Pages

Wednesday, October 1, 2014

Setpol Guan Eng gagal jawab isu pecat tanpa sebab

GEORGETOWN - Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng gagal menjawab soalan media berhubung isu pengguguran jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim yang diadakan sebentar tadi.

Wong Hon Wai gagal menjawab apabila ditanya mengapa Iszuree langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam satu mesyuarat dalaman khas sebaliknya memberi jawapan bahawa beliau sudah diberi peluang untuk menjelaskan dengan media.

Menurutnya, peluang itu diberikan berikutan Iszuree mengeluarkan kenyataan itu dalam ucapannya di Muktamar Pas di Batu Pahat, 19 September lalu di hadapan khalayak ramai.

"Apabila beliau buat kenyataan secara umum, maka kita mahu beliau buat penjelasan pun secara umum iaitu melalui media," katanya.

Won Hai yang mengadakan sidang media bersama Ketua Disiplin MPPP, Harvindar Singh itu didapati gagal menjawab soalan media sebaliknya hanya memberi jawapan sama kepada media sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan media.

Terdahulu, Iszuree digugurkan daripada MPPP pada Khamis lalu dan semua peruntukan terhadapnya juga dibekukan serta merta.

Beliau dimaklumkan mengenai penggugurannya sebagai ahli MPPP menerusi surat pada Jumaat lalu yang ditandatangani oleh Setiausaha MPPP, Ang Aing Thye..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com