Pages

Sunday, August 8, 2021

UMNO KENA BUAT PEMILIHAN : KENA BETULKAN FAKTA, USAH MAIN EMOSI

NOTE: APA YANG DI TAKUT POK LI... ROYAT BENDA BENAR

Hari ini banyak tersebar poster saya menghentam Presiden dan Setiausaha Agung UMNO dengan memanipulasi status FB saya menjelaskan isu ROS dan penangguhan pemilihan UMNO mengikut pandangan undang-undang.
Saya menafikan kandungan poster-poster tersebut dan tidak akan sekali-kali terlibat dengan perbuatan sedemikian.

Pemimpin sibuk mengira sokongan, berebut kuasa. Rakyat nak mampus dah. Kedai-kedai semua kosong serupa lepas perang. Rakyat hidup susah.
Jika Muhyiddin letak jawatan sekalipun, pengganti beliau akan dapat nasib sama juga.
Bukan isu derhaka, bukan isu kerajaan gagal, bukan isu rakyat. Ini isu nafsu gilakan kuasa...
SEBAB NAFSU INI JUGALAH FIRAUN AKHIRNYA NAK JADI TUHAN !












KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan

Sumbangan ikhlas untuk dakwah KelateDaily:
Trasfer Ke Bank : QM Rich
08086010034971 (Bank Islam)
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com

PAS umum tangguh pemilihan sebelum berakhir mandat, UMNO tidak: kata RoS





UMNO diarah menjalankan mesyuarat bagi memilih Majlis Tertinggi, bahagian, cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri untuk penggal 2021/2023.

Penangguhan pemilihan UMNO hanya diputuskan selepas berakhir mandat Majlis Tertinggi (MT) pada 30 Jun lalu, ia berbeza dengan keputusan yang dibuat PAS pada 7 Mac sebelum berakhir Mesyuarat Agung, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Malah, UMNO semasa Perhimpunan Agung (PAU) 2020 juga tidak membuat ketetapan untuk menangguhkan pemilihan parti sehinggalah kemudiaannnya RoS menerima menerima maklum balas daripada Setiausaga Agung UMNO bertarikh 30 Julai 2021 mengenai petikan minit mesyuarat MT pada 7 Julai 2021 berhubung keputusan menangguhkan pemilihan MT, bahagian, cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri untuk penggal 2021/2023.

Untuk rekod, mandat MT UMNO berakhir pada 30 Jun dan sepatutnya sebarang keputusan untuk menangguhkan pemilihan perlu dihantar sebelum tarikh terakhir mandat itu.

Disini jelas menunjukkan berlaku kesilapan yang secara terang-terangan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh RoS.

Ketua Pengarah RoS Jasri Kasim berkata PAS memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti pada waktu yang masih sah untuk melakukannya.

“PAS kemukakan penangguhan sebelum tempoh mesyuarat agung tamat,” katanya dipetik laporan sebuah portal.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mendakwa PAS juga mengambil langkah sama menangguhkan pemilihan mereka tetapi tiada tindakan dikenakan, namun beliau tidak memahami fakta sebenar.

Pada 7 Mac Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan keputusan parti itu menangguhkan pemilihan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15, ia sebelum berakhir mandat parti itu.

Pada 29 Jun lalu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan MT menetapkan parti merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bagi mendapatkan panduan kerana negara dan rakyat sedang menghadapi pandemik Covid-19.

Katanya beliau telah menulis surat kepada Ketua Pengarah (KP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain menulis kepada Ketua Pengarah JPPM berhubung perkara berkenaan.

Katanya surat jawapan telah diperoleh daripada KP KKM bertarikh 10/5/21; KP JPPM bertarikh 2/6/21 dan MKN bertarikh 11/6/21 yang mencadangkan mesyuarat dan pemilihan UMNO dibuat secara dalam talian.

Untuk rekod terdapat 66,287 mesyuarat dan pemilihan yang perlu diadakan membabitkan kehadiran seramai 3.3 juta ahli UMNO iaitu pada peringkat cawangan sebanyak 21,135 mesyuarat; Wanita (21,058 mesyuarat); Pemuda (15,496 mesyuarat); dan Puteri (8,598 mesyuarat).

Terdapat juga 764 persidangan perwakilan bahagian yang terdiri daripada 191 persidangan untuk setiap empat peringkat di Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri, yang semuanya mesti dijalankan secara serentak.




KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan

Sumbangan ikhlas untuk dakwah KelateDaily:
Trasfer Ke Bank : QM Rich
08086010034971 (Bank Islam)
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com

Saturday, April 10, 2021

Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

SUMBER https://kelantanupdates.com/


Jaringan tunggal Natanael penghujung babak pertama hadiah tiga mata buat skuad Marco Ragini

Kelantan FC terus mengekalkan momentum cemerlang meskipun sekadar menang tipis 1-0 ke atas Kuching City FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, petang tadi.

Jaringan tunggal Natanael Siringo Ringo pada penghujung babak pertama menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan dalam pertemuan itu.

Kemenangan tersebut menyaksikan kelab kendalian Marco Ragini kini mengumpul 13 mata untuk kekal di tangga keempat dan  mengekori rapat tiga pasukan teratas.

Natanael Siringo Ringo (tengah) merai jaringan tunggal kemenangan bersama rakan sepasukannya.

Tuan rumah yang turun tanpa Jack Hindle akibat penggantungan permainan tampak sukar untuk menembusi benteng pertahanan lawan yang dikawal kemas, Aylton Ferreira.

Jelas ketiadaan penyerang import dari England itu amat dirasai apabila jentera penggempur mereka dilihat kekurangan idea untuk merencana gerakan berbahaya.

Sebaliknya, pelawat yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim memperoleh peluang terbaik pada minit ke-28 tetapi percubaan Mohamad Alif Hassan dari luar kotak penalti tersasar di gawang.

Ketika aksi seakan berkesudahan seri tanpa jaringan, Natanael tampil menceriakan kem pasukannya dalam masa tambahan babak pertama.

Pemain import dari Indonesia itu menghukum kealpaan benteng pertahanan dengan menanduk masuk bola hantaran Dzulfahmi Abdul Hadi di sebelah kiri gawang untuk memastikan kedudukan 1-0 buat pasukannya.

Aksi babak kedua memperlihatkan Kuching City FC lebih banyak menguasai permainan namun mujur peluang mereka diselamatkan penjaga gawang tuan rumah, Nik Mohd Amin Ahmad, minit ke-53.

Pertahanan Kelantan FC, Christos Intzidis (kanan) bersaing dengan penyerang Kuching City FC, Bryan Anicezio dalam pertemuan petang tadi.

Pelawat yang bersemangat mencari gol penyamaan terus memberi tekanan ke atas Kelantan FC memaksa benteng pertahanan diterajui Christoz Intzidis bekerja keras sepanjang babak kedua.

Malah Nik Mohd Amin turut sibuk di kubu terakhir pasukannya menyelamatkan percubaan berbahaya pelawat.

Penjaga gol Kelantan FC wajar diberi kredit apabila menafikan dua peluang terbaik dimiliki Kuching City FC untuk mengecewakan tuan rumah, minit ke-84 dan 89.

Meskipun separuh masa kedua diberi tambahan masa lima minit, kelab yang sinonim dengan gelaran The Cats itu masih gagal mendapatkan jaringan dan keputusan 1-0 kekal memihak Kelantan FC.

FOTO : TRW Kelantan FC




KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan

Sumbangan ikhlas untuk dakwah KelateDaily:
Trasfer Ke Bank : QM Rich
08086010034971 (Bank Islam)
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com

Kelantan United FC lakar kejutan sensasi


Meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu Liga Premier, Negeri Sembilan FC di Paroi

Kelantan United FC mencipta kejutan sensasi apabila meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu Liga Premier, Negeri Sembilan FC, malam tadi.

Pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, skuad The Green Deer membuktikan segalanya tiada yang mustahil apabila berjaya meraih kemenangan 3-2 sekali gus meranapkan rekod tidak pernah tewas tuan rumah dalam enam perlawanan terdahulu.

Malah lebih menarik, ia kemenangan pertama dicatatkan Kelantan United FC di luar Kota Bharu dan hadir tepat pada masanya ketika kelab itu berdepan prestasi tidak menentu setelah tewas dua kali berturut-turut sebelum ini.


Pemain Kelantan United FC meraikan kejayaan menumpaskan Negeri Sembilan FC, malam tadi.

Begitupun, kelab bimbingan Akira Higashiyama terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan pantas kapten Negeri Sembilan FC, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak ketika permainan baharu mencecah 38 saat.

Bagaimanapun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Gassama Alfusainey berjaya memadamkan defisit jaringan itu dengan menyudahkan hantaran cantik Masashi Motoyama, pada minit ke-21.

 

Pertahanan Kelantan United FC, Mohd Juzaerul Jasmi (belakang) mengekang usaha kapten tuan rumah, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak membawa masuk ke dalam kotak penalti.

Keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama berakhir.

Tujuh minit selepas babak berikutnya bersambung, giliran pelawat pula mendahului skuad kendalian K Devan dengan Gassama tampil meledak gol kedua peribadinya.

Penyerang import Negeri Sembilan FC, Alain Akono Akono (kiri) cuba melepasi halangan pertahanan import pelawat, Shuhei Fukai.

Tuan rumah bagaimana enggan mengaku kalah sebaliknya bangkit mengikat kedudukan 2-2 hasil sentuhan penyerang import prolifik dari Cameroon, Alain Akono Akono, pada minit ke-60.

Aksi kembali rancak selepas itu dan pemain pelawat, Mohd Hariz Kamaruddin muncul selaku wira apabila meledak gol kemenangan Kelantan United FC, lima minit kemudian.

FOTO : Kelantan United FC


KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan

Sumbangan ikhlas untuk dakwah KelateDaily:
Trasfer Ke Bank : QM Rich
08086010034971 (Bank Islam)
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com

Friday, April 9, 2021

Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah (Sumber: Astro Awani)

..

HAJIJI: Sebenarnya, itulah apabila kita bersetuju menubuhkan negara Malaysia, Sabah adalah satu wilayah, Sarawak satu wilayah dan bergabung dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan negara Malaysia. -Gambar fail
SANDAKAN: Isu tular berhubung pertukaran penggunaan istilah wilayah ke atas Sabah dan Sarawak belum dapat dipastikan kesahihannya.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika diminta mengulas isu berkenaan berkata, pihaknya mengalu-alukan perkara terbabit.

Jelasnya, jika diimbas kembali sejarah penubuhan Malaysia, Sabah dan Sarawak sememangnya sebuah wilayah.

“Sebenarnya, itulah apabila kita bersetuju menubuhkan negara Malaysia, Sabah adalah satu wilayah, Sarawak satu wilayah dan bergabung dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan negara Malaysia.
“Jadi mungkin itulah antara yang diperlukan oleh penduduk-penduduk di Negeri Sabah dan juga di Sarawak supaya balik ke asal nama di mana Sabah dianggap satu wilayah dan juga Sarawak dianggap satu wilayah, dan ini amat kita alu-alukan.
“Bagi saya ini adalah satu usaha untuk menguatkan lagi kesatuan negara kita Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pertemuan Bersama Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Zon Lima Sabah, di Sandakan, pada Khamis malam.
Terdahulu, pada Khamis sebuah portal berita melaporkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang melaksanakan pertukaran nama cawangan bagi semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak.
Lapor portal itu, sumber KKMM berkata pelaksanaan itu dilakukan susulan keputusan dan arahan diperoleh pada Mesyuarat Kabinet sebelum itu.
Ia selepas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin awal bulan ini, mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta-merta.
Perkara itu kemudiannya tular di media sosial.

KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan

Sumbangan ikhlas untuk dakwah KelateDaily:
Trasfer Ke Bank : QM Rich
08086010034971 (Bank Islam)
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com

Hubungan Kita, Hubungan Adik-Beradik.



 Oleh : 

Ir. Ts. Khairil Nizam

Ketua Pemuda PAS

Hubungan Kita, Hubungan Adik-Beradik.
"Dalam Islam kita bersaudara. Apabila bersaudara, kita adik beradik. Adik-beradik tidak boleh 'bernikah'. Yang penting kita adik-beradik kena bersatu walaupun berbeza pendapat" - TGHH.
Inilah yang diungkapkan Tuan Guru dalam suatu ceramah Perpaduan Ummah di Melaka pada Februari 2019, sebelum berlangsungnya Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) di PWTC pada September 2019.
Ketika itu semua pihak menggesa PAS & UMNO segera 'berkahwin', janganlah 'bertunang' lama-lama sangat.
Namun Tuan Guru melihat agenda perpaduan ummah ini jauh lebih besar. Ianya bukan suatu 'perkahwinan' ataupun 'kerjasama politik' dua parti, tetapi suatu 'penyatuan adik-beradik' bagi membina kekuatan sesama bangsa dan agama, seterusnya meraikan kemajmukan dalam negara.
Jelas di minda Tuan Guru, hubungan kita dalam MN bukanlah sebuah 'marriage of convenience', namun sebuah pertautan kekeluargaan yang tidak boleh terputus, perlu sentiasa diperbaiki, dan perlu sentiasa didamaikan.



Justeru tidak sepatutnya timbul rasa 'cemburu' hendak bernikah dan bermadu, ataupun rasa 'dengki' hendakkan kerusi dan teraju, kerana hakikatnya PAS-UMNO-BERSATU adalah adik-beradik yang perlu berdamai, setelah lama berseteru.
Maka jangan ditiup api kemarahan, jangan dibuka pintu perpecahan, jangan diundang musuh mengambil kesempatan. Khuatir yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Berpakatlah baik-baik, betulkan niat, luruskan hajat. Jadilah kita adik beradik, hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing.
Firman Allah SWT (maksudnya): "Dan hendaklah kamu bertolong - tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong - tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan" (Al-Maidah: 2)
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan

Sumbangan ikhlas untuk dakwah KelateDaily:
Trasfer Ke Bank : QM Rich
08086010034971 (Bank Islam)
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com

Suami Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 99 tahun



Putera Philip, juga dikenali sebagai Duke of Edinburgh. - Foto EPA

LONDON: Suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip, mangkat hari ini pada usia 99 tahun, menurut kenyataan rasmi Istana Buckingham.

Pemergian Duke of Edinburgh itu ternyata kehilangan besar bagi Ratu berusia 94 tahun itu, yang pernah menyifatkannya sebagai tonggak kekuatannya selama ini.

Bekas Komander Tentera Laut itu menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di sisi Ratu Elizabeth II, menyertai pelbagai acara amal tetapi sering mendapat perhatian kerana keceluparan mulutnya.

Baginda dimasukkan ke hospital pada 16 Februari lalu dan dibenarkan pulang selepas sebulan apabila selesai menjalani rawatan bagi masalah jantung.


KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan

Sumbangan ikhlas untuk dakwah KelateDaily:
Trasfer Ke Bank : QM Rich
08086010034971 (Bank Islam)
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com

Thursday, April 9, 2020

MP Kuala Terengganu Dilantik Timbalan Menteri MOSTI


Datok Haji Ahmad Amzad, MP Kuala Terengganu dilantik Timbalan Menteri MOSTI

Nama Penuh:  HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM


Emel: amzadhashim@yahoo.com

Alamat Pejabat: 

PT 4006, Tingkat 1 Blok B, Perkedaian Ladang Tok Pelam, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Tempat Lahir: Kuala Terengganu

Nama Pasangan:
Doktor Nur Diana Binti Ahmad Takri

Bilangan Anak: 9 Orang

PENDIDIKAN
Sekolah Menengah: Sekolah Sultan Mahmud,  Kuala Terengganu (SESMA)
Tahun: 1983-1987

Universiti: Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun: 1995
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian 2 Atas )

Pengalaman Kerja:

1. Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd

2. Pengerusi Sukma Samudera Sdn Bhd,

3. Pengerusi KSB Supply Services Sdn Bhd

4. Pengerusi EPIC Properties Sdn Bhd.

5. Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation EPIC Bhd.

6. Pengarah Jasa Merin Sdn Bhd

7. Pengarah Eksekutif  CRUCIAL MALAYSIA SDN. BHD.  (2007)

8. Pengerusi SEGAR TERNAK SDN. BHD. (2007)

9. Pengerusi NORSTAR TECHNOLOGY SDN. BHD.
10. Pengarah MSET ENGINEERING CORPORATION SDN. BHD.( 2006)

11. Pengarah Urusan MSET SHIPBUILDING CORPORATION SDN. BHD. (1995-April 2004)

Jawatan Dalam Politik
1. Naib Yang Di Pertua PAS Kuala Terengganu
2. Pengarah  Jabatan Penerangan PAS PUSAT
3. Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
4. AJK Lujnah Ekonomi PAS Pusat
5. Pengerusi Lujnah Ekonomi dan Keusahawanan Badan Perhubungan PAS  Negeri Terengganu
6. Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Terengganu
7. Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam
8. Ketua Cawangan PAS Kampung Durian Burung , Kuala Terengganu
9. Pengerusi Ketua Sekretariat NGO, PAS Terengganu (2013-2015)
10. Setiausaha Lujnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat PAS Terengganu (2013-2015)
11. Timbalan Pengerusi Lujnah JKS NGO PAS Terengganu
12. Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Pusat Tarbiyyah Wakaf Mempelam.

 Jawatan Dalam Pertubuhan

1.Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Terengganu.

2. Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia , Kementerian Pertahanan Malaysia (1999-2004)

3. Ahli Cluster Work Group MITI , Maritime Industry, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia (1998-2004)

4. Pengerusi Masjid Lama  Al Ikhlas Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu

5. AJK Institut Kajian Polisi

6. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Cukai Pintu Negeri Terengganu

7. Pengarah Dialog Rakyat

8. Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)

10. Presiden Gabungan Anak Terengganu (GATE) (2013)

11. Timbalan Pengerusi Sekretariat Tuntutan Royalti Petroleum Terengganu

13. Pengerusi Persatuan Kepolisan Komuniti Kg Durian Burung

14. Mantan Pengerusi PIBG Sekolah Pusat Chabang Tiga (2004)

15. Pengasas dan Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu (2000)






































































KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan

Sumbangan ikhlas untuk dakwah KelateDaily:
Trasfer Ke Bank : QM Rich
08086010034971 (Bank Islam)
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com