Pages

Thursday, December 24, 2015

PAS Retak?

Siapa mengira berlaku keretakan dalam kepimpinan utama PAS hari ini, dia seperti sang dahaga yang menggoyang batang kelapa untuk mendapatkan air kelapa muda.

Sekarang, yang paling ditunggu adalah majlis mesyuarat dan pertemuan di antara kami. Gabungan mantap antara orang lama yang berpengalaman penuh ketenangan dan kumpulan muda yang berinspirasi penuh motivasi turut mencetuskan rasa ukhuwah yang kukuh.

PAS kini berada di landasan yang semakin tepat dan betul. Ia bergerak di antara kecenderungan tinggi untuk menggali nas-nas ugama dan budaya 'fact and figure' di dalam menentukan hala tuju dan strategi politik dan perjuangannya.

Dari zaman pemuda di bawah pimpinan YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi sejak lebih 7 tahun dulu, kami memulakan langkah pengukuhan kepimpinan bersama antara kumpulan profesional, aktivis dan ustaz. Ia menghasilkan natijah yang semakin membuah hari ini samada di dalam kepimpinan tertinggi dan dalam pemuda juga.

Selain golongan cerdik pandai daripada universiti semakin rancak membekalkan dapatan masing-masing dalam pelbagai lapangan terutama sosio politik negara, ruang-ruang dakwah semakin luas diteroka oleh semua penggerak PAS di lapangan.

Orang-orang lama dalam PAS mahu melihat anak muda dan pelapis PAS yang bekerja dan berbudaya cemerlang. Apabila mereka melihat ini berlaku, pastinya mereka gembira dan setia menghulurkan bantuan dan nasihat.

Anda tahu kenapa ramai yang mahukan keretakan berlaku di dalam PAS? Jawabannya, kerana mereka tidak memiliki apa yang kami miliki hari ini.
Kerana keyakinan pada diri sendiri yang tinggi, PAS berhak menawarkan politik matang dan bersolusi untuk Malaysia.
Akhir kata,
Jangan percaya fitnah. Sesungguhnya politik Islam menolak fitnah dan mengiranya sebagai jalan-jalan menuju kemusnahan negara dan umat.
Mari perangi musuh utama yang merosakkan negara iaitu rasuah, salah guna kuasa, pembaziran dan pemborosan wang rakyat, pemujaan terhadap golongan kaya dan kenaan cukai ke atas golongan miskin.

Kerana UMNO-lah yang memerintah negara puluhan tahun, jangan UMNO enggan untuk menerima hakikat untuk dituding jari ke arah mereka sebagai pesalah utama. Baiki diri atau anda ditolak rakyat.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
======================



IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 019 910 5222 / 013 929 9944
Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com