Pages

Monday, January 11, 2016

Hamidah sepentas dengan PAS untuk 'Selamatkan Malaysia'



Selepas dipecat daripada Umno, bekas ketua Wanita Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Othman bakal berkongsi pentas bersama Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam satu wacana perdana 'Selamatkan Malaysia' pada 17 Januari ini.
Hamidah ketika dihubungi berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk berada sepentas bersama pemimpin PAS memandangkan beliau kini tidak memiliki parti dan bergerak bebas.
“Isu saya di pentas mana pun tidak ada masalah sebab saya tidak di parti mana-mana,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Hamidah, wacana anjuran pelbagai NGO itu bertujuan untuk mengupas pelbagai isu semasa yang melanda negara pada hari ini.
Ia katanya akan diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh bermula jam 9 malam dan turut terbuka kepada orang ramai.
“Mungkin pada sesi soal jawab, kita akan buka soal jawab dan kita kongsikan bersama sebab kita nak dengar pandangan rakyat di bawah.
“Saya rasa sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia memikirkan secara serius, apakah langkah yang perlu kita ambil untuk selamatkan Malaysia hari ini,” katanya yang menjangkakan kehadiran melebih 500 orang.
Pada November lalu, Hamidah yang juga bekas ketua penerangan wanita Umno dipecat dari parti Melayu itu atas alasan berkaitan disiplin.
Hamidah turut dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir di Lapangan Terbang Subang untuk menyambut kepulangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga lantang membidas perdana menteri dan pernah mendesak beliau melepaskan jawatan kerana terpalit dengan isu RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 019 910 5222 / 013 929 9944
Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com