Pages

Tuesday, October 13, 2015

Demi kepentingan Melayu-Islam, Perkasa dan PAS jalin kerjasama


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berpelukan sebagai simbolik termeterainya kerjasama secara terbuka antara kedua-dua parti membabitkan isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Oktober, 2015.PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) hari ini memeterai kerjasama secara terbuka membabitkan isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan kerjasama antara parti Islam itu dengan Perkasa melibatkan 3 perkara, iaitu menyambut baik titah Majlis Raja-raja Melayu berkenaan isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selain itu, PAS dan Perkasa menggesa pihak berkuasa membebaskan bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dan peguamnya, Matthias Chang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma 2012, serta meminta Putrajaya benar-benar telus dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
"Kami memandang berat penggunaan Sosma yang disifatkan penyalahgunaan kuasa dan boleh memberi kesan kepada kestabilan negara dan bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan," kata Hadi pada sidang media bersama Perkasa di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.
"Isu TPPA adalah isu kepentingan rakyat dan negara, dan pihak kerajaan tidak harus bersandiwara dan hendaklah berlaku setelus-telusnya," kata Hadi.
Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, kerjasama antara kedua-dua mereka itu bukan setakat sekitar membabitkan kepentingan Islam tapi melangkaui kepentingan rakyat Malaysia sepenuhnya termasuk aspek keselamatan dan sebagainya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan kerjasama antara PAS dengan Perkasa melibatkan 3 perkara, iaitu menyambut baik titah Majlis Raja-raja Melayu berkenaan isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Oktober, 2015.
"Saya sampaikan penghargaan dan tahniah kerana putuskan hubungan dengan DAP.
"Perkasa berpendapat tidak rugi daripada perjalanan politik PAS untuk tegakkan syiar Islam di negara ini," kata Ibrahim. 
Ibrahim sebelum ini pernah bertanding pilihan raya umum 2008 di kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS.
Pertemuan antara PAS dan Perkasa berlangsung sekitar 2 jam dan tamat kira-kira jam 5 petang. 
Ibrahim berkata, dalam pertemuan itu, pihaknya turut menjelaskan tindakan dan kenyataan kritikal yang dikeluarkan Perkasa sebelum ini.
"Perbincangan kami sangat ikhlas, saya juga jelaskan kenapa saya agak kritikal walaupun bertanding atas tiket PAS, semua dah ‘0-0' hari ini," katanya.
Perkasa juga katanya menggesa agar PAS bertindak proaktif dan menjalankan kerjasama dengan semua pihak termasuk Umno.
"Perbezaan ideologi dan politik tidak seharusnya memecahbelahkan Islam," kata Ibrahim.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media itu turut berkata, parti Islam itu juga terbuka kepada sesiapa sahaja.
"Pihak PAS bersetuju adakan perjumpaan ramah mesra bersama dengan Perkasa buat kali pertama secara rasminya.
"Ini menunjukkan PAS terbuka kepada sesiapa sahaja, termasuk Perkasa dan pertubuhan bukan kerajaan," katanya. – 13 Oktober, 2015.
IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com