Pages

Monday, April 21, 2014

Ubah orang vs Ubah diri sendiri

Oleh : Myfendi 

Antara kerjaya yang mendapat pulangan tinggi di dunia ini ialah kerjaya ubah orang. Ubah orang jahat jadi baik, ubah orang malas jadi rajin, ubah orang bodoh jadi pandai, ubah orang jahil jadi berilmu, ubah orang sakit jadi sihat, ubah kaki bangku jadi pemain bola sepak profesional, ubah imej dan penampilan selekeh kepada ala-ala orang kaya dan macam-macam lagi. Untuk itu lahirlah kerjaya kaunselor, guru, pensyarah, doktor, ustaz, jurulatih bola sepak, juru perunding imej dan bermacam kerjaya lagi.

Selain dari itu ubah orang juga menjadi satu perniagaan yang menguntungkan. Contohnya ubah orang untuk jadi ketawa melalui cerita atau filem komedi, ubah orang jadi takut melalaui filem seram dan ubah orang jadi romantik melalui filem-filem cinta. Kos untuk mengubah orang ini  menelan belanja jutaan ringgit modal. Dan jika ramai yang dapat di ubah jutaan ringgit juga berjaya dikaut sebagai keutungan. Sekarang ni ramai yang nak ubah orang dari berani menjadi takut, sebab itulah cerita-cerita seram selalu mendapat box office.
Ada juga kerjaya untuk ubah orang dari lelaki menjadi perempuan, ubah kedut di muka menjadi licin macam telur dikupas dan ubah  rupa yang tua menjadi muda. Ada yang guna ubat ada yang guna pembedahan dan sebagainya.
Untuk mengubah orang bukannya senang. Mengubah fizikal, mengubah bakat, mengubah ilmu dan mengubah kemahiran tidaklah semudah MENGUBAH SIKAP. Sikap sangat sukar diubah kerana ianya menjadi sebahagian dari diri seseorang.
Malaysia dah merdeka lebih 53 tahun. Namun jika kita lihat sikap tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan, buang sampah di merata-rata masih menjadi sebahagian sikap yang sukar untuk di ubah. Kerajaan  boleh memperuntukkan berjuta ringgit untuk kempen atau kerja-kerja penyelenggaraan sampah. Tetapi selagi sikap kita tidak berubah, selagi itulah kita lihat sampah sarap dibuang di merata-rata. Tidak hairanlah Mingguan Malaysia 23 Januari 2010 melaporkan, secara perbandingan sampah yang dihasilkan dalam tempoh lima hari sahaja boleh menutupi seluruh negeri Perlis yang berkeluasan 810 kilometer persegi.
Budaya menjaga kebersihan, tidak buang sampah merata-rata dan hargai kemudahan awam perlu bermula dari diri sendiri. Nak ubah sikap orang memang susah. Yang penting ubah sikap kita dahulu. Kemudian ahli keluarga terdekat, lepas tu barulah mesyarakat.  Setiap kita perlu memastikan kebersihan diri, rumah, halaman rumah dan  ruang kerja di pejabat bersih dan tersusun  terlebih dahulu. Kalau di halaman rumah kita pun bersepah dan belakang rumah kita pun bersemak samun, jangan haraplah nak ubah orang lain atau nak ubah dunia.
Mula kan dari diri kita telebih dahulu. Semoga dengan membudayakan ubah diri suatu hari nanti orang akan berubah tanpa kita perlu mengubah. Dari positif kepada negatif, bukan sebaliknya.Ubah diri sendiri dahulu dan dunia akan berubah.Mahatma Gandhi pernah berkata ”Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita tetapi meminjamkannya daripada generasi yang akan datang – myfendi.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Gear rosak, MH192 patah balik

Penerbangan Malaysia Airlines yang menuju ke Bangalore, India, hari ini berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui Twitternya berkata penerbangan itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagI dan semua penumpang serta anak kapal selamat.
 
Beliau dalam perjalanan ke KLIA.
 
Pengurus Penyelidikan Van Diemen John, 40-an, berkata juruterbang pesawat MH192 itu amat profesional ketika mengendalikan pendaratan.
 
"Juruterbang itu begitu tenang ketika beliau mengumumkan bahawa kami terpaksa berpatah balik ke KLIA tetapi perlu menghabiskan sebahagian minyak dahulu.
 
"Kami berlegar-legar di Selat Melaka dan Kuala Lumpur. Beberapa jam kemudian kami mendarat dengan selamat.
 
"Beliau memberikan arahan dengan jelas. Beliau amat profesional dan melakukannya dengan baik," kata John yang terbang dari Shanghai untuk ke Bangalore berjumpa dengan pasukan penyelidiknya.
 
Sementara itu, seorang lagi penumpang dari Pulau Pinang yang enggan dinamakan berkata pendaratan kecemasan itu dikendalikan dengan baik.
 
"Juruterbang dan anak kapal mengikut prosedur dengan betul. Ia dikendalikan dengan baik dan saya tidak panik," katannya sambil menambah, beliau tidak memberitahu keluarganya mengenai insiden itu.
 
Sementara itu warga Australia Miranda Jason Juse, 30, berkata disebabkan  jurutebang dan anak-anak kapal bertindak secara profesional, semua penumpang berasa tenang semasa empat jam terbang, berlegar-legar di udara Selat Melaka.
 
"Juruterbang melakukan yang terbaik untuk mendarat dengan selamat dan pesawat itu mendarat lembut dan lancar. Keadaan di dalam pesawat pun tenang sebaik kami selamat mendarat," katanya.
 
Semua penumpang agak keletihan selepas melalui pengalaman cemas itu tetapi mereka masih mampu memberikan senyuman kepada para pemberita sebagai menyatakan terima kasih kepada dunia yang mereka mendarat dalam keadaan selamat.
 
- Bernama.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Friday, April 18, 2014

Adun Paloh cedera, isteri maut

Nozula Mat Diah
Gambar kiri: Kenderaan Nozula yang rosak teruk dalam kemalangan yang mengorbankan isteri beliau. Gambar kanan: Keadaan Nozula yang cedera akibat kemalangan petang tadi

IPOH - Isteri Adun Paloh, Kelantan, Datin Maziah Din disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, lewat petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, turut menyebabkan, Datuk Nozula Mat Diah cedera setelah kereta dinaiki mereka terbabas.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kereta jenis Nissan Murano dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke arah Simpang Pulai hilang kawalan sebelum melanggar tebing bukit.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, insiden berlaku akibat permukaan jalan yang licin.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital, sementara Nozula yang memandu kereta kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan stabil,” katanya.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh, pembantu maut kemalangan jalan raya

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi, lapor Roketkini.

Jurucakap polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah.

Karpal, 74, dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal.

Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.

Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.

Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi facebooknya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Tuesday, April 15, 2014

Mahkamah Tinggi ketepi perintah penghakiman ingkar

Asmuni (kiri) bersama pemimpin PAS Pusat dan negeri yang turut hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pagi ini.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Demikian dimaklumkan peguam Asmuni Awi ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, hakim memutuskan demikian dengan alasan penyerahan saman tidak teratur iaitu diserahkan kepada pihak yang tidak wujud.

Selain itu, katanya penghakiman ingkar RM2 juta yang diperolehi oleh plaintif tidak mengikut kaedah mahkamah 2012.

“Jadi mahkamah memerintahkan defendan masukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari bermula hari ini untuk tetapkan pengurusan kes pada 18 Mei,” ujarnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Februari lalu mengarahkan Presiden PAS membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh bekas calon PKR itu, Mohd. Shamsul Mat Amin.
Berikutan itu, Asmuni telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada keesokan hari.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

PENJELASAN SEBENAR LELAKI YANG MEMBUAT LAPORAN POLIS BERKENAAN BUNYI LAUNGAN TARHIM DAN AZAN YANG TERLALU KUAT

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita terkejut. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.

Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.
Pakcik Mohd Said ketika rumahnya didatangi ramai orang yang tidak berpuas hati.Kredit photo: Ohartis.com
Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:
Assalamualaikum
Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam.

~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang
Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said itu. Sumber
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Sunday, April 13, 2014

Usaha Membawa ‘Private Bill’ Bergantung Kepada ‘Standing Order’ Parlimen – Presiden PAS

MARANG – Kontradiksi yang belaku dalam perlembagaan Negara adalah masalah yang tidak diselesaikan oleh Umno walaupun telah menguasa Negara lebih dari 50 tahun.
Walaupun perlembagaan persekutuan, kata Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyebut bahawa Islam adalah agama persekutuan, jadual ke 9 menghalang bidang kuasa negeri berkaitan kuasa Islam tidak boleh mengtasi mahkamah sivil.
Menurutnya, peruntukan dalam perlembagaan ‘tinggalan penjajah’ itu meninggalkan orang-orang Islam tidak mempunyai kuasa dalam bidang undang-undang.
“Masalahnya bukan masalah kita (PAS). Masalahnya ialah Umno yang menguasai (negar) sejak 50 tahun lebih(tapi krisis) perlembagaan masih tak selesai (sedangkan Perlembagaan menyebut Islam sebagai agama persekutuan…….. agama lain bebas (diamalkan)
“Dalam masa yang sama, jadual ke 9 (menjadi halangan), bidang kuasa negeri dalam bidang agama Islam, tak boleh mengatasi bidang mahkamah sivil. Jadi mananya kuasa orang Islam? Itu (perlu kepada) penyelesaiannya. Berlaku kontradisi dalam perlembagaan itu sendiri,”ujarnya.
Belau berkata demikian ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Russila dekat sini ketika diminta mengulas, usaha kerajaan PAS Kelantan membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS telah berusaha untuk membawa usul berkaitan ke parlimen sejak tahun 90-an lagi.
“Kita (PAS) dah membuat satu keputusan untuk membuat satu jawatankuasa yang membuat kemaskini. Sebenarnya saya sudah buat usul di parlimen pada 90-an (lagi) tentang pindaan perlaksanaan syariah itu. Dah pernah ada usul tu. Cuma kita nak kemaskini saja.
“Kita akan bawa ke parlimen dan perlu kita sedar bahawa sebarang usaha di parlimen bergantung kepada ‘standing order’ iaitu peraturan-peraturan parlimen,”jelasnya.
Katanya, usul persendirian yang bukan dibawa oleh kerajaan pusat mestilah terlebih dahulu mendapat usul daripada menteri kabinet yang mengizinkan kita untuk membawa usul.
Kemudian, katanya, ia perlu disokong oleh kerajaan, setelah dipersetujui barulah kita boleh bawa usul itu dan sesuatu usul yang berkait dengan pindaan perlembagaan, ia memerlukan majoriti dua per tiga.
Ustaz Abdul Hadi menolak tohmahan yang mengatakan bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 adalah hanya ‘deraf’ yangbelum siap dan masih perlu dikemaskini.
Kemudian ada suara suara yang berkata, selepas 20tahun lebih tu masih nak kemaskini, nak buat draft u masih tak siap lagi, kemudian bila ada seruan nak bawa tu, masih ada lagi beberapa perkara yang perlu dilihat.
“dah siap………… Dah diluluskan oleh kerajaan negeri (dan) di Terengganu sudah digazetkan. Sudah ditandatangani oleh sultan. Di Kelantan pun sudah diluluskan. Dan kita sudah pun mengadakan dialog dengan (pihak) NGO bukan Islam pada 90-an dulu.
“Setelah dialog dilaksanakan (dibuat) baru kita bawa ke (Sidang) Dewan Undangan Negeri (dan) Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Kelantan dah lulus,”tegasnya.
Apa yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia, katanya, dalam proses PAS berusaha memertabatkan undang-undang syariah tersebut, Perdana Menteri ketika itu, Tun. Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat amaran keras, akan bertindak sekiranya kerajaan Kelantan melaksanakannya
“Cuma kita kene sedar dalam proses itu, kita telah menerima surat daripada PM tahun 90-an, memberi amaran, sekiranya Kelantan melaksanakan, kerajaan akan bertindak.
“Dan kita juga mendapat satu saman di mahkamah oleh seorang (ahli) MT (Majlis Tertinggi) Umno yang bantah Terengganu. Dia bawa ke mahkamah. Dan tahun 90-an, saya sudah bawa usul berkait undang undang tentang murtad.
“(kalau) Tak silap (saya), tiga usul yang disediakan oleh almarhum HJ Idris seorang pegwai di jabatan peguam Negara. Dia menyediakan rang undang undang dan kita bentang di parlimen.
“Tapi malangnya kita menghadapi proses yang disebutkan tadi. Kemudian, mengikut ‘standing order’, di mana agenda kerajaan hendaklah diutamakan,”terang beliau lagi.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Saturday, April 12, 2014

Tiga maut, bas terbalik di jalan Bentong-Raub

KEADAAN bas ekspress dua tingkat yang membawa 68 penumpang remuk teruk selepas terbalik di Bukit Lebu jalan Bentong - Raub mengakibatkan tiga maut dan 15 parah tengah malam tadi. - Foto Azmaidi Abidin

BENTONG: Tiga maut termasuk sepasang suami isteri manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki terbabas dan merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Km 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam tadi.

Mereka yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, isterinya Zarifah Alias, 26, dan seorang warga Somalia Mohamad Mohamud Abdalla, 31.

Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89.

Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata mayat mangsa yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.

Mohamad Nor berkata sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.

"Nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Baharu.

"Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya kepada Bernama.

-Bernama
.

salam for all pelanggan http://drsunnah.com/ /
Terkini perkhidmatan reload dan byr bil mengunakan 1sms dari hp anda...dengan langkah amat mudah.

1. daftar hp anda ke 0139910717
2. masukkan modal ke server - maybank mahadi che haron - 112080586371
3. boleh buat jualan

pertanyaan - 0139910717