Pages

Tuesday, July 7, 2015

Usah gadai Islam kerana jaga hati kawan




IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

KUALA KRAI: Dalam perjuangan tidak selamanya kita mahu menjaga hati kawan, sedangkan dalam masa yang sama matlamat asal PAS tidak kesampaian.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nusuruddin Daud berkata rakyat Kelantan secara jelas memberi mandat kepada PAS menggantikan Barisan Nasional (BN) pada 1990 bagi membolehkan perundangan syariat didaulatkan.

“Orang yang beri mandat kepada kita hendak tengok apakah kita benar-benar mahu melaksanakan Islam.
“Bukan kita hanya hendak menjaga hati kawan semata-mata sehingga menyebabkan perjuangan asal kita tidak kesampaian,” katanya pada ceramah Ghazwatul Kubra di Laloh malam tadi.

Program sempena Nuzul al Quran diadakan bermula solat Asar di Masjid Laloh. Tadarus mengupas surah an-Nur disampaikan bekas pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Ustaz Mohd Asri Daud.

Hadir sama Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan wakil-wakil rakyat.

Memperjelaskan lagi isu berkenaan Mohd Amar berkata Islam menjadi teras kerajaan di bawah kepimpinan ulama di Kelantan sejak 1990.

“Agama dan akidah lebih penting berbanding perkara-perkara lain dalam gerakan Islam. Sebab itu setiap pendokong gerakan Islam hendaklah ikhlas.

“Apabila ada keikhlasan dalam perjuangan kalau kita tewas dalam pemilihan di peringkat parti ia tidak menimbulkan polemik sehingga mahu mewujudkan parti baru pula,” ujarnya.

Bagi Menteri Besar segala masalah yang berlaku membabitkan umat Islam sekarang kerana tiada kefahaman secara jelas tentang agama.

Sebab itulah kata beliau umat Islam perlu didedahkan ilmu sebagai panduan kepada mereka. 


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com