Pages

Thursday, October 30, 2014

Transkrip Soal Jawab Presiden PAS Dengan Peguam Plaintif





Berikut transkrip soal jawab antara Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perbicaraan yang diadakan di mahkamah tinggi Kuala Terengganu semalam, Selasa 28 Oktober, dengan pihak peguam plaintif di kamar mahkamah.

S1: Sila nyatakan jawatan Dato' Seri (Abdul Hadi Awang) sekarang?
Saya (Abdul Hadi) sekarang adalah seorang Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu iaitu Adun Rhu Rendang. Saya juga merupakan Presien kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Ahli Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

S2: Boleh Dato' Seri jelaskan kenapa hadir ke mahkamah pada hari ini?
Saya hadir ke mahkamah pada hari ini untuk memberikan keterangan bagi menafikan segala dakwaan dan saman fitnah yang dikaitkan pihak plaintif terhadap saya.

S3: Tadi Dato' Seri ada menyatakan sebagai Ahli Majlis PR (Pakatan Rakyat). Boleh jelaskan apakah fungsi ahli majlis PR itu?
Fungsi Ahli Majlis PR ialah untuk menyelaras perkara-perkara politik dan strategi bersama parti-parti kompenan PR.

S4: Sehari selepas hari penamaan calon PRU ke-13, adakah Dato' Seri terlibat dengan sebarang ceramah politik?
Ya, ada terlibat di beberapa tempat ceramah. Pertama, saya dijemput untuk memberikan ceramah sempena PRU13 selepas penamaan ialah di Kampung Tebakang. Dun Alor Limbat juga berada di dalam Parlimen Marang, tempat saya bertanding dalam pilihan raya tersebut sebagai mewakili calon Parlimen Marang.

S5: Boleh Dato' Seri jelaskan siapa lagi yang memberikan ceramah di situ?
Saya berceramah bersama dengan Ustaz Ariffin Deraman yang juga calon Dun Alor Limbat, Ustaz Muda Abdullah yang menggantikan Dato' Mustafa Ali.

S6: Lebih kurang berapa lama Dato' Seri berceramah?
Saya memberikan ceramah lebih kurang 30 minit sahaja kerana selepas itu ada beberapa tempat lagi yang perlu saya pergi.

S7: Boleh Dato' Seri jelaskan secara ringkas kandungan ceramah itu?
Secara umumnya kandungan ceramah saya menyentuh mengenai isu-isu pilihan raya, manifesto Pakatan Rakyat khususnya di negeri Terengganu dan isu pilihan calon.

S8: Apakah yang Dato' Seri maksudkan dengan isu pilihan calon sebagaimana yang Dato' Seri nyatakan tadi?
Terdapat beberapa kerusi Dun di beberapa negeri di Malaysia berlaku pertindihan kerusi antara sesama parti Pakatan Rakyat dan pembangkang. Contohnya, antara PKR dengan PSM di Dun Semenyih, DAP dengan PSM di Dun Jelapang, termsuk juga pertindihan calon-calon PAS dengan PKR di beberapa kerusi di negeri ini. Dengan ini dijadikan isu oleh parti lawan (BN) yang menguasai media. Hal tersebut memerlukan penjelasan kepada saya selaku ketua parti.

S9: Mengapa penjelasan dibuat di Kampung Tebakang dan bukan di tempat lain?
Pertama, kerana ia merupakan ceramah pertama saya selepas penamaan calon, di mana saya dijemput untuk memberikan ceramah. Apabila saya dijemput untuk berceramah maka, saya akan sebut perkara yang sama di situ. Keduanya, ceramah itu dihadiri oleh pihak media.

S10: Sila beritahu mahkamah di manakah kerusi yang berlakunya pertindihan antara calon PAS dengan PKR?
Dun Panti di Johor, Dun Kota Damansara di Selangor, Dun Sungai Aceh di Pulau Pinang. Manakala, di Terengganu di Dun Seberang Takir, Dun Kota Putra dan Dun Bukit Besi.

S11: Adakah persoalan kandungan ceramah tersebut Dato' Seri ada merujuk kepada plaintif?
Tidak...malah, saya tidak sebut nama sesiapa pun atau nama-nama tempat dan kerusi yang berlaku pertindihan tersebut. Nama calon pun saya tidak sebut.

S12: Adakah Dato' Seri mengenali plaintif sebelum plaintif memfailkan samannya kini kepada Dato' Seri?
Tidak...saya tidak kenal dan tidak tahu langsung nama dia dan seingat saya...saya tidak pernah berjumpa dengan dia.

S13: Adakah Dato' Seri mempunyai sebarang permusuhan atau pertikaian dengan plaintif?
Dalam keadaan saya tidak kenal dia, tidak manasabah untuk saya mempunyai permusuhan atau pertikaian dengan plaintif.

S14: Adakah Dato' Seri mempunyai niat jahat terhadap plaintif semasa memberikan ceramah tersebut?
Tidak sama sekali...saya tidak kenal dia (plaintif).

S15: Selain Kampung Tebakang di Alor Limbat. Adakah Dato' Seri memberikan ceramah yang khusus di tempat lain?
Adanya di Alor Limbat sahaja.

S16: Pada Ahli Majlis Presiden PR. Adakah ia juga memberi tanggungjawab kepada Dato' Seri untuk mempastikan bahawa setiap calon yang mewakili dalam parti-parti PR merupakan calon-calon yang berintegriti dan tidak dipertikaikan?
Ya...

S17: Adakah ini bermakna Dato' Seri selaku Presiden PAS berhak menentukan calon-calon dari parti daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat?
Tidak..kerana (integriti) ini ditentukan oleh parti masing-masing. Kami dari Ahli Majlis Pakatan Rakyat hanya bertanggungjawab menjelaskan kreaterial-kreaterial umum yang mesti dimiliki oleh calon Pakatan Rakyat.

S18: Berhubung dengan tindakan saman yang dikaitkan dengan Dato' Seri. Adakah Dato' Seri menerima sebarang surat tuntutan dari pihak-pihak lain yang berkaitan dengan ceramah Dato' Seri sampaikan di Kampung Tebakang tersebut?
Ada daripada Encik Badrul Hisham Syaharin pada 8 Ogos 2014.

S19: Siapa yang menghantar surat tuntutan tersebut kepada Dato' Seri bagi pihak Encik Badrul Hisham?
Surat tuntutan itu dihantar oleh peguam Tetuan Vasudevan A & Co.

S20: Boleh Dato' Seri maklumkan kepada mahkamah siapa Encik Badrul Hisham ini?
Beliau adalah calon daripada PKR bagi Dun N21 Sungai Aceh Pulau Pinang pada Pilihan Raya Rmum ke-13.

S21: Apa yang terpenting dari kandungan surat tuntutan tersebut?
Beliau mendakwa ucapan saya mengenai pil kuda di Kampung Tebakang merujuk kepada beliau.

S22: Adakah benar seperti yang didakwa oleh kandungan surat itu?
Tidak benar seperti yang saya katakan sebelum ini ucapan saya itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.



IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com