itu kepada orang awam tetapi ia tidak dibalas.

Namun Dr Ongkili berkata Peguam Negara tidak membenarkannya dan pihak syarikat juga tidak bersetuju.

Pada 12 September lepas, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor memeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air.

Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd (ASSB), sebuah entiti baharu, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.

ASSB mengambil alih tiga syarikat konsesi air negeri Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), PNSB, Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan pemegang lesen perkhidmatan iaitu Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB).


IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com