Pages

Tuesday, March 15, 2016

oh malaysiaku

Video ABC buktikan wartawan tak rempuh kawalan keselamatan

Sebuah video yang memaparkan wartawan Australia Linton Bresser mengajukan soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching, Sabtu lalu jelas menunjukkan bahawa wartawan itu tidak merempuh kawalan keselamatan seperti yang didakwa oleh pihak polis.

Bresser, yang ditugaskan menyiapkan program Four Corners terbitan Badan Penyiaran Australia (ABC) menyertai sekumpulan jurugambar dan wartawan akhbar lain mengikut Najib sebaik beliau keluar dari kereta dan menuju ke sebuah masjid di Kota Sentosa.

Najib yang pada mulanya tersenyum juga dikelilingi oleh pengiringnya, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Skhuri dan pihak polis.


"Hello Tuan Perdana Menteri, saya dari ABC Australia. Saya tertanya-tanya jika anda boleh jelaskan wang beratus juta di akaun anda?" soal Bresser yang tidak dihiraukan oleh Najib dengan muka selamba dan terus berjalan.

"Hello, Tuan Perdana Menteri, boleh anda menjelaskan wang beratus-ratus juta dolar dalam akaun anda? Tuan Perdana Menteri?" soal wartawan itu lagi.

Pada ketika ini, kedengaran pihak polis merungut “Apa ni? " dan dalam nada yang jengkel, melangkah untuk menyoal Bresser siapa dirinya.

Wartawan itu kemudian menjelaskan bahawa beliau adalah "hanya seorang wartawan yang hadir untuk sidang akhbar".

Rakaman selama 58 ssat itu dikeluarkan oleh Four Corners melalui akaun Vimeo bagi membuktikan bahawa wartawannya tidak bertindakl secara "agresif" seperti yang didakwa oleh pihak polis.

"Siapa engkau, apa engkau cuba lakukan? Tidak, tidak, tidak. Bawa dia pergi. Mana Jabatan Siasatan Jenayah?” kedengan suara seorang anggota polis.

Apabila Bresser menjelaskan bahawa dirinya adalah seorang wartawan, kedengaran anggota polis itu berkata: "Apa identiti kamu? Kami tidak tahu tentang kamu? Keluar."

Bresser dan pengendali kamera ABC, Louie Eroglu ditahan pada malam itu...

Video di : https://www.malaysiakini.com/news/333948

Monday, March 14, 2016

jawapan mb kpd yb salor

mari mesyuarat juga lah







..
IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

jom kenali husam

TEMBAKAN HUSAM MUSA KEPADA NIK AMAR, ADAKAH KERANA DENDAM PERIBADI?

1. Siapa menduga, selepas PRU-13 Ustaz Nik Amar diangkat menjadi Timb. Menteri Besar. Satu posisi yang mungkin tidak dijangka oleh beliau sendiri untuk dijawati. Manakan tidak, Almarhum Tok Guru melepaskan jawatan MB tanpa siapa menduga. Pun begitu, kabinet negeri yang dilantik, mendapat restu daripada Almarhum Tok Guru walaupun ketiadaan Husam Musa didalam saf EXCO.
2. Bermula daripada perjalanan ini, langkah Ustaz Nik Amar menjadi sedikit mencabar. Manakan tidak, disaat Ustaz Nik Amar menjadi TMB, secara jelas saya dapat melihat, satu pembunuhan karekter secara terancang telah dilakukan oleh sesetengah pihak yang mungkin berasa iri hati dan punyai sikap busuk hati yang menebal. Pembunuhan karekter ini dilakukan oleh cybertrooper murahan dengan bermodalkan sumber tulisan dan ucapan Husam Musa.

3. Apa yang pasti, setiap apa yang diungkapkan oleh Husam Musa terhadap Ustaz Nik Amar belum terbukti kesahihannya. Husam Musa hanya berani melontarkan kritikan terhadap Ustaz Nik Amar ketika berceramah di gelangang sendiri. Tetapi ruang perjumpaan seperti usrah dan mesyuarat parti tidak pula Husam Musa bersuara malah dikatakan PONTENG setiap mesyuarat dan usrah.

4. Saya menjadi pelik, apakah terdapat dendam peribadi Husam Musa terhadap Ustaz Nik Amar? Jika dilihat secara dekat, kenapa dan mengapa pembunuhan karekter ini disasarkan kepada Ustaz Nik Amar? Adakah mungkin Husam Musa tidak dapat menerima hakikat bahawa Ustaz Nik Amar jauh mempunyai kredibiliti berbanding Husam Musa? Ataupun adakah ada sesuatu yang dilakukan oleh Husam Musa yang dirahsiakan oleh Ustaz Nik Amar yang mana jika ini dibongkarkan Husam Musa akan terpalit dengan pelbagai skandal? Mungkin disebabkan hal ini, satu pembunuhan karekter terpaksa dilakukan oleh cybertroopers murahan bagi menutup kelemahan 'bos' mereka?

5. Jika difikirkab secara logik, nama Husam Musa DITOLAK oleh ISTANA, apakah sebenarnya menyebabkan ISTANA tidak memperkenankan nama Husam Musa? Apakah sebenarnya yang telah dilakukan oleh Husam Musa?

Saya kenal lama Husam Musa. Akan tiba masa, Allah akan zahirkan siapa Husam Musa. Cukup-cukuplah berlakon dipentas dunia yang sekejap.

Muhammad Adam Ghani.
Salor...


IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Sunday, March 13, 2016

PEMBINA sokong penuh cadangan Kelantan laksana sebat kesalahan zina di tempat awam


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin 


BANGI, Jumaat – Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Eqwan Roslan menyokong penuh usaha kerajaan Kelantan dalam mengusulkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam sebagai pengajaran kepada pesalah.
maxresdefault
Katanya, usaha sebegini perlu diteruskan supaya perlaksanaan penuh syariah berhasil dan ia juga selari dengan titah Ketua Agama Islam negara.
“Cadangan itu selari dengan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk perkasakan syariah.
“Juga, untuk memastikan pelaksanaan penuh, ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutamanya penggubal undang-undang,” katanya.
Dalam pada itu, Eqwan berkata, selain daripada usaha memenuhi tuntutan melaksanakan syariah, cadangan tersebut turut dapat membantu dalam membentuk generasi belia dengan akhlak yang lebih baik.
Ditanya mengenai kewujudan pihak-pihak yang menentang perlaksanaan syariah, beliau berkata, mereka sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati prinsip perlembagaan negara.
“Orang bukan Islam perlu menghormati identiti negara berteraskan Perlembagaan yang menetapkan Islam sebagai Agama Persekutuan untuk Malaysia terus membangun dengan aman dan sejahtera.
“Sebarang usaha yang membelakangi sejarah tanah ini dan menyekat aspirasi orang Islam untuk mengamalkan Islam secara menyeluruh akan membawa ketegangan yang tidak diperlukan,” katanya.

..
IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

‘Kuasa ketiga’ PAS cabar pengaruh Pakatan Harapan, kata penganalisis

Strategi PAS mewujudkan pakatan politik 'kuasa ketiga' dilihat bakal menarik pengundi yang berada di antara kemarahan kepada Umno dan sangsi kepada Pakatan Harapan, sekaligus menjejaskan peluang gabungan pemangkang itu mencabar dominasi BN, kata penganalisis politik, Prof Ahmad Atory Hussein.

Pada masa sama menurut beliau, blok pembangkang yang bakal ditubuhkan parti itu antara lain bertujuan cuba memujuk kembali sekumpulan penyokong PAS yang kini berpihak kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Strategi PAS adalah untuk berdepan pilihan raya akan datang, PAS mungkin memberi penawaran kepada pengundi melalui calon-calon yang akan diangkat bukan daripada tokoh PAS sendiri.
"Di kalangan pengundi khususnya orang Melayu ramai yang kecewa dengan Umno dan Pakatan Harapan, jadi kuasa ketiga ini akan memberi pilihan baru melalui calon yang tidak dipengaruhi parti politik," katanya kepada Malaysiakini.
Justeru menurut beliau, pihak yang bersekutu dengan PAS dalam kerjasama politik itu, tidak semestinya parti politik, sebaliknya mungkin lebih bersifat NGO.
Kerjasama dengan NGO

Apa yang saya nampak, kuasa ketiga ini adalah untuk mengurangkan pengaruh terhadap AMANAH melalui kerjasama dengan NGO-NGO seperti PERKASA (Pertubuhan Pribumi Melayu) misalnya.
"Seperti PERKASA mereka banyak pengaruh dan tidak mempunyai masalah dengan PAS, begitu juga pengaruh NGO lain," katanya.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkansatu blok pembangkang baru bakal diwujudkan dengan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan parti sekutu yang akan menandatangani memorandum persefahaman dengan PAS itu.
Takiyuddin, yang juga ahli Parlimen Kota Bharu, turut menegaskan bahawa Umno atau parti disokong Umno, tidak akan dilibatkan dalam gabungan dinamakan “Blok Politik Ketiga”.
Memecah undi
PAS tidak menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas Pakatan Rakyat berkubur.
PAS bagaimanapun masih meneruskan kerjasama politik dengan PKR.
Ahmad Atory berkata, keberkesanan strategi PAS itu turut bergantung kepada kawasan yang dilihat memberi kelebihan kepada mereka termasuk untuk memecah undi di kalangan pengundi bukan Melayu.
"Jika berlaku pertembungan antara PAS dan AMANAH, PAS memerlukan pengaruh melalui kuasa ketiga untuk menarik pengundi termasuk pengundi bukan Melayu," katanya.
Tambah beliau, langkah itu dibuat untuk meneruskan pengaruh dan survival politik selepas tidak sehaluan dengan rakan-rakan pembangkang.
"PAS dan Umno akan bekerjasama secara tidak langsung dengan harapan undi di kalangan mereka yang kecewa dengan Umno tidak beralih kepada Pakatan Harapan.
Parti serpihan
"Sebaliknya ia akan memberi kesan kepada parti serpihan mereka iaitu AMANAH dan pengundi yang kecewa dengan politik dalaman Umno juga akan mensasarkan undi kepada PAS," katanya.
Sementara itu Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak berkata, kejayaan blok baru pembangkang yang akan dikemudi oleh PAS bergantung kepada rakan sekutunya yang akan menyertainya.
Beliau berkata PAS memerlukan sekutu yang mempunyai pengaruh terhadap masyarakat bukan Melayu yang dikuasai DAP dalam HARAPAN.
“Kalau parti sekutu PAS itu berkaliber, kerjasama mereka akan kuat,” katanya.
Mohamed Mustafa berkata PAS sekarang hanya menguasai undi di kawasan Melayu bersama musuh tradisinya Umno dan kini terpaksa berdepan realiti baru apabila bersendirian.
"Jadi PAS perlu cari langkah untuk tarik undi bukan Melayu khususnya di kawasan yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu.
“Manakala di kawasan majoriti Melayu, undi lebih berpihak kepada Umno," katanya sambil menegaskan keperluan parti itu meneroka undi bukan Melayu...
IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

APAKAH ITU PERUBATAN ISLAM?

Soalan: Dr MAZA, saya ada saudara yang menganggap bahawa kita tidak patut mengambil berubat dengan ubat-ubat yang lain dari yang Nabi s.a.w dah ajar. Dia kata perubatan Islam seperti ubat-ubat nabi sudah sempurna. Ubat-ubat hospital atau orang putih itu tidak sesuai dengan orang Islam. Orang Islam patut pegang ubat Islam, bukan ubat kafir. Apakah pandangan Dr Asri dalam hal ini?
Maslina, Jerantut.
Jawapan Dr MAZA: Maslina, sikap saudara puan/cik yang ingin menghayati ajaran Nabi s.a.w itu amatlah baik. Namun, beliau memerlukan kefahaman terhadap Islam yang lebih jelas dalam masalah ini. Perkataan perubatan Islam itu sendiri memerlukan penjelasan berdasarkan nas-nas Islam itu sendiri. Untuk itu maka saya ingin menyentuh beberapa perkara berikut;
1. Tiada istilah ‘perubatan Islam’ yang hanya merujuk kepada jampi atau bahan-bahan yang disebutkan oleh Nabi s.a.w semata. Berubat memang disuruh oleh Islam. Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah perubatan yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak. Ini termasuk perubatan dan ubat yang disebut oleh Nabi s.a.w, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan. Maka, perubatan moden, atau cina, atau india, atau melayu yang berasaskan kaedah yang benar, bukan haram, khurafat atau syirik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh Islam. Bahkan jika diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit, maka ia disuruh oleh Islam tanpa mengira asal usul perubatan tersebut.
2. Nabi s.a.w dalam hadis menyebut perubatan dan ubat secara umum, tanpa menghadkannya. Maka, setiap orang hendaklah berusaha mencari ubat yang paling berkesan. Dalam hadis yang sahih Nabi s.a.w bersabda:
عِبَادَ اللَّهِ ، تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ لَهُ دَوَاءً إِلاَّ دَاءً وَاحِدًا الْهَرَمُ
“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).
Juga sabda baginda:
لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim). Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafi`i), kebanyakan salaf dan keseluruhan khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia, antaranya; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya..” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).
3. Kemudian, satu perkara yang perlu diperingatkan bahawa bukan semua hadis-hadis tentang perubatan itu sahih, bahkan banyak yang palsu. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (w. 751H) yang menulis kitab al-Tibb al-Nabawi (perubatan kenabian) sendiri mengingatkan dalam kitabnya al-Manar al-Munif bahawa salah satu ciri hadis palsu itu; hadis yang lebih berunsur ungkapan para pengamal perubatan yang dibuktikan oleh pancaindera atau fakta yang sahih tentang kepalsuannya. Dalam ertikata lain, di zaman sekarang jika fakta sains berjaya membuktikan kesalahan fakta hadis tersebut, maka itu salah satu ciri bahawa ia hadis yang palsu. Satu contoh yang jelas hadis: “Terung itu mengikut hajat ia dimakan” dan hadis “Terung itu ubat untuk segala penyakit”. Ini adalah riwayat palsu. Kata al-Imam Ibn al-Qayyim: “Semoga Allah menghodohkan pereka kedua hadis di atas. Perkara seperti ini jika disebut oleh orang yang paling pakar dalam perubatan pun, orang ramai akan mentertawakannya. Jika dimakan terung untuk demam panas, kemurungan dan banyak penyakit lain, ia hanya menambahkan keburukan lagi. Jika orang fakir makan agar dia kaya, dia tidak akan kaya. Jika orang jahil makan untuk pandai, dia tidak akan pandai” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if, m.s. 51. Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyat).
4. Maka, banyak dakwaan yang dikatakan bersumberkan hadis, seperti makan kismis menguatkan ingatan tiada dalil yang sahih daripada Nabi s.a.w mengenainya. Ibn al-Qayyim sendiri menyebut dalam al-Tibb al-Nabawi bahawa ada dua hadis yang disebut tentang kelebihan kismis, tetapi kedua-duanya tidak sahih. Cumanya, ada riwayat daripada al-Zuhri beliau menyatakan kismis bermanfaat untuk ingatan. (lihat: Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma’ad, 4/318
5. Apa yang disebut oleh al-Quran seperti khasiat madu, tiada sebarang syak tentang kewahyuannya (divinity). Cumanya, bagaimanakah proses perubatan itu hendak dikendalikan atau kadar dan caranya memerlukan kajian ilmiah perubatan.
6. Adapun hadis-hadis yang sahih yang menyebut tentang ubat-ubat tertentu seperti hadis habbatus sauda’ (jintan hitam), berbekam, air kencing unta, susu unta, oud hindi dan seumpamanya; para ulama berbeza pendapat tentangnya. Ada yang berpendapat hadis-hadis ini berasaskan wahyu. Ada pula yang berpendapat bahawa hadis-hadis ini Nabi s.a.w sebut berasaskan pengalaman, persekitaran dan zaman baginda hidup, bukanlah wahyu daripada Allah S.W.T.
7. Secara umumnya, ulama Hadis cenderung kepada pendapat bahawa hadis-hadis perubatan yang sahih itu berasaskan wahyu. Dalam ertikata lain ia adalah perkhabaran daripada Allah S.W.T kepada nabiNya s.a.w. Maka, semuanya kandungannya benar tepat dan untuk diamalkkan. Ertinya, ia perubatan yang mendapat pengiktirafan daripada Allah S.W.T sendiri. Maka, dalam kitab-kitab hadis didetilkan perkara-perkara ini sehingga dalam Sahih al-Bukhari ada Kitab al-Tibb (Kitab Perubatan). Ibn al-Qayyim dalam al-Tibb al-Nabawi berpegang dengan pendapat ini.
8. Golongan kedua seperti al-Qadi ‘Iyadh, Ibn Khaldun, Muhammad Abu Zahrah berpendapat bahawa hadis-hadis perubatan ini bukan berteraskan wahyu, sebaliknya Nabi s.a.w bercakap berdasarkan pengalaman dan persekitaran baginda ketika itu. Bagi ulama yang berpegang dengan pendapat ini mereka menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak diutuskan sebagai ahli perubatan dan itu bukan tujuan baginda diutuskan. Maka, ucapan atau tindakan baginda dalam perubatan sama seperti ahli masyarakat Arab lain ketika itu dan tidak semestinya tepat dengan realiti perubatan. Antara yang berpegang dengan fahaman ini al-Imam Ibn Khaldun (w. 808H) dalam kitabnya al-Muqaddimah. Kata Ibn Khaldun:
والطب المنقول في الشرعيات من هذا القبيل، وليس من الوحي في شىء وإنما هو أمر كان عادياً للعرب. ووقع في ذكر أحوال النبي صلى الله عليه وسلم، من نوع ذكر أحواله التي هي عادة وجبلة، لا من جهة أن ذلك مشروع على ذلك النحو من العمل. فإنه صلى الله عليه وسلم إنما بعث ليعلمنا الشرائع، ولم يبعث لتعريف الطب ولا غيره من العاديات. وقد وقع له في شأن تلقيح النخل ما وقع، فقال: " أنتم أعلم بأمور دنياكم . فلا ينبغي أن يحمل شيء من الذي وقع من الطب الذي وقع في الأحاديث الصحيحة المنقولة على أنه مشروع، فليس هناك ما يدل عليه ، اللهم إلا إن استعمل على جهة التبرك وصدق العقد الإيماني ، فيكون له أثر عظيم في النفع
“Maka perubatan yang diriwayatkan dalam syarak (hadis) kepada kita adalah dari jenis ini (perubatan Arab), sedikit pun bukan dari wahyu. Ia hanyalah perkara yang menjadi kebiasaan arab. Apa yang disebut keadaan Nabi s.a.w dalam hal ini termasuk dalam jenis adat dan jibiliyyah (tabiat kebiasaan) bukan kerana ia disyariatkan amal sedemikian rupa. Ini kerana Nabi s.a.w diutuskan untuk mengajar syariat, bukan untuk memperkenalkan perubatan atau adat kebiasaan yang lain. Ini telah dibuktikan dalam kes pendebungan tamar, lalu baginda bersabda: ‘Kamu lebih tahu urusan dunia kamu’. Tidak wajar untuk difahami sedikit pun perkara perubatan yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang diriiwayatkan sebagai sesuatu yang disyariatkan. Tiada bukti yang menunjukkan demikian. Melainkanlah jika hendak beramal atas dasar mendapat berkat dan keyakinan ikatan iman, maka baginya kesan manfaat yang besar.” (Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, 493-494. Beirut: Dar al-Fikr).
9. Seperti yang Ibn Khaldun sebut, antara alasan golongan yang berpendapat bahawa perubatan Nabi s.a.w berasaskan kebiasaan dan pengalaman bukannya wahyu ialah hadis sahih yang mana Nabi s.a.w pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda:
مَا تَصْنَعُونَ؟. قَالُوا كُنَّا نَصْنَعُهُ قَالَ لَعَلَّكُمْ لَوْ لَمْ تَفْعَلُوا كَانَ خَيْرًا . فَتَرَكُوهُ فَنَفَضَتْ أَوْ فَنَقَصَتْ - قَالَ - فَذَكَرُوا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَىْءٍ مِنْ دِينِكُمْ فَخُذُوا بِهِ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَىْءٍ مِنْ رَأْىٍ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ
“Apa yang sedang kamu lakukan?”. Jawab mereka: “Kami telah lakukannya sebelum ini”. Jawab baginda: “Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik”. Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia” (Riwayat Muslim).
Dalam riwayat yang lain, baginda menjawab:
إِنْ كَانَ يَنْفَعُهُمْ ذَلِكَ فَلْيَصْنَعُوهُ فَإِنِّى إِنَّمَا ظَنَنْتُ ظَنًّا فَلاَ تُؤَاخِذُونِى بِالظَّنِّ وَلَكِنْ إِذَا حَدَّثْتُكُمْ عَنِ اللَّهِ شَيْئًا فَخُذُوا بِهِ فَإِنِّى لَنْ أَكْذِبَ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Jika itu memanfaatkan mereka maka lakukanlah. Aku hanya menyangka satu sangkaan, maka jangan salahkan aku atas sangkaan. Namun, jika aku memberitahu sesuatu daripada Allah maka ambillah, kerana sesungguhnya aku sama sekali tidak akan berdusta atas nama Allah” (Riwayat Muslim).
Juga di sana ada dalil-dalil yang lain yang menunjukkan bahawa adanya tindakan dan perkataan Nabi s.a.w itu berasaskan kebiasaan, atau pengalaman atau pandangan baginda dan bukannya wahyu. Ini termasuk pemilihan tempat yang baginda buat dalam Perang Badar yang kemudian dicadangkan tempat yang lain oleh Hubbab bin Munzir dan baginda mengubah pandangannya dan bersetuju dengan cadangan tersebut. Perkara ini menjadi perbahasan panjang dalam kalangan ulama dalam membezakan sunnah Nabi yang disyariatkan untuk diamalkan dan yang tidak disyariatkan untuk diamalkan.
10. Saya melihat; secara umumnya tujuan hadis-hadis perubatan ingin memberitahu kita bahawa kita disuruh untuk berubat berasaskan kepada bahan-bahan yang digunakan dalam perubatan yang diyakini boleh memberikan kesan. Nabi s.a.w menyebut bahan-bahan yang ada dalam masyarakat baginda dan digunakan serta memberi kesan pada zaman dan iklim baginda. Bahan-bahan itu boleh diambil iktibar, namun bukanlah pilihan yang terbaik bagi setiap masa dan keadaan. Bergantung kepada sejauh manakah ia berkesan untuk sesuatu tempat dan masa. Apa yang penting kita disuruh mencari yang berkesan tanpa mengira jenisnya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (w. 852H) ketika mensyarahkan hadis al-Bukhari:
إِنَّ هَذِهِ الْحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلاَّ مِنَ السَّامِ
“Habbatus sauda penyembuh bagi segala penyakit”, menyebut: “Ia bermanfaat untuk penyakit yang sejuk, adapun penyakit yang panas tidak!” (Fath al-Bari, 11/290. Beirut: Dar al-Fikr).
11. Maka, kesimpulannya setiap ubat yang bermanfaat adalah diiktiraf oleh Islam, tidak terbatas kepada apa yang disebutkan dalam hadis sahaja. Berdasarkan pendapat sebahagian ulama tadi, apa yang disebut dalam hadis juga perlu untuk diteliti dan dikaji semula kesesuaiannya kerana mungkin ada keadaan yang berbeza, atau di sana ada ubat yang lebih berkesan.

..
IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Malaysia kesal kenyataan PBB

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia kesal dengan kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra'ad Al Hussein yang mendakwa ruang demokrasi di negara ini mengalami pembatasan. Wisma Putra dalam satu kenyataan, berkata dakwaan itu yang memetik pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai contoh kepada pembatasan demokrasi di negara ini, adalah berdasarkan hujah yang tidak berasas serta maklumat berat sebelah. Sehubungan itu, Malaysia mahu majlis yang berpegang pada prinsip sejagat, adil, objektif dan tidak berpilih itu dapat berlaku adil dalam penilaian terhadap semua negara anggotanya.

"Usaha kerajaan Malaysia memastikan rakyat menikmati nilai hak asasi manusia dibuktikan melalui komitmen kerajaan menegakkan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia. "Pada masa yang sama, kerajaan juga bertanggungjawab mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian negara, iaitu antara prasyarat bagi menikmati hak asasi manusia secara menyeluruh. "Dalam kes Anwar, kerajaan sudah memberikan maklum balas kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari (WGAD) PBB dengan memberikan fakta berasaskan undang-undang yang menjelaskan beliau bukan tahanan politik dan ditahan selepas melalui proses perbicaraan yang adil dan panjang," katanya.


Dalam laporan tahunan yang dibentangkan pada Sesi Tetap Majlis Hak Asasi Manusia Ke-31 di Geneva, Switzerland pada 10 Mac lalu, Zeid Ra'ad mendakwa ruang demokrasi di Malaysia semakin mengecil, serta menyifatkan pemenjaraan Anwar sebagai "lambang kelesuan demokrasi". Wisma Putra berkata, Wakil Tetap Malaysia ke PBB menggunakan Hak Memberi Maklum Balas pada 11 Mac bagi menjawab dakwaan berhubung keadaan hak asasi manusia di negara ini.

Di dalam maklum balas itu, Malaysia antara lain menjelaskan berhubung perbicaraan Anwar yang diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan selepas melalui perbicaraan selama tujuh tahun. Maklum balas itu turut menafikan dakwaan perundangan yang meminggirkan hak asasi manusia dan menjelaskan, setiap undang-undang diwujudkan melalui proses demokrasi di Parlimen.


IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Saturday, March 12, 2016

Apakah tanda2 org yg mendapat hidayah dan petunjukNya?

1.meninggalkan maksiat dan berazam tidak melakukannya lagi
2.sentiasa berbuat taat dan menunaikan solat yg wajib tanpa meninggalkannya lagi.
3.suka menilai aib diri sendiri dan perbaiki akan dirinya..
4.akhlak berubah..terpancar sifat mahmudah spt sabar..yakin dsbnya..
5.tidak suka melengah2kan waktu solat tanpa keuzuran..
5.berkekalan wuduk atas dirinya semampu boleh..
6.suka membuat kebajikan dan amal soleh ..
7.byk berzikir dan menbaca alquran
8.suka dan byk taubat serta istifar..
9.berlapang dada dlm setiap muzakarah dan perbincangan
10.bersangka baik dgn Allah serta manusia
11.menjauhi diri dari kawan2 yg bermaksiat tapi bukan bermakna menghina mereka malah sering menasihati
12.tiada sifat munafik dlm diri mereka
13..byk berdiam diri dan tidak suka pada perkara2 yg melalaikan..
14..sentiasa mencari dan memberitahu kebenaran ttg agama Allah..
15..suka bergaul dgn org2 dan ahli kebajikan dan ketaatan
16..hati lembut dan mudah menanggis krn dosa wlpun kecil sekalipun
17..sentiasa baca berdoa dan melazimi dgn amalan khususiah atau melazimi amalan yg sentiasa istiqamah...
18..suka membantu manusia lain setiap ketika dlm susah maupun ada..

Tidak ada yang dapat menyenangkan hati Baginda Nabi seperti usaha untuk mempelajari ilmu dan menyebarluaskan nya.

Ketahuilah, bahwa setiap orang yang menganggap bahwa hanya dirinya yang memiliki kelebihan, maka nasehatnya tidak akan bermanfaat.

Namun, orang yang memandang bahwa mereka yang dinasehatinya lebih mulia, maka nasehatnya  akan memberikan manfaat dan membekas dalam hati.

Adapun aku,
nasehatku yang pertama kali kutujukan kepada diriku sendiri.

Aku tidak melihat kelebihan, kecuali pada diri orang lain, bukan pada diriku.

(Habib Ali bin Muhammad Al-Hasbyi)..

IKLANKAN PRODUK ANDA

jadikan hp anda kedai topup... jangan bui hutang je.. kalau ada nak berhutang suruh dia berhutang di 7E ... yuran RM30.00 sahaja keuntungan celcom 45sen utk RM10.00 ...ertinya sahabat beli rm10.00 modal kita cuma rm9.55 sahaja...
boleh lantik agent lagi... asal special utk sahabat ambo ..demo dealer - 0139299944






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Ibrahim: Strategi PAS tak meterai Deklarasi Rakyat untuk menang PRU14


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali percaya tindakan PAS yang tidak memeterai Deklarasi Rakyat untuk ‘Selamatkan Malaysia’ adalah strategi bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Katanya, dengan tidak menandatangani deklarasi itu, PAS tidak berada di bawah bayang-bayang mana-mana pihak seperti yang pernah berlaku ketika ia berada dalam gabungan Pakatan Rakyat.
“PAS tak nak terlibat sebab dia tak nak bawah bayang-bayang macam dia dalam Pakatan Rakyat dulu, jadi maknanya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini bijak kerana tidak mahu tertutup dengan bayang-bayang orang lain.
“Dalam Pakatan Rakyat dia (PAS) cuba bawa agenda mereka tapi orang lain halang. Ini strategi politik PAS.

“PAS dan Umno adalah parti Melayu terbesar di negara ini. Apabila PAS berdiri sendiri, dan Umno sekarang bermasalah, ketika PRU14 orang akan pergi kepada PAS,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.
Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai 57 individu dari pembangkang dan NGO menandatangani Deklarasi Rakyat bagi mendesak peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun empat pemimpin PAS hadir sama, parti itu mengumumkan tidak akan bersama dalam gerakan itu kerana mempunyai pendekatan tersendiri khususnya melalui ‘blok politik ketiga’ ke arah mengubah kepimpinan negara melalui “saluran yang demokrasi dan berperlembagaan”.
Malah Rabu lalu, Abdul Hadi berpendapat, tindakan Mahathir dan kumpulan ‘Selamatkan Malaysia’ bagi menyingkirkan Najib adalah usaha sia-sia.
Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa untuk menjatuhkan seseorang perdana menteri, proses demokrasi diperlukan iaitu melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya.
Menurut presiden PAS itu, usul undi tidak percaya dilihat tidak akan berlaku memandangkan ia memerlukan majoriti daripada ahli parlimen daripada Umno dan BN.
Mengulas lanjut, Ibrahim yang pernah bertanding di atas tiket BN, PAS dan juga BEBAS bagi kerusi parlimen Pasir Mas berkata, beliau melihat parti Islam itu banyak belajar dari pengalaman dan sehingga kini prinsip dan matlamatnya adalah jelas.
Menurutnya, menjelang PRU14, PAS akan cuba merampas kerusi majoriti Melayu sebanyak mungkin.
“PAS banyak belajar, mereka sangat bijak. Saya pernah 'provoke' PAS untuk lihat sikap sebenar dia. PAS ada strategi dengan matlamat yang jelas, Dia cuma nak dapatkan kerusi sebanyak mungkin kerana pada ketika itu Umno bukan lagi pilihan rakyat.
“Jangan perkecilan PAS. Sekarang PAS hilang kerusi kerana pemimpin mereka pergi ke Parti Amanah Negara (AMANAH), mereka sedang nak dapatkan semula kerusi mereka.
“Bila lihat isu yang sedang berlaku sekarang ini, jangan teruja tapi lihat ke depan,” katanya.
Ogos tahun lalu, PAS kehilangan sepuluh wakil rakyat serentak selepas lima ahli Parlimen dan lima ADUN parti itu menyertai AMANAH.
AMANAH kini menyertai Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR.
PAS bagaimanapun akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang baru yang akan melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini.
Setiausaha agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata ‘blok politik ketiga’ diharapkan setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
..
IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Rakyat sokong hukuman sebat secara terbuka bagi pesalah zina


Tinjauan Malaysiakini berhubung saranan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Hassan Mahmood agar kerajaan negeri itu mempertimbangkan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pesalah zina, disambut baik sebahagian besar warga kota yang ditemui.
Menurut mereka, tindakan itu sesuatu yang positif kerana mampu menghindarkan perbuatan mungkar berkenaan serta mampu menginsafkan masyarakat, khususnya umat Islam.
Bagi seorang guru, Wan Rahim Wan Ali, 52, saranan itu perlu dilaksanakan kerana ia adalah hukum Allah apatah lagi jika pelaksanaannya dibuat bagi tujuan mengurangkan jenayah yang semakin berleluasa.
“Saya menyokong saranan tersebut sebab hukum hudud ini perlu kita laksanakan kerana ia hukum Allah. Jadi, untuk kita mencegah pesalah zina dari terus merebak menjadi virus, kita perlu lakukan hukum tersebut dan memang wajiblah ia dilaksanakan.
“Kalau kita laksanakan hukum tersebut di khalayak ramai, tujuannya adalah untuk kita mencegah daripada orang ramai melakukan kesalahan tersebut, sekiranya salah seorang daripada kita melakukan kesalahan itu dan menerima hukuman dikhalayak ramai, ia akan membangkitkan rasa
gerun pada orang lain, sekaligus takut untuk melakukan jenayah itu,” katanya.
Wan Rahim juga mahu pelaksanaan hukuman sebat itu dijalankan terhadap pesalah zina yang pasangannya adalah bukan Islam.
“Tetapi bagi pesalah zina yang dilakukan pasangan Islam dengan bukan Islam mereka juga perlu mendapat hukuman yang setimpal namun mereka perlu dihukum di Mahkamah Jenayah Sivil,” kata Wan Rahim.
Bagi Mohd Shahrizal Mohd Saad, 28, pula saranan pelaksanaan hukuman itu bagus kerana ia akan dapat mengurangkan perbuatan mungkar tersebut.
Malah, menurut Mohd Shahrizal (gambar) yang juga seorang jurutera pelaksanaan hukuman seumpama itu dilihat lebih berkesan berbanding tindakan undang-undang sedia ada.

“Saya rasa pelaksanaan tersebut sangat bagus bagi memberi pengajaran kepada semua dan dari situ kita dapat tahulah apa perkara yang kita perlu buat dan apa yang tidak boleh dibuat.
“Hukuman setimpal juga perlu dilaksanakan kepada mana-mana pesalah zina yang pasangannya bukan Islam.
“Pelaksanaan hukuman itu juga saya lihat akan memberi kesan yang lebih cepat berbanding hukuman sedia ada, sekaligus ia akan membantu mengurangkan lagi jenayah tersebut,” katanya kepada Malaysiakini.
Pendapat Shahrizal turut dikongsi oleh Shahmimi Abdul Aziz, 30 yang berkata hukuman sebat tersebut mampu mengurangkan kebimbangan tentang peningkatan kes zina.
“Pelaksanaan hukuman tersebut sangat wajar kerana sekarang ini pun pelbagai kejadian salah laku jenayah tersebut. Jadi, sangat wajarlah ia dilaksanakan,” katanya.
Shamimi yang juga seorang peniaga itu turut menyokong jika usaha tersebut dilaksanakan di seluruh negara.
“Setiap negeri perlu melaksanakannya. Begitu juga penguatkuasaan kepada pasangan yang bukan Islam, hukuman tersebut perlu dibuat sama adil," katanya.
Bagi Saliza Abdul Aziz, 42, seorang surirumah, pelaksanaan hukuman sebat itu jika dilaksanakan akan membuatkan masyarakat lebih berhati-hati sebelum melakukan zina.
“Ia juga membuatkan orang ramai lebih berhati-hati serta terus menjalinkan hubungan yang halal. Jadi, tak perlu berzina.
“Bagi pasangan zina bukan Islam juga mereka perlu dikenakan hukuman yang setimpal dengan yang diterima oleh orang Islam,” kata Saliza ketika ditemuiMalaysiakini.
Berbeza pula dengan Abdul Rahim Abdul Manaf, 60, yang mahu pelaksanaan hukuman sebat dikaji dengan lebih lanjut.
“Pelaksanaan hukuman tersebut perlu dipertimbangkan lagi dengan mendapat pandangan daripada ulama yang lain sebelum ia dilaksanakan,” kata ahli perniagaan itu.
Begitu juga dengan Nik Amir Abdullah, 36, seorang pekerja swasta.
Menurut Nik Amir, jika benar kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hukuman itu maka adalah sewajarnya bagi pihak berkuasa negeri menjalankannya seperti yang ditetapkan oleh hukum Allah.
“Tak setuju, seeloknya pesalah jenayah terbabit perlu disebat sehingga 100 sebatan seperti mana yang telah ditetapkan dalam hukum hudud.
“Bagaimanapun buat masa sekarang ini itu saja undang-undang yang ada saya terpaksa bersetuju ia dilaksanakan secara terbuka.
“Tapi apa yang pasti pelaksanaan hukum tersebut mampu menakutkan mana-mana pihak yang cuba melakukannya,” kata Nik Amir.
Beliau juga menyarankan agar pelaksanaan hukuman sebat itu dibuat di tempat-tempat awam yang menjadi tumpuan orang ramai.
“Tapi adalah lebih baik ia dijalankan di pasar-pasar awam sebab di sana semua jenis peringkat umur dan orang ada, kalau dibuat di masjid bukan semua orang khususnya golongan muda akan ke sana,” katanya.
Rabu lalu, Hassan yang juga ADUN Tawang dari PAS, ketika menyarankan kerajaan negeri mempertimbangkan hukuman sebat di khalayak ramai, mengesyorkan hukuman itu dilakukan pada hari Jumaat dan dilaksanakan di hadapan masjid.

Saranan tersebut bagaimanapun mendapat tentangan daripada pergerakan Wanita MCA.
Ketuanya, Datuk Heng Seai Kie membidas Dewan Ulama PAS Kelantan kerana menyarankan cadangan sebatan secara terbuka terhadap pesalah zina di negeri itu

..
IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Mulianya sikap Rasullulah..

SUATU hari seorang lelaki miskin membawa segenggam buah anggur untuk Nabi Muhammad SAW sebagai hadiah. Lelaki ini sangat bersemangat memberikan hadiah untuk Nabi). Dia menyimpan anggur di samping Nabi dan mengatakan, “Wahai Rasulllah, terimalah hadiah kecil ini dariku.”
Wajahnya berseri-seri dengan kebahagiaan saat ia menawarkan hadiah kecilnya itu. Jelas sekali bahwa ia sangat mencintai Nabi.
Nabi SAW mengucapkan terima kasih dengan khidmat. Nabi mengambil satu buah anggur dan kemudian memakannya.
Para sahabat yang sedang bersamanya menatapnya penuh harap. Di luar dugaan semua orang, ketika anggur yang satu habis, Nabi kembali memakan anggur lainnya, tanpa menawarkannya kepada para sahabat.
Perlahan Nabi selesai makan anggur tersebut. Sendirian saja. Ia sama sekali tidak menawarkan anggur-anggur itu untuk siapa pun yang hadir.
Orang miskin yang membawa anggur itu sangat senang dan akhirnya pamit.
Namun, para sahabat Nabi yang bersamanya sebenarnya sedang bertanya-tanya. Biasanya Nabi akan membagi apapun kepada orang yang tengah bersamanya. Dia akan menawarkan mereka apa pun yang ia diberi dan mereka akan makan bersama-sama.
Biasanya ia akan mulai pertama, sebagai bentuk penghormatan kepada orang yang telah memberinya hadiah. Namun setelah itu, dia akan menawarkan kepada orang lain.
Kali ini jelas berbeda. Tanpa menawarkan kepada siapa pun, Nabi memakan anggur-anggur itu sendiri.
Salah satu sahabat bertanya dengan hormat, “Wahai Rasulullah! Kenapa kaumakan semua buah anggur itu sendiriam dan sama sekali tidak menawarkan untuk salah satu dari kami?”
Nabi tersenyum dan berkata, “Aku makan semua buah anggur sendiri karena buah anggur itu masam.
“Jika aku akan menawarkannya kepada kalian, aku khawatir jika kalian memakannya, wajah kalian akan menampakkan ekspresi tidak suka pada buah anggur tersebut. Itu akan menyakiti perasaannya.
“Jadi kupikir, lebih baik aku makan semuanya dan menyenangkan si pemberi. Aku tidak ingin menyakiti perasaan orang yang miskin itu.”..
IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Thursday, March 10, 2016

HP MESIN TOPUP & ePAY

dealer topup RM20 (boleh lantik agent) + modal rm200.00 - amat mudah hp boleh jual topup untung celcom 45sen setiap rm10.00 - hubungi - 0139299944



..
IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com