Pages

Thursday, October 30, 2014

Tragedi Muharram 1436H, Suatu Episod Bersifat Kehaiwanan

PAS Wilayah Persekutuan berasa dukacita, sedih, pilu serta terkejut dan memandang serius kejadian perobohan rumah pasangan warga Malaysia berbangsa Melayu di Kampung Chubadak , Kuala Lumpur pada hari semalam, 4hb Muharram 1436 bersamaan 28hb Oktober 2014. Apatah lagi apabila kami dimaklumkan bahawa rumah tersebut adalah milik pasangan warga emas yang sudah menetap disitu sekitar 45 tahun lamanya.
Apa yang lebih mengejutkan kami juga ialah , operasi perobohan itu dilaksanakan tanpa notis awal. Apatah lagi menurut laporan yang kami terima , sehingga kini pihak pemaju masih gagal melunaskan bayaran pampasan kepada pasangan warga emas tersebut. Mereka datang dan terus roboh !!!
IMG-20141029-WA0040Ianya merupakan satu kemalangan dan tragedi kepada isu kemanusian dan kebajikan rakyat Malaysia. Apatah lagi mereka yang menjadi mangsa kezaliman tersebut adalah terdiri daripada golongan yang lemah dan tidak berdaya. Apa yang mereka miliki hanya semangat dan lidah untuk mengungkapkan kata-kata mempertahankan hak mereka. ” Tolong jangan roboh rumah kami “. Ungkapan pendek tapi sayang adakah ianya sampai kepada perdengaran Perdana Menteri kita yang terkenal dengan ungkapan ‘Rakyat didahulukan’?
[Gambar : Atas - Rumah terakhir dirobohkan dan dibakar sisanya. Kiri - Ahli Parlimen PAS pada hari ini Rabu 29 Oktober, menziarahi warga emas yang menjadi mangsa dalam tragedi Kampung Chubadak ]
Kami PAS Wilayah Persekutuan yakin rintihan itu pasti Allah s.w.t akan mendengarnya. Sekiranya isu Kg Chubadak pun kerajaan gagal untuk mencari penyelesaian yang baik , apatah lagi rakyat Malaysia boleh harapkan daripada kerajaan ini ?! Tanah sekangkang kera yang didiami pasangan warga emas yang berjasa kepada Kota Kuala Lumpur pun diambil dengan sedimikian rupa, inikan pula tanah milik rezab melayu yang dikatakan agak terancam ditempat-tempat yang lain?
Walaupun pelbagai alasan diberikan oleh pihak DBKL kepada pemilik rumah tersebut , adakah nilai kemanusiaan juga kita tidak boleh bertolak ansur ? Pasangan warga emas yang terdiri daripada 12 ahli keluarga tersebut bukanlah asing kepada kita , mereka berbangsa Melayu dan apa yang lebih penting daripada seorang Melayu iaitu mereka adalah manusia ! beragama Islam dan banyak berjasa kepada bumi kotaraya ini. Tetapi inikah balasannya ?!
Rasulullah s.a.w bersabda :
ثلاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَاباتٌ لهُنَّ ، لا شَكَّ فيهِنَّ : دَعْوَةُ المَظْلومِ ، و دَعْوَةُ المُسافِرِ ، و دَعْوَةُ الوالدينِ على ولدِهِما
الراوي: أبو هريرة المحدث: المصدر: صحيح الأدب المفرد – الصفحة أو الرقم: 24
خلاصة حكم المحدث: حسن
Maksudnya :
” 3 doa yang akan dimustajabkan oleh Allah s.w.t , tanpa ada keraguan baginya : Pertama , doa orang yang dizalimi. Kedua , doa orang yang bermusafir dan yang ketiga , doa kedua-dua ibubapa ke atas anak mereka ”
” Terus Beristiqamah”
Hj Mohamad Noor Mohamad
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
29hb Oktober 2014
5h Muharram 1436H



Bebanan kehidupan


Adalah
SATU REVOLUSI BARU
DUNIA PERNIAGAAN MASA HADAPAN!
Dengan RM100...
MENJANA
 RM45,000 Sebulan !!!
PELUANG menjana pendapatan lumayan & mencapai impian anda bersama
My-NaturalHerbs2u.Com

..Team Kerja Yang Mantap..


Gabungan Produk Sunnah Dan Alami




Transkrip Soal Jawab Presiden PAS Dengan Peguam Plaintif





Berikut transkrip soal jawab antara Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perbicaraan yang diadakan di mahkamah tinggi Kuala Terengganu semalam, Selasa 28 Oktober, dengan pihak peguam plaintif di kamar mahkamah.

S1: Sila nyatakan jawatan Dato' Seri (Abdul Hadi Awang) sekarang?
Saya (Abdul Hadi) sekarang adalah seorang Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu iaitu Adun Rhu Rendang. Saya juga merupakan Presien kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Ahli Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

S2: Boleh Dato' Seri jelaskan kenapa hadir ke mahkamah pada hari ini?
Saya hadir ke mahkamah pada hari ini untuk memberikan keterangan bagi menafikan segala dakwaan dan saman fitnah yang dikaitkan pihak plaintif terhadap saya.

S3: Tadi Dato' Seri ada menyatakan sebagai Ahli Majlis PR (Pakatan Rakyat). Boleh jelaskan apakah fungsi ahli majlis PR itu?
Fungsi Ahli Majlis PR ialah untuk menyelaras perkara-perkara politik dan strategi bersama parti-parti kompenan PR.

S4: Sehari selepas hari penamaan calon PRU ke-13, adakah Dato' Seri terlibat dengan sebarang ceramah politik?
Ya, ada terlibat di beberapa tempat ceramah. Pertama, saya dijemput untuk memberikan ceramah sempena PRU13 selepas penamaan ialah di Kampung Tebakang. Dun Alor Limbat juga berada di dalam Parlimen Marang, tempat saya bertanding dalam pilihan raya tersebut sebagai mewakili calon Parlimen Marang.

S5: Boleh Dato' Seri jelaskan siapa lagi yang memberikan ceramah di situ?
Saya berceramah bersama dengan Ustaz Ariffin Deraman yang juga calon Dun Alor Limbat, Ustaz Muda Abdullah yang menggantikan Dato' Mustafa Ali.

S6: Lebih kurang berapa lama Dato' Seri berceramah?
Saya memberikan ceramah lebih kurang 30 minit sahaja kerana selepas itu ada beberapa tempat lagi yang perlu saya pergi.

S7: Boleh Dato' Seri jelaskan secara ringkas kandungan ceramah itu?
Secara umumnya kandungan ceramah saya menyentuh mengenai isu-isu pilihan raya, manifesto Pakatan Rakyat khususnya di negeri Terengganu dan isu pilihan calon.

S8: Apakah yang Dato' Seri maksudkan dengan isu pilihan calon sebagaimana yang Dato' Seri nyatakan tadi?
Terdapat beberapa kerusi Dun di beberapa negeri di Malaysia berlaku pertindihan kerusi antara sesama parti Pakatan Rakyat dan pembangkang. Contohnya, antara PKR dengan PSM di Dun Semenyih, DAP dengan PSM di Dun Jelapang, termsuk juga pertindihan calon-calon PAS dengan PKR di beberapa kerusi di negeri ini. Dengan ini dijadikan isu oleh parti lawan (BN) yang menguasai media. Hal tersebut memerlukan penjelasan kepada saya selaku ketua parti.

S9: Mengapa penjelasan dibuat di Kampung Tebakang dan bukan di tempat lain?
Pertama, kerana ia merupakan ceramah pertama saya selepas penamaan calon, di mana saya dijemput untuk memberikan ceramah. Apabila saya dijemput untuk berceramah maka, saya akan sebut perkara yang sama di situ. Keduanya, ceramah itu dihadiri oleh pihak media.

S10: Sila beritahu mahkamah di manakah kerusi yang berlakunya pertindihan antara calon PAS dengan PKR?
Dun Panti di Johor, Dun Kota Damansara di Selangor, Dun Sungai Aceh di Pulau Pinang. Manakala, di Terengganu di Dun Seberang Takir, Dun Kota Putra dan Dun Bukit Besi.

S11: Adakah persoalan kandungan ceramah tersebut Dato' Seri ada merujuk kepada plaintif?
Tidak...malah, saya tidak sebut nama sesiapa pun atau nama-nama tempat dan kerusi yang berlaku pertindihan tersebut. Nama calon pun saya tidak sebut.

S12: Adakah Dato' Seri mengenali plaintif sebelum plaintif memfailkan samannya kini kepada Dato' Seri?
Tidak...saya tidak kenal dan tidak tahu langsung nama dia dan seingat saya...saya tidak pernah berjumpa dengan dia.

S13: Adakah Dato' Seri mempunyai sebarang permusuhan atau pertikaian dengan plaintif?
Dalam keadaan saya tidak kenal dia, tidak manasabah untuk saya mempunyai permusuhan atau pertikaian dengan plaintif.

S14: Adakah Dato' Seri mempunyai niat jahat terhadap plaintif semasa memberikan ceramah tersebut?
Tidak sama sekali...saya tidak kenal dia (plaintif).

S15: Selain Kampung Tebakang di Alor Limbat. Adakah Dato' Seri memberikan ceramah yang khusus di tempat lain?
Adanya di Alor Limbat sahaja.

S16: Pada Ahli Majlis Presiden PR. Adakah ia juga memberi tanggungjawab kepada Dato' Seri untuk mempastikan bahawa setiap calon yang mewakili dalam parti-parti PR merupakan calon-calon yang berintegriti dan tidak dipertikaikan?
Ya...

S17: Adakah ini bermakna Dato' Seri selaku Presiden PAS berhak menentukan calon-calon dari parti daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat?
Tidak..kerana (integriti) ini ditentukan oleh parti masing-masing. Kami dari Ahli Majlis Pakatan Rakyat hanya bertanggungjawab menjelaskan kreaterial-kreaterial umum yang mesti dimiliki oleh calon Pakatan Rakyat.

S18: Berhubung dengan tindakan saman yang dikaitkan dengan Dato' Seri. Adakah Dato' Seri menerima sebarang surat tuntutan dari pihak-pihak lain yang berkaitan dengan ceramah Dato' Seri sampaikan di Kampung Tebakang tersebut?
Ada daripada Encik Badrul Hisham Syaharin pada 8 Ogos 2014.

S19: Siapa yang menghantar surat tuntutan tersebut kepada Dato' Seri bagi pihak Encik Badrul Hisham?
Surat tuntutan itu dihantar oleh peguam Tetuan Vasudevan A & Co.

S20: Boleh Dato' Seri maklumkan kepada mahkamah siapa Encik Badrul Hisham ini?
Beliau adalah calon daripada PKR bagi Dun N21 Sungai Aceh Pulau Pinang pada Pilihan Raya Rmum ke-13.

S21: Apa yang terpenting dari kandungan surat tuntutan tersebut?
Beliau mendakwa ucapan saya mengenai pil kuda di Kampung Tebakang merujuk kepada beliau.

S22: Adakah benar seperti yang didakwa oleh kandungan surat itu?
Tidak benar seperti yang saya katakan sebelum ini ucapan saya itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.



IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com


Halau penduduk Kg Banggol Donas, tindakan k’jaan Terengganu dikecam


KUALA TERENGGANU 14 OKT: PANTAS mengecam tindakan kerajaan BN Terengganu mengarahkan penduduk Kampung Banggol Donas, Kuala Merus mengosongkan kediaman mereka dalam 21 hari.
Menurut Pertubuhan Anak Terengganu Sedar - Pantas, perkara itu dinyatakan Penolong Kanan Pentadbir Tanah bahagian Pengambilan Tanah, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda.
“Kenyataan yang telah dikeluarkan adalah tindakan berlebihan.Kg_Banggol_Donas
“Tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang penjawat awam tanpa merujuk kepada kronologi sebenar,” kata Presiden PANTAS, Saudara Mahadi Che Haron.
Kata Azziadi, dalam laporan akhbar Sinar Harian pada 11 Oktober, Wan Hariff menyatakan jika penduduk tidak berpindah sehingga tarikh notis tamat, kediaman mereka akan dirobohkan.
Pembinaan jalan dan jambatan sejauh 7.6 km dari Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong (Fasa I) dan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda, Mukim Manir (Fasa II) menelan belanja RM226 juta.
Ia melibatkan pengambilan 76 lot tanah bagi fasa 1 dan 184 lot bagi fasa II.
Merujuk menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pengambilan tanah bagi projek trersebut tidak pernah diwartakan.
“Bagi isu pengambilan tanah di Kampung Banggol Donas, tiga laporan SPRM dibuat. Sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang laporan mengenai perjalanan siasatan

“Notis tersebut mesti ditarik balik serta-merta,” kata Mahadi

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com


Wednesday, October 29, 2014

Situasi menarik perbicaraan Presiden PAS 28 Okt 14




KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam telah ditangguhkan 23 November depan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah saksi defendan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Ariffin Deraman dipanggil untuk memberi keterangan.

Sebelum itu, Tuan Guru Abdul Hadi dan Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail turut memberi keterangan.

Tuan Guru Abdul Hadi menghadapi saman yang difailkan bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin susulan ceramah Presiden PAS itu di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 semasa kempen PRU berkenaan.

Berikut ialah petikan catatan Alang Ibn Shukrimun yang mengikuti perbicaraan itu.

Perbicaraan bermula pada 9.40 pagi dengan memanggil saksi pertuduhan plaintif, YB Azan Ismail yang juga Pengerusi PKR Terengganu. Seorang lagi saksi ialah wartawan Kosmo kerana pertuduhan dibuat atas butir laporannya. Namun beliau tidak menghadirkan diri.

Selepas rehat jam 10.15 pagi, mahkamah memanggil TGHH sebagai defendan bagi memberi keterangan. Segala pertanyaan dijawab walaupun hakim menyatakan empat soalan terakhir yang diajukan peguam plaintif tidak perlu dijawab kerana tidak relevan. Antaranya soalan adakah TGHH setuju bahawa beliau gagal mengemukakan empat orang saksi tentang kenyataannya? Macam bicara kes hudud zina pula.

Akhirnya mahkamah memanggil YB Ariffin Deraman sebagai saksi kenyataan TGHH pada ceramah yang menjadi subjek pertuduhan. Namun tiada sebarang soalan diajukan kepadanya.

Pada jam hampir 11.30 pagi, mahkamah menangguh perbicaraan ke 23 November depan.

Mahkamah sesak dipenuhi penyokong TGHH dari seluruh negara termasuk Sabah hingga memaksa hakim membenarkan pemerhati duduk bersila di atas lantai. Mungkin ini mencetus suatu sejarah baru di Malaysia.

Apa yang menarik ialah reaksi spontan pemerhati yang mengikuti prosiding dari awal hingga akhir. Walaupun pihak mahkamah meminta pemerhati senyap, tetapi reaksi-reaksi yang tercetus dari pemerhati adalah spontan dalam separuh sedar.

Seingat saya ada tiga babak menarik:
Babak 1
Peguam: Bagaimana YB boleh menganggap Tuan Guru dalam ceramahnya memaksudkan orang muda di kalangan calon yang mengalami pertindihan kerusi? Adakah benar Chegu Bard juga seorang di antara calon di kerusi bertindih?

YB Azan: Ya benar.

Peguam: Adakah benar Chegu Bard juga orang muda?

YB Azan: Err... saya tak kenal siapa Chegu Bard.

Spontan pemerhati ketawa. Azan bukan sahaja Pengerusi PKR Negeri, beliau juga mengaku salah seorang yang terlibat menentukan calon di peringkat Pusat. Chegu Bard pula pemimpin PKR pusat paling tersohor, mungkin lebih dikenali berbanding Azmin Ali.

Kalau benar beliau tak kenal, kami ahli PAS sangat kenal Chegu Bard jika setakat ingin menjawab soalan peguam. Mungkinkah ukhuwwah ahli PAS terhadap ahli PKR lebih utuh berbanding sesama pimpinan PKR sendiri?

Babak 2
Peguam: Adakah Datuk Seri setuju bahawa kenyataan Datuk Seri adalah fitnah?

TGHH: Siapa orang yang saya fitnah itu?

Peguam: Datuk Seri (TGHH), adakah benar kenyataan Datuk Seri adalah satu pembohongan?

TGHH: Tidak benar. Ia adalah suatu dosa besar menurut agama Islam.

Spontan pemerhati bertakbir. Walaupun telah mengawal suara masing-masing, namun laungan Allahu Akbar tetap bergema kerana hampir keseluruhan melafazkannya serentak.

Babak 3
Peguam: Adakah Tuan Guru mengenali plaintif sebelum pada waktu tersebut?

TGHH: Tidak kenal, tidak tahu dan seingat saya tidak pernah berjumpa dengannya.

Peguam: Adakah Tuan Guru ada sebarang permusuhan dengan beliau?

TGHH: Adalah tidak munasabah saya bermusuh dengannya dalam keadaan saya tidak mengenalinya.

Spontan kami ketawa.

Seronok melihat perbicaraan TGHH berbanding saudara Azan. Suara TGHH lantang menjawab semua soalan sedangkan suara Azan amat perlahan dan meleret walaupun dekat dengan microphone. Hakim terpaksa mencelah menegur Azan kerana tidak menjawab soalan yang diajukan peguam.


TGHH sudah biasa terlibat dengan perbicaraan di mahkamah. Beliau pernah berhadapan peguam New York Post di mahkamah luar negara berhubung isu pertuduhan terrorist terhadap beliau. TGHH menang dalam perbicaraan tersebut. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com


Monday, October 27, 2014

Pintu Masuk Dipagar, Keadaan Tegang Di Perkarangan UM



Kuala Lumpur, 27 Okt - Keadaan menjadi tegang di Universiti Malaya setelah pintu masuknya telah dipagar bagi menghalang orang ramai dari masuk untuk mengikuti ceramah Anwar pada malam ini.


Pemimpin pelajar berucap memohon dibukakan pintu pagar UM. Masuk! Masuk! Masuk! Jerit pelajar. 


Keadaan juga menjadi semakin tidak terkawal setelah beberapa penyokong yang berkumpul mula bercakap-cakap untuk merempuh pintu pagar UM.





Ceramah yang dijadualkan bermula pada 8.30 malam itu bagaimanapun masih belum bermula apabila kelibat Anwar masih lagi belum kelihatan(8.45 malam).

Pihak Universiti Malaya sebelum ini menyatakan program ceramah dari Anwar sempena rayuan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan esok tidak mendapat kebenaran dari pihak universiti.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com


‘RV Discovery’ Bukan Kapal Penyelidikan, Tapi Kapal Pembaziran – PAC


pelancaran RV DiscoveryJawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) telah mencadangkan supaya tindakan diambil terhadap beberapa pegawai kanan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke atas pembayaran sebanyak RM14.39juta untuk sebuah kapal penyelidikan.
PAC, dalam laporannya ke atas perolehan kontrak kapal penyelidikan oleh UMT, menamakan dua bekas Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Abd Aziz Deraman dan Prof Datuk Dr Sulaiman Md Yassin, dan pengarah perkembangannya Mohd Zaideen Yusoff sebagai antara mereka yang bertanggung jawab .
Dalam laporannya, PAC telah melabelkan pemerolehan RV Discovery sebagai projek sakit (projek bermasalah).
“Walaupun kapal itu selesai, ia bukan satu kapal penyelidikan seperti tujuan asal kontrak, dan itu adalah satu pembaziran,” menurut laporan itu, yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin 27 Oktober.
PAC juga mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memulakan penyiasatan terhadap salah urus perolehan kapal tersebut.
RV Discovery1Universiti itu telah menugaskan pembangunan sebuah kapal penyelidikan untuk harga RM11.99 juta bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan pada tahun 2004.
Unit Perancang Ekonomi telah meluluskan skop perolehan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan dengan peruntukan ‘siling’ RM12.5mil.
Walau bagaimanapun, projek ini telah melalui dua perubahan yang membawa kepada kos meningkat dari RM11.99mil untuk RM14.39mil.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 telah menonjolkan kos ‘berlebihan’ dan mendapati bahawa kapal itu tidak dapat belayar kerana tidak mempunyai Sijil Penumpang.
“Jabatan Laut mendapati kapal yang diperlukan untuk mematuhi Kod Penghantaran Tujuan Khas dan Sijil Tujuan Kapal Kapal. Walau bagaimanapun, Jabatan mendapati bahawa ia tidak boleh mengeluarkan Sijil Tujuan Khas Kapal dan kapal itu dikategorikan sebagai kapal kargo semata-mata,” kata PAC.



IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com


Saturday, October 25, 2014

Kenapa ISIS Tempur Habis-Habisan di Kobane?

Kenapa ISIS Tempur Habis-Habisan di Kobane?
KOBANE (voa-islam.com) - Banyak yang bertanya, kenapa Kobane menjadi kota yang semakin berkibar namanya di pemberitaan. Apabila di Irak, mujahidin IS tengah menyerang beberapa kota di wilayah Anbar untuk membuka jalan menuju Baghdad maka di Suriah mujahidin IS memusatkan banyak pasukannya untuk mengepung dan menyerbu wilayah Kobane yang dikuasai oleh milisi Kurdi.
Kobane yang memiliki nama lain Ayn al Arab merupakan sebuah kota kecil namun memiliki posisi yang strategis. Kobane menjadi salah satu pintu masuk logistik dan bantuan internasional yang menuju Suriah dari Turki selain Yamadiyyah di Provinsi Latakia dan Bab al Hawa di Provinsi Idlib.

Dibawah kekuasaan Bashar Assad, Kobane masuk kedalam Provinsi Allepo. Pertama kali dibebaskan dari rezim Bashar Assad ketika awal Revolusi Suriah, tepatnya 19 Juli 2012 oleh kelompok Mujahidin. Setelah bebas dari Bashar Assad, Kobane dikotrol oleh pasukan milisi Kurdi YPG. Kobane telah berkali-kali mendapat serangan dari milisi IS namun berhasil dipatahkan hingga 16 September lalu, IS kembali melakukan serangan ke wilayah Kobane dan menjadi serangan terbesar yang dilancarkan IS ke Kobane.
Banyak yang bertanya-tanya kenapa IS terlihat bergitu memaksa untuk menguasai Kobane padahal di Kobane tidak terdapat pasukan Bashar Assad atau kelompok Mujahidin lain yang selama ini menjadi “musuh” IS.
Ada beberapa kemungkinan tentang alasan IS yang mati-matian menggempur Kobane.
Pertama, posisi Kobane yang merupakan salah satu jalur logistik Internasional menuju Suriah, terutama menuju Raqqah, ibukota dari IS. dengan mengontrol Kobane, IS bisa mengawasi jalur keluar masuk yang melintasi Kobane dari dan menuju Suriah.
Kedua, Serangan IS ke Kobane adalah serangan “balas dendam” IS kepada pasukan Peshmerga di Provinsi Erbil, Irak. IS gagal falam menakhlukkan Provinsi Erbil, sebuah provinsi yang mayoritas berpenduduk Kurdi.
Ketiga, penyerangan IS ke Kobane hanya strategi kamuflase IS untuk menutupi tujuan utama mereka, yaitu menyerang Baghdad. Kondisi terakhir di Irak menunjukkan bahwa IS sedang menumpuk kekuatan dan menduduki beberapa kota yang berada didekat Baghdad.
Beberapa kali Baghdad diguncang serangan bom yang diklaim oleh IS, salah satunya sebuah ledakan disebuah masjid Syi’ah dipusat Kota Baghdad. Beberapa aktivis mengabarkan bahwa posisi IS sekarang hanya berjarak beberapa kilometer dari Baghdad. Bahkan di wilayah Abu Ghuraib, IS hanya berjarak sekitar 15 km dari Bandara Internasional Baghdad. [MuhammadUmar/voa-islam.com

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com


Saya tidak akan batalkan perjanjian air - azmin


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia ingin melihat kualiti dan pengurusan air yang berkesan di negeri itu dan tidak berniat untuk membatalkan perjanjian air yang dimeterai di antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Saya tidak akan membatalkannya (perjanjian). Saya mahu pelaksanaan disempurnakan secepat mungkin agar rakyat mendapat bekalan air yang mencukupi di masa hadapan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star.

Azmin bagaimanapun berkata dia akan tetap mendesak agar kerajaan Persekutuan mendedahkan kandungan perjanjian secara sepenuhnya.

“Bagaimana saya dan pentadbiran baru dapat mempertahankan keputusan yang diambil sekiranya kami tidak dapat menjelaskan terma dan syarat-syarat, kadar tarif yang dikenakan serta bagaimana ia akan memberi kesan kepada pengguna?” kata Azmin dalam wawancara itu.

Azmin diminta mengulas mengenai desakan sesetengah pihak yang mahu beliau membatalkan perjanjian tersebut yang menganggap ia perjanjian di antara bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan UMNO.

Akhbar itu turut berkata bahawa Azmin  turut menerima dokumen memorandum persefahaman (MOU), perjanjian mengenai persefahaman dan perjanjian induk namun ia dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Oleh kerana itu, saya tidak boleh dedahkan butiran yang terdapat di dalam perjanjian. Ia hanyalah perjanjian biasa dan transaksi perniagaan di antara negeri dan Persekutuan. Ia bukan berkaitan keselamatan negara,” tambah beliau.

Azmin juga berkata beliau telah menulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili meminta kerajaan Persekutuan mendedahkan butiran perjanjian itu kepada orang awam tetapi ia tidak dibalas.

Namun Dr Ongkili berkata Peguam Negara tidak membenarkannya dan pihak syarikat juga tidak bersetuju.

Pada 12 September lepas, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor memeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air.

Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd (ASSB), sebuah entiti baharu, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.

ASSB mengambil alih tiga syarikat konsesi air negeri Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), PNSB, Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan pemegang lesen perkhidmatan iaitu Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB).


IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com


Thursday, October 23, 2014

Laluan CSR Pakej Ketiga dibuka sepenuhnya akhir tahun ini

MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) melihat struktur tebing di bahu jalan ketika bersama-sama delegasi Kementerian Kerja Raya meninjau dan melawat kerja-kerja menyiapkan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) bermula dari Bentong Pahang, sehingga ke Kuala Krai, Kelantan. Foto: BERNAMA


LIPIS: Kerajaan Persekutuan akan membuka laluan Central Spine Road (CSR) bermula dari Merapoh ke Relong, Kuala Lipis, akhir tahun ini.



Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata ini adalah pakej ketiga membabitkan jarak laluan sejauh 107 kilometer.

Menerusi pakej berkenaan, katanya kerajaan akan membina tiga jambatan hidupan liar (Eco-Bridge) di Lembah Sungai Yu membabitkan kos RM60 juta.

"Projek ini adalah pakej ketiga yang diluluskan pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bermula dari Merapoh ke Simpang Pelangai, Bentong.

"Menerusi projek ini, kerajaan memberi perhatian khusus terhadap aspek pemuliharaan hidupan liar. Kita membina laluan utama haiwan berkenaan antara Taman Negara Kuala Tahan di sebelah timur dengan Banjaran Titiwangsa di sebelah barat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas taklimat Projek CSR Pakej Ketiga dari Gua Musang, Kelantan hingga ke Kampung Relong di Kampung Kubang Rusa di sini, petang tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Ir Zohari Akob.

Fadillah berkata, pembinaan tiga buah jambatan hidupan liar itu bukti keprihatinan kerajaan terhadap pemuliharaan hidupan liar dan habitat berkenaan berdekatan hutan taman negara.

"Selain memberi tumpuan kepada aspek keselesaan kepada pengguna, tujuan kerajaan mengekalkan alam semula jadi di sepanjang projek CSR ini adalah untuk dijadikan aset kepada industri pelancongan.

"Saya yakin Lembah Yu akan menjadi transit terpenting kepada pemandu dari Lembah Klang ke Pantai Timur dan berpeluang melihat haiwan liar seperti gajah, harimau, tapir serta seladang melintas di bawah jambatan berkenaan," katanya.

Sumber: Berita Harian Online | 21 Oktober 2014

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com


Wednesday, October 22, 2014

Izzah: Tahniah penganjur acara sentuh anjing

http://wow.drsunnah.com



SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.

Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.

“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.

Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.

Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.

Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah. - Sinar Harian
IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com


Saturday, October 18, 2014

AMK MERAYU KEPADA PAS

AKHIRNYA AMK MERAYU AGAR PAS DAN DAP TURUT SERTA MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA DSAI DALAM KES LIWAT II.


Akhirnya AMK sudah sedar dari lamuan mimpi khayalan syok sendiri merasakan diri itu hebat dan mendapat sokongan padu rakyat terutamanya anak-anak muda ... akui yang kekuatan AMK kini tidaklah seberapa tetapi bunyi kokok jantan nyaringnya cukup kuat tapi habuk pun tarak!!!!

Akui secara terbuka jika AMK mau maju dan mampu menambat hati anak-anak muda, mau tidak mau kena berkerjasama dengan Dewan Pemuda PAS dan DAPSY.

Kalau sekadar AMK sahaja, maaf cakap ... jumlah yang hadir rasanya lebih ramai lagi perhimpunan anjuran PERKASA, Isma hatta JATI.

Tahniah diucapkan kerana sedar dan terima kebenaran dan sudah balik kebumi menerima realiti.

Sebab itu bila ada pecacai memaki hamun Omak sebab menghebahkan kenyataan dan kebenaran, Omak mengambil sikap mendiamkan diri sebab mau masa akan menentukan segala-segalanya.

Tiada ruginya merendah diri mohon pertolongan dan bantuan rakan-rakan jika sedar kekuatan diri tidak sehebat mana.

Hentikan menyakitkan hati rakan-rakan dengan serangan dan sindiran bertali arus ... Jangan pula nanti bersikap melepaskan anjing tersepit  .. bila sudah selesai, mula balik menyakitkan hati rakan ... buatlah langkah memperkukuhkan ukhwah demi kekuatan gagasan.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengharap agar PAS dan DAP akan turut serta menunjukkan solidariti terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II pada 28 dan 29 Oktober depan.

Naib Ketua AMK Mohd Radzlan Jalaludin berkata, sebagai kawan, beliau berharap pemuda PAS dan DAP akan menyertai perhimpunan itu demi untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Pemuda Pakatan.

Pada sidang akhbarnya, beliau turut mengumumkan seramai 300 ahli AMK akan berperanan sebagai skuad keselamatan bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini pada tarikhh berkenaan.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.



IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com