Pages

Thursday, December 27, 2012

Bungalow 7 Bilik Taman Kempas




Bungalow 7 Bilik Taman Kempas  - Image
Location: Penang - Others
Price: RM 260 000




Bungalow 7 Bilik Taman Kempas  - Thumbnail




Bungalow 7 Bilik Taman Kempas  - Thumbnail

Price: RM 260 000 Type: Houses, For sale Area: Others
Title type: Freehold Tenure: - Other info: Non Bumi Lot
Size: 5600 sq.ft. Bedrooms: 7 Bathroom: 5

Bunglo 1 1/2 tingkat di Taman Kempas Sungai Petani
Build Up : 3232 sq. ft.
Value RM350K
Kedudukan atas bukit.
Kemudahan :
2KM dariTol SP Selatan.
3KM ke Giant SP.
1KM ke SK Sri Gedung
100 meter ke SJKC Tai Tong
1KM ke masjid Sri Gedung

Harga boleh runding.
Broker dialukan.

Boleh hubungi saya jika berminat
0139299944

Berita Banjir Terkini

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 pagi ini.

Pagi tadi keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang dilihat semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Banjir di Terengganu setakat petang ini telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Terengganu telah melebihi paras bahaya setakat pukul 5 petang ini.

Mangsa banjir di Pahang petang ini pula berkurangan kepada 435 orang berbanding 994 orang pagi tadi. Mangsa banjir di Johor kini seramai 13 orang di mana tiada mangsa banjir dicatatkan pagi tadi di negeri itu.

Di TERENGGANU, keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 5 petang ini meningkat kepada 14,894 orang berbanding 8,173 orang pagi tadi.
Menurut portal banjir negeri, sebanyak lima pusat pemindahan baharu dibuka petang ini menjadikan keseluruhan 76 pusat pemindahan telah dibuka di negeri itu.
Di Kemaman jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan petang ini ialah seramai 9,601, Dungun (4,026) , Kuala Terengganu (935), Setiu (185), Hulu Terengganu (104), Besut (31) dan Marang (12).
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan walaupun pusat pemindahan di tiga jajahan iaitu di Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai ditutup tengah hari tadi.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah yang ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan di empat jajahan ketika ini adalah seramai 7,000 orang berbanding 6,757 orang pada sebelah pagi tadi.
Peningkatan ketara jumlah mangsa yang berpindah itu adalah di Tumpat berikutan limpahan air Sungai Golok yang kini masih berada di paras bahaya.
Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir terbanyak dengan 4,279 orang diikuti Tumpat (2,329), Kota Baharu (247) dan Pasir Puteh (145). Kesemua mangsa perpindahan itu membabitkan 2,197 buah keluarga.
Kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih berlegar di paras bahaya, sungai utama yang lain kini surut ke paras berjaga-jaga manakala semua jalan utama menghubungi Kelantan tidak terjejas. Cuaca di Kelantan sejak semalam adalah baik.
Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata keadaan banjir beransur pulih dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Kuantan dan Pekan semakin berkurangan.
"Mangsa banjir di Kuantan telah menurun kepada 391 orang daripada 92 keluarga di empat pusat pemindahan yang masih dibuka iaitu SK Galing, Balai Raya Kampung Soi, Balai Raya Kampung Pahang dan SMK Gudang Rasau.
"Bagi daerah Pekan pula satu-satunya pusat pemindahan yang masih dibuka di SK Sinar Mutiara, menempatkan seramai 44 orang daripada sembilan keluarga yang dipindahkan dari tiga perkampungan iaitu Kampung Cenderawasih, Kalong dan Sungai Miang," katanya.
Katanya, semua jalan utama di negeri itu boleh dilalui oleh semua kenderaan. - BERNAMA
//bernama:

Tuesday, December 25, 2012

Iklan Berbayar : MLM Baru mencari Pengedar

Kaisar Venus (M) Sdn Bhd merupakan syarikat MLM milik bumiputra 100% yang baru saja membuat pra-palancaran pada 20.12.2012.Keahlian cuma RM50.00 setahun. Daftar melalui www.kaisarvenus2u.com letakkan penaja anda : effa @ zhuan @ myfzbiz

aklumat boleh layari : http://kaisarvenus.blogspot.com @ facebook




Saturday, December 22, 2012

Kejahatan UMNO

Bakar jambatan antara simbol kejahatan Umno

Mohd Sayuti Omar, 21 Dis 2012

KENANGAN

Apabila bercakap fasal berbagai tindakan agresif para pembela dan pejuang bangsa di dalam Umno, kononnya untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara, maka teringatlah beberapa peristiwa besar yang telah dirakam oleh sejarah. Peristiwa dan kejadian itu juga secara tidak langsung menunjukkan akan kerakusan, hilang akal politik orang Melayu khasnya dan politik Malaysia amnya.

Ada beberapa kejadian yang berlaku, sebenarnya amat perit untuk dikenang tetapi terpaksa disebut untuk dijadikan iktibar. Biarlah generasi terkini menilainya sendiri dari perspektif mereka.

Semua peristiwa ini sebagai tanda mata kepada kecederaan politik bangsa Melayu. Kejadian-kejadian yang tidak sepatut berlaku ini jika diukur kepada hakikat sebangsa dan seagama, tetapi ia berlaku dan menjadi bukti betapa sadis politik Melayu yang dilakukan oleh Umno. Umno telah bertindak kejam dan di luar batas-batas demokrasi, dan ada kalanya di luar batas-batas undang-undang dunia sekalipun. Batas agama dan adat tidak perlu dikira lagi kerana Umno parti paling Melayu!

Perbuatan atau kejahatan politik Umno ini bukan sehari dua ini, bukan bermula dengan peristiwa 'menagur' bas PKR, mengganggu ceramah Anwar, atau pun menyerang petugas-petugas di tempat ceramah seperti berlaku di Gombak Selatan, tetapi ia berlaku sejak tahun 1969 lagi kira-kira lebih 40 tahun lalu. Bahkan Umno menubuh skuad khas untuk melakukan pengkhianatan dan gangguan terhadap demokrasi. Bolehlah dikatakan kejahatan Umno bermula sejak di dalam telor lagi.

Di antara peristiwa membuktikan kekejaman dan kezaliman Umno ialah, kejadian membakar jambatan atau gertak di Kampung Gertak No 3 di dalam Dewan Undangan Negeri Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan di kampung saya sendiri. Bolehlah dianggap kejadian ini berlaku di hadapan mata saya sendiri.

Kejadian itu berlaku pada tahun 1969 semasa pilihan raya umum. Menjelang hari mengundi pemuda tahan lasak Umno dari Rantau Panjang telah bertindak membakar jambatan di kampung Gertak 3, yang menghubungkan Kampung Baruh Pial, Kubang Kual dan Bukit Tandak dengan pusat mengundi di Kampung Bakat. Gara-gara pembakaran itu menyebabkan lebih 200 orang pengundi tidak dapat keluar mengundi.

Natijah dari perbuatan itu calon Pas Nawawi Ahmad kalah kepada Hussein Ahmad dengan majoriti tipis. Kemenangan Hussein Ahmad yang disifatkan sebagai kemenangan dengan cara jahat itu memberi peluang pertama kali untuk Hussein menjadi wakil rakyat selepas tewas beberapa kali sebelum itu. Sebenarnya tidak menjadi masalah kalau Hussein menang, tetapi kesan psikologi politik dari peristiwa itu besar dan tambah malang lagi kejadian itu memburukkan kitab sejarah negara.

Dengan kejadian itu juga dunia mengenali akan kejahatan orang politik di daerah sempadan itu.

Semasa balik ke kampung minggu lepas saya mengunjungi lokasi kejadian itu untuk mengingat dan menghimbau kembali peristiwa berkenaan. Jambatan atau pun anak sungai yang dibina jambatan (gertak) itu sudah pun tiada. Jalan yang dulu bertanah merah dan berdebu kini sudah diturap tar. Kesan-kesan puing-puing pembakaran juga sudah tidak ada.

Lama saya berdiri dan memerhati di sekeliling lokasi itu sambil membayangkan bagaimana kecewa dan peritnya penyokong Pas melihat kejadian itu menyebabkan mereka gagal untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi, kerana perhubungan ke tempat mengundi sudah putus. Saya bayangkan tentu adalah mak cik dan pak cik menangis, kegeraman sambil melihat jambatan dimakan api.  Namun mereka hanya bisa menangis dan berdoa mengharap Allah memberi petunjuk kepada semua.

Generasi hari ini termasuk di Gual Periok dan Rantau Panjang tidak pernah tahu bahawa di situ pernah berlaku kejadian menyayatkan hati. Buku sejarah di sekolah menengah dan rendah tidak mencatat peristiwa itu sebagai lambang kerakusan politik negara.

Namun bagi generasi yang lahir tahun 50-an dan 60-an yang peka kepada sejarah dan politik tetap akan mengingatkan sesuatu yang pernah terjadi di situ. Peristiwa itu kemas melekat di sanubari mereka. Walaupun api yang membakar jambatan kayu itu sudah padam, asapnya sudah dibawa angin dan dihirup kabus namun nyalaannya masih menyambar mata dan minda orang-orang generasi 60-an seperti saya.

Selamanya peristiwa yang pernah berlaku di lokasi itu akan diingat dan dikenang, bukan saja oleh orang-orang Pas dan rakyat di Gual Periok tetapi orang Pas dan rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi juga, dan oleh mereka yang membenci kerakusan dan kebiadaban si pelakunya. - http://msomelayu.blogspot.com

Friday, December 21, 2012

Tulisan Ketua DPP Pusat

Wang Haram RM200b: Najib Menteri Kewangan 'terbaik' negara

Nasrudin Hassan, 20 Dis 2012

1. Pendedahan yang dibuat oleh Global Finance Integrity (GFI) bahawa Malaysia mencatatkan pengaliran keluar modal haram berjumlah USD 64.38 billion pada tahun 2010 adalah sesuatu yang sangat mengejutkan ramai pihak. Jumlah ini meletakkan Malaysia pada tangga ketiga jumlah wang haram terbesar di belakang China dan Mexico.

2. Apa yang tidak mengejutkan kita ialah usaha kerajaan menyekat media arus perdana dari membuat pendedahan lanjut. Ianya adalah satu tindakan sia-sia apabila mengambilkira pandangan PM sendiri di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa masyarakat kini didorong oleh teknologi ICT dan menjadikan mereka khususnya golongan muda lebih bermaklumat.

3. Kita juga boleh menjangkakan bahawa kerajaan akan segera menempelak angka GFI ini sebagai menyimpang. Ianya berdasarkan kenyataan dangkal PM tahun lepas yang menyangkal angka GFI tahun 2000 - 2009 sebanyak RM 662.6 billion lalu mendedahkan angka rasmi kerajaan yang kononnya jauh lebih kecil iaitu sebanyak RM 135.4 billion bagi tempoh yang sama.

4. Variasi tersebut adalah dijangkakan kerana perbezaan pada kaedah pengiraan tetapi pertikaian angka ini telah menjadi akademik semata-mata. Sama ada angka Kerajaan yang betul atau pun angka GFI, hakikatnya PM sendiri telah mengakui wujudnya modal haram yang berbilion ringgit nilainya.

5. Pendedahan ini adalah signifikan kerana ianya membuktikan wujudnya wang komisyen rasuah yang besar berlegar di dalam ekonomi kita. Ianya juga membuktikan usaha tidak sah kumpulan penyangak ekonomi untuk mengelak cukai dan membawa keluar hasil negara melalui kaedah pelaburan hartanah, deposit akaun luar pesisir dan sebagainya bagi menokok kekayaan peribadi mereka.

6. Contoh kekayaan kumpulan penyangak ekonomi ini antara lainnya terbongkar melalui kes perceraian anak Ketua Menteri Sarawak yang membenarkan kekayaan luar biasa keluarga Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Jumlah tuntutan perceraian menantunya sahaja menjangkau RM 100 juta ringgit! Maka tidak hairan sekiranya jumlah wang haram ini menjangkau nilaian berbilion ringgit.

7. Laporan GFI setebal 94 mukasurat ini mendedahkan beberapa petunjuk penting mengenai punca pengaliran wang haram tersebut. Antaranya ketidaktelusan akaun firma dana kekayaan berdaulat (SWF), pengaruh petro-dolar dan penipuan dalam inbois dagangan.

8. Secara langsung petunjuk-petunjuk ini mendorong kita untuk mempersoalkan kredibiliti Khazanah, Petronas dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ianya sekaligus mengukuhkan persepsi bahawa institusi-institusi ini telah dipergunakan secara sistematik untuk menambah kekayaan ahli-ahli politik pemerintah UMNO-BN, ahli keluarga mereka dan kroni.

9.  Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Syarikat dan LHDN sebenarnya cukup berupaya menjejak transaksi meragukan melalui instrumen forensik audit di samping keupayaan pihak SPRM dan PDRM membina kes jenayah komersil ke atas pihak-pihak terlibat.

10. Malah Ketua Audit Negara boleh mengambil pendekatan lebih aktif dengan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya melalui Perkara 5(d) Akta Audit 1957 yang membolehkan beliau memperinci akaun-akaun syarikat swasta yang menggunakan dana awam (GLC seperti Khazanah dan Petronas) bagi mewujudkan sikap kebertanggungjawaban.

11. Teguran yang diberikan ibarat mencurah air ke daun keladi. Cara terbaik kini ialah menggunakan kesedaran tersebut untuk menukar rejim korup sedia ada pada PRU ke-13 dengan kepimpinan baru yang jujur dan adil.

12. Antara langkah awal yang pasti ialah dengan membuat pengisytiharan harta sebagaimana yang telah dipelopori oleh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi menjamin ketelusan kepentingan ahli politik dan penjawat awam.

13. Pada masa yang sama, PAS dan Pakatan Rakyat mestilah  komited untuk memberdaya mekanisme semak imbang negara agar ketirisan dapat segera dihentikan dan kekayaan negara dapat dipulangkan kembali kepada rakyat.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia

Wednesday, December 12, 2012

Puok Benggong Kacau Kelate

Anggota Gerakan ke Kota Bharu untuk khidmat salun
 
Sekumpulan anggota parti Gerakan dari Negeri Sembilan mendapatkan khidmat pendandan rambut wanita di bandar Kota Bharu dalam usaha untuk mencabar undang-undang yang dikuatkuasakan di bandar tersebut.
NONEEnam anggota parti itu, diketuai penolong setiausaha Gerakan Negeri Sembilan berkenaan bertolak dari Negeri Sembilan pada 10.30 pagi Isnin lalu dan tiba di Kota Bharu 12 jam kemudian.

Kumpulan berkenaan kemudiannya berkunjung ke satu salun rambut di bandar berkenaan untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan empat pendandan rambut wanita Cina.

Ketika dihubungi selepas itu, Choong berkata semua pendandan rambut berkenaan adalah wanita manakala kumpulannya terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita.

Choong berkata beliau mendapatkan khidmat gunting rambut manakala lima lagi mendapatkan khidmat mencuci rambut.

Kataya, pihak berkuasa tempatan Kota Bharu bagaimanapun tidak tampil ke tempat berkenaan, walaupun tindakan mereka menyebabkan seramai kira-kira 20 orang berhimpun di luar salun tersebut.

Kecewa dengan ketidakhadiran penguatkuasa berkenaan, Choong berkata beliau akan menganjurkan pasukan lebih besar ke Kota Bharu selepas ini.

Thursday, December 6, 2012

Tempat-Tempat Menarik Dan Lokasi Pelancongan Di Kelantan


بِسْــــمِ اﷲِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

DESTINASI pelancongan yang terkenal di Kelantan termasuklah: 

Tempat membeli-belah 
  • Pasar Besar Siti Khadijah
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu.
 
  • Bazar Tok Guru
Terletak berhampiran Padang Perdana dan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu. Menempatkan gerai-gerai jualan pelbagai jenis barangan. Dibina bagi menggantikan Pasar MPKB dan Pasar Arked Uda yang sudah tidak sesuai memandangkan terletak di kawasan dalam pembangunan dan juga didapati tidak sesuai atas faktor-faktor keselamatan.
  • Bazar Buluh Kubu
Basar Buluh Kubu terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Ia mempunyai 4 aras dan satu aras bawah khusus untuk meletak kenderaan. Bazar ini menjual pelbagai barangan seperti barangan hasil kraftangan, kain dan baju batik, songket, cenderamata, pakaian dan sebagainya. Medan Selera pula terletak di tingkat paling atas.
Selain menjual pakaian, makanan dan barangan dapur, beranika barang perhiasan seperti perak, tembaga dan barangan ukiran kayu juga boleh didapati di sini.
  • KB Bazar
KB Bazaar merupakan sebuah lokasi baru perniagaan di bandar Kota Bharu dijangka muncul sebagai lokasi 'bisnes' terulung di Kelantan sekiranya mendapat sokongan padu golongan usahawan dan penduduk tempatan.
KB Bazaar merupakan satu lokasi perniagaan strategik untuk Bumiputera. Ia terletak di Jalan Hamzah, bersebelahan dengan KB Mall.
Produk yang ditawarkan di KB Bazaar termasuk batik, barangan perak, hiasan dalaman, pakaian siap, kain ela, barangan antik, kraftangan rakyat Kelantan dan peralatan elektrik.

  • KB Mall
KB Mall merupakan sebuah kompleks pusat beli-belah yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan tempat membeli belah yang stategik berada di laluan utama ke Pusat Bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan KB Bazar.
Kompleks ini dibuka pada tahun 2005. Didalam pusat membeli belah ini terdapat sebuah pasaraya iaitu Pacific Hypermarket. Di tingkat atas, terdapat medan selera.
  • Pasar Borong Wakaf Che Yeh
Menjadi tumpuan utama pengunjung tempatan dan luar pada setiap hari. Pasar ini menjalankan aktiviti perniagaan secara harian di mana pada sebelah pagi hingga tengahari aktiviti perniagaan tertumpu kepada aktiviti penjualan barang keperluan harian termasuklah barangan basah manakala pada sebelah malam hingga ke awal pagi pula aktiviti perniagaan pula tertumpu kepada aktiviti penjualan barangan berbentuk pakaian dan cenderamata.


Pantai
  • Pantai Bisikan Bayu
Pantai Bisikan Bayu atau 'Pantai Dalam Rhu' terletak di Pasir Puteh, bersebelahan Semerak, 50 km dari Kota Bharu,Kelantan

  • Pantai Cahaya Bulan
Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.
Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.
Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional. Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.

  • Pantai Tok Bali
Pantai Tok Bali ialah sebuah pantai yang terletak di Kelantan, Malaysia.
Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan pantai di Tok Bali. Bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan, Tok Bali merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keuntungan kepada nelayan-nelayan.
Tok Bali juga merupakan destinasi penjualan hasil-hasil penangkapan oleh nelayan-nelayan. Kita dapat meperolehi hasil - hasil tersebut dengan harga yang berpatutan di samping dapat menikmati kesegaran hasil - hasil tangkapan.
  • Pantai Irama
Pantai Irama terletak di Bachok, Kelantan menghadap Laut China Selatan. Pantainya ditambak kerana hakisan akibat ombak laut yang kuat terutama pada musim tengkujuh ketika Angin Monsun Timur Laut bertiup (November - Mac).
Pantai Irama terletak di pinggir Bandar Bachok, kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok yang mengambil masa kira-kira 30 minit.
Kemudahan yang disediakan ialah gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.

  • Pantai Sri Tujuh
Pantai Sri Tujuh terletak di Tumpat, Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang. Banyak teksi dan kereta sewa di stesen kereta api untuk pergi ke pantai.
Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh. Ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf . Pengunjung akan makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan mereka yang menunggang bot ski. Bot nelayan kelihatan pulang ke pangkalan pada waktu-waktu tertentu.
Selain itu terdapat surau dua tingkat yang agak besar di sini. Pada hujung minggu, ada di antara pengunjung mendirikan khemah sambil memancing ikan.
  • Pantai Sabak
Pantai Sabak mempunyai sejarahnya tersendiri dalam era penjajahan di Tanah Melayu. Ini adalah kerana di pantai inilah tentera Jepun buat pertama kalinya mendarat di Tanah Melayu semasa perang dunia kedua pada 8 Disember 1941.
Walaubagaimanapun, kini keindahan Pantai Sabak sudah pupus kerana diancam dengan hakisan ombak yang teruk dan pantai tersebut kini sudah tidak sesuai untuk menjadi destinasi perkelahan.

Gunung 
  • Bukit Kemahang
Bukit Kemahang merupakan sebuah bukit yang terdapat di negeri Kelantan, Malaysia. Tingginya 876 meter.
Bukit Kemahang mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas.
satu rancangan pembangunan tanah oleh Felda telah dibangunkan di sini. nama kemahang di gunakan bagi penempatan ini yang di kenali dengan kemahang 1, kemahang 2 dan kemahang 3. peneroka kemahang 1 - 450 keluarga peneroka kemahang 2 - 450 keluarga peneroka kemahang 3 - 400 keluarga
semua peneroka di sini adalah rakyat negeri kelantan dari pelbagai daerah.
  • Gunung Noring Timur
Gunung Noring Timur merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia. Gunung Noring Timur mempunyai ketinggian setinggi 1,861 meter.
Gunung Noring Timor mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane.
  • Gunung Berangkat
Gunung Berangkat merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia. Gunung Berangkat mempunyai ketinggian setinggi 1,296 meter.
Gunung Berangkat mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas

  • Gunung Chamah
Gunung Chamah ialah sebuah gunung terpencil yang terletak di Hutan Belum, Kelantan, Malaysia. Tingginya 2,171 meter. Gunung Chamah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Disebabkan lokasinya, hutan di Gunung Chamah adalah hutan dara, dengan tamadun terdekat terletak 40-50 kilometer dari tempat ini. Penggembaraan berjalan kaki memerlukan pemandu yang berpengalaman. Hubungan tunggal dengan dunia luar ialah perjalanan perahu selama tiga jam melalui Tasik Temenggur.
Tasik Temenggur dibentukkan pada tahun 1970-an ketika kerajaan Malaysia membina sebuah empangan di Sungai Temenggur dan menenggelami sebahagian hutan. Masih terdapat banyak orang asli yang tinggal di hutan ini. Mereka menggunakan Tasik Temenggur yang mengaitkan Grik dengan Pos Kemar sebagai sistem pengangkutan utama mereka.
  • Gunung Rabong
Gunung Rabong merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia. Gunung Rabong mempunyai ketinggian setinggi 1,539 meter.
Gunung Rabong mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane.
  • Gunung Stong
    Gunung Stong merupakan salah satu gunung tertinggi di Kelantan dengan ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong menyediakan hutan yang menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah.

    Gunung Stong menempatkan salah satu air terjun yang merupakan kelima dalam senarai 10 tempat yang menarik dan tertinggi untuk ekotourism di Malaysia. Gunung Stong memang tersohor dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter dan tidak mustahillah air terjun ini merupakan tertinggi di Asia. Antara panorama-panorama yang menarik sekitar Gunung Stong ialah:
    Gunung Ayam yang terletak bersebelahan Gunung Stong di Hutan Simpan Dabong. Suasana dalam hutan ini sungguh mengasyikkan dengan kicauan burung dan unggas-unggas tetapi ia juga merupakan habitat bagi haiwan-haiwan liar seperti gajah dan harimau.
    Ketinggian Gunung Ayam ialah 1504 meter iaitu 70 meter lebih tinggi dari Gunung Stong. Sekiranya perjalanan untuk menawan puncak Gunung Stong memakan masa selama 3-4 jam, Gunung Ayam pula memerlukan masa tambahan sebanyak 4-5 jam untuk sampai ke puncak. Namun untuk menempuhi perjalanan seharian ia memakan masa sekurang-kurangnya 9 jam.
    Pendakian ke puncak Gunung Ayam penuh dengan cabaran. Ia memerlukan kesihatan fizikal dan mental yang baik. Jalan-jalan yang harus ditempuhi penuh dengan ranjau yang menggugat kesabaran, namun pendaki-pendaki akan disajikan dengan udara sejuk yang nyaman dan segar. Sekiranya anda ingin berkhemah di puncak Gunung Ayam, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan panorama matahari terbit yang membelah langit biru yang dipenuhi dengan gumpalan-gumpalan awan.
    Setelah penat pendakian yang ditempuhi, anda akan sampai ke air terjun Gunung Stong untuk menikmati airnya yang sejuk dan dapat menghilangkan kepenatan.
  •   Gunung Ayam
Gunung Ayam yang terletak di Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 1,504 meter (4,934 kaki).
Gunung Ayam mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.


Pusat kesenian 
  • Gelanggang Seni
Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itu, Gelanggang Seni yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan.
Pusat ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah dikir barat, Rebana Ubi, permainan gasing, dan wau bulan. Persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir-gilir.
  • Tokong-tokong Buddha


Bersantai
  • Jeram Pasu
Jeram Pasu adalah merupakah salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Pasir Puteh, Kelantan. Jeram Pasu dihubungi dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu.
Sejarah:- Mengikut sejarah dan cerita masyarakat setempat, Jeram Pasu merupakan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan.
Kemudahan:- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan. Pengunjung juga boleh beriadah dengan menggunakan trek denai hutan yang dibina oleh pihak PBT.

  • Jeram Lenang
Jeram Linang (kadang-kadang ditulis Jeram Lenang) merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Linang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, dalam Jajahan Machang, Kelantan dan dihubungi dengan jalan raya bertar. Pengunjung boleh ke sana dengan menaiki kereta persendirian dan teksi.
Sejarah:- Mengikut sejarah, Jeram Linang merupakan antara kawasan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan. Air terjun Jeram Linang adalah dari jenis air terjun bertingkat setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan orang ramai dari kawasan Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu dan Jerteh, Terengganu.
Kemudahan:- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Machang telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai, chalet dan tapak perkhemahan.
Jaringan jalan raya yang baik telah dibina oleh pihak kerajaan bagi memudahkan para pegunjung melawat Jeram Linang. Jeram Linang terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Pasir Puteh (melalui jalan Pasir Puteh - Machang) dan 15 kilometer dari Bandar Machang (melalui jalan Machang - Wakaf Linchong).

  • Lata Rek
Lata Rek adalah kawasan air terjun yang cukup terkenal di negeri Kelantan. Air terjun ini diwartakan sebagai tempat perkelahan yang amat sesuai untuk seisi keluarga bersuka-ria dan mencari ketenangan. Kawasannya terletak berhampiran Kg. Laloh, iaitu lebih kurang 30 km dari Bandar Kuala Krai, Kelantan. Orang ramai boleh ke sana melalui Lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang. Kebiasaanya. Lata Rek paling ramai dikunjungi pada hari Jumaat (sempena cuti hari minggu di Kelantan). Tidak ketinggalan juga bagi penuntut universiti, pelajar sekolah, tentera, polis dan badan sukarela kerap membuat pekhemahan terutama pada musim cuti sekolah. Buat masa ini, tempat penginapan belum disediakan oleh pihak tertentu kerana masalah banjir yang boleh merosakkan struktur bangunan di sini terutama pada musim tengkujuh. Apapun, air terjun ini amat sesuai untuk sesi keluarga dan pekhemahan. Kedai makan, warung, pasar dan pelbagai lagi kemudahan terdapat berhampiran kawasan ini.

Tuesday, December 4, 2012

Kerjaya Sebagai Perawat Perubatan Jawi

Kerjaya sebagai Perawat ikuti - Sijil Asas Perubatan Jawi : Pada 5hb Jan - 12hb Jan 2013. di Pusat Latihan Perubatan Jawi, Jejawi, Arau, Perlis. Teori dan Praktikal : # Pengetahuan Herba Nusantara & Thibbun Nabawi : # Kiropraktik #Akunpuntur #Hijamah/Bekam #Rekflekologi #Pembetulan Tulang Belakang(PTB). Rektor Perubatan Jawi : Tuan Haji Ismail Haji Ahmad. Yuran Hanya RM2500.00 . (penginapan.makan dan bahan kursus) - SMS 013 929 9944
//

Monday, December 3, 2012

Bihun Sufi Perlukan Pengedar

019 4240314 (Abdullah)
ll

Prof. Dr. Kasmiran Jumari meninggal dunia


prof.kasmiran Dukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Prof. Dr. Kasmiran Jumari, Felo Bersekutu Utama ANGKASA telah meninggal dunia pada 18/9/2012 (Selasa). Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah.

Tuesday, November 13, 2012

Join Segera

//

Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad


4:14PM Nov 12 2012  
Kumpulan penyokong Pakatan Rakyat giat mengongsi satu laporan memetik kenyataan bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang didakwa membenarkan orang Melayu keluar daripada Islam sekiranya golongan itu mahu berbuat demikian.

Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.

Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.

NONELaporan media Singapura yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan itu adalah daripada satu sidang media Abdullah di Putrajaya – di mana bekas perdana menteri itu dilaporkan bercakap dalam kapasiti peribadi.

Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."

"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?

"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.

NONEMenurut laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan Islam.

"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).

"Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan.
Kenyataan itu timbul ketika perhatian pada waktu itu tertumpu kepada kes berkaitan murtad, antaranya melibatkan Lina Joy, seorang yang dilahirkan Muslim tetapi memohon kepada mahkamah untuk diisytiharkan sebagai penganut Kristian.

Satu lagi melibatkan Nyonya Tahir yang meninggal dunia pada usia 89 tahun dan telah membuat perakuan bersumpah memohon dikebumikan sebagai seorang penganut Buddha.

NONEKenyataan Nurul Izzah dalam satu forum kebebasan beragama pada 3 November lalu, berhubung isu "tiada paksaan dalam beragama" mencetus kontroversi apabila dilaporkan dengan gambaran bahawa naib presiden PKR itu menggalakkan murtad di kalangan orang Melayu.
Dua hari kemudian, beliau tampil menjelaskan bahawa beliau sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.
"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.//

Friday, November 9, 2012

Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari

Beberapa hari sebelum ini saya telah terlibat dalam satu perbahasan melalui Twitter yang panjang lebar dengan Fathul Bari. Ia pada mulanya berkisar mengenai kenyataan Chua Soi Lek (CSL), Presiden parti MCA berhubung perlaksanaan hudud. Kemudiannya ia telah meleret sehingga melibatkan persoalan PAS dan perjuangannya.

Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: “Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL”. Oleh kerana Fathul Bari turut ‘ditag’ dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut.

Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk.

Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya.

Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan.

Jangka masa panjang sikap ini tidak akan menjadi masalah kerana selepas PRU akan datang, sekiranya PR menang, sudah pasti Fathul Bari akan menjadi penyokong tegar PR!

Tidak mungkin saya ingat kembali semua tajuk yang dibahas namun yang terpenting, mengikut ingatan saya, adalah seperti yang berikut:

1. Fathul bela CSL.
2. Kenyataan Karpal berbanding CSL.
3. Sejarah latar belakang kenyataan Karpal.
4. Parti Islam dan yang bukan parti Islam.
5. Bersatu atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO?
6. Kerjasama atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO.
7. Soal hudud dan perlaksanaannya.
8. Soal mendapatkan izin DAP.
9. Soal memilih di antara DAP dan UMNO.

Saya akan membuat posting satu atau dua tajuk setiap hari, menjelas dan mengupasnya dan bagi yang berminat bolehlah mereka memberi komen di Blog, Twitter atau punFacebook. Yang mana yang sempat saya akan respond. Yang mana yang tidak, saya minta maaf terlebih dahulu.

1. FATHUL BELA CSL

Tuduhan saya bahawa Fathul bela CSL dibuat selepas saya menonton video yang dipos di Blog tertentu yang mana linknya diberi oleh tukang twit pertama. Saya melihat memang betul Fathul menyatakan kenyataan CSL dan Karpal Singh, kedua-duanya tidak patut dikeluarkan mereka kerana ianya menggangu sensitiviti ummat Islam. Namun bagi saya itu semua hanya ‘ayat bunga-bunga’ sahaja kerana apa yang dikatakan di hujung video tersebut adalah mesej sebenar yang hendak disampaikan.

Di penghujung video tersebut Fathul mengatakan kenyataan Karpal adalah lebih parah kerana Karpal sebut “langkah mayat saya” sedangkan CSL hanya menolak ‘hudud PAS’ bukan hudud Islam. Kenyataan Fathul jelas mengiakan kata-kata CSL dan membelanya, memberi gambaran apa yang dikatakan tidak ada kena mengena dengan Islam itu sendiri. Kalau dilihat, ianya bercanggah dengan ucapan bunga-bunga Fathul yang lebih awal yang mengatakan ucapan CSL juga menyentuh sensitiviti ummat Islam.

Ini persepsi saya terhadap video berkenaan. Ianya dibuat dengan tujuan membela CSL.

Hujjah ‘hudud PAS’ memberi lesen kepada sesiapa sahaja, khususnya CSL, untuk memperlekehkan apa yang telah diusahakan oleh PAS dalam menghasilkan sebuah enakmen supaya sistem perundangan Islam, khusus hudud, dapat dilaksanakan. Enakmen ini merupakan usaha mulia dari berbagai pihak untuk menghasilkan enakmen yang menepati tuntutan Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Termasuk di dalamnya adalah hukuman terhadap kesalahan zina, qazaf, mencuri dan lain-lain yang telah disebut secara khusus di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW).

Mungkin ada aspek-aspek yang tertentu ada perbezaan pendapat dan tidak dipersetujui oleh Fathul, itu perkara biasa. Namun untuk menolaknya secara mutlak dan keseluruhan adalah tindakan tidak bertanggung-jawab di mana sudah pasti akan ada bahagian-bahagian yang ditolak yang merupakan hukum Qat’i yang telah ditetapkan Allah.

Kalau ada cacat celanya atau kekurangan dalam menghasilkannya, usaha manusia sememangnya begitu walaupun dalam menghasilkan undang-undang dari Al-Quran dan Sunnah. Apa yang patut diusahakan oleh Fathul ialah untuk menjelaskan apa dia yang tidak dipersetujui dan meminta ianya dikaji semula berdasarkan hujjah dan dalil. Bukan memberi lesen pada CSL atau mana-mana pihak menolaknya dan memperlekehkannya secara total.

Saya yakin Fathul sendiri memahami persoalan ini. Sudah pasti beliau juga sedar bahawa usaha sebegini langsung tidak dilakukan oleh UMNO yang memegang teraju kekuasaan dewasa ini.

Demi menutup kekurangan UMNO dan kegagalannya, maka hujjah yang paling mudah dan paling lekeh ialah untuk menolak enakmen hudud berkenaan atas alasan ianya ‘hudud PAS’ tanpa membentangkan enakmen hudud yang kononnya menepati kehendak Islam. Dan atas alasan itu kebiadapan CSL dihalalkan ulama UMNO muda ini.

Itulah sebabnya saya menyatakan Fathul bela CSL.

Bersambung...

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD//

Transkrip Sesi Soal Jawab Nurul Izzah di Forum

Transkrip Sesi Soal Jawab Nurul Izzah di Forum “Negara Islam: Versi Mana? Tanggung Jawab Siapa?”

TRANSCRIPT

Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."

Answer: When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. [clap] That is the basis.

In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you.

============================================================================


TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS

Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih."

Jawapan: Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. [tepuk] Inilah asas.

Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih.

KENYATAAN MEDIA
4 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
KENYATAAN MEDIA
6 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN

-Pejabat YB Khalid Samad-

Tuesday, November 6, 2012

Exco Che Abdullah Mat Nawi, Dr Mohamed Fadzli Hassan terima anugerah Dato'

KSN ketuai senarai penerima darjah kebesaran Kelantan

11 November 2012
KOTA BHARU -  Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 636 penerima darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-43.

Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di sini, Ali adalah penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.

Pada majlis sama, Setiausaha Sulit Kepada Sultan Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan @ Nik Yahya dianugerahkan Datuk Perwira  Raja.

Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang membawa gelaran Datuk kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Manakala Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah menerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang  Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Datuk.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu Azman Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai 12 penerima dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) membawa gelaran Datuk. Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa Dan Bioteknologi Negeri Che Abdullah Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains Dan Teknologi Negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan, Pengarah Urusan Chico Force Sdn. Bhd., Datuk Nik Ismail Nik Yusoff, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal Dr Nik Mazian Nik Mohamad. Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Faisal Yusof, Pengarah Urusan NRY Architects Sdn. Bhd., Datuk Mohamed Nazim Abdul Razak, Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Yusof Abdul Rahman, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Seri Zukri Samat dan anggota kerabat diraja Kelantan, Datin Tunku  Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra.

Seramai enam penerima dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Panglima 10 Briged PARA, Brig. Jen Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Komander Pangkalan Udara Subang, Brig. Jen. Wan Normazlan Che Jaafar, Pengarah Artileri Markas Tentera Darat Brig. Datuk Mohd Rais Ali,  Pengarah Direktorat Latihan Kementerian Pertahanan Brig Jen Norhuda Ahmad, Panglima Markas Grup Artileri Pertahanan Udara, Brig. Jen Yusri Anwar dan Panglima Medan Tentera Darat, Lt.Jen. Datuk Zulkiple Kassim.

Seramai 15 penerima dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Eksekutif Asian  Development Bank (ADB), Maliami Hamad, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kelantan, Nik Kazim Nik Yusoff.

Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong, Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk  an Hamidah Wan Ibrahim, Pakar Perunding Kanan Jabatan Pembedahan Mulut dan Maksilofasial, Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Zainal Ariff Abdul Rahman.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin Taib, Pensyarah Jabatan Usulluddin dan Falsafah, Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar.

Pakar Perunding Kanan Bedah Jantung dan Paru-Paru Unit Kardiotorasik Surgeri, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Anas Sjahroeddin Ressang Aminuddin, Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Azmi Kasim, Komander Pasukan Polis Marin, Datuk Isa Munir.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, Pengarah Kastam Negeri Kelantan, Mohd Isa Endot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Akauntan Negara, Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman.

Seramai 11 individu dianugerah Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK), Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK/5 orang), Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK/44 orang), Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK/52), Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK/83).
Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK/49 orang), Bintang Seri Kelantan (SK/55 orang), Bintang Ahli Kelantan (AK/69 orang), Pingat Bakti (PB/57  orang), Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS/63 orang), Pingat Taat (PT/60 orang), Pingat Perangai Baik (PPB/41 orang), Surat Kepujian (3 orang) dan Jaksa Pendamai (JP/5 orang). - Bernama

//

BISNES DARI RUMAH. GUNA KMPUTER DAPAT INCOME.