Pages

Sunday, March 22, 2015

Kerjasama Pakatan Rakyat Tidak Libatkan Dasar Parti

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian PAS bahawa kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat itu tidak melibatkan dasar masing-masing.
Justeru, katanya mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat juga boleh tidak bersetuju dengan dasar parti lain tetapi PAS tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hudud.
Menurutnya, kenyataan tidak bersetuju dengan pelaksanaan Rang Undang-undang Jenayah Syariah II yang baharu diluluskan dengan pindaan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan dari rakan Pakatan Rakyat itu perkara biasa.
“Kerjasama kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat kerjasama yang tidak melibatkan dasar-dasar parti. Tidak berkait perkara halal dan haram bagi umat Islamperkara yang wajib.
“Begitulah juga dengan perkara-perkara dalam agama mereka (bukan Islam). Begitu juga mereka tidak perlu menyentuh mengenai agama kita.
Hadi PC Ijtimak (2)“Kenyataan tidak bersetuju (hudud) itu perkara biasa dalam negara demokrasi, mereka (DAP) boleh menyatakan mereka tidak bersetuju. Kita (PAS) dengan sikap kita sendiri,”tegasnya ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3, di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang pada Jumaat 20 Mac.
Beliau yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia menjelaskan isu tidak bersetuju dengan hudud itu perkara lama pernah berlaku dalam kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) antara PAS, Parti Melayu Semangat 46 dan DAP.
Apa yang penting, kata Ustaz Abdul Hadi, PAS telah mengemukakan undang-undang tersebut secara demokrasi melalui persidangan Dun Kelantan.
“Itu (tidak setuju hudud) sudah perkara lama sejak zaman Angkatan Perpaduan Ummah (APU) lagi. (ketika) Bersama dengan (parti) Semangat 46 dan DAP.
“Yang penting ialah kita (PAS) kemukankan perkara (hudud) ini secara demokrasi melalui Dun Kelantan ,melalui pembentangan kepada umum dan seminar yang melibatkan semua Ngo-Ngo Islam dan bukan Islam, parti-parti politik dan kita mengulangi lagi perkara ini.
“Dan kita (PAS) pernah membawa usul di Parlimen tahun 1996,usul persendirian melalui proses yang sama dan kita ikut proses yang sama,” jelasnya.
Namun, katanya PAS masih bersama Pakatan Rakyat kerana kerjasama itu tidak melibatkan dasar parti yang melibatkan agama masing-masing.
Lebih 50,000 orang hadir pada majlis perasmian ijtimak tersebut yang melibatkan tetamunya dari parti-parti gerakan Islam lebih 40 buah negara seluruh dunia.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Bertaubatlah Aisyah

Seluruh umat Islam perlu memahami dan sedar hukum hudud adalah hukum ALLAH SWT yang tidak boleh dipermainkan serta dipersendakan terutama oleh mereka yang beragama Islam.
 
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan, jika perkara itu berlaku, ia boleh memberi kesan kepada kerosakan akidah pelaku, terutama jika dilakukan di dalam sedar, bukannya jahil. 
 
“Ia (mempermainkan hukum ALLAH SWT) boleh memudaratkan pelaku itu sendiri, ada sesetengah pihak menganggap perkara ini sebagai remeh, namun dalam Islam, ia serius dan perlukan bimbingan, tidak mustahil sehingga menyebabkan terkeluarnya agama.

Bertaubatlah Aisyah
 
“Saya nasihatkan kembalilah ke pangkal jalan, jika kita tidak mengetahui dengan jelas sesuatu hukum ALLAH SWT, carilah jalan penyelesaiannya, belajar dengan mereka yang layak iaitu ilmuwan dan sebagainya, jangan mempersendakan hukum ALLAH SWT,” katanya.
 
Beliau mengulas tindakan seorang gadis yang didakwa menghina langkah kerajaan Pas Kelantan membentang dan meluluskan undang-undang hudud yang kini menjadi viral dan menerima kecaman hebat di laman sosial.
 
Gadis dikenali sebagai Aisyah Tajuddin didapati melakonkan aksi parodi dan mengeluarkan kata-kata yang didakwa menghina hukum hudud dalam sebuah klip video berjudul ‘Aisyah BFM Kupas Hudud di Kelantan’.
 
Mohamad Shukri berkata, penghinaan itu juga boleh disifatkan sama seperti menghina matahari, sungai dan segala ciptaan ALLAH SWT, yang mana mempunyai sebab dan faedahnya kepada manusia.
 
Beliau juga memberitahu, dalam skop sama, hudud juga dicipta ALLAH SWT untuk kebaikan umat Islam, yang tidak boleh dipermainkan, malah diejek sehingga timbulnya penghinaan.
 
“Kalau kita (orang Islam) sendiri tidak hormat hukum ALLAH SWT, bagaimana kita mahu orang bukan Islam hormat dan faham agama kita. Jangan disebabkan kita, orang lain boleh menghina agama dan hukum ALLAH SWT, kepada si pelaku, segeralah bertaubat,” katanya.
 
Sementara itu, dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas keadaan cuaca panas terik yang melanda Kelantan kini, beliau turut menasihatkan orang ramai solat sunat Istisqa’ minta diturunkan hujan, selain mengalu-alukan masjid utama di seluruh negara buat perkara sama.
 
“Banjir, kemarau, mengajar umat Islam untuk lebih bersyukur dengan pemberian-Nya. Jangan pula ada yang kutuk dan mengeluh kekesalan, ALLAH SWT sudah tentukan yang terbaik untuk umat-Nya,” katanya.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Saturday, March 21, 2015

ADUN PKR sedia dihukum oleh PKR kerana menyokong HUDUD.

"Sebagai umat Islam saya wajib sokong hukum Allah (hudud).”

Itu reaksi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Roslan Puteh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai tindakan beraninya membelakangi arahan parti apabila hadir pada sesi pembahasan dan menyokong Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam masa sama Roslan turut mengakui beliau menjadi salah seorang daripada 44 ADUN ma­sing-masing daripada Pas dan Barisan Nasional (BN) yang sebulat suara menyokong pindaan tersebut diluluskan.

“Saya mengakui membelakangi parti. Setakat ini saya masih belum menerima apa-apa surat rasmi mengenainya (tindakan) dan difahamkan mesyuarat bagi memutuskan tindakan bakal dikenakan terhadap saya akan diadakan pada Isnin ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Hina Hudud: Aisyah Tajuddin Terima Ugutan Bunuh Dan Mufti Saran Beliau Bertaubat

Menjadi viral di laman-laman sosial semalam kisah seorang wanita yang bernama Aisyah Tajuddin yang dikatakan telah menghina hukum hudud yang bakal dilaksanakan di Negeri Kelantan.

Hari ini, pihak BFM telah tampil menjawab perkara ini dan memohon maaf dengan video yang dihasilkan mereka itu yang dikatakan telah disalah tafsir oleh orang ramai.

Menurut pihak BFM video tersebut dihasilkan adalah hanya sekadar satira kerana mereka menganggap hudud belum sesuai dilaksanakan di Negeri Kelantan kerana keadaan ekonomi semasa dan negeri tersebut baru sahaja ditimpa musibah banjir.

Mereka yang telah menarik balik video tersebut agak kesal kerana Aisyah Tajuddin telah menerima ugutan bunuh dan rogol dari pihak tertentu.

Aisyah hanya melakonkan watak tersebut dan apa yang dicakapkan oleh beliau hanya mengikut skrip yang telah diberi oleh BFM.

Selain kenyataan dari BFM, pihak mufti Negeri Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad, juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Aisyah tersebut adalah keterlaluan dan dia harus bertaubat kerana boleh terpesong akidah.

Umat Islam yang mempersendakan hukum hudud sama ada secara lisan atau melalui rakaman video perlu segera bertaubat sebelum terlambat.

Katanya, mereka yang melakukan secara sedar dan bukan secara jahil boleh jejaskan akidah dan pegangan agama.

"Sebagai umat Islam, kita perlu faham hukum ini dan menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan Islam supaya mereka hormat dengan hukum ini.

"Sebaliknya umat Islam sendiri yang tidak faham dan menjadikan hukum ini sebagai suka-suka," katanya. 

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

PKR tidak akan sokong RUU hudud di Parlimen

PKR hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen.

Ini kerana, parti itu berkata, PAS telah mengambil keputusan secara "unilateral" (sebelah pihak) tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas berhubung penghantaran notis oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu yang akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Parlimen.

Rang Undang-undang persendirian itu bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan memberi kesan kepada pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 iaitu berkaitan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.

"Kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan rang Undang-undang persendirian tersebut. Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.

"Sekiranya Rang Undang-undang Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah," kata parti itu dalam kenyataan media bersamanya hari ini.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh semua pemimpin PKR iaitu Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya Azmin Ali; Naib preside Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Setelah PKR mengiystiharkan pendirian mereka, kini parti itu menggesa supaya BN memberi penjelasan sama ada menyokong rang Undang-undang persendirian tersebut atau tidak.

Ia berikutan, rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan sekiranya diluluskan oleh kerajaan.

"Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang rang undang-undang hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan.

"Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau Barisan Nasional pun yang telah membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan rang udang-undang Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah Datuk Seri Najib  Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Justeru, PKR menggesa kerajaan Umno-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui rang undang-undang persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen," kata kenyataan itu lagi.

DAP sebelum ini telah memutuskan tidak akan menyokong rang undang-undang itu di Parlimen.

PKR mempunyai 29 kerusi di Dewan Rakyat tetapi hanya 28 ahli Parlimen sahaja yang boleh mengundi memandangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman ppenjara.

Malah terdapat juga seorang ahli Parlimen Bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini merupakan wakil rakyat PKR. DAP dan PAS masing-masing mempunyai 37  dan 21 kerusi di Parlimen.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

MINYAK ZAITUN - JADIKAN IA DIET HARIAN ANDA !!

MINYAK ZAITUN - JADIKAN IA DIET HARIAN ANDA !!

Sedarkah anda bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna?

Betapa bertuah kita dilahirkan dalam suatu agama yang telah mempunyai panduan untuk segala-galanya. Tiada isu yang tidak dapat diselesaikan oleh Islam. Setiap perkara yang penting dan essensial telah disebutkan oleh Allah di dalam kitab Al-Quran.
Dan tahukah anda satu-satunya minyak yang disebut di dalam kitab al Quran adalah minyak zaitun?
Jadi, sudah tentunya minyak zaitun adalah minyak terbaik untuk manusia. Itu bukan kata-kata manusia tapi kata-kata Yang Maha Mengetahui.
Para saintis dunia menghabiskan masa bertahun-tahun mengkaji minyak manakah yang terbaik sebelum mereka membuat keputusan menyatakan minyak zaitun adalah minyak terbaik sama ada untuk masakan atau bahan sampingan dalam hidangan.
Al Quran yang merupakan kalimah dari Pencipta seluruh alam telah lama mengungkapkan perkara ini. Jadi, berapa banyak bukti lagi yang kita perlukan sebelum kita menjadikan minyak zaitun amalan harian kita pada setiap waktu makan kita?
Saya akui bukanlah menjadi suatu tabiat masyarakat Melayu menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas dalam makanan, namun sebagai umat Islam, sepatutnya apa yang dibawa oleh Islam itu bisa mengubah cara hidup kita ke arah yang lebih baik iaitu ke arah cara yang benar, yang ditunjukkan oleh Pencipta kita.
Allah tidak pernah membiarkan kita tanpa panduan, cuma terkadang kita gagal untuk melihat dalam terang akibat maklumat yang terlalu banyak disogokkan kepada kita melalui media tatapan kita seharian.
MINYAK ZAITUN - JADIKAN IA DIET HARIAN ANDA !!
Syarikat Olive House merasa amat berbesar hati andainya minyak zaitun dapat dijadikan sebahagian dari makanan harian dan bukannya khusus sebagai ubat. Pencegahan adalah sangat utama berbanding perawatan., maka, saya amat mencadangkan minyak zaitun sebagai makanan anda setiap hari.
Anda boleh mencuba meletakkan minyak zaitun di meja makan dan jadikan ia umpama ‘kicap’ yang amat berkhasiat. Apa yang saya lakukan ialah saya menyiramnya ke atas nasi goreng saya sebelum menikmatinya, ke atas ikan rebus saya, ke atas sayur kukus saya dan pelbagai lagi makanan lain. Cara ini adalah cara yang lebih tepat menggunakan minyak zaitun kerana minyak zaitun adalah bahan yang bukan setakat mempunyai khasiat secara tersendiri, malah ia menjadi penggalak kepada penyerapan nutrient lain dalam makanan.
Anda boleh makan sebanyak mana makanan yang sihat namun nutrient yang terdapat dalam makanan tersebut akan hanya menjadi bermakna sekiranya diserap atau bertindak dalam sel anda. Bagi yang biasa memakan makanan Mediterranean, lidah mereka sudah biasa dengan minyak zaitun ini dan bagi mereka ia sememangnya penyedap makanan mereka. Mereka juga boleh membezakan dengan baik antara minyak zaitun yang asli atau yang tiruan.
Cuba renung ayat berikut :
Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan menjadi pemakan makanan bagi orang-orang yang makan.
(Surah Al Mukminun ayat 20)
Masya Allah, dari ayat ini Allah telah menerangkan bahawasanya minyak zaitun merupakan seolah-olah ‘carrier’ atau pembawa kepada nutrisi makanan.
Sesungguhnya kita patut tahu, tujuan makan adalah mendapatkan nutrisi bagi sel untuk terus hidup dan minyak zaitun bertindak sebagai penggalak kepada proses penyerapan nutrisi makanan. Ramai yang terpedaya sekiranya hanya makan dengan tujuan mendapatkan rasa kenyang.
Atas asbab kekeliruan inilah , masyarakat kita menerima makanan yang tidak mempunyai nutrisi asalkan dapat mengenyangkan mereka tanpa mengetahui bahawasanya unsur merbahaya dalam makanan dapat mencederakan lapisan usus dan memudaratkan tubuh badan. Lapisan usus yang rosak akan mengubah keseimbangan bacteria baik dalam usus seterusnya mengganggu imuniti tubuh.
MINYAK ZAITUN - JADIKAN IA DIET HARIAN ANDA !!
Nah, apa lagi yang kita tunggu???
Bangkitlah..!!
...dan sedarlah kehidupan di dunia ini sedikit pun tidak bernilai di sisi Allah, apatah lagi jika kita memilih benda-benda yang buruk di dunia ini.
Ambillah kenikmatan dunia ini sekadar yang perlu dan berasa tamaklah untuk menjadi sihat kerana dengan kesihatan lah kita mampu berdiri dan terus memberi kebajikan kepada seluruh manusia.
Jika anda berlumba-lumba melakukan kebajikan, dunia ini akan kepupusan orang yang tamakkan kemewahan dunia kerana rahmat Allah akan turun dengan banyaknya dan sesungguhnya rahmat Allah akan menghapuskan kejahatan di muka bumi.
Beramallah..
Beramallah..
Beramallah..
..dan amal yang ikhlas kerana Allah itulah sebenarnya harta kita yang tidak akan dipersoalkan di hari yang penuh ketakutan nanti.
Insya Allah!!

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Ijtimak perkukuh perpaduan ummah sejagat

MARANG: Pengarah Promosi Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3, Dr Riduan Mohamad Nor menyifatkan ijtimak ini adalah satu himpunan yang dapat memperkukuhkan perpaduan ummah sejagat.

Beliau berkata, melalui himpunan ini juga negara-negara Islam sedunia dapat membincangkan isu antarabangsa terutamanya membabitkan Palestin.

"Melalui himpunan ini kita dapat membedah organisasi Islam di seluruh dunia yang mana kita melihat gerakan Islam sedang menghadapi acuan yang dirancang oleh Amerika Syarikat.

"Peringkat antarabangsa menuduh gerakan Islam merupakan satu ancaman, atas sebab itu kita mahu mencari jalan penyelesaian terhadap konflik tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yakin dengan dengan himpunan kali ini dapat merapatkan jurang perbezaan antara gerakan Islam di dunia.

"Ia dapat mencipta satu syiar atau simbol kepada gerakan baru dunia Islam.

"Pada akhir perhimpunan ini kita akan mewujudkan satu resolusi baru dalam pembentukan gerakan dunia Islam di peringkat antarabangsa," sambung beliau. - HARAKAHDAILY 21/3/2015

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Kelantan lulus kanun jenayah ikut demokrasi, hormatilah

KUALA LUMPUR: Secara prinsip negeri Kelantan telah mengguna prosedur yang betul mengikut proses meluluskan sesuatu undang-undang yang ditetapkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Oleh kerana saluran dan proses yang digunakan untuk meluluskan rang undang-undang tersebut di Dun Kelantan adalah menepati lunas-lunas demokrasi dan menurut prosedur, maka ia perlu dihormati oleh semua pihak.

Jika ada yang menentang, kami menyarankan prosedur dan proses yang dibenarkan dalam ruang lingkup undang-undang di Parlimen juga perlu diikuti," ujar Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyokong rang undang-undang pindaan ke atas Kanun Jenayah Syariah II yang dilulus beberapa hari yang lalui pada sidang Dun Kelantan.

Sokongan 44 orang Adun yang ditunjukkan seharusnya di atas kesedaran mereka terhadap tanggungjawab agama. Ia adalah sokongan yang wajar oleh setiap Muslim apabila menyatakan pendirian mereka terhadap perintah agama dan ini perlu dihormati oleh semua pihak.

Isu sama ada ia akan diterima atau tidak oleh Parlimen jika ia dibawa sebagai private bill adalah isu kedua. Jika diizinkan, ia akan dibentang, dibahaskan dan diundi sama ada menerima atau sebaliknya. Itupun apabila pihak Speaker Dewan meluluskan untuk dibaca berdasarkan syarat yang ditentukan.

Soalnya, di peringkat Dun secara prinsip negeri Kelantan telah mengguna prosedur yang betul mengikut proses meluluskan sesuatu undang-undang yang ditetapkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Oleh kerana saluran dan proses yang digunakan untuk meluluskan rang undang-undang tersebut di Dun Kelantan adalah menepati lunas-lunas demokrasi dan menurut prosedur, maka ia perlu dihormati oleh semua pihak.

Jika ada yang menentang, kami menyarankan prosedur dan proses yang dibenarkan dalam ruang lingkup undang-undang di Parlimen juga perlu diikuti.

Perdebatan sama ada syarat melaksanakan enakmen itu termasuk hudud mengikut keadaan yang sedia ada, mencukupi atau tidak, tergantung kepada semua pihak yang memegang kuasa untuk berusaha melengkap syarat tersebut. Menjadi tanggungjawab pihak pemerintah mencari jalan melengkapkan syarat yang masih menjadi penghalang kepada terlaksananya undang-undang tersebut.

Segala tuduhan liar yang dilempar bahawa Kelantan akan dipenuhi mereka yang akan dipotong tangan jika dihukum dengan undang-undang hudud adalah dangkal, berprasangka buruk dan emosional.

Kami tidak terkejut wujudnya pihak yang mahu terus menyerang dan mempersenda hukum Allah sama ada kerana jahil atau memang berfahaman sekular yang mendalam dan berprangsaka buruk terhadap hukum jenayah syariat.

Kebetulan Kelantan dilanda banjir besar baru-baru ini . Memang keutamaan harus diberi kepada proses pemulihan kehidupan rakyat. Namun ia bukan alasan kekal untuk tidak memberi perhatian kepada mengusahakan undang-undang itu dibentang.

Dari apa yang diusahakan oleh kedua-dua kerajaan negeri dan pusat, proses pemulihan mangsa banjir akan terus dilaksanakan. Tidak ada yang boleh menafikan bahawa usaha membantu memulihkan kehidupan rakyat di Kelantan sedang dijalankan secara berterusan.

Bagi Mapim memperundangkan kanun jenayah syariah walaupun ia hanya satu juzuk dari keseluruhan undang-undang syariat, ia tetap penting untuk diterima.

Setidak-tidaknya ia telah berganjak ke satu tahap untuk menawarkan kepada rakyat satu undang-undang alternatif yang boleh menjamin keselamatan sosial demi meminimumkan insiden jenayah.

Kami melihat usaha ini adalah suatu usaha yang sudah lama dituntut oleh umat Islam. Dalam tinjauan Pew Research Center di seluruh dunia pada 2013, ia mendapati “peratusan besar Muslim di banyak negara mahu undang-undang Islam (syariah) dimaktubkan sebagai undang-undang rasmi di negara mereka tetapi cuma dilaksanakan ke atas penduduk Islam sahaja. 86% penduduk Muslim di Malaysia dan 72% di Indonesia yang ditemubual dalam tinjauan tersebut mahu undang-undang syariah dilaksanakan di negara mereka".

Oleh itu kami yakin rang undang-undang yang dilulus di Kelantan itu akan diterima baik oleh majoriti umat Islam. Soal sama ada ia akan mendapat undi majoriti mudah atau tidak di Parlimen setelah dibentang sebagai private bill, biarlah ditunggu nanti.

Perbezaan pendapat dari segi pelaksanaan dan bantahan yang disuarakan oleh pelbagai pihak dimaklumi. Akan tetapi semua pihak harus bersikap matang dan dewasa mendengar hujah dengan rasional sehingga kesepakatan terbaik boleh tercapai untuk menerima atau menolak.

Sebagai seorang Muslim keyakinan bahawa undang-undang hudud wajib dilaksanakan tidak boleh dinafikan. Soal bila, bagaimana dan dalam keadaan bagaimana enakmen tersebut boleh diimplementasi perlu dibahas dalam konteks Malaysia.

Lantaran itu sebarang pertikaian atas perjanjian politik perlulah diselesaikan dengan tidak mengenepikan kemahuan majoriti umat Islam. Tidak harus ada tindakan yang terlalu menunjukkan kepentingan politik mendahului hak menegakkan hukum agama.

Banyak pertikaian atas pertimbangan politik dalam semua hal tidak akan menguntungkan negara.

Bagi kami, dalam konteks kehidupan zaman moden sekarang ini, semua aspek kehidupan adalah saling berkait. Menentukan keutamaan memang penting akan tetapi berdasarkan kompleksiti kehidupan yang wujud sekarang ini, untuk mendahulu atau mengkemudiankan sesuatu perkara itu, sangat bergantung kepada realiti.

Kestabilan dan sekuriti sosial yang sangat rapuh sekarang ini juga penting ditangani jika kemiskinan dan salah guna kuasa hendak diatasi. Dengan mewujudkan undang-undang luar dari paradigma yang sedia ada iaitu berasaskan undang-undang common law tidak merugikan rakyat.

Tidak ada yang akan rugi jika menerima rang undang-undang ini kerana hukum Allah mengatasi kepentingan sesiapapun. Implikasi jaminan sosial dan sekuriti negara akan tercapai jika undang-undang ini dilihat sebagai penghalang berkesan untuk sebarang jenayah berleluasa seperti yang dilihat berlaku sekarang.

Tidak ada siapapun yang menafikan bahawa indeks jenayah dewasa ini semakin meningkat. Pihak kerajaan telah mengguna pelbagai cara membasmi tren insiden jenayah namun masih tidak berjaya membendungnya. Selain dari berlaku salah guna kuasa dan korupsi ketidakberkesanan undang-undang juga menyumbang kepada kenaikan indeks jenayah.

Jika tujuan undang-undang itu diperundangkan adalah untuk membasmi jenayah, kenapa ia dihalang. Malah hukuman ini juga tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. Kenapa orang bukan Islam pula yang terlalu prihatin terhadap hukum agama yang dikenakan ke atas orang Islam?

Jika benar masyarakat bukan Islam prihatin terhadap keadilan dalam soal undang-undang, maka mereka tidak perlu khuatir kerana undang-undang tersebut hanya diperuntukkan hanya untuk orang Islam. Masyarakat bukan Islam boleh terus dinaungi di bawah undang-undang sivil.

Kontrak sosial dalam pembinaan negara sejak merdeka dalam kalangan kaum tetap tidak terjejas jika undang-undang Islam dilaksanakan khusus untuk orang Islam. - HARAKAHDAILY 21/3/2015

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Tuesday, March 3, 2015

Pertahan tudung: $43,000 bantu Rania beli kereta baru

HARAKAHDAILY | .

LEBIH dari $43,000 Kanada sudah dikumpulkan dari pelbagai penjuru dunia untuk membantu Rania El-Alloul, seorang wanita negara itu yang didakwa oleh mahkamah bahawa ia tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan prosedur.

Hakim Eliana Marengo mengatakan bahawa Rania tidak berpakaian sesuai di mahkamah, kerana Rania memakai tudung. Demikan dilaporkan oleh worldbulletin.net.

Selepas kejadian itu, dua warga negara Kanada - Nouman Ahmad dan Rayan Rafay - membuka akaun di laman www.gofundme.com mengumpulkan wang untuk membantu Rania.

Memetik laman web Islampos, wang yang sudah terkumpul setakat ini dibelikan sebuah kereta kerana ketika ini kereta Rania disita oleh mahkamah.

Jumlah wang 43,000 dollar Kanada itu sendiri diperoleh hanya dalam masa 2 hari daripada 951 orang. Sumbangan diakses melalui: www.gofundme.com/buyhijabiacar.

Rania melahirkan rasa terima kasihnya atas sokongan yang diterima. Rania menyatakan bahawa dia sudah membuat keputusan yang tepat untuk tidak melepaskan jilbabnya di ruang sidang pengadilan.

Kereta el-Alloul dirampas oleh Dewan Insurans Kereta Quebec selepas polis menahan anaknya kerana memandu kereta yang sudah luput lesen.

Pada sidang mahkamah, hakim mengatakan bahawa Rania "tidak berpakaian sesuai" dan menangguhkan kes itu. Hakim mengatakan Rania mempunyai dua pilihan: menanggalkan jilbabnya atau memohon penangguhan untuk mendapatkan nasihat undang-undang.

Ahmed, yang mengasaskan bantuan untuk Rania, mengatakan bahawa mereka mencipta akaun itu untuk menyokong Rania kerana dia diperlakukan tidak adil hanya kerana memakai tudung.

"Ini adalah pendapat kebanyakan rakyat Kanada lho," jelas Ahmed.
..