Pages

Thursday, February 27, 2014

Presiden PAS Fail Notis Ketepikan Perintah Penghakiman Ingkar

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memfailkan notis permohonan mengenepikan Perintah Penghakiman Ingkar yang telah dimasukkan oleh plaintif pada 17 Februari lalu.
Peguamnya Haji Asmuni Awi berkata mahkamah telah menetapkan untuk mendengar permohonan mengeepikan perintah tersebut pada 30 Mac depan.
fail notis ketepi1“Assalamu’alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh, saya suka maklumkan bahawa pada hari ini saya telah memfailkan notis permohon untuk mengegnepikan perintah penghakiman ingkar,
“yang dimasukkan oleh pihak plaintif Encik Shamsul terhadap Tuan Guru Presiden (PAS) Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada 17 Februari lalu,
“dan permohonan pada hari ini adalah untuk mengenepikan perintah tersebut, dan mahkamah telah menetapkan pendengaran untuk permohonan untuk mengenepikan perintah tersebut pada 30hb Mac yang akan datang ini,”jelasnya.
fail notis ketepiBeliau yang juga Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat berkata demikian pada stu sidang media di lobi mahkamah Kompleks Mahkamah Tinggi dan Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis 27 Februari.
Hadir sama ialah Setiausaha Politik Presiden PAS Dr. Shamsuri Mokhtar, Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim, Pembantu Khas Presiden Sdra Mohd Zaihan Daud dan peguam Ahmad Firi Asmuni.
Katanya, salinan permohonan tersebut akan dihantar segera kepada peguam pihak plaintif A. Vasudevan.
Sementara itu, katanya, pihak plaintif boleh mengemukakan apa-apa hujah untuk difailkan dan membalas sebarang dokumen atau affidavit yang dikemukakan oleh pihakk plaintif sebelum pendengaran pada 30hb Mac..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Abdul Hadi fail permohonan ketepi perintah ingkar

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
  
Anggota Parlimen Marang itu menfailkan permohonan itu menerusi peguamnya, Asmuni Awi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.
  
Asmuni berkata mahkamah juga menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh pendengaran permohonan berhubung kes itu.
  
"Saya akan hantar salinan permohonan itu kepada peguam plaintif dalam masa terdekat, sementara itu jika ada apa-apa hujah mereka boleh failkan kalau ada peluang kita jawab terhadap dokumen yang mereka failkan.
  
"Sebenarnya kita baru ketahui kehadiran perintah ini Ahad lalu (23 Feb) walaupun perintah itu masuk pada Isnin (17 Feb) kerana plaintif tidak berkomunikasi dengan kami," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Ahad lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lalu.
  
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
  
Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
     -Bernama
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Penghakiman ingkar: Juham jawab fitnah peguam cuai

NOORAZMIR ZAKARIA
Sejak meletusnya isu Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan ke atas Presiden PAS yang dikasihi beberapa hari lalu, JUHAM ingin melahirkan rasa kehairanan apabila secara tiba-tiba muncul begitu ramai ‘peguam’, ‘pendakwaraya’ dan juga ‘hakim’ di kalangan ahli dan pemimpin PAS.

Lebih membimbangkan, wujud satu fenomena ‘menjatuhkan hukuman’ kepada para peguam PAS terutamanya Tuan Haji Asmuni Awi kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.

Walaupun kami amat kecewa dengan fitnah jahat yang amat tidak berasas ini, namun kami memahami bahawa mereka yang terlibat menyebarkannnya atau yang terkeliru dengan pelbagai fitnah yang sedang berlegar saat ini adalah di kalangan orang awam (layman) yang tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan fakta sebenar yang terjadi di dalam kes ini. Mereka juga nampaknya sangat tidak memahami prosedur undang-undang yang digunakan di dalam kes-kes yang dibicarakan di mahkamah. Oleh yang demikian, kami bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan sebenar supaya tidak lagi timbul sebarang fitnah yang akan memburukkan lagi keadaan.

Penjelasan teknikal berhubung dengan apakah dia Penghakiman Ingkar Kehadiran dan prosedur asas di dalam sesuatu saman sivil yang difailkan di mahkamah telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar di dalam tulisan saya sebelum ini bertajuk ‘JID for Dummies.’ Pada kali ini, saya hanya ingin mendedahkan fakta ringkas yang berlaku di sebalik Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini (Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Guaman Sivil No. 22NCVC-39-12/2013 di antara Mohd Shamsul bin Mat Amin v. Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang dikatakan tidak pernah diterima oleh pihak Presiden PAS sendiri mahupun peguam kepada beliau iaitu Tuan Haji Asmuni Awi hingga membawa kepada kegagalan memfailkan Memorandum Kehadiran di dalam tempoh masa yang ditetapkan yang akhirnya mengakibatkan Plaintif memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran ke atas Presiden PAS. 

Untuk makluman, pihak JUHAM telah memperolehi salinan dokumen (iaitu Afidavit Penyampaian) yang difailkan di mahkamah oleh peguam Plaintif dimana Plaintif mendakwa bahawa mereka telah menyerahkan saman tersebut kepada pihak Defendan melaui pos berdaftar akuan terima (pos AR berdaftar). Afidavit Penyampaian ini walaupun ianya merupakakan dokumen yang difailkan di mahkamah, tetapi ianya adalah dokumen umum yang diperolehi melalui carian yang dijalankan di kaunter pendaftaran mahkamah.

Di dalam afidavit tersebut yang bertarikh 11 Februari 2014, Plaintif telah melampirkan sama dokumen berikut iaitu:

1) sesalinan Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini,
2) surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Presiden PAS bagi tujuan menyerahkan Writ Saman tersebut; dan
3) Kad AR pejabat pos yang mengandungi nama dan tandantangan pihak yang menghantar dan menerima Writ Saman tersebut beserta dengan tarikh penghantaran dan tarikh penerimaan.

Di dalam surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Defendan bagi tujuan penyerahan Writ Saman bagi kes ini, tertera di dalam surat tersebut bahawa peguam Plaintif telah menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang (depan Masjid Rusila), 21080 Kuala Terengganu. Alamat penerima yang tertera di dalam surat ini jelas membuktikan bahawa peguam Plaintif tidak menghantar Writ Saman tersebut ke pejabat peguam Haji Asmuni Awi yang terletak di Ipoh, Perak. Maka, adalah tidak wajar sama sekali untuk menyalahkan Tuan Haji Asmuni Awi di atas penghakiman ingkar yang dimasukkan ke atas Presiden PAS tersebut.

Manakala berdasarkan kepada kad AR yang disertakan bersama dengan surat dan Writ Saman tersebut bagi tujuan merekodkan bukti penghantaran dan penerimaan, surat bersama Writ Saman tersebut telah diposkan oleh Peguam Plaintif pada 9 Januari 2014. Kad AR yang sama seterusnya menunjukkan bahawa Writ Saman tersebut telah diterima pada 16 Januari 2014 di alamat Presiden PAS sebagaimana yang tertera di dalam surat iringan tersebut. Bahkan terdapat cop Pejabat Pos Marang di atas Kad AR tersebut sebagai menunjukkan bahawa kiriman Writ Saman tersebut telah sampai ke Marang dan diproses oleh Pejabat Pos Marang sebelum diserahkan ke alamat Presiden PAS di Marang.

Di dalam Kad AR yang sama juga tertera tandatangan dan nama seseorang yang menerima serahan Writ Saman tersebut bagi pihak Presiden PAS. Walau bagaimanapun, JUHAM tidak boleh mendedahkan nama individu yang tertera di kad AR tersebut bagi mengelakkan sebarang unsur subjudis terhadap kes. Pihak Plaintif seterusnya telah menggunakan AR kad ini sebagai bukti yang diterima oleh mahkamah bagi menyokong hujahan mereka bahawa saman tersebut telah berjaya disampaikan dengan teratur kepada pihak Presiden PAS.

Pihak JUHAM bagaimanapun tidak dapat mengesahkan siapakah dia individu yang menerima AR kad tersebut. Kami juga dimaklumkan bahawa Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri telah menjelaskan bahawa pejabat Presiden PAS langsung tidak dapat menemui atau mengesan Writ Saman yang dikatakan telah disampaikan pada 16 Januari 2014.

Dalam hal ini, memandangkan writ saman ini tidak diserahkan oleh Peguam Plaintif kepada Tuan Haji Asmuni selaku peguam kepada Presiden PAS dan pada masa yang sama Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri mengesahkan bahawa Pejabat Presiden PAS juga tidak dapat mengesan Writ Saman tersebut, di mana asas dan logiknya Tuan Haji Asmuni dituduh sebagai leka dan lembap sedangkan beliau, sama seperti Presiden PAS dan juga Setiausaha Politik Presiden PAS, tidak mengetahui akan wujudnya Writ Saman tersebut?

Saya dimaklumkan bahawa pejabat Haji Asmuni hanya memperolehi salinan Writ Saman tersebut pada 11 Februari 2014. Merujuk kepada fakta ini, ada cakap-cakap daripada pihak tertentu yang mengatakan bahawa memandangkan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 17 Februari 2014 tersebut direkodkan di mahkamah pada tarikh Pengurusan Kes yang diadakan 23 Februari 2014 , maka ianya jelas kecuaian di pihak Haji Asmuni memandangkan Haji Asmuni telah menerima Writ Saman tersebut terlebih awal iaitu pada 11 Februari 2014. JUHAM ingin menegaskan bahawa pandangan ini jelas adalah salah dan tidak mengikut undang-undang.

Suka saya menjelaskan bahawa pada ketika Haji Asmuni menerima salinan Writ Saman tersebut pada 11 Februari 2014, ianya sudah melewati had masa 14 hari bagi Defendan memfailkan Memorandum Kehadiran yang dikira bermula dari tarikh 16 Januari 2014 iaitu tarikh penerimaan Writ Saman secara rasmi sebagaiman yang direkodkan di dalam Kad AR yang dilampirkan di dalam affidavit Plaintif. Dari segi undang-undang terutamanya peruntukan-peruntukan di dalam Rules of Court 2012, selepas dari tamatnya tempoh 14 hari tersebut, Plaintif berhak untuk memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran. Pada saat ini tiada apa yang boleh dilakukan Defendan meskipun Defendan menghantar satu ‘batalion’ peguam sekalipun ke mahkamah pada tarikh 23 Februari 2014 yang lalu untuk menyekat penghakiman ingkar tersebut. Pilihan yang ada bagi Defendan sekarang ialah memfailkan Notis Permohonan untuk mengketepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut sebagaimana yang telah saya jelaskan di dalam tulisan bertajuk ‘JID for Dummies’ yang lalu. JUHAM dari awal lagi memberikan komitmen untuk mengerahkan segala kekuatan yang ada untuk membantu membela Presiden PAS di dalam kes ini.

Satu lagi cerita dongeng yang disebarkan ialah kononnya Penghakiman Ingkar tersebut yang memerintahkan Presiden PAS untuk membayar gantirugi sebanyak RM2 juta kepada Plaintif bakal mengakibatkan Presiden PAS hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN dan akan menyebabkan berlangsung pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang. Pandangan sebegini juga adalah salah, penuh dengan imaginasi serta berbahaya kerana mereka ini tidak dapat membezakan di antara kes sivil dan kes jenayah. Kes saman yang dihadapi Presiden PAS ialah kes sivil. Ianya bukan kes jenayah yang membawa pelbagai hukuman seperti hukuman gantung, penjara, sebat atau denda. Berdasarkan Perkara 48 (1) Perlembagaan Persekutuan, antara perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen ialah apabila dia disabitkan dengan satu kesalahan jenayah yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan denda tidak kurang dari RM2 ribu ringgit. Di sini jelas, kes saman sivil yang membabitkan Presiden PAS atau mana-mana Ahli Parlimen sekalipun tidak akan menjejaskan status mereka selaku Ahli Parlimen.

JUHAM juga ingin memberikan respon terhadap tulisan terbaru Ustaz Zaharudin Muhammad bertarikh 26 Februari 2014 di laman facebook beliau yang menyatakan bahawa, “Semua akan lupa bertanya siapa yg letakkan alamat pejabat marang yang sepatutnya ialah alamat firma guaman terbabit? Apa lawyer yang telah diberikan amanah lakukan selepas mendapat mandat menguruskan kes? Bukankah surat pertama kes ini diserahkan tidak lama selepas ianya diterima?”

Sebagai jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Zaharudin Muhamad, beliau perlu terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan “Plaintif”, “Saman” dan apakah yang dimaksudkan dengan “Defendan”.  Di dalam kes ini, yang menyaman adalah Plaintif dan Defendan di dalam kes ini ialah Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Di dalam mana-mana saman bagi kes sivil, Plaintif bebas untuk meletakkan mana-mana alamat Defendan yang difikirkan sesuai bagi Plaintif. Dari segi undang-undang, Defendan tidak mempunyai kuasa untuk meminda alamat Defendan di dalam Saman yang difailkan oleh Plaintif. Meskipun sebelum dari Writ Saman ini difailkan lagi Hj Asmuni telah memaklumkan secara bertulis kepada peguamcara  Defendan memohon agar sebarang Writ Saman yang difailkan dapat diserahkan kepada Haji Asmuni sendiri, namun adalah di luar bidang kuasa Peguam Defendan sekiranya pihak Plaintif tetap ingin menyerahkan Saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Marang. Justeru, Hj Asmuni sebagai Peguam Defendan langsung tidak boleh dipersalahkan apabila pihak Plaintif meletakkan alamat Defendan di Marang kerana ia adalah hak sepenuhnya di pihak Plaintif.

Sebagai kesimpulan, JUHAM berharap agar pihak-pihak tertentu yang sedang giat menabur fitnah dan menyebarkan cerita-cerita palsu berkaitan kes ini supaya berhenti dari melakukan perbuatan yang tidak bermoral ini. JUHAM amat kesal dengan situasi yang berlaku ini yang seolah-olah meletakkan hukuman kepada seluruh jentera Peguam PAS yang sentiasa bertungkus-lumus untuk membela PAS serta pimpinan dan ahli-ahlinya. JUHAM khuatir situasi sebegini akan mengundang gelak-ketawa pihak musuh di luar sana.

Dalam hal ini, JUHAM bersedia untuk bersemuka dengan siapa sahaja yang inginkan penjelasan JUHAM berkaitan perkara ini. Moga segala kekalutan dapat dijernihkan dan kita semua dapat menumpukan kepada agenda perjuangan yang lebih besar.
Penulis ialah Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS Malaysia..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Wednesday, February 26, 2014

Akhirnya, S'gor ambilalih pengurusan syarikat air

Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai satu persetujuan untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan syarikat-syarikat bekalan air, yang akan menerima pampasan RM9.65 bilion.

Kerajaan persekutuan juga akan menyuntik dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu negeri ini menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

Sebagai balasan, Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2.

Maklumat itu disediakan oleh seorang pegawai dari Pejabat Menteri Besar Selangor, yang menghadiri sidang akhbar untuk mengumumkan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) tersebut

Ini menamatkan pertelingkahan sejak lima tahun lalu antara kerajaan pusat dan negeri berhubung perkara itu.

Malaysiakini dilarang meliputi sidang akhbar tersebut petang ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor hari ini mendatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang telah berlarutan sejak 2008, di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.
    
Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan detik bersejarah tersebut..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

CIMB : MAHADI BIN CHE HARON - 5577565400325258

PKR siasat laporan Azmin saman Suara Keadilan

PKR menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat laporan yang mendakwa Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menyaman organ parti, Suara Keadilan, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, jawatankuasa lima anggota itu diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty.

"Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat majlis pimpinan pusat (MPP) yang lepas mengenai tulisan saudara Isham Rais dalam Suara Keadilan (SK) yang dikaitkan bernada serangan terhadap beberapa pemimpin," katanya.

Keputusannya, tambah Saifuddin, MPP menubuhkan jawatankuasa lima yang akan berjumpa SK untuk mendapat maklumat mengenainya.

"Apabila selesai tugasnya, jawatankuasa ini akan melaporkan kepada parti (dan) kalau mereka menemui perkara seperti surat guaman, mereka akan mengangkat saranan kepada parti," katanya dalam satu sidang media pagi tadi.

Menurut Saifuddin, beliau ada mendengar tentang saman tersebut tetapi beliau tidak dapat mengesahkannya kerana tidak melihat sendiri sebarang surat dari firma guaman yang mewakili Azmin.

"Saya dengar begitulah (ada saman)... Saya belum tengok surat peguam itu, sejujurnya begitu," tambahnya.
Berita tentang saman Azmin Ali terhadap SK mula disiarkan lamanFree Malaysia Today yang memetik sumber terdekat dengan Azmin bagi mengesahkan perkara itu.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Nizar menang kes saman fitnah terhadap TV3

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap TV3 berhubung fitnah melibatkan nombor pendaftaran kereta WWW1.

Panel tiga orang hakim diketuai Hakim Datuk Mohd Arif Mohd Yusof memutuskan Mohammad Nizar berjaya membuktikan wujudnya niat jahat oleh defendan, iaitu TV3.

Hakim Mohd Arif berkata barisan hakim sebulat suara mengenepikan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan mendapati defendan bersalah melakukan fitnah.

Keputusan sebulat suara itu turut dipersetujui oleh Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.
Hakim Mohd Arif kemudian mengarahkan agar nilai ganti rugi ditentukan oleh Mahkamah Tinggi..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Taib Mahmud letak jawatan ADUN Balingian

BN lakukan tak bazir jika PR buat Bazir... itu lah Barang naik punya Sikap

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian kosong berkuat kuatkuasa Jumaat ini berikutan peletakan jawatan penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Taib berkata, notis pengosongan itu sudah diserahkan kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, lapor BH Online..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Monday, February 24, 2014

Sedikit info utk ahli keluarga kita.

.. 1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam? Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat. 2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah? Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap. 3. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam? Pakar memberitahu: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda! 4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya? Pakar memberitahu: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama. 5. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam? Pakar memberitahu: Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda. Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita. Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling kurang kita boleh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita. Pesan kat anak bini..
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Suasana pilu, Liza Abdullah sah bercerai talak satu

liza abdullahKUALA LUMPUR - Pelakon terkenal 80-an Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin.
Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.
Suasana di dalam kamar pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat.
Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.
Liza, 50, yang memfailkan permohonan perceraian tersebut menerusi peguam syarie, Sa’adiah Din pada 25 November tahun lalu turut ditemani oleh ahli keluarga dan rakan artis ke mahkamah termasuklah Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil.
Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
liza abdullah 2
Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di mahkamah.
Sementara itu, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah yang mengenakan jubah hitam ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas mengenai penceraian tersebut.
Manakala Zolkifli menganggap penceraian itu sebagai ketentuan Allah.
“Semuanya selesai dengan baik dan saya tiada komen selain penceraian ini adalah ketentuan Allah,” katanya.
Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.
Liza itu yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an, lapor mStar.
Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Penguna Lebuhraya Plus

Info- Jika memandu di lebuhraya plus kita selalu terserempak dengan objek2 yang menghalang perjalanan kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu, kayu dan lain2 lagi. 
Jika kita terlanggar dan kenderaan kita mengalami kerosakan...Tahukah anda...kita boleh claim dengan pihak Plus?? kerana kenderaan yang melalui Lebuhraya telah di insuranskan. Caranya mudah sahaja, ikuti langkah2 di bawah:
1. Hubungi Plus Ronda 1800 88 00 00 (ada di belakang kad touch n go atau tiket transit)
2. Bgtau lokasi kemalangan dan kemalangan di sebabkan halangan tersebut, pastikan KM berapa dan arah ke mana.
3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerak keluar di mana2 plaza tol yg berhampiran. Pastikan resit diambil.Kalo touch n go atau smart tag kena print dr website Plus.
4. Sila buat laporan di kaunter plaza toll. Kemudian pihak plus akan pastikan benar kejadian tersebut dan pihak Plus akan ambik gambar bukti kenderaan anda.
5. Buat laporan di balai trafik yg berhampiran atau di kawasan tersebut.
6. Kemukan claim kepada Plus berserta laporan polis dan gambar kenderaan anda sebelum baiki dan selepas baiki. Walaupun anda claim insurans kenderaan atau guna duit sendiri. Adalah nanti borang akan di isi di sana.
7. Plus akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14hari dari tarikh kita kemukan report polis dan gambar.
Moga bermanfaat. 
- msg dari member yg kerja dgn syarikat insuran.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Makanan halal dan politik haram

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Saya dimaklumkan tentang penganjuran Ekspo Makanan Halal Antarabangsa Kelantan 2014 yang akan berlangsung mulai esok 25 Rabiul Akhir 1435H bersamaan 25 Februari 2014 selama lima hari di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Teringin sekali saya untuk turut sama meninjau dan melihat sendiri makanan halal yang dipamerkan di dalam ekspo ini tetapi kesihatan saya sedikit tidak mengizinkan. Bahkan mulai hari ini, saya dinasihatkan doktor untuk berehat beberapa hari dan menjalani rawatan rutin. Saya harapkan doa daripada saudara-saudara agar Allah SWT memberikan saya kekuatan yang berpanjangan untuk terus berdiri menyampaikan dakwah melalui medan politik di tanah air ini.

Saya suka untuk menulis sedikit berkenaan Ekspo Makanan Halal Antarabangsa Kelantan 2014. Pertamanya, saya rakamkan tahniah kepada penganjur kerana mengambil inisiatif mengadakan ekspo sebegini. Ia satu langkah yang cukup baik dalam mengajak masyarakat khususnya umat Islam agar menyedari kepentingan halal haram di dalam pemakanan seharian.

Halal haram ini bukan ciptaan manusia. Ia hukum yang datang daripada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW telah menegaskan bahawa perkara yang halal dan haram itu semuanya telah jelas tanpa sebarang syak wasangka. Di dalam pemakanan, sesuatu yang haram yang bersatu dengan darah daging akan membawa akibat yang buruk dan antaranya ialah memayahkan doa untuk dimakbulkan Allah SWT.

Ketika saya diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990, aspek halal haram inilah yang kita ketengahkan di dalam pentadbiran. Ia bukannya hanya wujud di dalam pemakanan bahkan di dalam pengurusan ekonomi. Justeru, kita pindahkan wang kerajaan dari perbankan konservatif kepada perbankan Islam agar wang itu menjadi halal dan diuruskan dengan pengurusan yang tidak terlibat dengan ribawi.

Alhamdulillah, pengurusan kewangan berjalan dengan baik dan sempurna sekalipun tidak terlibat dengan riba. Jika makanan yang halal pun enak dimakan, demikian juga pengurusan ekonomi yang halal, tetap menguntungkan dan mendatangkan manfaat. Sesuatu yang halal itu bukanlah susah untuk dicari jika tidak ditutup oleh nafsu manusia yang enggan menerima kebenaran.

Di dalam politik juga begitu. Ada politik halal dan ada politik haram. Masyarakat perlu dididik agar merasa jijik untuk menyentuh politik yang haram sebagaimana mereka jijik untuk menyentuh makanan yang haram. Saya yakin dan pasti, orang Melayu khususnya terdidik agar tidak memakan binatang-binatang tertentu yang dianggap haram mutlak di sisi Islam. Ia dianggap jijik dan sangat hina. Namun sayangnya dalam masa yang sama, rasa jijik terhadap politik haram tidak setinggi rasa jijik terhadap politik yang haram.

Masyarakat wajib diajar bahawa politik menzalimi orang lain itu adalah politik yang haram. Politik menyekat hak kepada pihak yang berhak adalah politik haram, politik mengambil hak yang bukan sepatutnya ialah politik yang haram. Demikian juga politik yang mengambil kesempatan untuk menerima rasuah, salah guna kuasa dan khianat juga adalah politik yang haram. Jika kesedaran ini berjaya ditingkatkan dan masyarakat sedar sepenuhnya, saya yakin pihak yang berdiri di atas asas politik yang haram tidak akan wujud lagi di negara ini.

Kefahaman ini adalah akar tunjang di dalam berpolitik. Jika kefahaman ini berjaya disemai, pohon jahiliyyah yang sekian lama menaungi pastinya akan tumbang juga.
Selamat berekspo dan salam hormat..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

TGHH beri syok sementara kepada Shamsul Bekas Calon PKR

KUALA LUMPUR: Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS akan memfaikan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secepat mungkin.

Permohonan itu dijangka difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Setiausaha Luham, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya akan mengambil langkah wajar untuk membatalkan penghakiman tersebut.

"Merujuk kepada perkara tersebut pihak Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Pas Pusat akan mengambil tindakan sewajarnya pada hari esok (hari ini) untuk suatu proses membatalkan penghakiman tersebut," kata beliau.

Sementara itu, Peguam PAS, Asmuni Awi berkata, pihaknya yakin perintah tersebut boleh diketepikan.

"Kita menerima perintah itu hari ini (semalam) dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok (hari ini) juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepadaThe Malaysian Insider.
Dalam pada itu satu sidang media akan dibuat oleh Asmuni pada jam 3 petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu berkait kes itu..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Thursday, February 20, 2014

KEGAGALAN KHALID SAMAD MEMAHAMI UNITY GOVERNMENT DAN KEGOPOHAN MENERIMA IDEA KONSENSUS NASIONAL

Merujuk kepada tulisan Khalid Samad (KS) beralamat: …., mengatakan bahawa Unity Government (UG) ditakrifkan sebagai:

"pembentukan sebuah kerajaan bersama di antara BN dan PR. Walaupun ada yang berpendapat diantara UMNO dan PAS, tetapi saya memahaminya sebagai BN dan PR. Dan dalam masa yang sama pembangkang ditiadakan. Semua duduk sebagai kerajaan dan persaingan parti pemerintah dan pembangkang secara terbuka ditiadakan".

Titik kesalahan KS bagi memahami UG adalah : "dan persaingan parti pemerintah dan pembangkang secara terbuka ditiadakan". Padahal, entiti parti, pembangkang dan Pakatan Rakyat tidak sama sekali ditiadakan. Penggabungan hanyalah dari pembentukan kerajaan yang tidak melibatkan parti politik. Bagi mendapat rujukan lanjut mengenai UG, sila hit alamat ini:http://en.wikipedia.org/wiki/National_unity_government .

Kesilapan kefahaman KS bukanlah kesilapan teknikal semata-mata tetapi mengulangi lagi kesilapannya dengan mengatakan: "Semua duduk sebagai kerajaan dan persaingan parti pemerintah dan pembangkang secara terbuka ditiadakan".

Begitu juga, KS telah melakukan kesilapan besar dalam memahami Konsensus Nasional (KN). KS mengatakan:
"KN membawa erti pemerintah dan pembangkang duduk bersama berbincang mengenai isu-isu tertentu dengan tujuan mencari titik persamaan dan persetujuan terhadap cara mengusahakan sesuatu penyelesaian secara bersama. Ini dilakukan dalam keadaan parti pemerintah tetap sebagai parti pemerintah dan parti pembangkang kekal sebagai parti pembangkang dan masing-masing terus dengan peranan masing-masing".

Intipati takrif KS ini adalah sebagaimana berikut:
1. Parti Pemerintah tetap sebagai parti pemerintah
2. Parti Pembangkang kekal sebagai parti pembangkang.
3. Parti Pemerintah dan pembangkang duduk bersama berbincang.

Intipati pertama dan kedua yang disebut KS adalah sebagaimana diamalkan sekarang. Begitu juga entiti ketiga iaitu parti pemerintah dan pembangkang duduk bersama berbincang adalah sebagaimana diamalkan sekarang. Justeru, KN tiada beza dengan sesuatu yang wujud dan ada sekarang kerana Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri telah sedia ada menjadi tempat dimana wakil-wakil rakyat dari pelbagai latar belakang parti politik duduk bersama.

Malah, penghujahan KS mengenai MAPEN dan Dialog Nasional hanya menerangkan sesuatu yang sudah berlaku sebelum KN, disebut yang telah berlaku dan selalu berlaku serta tiada perubahan dan pembaharuan entiti dan kesan KN melainkan semuanya adalah idea sia-sia.

Sebenarnya, penghujahan KS menampakkan ketidak matangan dan kegagalan beliau dalam menampil dan membentuk hujah yang konkrit. Jawapan KS hanyalah bersifat egoist iaitu berlagak dengan memandang rendah pandangan orang lain. Karakter sebegini tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang pemimpin jamaah Islam. Di bawah ini, saya senaraikan kata-kata egonya:

1- "Walaupun ini merupakan persoalan bodoh dan kebudak-budakan, tetapi oleh kerana ada yang beranggapan begitu maka ia perlu dijawab".

2- "dengan sikap kebudak-budakan yang ditunjukkan sebahagian ahli, sehingga isu wala’ dan thiqah terus ingin dibangkitkan selepas 5 tahun, itulah apa yang tetap tercapai".

3- "Tahap pemikiran seperti mereka ini agak kebudak-budakan. Perbahasannya peringkat bangku sekolah rendah. Teringat saya suasana semasa saya di sekolah rendah bagaimana ada yang bergaduh atas perosalan ayah siapa yang lebih pandai!".

4- "Biarkanlah. Semakin terserlah kebudak-budakan mereka".

Setelah definisi atau takrifan UG dan KN serta segala penghujahan Khalid Samad telah dipaparkan dalam tulisan pendek ini, saya ingin menasihati YB Khalid Samad supaya belajar beradab dengan adab Islam. Sabda Nabi S.A.W. "Antara kebaikan (adab) Islam adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermakna". Pelajarilah sabda nabi yang paling asas jikalau mahu menulis sesuatu, bukanlah menulis dengan tulisan yang tidak konkrit dan berbaur emosi. Apatah lagi menggunakan kata-kata yang tidak elok. Saya mengharapkan agar semua ahli PAS menilai sikap dan perangai beliau, adakah orang sebegini layak dipilih dan digelar sebagai pemimpin Islam dan Jamaah Islam.

Ust. Nazri Ahmad
Ketua Pemuda PAS Pahang.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Air Gau.

PENGENALAN

Air Minuman GAU merupakan air yang terpancar dari mata air di Kampung Sungai Gau, Temerloh, Pahang. Ia dikatakan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. Air ini juga telah diuji oleh MARDI untuk mengetahui khasiat, zat, keracunan dan bahayanya. Hasil ujian menunjukkan air ini mengandungi ketumpatan serta kandungan bahan galian yang menyerupai air zam-zam.

KHASIAT AIR MINUMAN GAU

Air ini mempunyai khasiat dari segi Rohani dan Jasmani serta sesuai diminum oleh setiap lapisan umur tanpa mengira bangsa dan keturunan. Air penawar semulajadi ini dapat membantu:Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh,Meneutralkan kadar asid dalam badan sebagai sumber merawat penyakit, Meningkatkan stamina tubuh, Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen, Membina dan menguatkan tulang dan gigi, Meningkatkan hemoglobin dalam sel darah merah, Mengurangkan kadar gula dalam darah, Membersih serta melancarkan sistem penghadaman, Membersih serta melancarkan sistem kumbahan, Membersihkan kandungan darah di dalam tubuh, Mengurangkan tekanan darah tinggi, Mencerdaskan minda dan memulihkan tenaga, pH beralkali sebagai penjana tenaga dan Mempunyai kadar garam galian yang tinggi (TDS 294mg/l) dan pH 7.9.

FAKTA UTAMA

Air minuman GAU adalah dari sumber bawah tanah (Mata Air) yang bebas dari pencemaran serta mengandungi ION2 Mineral, pH Beralkali dan Beroksigen. Ia juga mengandungi kandungan mineral yang sangat tinggi. Kandungan pepejal terlarut (TDS) Air Minuman GAU adalah 294 mg/I. Ia telah melepasi tahap Piawaian Antabangsa (TDS) yang hanya sebanyak 250 mg/I.

RINGKASAN
Antara mineral penting yang terdapat di dalam Air Minuman GAU ini ialah: KalsiumKalsium (Ca) digunakan dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia sangat penting dalam penghantaran impuls saraf, pembekuan darah dan pengecutan otot. Ca turut meningkatkan pH di dalam tubuh menjadikan tubuh lebih beralkali yang seterusnya menggalakkan sistem imuniti tubuh bertindak terhadap virus dan bakteria. Medium alkali tidak sesuai untuk pertumbuhan virus dan bakteria.MagnesiumTugas memerlukan Magnesium (Mg) larut air bersama dengan kehadiran Ca. Ca tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kehadiran Mg. Pengambilan Ca bersama dengan jumlah Mg yang sesuai membantu menurunkan badan serta menjadikan anda kelihatan muda dan bertenaga..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Wednesday, February 19, 2014

Hairan bagaimana Mahathir terpengaruh ajaran sesat - Harussani

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad.

Menurutnya, tindakan itu telah memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman terpesong itu walaupun ianya telah difatwakan sesat oleh kebanyakan negeri sebagai pemikir yang sesat dan menyeleweng dalam ajaran Islam.

"Saya hairan bagaimana Mahathir boleh terpengaruh dengan ajaran sesat Kassim Ahmad hingga sanggup mempertahankannya.

"Saya mengecam bekas perdana menteri (Mahathir) yang menyokong dan mempertahankan (kenyataan Kassim)," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya, dekat sini hari ini.

Harussani menjelaskan, kerajaan perlu menguatkuasaan undang-undang selaras dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh banyak negeri termasuk Perak dan bertepatan dengan rukun negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang agar golongan sesat seperti Kassim Ahmad boleh diambil tindakan.

"Tidak ada gunanya bertempik bahawasanya perlembagaan Malaysia ada begitu begini tapi perlaksanaanya tiada.

"Kassim Ahmad sepatutnya wajib diambil tindakan kerana beliau telah difatwakan sesat oleh banyak negeri dan telah digazetkan," jelasnya lagi.

Harussani menyatakan, kenyataan Kassim Ahmad sangat merbahaya kepada akidah umat Islam kerana tokoh anti hadis itu menyangkal beberapa perkara pokok dan asas dalam agama Islam.

Kassim Ahmad katanya menyerlahkan lagi kejahilannya apabila meletakkan ulama Islam sebaris dengan kasta paderi, begitu juga dalam mengistinbatkan ayat-ayat hukum berkaitan aurat.

"Saya menyeru Kassim Ahmad dan mereka yang bersetuju dengan pandangan beliau supaya bertaubat," katanya.

Jelas beliau, Kassim bukan orang yang berkeahlian dalam membicarakan ayat-ayat hukum di dalam Al-Quran kerana sangat kurang ilmu asas bahasa arab dan ilmu-ilmu usul fiqh yang merupakan mekanisme penting dalam menginstinbat hukum sebaliknya hanya menggunakan ilmu logik.
"Saya menyeru kepada semua umat Islam agar jangan terpengaruh dengan ucapan beliau (Kassim Ahmad) kerana ia secara jelas bercanggah dengan asas-asas ajaran Islam," tegasnya..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

Kenyataan penuh Jakim berhubung isu Kassim Ahmad

JAKIM.
BERIKUT kenyataan penuh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengenai Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian.

Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

- Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

- Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

- Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

- Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran

- Mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

- Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadith

- Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i) Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

ii) Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii) Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

iv) Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.

v) Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi) Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Quran

vii) Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.

Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.

Di samping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam.

Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini.

Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.

Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri.

Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com

isu sebenar - kes bapak report polis pasal guru rotan anak dia

Ingat tak lagi kes bapak report polis pasal guru rotan anak dia.. ini penjelasan sebenar.. !!

Korang ingat lagi tak kes bapak budak buat report polis sbb anak dia kena pukul dengan cikgu dlu2...?? Okay ni kisah sebenar apa yang berlaku.... admin baru dapat info drpd Tengku Ess. Mohon kalian sebarkan.

Btw, pihak admin memohon beribu kemaafan kepada mana-mana pihak terutamanya kepada keluarga mangsa kerana sebelum ini telah berlaku salah faham dalam penyebaran berita. Kami memohon maaf dan akan memastikan sumber kami sahih terlebih dahulu sblm disebarkan.

Terima kasih.

-joekacak-

PENJELASAN SEBENAR KES TERSEBUT.. ANYWAY JOM KITA TERJAH SEKOLAH YANG DOK SIMPAN CIKGU BANGANG TU PULAK... ORANG SURUH MENGAJAQ YG DOK EMOSIONAL BANTAI MURID TU APA SAL.. DAN PADA GURU BESAQ PULAK AWAT DOK FREEZE KAN KES TU PULAK JADILAH ORANG TENGAH YANG BAIK...