Pages

Tuesday, February 23, 2016

Benarkah Guan Eng lulus RM40,000 untuk persidangan Freemason?

BANGI, Selasa – Sebuah blog mendedahkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meluluskan sumbangan sebanyak RM40,000 untuk program persatuan Freemason.
Menurut maklumat menerusi Karim’s Blog hari ini menunjukkan satu gambar surat daripada setiausaha sulit Guan Eng yang menyatakan kelulusan daripada Ketua Menteri negeri itu untuk program ‘International Scottish Masonic Conference 2016’.
“Dikhabarkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang tidak senang dengan kebocoran surat pengesahan rasmi derma yang dipersetujui oleh Pejabat Joseph Lim Guan Eng kepada Persatuan FREEMASON
“Apakah agenda Lim Guan Eng untuk meluluskan program sedemikian rupa?,” kata blog itu.
Surat bertarikh 8 Disember 2015 itu jelas menyebut kelulusan Guan Eng kepada persidangan yang dijadualkan bakal berlangsung di sebuah hotel di Batu Ferringhi, Pulau Pinang bermula esok hingga 26 Februari ini.
Sebelum ini, sembilan bandan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi membantah persidangan itu ekoran bimbang kesan kepada umat Islam negeri itu.
Pertubuhan Freemason ini sering dikaitkan dengan Yahudi dan teori konspirasi terhadap orang Islam.

..
IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Sunday, February 21, 2016

TIDAK PERLU LESEN MEMANDU ANTARABANGSA PANDU DI THAILAND - DUTA

KANGAR, 28 Jan (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang memandu di Thailand tidak perlu memiliki lesen antarabangsa, sebaliknya cukup dengan lesen yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Duta Thailand ke Malaysia Damrong Kraikruan.

Malah, beliau turut menafikan pihak berkuasa Thailand ada mengeluarkan arahan rakyat Malaysia yang mahu memandu kenderaan di negara itu perlu memiliki lesen memandu antarabangsa berkuat kuasa 1 Feb ini.

"Penyebaran maklumat mengenai perkara itu seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak benar sama sekali.

"Atas semangat ASEAN, negara anggota memperakui lesen memandu yang dikeluarkan pihak berkuasa masing-masing dan sah digunakan untuk memandu di kalangan negara anggota," katanya.

Damrong ditemui di sini hari ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, malam tadi.

Menurut maklumat yang disebarkan di laman sosial, pihak berkuasa Thailand akan membuat sekatan jalan raya di tempat tertentu untuk menahan pemandu asing di negara berkenaan yang tidak memiliki lesen antarabangsa.

-- BERNAMA
//

IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Saturday, February 20, 2016

HiGoat Stevia

Higoat Stevio dihasil menggunakan 3 jenis campuran ekstrak stevia iaitu Reb Stevia, Alpha Stevia dan SG Stevia yang mana ia sesuai dijadikan sebagai satu alternatif yang baik dalam menggantikan gula.

Higoat Stevio dapat membantu penghidap diebetes untuk menggantikan pengambilan gula dan boleh dijadikan sebagai satu amalan yang sihat kepada pengguna dalam mengurangkan manis dalam makanan dan minuman atau sebagai diet makanan tambahan.

Selain itu, Higoat Stevio juga diperkayakan dengan vitamin C, vitamin A dan potassium.
Berat bersih: 15gm / 0.53 oz
0139299944
..

IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Musuh guna ‘Rahmatan Lil Alamin’ perangkap umat Islam

Akhir-akhir ini sering muncul ungkapan Islam Rahmatan lil’alamin, suatu slogan yang diketengahkan untuk mempromosikan versi Islam yang ‘progresif’, ‘moderat’ dan liberal.
Tanpa disedari dalam benak fikiran orang ramai telah tersemai bahawa terdapat banyak Islam, bergantung kepada pentafsiran masing-masing untuk mengamalkan versi yang disukainya.

Sehingga golongan yang memusuhi Islam pun mempergunakannya untuk kepentingan mereka.
Islam rahmatan lil’alalmin bagi mereka adalah Islam yang menerima sekularisasi dan liberalisasi agama, Islam yang meraikan LGBT, hak murtad, pluralisme agama, hak mengembangkan ajaran sesat dan lain-lain.
Pendek kata Islam yang sentiasa berkembang menyantuni kemodenan ciptaan Barat.
Ketahuilah bahawa ia adalah strategi untuk mengkotak-katikkan umat Islam, agar kita saling bertelagah sesama sendiri, pihak yang menentang dianggap menganut Islam yang jumud, konservatif dan fundamentalis.
Umat Islam perlu berhati-hati agar tidak masuk ke dalam jerangkap samar ini, menggadaikan akidah dan jati diri sebagai seorang Muslim agar tidak merasa terasing dalam dunia yang semakin hilang arah.
Islam adalah rahmat kepada seluruh umat manusia, bahkan kepada seluruh alam. Sifat rahmat ini telah sejak mula bersama Islam dan tidak pernah terpisah daripadanya.
Ia adalah Islam yang sama yang dibawa oleh Rasulullah saw dan para pewaris baginda para ulama’ yang benar sehingga ke hari ini.
Ia bukan Islam yang baru, yang dicipta oleh kaum modenis dan liberal, yang mencuba untuk merungkai yang lama untuk digantikan dengan yang baru yang dianggap lebih baik oleh mereka.
Islam tidak berkembang, ia telah sempurna sedari awal lagi. Yang berubah adalah orang Islam, ada ketikanya mereka benar-benar mencerminkan keindahan Islam dan ada ketikanya mereka mengotorkan imej Islam.
Prof Madya Dr Khalif Muammar A Haris
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana...

IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Friday, February 19, 2016

Bapa nafi viral anak bunuh diri di Bangkok

JUHARIOsman menunjukkan berita palsu di laman sosial Facebook mengenai kejadian melibatkan anak bongsunya yang di dakwa membunuh anaknya sendiri sebelum membunuh diri di Utradit, Bangkok, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai. - Foto Amran Hamid

 JITRA: Bapa kepada wanita yang viral di laman sosial kerana dikatakan membunuh diri di Utradit, Bangkok, hari ini menafikan kejadian itu. Juhari Osman, 64, bapa kepada Nurulhuda Juhari, 33, berkata kejadian yang diviralkan itu adalah tidak benar dan anaknya masih hidup serta tidak pernah menetap di negara jiran. 

Baru-baru ini, viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp menunjukkan kononnya Nurulhuda membunuh diri di Utradit dengan menembak diri sendiri setelah menembak anak lelakinya akibat kecewa dengan kecurangan suaminya. 

Juhari percaya penyebaran gambar MyKad anaknya itu dibuat pihak tertentu yang ingin memfitnah mereka sekeluarga, kerana anaknya baru sahaja kehilangan MyKad. "Mungkin mereka guna MyKad anak saya yang hilang dan reka cerita ini. 

Anak saya dan cucu lelaki berusia enam tahun masih hidup dan sedih apabila ada orang sanggup fitnah perkara seperti ini membuatkan emosi kami sekeluarga terganggu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai, di sini, hari ini. Bagaimanapun Nurulhuda yang masih trauma sehingga kini, masih enggan ditemui media. - BERNAMA JUHARI 

Osman memeluk cucunya, Mohd Arif Izwan yang dilaporkan kononnya meninggal dunia akibat dibunuh oleh ibu sendiri yang tersebar di laman sosial Facebook mengenai kejadian di Utradit, Bangkok, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai. - Foto Amran Hamid 

IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Cara mudah untuk solat jenazah.

SHARE. Cara mudah untuk solat jenazah. 
Moga bermanfaat

GAMBAR KE 4 ... SALAM KE KANAN DAN KEMUDIAN KIRI

------------------------

IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Salasilah Keturunan TGHH.

Disebut bahawa keluarga Ayah beliau keturunan dari Tok Kubur Panjang yang dimakamkan di Kampung Jambu, Jerim Pattani. Setelah saya menelitik beberapa kajian sejarah, Tok Kubur Panjang juga dikenali sebagai Tok Syeikh Gombak mengikut Hikayat Patani.

Ketika Perang Pattani-Siam, Keturunan Tok Syeikh Gombak ini berundur ke Terengganu. Dikhabarkan oleh TG Haji Hadi, yang menurutnya melalui cerita ibu saudaranya yang meninggal dua tahun lepas, ada 3 beradik keturunan Tok Panjang keluar dari Pattani. Seorang duduk di Rusila (keluarga TGHH). Seorang menetap di Kampung Tapu dan seorang bergerak ke Pahang dan tak dapat dikesan.

Menurut Tok Guru, Ayah beliau Haji Awang bin Abdul Rahman Bin Abdullah bin Yusuf.
Disebelah keturunan ibu, Tok Guru sebut bersangkut dengan Tok Pahang, seorang tokoh yang terlibat secara tidak langsung dalam pertembungan Bendahara Wan Ahmad dengan Tun Mutahir dalam Perang Saudara di Pahang. Sejarah asal Tok Pahang tidak diketahui banyak orang kerana tiada cerita banyak pasalnya.

Moyang TGHH, Abdullah bin Yusuf dilantik oleh Sultan Terengganu waktu itu sebagai Hakim/Qadhi.

Dan sejarah hubungan keluarga TGHH dengan Istana berkait rapat sehingga 1950 an lagi, Apabila Masjid Rusila menjadi Tempat Solat Jumaat Sultan.

Datuk TGHH, Abdul Rahman Bin Abdullah adalah sahabat pelayaran Tuan Guru Abdul Rahman Limbong dan pernah belayar bersama sama dengan Perahu Panjang sehingga ke Burma, Kalimantan, Riau dan sebagainya. Kemungkinan ini menyebabkan juga ada pengaruh sarekat Islam yang waktu itu turut berkembang di Nusantara dari Pulau Jawa, Riau dan pantai Terengganu. TGHH sebut lantera Perahu Panjang masih disimpan di rumahnya sebagai kenang kenangan sejarah.

Setelah disebut Nama Tok Syeikh Gombak adalah seorang pedagang dari Minangkabau, TGHH mengiyakan bahawa beliau ada juga dengar maklumat tersebut dan menurut TGHH, sememangnya banyak keturunan Minangkabau dan Acheh sepanjang Pantai Rusila sehingga ke Jambu Bongkok. Menurut Hikayat Pattani, Tok Syeikh Gombak adalah pedagang yang datang ke Pattani ketika berlaku pertembungan antara Siam dengan Pattani. Waktu itu dibuat larangan menjual tembaga kepada orang luar. Tok Syeikh Gombak dihukum bunuh kerana menjual tembaga kepada pedagang dari Melaka.

Daripada perbualan pagi tadi, boleh dirumuskan TGHH berasal dari keturunan Ulama yang berjuang dan mungkin juga keturunan daripada ulama-ulama Pattani yang berasal dari Hadhramaut, Yemen seperti yang direkodkan oleh Almarhum Ustaz Wan Saghir Abdullah. Saya sedikit teruja bila TGHH sebut begitu kerana menurut seorang Tok saudara sebelah ayah, keturunan saya adalah dari Tok Syeikh Duyung yang juga menetap di Terengganu selepas lari dari serangan Siam ketika Perang Siam-Pattani pada abad ke-18 dan ke-19.

*catatan ringkas sebelum luput dari ingatan...

IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

TERBONGKAR : SEBAB TGHH TAWAR HATI DENGAN ANWAR IBRAHIM

Pakatan Rakyat Hampir Hancur Kerana Anwar, Hadi Jadi Penyelamat, DAP Nyaris Dipinggirkan
[SIRI PENDEDAHAN]
* * * * * * *
"ANWAR diskru DAP, HADI diskru PKR"
Sekarang cerita ini sudah menjadi perbincangan terbuka, saya boleh beri maklumat lebih lanjut mengenai perkara ini di mana sebenarnya berlaku tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jika masih ingat, saya telah menulis mengenai perkara tersebut sebelum ini, mungkin kira-kira setahun yang lalu atau lebih (saya dimuat naik bersama beberapa gambar), di mana kejadian ini berlaku sekitar Krismas tahun 2013.

Masalah terjadi adalah, ketika kejadian itu berlaku, tidak wujud keraguan mengenainya, versi PKR sedikit berbeza daripada versi saya telah diberikan. Ulasan Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar perkatakan seolah-olah berlainan dari kejadian yang telah berlaku.
Dalam erti kata lain, soalan yang saya gambarkan adalah: Siapa yang meminang dan yang dipinang itu? Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memikat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim atau sebaliknya?
Pada dasarnya, inilah asas kepada peristiwa ini.
Secara jujur, walaupun, saya tidak tahu siapa yang telah mula memikat atau yang pertama memulakan jalinan hubungan itu. Tetapi saya tahu bahawa perkahwinan telah berlangsung. Dan saya tahu tanpa tindakan salah seorang, pasti hal ini tidak berlaku.
Ini sebabnya cerita saya perlu diambilkira.
Bagaimanapun, terdahulu kita perlu membicarakan mengenai peristiwa yang berlaku sebelum pilihan raya umum Mei 2013. Najib terdesak untuk memenangi semula Selangor dan dia menyedari akibat jika tidak dapat berbuat demikian sedangkan beliau Perdana Menteri. Tun Dr Mahathir Mohamad memerhatikan perkara itu.
Anwar, dari sudut lain turut terdesak. Beliau terdesak sama ada dipenjarakan dan lebih terdesak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, yang menjadi batu loncatan ke jawatan Perdana Menteri.
Jadi beberapa langkah diilhamkan. Anwar akan menyerahkan Selangor kepada Najib sebagai negeri 'Kerajaan Perpaduan' jika Najib melantik beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan memastikan dia tidak masuk ke dalam penjara.
Anwar jangka Umno dan PKR dapat menang dalam jumlah sekurang-kurangnya 30 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala PAS dan DAP mungkin boleh memenangi hanya 26 kerusi jika digabungkan. Ini akan memberikan Umno dan PKR majoriti empat kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Sudah tentu, PAS dan DAP bukan sebahagian daripada rancangan itu. 'Kerajaan Perpaduan' Negeri Selangor ini akan terjadi antara Umno dan PKR, bukan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Khalid Ibrahim menentang idea supaya mereka memindahkannya ke kerusi Pelabuhan Kelang, di mana Umno pasti menang. Ia berkesan menewaskan Khalid walaupun beliau masih lagi seorang Ahli Parlimen.
Bagaimanapun pada keputusan pilihan raya, Umno dan PKR hanya menang 26 kerusi, dengan tidak disangka-sangka Khalid memenangi kerusi Pelabuhan Kelang. Tolak Pelabuhan Kelang, Umno dan PKR hanya ada 25 kerusi berbanding PAS dan DAP 30, atau 31 jika Khalid bersandar kepada PAS dan DAP.
Jelas, gagalnya rancangan untuk 'Kerajaan Perpaduan' Negeri Selangor antara Umno dan PKR.
Tetapi Anwar masih tidak berputus asa lagi. Semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Kelab Sulaiman di Kuala Lumpur, juga pada tahun 2013, Anwar berbisik kepada Hadi bahawa beliau mahu membincangkan sesuatu dengan Hadi secara peribadi.
Selepas mesyuarat itu berakhir, Anwar bertanya kepada Hadi sama ada dia akan ke London pada bulan Disember 2013 di mana Hadi mengesahkannya. Anwar kemudian memberitahu Hadi bahawa dia akan mengatur mesyuarat di London antara beliau dan Ahmad Zahid Hamidi.
Tujuan mesyuarat itu tidak didedahkan tetapi Hadi mengesyaki bahawa ia berkaitan 'Kerajaan Perpaduan' Negeri Selangor, yang terlebih dahulu telah dibincangkan tetapi terpaksa ditangguhkan apabila Umno dan PKR tidak mendapat kerusi yang cukup untuk memberi mereka majoriti.
Hadi berasa sedikit tidak selesa mengenai mesyuarat itu, terutama kerana dia tidak benar-benar tahu perkara yang dirancang mesyuarat itu dan beliau bimbang ia boleh menjadi perangkap. Jadi beliau memutuskan beliau tidak akan menghadiri mesyuarat itu dan wakilnya sahaja hadir.
Mesyuarat itu telah diadakan di The Landmark London Hotel. Apabila Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sampai ke dalam bilik mesyuarat, mereka terkejut melihat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari PAS dan Saifuddin Nasution dari PKR di sana. Zahid Hamidi, Dr Syed Azman dan Saifuddin, seterusnya, terkejut bahawa Hadi tidak hadir dan sangat kecewa apabila Dr Samsuri memberitahu mereka bahawa Hadi keletihan dan tidak akan dapat menghadiri mesyuarat itu.
Oleh kerana itu tidak banyak dapat dibincangkan dan mesyuarat berakhir awal tanpa sebarang perjanjian walaupun pada mulanya mereka merancang untuk makan tengah hari juga. Tanpa kehadiran Hadi tidak akan berlaku 'Kerajaan Perpaduan' Negeri Selangor. Ketiadaan Hadi bermakna beliau tidak menyokong perancangan itu. Dan pasti Allahyarham Nik Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan rancangan itu walaupun Hadi pergi bersama-sama dengannya.
'Kerajaan Perpaduan' Negeri Selangor sepatutnya terjadi antara Umno dan PKR. Tetapi dengan hanya 25 kerusi, ia tidak boleh berlaku. Jadi mereka memerlukan PAS juga, yang akan memberikan mereka 40 kerusi berbanding DAP dan Khalid 16.
Jadi, supaya PKR tidak diskru oleh DAP kerana tidak melibatkan mereka berunding mengenai 'Kerajaan Perpaduan' Negeri Selangor, maka PKR skru Hadi yang menyebabkan 'Kerajaan Perpaduan' tidak terjadi. Oleh itu Hadi adalah penyebab kegagalan itu.
Dan sebab itulah sejak dari itu Hadi menjadi 'sejuk' terhadap Anwar dan PKR. Dia tahu bahawa Anwar dan PKR cuba melakukan banyak perkara di belakangnya dan hanya menjemput beliau untuk menjadi sebahagian daripada perjanjian itu apabila mereka gagal untuk mendapatkan majoriti yang mereka perlukan. Tetapi DAP nampaknya tidak sedar bahawa Hadi telah selamatkan mereka daripada ditendang keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.
Ini adalah e-mel yang saya terima daripada seseorang yang terlibat dalam seluruh konspirasi yang menerangkan kejadian yang berlaku:
Anak-anak Anwar bercakap karut bahawa Najib tawarkan kerusi TPM kepada bapa mereka. Sedangkan Anwar yang meminta Najib untuk membolehkan dia dan tiga ribu ahli PKR untuk kembali kepada UMNO. Mahathir diskrukan Najib untuk mengadakan rundingan di London, Singapura dan di Langkawi dengan Anwar. Daim terpaksa terbang ke Singapura untuk menghentikan rundingan dua kali.
Rancangan terbaru adalah untuk memecahkan PAS sepenuhnya selepas pilihan raya kecil itu.
Azmin tidak akan dibenarkan menjadi Ketua Pembangkang. Kak Wan akan dipilih.
* Dipetik dan dialihbahasakan dari: http://www.malaysia-today.net/anwar-screwed-dap-hadi-screwed-pkr/

IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

TERKINI ! - Hudud Bakal Terlaksana DiKelantan

TERKINI ! - Hudud Bakal Terlaksana DiKelantan.
Fokus awal :
 1). ZINA
2). MURTAD
3). MINUM ARAK
4). QAZAF (Tuduhan Zina Tanpa Empat Saksi)

Sekarang masih diperingkat teknikal dan dijadualkan siri jelajah penerangan akan bermula 4 Mac 2016 sebelum dibawa kepada jemaah Parlimen
.
- Rujuk keratan akhbar keluaran 18/2/2016 selepas selesai perbincangan yang diKetuai oleh YB Nik Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Sunday, February 14, 2016

Fitnah RM2.6 bilion di akaun PM

MASUKNYA sejumlah duit RM2.6 bilion dalam akaun bank Perdana Menteri Najib menjadi satu fitnah besar buat Malaysia yang tidak berkesudahan. Ia menjadikan negara dan isinya mengalami kesan fitnah yang tak tertanggung.

Duit RM2.6 bilion itulah ibu dan punca segala fitnah, bukan laporan yang diselongkar The Wall Street Journal. WSJ sekadar menjalankan tugas menyelongkar apa yang disarankan tidak wajar berlaku.

Perdana Menteri sebagai pentadbir awam tertinggi tidak dihalalkan ada duit yang banyak dalam akaun pribadinya. Duit dalam akaun pribadi adalah milik pribadi. Jika pemilik itu mati, maka duit jadi faraid bagi warisnya. Maka ia mesti ditanya oleh sistem.

Saidina Umar al-Khatab sebagai Amirul Mukminin dia dapati ada dua baju baru sedang beliau sewajarnya memiliki satu baju saja. Maka masyarakat bertanya bagaimana beliau boleh ada dua baju dibimbangi ia diperoleh daripada sumber baitulmal yang beliau pemegang amanah terpentingnya. Sistem mahukan ketelusan.

Maka Saidina Umar terpaksa menjelaskan. Baju satu lagi adalah hak anaknya dan anaknya telah memberinya kepadanya. Jika sehelai baju khalifah diaudit, maka RM2.6 bilion mesti masyarakat ambil tahu.

Sistem mengira salah bagi PM menyimpan duit lebih daripada hak pribadinya. Individu yang boleh ada akaun sebesar itu ialah Philip Kock, Ananda Krishnan, Vincent Tan dan lain-lain yang sekaya dengan mereka.

Justeru itu satu fitnah, maka PM mesti ditanya dan dia mesti menjelaskan. Ia sudah dikira orang bersalah sehingga dia membuktikan dia tidak salah. Jelasnya ia adalah derma yang dikatakan dari kerabat diraja Saudi.

Sekalipun betul ia derma atas apa sebab jua, ia juga jadi fitnah kerana bagaimana begitu mudah orang berderma sebesar itu? Dan adakah di dunia orang sanggup menderma sebesar itu?

Untuk apa duit itu diguna dan bagaimana ia digunakan? Pun jadi fitnah juga. Nabi Sulaiman tertangguh 40 tahun untuk masuk syurga kerana kekayaannya diaudit dulu oleh Allah sedang Nabi adalah maksum.

Sesudah ia dikatakan derma, dipulangkan balik duit itu. Logiknya bersihlah akaun itu dari derma tadi. Betulkah ia dipulangkan? Mesti dibuktikan penderma terima semula duitnya dan apa sebab ia dipulangkan sedang mulanya ia diterima?

Imej Perdana Menteri adalah suka kepada duit dan diketahui mewah. Maka mengapa pula duit dalam tangan dilepaskan dengan senang?

Ketika semua mencari siapakah anak Raja Saudi yang berderma itu, keluar pula kenyataan dari menteri Saudi mengatakan duit itu bukan derma tetapi pelaburan. Pelaburan itu lebih masuk akal daripada derma.

Sebagai derma jika tidak dipulangkan pun tidak mengapa. Penerima derma tidak banyak masalah memulangkan duit itu. Tetapi bagi pelaburan, ia ada tanggungjawab memenuhi hak yang pelabur perlu dapat. Pelabur tentu tidak mahu rugi.

Apapun adakah betul caranya wang pelaburan dimasuk ke akaun Perdana Menteri? Jika tiada niat apa-apa, mengapa duit itu dimasukkan ke akaunnya, sedang dia ada pengalaman mentadbir selama 40 tahun. Tidak bodohkan namanya pelaburan asing dimasukkan dalam akaun sendiri? Dan bagaimana pelabur boleh masukkan wang yang banyak ke akaun pribadi orang lain?

Semuanya penuh diselubungi fitnah. Kerana duit RM2.6 bilion ini menyebab PM berbalah dengan TPM Muhyidin Yasin hingga pecah kabinet. Ia juga fitnah.

Akhirnya semua siasatan SPRM atasnya dipulangkan. Ia juga fitnah. Dan apabila Peguam Negara umum PM bersih tentang derma itu, menjadikan fitnah baru pula. Lemas semua oleh fitnah RM2.6 bilion. – HARAKAHDAILY 14/2/2016

IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Jakim jangan jadi alat politik - Salaudin Ayub

2 Januari 2013

SHAH ALAM - Pas mengingatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya tidak menjadi alat permainan politik mana-mana pihak tertentu dalam isu Amanat Haji Hadi.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jika Jakim benar-benar telus, isu itu sepatutnya sudah lama diselesaikan dan bukan sekarang baru hendak bertindak.

"Saya tidak teruja untuk memanjangkan isu amanat ini. Tapi, mengapa sekarang ini Jakim baru mahu panggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedangkan ia dilaung sekitar 30 tahun lalu.

"Saya juga tidak pernah dengar ada kajian saintifik mengenai perpecahan orang Melayu hanya disebabkan amanat itu. Lihat sahaja hari ini, orang Melayu masih sama, tiada perbalahan seperti yang dikatakan," katanya, semalam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kehidupan masyarakat Melayu di negara ini masih harmoni tanpa ada yang gelisah dengan amanat itu.

"Kalau ada pun berlaku perpecahan, ia hanya kes terpencil dan tidak ada kajian kes itu.

"Sekali lagi, saya ingatkan, Jakim tidak perlu jadi 'hero' dalam isu ini kerana kami orang Pas tidak pernah anggap apa dikatakan Presiden kami sebagai amanat, sebaliknya kata-kata biasa dalam ceramah," katanya.

Katanya, hanya orang luar beranggapan ucapan itu amanat, namun ia tidak beri kesan terhadap ahli Pas.

IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Payudara Pemuda 26tahun Membesar Gara-Gara Kebanyakan Makan Ayam Goreng

Seorang pemuda di China, yang hanya disebut sebagai Li, merasakan keanehan di dadanya.

web berita  AsianTown, Senin (20/7/2015), melaporkan, terkait dengan keanehan di dadanya itu, Li memutuskan untuk mengunjungi dokter tempatan untuk memeriksakan diri.

Alangkah kagetnya dia ketika dokter menyatakan bahwa payudara telah tumbuh di bagian dadanya.

Dokter mendiagnosa bahwa payudara itu tumbuh karena pria berumur 26 tahun tersebut mengkonsumsi terlalu banyak ayam goreng.

Hormon yang berada di kandungan ayam yang dimakannya menjadi penyebab utama terjadinya perubahan di bagian dadanya yang memicu tumbuhnya payudara itu.
Dokter itu meminta Li untuk menghentikan konsumsi ayam goreng dan memakan lebih banyak sayur dan buah-buahan.
Tumbuhnya payudara di dada pria sering disebut juga dengan istilah medis ginekomastia yaitu pembesaran jaringan dada pria yang disebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron.
Bayi yang baru lahir, anak laki-laki yang memasuki masa puber dan orang tua dapat mengalami gejala ini sebagai akibat dari perubahan kadar hormon.
Ginekomastia sendiri dinilai bukan masalah serius, tetapi terkadang para pria dan remaja putra yang mengalaminya bisa mengalami nyeri dada dan rasa malu ketika melepaskan kaos atau berenang.
Sejauh ini, belum ada studi resmi yang mengkonfirmasi hubungan ginekomastia dan makanan yang dikonsumsi seperti yang dialami oleh Li.

IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Mohon Mat Sabu kena SAMAN Penceramah UMNO yang Aibkan beliau

Maaf ye. Ambo terjumpa video ni di FACEBOOK. Penceramah UMNO aibkan Mat Sabu. Harap Mat Sabu menyaman penceramah ini. Beri pengajaran kepada penceramah UMNO ini... Ustaz Datuk Shamsul Najmi Shamsudin

[Video] Norma dedahkan amalan zina Mat Sabu dan pemimpin Pas?

Nota ringkas :

1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di HotelPerdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Ketika ditangkap beliau langsung tidak rasa bersalah kerana yakin beliau berjuang kerana Allah.

2. Normah mendakwa Mat Sabu dan Mahfuz Omar telah menyakinkan beliau bahawa .."perempuan solehah, mana-mana perempuan baik yang melepaskan keletihan mana-mana pemimpin Islam yang berjuang Fisabilillah maka dia mendapat pahala Fisabilillah dari Allah SWT"

3. Malah suami yang mengzinkan perbuatan isteri tersebut juga mendapat pahala Fisabilillah.

4. Fahaman bahaya ini telah menular di dalam PAS sebagaimana Normah mendakwa Mat Sabu telah menggunakan wanita-wanita pelayan nafsu untuk melayan nafsu serakah perwakilan yang menghadiri Muktamar PAS pada tahun 2011 sebagai habuan untuk mendapatkan undi menjadi Timbalan Presiden PAS, menewaskan Ust Nasharudin Mat Isa.

Mat Sabu mu saman selalu - Buktikan video ini tidak benar boleh saman penceramah ini!

https://www.youtube.com/watch?v=nD_yoOySC3o

IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

PAS bakal jadi parti alternatif orang Melayu

Datuk Ibrahim Ali

ULASAN Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Harun Din telah dilantik menjadi Pengerusi Kluster Dakwah di bawah Majlis Perunding Islam (MPI) tajaan kerajaan dan secara tidak langsung berada dalam kelolaan Yayasan Dakwah.

Ia akan menjadi modal tambahan kempen oleh Umno kepada rakyat dan seterusnya boleh mendakwa "tengok betapa prihatin dan hebat nya Umno untuk menaikkan syiar Islam".

Manakala bagi Datuk Husam Musa bekas Naib Presiden PAS yang kalah teruk pula menyatakan dengan begitu kuat bahawa perlantikan Datuk Harun Din adalah "Satu penghinaan yang dasyat kepada PAS" kerana ia secara tidak langsung menjadikan PAS sebagai alat di bawah kerajaan PM Najib Razak yang kini dikritik hebat oleh berbagai pihak mengenai isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Ini pandangan Datuk Husam Musa yang semenangnya masih lagi marah kepada PAS kerana ditolak sebagai Naib Presiden PAS dengan undi yang rendah pula serta kehilangan cita-cita untuk menjawat jawatan TMB atau MB.

Kekecewaannya dapat kita kongsi bersama. Pendek kata tiada apa yang betul lagi mengenai perjuangan PAS termasuk semasa beliau menjadi Exco Kerajaan Kelantan dan Naib Presiden PAS. Dahulu saya diserang apabila menegur kerajaan Kelantan mengenai isu balak, tanah dan lain-lain.

Apakah ada kena mengena perlantikan Datuk Harun Din dengan kepimpinan PM Najib Razak? Pada saya tidak ada kena mengena langsung. Masalah PM Najib Razak dan kerajaan kepimpinannya yang dikritik hebat oleh rakyat adalah satu hal yang berlainan.

Sebagai ulamak dan seorang Da'i, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk berdakwah dan memberi sumbangan fikiran dan peranan untuk kebaikan Islam.

Inilah amalan yang dikatakan Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Apakah DAP atau Anwar bersih 100 peratus yang menyebabkan Datuk Husam Musa menyokong dan bersekongkol serta berceramah atas satu pentas.

Kemenangan moral buat PAS

Saya belum pernah lihat lagi Datuk Harun Din berceramah membela PM Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB dan RM2.6 bilion. Anwar sudah dihukum bersalah oleh mahkamah tapi Datuk Husam Musa membela Anwar dengan lantang.

Alasannya Anwar dizalimi. Itu kata Datuk Husam Musa. Cuma saya percaya Datuk Harun Din mempunyai sifat dan keperibadian yang tidak double standard atau hipokrit. Seorang ulamak sememangnya tenang dan istiqamah.

Pada saya perlantikan Datuk Harun Din walaupun kecil dan bukan bertaraf Menteri adalah satu kemenangan moral yang besar pada PAS dan bukan setakat satu penghormatan pada PAS seperti kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat, Timbalan Presiden PAS.

Kini Umno tidak boleh lagi memperlekehkan PAS. Sekarang ini pun kedengaran ada yang mahu Umno berganding bahu dengan PAS atas berbagai alasan. Yang mudah dijual ialah perpaduan ummah demi kekuatan Melayu dan Islam.

Apa pun yang jelas Umno yang sedang sakit amat memerkukan PAS. Inilah hakikatnya. PAS pula jika tunjuk mahal atau bersikap jumud tentu tidak dilihat parti yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam. PAS telah sedar apabila berpisah dengan DAP. PAS akhirnya tidak menjual prinsip perjuangan Islamnya seperti mempertahankan hukum hudud yang diperjuangkan PAS berpuluh tahun lamanya. Berjaya atau tidak soal lain. Tapi tetap tegas dengan prinsipnya.

Jangan berkawan dengan pencuri

Pada PRU12 2008 saya bertanding atas simbol PAS. PAS bermurah hati memberi laluan pada saya. Saya amat berterima kasih. Tapi saya berpisah kerana PAS selepas itu kerana tahaluf siyasinya dilihat hanyalah untuk menjadi kuda tunggangan DAP dan Anwar. Saya kritik dan akhir berpisah. Pendirian saya akhirnya betul. Sekarang PAS berpisah dengan DAP dan saya amatlah gembira.

PAS mestilah menunjukan sikap proaktif dengan sesama Islam. Soal ada pihak salah, tidak betul atau tidak serius dengan Islam, itu soal lain. Orang beriman jika berada di mana sahaja atau di gelangang maksiat atau minum atau makan semeja dengan puak rasuah, jika orang beriman berkenaan tidak ikut lakukan perkara buruk yang sama, malah menegur dan menasihat orang yang bersifat buruk meninggalkan perbuatan buruk, maka inilah tindakan dan peranan yg betul. Jangan berkawan dengan pencuri dan akhirnya turut menjadi pencuri.

Rumusan saya, dengan berpisahnya PAS dan DAP, mengambilkira keresahan umat melayu Islam terkini dengan berbagai isu, jika PAS berhemah dalam perjuangan politiknya, saya yakin PAS akan menjadi parti alternatif yang akan mendapat sokongan majoriti umat Melayu Islam dalam PRU ke 14 nanti. Atau jika ada lain-lain alternatif, sama-sama kita tunggu dan lihat.

Datuk Ibrahim Ali adalah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan bekas ahli Parlimen Pasir MAS.
IKLANKAN PRODUK ANDA

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Saturday, February 13, 2016

Mudahnya Menjemput Rezeki

#SayaUsahawandRSunnah
in sha allah drsunnah1
pendapatan …wow…
PAKEJ100PLAN
Diskaun Produk dRSunnah.Com

pakej100
berminat whatsaap ambo
0139299944
———————————————————
ADA JUGA PLAN PENGENALAN
PAKEJ RM20.00
PAKEJ20PLAN
PRODUK
Diskaun Produk dRSunnah.Com

pakej20