Pages

Tuesday, May 30, 2017

Sihhat Afiat tingkat pengeluaran air mineral

AIR mineral keluaran Sihhat Afiat Sdn Bhd yang disedut di bawah bumi di Banjaran Titiwangsa kini semakin dikenali ramai.
Airnya bermutu tinggi dan bersih memandangkan kedudukannya jauh daripada perkampungan.  
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam  Abd Rahman berkata, air mineral keluaran Sihhat mempunyai kualiti yang baik.
Katanya,  ia diperoleh dari bawah batu hampar di Banjaran Titiwangsa yang bebas daripada sebarang pencemaran.
"Rakyat Kelantan wajar memanfaatkan air mineral keluaran Sihhat kerana kandungannya bebas daripada pencemaran,” katanya selepas melawat kilang Sihhat di Batu Melintang, Jeli.
Beliau yang juga pengerusi syarikat itu turut mengadakan pembincangan bersama kakitangan pengurusan dan operasi syarikat terbabit untuk meningkatkan lagi pengeluaran air.
Air mineral keluaran Sihhat dikenali dengan jenama Eau Choice. Sihhat merupakan anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Operasinya bermula Disember 2012.
Kilang itu juga menepati garis panduan Good Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP). 
Kapasiti pengeluarannya antara 20,000 – 60,000 botol sehari. – HARAKAHDAILY 30/5/2017
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)