Pages

Wednesday, December 23, 2015

Bergabung: Ahli PAS tanyalah pemimpin parti

USTAZ IDRIS AHMAD | 23 Disember 2015

Isu PAS hendak bergabung dengan Umno, memberi nafas baru kepada mereka yang tidak suka dengan PAS.

Setakat hari ini tidak ada satu kenyataan yang keluar daripada mulut Mursyidul Am dan Presiden PAS yang mengatakan PAS akan bergabung dengan Umno walaupun berkali-kali dinafikan.




Tidak ada keputusan parti yang hendak menggabungkan PAS dan Umno. Amat daif jika pandangan peribadi dijadikan hujah. Cuma mainan media yang hendak melariskan berita mereka sahaja.

Media PAS, Harakahdaily dan Harakah cetak tidak pernah melaporkan perkara tersebut.

Mereka yang dengki dengan PAS tidak menjadikan media PAS sebagai rujukan, sebaliknya media yang memang bermusuh dengan PAS dijadikan rujukan.

Mereka masih cemburu dengan penampilan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang tegas, bercakap benar di atas pentas Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang disediakan oleh proksi pihak kerajaan.

Setelah tidak mendengar Presiden PAS membicarakan perpaduan Umno dan PAS, akhirnya baju sedondon telah dijadikan hujah bahawa perpaduan Umno dan PAS telah berlaku oleh mereka yang dengki dengan PAS termasuk mereka yang konon seorang ahli akademik yang tidak pernah pencen benci dengan PAS.

Memang mereka mengharapkan supaya PAS menerima pelawaan Umno untuk bergabung, kerana ia merupakan talian hayat kepada mereka untuk hidup dipersada politik setelah melihat pimpinan tertinggi PAS semakin mantap dan mempunyai satu nakhoda sahaja.

Saya tidak pelik orang luar parti yang membuat telahan dan andaian yang berbagai-bagai, kerana mereka bukan orang PAS. Tetapi agak janggal orang PAS yang ada jawatan di dalam parti bercakap macam orang asing seolah-olah tidak tahu ada saluran parti dan hendak menjadi hero di alam maya.

Sepatutnya boleh mendapat penjelasan daripada pimpinan parti daripada berbagai saluran sama ada daripada AJK Pusat, Pesuruhjaya PAS negeri. Datanglah mesyuarat parti, program parti dan dialog pemimpin.

Cuba periksa kehadiran mereka di dalam program parti, kalau hadir tidak sebegitu sikapnya. Semuanya berpunca daripada hati. - HARAKAHDAILY 23/12/2015






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 019 910 5222 / 013 929 9944
Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”



BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com