Pages

Wednesday, February 13, 2013

Ibu Catriona Ross antara 3 maut kemalangan bas ekspres-kereta

NOOR' AINON MOHAMED YUSOF
13 Februari 2013
GERIK - Tiga sahabat maut dalam kemalangan apabila kenderaan yang dinaiki melanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 61 Jalan Timur-Barat, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi itu, mangsa Siti Zawiyah Abd Rahman, 60, Nurimi Abd Ghani, 40, dan Sitah Abdullah, 40, dipercayai dalam perjalanan menuju Sungai Petani, Kedah.

Allahyarham Siti Zawiyah merupakan ibu kepada pelakon Catriona Ross.

Pemandu kereta dipercayai suami salah seorang mangsa yang maut selamat dan dihantar oleh orang awam ke Hospital Gerik setelah mengalami kecederaan parah.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Hanafi Shafie berkata, ketiga-tiga mangsa terperosok dalam kenderaan yang terbabas di tepi longkang selepas bertembung dengan bas berkenaan.

"Kereta yang dinaiki mangsa dikatakan memasuki laluan bas sebelum berlanggar dan terbabas ke longkang berhampiran," katanya...

BISNES DARI RUMAH. GUNA K0MPUTER DAPAT INCOME.