Pages

Wednesday, December 23, 2015

Kelantan tangani bebanan kewangan Kafa

RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Biar pun tidak terbabit secara langsung dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) namun kerajaan negeri tetap membantu membangunkan sukan bola sepak.

Ini dibuktikan apabila kerajaan negeri bersedia melupuskan hutang cukai hiburan 2015 berjumlah RM517,974 yang ditanggung Kafa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata sebagai tanda sokongan kepada pembangunan bolasepak kerajaan negeri bersetuju menghapus hutang cukai tersebut bagi perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

“Sebelum ini Menteri Besar yang juga pengerusi Perbadanaan Stadium memberi diskaun sebanyak 25 peratus daripada kutipan levi yang berjumlah lebih RM500,000.

“Manakala lebihan daripada itu iaitu kira-kira RM300,000 lagi kerajaan negeri bersetuju Kafa membayar dalam bentuk pembangunan stadium termasuk membina trek,” katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Menurutnya juga kerajaan negeri mengambil langkah itu setelah mendapat maklum kekangan kewangan yang dihadapi Kafa.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan pembangunan sukan bola sepak di negeri ini,” katanya. - HARAKAHDAILY 23/12/2015



IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 019 910 5222 / 013 929 9944
Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com