Sidang Akhbar Anak |
Ketegasan ini dibuat dalam Sidang Media ANAK petang ini di Pejabat Agong PAS, Kuala Lumpur. Turut hadir YB Dr Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Khalid Samad, Dr Rosli Yaakob, Hj Idris, Yang DiPertua PAS Kawasan Ulu Sgor, Hj Rahmat Rakio, Ketua Kampung Felda Sg Tengi dan pimpinan PAS Ulu Sgor.
Sekiranya dakwaan yg dibuat pengurus Felda Sg Tengi itu benar, ianya sangat berbahaya kepada masadepan demokrasi berparlimen negara ini. Jika fitnah, tindakan menjual nama pasukan polis adalah salah guna yg mesti di siasat dan diambil tindakan wajar.
Ketua Polis Negara mesti menyiasat siapakah pegawai polis daerah Ulu Selangor yg dimaksudkan. Kebimbangan amat sangat ialah jika konspirasi tersebut benar, negara ini terdedah kepada kegiatan samseng jalanan yg mendapat lesen dari pihak keselamatan sendiri!
Bukan itu sahaja, perancangan melakukan dan kemudiannya melaksanakan huru hara adalah suatu jenayah yang sangat serius. Pihak Polis mesti menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Pengurus Felda yg menjadi perancang utama serta pihak lain seperti perkasa, MBFM, Umno dll.Suatu memorandum bantahan akan diserah kepada Ketua Polis Negara dalam masa yang terdekat. Pihak PAS Kawasan Ulu Sgor akan mengkaji untuk mengambil tindakan Undang2 terhadap pihak2 yg mendalangi huru hara tersebut.//
BISNES DARI RUMAH. GUNA K0MPUTER DAPAT INCOME.