PERAKAN Malaysia sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang mendokong dan mempertahankan Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan akan memberi penjelasan kepada seluruh Anak-Anak Kelantan Perantauan bahawa Hukum Hudud adalah satu sistem perundangan yang adil. Ianya merupakan satu pendidikan dan pencegahan bukannya hukuman kepada manusia bagi menjaga lima prinsip asas kehamonian manusia sejagat iaitu NYAWA, HARTA, KETURUNAN, AGAMA dan AKAL.
Oleh itu PERAKAN Malaysia merasakan sudah sampai masanya Kerajaan Negeri Kelantan perlu membuat gerakan penerangan besar-besaran berkaitan Hukum Hudud supaya seluruh rakyat Malaysia sama ada Islam atau pun bukan Islam supaya tidak terkeliru terhadap hukum yang diturunkan melalui Kitab Suci Al-Quran.
Sekian, Terimakasih
Azman Awang
Setiausaha Agung, PERAKAN Malaysia
http://perakan.org.my
Setiausaha Agung, PERAKAN Malaysia
http://perakan.org.my