Pages

Wednesday, June 24, 2015

RPK : Bagaimana DAP Bunuh Karier Politik Azmin



AIDCNews – 22/6/15 – Raja Petra Kamaruddin (RPK) menjelaskan bagaimana DAP cuba membunuh karier politik Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Menurut RPK, karier politik Azmin bergantung jawatannya iaitu Menteri Besar Selangor, maka bertitik tolak dari situ, DAP akan menggunakan pelbagai taktik termasuk memberi tekanan terhadap pentadbiran Azmin untuk melemahkannya.
Berikut merupakan terjemahan artikel RPK bertajuk “How DAP is going to kill Azmin” :
Setakat yang kita semua lihat kini, DAP memang jauh lebih bijak daripada apa yang disangka. Sebenarnya Azmin adalah target utama mereka, tapi DAP tidak boleh mengaku lagi. Jadi sebagai helah taktikal, mereka membangkitkan pula isu Hudud dan mula menyalahkan Hadi dengan mengatakan bahawa Presiden PAS itu sebagai punca perpecahan di dalam Pakatan Rakyat – Dan Azmin yang menerima padahnya apabila disingkirkan dan diganti dengan Wan Azizah.
DAP di dalam media sosial sejak beberapa minggu kebelakangan ini, berkali-kali mengatakan bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang lah yang ‘membunuh’ Pakatan Rakyat. Tetapi yang peliknya di sini, DAP lah yang beriya-riya memutuskan ‘nyawa’ Pakatan Rakyat sementara PAS dan PKR masih lagi menafikan dan masih cuba menyambung ‘nyawa’ pakatan pembangkang itu yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.
Nampak tak permainannya ?
DAP sakit hati dengan Hadi disebabkan Presiden PAS itu tidak menyokong ‘Kajang Move’ dan penyingkiran Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Hadi juga kemudiannya tidak menyokong perlantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail.untuk menggantikan Khalid.
DAP dan PKR menginginkan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid, namun Hadi memilih Azmin. Sementara DAP dan PKR menyerahkan hanya satu nama untuk pengganti Khalid sebagai Menteri Besar, Hadi pula mengusulkan dua nama, Azmin dan Wan Azizah.
Yang sebenarnya, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ada calon ketiga, Iskandar Samad. Jika Hadi mengusulkan tiga nama seperti diingini Sultan Selangor, sudah pastilah Selangor kini mempunyai Menteri Besar daripada ‘orang’ PAS.
Tetapi, Hadi tidak melakukannya, beliau hanya mengusulkan dua nama, kedua-duanya dari PKR, tiada satu pun dari PAS, jadi keputusannya, Azmin lah yang dipilih menjadi Menteri Besar.
Pastilah, PAS, DAP dan PKR sudah mengetahui tentang perkara ini. Semua pihak tertanya-tanya mengapa Hadi tidak mencalonkan nama ketiga, Iskandar seperti yang Sultan Selangor mahukan. Kalau Hadi menurut titah Sultan masa itu, sudah tentulah Iskandar yang akan dipilih sebagai Menteri Besar, bukan Azmin.
Jawapannya mudah saja, Walaupun PAS boleh ‘merampas’ kerusi Menteri Besar Selangor dari PKR, tapi Hadi tak mahu melakukan perkara itu. Jika diimbas kembali, sekitar Hari Raya tahun lepas, Hadi dipanggil bersemuka secara peribadi dengan Sultan dan tindakan itu telah mencetuskan spekulasi pelbagai pihak.
Tambahan pula Wan Azizah juga telah menghantar surat kepada Sultan untuk memohon mengadap, namun permohonan Wan Azizah itu ditolak. Dalam masa yang sama, Sultan Selangor menitahkan Hadi ke istana untuk perjumpaan secara tertutup.
Pada asasnya, perjumpaan secara tertutup Hadi dengan Sultan Selangor itu diadakan untuk membincangkan soal PAS yang bakal mengambil alih kerusi Menteri Besar Selangor.
Posisi Menteri Besar itu sebenarnya sudah berada di tangan PAS, namun Hadi menolak dan memberikannya kepada Azmin. Isu ini adalah satu fakta yang tidak pernah dibincangkan. Sebaliknya, mereka membincangkan bagaimana Hadi mengkhianati Pakatan Rakyat.
Jikalau Hadi benar-benar ingin mengkhianati Pakatan Rakyat, sudah pastilah beliau akan mengusulkan nama ketiga, Iskandar Samad kepada Sultan. Tapi Hadi tidak melakukannya, malah beliau hanya menyerahkan dua nama, kedua-duanya daripada PKR.
Isu Hudud pula merupakan isu (lama) iaitu sejak dari tahun 1993. Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan (baru-baru ini) telah meluluskan pindaan undang-undang Syariah negeri itu yang telah diluluskan pada 1993 iaitu kira-kira 15 tahun sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.
Apabila Pakatan Rakyat ditubuhkan pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah menarik balik Rang Undang-Undang (hudud) itu. Ia masih kekal di dalam rekod.
Oleh itu, ketika DAP dan PKR telah menandatangani pakatan dengan PAS pada tahun 2008, mereka sudah mengetahui bahawa hudud masih dalam rekod di Kelantan dan Terengganu dan jika PAS menang Terengganu sama ada pada 2008 atau 2013, hudud akan masih kekal di dalam rekod tersebut.
PAS tidak pernah menarik balik pindaan Rang Undang-Undang Syariah Kelantan sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan tujuh tahun yang lalu dan tidak akan berbuat demikian jika mereka memenangi semula Terengganu pada tahun 2008 atau 2013.
Perjanjian dalam pembentukan Pakatan Rakyat pada tahun 2008 tidak memasukkan syarat bahawa PAS mesti menarik balik Rang Undang-Undang Pindaan Syariah di Kelantan atau di Terengganu jika PAS berjaya memenangi semula negeri-negeri itu. Oleh itu, hudud akan tetap ada dalam rekod di Kelantan dan Terengganu.
Apa yang Kerajaan Negeri Kelantan (saya ulangi, Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya Presiden PAS Abdul Hadi Awang) kini lakukan adalah untuk mencadangkan pindaan terhadap hudud 1993. Ya, pindaan kepada Rang Undang-undang Syariah yang telah diluluskan pada tahun 1993 dan diluluskan kembali dengan pindaan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Hadi bukan berada dalam DUN Kelantan atau Menteri Besar Kelantan dan mereka yang tahu struktur PAS juga akan mengetahui bahawa PAS Kelantan mempunyai kuasa autonominya sendiri.
Malah, PAS di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor, Selangor, dan sebagainya, mempunyai lebih atau kurang autonominya.
Mereka akan memutuskan sesuatu pekara yang mereka sendiri mahu lakukan di negeri masing-masing.
Adakah anda masih ingat apa yang PAS Kedah telah lakukan, menentang kehendak PAS Pusat, di mana akhirnya kerajaan negeri kembali jatuh semula ke tangan Barisan Nasional ?
Bukankah DAP di Sabah dan Sarawak juga mempunyai kuasa autonomi ? Adakah anda akan mengkritik Lim Kit Siang berkaitan dengan keputusan DAP Sabah dan Sarawak lakukan walaupun apa yang mereka lakukan bertentangan dengan dasar atau keputusan DAP Pusat ?
Bagaimanapun, isu hudud hanya sekadar untuk mengalihkan perhatian. Isu sebenar adalah Azmin Ali. DAP mahu menggulingkan Azmin kerana dia enggan tunduk kepada DAP atau puak Wan Azizah dalam PKR.
Tetapi, mereka tidak boleh menyingkirkan Azmin sepertimana yang mereka telah lakukan terhadap Khalid Ibrahim. Mereka tidak boleh menuduh Azmin dengan pelbagai isu seperti mana yang mereka lakukan kepada Khalid kerana ia akan nampak terlalu ketara? Jadi mereka telah membunuh ‘Pakatan Rakyat’ dengan harapan bahawa ia akan mencetuskan krisis di Selangor.
Di Kelantan tidak akan ada perubahan sejak PAS menguasai negeri itu dengan majoriti yang jelas. Di Pulau Pinang, DAP dan PKR mengawal 29 daripada 40 kerusi negeri juga akan selamat.
Bagaimanapun, Di Selangor, PKR hanya mengawal 13 daripada 56 kerusi. Jadi ini meletakkan PKR dalam minoriti tidak seperti PAS di Kelantan atau DAP-PKR di Pulau Pinang. Oleh itu tanpa 15 kerusi DAP dan dua ADUN lompat parti dari PAS, Azmin perlu melepaskan jawatannya itu.
DAP ada 15 kerusi, dan 2 kerusi (lompat) daripada PAS, ditambah pula dengan 13 kerusi daripada PKR akan menjadikan kesemuanya berjumlah 30 kerusi. Azmin pula memerlukan 29 kerusi untuk menjadikannya majoriti satu kerusi. Tetapi untuk mendapatkan 15 kerusi dari DAP dan 2 kerusi (lompat) daripada PAS, Azmin terpaksa memilih untuk meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Wan Azizah.
Azmin akan bertemu DYMM Sultan untuk menerangkan isu ini. Jikalau DYMM tidak bersetuju dengan tindakan Azmin berundur untuk memeberi laluan kepada Wan Azizah, ianya pasti akan menimbulkan krisis Menteri Besar kedua di Selangor dalam masa singkat – hanya setahun dari krisis yang pertama.
Azmin tidak boleh memerintah Selangor sebagai Menteri Besar dengan hanya memiliki 13 kerusi. Azmin memerlukan sekurang-kurangnya 16 kerusi lagi. Sudah tentulah Azmin boleh sentiasa bercakap dengan PAS tetapi dia tidak akan mendapatkan 15 kerusi penuh. Mungkin yang terbaik dia mampu mendapatkan 12 atau 13 kerusi. Jadi dia masih kekurangan empat atau lima kerusi lagi.
Jika Khalid Ibrahim menarik sokongannya terhadap Azmin, ini akan membuatkan Azmin semakin kehilangan kerusi lagi. Dan ini bermakna dia perlu bercakap dengan Umno pula.
Masalahnya, jika dia bercakap dengan Umno maka dia tidak akan mendapat 13 kerusi penuh daripada PKR, mungkin dia hanya mendapat 6 atau 7 kerusi sahaja. Dan itu bermakna, walaupun dengan bantuan Umno pun Azmin masih kekurangan kerusi untuk memerintah Di Selangor.
Azmin kini semakin tersepit, bagai ditelan mati emak, diluah mati bapak. Parti mana yang akan beliau pilih? Jika Azmin mahu terus berhubungan baik dengan PKR dan DAP, dia perlu bersara. Namun, jika Azmin masih mahu kekal sebagai Menteri Besar lagi, dia mesti meminta bantuan dari PAS dan Umno untuk mendapatkan 29 kerusi itu.
Jadi, beginilah taktik DAP untuk membunuh Azmin hanya dalam masa setahun sahaja.
Baru-baru ini Perkasa Selangor telah memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya tidak mengheret Sultan dalam krisis ini. Ini kerana Perkasa sudah dapat menduga akhirnya Azmin akan memerlukan bantuan Sultan Selangor untuk terus kekal dalam jawatannya itu.
Oleh itu, jelaslah di sini bahawa DAP memang lebih bijak daripada apa yang kita sangkakan. Target utama mereka adalah untuk menyingkirkan Azmin. Tetapi mereka tidak menyatakan perkara ini secara terus terang. Sebaliknya, mereka membangkitkan isu Hudud dan menyalahkan Hadi dengan perpecahan Pakatan Rakyat – dan apa yang sebaliknya berlaku ialah Azmin akan ditendang keluar dan diganti dengan Wan Azizah.
Lim Kit Siang hampir sama bijak seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Strateginya adalah menembak Hadi tetapi membunuh Azmin.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com