Pages

Friday, April 9, 2021

Hubungan Kita, Hubungan Adik-Beradik.



 Oleh : 

Ir. Ts. Khairil Nizam

Ketua Pemuda PAS

Hubungan Kita, Hubungan Adik-Beradik.
"Dalam Islam kita bersaudara. Apabila bersaudara, kita adik beradik. Adik-beradik tidak boleh 'bernikah'. Yang penting kita adik-beradik kena bersatu walaupun berbeza pendapat" - TGHH.
Inilah yang diungkapkan Tuan Guru dalam suatu ceramah Perpaduan Ummah di Melaka pada Februari 2019, sebelum berlangsungnya Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) di PWTC pada September 2019.
Ketika itu semua pihak menggesa PAS & UMNO segera 'berkahwin', janganlah 'bertunang' lama-lama sangat.
Namun Tuan Guru melihat agenda perpaduan ummah ini jauh lebih besar. Ianya bukan suatu 'perkahwinan' ataupun 'kerjasama politik' dua parti, tetapi suatu 'penyatuan adik-beradik' bagi membina kekuatan sesama bangsa dan agama, seterusnya meraikan kemajmukan dalam negara.
Jelas di minda Tuan Guru, hubungan kita dalam MN bukanlah sebuah 'marriage of convenience', namun sebuah pertautan kekeluargaan yang tidak boleh terputus, perlu sentiasa diperbaiki, dan perlu sentiasa didamaikan.



Justeru tidak sepatutnya timbul rasa 'cemburu' hendak bernikah dan bermadu, ataupun rasa 'dengki' hendakkan kerusi dan teraju, kerana hakikatnya PAS-UMNO-BERSATU adalah adik-beradik yang perlu berdamai, setelah lama berseteru.
Maka jangan ditiup api kemarahan, jangan dibuka pintu perpecahan, jangan diundang musuh mengambil kesempatan. Khuatir yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Berpakatlah baik-baik, betulkan niat, luruskan hajat. Jadilah kita adik beradik, hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing.
Firman Allah SWT (maksudnya): "Dan hendaklah kamu bertolong - tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong - tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan" (Al-Maidah: 2)
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan

Sumbangan ikhlas untuk dakwah KelateDaily:
Trasfer Ke Bank : QM Rich
08086010034971 (Bank Islam)
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com