Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
memutuskan untuk pulang meninjau banjir teruk di tanah air hari ini
ekoran kecaman yang diterima selepas gambarnya bermain golf dengan
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii tersebar luas.
Difahamkan, pesawatnya akan terus mendarat di Kelantan esok, “untuk melihat sendiri keadaan tersebut” dan juga untuk “bersama rakyat”.
"Saya mengambil maklum keadaan banjir yang berlaku. Saya merasai bagaimana mereka kehilangan rumah dan keluarga kehilangan orang yang tersayang.
"Ketika saya berada di sini, saya sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara, yang telah memberi jaminan kepada saya bahawa mereka sedang melakukan semua yang mereka boleh untuk membantu mereka yang telah terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.
Maklumat di laman penjejak penerbangan Flighradar24 menunjukkan jet eksekutif Najib sudahpun berlepas dari Los Angeles, Amerika Syarikat, lewat petang ini waktu Malaysia.
Sementara itu, kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Najib akan mempengerusikan satu mesyuarat dan mendapat taklimat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pengurusan Bencana Negara, jawatankuasa bantuan, kerajaan negeri dan pasukan
"Berikutan laporan terbaru bahawa keadaan semakin lebih buruk, Perdana Menteri berpendapat adalah perlu untuk menyelia sendiri tindakan," kata seorang jurucakap kerajaan dalam kenyataan tersebut.
Najib juga dijadual melawat mangsa banjir dan akan berbincang langkah baru bagi membantu mangsa yang telah dipindahkan.

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com