Pages

Sunday, March 13, 2016

‘Kuasa ketiga’ PAS cabar pengaruh Pakatan Harapan, kata penganalisis

Strategi PAS mewujudkan pakatan politik 'kuasa ketiga' dilihat bakal menarik pengundi yang berada di antara kemarahan kepada Umno dan sangsi kepada Pakatan Harapan, sekaligus menjejaskan peluang gabungan pemangkang itu mencabar dominasi BN, kata penganalisis politik, Prof Ahmad Atory Hussein.

Pada masa sama menurut beliau, blok pembangkang yang bakal ditubuhkan parti itu antara lain bertujuan cuba memujuk kembali sekumpulan penyokong PAS yang kini berpihak kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Strategi PAS adalah untuk berdepan pilihan raya akan datang, PAS mungkin memberi penawaran kepada pengundi melalui calon-calon yang akan diangkat bukan daripada tokoh PAS sendiri.
"Di kalangan pengundi khususnya orang Melayu ramai yang kecewa dengan Umno dan Pakatan Harapan, jadi kuasa ketiga ini akan memberi pilihan baru melalui calon yang tidak dipengaruhi parti politik," katanya kepada Malaysiakini.
Justeru menurut beliau, pihak yang bersekutu dengan PAS dalam kerjasama politik itu, tidak semestinya parti politik, sebaliknya mungkin lebih bersifat NGO.
Kerjasama dengan NGO

Apa yang saya nampak, kuasa ketiga ini adalah untuk mengurangkan pengaruh terhadap AMANAH melalui kerjasama dengan NGO-NGO seperti PERKASA (Pertubuhan Pribumi Melayu) misalnya.
"Seperti PERKASA mereka banyak pengaruh dan tidak mempunyai masalah dengan PAS, begitu juga pengaruh NGO lain," katanya.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkansatu blok pembangkang baru bakal diwujudkan dengan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan parti sekutu yang akan menandatangani memorandum persefahaman dengan PAS itu.
Takiyuddin, yang juga ahli Parlimen Kota Bharu, turut menegaskan bahawa Umno atau parti disokong Umno, tidak akan dilibatkan dalam gabungan dinamakan “Blok Politik Ketiga”.
Memecah undi
PAS tidak menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas Pakatan Rakyat berkubur.
PAS bagaimanapun masih meneruskan kerjasama politik dengan PKR.
Ahmad Atory berkata, keberkesanan strategi PAS itu turut bergantung kepada kawasan yang dilihat memberi kelebihan kepada mereka termasuk untuk memecah undi di kalangan pengundi bukan Melayu.
"Jika berlaku pertembungan antara PAS dan AMANAH, PAS memerlukan pengaruh melalui kuasa ketiga untuk menarik pengundi termasuk pengundi bukan Melayu," katanya.
Tambah beliau, langkah itu dibuat untuk meneruskan pengaruh dan survival politik selepas tidak sehaluan dengan rakan-rakan pembangkang.
"PAS dan Umno akan bekerjasama secara tidak langsung dengan harapan undi di kalangan mereka yang kecewa dengan Umno tidak beralih kepada Pakatan Harapan.
Parti serpihan
"Sebaliknya ia akan memberi kesan kepada parti serpihan mereka iaitu AMANAH dan pengundi yang kecewa dengan politik dalaman Umno juga akan mensasarkan undi kepada PAS," katanya.
Sementara itu Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak berkata, kejayaan blok baru pembangkang yang akan dikemudi oleh PAS bergantung kepada rakan sekutunya yang akan menyertainya.
Beliau berkata PAS memerlukan sekutu yang mempunyai pengaruh terhadap masyarakat bukan Melayu yang dikuasai DAP dalam HARAPAN.
“Kalau parti sekutu PAS itu berkaliber, kerjasama mereka akan kuat,” katanya.
Mohamed Mustafa berkata PAS sekarang hanya menguasai undi di kawasan Melayu bersama musuh tradisinya Umno dan kini terpaksa berdepan realiti baru apabila bersendirian.
"Jadi PAS perlu cari langkah untuk tarik undi bukan Melayu khususnya di kawasan yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu.
“Manakala di kawasan majoriti Melayu, undi lebih berpihak kepada Umno," katanya sambil menegaskan keperluan parti itu meneroka undi bukan Melayu...
IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com