Pages

Saturday, December 26, 2015

Mutiara yang terlindung di balik retorik Umno-PAS

Antara isi ucap utama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu Multaqa Alumni al-Azhar yang lalu, beliau menegaskan bahawa demokrasi merupakan sistem yang paling hampir dengan syariat Islam.
Malah beliau menegaskan bahawa PAS komited dengan wahana demokrasi untuk mencapai cita-cita mereka.
Malangnya, penegasan Hadi itu kurang dihargai signifikannya kerana dilitupi oleh laporan retorik politik berkaitan perkongsian pentas antara beliau dengan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Walhal, penegasan tersebut amat signifikan dan amat bermakna di waktu dunia sedang menghadapi ancaman kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) atau Daesh di waktu ini.
Komitmen PAS untuk memelihara sistem demokrasi di Malaysia melalui lidah presidennya itu menjadi petunjuk jelas bahawa PAS menolak IS, dan PAS tidak sekali-kali boleh disamakan dengan IS sepertimana didakwa sesetengah pihak.
Tone Excel : Sim Magic Hasil Pendapatan
Malah kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman Datuk Ayub Khan sewaktu “Seminar Negara Islam: Jihad vs militan” di Universiti Teknologi Malaysia pada 13 Disember lalu, mengenai bahaya doktrin IS melalui pengajaran “tauhid tiga” di Malaysia adalah tuduhan tidak langsung terhadap Hadi dan PAS.
Ini memandangkan Hadi antara figura agama awal yang bertanggungjawab memperkenalkan doktrin tauhid tiga (tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyan dan tauhid asma wa sifat) kepada rakyat Malaysia melalui karya terkenalnya Mukadimah Aqidah Muslim di awal tahun 80-an lagi.
Malah siri ceramah-ceramah Hadi mengenai kepentingan menegakkan syariah Islam dan negara Islam adalah berpaksikan konsep tauhid uluhiyyah semenjak empat dekad yang lalu.
Malangnya doktrin yang dibawa Hj Hadi itu diserang hebat dalam “Seminar Negara Islam: Jihad vs Militan” berkenaan oleh dua penceramah lain, iaitu Zamihan Mat Zin dan juga Engku Ahmad Fadzil Engku Ali.
Tuduhan yang dilemparkan antara lain ialah doktrin tauhid berkenaan merupakan ajaran Wahabi yang dibawa masuk oleh graduan dari Arab Saudi seperti Hadi dan graduan Pakistan seperti kebanyakan aktivis PAS.
Revolusi OCS
Tauhid tiga
Ia didakwa punca kepada faham ekstrimis IS di Malaysia...
..
Walaupun mereka tidak menyebut nama PAS, namun umum dapat memahami bahawa yang menjadi tumpuannya ialah Hadi dan PAS yang juga sebelum ini menjadi mangsa tuduhan beberapa tokoh lain.
Maka, penegasan Hadi dalam multaqa berkenaan merupakan kenyataan yang signifikan untuk melawan mitos yang cuba mengaitkannya, PAS dan ajaran tauhid tiga dengan IS serta keganasan.
Hadi telah membuktikan bahawa pemahaman Islam berteraskan tauhid tiga boleh menerima demokrasi dan atas dasar itu juga, PAS komited dengan prinsip tersebut.
Amat malang, dalam multaqa tersebut, isu IS tidak ditimbulkan sama sekali, malah isu keperluan komitmen serius melibatkan kerjasama Umno dan PAS untuk melawan pengaruh IS di Malaysia juga tidak disentuh langsung.
Malang lagi, kerajaan Umno dalam usahanya melawan pengaruh IS juga tidak melibatkan Hadi dan pimpinan PAS yang lain secara serius untuk bersama untuk melawan naratif keganasan yang dibawa IS.
Secara realistiknya, Hadi dan PAS mempunyai penawar bagi mereka yang bersimpati dan terpengaruh dengan doktrin keganasan IS di Malaysia.
Kemampuan Hadi membuktikan bahawa demokrasi merupakan sistem yang paling hampir dengan Islam, dan juga betapa patuh syariahnya kebanyakan mekanisme sistem demokrasi untuk dijadikan landasan usaha penegakan syariat Islam merupakan satu idealisme yang perlu dihayati oleh mereka yang mula terpengaruh dengan IS.
Umum mengetahui bahawa mereka yang cenderung dengan IS bermula dengan penolakan mereka terhadap demokrasi dan juga sistem perubahan secara aman.
Mereka sering mengemukakan hujah-hujah yang difahami secara literal dan bias dalam menolak sistem demokrasi yang dianggap sebagai sistem kufur dan tidak Islamik.
Malangnya hujah-hujah mereka itu dapat dipatahkan oleh Hadi dalam karya-karya beliau dan juga melalui penglibatan beliau dan PAS secara langsung dengan sistem demokrasi yang ada di Malaysia.
Nyahradikalisasi pemuda Islam
Maka, berdasarkan kredibiliti ini, Hadi dan kepimpinan lain PAS, terutamanya ketua pemuda Nik Abduh Nik Aziz sepatutnya dilibatkan secara langsung oleh Kementerian Dalam Negeri di dalam usaha menanggani pengaruh IS di Malaysia, malah di Asia Tenggara.
Persefahaman untuk bekerjasama antara Umno dan PAS lewat Multaqa Alumni Al-Azhar perlu dijadikan titik permulaan untuk tujuan tersebut.
Keterlibatan gerakan Islam dan parti-parti Islam prodemokrasi untuk melawan naratif dan pengaruh Islam ekstrimis bukanlah sesuatu yang baru.
Dr Anas Tikriti dari Institut Cordova dan juga Dr Azzam al-Tamimi dari Uniter Kingdom (UK) telah lama menyuarakan perkara ini.
Dan malah mereka sendiri telah terlibat dalam usaha kerajaan UK nyahradikalisasi di kalangan pemuda Muslim yang terpengaruh dengan IS.
Kerajaan-kerajaan di negara-negara Eropah yang lain juga turut melibatkan organisasi-organisasi Islam prodemokrasi untuk bersama melawan pengaruh IS dan kumpulan pengganas seumpamanya.
Di negara-negara Islam pula, Tunisia, sebagai contoh, gerakan Islam utama di sana, Parti Ennahdah, menjadi tonggak utama usaha melawan doktrin Islam ekstrim dan juga pengaruh IS.
Hal yang sama juga berlaku di Maghribi, Kuwait dan Jordan.
Di Malaysia, kerajaan melalui counter terrorism tidak boleh hanya berharap dengan sekerat dua figura tradisionalis yang kontroversial untuk menangani isu IS ini.
Gerakan Islam sederhana prodemokrasi seperti PAS, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Haluan, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Teras Keupayaan Melayu (TERAS) dan Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) perlu dilibatkan sama.
Bukit Aman jangan silap
Gerakan-gerakan ini mempunyai pengaruh, kader-kader, mekanisme dan juga jentera untuk membanteras ideologi keganasan seumpama IS dan lain-lain lagi.
Tambahan lagi, gerakan-gerakan ini juga terbukti menolak keganasan, menolak ekstrimisme dan juga mampu menyumbang kepada pembinaan negara melalui ruang masyarakat sivil dan juga ruang demokrasi.
Adalah satu kesilapan besar jika Bukit Aman menolak kerjasama gerakan-gerakan Islam prodemokrasi ini.
Lebih silap lagi, jikalau mereka menjadikan gerakan-gerakan tersebut sebagai musuh ataupun menggolongkan mereka bersama di dalam kelompok IS dengan alasan bahawa kesemua gerakan tersebut mengajarkan doktrin tauhid tiga dalam usrah-usrah mereka.
Ternyata bukti empirikal menunjukkan doktrin tauhid tiga yang didokongi oleh gerakan-gerakan berkenaan tidak menjadikan mereka pengganas.
Soktrin tersebut sebaliknya telah banyak menyumbang ke arah perkara-perkara positif, keabaikan sejagat, dan juga unsur-unsur kebajikan di dalam ruang demokrasi Malaysia.
Bukit Aman perlu bersikap inklusif dan profesional di dalam melibatkan seramai mungkin kawan di dalam menanggani isu IS secara serius.
Kepakaran dan juga pengkhususan gerakan-gerakan Islam sederhana prodemokrasi perlu diintergrasikan dengan usaha-usaha sedia ada Bukit Aman.
Kelebihan gerakan-gerakan tersebut ialah keupayaan mereka untuk mempengaruhi massa dan masyarakat sivil untuk menghayati Islam yang sederhana dan menghormati sistem yang ada.
Usahlah kawan disangka lawan, ia hanya akan menggadaikan usaha baik tersebut dan mensia-siakan tenaga dan bakat yang ada.
Lebih malang lagi, penolakan terhadap usahasama gerakan-gerakan Islam sederhana prodemokrasi itu juga ditakuti akan membawa kepada kesan slippery slope (keterbabasan) yang membawa akhirnya kepada fenomena Islamophobia di Malaysia.

DR MASZLEE MALIK pengamat politik dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA).



IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 019 910 5222 / 013 929 9944
Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com