Tahukah anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah satu penyebab barah yang utama? Ini
 bukanlah satu fakta baru yang mengejutkan. Para saintis telah mengkaji 
mengenai air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya terhadap 
hidupan. 
Seorang
 saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis - "Klorin sangat 
berbahaya. Ia patut diharamkan!! !!!. Menambah klorin ke dalam air sama 
seperti memulakan satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum 
masanya dengan munculnya bermacam-macam simptom penyakit."
Air
 paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan 
tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti 
arsenik, ubat gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak 
daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri. Pendeknya, jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung, adalah menghairankan. Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan kepada kesihatan.

Penyakit
 yang datang daripada air tercemar amat banyak!!!!. Telah terbukti 
akhir-akhir ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih 
daripada 30 jenis penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang
 dan lain-lain. Untuk menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai 
sekadar meminum air yang mencukupi setiap hari, tetapi air tersebut 
hendaklah berkualiti dan tidak mengandungi bahan-bahan beracun.
Seorang
 pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di negara kita, air 
memberi kesan yang cukup ketara terhadap kesihatan seseorang itu. Beliau
 yang pernah menghidap barah darah (Non-Hodgkins 
Lymphoma) beberapa ketika dahulu mendapati, pengambilan air yang berbeza memberi kesan yang berbeza terhadap kesakitan yang dialaminya setiap hari. Sebagai pakar motivasi kesihatan yang sentiasa
mengamalkan gaya hidup sihat, beliau menyedari bahawa air paip yang digunakan sebagai air minuman sejak sekian lama itulah yang menjadi sebab utama kepada penyakit barah yang dihidapinya.

"Semasa
 menjalani sesi kimoterapi, saya amat sensitif kepada jenis air yang 
saya ambil. Ketika itu saya terpaksa mencari air yang tiada 5K (klorin, 
karat, kuman, kimia dan kotoran) untuk menjamin agar sel-
sel badan saya sentiasa sihat.
sel badan saya sentiasa sihat.
Terdapat
 pelbagai jenis air untuk kesihatan yang terjual di pasaran negara kita.
 Misalnya air mineral, air RO (reverse osmosis), air oksigen, air 
beralkali di samping pelbagai jenis dan bentuk penapis air yang 
berfungsi meningkatkan kualiti air tersebut. Sebagai 
pengguna, kita harus bijak memilih air yang terbaik untuk 'mandian' sel-sel di dalam tubuh kita yang sentiasa dahagakan air. Air yang rendah kualitinya tidak dapat memberi tenaga kepada tubuh, sehingga
menjadikan seseorang itu berasa lemah, hilang semangat, mengantuk, lembab dan malas.

"Kita
 tak sedar selama ini bahawa sel-sel tubuh kita sengsara kerana tidak 
mendapat air yang berkualiti. Air yang diminum mestilah yang terbaik. Ia
 mestilah bersih, tulen dan menyihatkan. Ia juga harus memulih, 
memperbaiki dan membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan," dan 
menyarankan agar setiap rumah menyediakan penapis air yang baik, dan 
menganggapnya sebagai satu keutamaan yang perlu diberi perhatian.
"Pada
 zaman moden ini, kebanyakan rakyat kita sudah mampu menyediakan 
pelbagai peralatan dan kemudahan di rumah seperti televisyen, telefon 
bimbit,
 kereta dan sebagainya. Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak 
boleh menyediakan kemudahan untuk kesihatan. Tidak sepatutnya kita 
menunggu sakit, baru hendak mencari penawar. Sebelum sakit, kita perlu 
menghindarinya. Kalau sudah sakit, kita terpaksa mengeluarkan kos yang 
lebih tinggi dan tidak menjamin sihat sepenuhnya di samping menyakitkan,
 " ujar beliau.
Beliau
 menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam dan tidak 
mengambil berat tentang kesihatan. Oleh itu, pada masa ini beliau giat 
berkempen agar rakyat Malaysia mengambil air yang 
berkualiti untuk menjamin kesihatan yang baik, kerana air merupakan keperluan utama yang tidak boleh diabaikan.
berkualiti untuk menjamin kesihatan yang baik, kerana air merupakan keperluan utama yang tidak boleh diabaikan.